Tempayan Retak |
Hishamuddin Hussein tak layak jadi menteri atau pemangku menteri Posted: 09 Mar 2014 12:26 AM PST Saya tak tahu ada apa 'akal' Datuk hishamuddin Hussein ini di pilih sebagai Pemangku Menteri Pengangkutan. Banyak kenyataannya cukup mengelirukan dan seolah-olah tak bersedia dengan maklumat dan fakta yang tepat dan jelas. Pagi tadi Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, terdapat empat penumpang MH370 "disahkan" menggunakan pasport palsu dan perkembangan lanjut mengenai empat penumpang itu akan didedahkan dari semasa ke semasa selepas siasatan dijalankan. Kemudian dalam sidang media berikutnya pihak MAS hanya menyebut 2 orang sahaja bukan 4 apabila ditanya oleh pihak wartawan. Menurut sumber 2 penumpang yang menggunakan passport palsu membeli tiket di Beijing melalui satu syarikat penerbangan yang berkongsi laluan dengan pihak MAS. Terdapat 7 orang yang membeli tiket untuk pernebangan MH370 jadi pihak Malaysia dan FBI membuat siasatan kepada 7 orang berkenaan. Sama juga penggunaan kapal selam. Singapura menghantar misi pencarian menggunakan kapal selam kerana jika kapal terbang terjunam ke dasar laut kesan pancaran signal daripada kotak hitam kurang jelas dipermukaan dan memerkukan kapal selam untuk mencarinya. Timbul persoalan di sini, dimana kapal selam Malaysia? Kejadian nahas ini telah membuka mata masyarakat melihat cara Menteri UMNO menjalankan tugas yang tidak lebih daripada 'menunjuk muka' seperti peribahasa melepas batu ditangga. |
You are subscribed to email updates from Tempayan Retak To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan