Khamis, 24 April 2014

ALHUSSEYN

ALHUSSEYN


Azazil mula menampakan bayangannya... Nik Amar masih keliru?

Posted: 24 Apr 2014 10:05 AM PDT

KOTA BHARU 23 April - Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah berkata DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) tidak ada hak menentang atau menghalang hasrat Kerajaan Pas Kelantan untuk melaksanakan hukum hudud di negeri ini.

 Dalam perjanjian Majlis Pimpinan Pembangkang yang di¬meterai pada 28 September 2011 itu tidak menyentuh mengenai pelaksanaan hukum hudud di Kelantan. Baca seterusnya di sini 

 Memanglah DAP dan PKR tidak ada hak menentang dan menghalang Hudud. Tapi janganlah lupa bahawa mereka ada hak untuk tidak sokong dan tidak bantu hasrat PAS merealisasikan Hudud di Kelantan.

 21 PAS dan 88 Umno tidak mampu melakukannya. Tapi persoalan utama ialah, apakah kesemua 88 Umno itu akan menyokong Hudud? 

 Apakah Nik Amar masih amat yakin sekali dengan sokongan Umno apabila hari ini PM Najib mengeluarkan kenyataan : Kerajaan tidak tolak hudud - PM

 Antara kata-kata  PM itu , "Terdapat perbezaan yang cukup ketara antara menolak hukum hudud dengan tidak melaksanakannya kerana kekangan dan kesulitan yang pelbagai.

 Lihatlah, wahai Nik Amar dan yang sewaktu dengannya, bagaimana bayangan Azazil mula menampakan dirinya : di sini

Tiada ulasan: