WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI |
- Himpunan Reformasi 2.0 -IKUTI PENERANGAN SAIFUDDIN KES ANWAR
- Tiga aspek kelemahan kerajaan tangani krisis MH370- Saifuddin
- Senarai calon Pemilihan KEADILAN 2014
- Mampukah Azmin mengekalkan jawatan Timbalan Presiden?
- Lori Bawa "Bahan Kimia Lynas" Terbabas, Tiga Tong Cecair Tumpah Di Bahu Jalan Dekat Batu Lapan, Lanchang Hari Ini
- Ceramah Tertunda: Mati seorang pembeli daun palas [050113] - Ust Hanif Haron
- MUHYIDDIN; NI APA CRITA? Pendidikan negara: Apa yang tidak kena? – Nazil Ismail
Himpunan Reformasi 2.0 -IKUTI PENERANGAN SAIFUDDIN KES ANWAR Posted: 30 Mar 2014 08:36 PM PDT |
Tiga aspek kelemahan kerajaan tangani krisis MH370- Saifuddin Posted: 30 Mar 2014 06:28 PM PDT Tiga aspek kelemahan kerajaan tangani krisis MH370- SaifuddinKUALA LUMPUR 30 MAC: Setiausaha Agung KEADILAN, Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata terdapat tiga aspek utama kelemahan kerajaan dalam menangani krisis kehilangan pesawat Malaysian Airline System (MAS) MH370. Pertama katanya, dari sudut keselamatan negara apabila kecekapan radar tentera dan kawalan ke atas ruang udara Malaysia terdedah kepada ancaman asing. "Aspek kedua adalah tatacara pengurusan sesuatu bencana berskala besar, yang mendedahkan ketidakcekapan kerajaan dalam mengendalikan bantuan dari negara asing. "Ia termasuk aspek kawalan maklumat sensitif atau maklumat tentera dan bagaimana koordinasi dilakukan supaya tidak wujud percanggahan yang mengakibatkan nama baik Malaysia terjejas," ujarnya kepada Keadilandaily. Beliau merujuk percanggahan maklumat daripada agensi kerajaan dan pasukan keselamatan yang terlibat dalam misi mencari dan menyelamat (SAR) pesawat berkenaan sejak 8 Mac lalu. Katanya lagi, aspek ketiga adalah dari sudut menguruskan perasaan anggota keluarga penumpang dan anak kapal oleh kerajaan dan pihak polis. "Kalau tengok kenyataan ketua polis negara sebelum ini sangat tidak membantu keluarga pilot dengan teori bunuh diri dan penglibatannya dengan parti pembangkang. Itu semua keluar dari kenyataan ketua polis negara," ujarnya. Kritikan media antarabangsa Menurut Saifuddin, tumpuan awal sepatutnya diberi kepada penumpang yang dikesan menggunakan pasport palsu dan latar belakang mereka serta muatan kargo dalam pesawat berkenaan. "Sebaliknya media kawalan kerajaan membuat berbagai spekulasi terhadap pilot dan pembantu juruterbang tanpa menjaga perasaan keluarga penumpang dan anak kapal," ujarnya lagi. Beliau berkata, apa yang jelas, cara kerajaan Malaysia mengendalikan tragedi MH370 menerima kritikan hebat dari media serantau dan antarabangsa "Kerajaan Malaysia tidak dapat mengelakkan diri dari menjadi tumpuan dunia. CNN, Bloomberg, Wall Street Journal dan sebagainya senada mengecam cara kerajaan Malaysia mengendalikan isu itu," ujarnya. "Sekarang baru mereka (kerajaan) buka mata, walau berapa kuatpun berusaha untuk kawal media, tapi tak boleh menutup kelemahan kerajaan. Imej Malaysia rosak teruk dan ini diakibatkan oleh kepimpinan yang lemah," kata Saifuddin. Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=60421 |
Senarai calon Pemilihan KEADILAN 2014 Posted: 30 Mar 2014 06:25 PM PDT Senarai calon Pemilihan KEADILAN 2014Presiden (2 calon)1) Datuk Seri Anwar Ibrahim 2) Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail Timbalan Presiden (6 calon) 1) Mohamed Azmin Ali 2) Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim 3) Tian Chua 4) Datuk Saifuddin Nasution Ismail 5) Datuk K Rama 6) Ganusegaran Naib Presiden (16 calon) 1) Fuziah Salleh 2) N Surendran 3) Rafizi Ramli 4) Nurul Izzah Anwar 5) Mustafa Kamil Ayub 6) Baru Bian 7) Mansor Osman 8) Suresh Kumar 9) Elizabeth Wong 10) Dr Shamugan 11) Shamsul Iskandar Mohd Akin 12) Mohd Yahya Sahri 13) Lee Chin Cheh 14) Dr Sritaram 15) Dr Xavier Jayakumar 16) Tian Chua Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) (78 calon) Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Ketua AMK (3 calon) 1) Amiruddin Shaari 2) Nik Nazmi Nik Ahmad 3) Mohd Nazree Yunus Timbalan AMK (4 calon) 1. Chang Lih Kang 2. Dr Afif Bahardin 3. Ramesh 4. Sarman Naib Ketua AMK (9 calon) Exco AMK (62 calon) Wanita Pusat Ketua Wanita Pusat (2 calon) 1) Rodziah Ismail 2) Zuraida Kamaruddin Timbalan Ketua Wanita Pusat (3 calon) 1. Haniza Talha 2. Tengku Intan Tengku Abdul Hamid 3. Prof Madya Dr Rosnah Azraai Naib Ketua Wanita Pusat (6 calon) AJK Wanita Pusat (14 calon) Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=60408 |
Mampukah Azmin mengekalkan jawatan Timbalan Presiden? Posted: 30 Mar 2014 05:56 PM PDT Justru itu apabila Pendaftar Pertubuhan mengesahkan Anwar tidak boleh bertanding, maka Wan Azizah secara automatik menjadi Presiden PKR menang tanpa bertanding. Oleh itu kemungkinan Wan Azizah menang tanpa bertanding adalah lebih besar daripada beliau melawan suaminya sendiri. Dalam pertandingan ini, nampaknya jawatan Timbalan Presiden PKR yang menjadi perhatian kerana lima calon telah mengesahkan untuk menentang ahli parlimen Gombak, Azmin Ali. Mereka ialah Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim; ahli parlimen Batu, Tian Chua; Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifudin Nasution Ismail dan dua calon yang tidak dikenali, Datuk K Rama dan Ganusegaran. Mampukah Azmin mengekalkan kerusinya? Dapatkah Khalid menundukkan musuh politiknya itu? Azmin dan Khalid tidak ngam memang sudah diketahui umum. Maka pertandingan di antara Azmin dan Khalid Ini adalah pertandingan kalah mati. Mungkin cabaran Khalid yang lebih kuat daripada Tian Chua dan Saifudin kerana sebagai Menteri Besar, beliau boleh menjanjikan sesuatu kepada para penyokongnya. Jika pertandingan berlaku di antara dua penjuru, Khalid mungkin dapat mengatasi undi Azmin tetapi apabila berlaku pertandingan enam penjuru ini maka undi akan berpecah dan ia menguntungkan Azmin. Wan Azizah dikatakan lebih memihak kepada Khalid Ibrahim manakala Anwar pula dikatakan lebih memihak kepada Azmin. Jika Azmin menang, ini bermakna percubaan Khalid yang berjawatan gagal menundukkan Azmin yang tiada jawatan. Barangkali undi simpati yang dapat dipungut oleh Azmin apabila beliau dipecat dari jawatan ahli lembaga pengarah PKNS daripada Khalid. Jika Khalid kalah, apakah Khalid akan kekal sebagai menteri besar? Barangkali dengan kekalahan Khalid nanti, Anwar ada alasan untuk menyingkirkan Khalid daripada jawatan menteri besar kerana perwakilan tidak mahu beliau kekal di situ. Sebaliknya jika Khalid menang, kedudukannya sebagai menteri besar tidak akan tergugat. 13 calon pula merebut kerusi naib presiden iaitu Fuziah Salleh,N Surendran,Rafizi Ramli, Nurul Izzah Anwar, Mustafa Kamal Ayub, Baru Bian, Mansor Osman, Suresh Kumar,Elizabeth Wong, Dr Shamugan, Sresram, Mohd Yahya Shaari dan Lee Chin Cheh. Pertandingan Naib Presiden juga menarik kerana ramai yang bertanding. Yang disebut-sebut akan menang ialah Fuziah salleh, N Surendran, Rafizi Ramli dan Nurul Izzah Anwar. Keempat-empat calon ini lebih menonjol daripada 13 calon. Pendek kata pertandingan PKR kali Ini agak menarik walaupun ada yang menganggap perlawanan Anwar dengan Wan Azizah sebagai gimik politik semata-mata. Selagi ada Anwar, selahi itu peranan PKR dalam Pakatan Rakyat masih kuat. Andainya PKR tanpa Anwar, PKR tidak akan menonjol seperti DAP dan PAS lagi. |
Posted: 30 Mar 2014 04:33 AM PDT KES BERLAKU 28 MAC...BERITA TERTUNDA..RAMAI YANG MENYANGKA BAHAWA PAHANG YANG MEMPUNYAI HUTAN YANG TEBAL BAIK UNTUK KEHIDUPAN, NAMUN IANYA MEMBAWA MASAALAH APABILA DI KUANTAN ADANYA LOJI LYNAS, SEMENTARA DI RAUB PULA ADANYA CYNIDE.....DI GENTING ADANYA PUSAT JUDI TERBESAR DI ASIA....DAN INILAH PAHANG.... |
Ceramah Tertunda: Mati seorang pembeli daun palas [050113] - Ust Hanif Haron Posted: 30 Mar 2014 03:45 AM PDT |
MUHYIDDIN; NI APA CRITA? Pendidikan negara: Apa yang tidak kena? – Nazil Ismail Posted: 30 Mar 2014 03:40 AM PDT RencanaPendidikan negara: Apa yang tidak kena? – Nazil IsmailApa yang berlaku kepada pendidikan kita sehingga dikritik tajam dan pedas oleh masyarakat luar? Adakah ini satu persepsi buruk yang direka atau fakta yang nyata? Pelbagai persoalan menerjah kotak fikiran yang menunggu jawapan segera. Memetik kata-kata Nelson Mandela:"Education is the most powerful weapon which you can use to change the world". Tamadun manusia masa depan ditentukan oleh pendidikan hari ini. Apa yang kita didik generasi hari ini akan menentukan generasi masa depan. Sebuah negara perlu generasi mampan untuk meneruskan kecemerlangan pencapaian kemajuan. Masa depan negara terletak di tangan generasi kini, dan acuan bentuk generasi kini ditentukan oleh warna pendidikan. Pada 1983, antara perubahan penting pendidikan negara dengan pelaksanaan KBSR bermatlamat perpaduan dan peningkatan penguasaan 3M (menulis, membaca dan mengira) di kalangan pelajar. Diikuti dengan dasar KBSM yang menggabungkan antara ilmu dan sahsiah diri pelajar di samping pendidikan kemahiran terus diperkasakan. Ini untuk memenuhi keperluan semasa perancangan kemajuan negara. Namun, beberapa permasalahan timbul melanda pendidikan negara. Pengenalan Dasar Penswastaan yang tidak terkawal mengakibatkan tumbuhnya kolej dan sekolah pendidikan yang lebih bermatlamatkan keuntungan daripada pembinaan insan. Sekolah dan universiti tumbuh begitu subur bagaikan cendawan selepas hujan. Sehinggakan graduan lepasan institusi melebihi keperluan dan membuka masalah pengangguran di kalangan siswazah. Seolah-olah pembinaan sekolah ini dibuat tanpa kajian kehendak pasaran, dibina untuk mengaut kekayaan hasil dari pada yuran pengajian pelajar. Bertambah derita pelajar apabila terpaksa "mengongkong biawak" hutang selepas graduasi. Sudahlah tiada pekerjaan yang diharapkan, dikejar pula oleh pengutip hutang tanpa kasihan. Betapa ramai graduan pelbagai bidang khususnya guru menjadi siswazah penganggur. Inilah akibat daripada ketamakan pihak pembuat dasar yang meletakkan keuntungan mengatasi kebajikan rakyat. Pengenalan pembelajaran Sains dan Matematik di dalam bahasa Inggeris merupakan satu lagi malapetaka kepada sistem pendidikan negara. Bahasa Malaysia yang diangkat menjadi instrumen penyatu rakyat negara Malaysia ini seolah diketepikan. Tanpa sebab yang konkrit, dasar ini ingin diteruskan walaupun mendapat tentangan daripada cendekiawan bahasa, guru dan NGO yang melihat nasib bangsa Malaysia menjadi taruhan disebabkan oleh keras kepala pemerintah dan kedegilan mereka. Ini mengundang demostrasi jalanan yang bersaiz mega menempelak pelaksanaan dasar ini. Jutaan wang pembayar cukai dibazirkan untuk persediaan dasar pengajaran bahasa Inggeris ini. Apa hasilnya sekarang? Generasi hari ini terpaksa mencuci kotoran yang ditinggalkan oleh orang terdahulu. Kini heboh pula program baru Pentaksiran Berasaskan Sekolah(PBS). Sepintas lalu nampak matlamatnya murni, meningkatkan sistem pendidikan Malaysia setaraf dunia. Penilaian pencapaian murid berdasarkan pemerhatian guru kepada murid tanpa lagi merujuk kepada markah peperiksaan. Lebih melihat bakat dan penguasaan pelajaran pelajar. Di peringkat pelaksanaan PBS mendapat tentangan hebat daripada warga pendidik. Guru dikatakan dibebani oleh kerja-kerja "pejabat" sehingga mengabai kerja hakiki guru iaitu mendidik generasi muda. Sehingga kini, perdebatan pelaksanaan PBS ini panas diforumkan. Sang menteri mengatakan guru tidak terbeban, dibuat penambahbaikan sehingga 80% kerja dikurangkan. Di kalangan guru, menyuarakan hanya guru sahaja yang memahami beban PBS ini. Melihat konflik yang melanda pendidikan negara, kita amat khuatir dan bimbang tentang generasi masa depan negara. Masa terus berlalu tanpa menunggu kita. Pencapaian pendidikan yang terus merosot amat merisaukan. Generasi bagaimanakah yang akan menggantikan kepimpinan negara di masa depan? Kita amat mengharapkan golongan pemerintah dan cendeakawan pendidik dapat berbincang dan duduk bersama untuk merangka pelan pendidikan terbaik negara. Bukannya hendak menunjuk kuasa dan ego keras kepala. Demi kebaikan negara dan anak cucu kita. Sudah-sudahlah bercakaran, ini bukan masa untuk berkata nista. Ini masa untuk bermuhasabah dan mengatur kerja demi negara tercinta. – 30 Mac, 2014. * Dr Nazil Nuhairi Ismail ialah Pengerusi Persatuan Profesional Islam (Promis). * Ini adalah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan The Malaysian Insider. |
You are subscribed to email updates from WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan