Anak Sungai Derhaka |
- MH370 hilang, macai dakwa sebab juruterbangnya penyokong PKR?
- Wan Azizah ganti Anwar Ibrahim bertanding di Kajang!!!
- MH370 mungkin berpatah balik kata Pemangku Menteri..
MH370 hilang, macai dakwa sebab juruterbangnya penyokong PKR? Posted: 09 Mar 2014 04:30 AM PDT Tak sangkalah pulak aku ketika kaum keluarga dan waris-waris penerbangan MH370 yang masih hilang dan hingga kini masih belum pasti status sebenarnya sedang bersedih, ada juga yang kurang cerdik menjadikan isu ini sebagai satu isu politik. Menurut seorang blogger pro UMNO.. tanggapan beberapa pemimpin Pakatan Rakyat tentang insiden ini mungkin berbeza jika mereka menyedari bahawa juruterbang pesawat MH370 ini adalah seorang penyokong PKR. Ianya dipercayai ditujukan kepada bekas MB Perak, Nizar Jamaluddin dilabel sebagai bodoh oleh blogger dan Facebooker pro UMNO kerana satu 'Tweet' nya yang mempermainkan insiden ini.. Dengan menganggap harta kerajaan adalah harta UMNO/BN blogger tersebut mempersoalkan mengapa pihak MAS masih mengekalkan juruterbang yang jelas menetang kerajaan ini dalam perkhidmatannya. Bagi aku jawapan kepada persoalan oleh Blogger pro UMNO di atas itu adalah mudah dan perkara ini telah berulangkali dinyatakan oleh Tun Mahathir. Jawapannya mudah... ini kerana hanya yang bodoh menyokong UMNO/BN, jika dipecat juruterbang yang menyokong PKR itu.. ada berapa kerat dari penyokong UMNO/BN yang layak ditauliahkan sebagai juruterbang?.. Jurutemberang tu banyaklah.. Ini apa yang disiarkan oleh Blogger pro UMNO itu.. Puak dari Parti Pakatan Rakyat termasuk beberapa pemimpin menghentam dan mempersendakan kemalangan MH370 ke Beijing yang di percaya jatuh terhempas di Laut China Selatan. Tetapi tanpa mereka sedar, Ketua Juruterbang yang bernama Zaharie Shah itu adalah penyokong tegar PKR. Sungguh aneh apabila MAS yang merupakan sebuah syarikat kerajaan, tidak membuang menjadi juruterbang ini walaupun Facebook akaunnya siang malam dia menghentam Barisan Nasional. Apakah selepas 'rahsia' ini didedahkan, maka para pecacai PKR akan menukar taktik mereka dengan menyatakan juruterbang tersebut telah ditamatkan riwayatnya kerana UMNO takut dengannya? Blog mana yang tulis tu.. korang carilah sendiri... Apalah macai ni... perkara macam ini pun nak dipolitikkannya.. mula-mula dikaitkan dengan PKR lepas ni salahkan Anwar Ibrahim pula.. Mungkin kerana dah ketandusan isu yang nak dibawa kot?.. tapi aku nampak banyak isu dalam PR sekarang ni.. terutama kat Penang ni.. Cari isu lainlah Bro.. sepatutnya kita bersama melahirkan rasa simpati kepada waris atau kaum keluarga MH370 ni, bukannya politikkannya.. Sekali sekala tu letakkanlah politik ke tepi... Najib dengan Anwar pun tak gila berpolitik sepenuh masa walaupun mereka ahli politik sepenuh masa.. |
Wan Azizah ganti Anwar Ibrahim bertanding di Kajang!!! Posted: 08 Mar 2014 10:51 PM PST Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sekali lagi menggantikan suaminya Datuk Seri Anwar Ibrahim, kali ini dengan menggantikan ketua pembangkang itu bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang. Wan Azizah diumumkan sebagai calon di Bilik Gerakan Pilihan Raya Kecil (PRK) Kajang di Batu 12 hari ini yang diumumkan sendiri oleh Anwar. Anwar terlucut kelayakan untuk bertanding di kerusi yang dikosongkan penyandang daripada PKR iaitu Lee Chin Cheh selepas Mahkamah Rayuan menjatuhkan hukuman penjara lima tahun atas kesalahan meliwat bekas pembantunya Saiful Bukhari Azlan pada 2008. Wan Azizah akan berdepan dengan calon Barisan Nasional, Datin Paduka Chew Mei Fun dan Datuk Zaid Ibrahim bagi kerusi berkenaan. Lee memenangi kerusi DUN Kajang pada Pilihan Raya Umum 2013 (PRU13) dengan majoriti 6,824 undi, menewaskan calon BN Lee Ban Seng dan beberapa calon bebas dalam pertandingan enam penjuru. "Badan kehakiman diperalatkan Umno untuk menghalang saya sebagai calon. "Dengan ini saya umumkan Wan Azizah sebagai calon PRK DUN Kajang," kata Anwar. Anwar turut berkata, beliau akan berkempen seperti biasa bagi membantu isterinya itu. Keputusan berkenaan turut diterima sebulat suara rakan komponen PR daripada PAS dan DAP serta memberi komitmen untuk membantu kemenangan Wan Azizah di Kajang. "Saya mewakili rakyat biasa melihat ketidakadilan ini. Kita tidak boleh ditindas, terus ditindas. "Jangan undur, kita teruskan perjuangan. Sebagai Presiden PKR, saya ambil tanggungjawab ini," kata Wan Azizah pada sidang media itu. Dengan pengumuman itu, Wan Azizah sekali lagi membantu karier politik Anwar selepas beliau bertanding di kerusi Parlimen Permatang Pauh pada 1999 ketika Anwar dipenjarakan atas kesalahan salah guna kuasa. Wan Azizah bertanding atas tiket Parti Keadilan Nasional yang kemudiannya ditukar kepada Parti Keadilan Rakyat (PKR). Beliau memenangi kerusi berkenaan selama dua penggal iaitu pada pilihan raya 2004 dan 2008. Pada September 2008, beliau meletakkan jawatan bagi membolehkan Anwar menyertai semula arena politik sebagai wakil Parlimen. ~ The Malaysian Insider |
MH370 mungkin berpatah balik kata Pemangku Menteri.. Posted: 08 Mar 2014 09:12 PM PST Pihak berkuasa Malaysia kini menyiasat keseluruhan penumpang pesawat MH370 selepas didapati sekurang-kurangnya empat penumpang dengan identiti mencurigakan di atas pesawat yang hilang pagi semalam. Dua lelaki, warga Itali dan Austria, memberitahu mereka tidak menaiki Boeing 777-200ER yang berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ke Beijing jam 12.40 pagi pada hari Sabtu. Ia terputus hubungan dengan pengawal trafik lapangan terbang pada jam 1.30 pagi dan tidak tiba di Beijing. "Kami sedang menyiasat keseluruhan kejadian, bukan hanya empat penumpang," kata Menteri Pengangkutan Pemangku Datuk Seri Hishammuddin Hussein kepada pemberita di KLIA pagi ini. Pesawat yang hilang masih belum ditemui walaupun Hishammuddin mengesahkan yang tumpahan minyak ditemui di kawasan carian di perairan antara Malaysia dan Vietnam. "Kehilangan MH370 bukanlah sesuatu yang boleh dipandang ringan dan kita tidak boleh menolak sebarang kemungkinan. Pihak perisikan daripada negara-negara berkenaan diberitahu dan kami akan berkongsi maklumat berkenaan hasil siasatan," katanya. "Berikutan perbincangan, agensi perisikan dari pelbagai negara bersetuju bekerjasama untuk memeriksa senarai penumpang dan pasport yang dicuri." Hishammuddin berkata, rakaman video litar tertutup di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) juga akan dikaji semula. "Bagaimana empat individu berjaya menaiki MH370 dengan pasport curi juga sedang dibincangkan." "Bagaimanapun, ini adalah rangkaian antarabangsa dan kita tidak boleh menyalahkan Jabatan Imigresen semata-mata." Hishammuddin berkata, pihak berkuasa memeriksa senarai penumpang yang ada sekali lagi dan bertemu pegawai daripada Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) yang berpangkalan di Kuala Lumpur. Ketika ditanya sama ada ini adalah disebabkan kelemahan keselamatan, Hishammuddin berkata, mereka masih tidak dapat menentukan sama ada ia berkaitan risiko keselamatan, apatah lagi kelemahan. "Janganlah kita terus membuat kesimpulan dan membuat spekulasi liar. Jika ia berkaitan kelemahan keselamatan, maka kita perlu kenal pasti puncanya." "Kami sedang mengkaji semua kemungkinan tetapi isu utama sekarang adalah untuk mencari MAS MH370 yang hilang," kata Hishammuddin. Hishammuddin berkata, terdapat kemungkinan MH370 mungkin melakukan Air Turn Back (ATB) , yang bermakna pasukan mencari dan menyelamat (SAR ) perlu meluaskan carian mereka. ATB bermakna pesawat terpaksa pulang ke lapangan terbang asal akibat kerosakan atau apabila mengesyaki berlaku apa-apa kerosakan pada pesawat. "Saya menemui Menteri Pertahanan Singapura Dr Ng Eng Hen semalam dan mereka bersetuju menghantar tambahan tiga kapal termasuk kapal dengan keupayaan sonar. " Beliau juga mengesahkan bahawa laporan tumpahan minyak yang berlaku antara Malaysia dan Vietnam namun tiada sebarang serpihan ditemui di lokasi itu. "Pihak berkuasa Vietnam menggunakan kapal ke kawasan tersebut untuk memastikan sama ada tumpahan minyak adalah daripada bahan api kapal terbang dan sama ada MH370 terhempas di kawasan itu atau tidak," kata Hishammuddin. MAS berkata, pesawat berlepas pada jam 1:41 pagi dan hilang daripada radar kawalan trafik udara di Subang pada jam 2.40 pagi. Rentetan kejadian menggambarkan pesawat mampu berada di udara selama dua jam - satu tempoh cukup lama untuk terbang bukan sahaja di seluruh Teluk Thailand tetapi juga jauh ke utara Vietnam. Bagaimanapun, Ketua Eksekutif Flightradar 24, Fredrik Lindahl dari syarikat pesawat perkhidmatan pengesanan dalam talian berkata, hubungan radar terakhir pada 1:19 pagi, kurang 40 minit selepas penerbangan bermula. Pihak berkuasa semalam berkata, perbualan terakhir antara anak kapal dan kawalan trafik udara di Malaysia adalah lebih kurang pada jam 1:30 pagi. ~ The Malaysian Insider |
You are subscribed to email updates from Anak Sungai Derhaka To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan