Anak Sungai Derhaka |
- Isu Memali : Ini jawapan Tun Mahathir buat Tun Musa Hitam.. bacalah!
- MH370 : Satu Lagi Isyarat 'PING' Dari Dasar Laut Dikesan
- Gempar! Risikan Russia dakwa MH370 dirampas bukan terhempas!
- Kumpulan Abu Sayaf tuntut RM36 Juta untuk bebas pelancong China..
- Macai patut malu dengan laporan dari Indonesia ini...
- NGO Pro UMNO mahu Peguam Negara letak jawatan sebab lembik..
Isu Memali : Ini jawapan Tun Mahathir buat Tun Musa Hitam.. bacalah! Posted: 10 Apr 2014 08:30 AM PDT Mungkin kerana skripnya baru siap.. setelah hampir dua minggu berlalu, akhirnya Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad menjawab dakwaan Tun Musa Hitam terhadapnya berhubung dengan isu Memali. Seperti biasa dan sebagaimana yang telah dijangka oleh banyak pihak.. bila kena batang hidung dia sendiri langsung dia tak ingat apa yang berlaku.. Bacalah!! Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad mengatakan beliau tidak ingat apakah bekas timbalannya, Tun Musa Hitam ada menasihati beliau supaya menangguhkan lawatan kerja ke China susulan insiden berdarah di Memali pada 19 November 1985. Dr. Mahathir berlepas ke Beijing untuk lawatan negara sehari selepas kejadian itu. "Saya tidak ingat yang Tun Musa datang berjumpa saya untuk saya tidak pergi ke Beijing tetapi beliau berada di lapangan terbang bersama dengan ramai orang yang ingin ucap selamat pemergian saya ke Cina. "Di waktu itu pun saya tidak ingat yang Tun Musa menasihat supaya saya tidak pergi luar negeri," katanya dalam satu makalah di blognya, chedet.cc. Beliau juga yakin Musa sebagai Timbalan Perdana Menteri dapat menangani keadaan sebagai pemangkunya dan sepanjang berada di luar negara, tidak ada apa-apa yang berlaku yang tidak boleh ditangani oleh timbalannya itu. Dr. Mahathir menulis makalah itu sebagai menjawab kenyataan Musa baru-baru ini bahawa bekas Perdana Menteri itu berada di tanahair semasa kejadian Memali dan beliau bukan memangku tugas Perdana Menteri. Forum Isu siapa yang ada dan tidak ada di dalam negara pada masa kejadian Memali timbul semula selepas Musa dalam satu forum di Kota Bharu, Kelantan pada 27 Mac lepas mendedahkan bahawa Dr. Mahathir berada di Kuala Lumpur "dua tiga hari" selepas insiden itu berlaku. Dalam satu penjelasan lebih kurang seminggu selepas forum itu, Musa berkata beliau memohon Dr Mahathir supaya menangguhkan lawatan ke China selepas kejadian tersebut antara lain dengan alasan ia memperlihatkan beliau mengambil berat peristiwa yang telah berlaku apatah lagi ia berlaku di Kedah, negeri Dr. Mahathir sendiri. Menurut Dr. Mahathir, soal beliau kononnya tidak ada dalam negeri semasa kejadian itu bukan disebarkan oleh dirinya sendiri. Malah kata beliau, dalam bukunya -- merujuk kepada memoirnya, A Doctor in the House yang juga diterjemahkan dengan judul Doktor Umum -- beliau tidak sebut perkara itu. Jelas Dr. Mahathir, apa yang diketahui umum ialah Musa pada masa itu merupakan Menteri Dalam Negeri yang juga Timbalan Perdana Menteri. "Sebagai Menteri Dalam Negeri rundingan dan laporan oleh Ketua Polis Negara dibuat kepadanya. Menteri Dalam Negeri juga terlibat dalam memutuskan tindakan yang diambil. "Jika hanya apabila semua berjalan dengan baik pengakuan bertanggungjawab dibuat, tentulah ini kurang manis," katanya. Kabinet Menurut Dr. Mahathir, semasa beliau jadi Perdana Menteri, masalah keselamatan negara dipikul bersama oleh beliau dengan Timbalan Perdana Menteri dan antara mereka, masing-masing memegang jawatan sebagai Menteri Pertahanan atau Menteri Dalam Negeri. "Amalan ini disebabkan soal keselamatan negara begitu penting," katanya. Dr. Mahathir juga menarik perhatian kepada tugas Menteri Dalam Negeri yang bertanggungjawab atau sekurang-kurangnya merestui tindakan terhadap ancaman keselamatan negara yang besar. "Tun Musa telah akui beliau bertanggungjawab. Dalam sistem kabinet yang kita amalkan semua anggota kabinet, terutama Perdana Menteri bertanggungjawab," katanya. Dr. Mahathir juga mempertahankan Musa apabila berkata beliau tidak fikir Musa telah meramalkan akan berlaku kehilangan nyawa dalam kejadian di Memali hasil keputusannya sebagai Menteri Dalam Negeri. Pada pagi 19 November 1985 itu, polis membuat operasi di Memali untuk menahan Ibrahim Mahmood atau lebih dikenali dengan nama Ibrahim Libya di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana didakwa terlibat dalam kegiatan memecah-belahkan umat Islam. Dalam serbuan itu, empat anggota polis terbunuh bersama-sama 14 penduduk kampung termasuk Ibrahim. "Harus diingat bahawa anggota polis dibunuh sebelum polis menembak balas. Amat malang sekali sementara kematian Ibrahim dan pengikutnya diingati, bahkan dilaung sebagai syahid, kematian anggota polis yang menjaga keselamatan kita dilupakan," kata Dr. Mahathir. Bekas Perdana Menteri itu juga mengakui kejadian itu tidak sepatutnya berlaku tetapi beliau bertanya apakah ia harus dibiarkan melarat sebelum diambil tindakan. Dewan Rakyat pada Rabu menolak usul yang dikemukakan oleh Ahli Parlimen Pokok Sena, Mahfuz Omar supaya kertas putih berhubung peristiwa Memali ditarik balik ~ AstroAwani | ||
MH370 : Satu Lagi Isyarat 'PING' Dari Dasar Laut Dikesan Posted: 10 Apr 2014 07:03 AM PDT Sebuah pesawat Australia mengesan isyarat yang berpotensi semasa menjalankan pencarian bagi Penerbangan MH370 Malaysia Airlines di Lautan Hindi tengah hari Khamis. Ini disahkan oleh Ketua Pusat Koordinator Agensi Bersama Australia (JACC) Ketua Marsyal Udara (B) Angus Houston. "Semasa menjalankan pencarian akustik, pesawat AP-3C Orion Tentera Udara Diraja Australia (RAAF) telah mengesan isyarat yang berkemungkinan di sekitar kawasan carian kapal pertahanan Australia, Ocean Shield," kata beliau dalam satu kenyataan. Beliau berkata data akustik itu memerlukan analisis lebih lanjut semalaman tetapi ia "menunjukkan potensi dari sumber peralatan buatan manusia". Houston berkata beliau akan memberi maklumat mengenai perkembangan terkini jika dan apabila maklumat lanjut diperoleh. Beberapa transmisi isyarat yang mungkin dari perakam penerbangan MH370 telah dikesan sejak Jumaat. Dua isyarat pertama dilaporkan dikesan pada Jumaat dan Sabtu oleh kapal China yang menyertai opetrasi pencarian sementara empat lagi isyarat dikesan oleh Ocean Shield, dua isyarat dikesan pada Sabtu dan dua lagi pada Selasa. Kotak hitam MH370, yang mengandungi perakam data penerbangan dan perakam suara kokpit, mungkin dapat merungkai persoalan tentang apa yang berlaku pada MH370 yang melencong beribu-ribu kilometer dari laluan asalnya semasa dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing pada 8 Mac. Penerbangan MH370, yang membawa 227 penumpang dan 12 krew, berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL pukul 12.41 tengah malam dan hilang daripada imbasan radar semasa berada di ruang udara Laut China Selatan. Pesawat itu sepatutnya mendarat di Beijing pukul 6.30 pagi hari yang sama. Operasi pencarian yang disertai pelbagai negara dikerah untuk menjejaki MH370, mula-mula di Laut China Selatan dan kemudian di sepanjang dua koridor - koridor utara menjangkau dari sempadan Kazakhstan dan Turkmenistan ke utara Thailand - dan koridor selatan, meliputi dari Indonesia ke selatan Lautan Hindi. Berdasarkan analisis terbaharu data satelit yang belum pernah dilakukan sebelum ini, syarikat telekomunikasi United Kingdom Inmarsat dan Cawangan Penyiasatan Kemalangan Udara UK (AAIM) merumuskan bahawa MH370 telah terbang melalui koridor selatan dan bahawa kedudukan terakhirnya adalah di tengah-tengah Lautan Hindi, ke barat Perth. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kemudian mengumumkan pada 24 Mac, tujuh belas hari selepas pesawat itu dilaporkan hilang bahawa Penerbangan MH370 telah "berakhir di selatan Lautan Hindi" lapor mStar | ||
Gempar! Risikan Russia dakwa MH370 dirampas bukan terhempas! Posted: 10 Apr 2014 02:18 AM PDT Sumber perisikan Rusia mendakwa MH370 yang dikatakan telah terhempas di Lautan Hindi sebenarnya telah dirampas dan dilarikan ke Afghanistan, berhampiran sempadan Pakistan. Menurut portal Daily Star, sumber yang rapat dengan FSB (badan perisikan Rusia) memberitahu akhbar negara itu; "Semua penumpang masih hidup, mereka telah dibahagikan kepada 7 kumpulan dan hidup dalam pondok tanah dengan hampir tiada makanan,". Ni laporannya.. They're alive! MH370 passengers were hijacked and taken to Afghan The Boeing 777 has been missing since March 8 and it is thought the black box which holds the flight's secrets may have run out of battery. There are 239 people on board the Malaysia Airlines plane, which was flying from Kuala Lumpur to Beijing. The source told a Russia newspaper: All the passengers are alive, they have been divided into seven groups and are living in mud huts with almost no food," reported the Sun. The report added that 20 passengers who were Asian "specialists" have been smuggled into a bunker in Pakistan. Searchers looking for the missing plane have discovered new signals consistent with those emitted by black boxes in the southern Indian Ocean. They have been searching for the wreckage for more than a month and recent "pings" emitted by the black box have been the best lead so far. Black boxes' batteries typically run out of battery a month after an accident. Angus Houston, the head of a joint agency coordinating the search, said that the Australian navy's Ocean Shield picked up the two signals. She added: "I'm now optimistic that we will find the aircraft, or what is left of the aircraft, in the not-too-distant future – but we haven't found it yet, because this is a very challenging business." The Australian's picked up other signals earlier this week. But Chinese searchers also detected "pings" – 345 miles away. The disappearance of Malaysia Airlines Flight 370 on a trip from Kuala Lumpur to Beijing has sparked one of aviation's biggest mysteries. The search has shifted from waters off of Vietnam, to the Strait of Malacca and then to waters in the southern Indian Ocean as data from radar and satellites was further analysed ~ DailyStar | ||
Kumpulan Abu Sayaf tuntut RM36 Juta untuk bebas pelancong China.. Posted: 10 Apr 2014 01:41 AM PDT Penculik menuntut wang tebusan sebanyak ₱500 juta atau RM36.4 juta untuk membebaskan pelancong China yang diculik dari sebuah resort di Semporna minggu lalu, The Star melaporkan hari ini. Memetik kata Menteri Dalam Negeri Datuk Ahmad Zahid Hamidi, akhbar itu melaporkan Malaysia menghantar satu pasukan untuk berbincang perkembangan terkini dengan "orang tengah" yang terlibat dalam perundingan membebaskan tawanan ini. "Kami menerima nota penculik menuntut ₱500 juta atau RM36.4 juta wang tebusan. "Kami menghantar satu pasukan untuk berunding dengan mereka yang dinamakan sebagai orang tengah," kata Ahmad Zahid, sambil menambah tidak ada tuntutan untuk tebusan Filipina. Pada 2 April lepas, pelancong China, Gao Hua Yuan, 29, dan pekerja Filipina Marcy Darawan, 40, diculik dari Singgahmata Reef Resort dekat Semporna oleh tujuh ahli kumpulan bersenjata yang dikaitkan dengan kumpulan militan Abu Sayaf lapor The Malaysian Insider | ||
Macai patut malu dengan laporan dari Indonesia ini... Posted: 09 Apr 2014 08:55 PM PDT Walaupun ramai diantara kita menganggap negara jiran kita ini iaitu Indonesia berada di belakang negara kita baik dari segi ekonomi, pembangunan dan lain-lain lagi, hakikatnya cara mereka berdepan dengan Pilihanraya jauh lebih baik dari negara kita.. Dinegara mereka semua parti politik diberikan peluang mengemukakan manifesto mereka dalam televisyen yang dikawal oleh kerajaan. Mereka juga menggunakan dakwat kekal seperti negara kita yang berbezanya ialah dakwat kekal mereka itu adalah kekal dan dinegara kita pula dakwat kekal itu akan kekal kalau tidak dicuci..
Mereka tidak menggunakan isu moral seperti tuduhan liwat dan salah laku seks untuk menjatuhkan lawan, apa yang mereka tampilkan ialah agenda untuk kesejahteraan rakyat dan masa depan negara.. Jadi biarpun negara mereka tidak semaju negara kita cara mereka berfikir sebenarnya jauh lebih kedepan jika dibandingkan dengan 47% rakyat Malaysia.. Laporan berkaitan... Pemilu Indonesia: Isu masa depan negara jadi fokus Ketika mengulas mengenai pembuangan undi oleh rakyat Indonesia hari ini, menurutnya isu kempen pilihan raya Indonesia lebih menjurus kepada kempen untuk menjadikan Indonesia lebih baik dan tiada isu moral pesaing dimainkan. Rakyat Indonesia secara serentak akan memilih lebih 18,000 anggota Dewan Perwakilan Rakyat Daerah (DPRD) Tingkat I dan Tingkat II (ahli majlis tempatan) di semua 33 provinsi atau wilayah. | ||
NGO Pro UMNO mahu Peguam Negara letak jawatan sebab lembik.. Posted: 09 Apr 2014 05:25 PM PDT Beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) pro pemerintah mendesak Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail letak jawatan kerana didakwa gagal menjamin integriti sistem perundangan negara sejak tahun 2008. Presiden Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin (PMSP) Ramesh Rao berkata, Abdul Ghani sebagai Peguam Negara merupakan penasihat undang-undang kerajaan Pusat itu didakwa tidak dapat menjalankan tanggungjawab secara berkesan sehingga kini. "Tujuan kami mendesak Abdul Ghani letak jawatan serta merta kerana sejak tahun 2008, dia ditugaskan membantu kerajaan membina satu negara aman dan damai menerusi sistem perundangan yang efektif sebaliknya gagal dan keadaan menjadi huru-hara selepas Pilihan Raya Umum ke-12 pada tahun 2008. "Jika beliau (Abdul Ghani) menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan dengan cekap dan berkesan tidak mungkin isu yang memporak perandakan kemajmukan rakyat. "Antaranya kes-kes demonstrasi jalanan, perhimpunan haram, cubaan guling kerajaan, menghina dan mempertikaikan agama rasmi negara, kedaulatan negara dan sultan masih tertangguh siasatan," ujarnya pada sidang akhbar di sini hari ini. Ramesh memberitahu, insiden-insiden itu tidak tercetus sekiranya Ghani dapat menjalankan amanah itu dengan cekap dan telus. Ramesh juga menyerahkan memorandum kepada pegawai Peguam Negara, Asmawar Samad dan difahamkan, NGO-NGO terbabit telah diberi tempoh seminggu untuk membincangkan bersama Peguam Negara serta membalas tuntutan NGO-NGO berkenaan. Dalam pada itu, tambah Ramesh, kejadian fitnah melampau dalam media sosial Facebook dan Twitter, penerima dana-dana asing dibiarkan berleluasa, penghinaan pemimpin negara, peguam dan pengamal undang-undang kerajaan dijadikan bahan jenaka yang masih gagal ditangani selain tidak mengetahui status siasatan kes tersebut. Katanya, pihaknya juga mahu Abdul Ghani memberi penjelasan status kesemua perkembangan kes-kes yang belum selesai dan bila tindakan akan diambil terhadap pelaku-pelaku jenayah terlibat. "Bayangkan kita sejak di bangku sekolah diajar agama rasmi negara ialah Islam dimana ia tak perlu dipertikaikan lagi tetapi kini ia dipersoal secara terang-terangan oleh beberapa pemimpin dan individu tidak bertanggungjawab. Menurutnya, adakah itu bermakna undang-undang negara kita longgar atau Peguam Negara tidak berperanan menasihati polis dan bertindak tegas terhadap apa yang berlaku. "Selain itu fitnah melampau dalam media sosial yang bertindak menyemarakkan sentimen perkauman dan kemarahan sememangnya telah disedari beliau sebagai Peguam Negara yang dilantik Yang Dipertuan Agong, tugas Ghani seharusnya memastikan tak kira siapa memerintah negara, untuk menasihati kerajaan yang terbaik dalam perundangan dan bertindak mencegah segala ugutan dan ketegangan. "Andai kata, Datuk Seri Anwar Ibrahim berada dalam kedudukan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Ghani sudah lama dipecat dan dihalau kerana banyak isu jenayah dan kes besar masih belum diselesaikan. Ramesh juga turut mempersoalkan keredibiliti dan intergriti Ghani kerana beberapa kes besar antaranya kes Lahat Datu masih belum diselesaikan dan dalang sebenar disebalik kejadian itu masih belum didedahkan. "Kami rakyat mahukan intergriti sistem perundangan negara sentiasa terpelihara dan pada masa yang sama meyakinkan rakyat bukannya undang-undang yang terlampau longgar sehingga membolehkan pesalah terlepas hukuman. "Maka ia jelas menunjukkan Ghani gagal sebagai Peguam Negara dan langkah terbaiknya ialah beliau harus meletak jawatan yang sedang disandang itu kerana lebih ramai peguam yang berwibawa bersedia untuk menerajui amanah itu. "Kita tidak nampak ketelusan dan intergriti dalam menangani kes-kes besar ini dan jelas nampak rakyat didahulukan tidak berfungsi di sini lagi. Kami mahukan satu perubahan atau transformasi untuk membentuk satu sistem perundangan yang tegas telus dan disegani rakyat," katanya lapor MalaysiaGazette |
You are subscribed to email updates from Anak Sungai Derhaka To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan