Ahad, 30 Mac 2014

RAKYAT MARHAEN

RAKYAT MARHAEN


Buka semula kes Memali sebelum jadi isu perkauman, kata bekas polis

Posted: 30 Mar 2014 09:04 PM PDT


Mangsa peristiwa berdarah Memali 1985, Ibrahim Libya (kiri) bergambar bersama beberapa rakannya. Gambar fail milik keluarga Ibrahim Libya.Mangsa peristiwa berdarah Memali 1985, Ibrahim Libya (kiri) bergambar bersama beberapa rakannya. Gambar fail milik keluarga Ibrahim Libya.Bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kuala Lumpur, Datuk Mat Zain Ibrahim menggesa kerajaan membuka semula penyiasatan kes pembunuhan beramai-ramai di kampung Memali, Baling, Kedah pada 1985 yang meragut 18 nyawa termasuk empat anggota polis sebelum ia dijadikan isu perkauman.
Mat Zain berkata, jika kes pembunuhan beramai-ramai di Batang Kali atau "Batang Kali Massacre" pada 1948 yang melibatkan kaum Cina dan kerajaan British boleh dibuka semula, bukti baru didedahkan bekas Timbalan Perdana Menteri, Tun Musa Hitam minggu lalu mengenai Tun Dr Mahathir Mohamad berada di Malaysia semasa kejadian dan bukan di China seperti dipercayai sebelum ini, cukup kuat untuk dijadikan asas memulakan semula siasatan.
"Saya berpendapat jika kerajaan gagal atau sengaja enggan membuka semula penyiasatan tragedi Memali yang meragut 18 nyawa termasuk 4 anggota polis, selepas pendedahan mengejut yang dibuat oleh Musa beberapa hari lalu, ia mungkin akan dijadikan isu perkauman yang boleh menggugat ketenteraman awam lebih-lebih lagi dalam suasana politik negara hari ini," katanya kepada The Malaysian Insider, hari ini.
"Sekiranya kes ini tidak dibuka semula, besar kemungkinan ada pihak yang akan menimbulkan persoalan mengapa kerajaan sedia menyiasat semula Batang Kali Massacre dengan semua mangsa yang terbunuh adalah orang Cina, sedangkan kerajaan enggan menyiasat semula tragedi Memali kerana semua mangsanya adalah orang Melayu yang beragama Islam," katanya.
Beliau berkata, Batang Kali Massaccre dibuka semula selepas 45 tahun laporan dibuat, manakala bagi kes Memali pula, ia ditimbulkan semula hanya selepas 29 tahun kemudian.
"Soal sama ada Dr Mahathir berada dalam negara atau berlepas ke China atau negara lain pada hari kejadian, atau ada di Malaysia tidak sepatutnya dijadikan isu kerana kedua-duanya, Dr Mahathir dan Musa dipercayai dimaklumkan dan mengetahui operasi Memali sebelum ia dilaksanakan pada 19 November, 1985," katanya yang juga Ketua Polis Daerah Padang Terap, Kuala Nerang, Kedah pada ketika itu.
Balai polis itu terletak hampir dengan Balai Polis Daerah Baling, lokasi kejadian tragedi Memali berlaku.
Read More / Baca Lagi >>

Objek dikutip tiada kaitan dengan MH370 - AMSA

Posted: 30 Mar 2014 08:47 PM PDT

KUALA LUMPUR: Beberapa objek yang dikutip oleh HMAS Success dan Haixun 01 pada Sabtu telahpun diperiksa dan dipercayai tiada kaitan dengan pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH370 yang hilang pada 8 Mac.
Menurut kenyataan Pihak Berkuasa Keselamatan Maritim Australia (AMSA) malam tadi, berkata objek berkenaan diperiksa di atas kedua-dua kapal dan dinyatakan sebagai peralatan menangkap ikan dan buangan terapung.
Bagaimanapun, menurut AMSA, pesawat di kawasan pencarian terus melaporkan penemuan objek serupa seperti yang dilaporkan sebelum ini.
Objek yang dikesan tidak dapat disahkan atau dianggap sebagai serpihan dari pesawat MH370. Setakat ini, tiada objek yang disahkan adalah dari MH370.
Pesawat Boeing 777-200ER, yang membawa 239 penumpang dan anak kapal, hilang dari radar pada 8 Mac kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada 12.41 tengah malam.
Penerbangan MH370, yang dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing, sepatutnya mendarat di Beijing pada 6.30 pagi hari yang sama.
Menurut AMSA, aktiviti pencarian hari ini meliputi kawasan seluas 252,000 kilometer persegi membabitkan sembilan pesawat.
Antaranya, dua pesawat P3 Orion Tentera Udara Diraja Australia (RAAF), sebuah pesawat P3 Orion Jepun, pesawat Ilyushin China, sebuah pesawat P3 Orion Tentera Laut Korea Selatan, sebuah pesawat P8 Poseidon Tentera Laut Amerika Syarikat, sebuah pesawat C-130 Hercules Tentera Udara Diraja Malaysia dan dua pesawat awam.
Read More / Baca Lagi >>

Keluarga penumpang minta bukti MH370 berakhir di Lautan Hindi

Posted: 30 Mar 2014 08:41 PM PDT


Could plane ditch into ocean intact?

Posted: 30 Mar 2014 08:39 PM PDT

MH370: ‘CANTIK FITNAH KAMU’ - Aishah

Posted: 30 Mar 2014 04:09 PM PDT

"Fitnah itu lebih teruk daripada membunuh. Saya tidak akan memaafkan anda," kata Aishah, 28, anak sulung kepada Kapten Zaharie Ahmad Shah dalam facebooknya (FB) semalam.
Kata-kata itu jelas menunjukkan kemarahan dan kekecewaan selepas portal berita luar negara, Daily Mail menyiarkan kenyataan 35 perenggan penjelasan Aishah dan ibunya, Faizah Khanum Mustafa Khan ketika disoal pegawai penyiasat berikutan kehilangan penerbangan MH370.
Aishah juga menulis dalam FBnya: "Anda sepatutnya mempertimbangkan membuat filem kerana anda begitu baik dalam membuat cerita dan skrip.
Semoga Tuhan merahmati kamu." Ini adalah kali pertama Aishah yang belajar di Australia itu membuat kenyataan terbuka selepas 23 hari pesawat berkenaan hilang.
Selain itu, laman Facebook 'Friends Of Captain Zaharie MH370' turut menyelar laporan Daily Mail itu.
Laman berkenaan mendakwa anak lelaki juruterbang berkenaan melahirkan rasa kecewa dan sedih dengan laporan yang dianggap tidak bertanggungjawab itu.
Laman itu juga mendakwa laporan terbabit adalah bohong dan mempertikaikan sumber kenyataan itu diperoleh.
Harian Metro mendapati FB itu menerima hampir 100 komen dan 200 likes yang hampir semuanya menyelar tindakan media berkenaan yang didakwa melaporkan berita palsu.

Mereka juga menyarankan Aishah mengheret portal berita Britain itu di mahkamah.
Portal itu kelmarin menyebut Aishah dalam soal siasat itu sebagai berkata, ayahnya seolah-olah terganggu dan mudah marah serta bukan ayah yang dia kenali sebelum kehilangan pesawat berkenaan.
Aishah juga dilaporkan berkata, ayahnya juga ada bercakap mengenai masalah hubungan dengan ibunya.
Foto

Bagaimanapun, Aishah cuba memujuk ayahnya dengan menyarankannya merujuk kepada orang tua yang arif mengenai agama.

Read More / Baca Lagi >>

Keluarga, sahabat juruterbang MH370 nafi laporan Daily Mail

Posted: 30 Mar 2014 04:07 PM PDT


Keluarga juruterbang MAS, Kapten Zaharie Ahmad Shah menafikan ditemubual akhbar tabloid Britain, Daily Mail yang menyiarkan berita kapten itu mengalami gangguan fikiran sebelum menerbangkan MH370. Gambar fail.Keluarga juruterbang MAS, Kapten Zaharie Ahmad Shah menafikan ditemubual akhbar tabloid Britain, Daily Mail yang menyiarkan berita kapten itu mengalami gangguan fikiran sebelum menerbangkan MH370. Gambar fail.Akhbar Daily Mail diselar oleh ahli keluarga dan sahabat Kapten Zaharie Ahmad Shah malam tadi berhubung laporan akhbar tabloid Britain itu juruterbang MH370 mengalami gangguan fikiran beberapa minggu sebelum pesawat hilang pada 8 Mac.
Juruterbang Malaysia Airlines itu disiasat oleh pihak berkuasa Malaysia selepas pesawat membawa 239 penumpang hilang tetapi Biro Siasatan Persekutuan (FBI) Amerika Syarikat (AS) mendapati Kapten Zaharie tidak boleh dikaitkan dengan kehilangan pesawat itu selepas tidak menemui apa-apa yang pelik terhadap simulator penerbangan Boeing 777 miliknya.
Akhbar tabloid Britain itu sebelum ini melaporkan Kapten Zaharie yang bekerja dengan Malaysia Airlines selama 33 tahun dan pernah menerbangkan pesawat selama lebih 18,000 jam mempunyai masalah peribadi dan merupakan penyokong fanatik Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
"Wahai Daily Mail hentikanlah membuat drama walaupun anda sangat pandai membuat cerita dan skrip yang tidak benar.
"Semoga tuhan mempunyai belas kasihan terhadap roh anda. Saya tidak akan maafkan anda," tulis anak juruterbang itu, Aishah Zaharie di akaun Facebooknya malam tadi.
Akhbar tabloid itu versi Ahad, The Mail melaporkan semalam, isteri Kapten Zaharie, Faizah Khanum Mustafa Khan dikatakan memberitahu penyiasat suaminya menyepikan diri dan menghabiskan masa bersendirian di bilik tidur mereka.
Sudah lebih tiga minggu sejak pesawat MH370 hilang dengan 239 penumpang termasuk 12 anak kapal, dan penyiasat di Malaysia mengesyaki pesawat mungkin melencong daripada laluan asalnya dengan sengaja.
Read More / Baca Lagi >>

Family, friends deny Daily Mail report on MH370 pilot

Posted: 30 Mar 2014 04:05 PM PDT

  Captain Zaharie Ahmad Shah, seen here posing with his home-built flight simulator, in a picture taken from a YouTube video.Captain Zaharie Ahmad Shah, seen here posing with his home-built flight simulator, in a picture taken from a YouTube video.The Daily Mail came under fire from Captain Zaharie Ahmad Shah's family and friends last night over the British tabloid's report that the MH370 pilot was distracted and withdrawn weeks from the March 8 flight that vanished.
The Malaysia Airlines (MAS) pilot has been the subject of investigations by Malaysian authorities after the plane carrying 239 people disappeared, but the US Federal Bureau of Investigations (FBI) has cleared him after finding nothing in his self-built Boeing 777 simulator.
The paper had previously reported that Captain Zaharie, who has been with MAS for 33 years and has more than 18,000 flying hours, had personal problems and was a fanatical supporter of opposition leader Datuk Seri Anwar Ibrahim.
"Dear Daily Mail, You should consider making movies since you are so good at making up stories and scripts out of thin air...
"May god have mercy on your souls. You can bet your ass I will not forgive you," the pilot's daughter, Aishah Zaharie, wrote on her Facebook status last night.
Read More / Baca Lagi >>

MI6, CIA involvement in flight MH370 probe sparks terrorism speculation

Posted: 30 Mar 2014 03:59 PM PDT

Malaysian authorities have revealed secret services from the UK, the US and China have been involved in the investigations into the disappearance of the missing Malaysia Airlines flight MH370, adding to speculation that the plane's disappearance could be down to terrorism, The Independent reported today.
It said MI6, the CIA and Chinese agencies have been looking into the flight simulator found in the home of the flight's Captain Zaharie Ahmad Shah, though acting transport minister Datuk Seri Hishammuddin Hussein (pic) said the FBI has found nothing sinister in the device.
The report said Hishammuddin had said the Inspector-General of Police had highlighted the "four possible scenarios of what could have caused the plane to disappear, which are terrorism, hijacking, personal and psychological problems, or technical failure.
"These scenarios have been discussed at length with different intelligence agencies," he was quoted as saying in the report.
The Sydney Morning Herald in its report today said crash investigators believe the disappearance of the plane and the decision to disable the communications system appear to have been deliberate. But they have found no evidence of a motive.
It said MI6 is understood to have helped with extensive background checks on each of the 239 passengers and crew on the plane but nothing suspicious has emerged.
SMH reported that Hishammuddin had said MI6 was also examining "pings" emitted by the plane which are being used to plot its route over the seven hours after its communications systems were disabled.
Read More / Baca Lagi >>

MH370: Ibu Khairul Amri yakin anaknya selamat

Posted: 30 Mar 2014 03:58 PM PDT


Erni Artila Mustafa, isteri kepada Khairul Amri Selamat, bersama anaknya mendoakan kepulangan Khairul. – Gambar Reuters.Erni Artila Mustafa, isteri kepada Khairul Amri Selamat, bersama anaknya mendoakan kepulangan Khairul. – Gambar Reuters."Saya yakin anak saya masih hidup," kata Normah Jaafar, ibu kepada Khairul Amri Selamat, seorang daripada 239 penumpang pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 yang hilang sejak 8 Mac.
Bagi ibu tunggal berusia 56 tahun ini, selagi belum ada bukti sahih tentang nasib pesawat itu, selagi itu beliau yakin anaknya yang mesra dengan panggilan "adik" masih selamat.
"Saya tidak pernah bermimpi apa-apa pun setakat ini, kerana itu sebagai seorang ibu, hati kecil ini kuat mengatakan beliau masih selamat," katanya yang ditemui semasa menerima lawatan Ahli Parlimen Bera Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang juga Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani.
Menurutnya, sejak kehilangan pesawat itu, setiap hari jugalah apabila pukul 5.30 petang, dengan penuh harapan beliau akan menanti panggilan daripada anak bongsunya itu.
Ini kerana kelazimannya pada waktu itulah, anaknya akan membuat panggilan telefon untuk bertanya khabar setiap kali anaknya pulang dari kerja.
Normah berkata beliau teramat merindui anaknya daripada tiga beradik itu dan mengharap sesuatu keajaiban akan berlaku.
Read More / Baca Lagi >>

MH370: Harapan baru kotak hitam

Posted: 30 Mar 2014 03:56 PM PDT

PERTH: Kuasa bateri pada kotak hitam pesawat Malaysia Airlines MH370 yang hilang pada 8 Mac lalu mungkin dapat bertahan lebih lama daripada jangkaan 30 hari.
Pasukan mencari dan menyelamat kini bertungkus lumus mencari kotak hitam pesawat ini sebelum jangka hayat bateri tamat, dijangka dalam masa seminggu.
Namun, Kapten Tentera Laut Amerika Syarikat (AS), Mark Matthews berkata, bateri bagi pemancar isyarat ultrasonik yang dipasang pada kotak hitam boleh bertahan selama 15 hari lagi walaupun diperakui untuk 30 hari.

"Jangka hayat 30 hari adalah masa minimum. Berdasarkan pengalaman saya, ia dapat bertahan lebih lama.
FotoMATTHEWS menunjukkan contoh pemancar isyarat yang terdapat dalam kotak hitam. FOTO AFP

"Tempoh 45 hari boleh dikatakan jangkaan lebih realistik," katanya, di Pangkalan Tentera Laut Stirling dekat Perth, hari ini.

Matthews bertanggungjawab ke atas alat pengesan kotak hitam milik tentera Amerika Syarikat atau 'Towed Pinger Locator' yang akan diguna untuk mengesan isyarat kotak hitam.
Read More / Baca Lagi >>

Kapal kesan kotak hitam sertai misi cari MH370

Posted: 30 Mar 2014 03:55 PM PDT

KAPAL milik Australia, Ocean Shield berlabuh di sebuah pelabuhan di Perth semalam.

PERTH - Sebuah kapal perang Australia yang dilengkapi dengan alat pengesan kotak hitam menyertai misi mencari sebuah pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) yang terhempas di Lautan Hindi.
Penghantaran kapal tersebut dibuat semalam iaitu sehari selepas beberapa kapal lagi mengambil beberapa objek di Lautan Hindi bagi mengenal pasti sama ada ia mempunyai kaitan dengan pesawat yang hilang itu.
Bagaimanapun, tiada satu pun objek mempunyai kaitan dengan pesawat MH370 tersebut menyebabkan pasukan mencari masih belum mengetahui lokasi sebenar kapal terbang itu terhempas selepas lebih tiga minggu hilang.
Seramai 29 ahli keluarga penumpang pesawat berkenaan tiba di Kuala Lumpur, Malaysia semalam bagi mencari jawapan berhubung kehilangan saudara-mara mereka.
Pesawat yang dalam penerbangan dari Kuala Lumpur menuju ke Beijing dan membawa seramai 239 penumpang itu hilang pada 8 Mac lalu.
Read More / Baca Lagi >>

Keluarga mangsa mahu bukti MH370 berakhir di Lautan Hindi..!!

Posted: 30 Mar 2014 03:54 PM PDT

Kerajaan Malaysia diminta mengadakan satu sesi taklimat bagi menjelaskan kepada semua anggota keluarga penumpang terutamanya dari China bukti pesawat Malaysia Airlines MH370 berakhir di Lautan Hindi.
  
Tuntutan tersebut disuarakan oleh kira-kira 30 anggota keluarga penumpang yang tiba dari China hari ini.
  
Mereka berharap taklimat tersebut dapat diadakan secepat mungkin dengan bantuan Kedutaan Besar China di Malaysia.
  
Wakil daripada anggota keluarga penumpang, yang hanya mahu dikenali sebagai Jiang Hui, berkata walaupun pelbagai taklimat serta penjelasan telah diadakan di China, namun mereka masih tidak jelas dan mahukan data lengkap terutamanya daripada pakar.
  
"Selama 22 hari menunggu, jawapan yang kami dapat daripada pihak MAS di sana (China) adalah terhad...Semuanya perlu dirujuk terlebih dahulu kepada kerajaan Malaysia untuk membuat sebarang kenyataan kepada kami.
  
"Oleh itu kami membuat keputusan datang ke Malaysia untuk mendapat lebih banyak maklumat mengenai insiden ini, terutamanya daripada pakar penerbangan seperti Rolls Royce dan Syarikat Boeing, selain daripada kerajaan Malaysia dan MAS," kata lelaki itu kepada pemberita.
  
Bercakap dalam bahasa Mandarin, beliau berkata pihaknya juga menuntut kerajaan Malaysia memohon maaf atas kelewatan penyebaran maklumat mengenai pesawat itu.
  
Jiang berkata pihaknya berharap agar kerajaan Malaysia dapat menunjukkan keikhlasan membantu mereka dari segi membekalkan maklumat sahih.
  
"Kami tidak akan meninggalkan Malaysia sehinggalah kami berpuas hati dengan penjelasan mengenai pesawat itu," katanya.
  
Read More / Baca Lagi >>

Student killed in clashes with police in Egypt

Posted: 30 Mar 2014 03:47 PM PDT

Unique hurdles to underwater search

Posted: 30 Mar 2014 03:47 PM PDT

Myanmar's historic census draws criticism from Rohingyas

Posted: 30 Mar 2014 03:46 PM PDT

Flight 370: Managing the message

Posted: 30 Mar 2014 03:44 PM PDT

Is there such a thing as too much plane news?

Posted: 30 Mar 2014 03:44 PM PDT

Australia hunts for flight MH370

Posted: 30 Mar 2014 03:43 PM PDT

Will we ever find missing MH370?

Posted: 30 Mar 2014 03:42 PM PDT

MH370 satellite images are limited

Posted: 30 Mar 2014 03:41 PM PDT

MH370: Relative demand for the `real truth'

Posted: 30 Mar 2014 03:41 PM PDT

Rafizi Ramli: UMNO@Barisan Nasional Gunakan Rakyat Yang Tidak Dapat Maklumat Yang Tepat

Posted: 30 Mar 2014 07:55 AM PDT

Salahuddin Ayub: Pejuangan Belum Selesai, Pejuangan Masih Belum Tamat

Posted: 30 Mar 2014 07:54 AM PDT

Lim Kit Siang: Bolehkah Kita Membenarkan Sdr Anwar & Karpal Menjadi Mangsa Kezaliman Kehakiman

Posted: 30 Mar 2014 07:54 AM PDT

Turkish polls seen as referendum on PM

Posted: 30 Mar 2014 07:53 AM PDT

Tiada ulasan: