Jumaat, 7 Mac 2014

Tukar Tiub

Tukar Tiub


PROGRAM MELAWAN DI SANA SINI

Posted: 07 Mar 2014 05:15 PM PST





PAGI INI
layari radio bangsar
untuk mengikuti
konvensyen pakatan rakyat


SEMUA DI JEMPUT

ANAK MUDA KUANTAN

HARI WANITA SEDUNIA



JEMPUTAN 
dari
universiti bangsar utama


-------------

DARI ANAK MUDA UNTUK ANAK MUDA

Posted: 07 Mar 2014 05:00 PM PST




Azmizam Zaman Huri
Ketua AMK Selangor
Naib Ketua AMK Malaysia

Kenyataan Akhbar: Keputusan Rayuan Liwat II : UMNO Barisan Nasional Balas Dendam Terhadap Anwar Ibrahim
6 Mac 2014 
Negara sedang berdukacita dengan keputusan penghakiman Mahkamah Rayuan Putrajaya yang petang tadi menjatuhkan hukuman bersalah terhadap fitnah Liwat II, yang mensabitkan hukuman bersalah terhadap Dato' Seri Anwar Ibrahim setelah Mahkamah Persekutuan membebaskan beliau pada tahun 2012.  

Keputusan ini hadir kurang seminggu daripada tarikh penamaan calon Pilihanraya Kecil Dun N25 Kajang yang sepatutnya menjadikan Dato' Seri Anwar Ibrahim sebagai calon Parti Keadilan Rakyat. Jelas UMNO Barisan Nasional Berjaya melaksanakan konspirasi jahat mereka untuk membalas dendam terhadap Anwar Ibrahim dan mematikan karier politik beliau.

AMK Selangor mengutuk sekeras-kerasnya rancangan penuh tipu muslihat ini, kerana keputusan penghakiman dibuat dalam keadaan tergesa-gesa dan singkat. Mahkamah juga banyak menolak permohonan pembelaan yang dibuat serta seolah-olah telah bersedia menjatuhkan hukuman yang zalim ini.

AMK Selangor menyifatkan keputusan ini sebagai cetusan baru untuk anak muda bangkit dan melawan kerakusan UMNO Barisan Nasional yang terpaksa bergantung kepada fitnah untuk mengekalkan kuasa yang semakin longgar. Anak muda tidak akan membiarkan mereka ditindas oleh pembodohan seperti ini.

UMNO Barisan Nasional Jangan Rasa Selesa

UMNO Barisan Nasional tidak perlu berasa selesa dengan perkembangan terbaru ini. Keputusan penghakiman ini pasti akan mendapat kritikan antarabangsa dan merendahkan martabat Malaysia di mata dunia. UMNO Barisan Nasional juga harus bersedia menerima tentangan lebih hebat dari rakyat.

Jentera AMK Selangor sedang digerakkan ke seluruh pelusuk negeri untuk menyedarkan bahawa kebebasan sedang berada pada satu tahap yang cukup tenat. Jika seorang lelaki yang pernah bergelar Timbalan Perdana Menteri boleh dizalimi begini, tidak mustahil rakyat terbanyak akan menerima layanan lebih buruk dari UMNO Barisan Nasional semata-mata untuk kekal berkuasa

REFORMASI! REFORMASI! REFORMASI!

Azmizam Zaman Huri
Ketua AMK Selangor
Naib Ketua AMK Malaysia


----------

LAGI KERENAH ORANG AFRIKA

Posted: 07 Mar 2014 05:00 AM PST









KOMENTAR TUKAR TIUB
awas dan waspada
jaga jaga
bahaya orang hitam afrika

bukan kerana kulit hitam mereka
sivarasa pun hitam
dr jeya pun hitam

yang kita benci ialah
kelakuan jahat mereka

SIAPA LEPASKAN
TOKAN DADAH NIGERIA INI
apa polis lakukan?
apa ketua polis negara lakukan?
apa zahid hamidi lakukan?

Pelajar warga Afrika mati ditembak di kepala

SEREMBAN 6 Mac - Seorang pelajar warga Afrika maut selepas dipercayai ditembak di bahagian kepala di Flat Seri Jasmin 3 berhampiran sebuah kolej swasta dekat Mantin di sini petang ini.

Mangsa yang merupakan pelajar kolej swasta di ibu negara dan berusia 26 tahun ditemui terbaring berhampiran tempat letak kereta flat berkenaan kira-kira pukul 4.30 petang.
Ketua Polis Daerah Nilai, Supritendan Abdullah Roning berkata, pihaknya masih menyiasat identiti mangsa dan punca sebenar kejadian.

"Kita juga sedang menyiasat tujuan mangsa datang ke tempat kejadian dan mencari suspek-suspek yang terlibat," katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Jelas Abdullah, kejadian disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu bunuh.


-----------

BERITA BARU MASUK

Posted: 07 Mar 2014 01:15 AM PST







ANWAR DI DAPATI

BERSALAH


ANAK MUDA

 BERSEDIA



--------

KONVENSYEN PAKATAN RAKYAT

Posted: 07 Mar 2014 01:10 AM PST








RADIO BANGSAR
akan membuat siaran langsung
dari shah alam
dari jam  9 pagi 
hingga 
jam 4:00 petang



SEMUA DI JEMPUT 
datang
semua di jemput mendengar



----------

APA DIA SISTEM EKONOMI

Posted: 07 Mar 2014 12:08 AM PST






KOMENTAR TUKAR TIUB
dalam dunia ini ada beberapa sistem ekonomi
ada sistem kapitalis
ada sistem sosialis
ada sistem campuran kapitalis/sosialis

islam bukan sistenm ekonomi
islam ialah satu agama kepercayaan


ISLAM BUKAN RIBA
Tu la pasal..nak jadi orang beragama..menunjuk2 sayangkan agama..tapi tak tahu keutamaan susunan dosa2 besar.. sistem riba di bank, sumuanya menikus..baik PAS atau mana2 jabatan yg mengaku nak masuk syurga dan sayang gila babi akan nabinya.. tak ada seekor pun berani menegur bahkan melawan riba..

malah berduyun2 mengaku islam, tak adapun suara mengutuk riba.. yg canteknya ahli2 badan agama ini adalah pendokong tegar memberi riba!!! Kahkahkah... boleh belah la poyo sayangkan agama..phui!!!... kalo pasal nak menyanyi dan potong stim, boleh pulak ajak berdemo.. lu pun TT, sama saja.. benci kapitalis..tapi hal riba lu mcm mandom saja.. poyo sungguh.. Gua xnak lu publish komen ni..sbb gua tau lo mmg xder minat pasal melawan sistem kapitalis dgn sepenuh hati.. lu lawan yg berpilih2 jo...hampeh.. on JAGA TEPI KAIN SENDIRI
Publish | Delete | Spam
Anonymous

on 3/7/14

MAKLUMAN
ada sesiapa tahu mamat ini
ada seorang dermawan ingin
menghadiahkan sebuah cermin mata hitan
dan
ingin menaja mamat ini ke london
untuk belajar bahasa inggeris
kah kah kah
----------

MAHKAMAH PAGI INI

Posted: 06 Mar 2014 09:48 PM PST





OOOOOOOO MAHKAMAH 
OH MAHKAMAH
baru pulang dari mahkamah
gila
pusing pusing
cari hakim
masuk dalam mahkamah ada kes bunuh

kes akta hasutan
adam adli safuan tian haris ibrahim
hishamuddin rais thamrin ghaffar
kini semua dibicarankan
dalam 5 mahkamah
dengan 5 hakim yang berlainan

untuk pengetahuan pembaca
setiap minggu dan setiap bulan
ada sahaja dakwaan terhadap yb  pakatan rakyat
ada sahaja dakwaan terhadap ngo anti kerajaan
dakwaan terhadap ngi
ada sahaja dakwaan terhadap rakyat
yang tak  benci united malays national organisation


-------

JANGAN KELENTONG HAL AIR

Posted: 06 Mar 2014 09:27 PM PST




KENYATAAN MEDIA
7 MAC 2014

Pada mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Rakyat bertarikh 6 Mac 2014, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim telah memberikan penjelasan kepada pimpinan tertinggi parti-parti komponen Pakatan Rakyat iaitu Dato' Seri Tn Guru Hj Abdul Hadi Awang, sdr Lim Kit Siang, dan saya sendiri.

Seusai mesyuarat tersebut, Majlis Presiden telah sebulat suara menyatakan sokongan pada dasarnya kepada usaha Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim untuk menstruktur semula industri air negeri Selangor.

Di dalam mesyuarat tersebut, pimpinan Pakatan Rakyat telah menunjukkan keprihatinan yang tinggi serta memberikan nasihat dan pandangan bagi memastikan proses penstrukturan industri air ini memberikan pulangan dan natijah yang terbaik kepada Kerajaan Negeri Selangor serta rakyat Selangor, termasuk perkara-perkara yang disentuh di dalam MOU di antara Kerajaan Selangor dan Kerajaan Persekutuan.

Oleh itu, pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat telah mencapai persetujuan bahawa Kerajaan Negeri Selangor di dalam konteks penstrukturan industri air ini akan terus mendapatkan maklum balas daripada satu jawatankuasa khas Pakatan Rakyat yang diwakili Rafizi Ramli, Tony Pua dan Dr Dzulkefly Ahmad.

Satu persetujuan juga telah dicapai untuk melibatkan Tn Tommy Thomas, pakar perundangan, di dalam proses ini sebagai wakil bebas yang mewakili rakyat Selangor bagi memastikan perjanjian yang kukuh di sisi undang-undang menjaga kepentingan rakyat Selangor.

Mereka akan bertanggungjawab bekerjasama dengan Kerajaan Selangor di dalam pelaksanaan penstrukturan industri air ini termasuklah menyemak dan memberi maklumbalas kepada perjanjian-perjanjian yang bakal ditandatangani oleh Kerajaan Selangor di dalam isu ini.


Dato' Seri Anwar Ibrahim
Ketua Pembangkang merangkap Ketua Umum KEADILAN



-----------

Tiada ulasan: