Selasa, 15 April 2014

Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


MH370 : Dimana perikemanusiaan? Yang hilang belum ditemui, Bank dah kejar keluarga mangsa ..

Posted: 15 Apr 2014 07:41 AM PDT


"Institusi perbankan adalah tempat di mana mereka meminjamkan anda payung dalam cuaca baik dan meminta anda supaya mengembalikan semula apabila mulai hujan" memetik kata-kata penyair Amerika Robert Frost lebih tepat menggambarkan dilema mereka yang berurusan dengan institusi perbankan hari ini.

Akan tetapi bagaimana seseorang itu menggambarkan perasaannya apabila sebuah bank menghubungi keluarga penumpang pesawat MH370 yang masih hilang mengenai pinjaman perumahan mangsa?

Dilaporkan bahawa Zamani Zakaria, 56, bapa kepada Mohd Rahman Zamani, 33, baru-baru ini telah menerima panggilan daripada seorang pegawai bank yang memintanya (bapa masih dalam kebingungan susulan situasi tersebut) untuk mendapatkan surat pengesahan daripada syarikat penerbangan Malaysia Airlines (MAS) menyatakan bahawa Mohd Rahman dan isterinya, Norli Akmar Hamid juga 33 berada di atas pesawat yang hilang dari radar pada 8 Mac lalu.

Warga emas ini mungkin termenung memikirkan nasibnya setelah kehilangan bukan satu, malah dua daripada ahli keluarganya yang hingga saat ini masih belum muktamad kehilangannya dikejar pula oleh pihak Bank yang mahu mendapatkan semula wang yang dipinjam oleh anaknya.

Di manakah keprihatinan institusi perbankan serta pegawai tersebut?

Nasib 239 orang penumpang bersama krew di atas kapal masih menjadi soalan, walaupun kerajaan mengumumkan bahawa pesawat telah berakhir penerbangannya di selatan Lautan Hindi.

Setakat ini, operasi kumpulan pencarian yang melibatkan lebih daripada 20 buah negara masih belum menjumpai serpihan tunggal sebagai bukti untuk menyokong tuntutan kemalangan dan memberikan peluang serta harapan hidup dalam kalangan waris terutama keluarga.

Tidak bolehkah pihak bank bersabar buat seketika dan menunjukkan sikap perikemanusiaan mereka pada ketika ini?

Mengapa perlu untuk menghubungi waris mangsa yang masih dalam kebingungan untuk mendapatkan semula wang pinjaman?

Tidak ada cara yang lebih baik untuk menangani pembayaran balik pinjaman tanpa prejudis dengan melihat kesengsaraan keluarga yang terjejas?

Ia sudah tentu akan masuk akal khususnya kepada pihak bank untuk menunggu sehingga krisis ini selesai sebelum bertindak lebih lanjut.

Ini terutamanya jika pinjaman yang berkenaan itu meliputi Insurans Takaful Gadai janji (MRTA). Dasar ini memperuntukkan penyelesaian penuh daripada baki tertunggak pinjaman perumahan dengan institusi kewangan, sekiranya berlaku kes hilang upaya kekal atau kematian peminjam.

Dari segi prosedur pinjaman itu, jika peminjam didapati lumpuh secara kekal atau meninggal dunia apabila pinjaman itu masih berkuat kuasa, bank masih mendapat untuk mendapatkan semula pinjaman mereka dari syarikat insurans. Keluarga terjejas masih mempunyai rumah mereka.

Ia secara meluas dilaporkan bahawa syarikat-syarikat insurans telah mula menghubungi keluarga penumpang diinsuranskan melibatkan penumpang pesawat MH370 serta menawarkan untuk membayar pampasan mereka.

Sesetengah keluarga telah pun bersetuju untuk menerima bayaran pampasan tetapi tidak boleh dituntut lagi berhubung kenyataan kerajaan "terhempas tetapi kami tidak dapat mencari bangkai atau serpihan".

Pelanggan yang membayar pinjaman mereka pada masa atau sepenuhnya menyelesaikan pinjaman mereka adalah "pelanggan teruk" manakala mereka yang hanya membayar bayaran minimum pada kad kredit serta culas membayar atas pinjaman mereka adalah "pelanggan yang baik" kerana pihak bank akan mendapatkan bayaran lebih dalam bentuk faedah dan denda yang dikenakan keatas mereka ~ TheAntDaily

Berpakaian tidak kemas semasa memandu pun kena saman?

Posted: 15 Apr 2014 03:00 AM PDT

Semua pada kenderaan yang dipandu cukup syarat. Cukai jalan dan lesen memandu masih sah laku, cermin tidak gelap, pakai tali pinggang keledar, tidak memandu di bawah pengaruh alkohol.

Boleh dikatakan tidak ada silapnya bagi seorang lelaki yang enggan dikenali selepas dikenakan saman polis di Banting pagi tadi.

Sambil tertanya-tanya apa kesalahannya, polis yang mengeluarkan saman menulis kesalahan yang dilakukan adalah 'Tidak berpakaian kemas semasa memandu'.

"Saya bukan telanjang ketika memandu. Masih berpakaian tetapi saya dikenakan saman yang tidak pernah saya dengar iaitu menjadi kesalahan memandu jika tidak berpakaian kemas di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987.

"Saya disaman oleh anggota polis Peronda Lebuh Raya Malaysia Cawangan Trafik Bukit Aman. Masuk akal atau tidak saman dikeluarkan atas kesalahan tidak berpakaian kemas?" katanya sambil menunjukkan surat saman yang diterima.


Jelasnya, dia boleh terima jika saman yang dikeluarkan itu atas kesalahan biasa tetapi saman tidak berpakaian kemas belum pernah didengar.

"Saya mohon penjelasan pihak Polis Diraja Malaysia bagi mengelak kekeliruan ini kerana ini adalah kali pertama saman seumpama itu dikeluarkan ke atas diri saya," katanya lapor MalaysiaGazette

Apa pula kata seorang Peguam mengenai perkara ini?..


Rosmah kata lutut dia mengeletar bila dengar tentang MH370.. Eh eh banyaknya jam dia..

Posted: 15 Apr 2014 12:37 AM PDT


Gambar-gambar yang disertakan bersama artikel ini ialah gambar-gambar Rosmah Mansor dalam beberapa aktiviti yang berkaitan dengan insiden MH370..

Apa yang menarik perhatian aku bukanlah mimik muka Rosmah ketika meninjau situasi tersebut..

Tapi jam tangan yang dipakai oleh Rosmah, apa yang jelas dalam ketiga-tiga gambar ini semua jam tangan tersebut adalah berbeza...

Selama ini aku sangkakan hanya beg tangan koleksi dia.. rupa-rupanya jam tangan pun banyak juga.. tentu mahal kan??

Tapi macai tak kisah... sebab depa makan rumputpun tak apa.. asal pemimpin kaya raya..

Rosmah: Saya terkejut, lutut menggeletar, badan lemah

Isteri perdana menteri Datin Seri Rosmah Mansor berharap masyarakat menghentikan sebarang spekulasi berhubung kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370 demi menjaga hati dan emosi anggota keluarga penumpang dan anak kapal.

"Jangan buat spekulasi selagi tak dapat maklumat sahih. Saya harap seluruh dunia dapat memikirkan perasaan kaum keluarga 239 orang yang menaiki pesawat itu," katanya.

Katanya sesiapa yang mempunyai maklumat sahih dan kredibel perlu tampil ke depan dalam usaha ke arah mengesan pesawat itu yang hilang sejak 8 Mac lepas.


Beliau berkata demikian ketika ditemu bual dalam rancangan Ruang Bicara selama sejam terbitan BernamaTV yang disiarkan secara langsung malam tadi. Ia juga disiarkan secara langsung melalui laman web Bernama.

"Jangan seperti anda baling batu dan sembunyi tangan (dalam membuat spekulasi). Itu pengecut namanya, jangan mengata saja, tak bagi solution (jalan penyelesaian)," katanya.

Rosmah berkata sebagai seorang wanita dan ibu, beliau dapat menyelami kesedihan dirasai anggota keluarga terbabit yang terpaksa berdepan dengan pelbagai persoalan tentang nasib orang tersayang yang berada dalam penerbangan itu.

Mengimbau kembali pertemuan dengan anggota keluarga berkenaan, beliau berkata ada antara mereka memintanya memberi kepastian mengenai apa yang berlaku.


Bagaimanapun katanya beliau merasa terkilan kerana tidak dapat banyak membantu dalam perkara ini.

"Saya rasa helpless (tidak berdaya)...nak tolong tapi tak boleh tolong. Apa yang saya boleh buat ialah setakat menenangkan mereka," katanya.


Ditanya tentang reaksi pertamanya apabila mendapat berita berhubung insiden itu, Rosmah berkata beliau merasa sedih dan terkejut.

"Saya terkejut, lutut menggeletar, badan juga rasa lemah, malah terus berdoa kapal terbang segera ditemui," katanya.

Katanya, perkara pertama yang terlintas di fikirannya ketika itu ialah pesawat itu kemungkinan mengalami masalah mekanikal.

Dalam pada itu, beliau melahirkan penghargaan kepada pasukan mencari yang menunjukkan dedikasi tinggi dalam usaha pencarian yang kini tertumpu di selatan Lautan Hindi. Kehilangan pesawat itu kini memasuki hari ke-38.

"Berilah kepercayaan kepada mereka yang bekerja keras dalam usaha pencarian itu," katanya.

Menurut Rosmah lagi, hubungan baik yang terjalin antara Malaysia dan negara lain menyaksikan pelbagai negara tampil membantu mencari MH370 dengan pelbagai aset dan kelengkapan canggih.

Beliau turut berkongsi sedikit dengan penonton mengenai perbualan telefon Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dengan pemimpin asing berhubung perkara itu.

"Belum sempat suami saya habis bercerita mengenai insiden kehilangan pesawat tu, ramai yang terus menyatakan kesediaan untuk membantu dan bertanyakan apa yang boleh mereka bantu," katanya.

Usaha mencari itu pada satu ketika melibatkan sehingga 26 negara dan ia dilihat sebagai operasi pencarian paling besar dalam sejarah penerbangan ~ Bernama

Isu lelaki dakwa Azan menganggu : Ini penjelasan sebenar dari Jemaah Masjid

Posted: 14 Apr 2014 08:48 PM PDT


Salinan laporan polis oleh seorang lelaki, Mohd Said yang mendakwa laungan azan menganggu tidurnya menimbulkan rasa kurang senang orang ramai.

Lebih-lebih lagi bilamana yang membuat laporan itu adalah seorang lelaki yang beragama islam.

Dan yang menghairankan, ketika ditemui, wajahnya tidak melambangkan wataknya. Dengan ketayap di kepalanya, pakaian sederhana, sudah tentu dia mempunyai alasan yang kukuh mengambil tindakan membuat laporan polis.

Mohd Said ketika didatangi oleh orang ramai yang tidak berpuas hati dengan laporan polis yang dibuat olehnya.

Hari ini, seorang Jemaah Masjid Perjiranan Pasir Gudang tampil mendedahkan punca sebenar kejadian yang memaksa Mohd Said mengambil tindakan membuat laporan polis berkenaan.

Berikut penjelasannya:

Assalamualaikum 
Mungkin sebahagian dari saudara2ku telah mengetahui isu report polis yang dibuat oleh En Md Said ( yg tersebar di FB dan Wassup ) tentang Tarhim dan Azan yang terlalu kuat oleh Masjid Perjiranan 9. Taman Air Biru. Pasir Gudang sehari dua inikan?

Saya rasa terpanggil untuk menerangkan isu sebenarnya apa sebab perkara ini terjadi :

Beliau adalah seorang jemaah yang amat istiqamah solat berjemaah di Masjid itu. Sebelum ini beliau dan sebahagian dari jemaah masjid telah memaklumkan dengan AJK Masjid tentang bacaan Tarhim sebelum solat dan siri2 ceramah fardu ain yang pancarkan keluar masjid melalui 15 biji corong speker terlalu kuat sehingga terganggu anak-anak kecil yang hendak tidur, orang-orang tua yang sakit hendak berehat, anak-anak sekolah yang hendak ulangkaji pelajaran dan kaum-kaum ibu yang hendak solat.

Beliau bukan anti azan sebab sekuat manapun bacaan azan hanyalah sekitar 5minit sahaja, tetapi jika Tarhim dan siri2 ceramah sudah tentulah mengambil masa yang agak panjang terutamanya ceramah Haji yang adakalanya mencecah pukul 11 malam.

Cuba kita bayangkan dengan jarak rumah kariah ada yang 10meter sahaja dari corong speker akan melalui perkara ini hari-hari......nak mengadu takut dikatakan Anti majlis ilmu....Anti Masjid....maka terpaksalah tanggung selamanya perkara ini biarpun Solat kaum ibu terganggu, anak2 kecil tak lena tidur, orang2 tua yang nak berehat, anak2 sekolah yang nak study dan lain2 lagi.

Perkara ini telah ditegur oleh Pengarah Jakim Dr Ismail Ibrahim dari tahun 2002 lagi tetapi masih ada lagi Masjid yang tak ambil kisah. Jika dulu kita dikampung-kampung jarak rumah yang agak jauh, pak bilal baca Tarhim kita seronok sebab didengari sayup-sayup aje, tapi tidak sama dengan suasana diTaman2.

Rasullah pun pernah menegur sahabatnya yang membaca Al Quran didalam masjid dengan suara yang kuat, apatah lagi jika siap guna 15 biji speker ? sudah pasti menganggu jemaah yang lain. Fikir-fikirkanlah

Mohon ampun dan maaf jika pencerahan yang saya berikan ini ada menyentuh mana-mana pihak.

Wassalam. 
~ Jemaah Masjid Perjiranan Pasir Gudang


Berikut pula adalah pandangan Dr. Asri mengenai hal ini..

Saya ingin mengulas sedikit tentang bacaan-bacaan –selain azan- yang menggunakan pembesar suara sehingga mengganggu orang ramai. Bacaan ini telah mengelirukan orang bukan muslim sehingga mereka menyangka ia azan. Sesetengah pihak cuba mempertahankan amalan tersebut atas alasan ia bacaan al-Quran atau zikir yang patut diagungkan. Mereka menyangka sikap keras mereka dalam hal ini adalah 'perjuangan mempertahankan Islam'. Saya ingin mengulas hal ini seperti berikut;

1. Apa yang Islam syariatkan untuk diangkat suara, hanyalah azan. Adapun selain dari itu, tiada nas yang menyuruh kita menguatkan suara sehingga mengganggu orang lain. Bahkan perbuatan itu dilarang oleh Nabi s.a.w. Apatah lagi dalam Islam ketenteraman orang lain dipelihara melainkan jika ada pengecualian tertentu yang diizinkan oleh syarak.

2. Walaupun bacaan al-Quran dan zikir amatlah baik. Namun kita tidak boleh memaksa orang lain mendengar bacaan kita. Mungkin orang lain ingin membacanya sendiri, atau ingin membacanya pada waktu lain, atau mereka sedang sakit atau ada anak kecil yang tidur, atau mereka tidak difardukan solat seperti wanita yang haid atau bukan muslim dan lain-lain.

3. Ramai orang bukan muslim keliru antara azan dan bacaan-bacaan selain azan yang dilaungkan menerusi corong pembesar suara. Mereka menyangka bacaan-bacaan itu adalah azan yang disuruh oleh Islam, lalu mereka bersangka buruk dengan Islam yang harmoni ini. Apatah lagi bacaan itu mengambil masa yang lama, sedangkan azan yang sebenar tidak lebih dari lima minit.

4. Sebenarnya, Nabi s.a.w sendiri telah melarang orang menguatkan bacaan al-Quran dalam masjid sehingga mengganggu jamaah lain. Dalam hadis Nabi s.a.w, kata Abu Sa'id al-Khudri: 
"Ketika Nabi s.a.w beriktikaf (beribadah dalam masjid), baginda mendengar mereka mengangkat suara bacaan (al-Quran) sedangkan ketika itu Nabi s.a.w berada di tempat ibadah baginda. Lalu baginda mengangkat langsir dan bersabda: "Ketahui setiap kamu bermunajat kepada tuhannya, jangan sebahagian kamu menyakiti sebahagian yang lain. Jangan kamu angkat suara bacaan melebihi yang lain dalam solat" (Riwayat Abu Daud dengan sanad yang sahih).

Dalam hadis ini Nabi s.a.w melarang mengangkat suara bacaan di masjid sehingga menganggu mereka yang lain yang sedang beribadah, atau menyakitkan orang lain. Jika mereka yang berada dalam masjid yang memang bersedia untuk beribadah pun, tidak dibenarkan untuk diangkat suara bacaan sehingga mengganggu konsentrasi mereka, mana mungkin untuk dikuatkan suara bacaan melalui pembesar suara sehingga menggangu mereka yang di luar masjid. Mungkin mereka itu mempunyai anak kecil, orang sakit dan seumpamanya.

Ulama besar di zaman ini, Al-Syeikh Muhammad Salih al-Uthaimin r.h mengulas hadis ini dengan katanya:

"Realiti hari ini menyaksikan apa yang disebut oleh hadis ini. Ini yang kita lihat mereka yang melakukan hal ini dengan menunaikan solat menggunakan pembesar suara (luar masjid). Mereka itu jika menyakiti sesiapa yang ada di sekeliling mereka, maka mereka berdosa.. tiada syak lagi meninggal perbuatan ini lebih afdal yang pada hakikatnya tiada faedah pun, sebab insan tidak bersolat dengan mereka yang di luar masjid, sebaliknya dengan mereka yang berada dalam masjid.. dengan itu kita berpesan kepada saudara-saudara kita, khususnya para imam masjid jangan lakukan ini.. boleh jadi sesetengah orang telah solat dan perlu tidur dan berehat, boleh jadi dia sakit lalu terganggu dengan suara ini, boleh jadi juga masjid dekat dengan rumah, pada musim panas pula dan anak-anak kecil terganggu dengan bunyi pembesar suara. Kesimpulannya, masalah ini telah menimpa sesetengah orang sehingga mereka menyakiti jiran-jiran masjid atau rumah mereka dalam perkara yang tiada faedah baginya". (Ibn Uthaimin, Syarh Riyadh al-Salihin: http://www.ibnothaimeen.com/all/eBook-o.shtml).

Bayangkan kenyataan ini dikeluarkan oleh ulama besar dan terbilang tersebut di negara Saudi Arabia yang penduduknya kesemuanya muslim. Bagaimanakah pula bagi negara yang seperti kita.

5. Ulama silam juga telah mengingatkan hal ini, bahawa bacaan-bacaan lain di menara-menara masjid adalah dilarang kerana boleh mengganggu orang ramai. Al-Imam al-Hafizd Ibn Jauzi (meninggal 597H) pernah berkata:

"Antara tipu daya Iblis ialah mereka yang mencampur adukkan azan dengan peringatan, tasbih dan nasihat. Mereka jadikan azan perantaranya lalu bercampur aduk. Para ulama membenci segala yang ditambah kepada azan. Banyak kita lihat orang yang bangun waktu malam lalu memberikan peringatan dan nasihat atas menara azan. Dalam kalangan mereka ada yang membaca al-Quran dengan suara yang tinggi lalu menghalang tidur orang ramai dan mengganggu bacaan orang yang bertahajjud. Kesemuanya itu adalah perkara-perkara munkar". ( Ibn Jauzi, Talbis Iblis, 159, Beirut: Dar al-Kutub al-'Ilmiyyah).

Ini adalah larangan ulama pada zaman yang belum ada pembesar suara yang gangguannya tidaklah setakat mana, bagaimana jika mereka melihat keadaan pembesar suara pada zaman ini? 
6. Maka, dengan itu umat Islam patut menghentikan bacaan-bacaan yang dibuat melalui pembesar suara yang boleh mengganggu orang luar dan dalam masjid. Mematuhi hal ini bukan kerana isu politik semata, tetapi itu arahan Nabi s.a.w. dan juga menjaga Islam yang harmoni. Suara-suara yang dikuatkan itu bukan menambahkan cinta mereka kepada Islam, sebaliknya menimbulkan salahfaham banyak pihak ~ Dr. Maza

MH#370 : Pegawai AS pula dedahkan telefon pembantu juruterbang berhubung menara di Pulau Pinang, tetapi..

Posted: 14 Apr 2014 06:10 PM PDT


Seorang pegawai Amerika Syarikat (AS) berkata telefon bimbit milik pembantu juruterbang MH370 dihidupkan dan berhubung dengan menara telekomunikasi di Pulau Pinang, tetapi tidak menunjukkan sebarang panggilan dibuat, lapor CNN.

Ini susulan daripada siasatan penyiasat memeriksa jutaan rekod telefon bimbit untuk mencari bukti mengenai kewujudan panggilan dibuat dari pesawat itu selepas ia hilang, katanya.

Sebahagian dakwaan itu menguatkan lagi laporan akhbar New Straits Times pada hujung minggu lalu, yang memetik penyiasat Malaysia sebagai berkata Fariq Abdul Hamid cuba membuat panggilan telefon dari telefon bimbitnya ketika pesawat Malaysia Airlines itu terbang merentasi Pulau Pinang, pada waktu ia dilaporkan hilang.

Bercakap kepada CNN, pegawai AS memetik maklumat daripada penyiasat Malaysia yang berkata telefon pembantu juruterbang itu mencari perkhidmatan telekomunikasi kira-kira 30 minit selepas pihak berkuasa percaya pesawat itu membuat pusingan kembali ke semenanjung Malaysia.

Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein yang sebelum itu ditanya mengenai dakwaan berkenaan, berkata beliau tidak dimaklumkan mengenai perkara itu.

"Saya tidak boleh komen (mengenai laporan akhbar) kerana jika ia benar, kita sudah tahu mengenainya lebih awal," katanya.

Penganalisis keselamatan yang bercakap kepada CNN mempersoalkan prosedur keselamatan pesawat yang hilang itu, jika benar telefon bimbit Fariq dihidupkan.

Telefon bimbit perlu dipadamkan sepanjang penerbangan sebagai sebahagian syarat keselamatan penerbangan.

"Pada pendapat saya, adalah amat jarang berlaku seseorang menghidupkan telefon bimbit dalam kokpit.

"Ia tidak sepatutnya dihidupkan langsung. Ia adalah dalam senarai semak setiap penerbangan yang saya tahu," kata David Soucie.

Pencarian pesawat itu kini dilakukan di dasar laut sejak semalam, dengan menggunakan Bluefin-21 yang sofistikated, sebuah kenderaan robotik bawah laut yang boleh berjalan sehingga 5km kedalaman di laut.

Pusat Penyelarasan Agensi Bersama yang berpangkalan di Perth hari ini berkata, Bluefin-21 melengkapkan misi enam jamnya dan kembali ke permukaan, untuk membolehkan data diambil dan dianalisis.

Robot itu akan dihantar semula ke dasar laut lewat hari ini, bergantung kepada keadaan cuaca, katanya lapor The Malaysian Insider

Tiada ulasan: