Tempayan Retak |
- Betul ke, Anwar akur kehendak Ustaz Fadzil??
- Rafizi Serang Khalid. Hisham Serang Azmin
- Rosak Al Quran Di Kg. Limbongan Perbuatan Orang Islam Sendiri?
Betul ke, Anwar akur kehendak Ustaz Fadzil?? Posted: 04 Mar 2014 07:08 AM PST Saya terbaca tulisan Datuk Hussan Musa, Naib Presiden PAS; Biar pun posisi Ustaz Fadzil Mohd Noor sebagai Timbalan Presiden Abim, namun pandangannya dihormati Datuk Seri Anwar Ibrahim walaupun beliau sebagai presiden ketika itu. Ketika itu Ustaz Fadzil menasihatkan Anwar supaya tidak hadir pada forum bersama Kassim Ahmad dianjurkan Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya (PMUM) pada 1982. Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa berkata, pada masa itu beliau dan rakan-rakan PMUM menganjurkan forum tersebut bagi mendengar penjelasan Kassim selepas keluar daripada tahanan di bawah ISA. "Kami sengaja menganjurkan forum tersebut bagi mendengar dari mulut Kassim sendiri mengenai pengalaman berada di bawah ISA. "PMUM juga menjemput Anwar sebagai panel kerana beliau sebagai presiden Abim. Namun apabila tiba masanya Anwar tidak datang. "Jadi saya sebagai pengarah program datang mendapatkannya di Yayasan Anda tidak jauh daripada UM. Anwar memberitahu beliau tidak datang kerana Ustaz Fadzil melarang menyertai forum tersebut," katanya pada ceramah di Guchil Bayam di sini malam tadi. Husam berkata, beliau dan rakan-rakan keliru dan tidak dapat memahami apa maksud larangan Ustaz Fadzil sehingga terpaksa dipatuhi Anwar. Menurutnya hanya selepas tiga hari kemudian beliau dapat memahami larangan Ustaz Fadzil kepada Anwar kerana telah lama mengetahui pendirian songsang Kassim terhadap agama. "Ustaz Fadzil begitu tinggi bacaan politik kerana lebih awal mengetahui apa yang akan berlaku. Dia tidak mahu Kassim diberi muka kerana kesesatannya," ujarnya lagi. Saya terfikirkan pula, Ustaz Fadzil Mohd Noor, Tuan Guru Haji Abdul Hadi (semasa itu ABIM juga) dan ramai lagi kalau saya tulis mungkin berjela-jela panjangnya senarai nama tak setuju dan melarang Anwar masuk UMNO, Tapi Anwar Ibrahim tetap masuk UMNO. Tak dengar cakap Ustaz Fadzil Mohd Noor. ABIM pada masa itu berpecah menjadi 4 kelompok, ABIM pro UMNO, ABIM pro PAS, ABIM Perlis dan ABIM.. Inilah tiitk kemusnahan ABIM tahun 1982! Apalah sangat nak dibandingkan dengan berdebat dengan Kasim Ahmad... mungkin anda tak setuju dengan tulisan saya.. | |||||||||
Rafizi Serang Khalid. Hisham Serang Azmin Posted: 04 Mar 2014 05:55 AM PST Gambar di atas adalah gambar yang dirakam semasa Majlis Pelancaran Pusat Media KEADILAN PRK Kajang petang tadi di Kajang. Gambar ini adalah menutup "mulut" umno untuk bersuara dalam mengulas tentang pengumuman Tan Sri Khalid Ibrahim untuk mencabar Azmin Ali bagi jawatan Timbalan Presiden PKR. Ramai blogger pro Pakatan Rakyat mengulas tentang gambar ini "Langsung sedikit pun tidak nampak adanya pergeseran". Saya mungkin berbeza dengan mereka. Gambar bagi orang politik adalah lakonan semata-mata mereka boleh berpeluk di hadapan kamera tetapi esoknya 'bertikam'. Dulu Mahathir dan Musa berpeluk selepas itu Musa letak jawatan. Malah Anwar Ibrahim sehari sebelum dipecat pun masih membuat penafian. Semalam Rafizi menyerang secara terbuka pasal penjanjian air Selangor. Kenyataan beberapa kepimpinan PKR juga meminta TSKI menerangkan kepada akar umbi pasal perjanjian ini. Azmin juga menepelak bertanya bila ada OSA dalam PR? Aspan Alias YB DAP juga sama masuk dalam membuat ulasan tentang perkara ini. Manakala Hishamudin Rais pula masih kekal dengan kedudukan menyerang Azmin dalam tulisan terbarunya di Tukar Tiub malah dia bersedia berhadapan dengan tuntutan saman. Azmin yang dikatakan akan saman Suara Keadilan, suara rasmi Partinya sendiri. Semua ini adalah kudis-kudis yang menunggu nanah untuk PRK Kajang. Jika ada sesuatu berlaku bukan yang berperang disalahkan, rakan yang membantu yang digelar kumpulan "kupiah putih" akan menjadi sebab. | |||||||||
Rosak Al Quran Di Kg. Limbongan Perbuatan Orang Islam Sendiri? Posted: 04 Mar 2014 04:32 AM PST Penduduk di Kampung Limbongan di Besut dan sekitarnya hari pagi tadi digempar apabila menyedari ada pihak tidak bertanggungjawab menceroboh masjid kampung itu dan merosakkan beratus-ratus naskhah Al-Quran dan kitab hari ini. Dalam kejadian yang disedari kira-kira pukul 2.30 pagi itu, Al-Quran, kitab dan buku yasin milik masjid itu didapati dibuang merata tempat termasuk di dalam dan luar kawasan masjid berkenaan, setelah dikoyak-koyakkan. Yang menyedihkan terdapat beberapa naskhah Al-Quran dibuang ke dalam mangkuk tandas. Laporan Polis seperti dilampirakan di bawah:- As salam YDH Tuan. Untuk makluman YDH Tuan. Bersabit Kg Raja Rpt: 1071/14, P/Penyiasat: Insp.Azira Bt Md Razak, 4/3/2014@0310hrs Butir-butir Pengadu: Nama: Engku Mi Bin Engku Hassan Kp: 530105065037 Umur: 61 Kerja: Berniaga/KRT/SRS Alamat: 1394 Kg Limbonhan 22200 Kg Raja Besut Trg Ringkasan kes: Pada 4/3/2014 jam lebih 1.30 pagi semasa pengadu sedang buat rondaan KRT/SRS di kawasan Kg Limbongan Kg Raja Besut Trg telah singgah di Masjid Kg Limbongan dapati dalam keadaan baik. Seterusnya pengadu buat rondaan dan singgah di rumah kediaman YB Mahadi Bin Musa yang terletak berhampiran. Pada 4/3/2014 jam l/kurang 2.30 pagi pengadu pergi semula ke kawasan Masjid Kg Limbongan Kg Raja telah dimaklumkan oleh anggota SRS yang membuat rondaan bermotorsikal mengatakan bahawa telah menjumpai Al-Quran dalam keadaan berselerak di depan tangga pintu masuk masjid, di dalam mangkuk tandas,dan di tempat solat. Terdapat juga barang-barang lain seperti kipas dinding dan pintu sliding tempat solat telah dirosakkan dan di pecahkan. Pengadu syaki perbuatan tersebut dikhianati oleh orang yang tidak dikenalpasti. Hasil siasatan IO: (1) temubual dan rakam percakapan pengadu. (2) Hasil rakaman percakapan pengadu dapati pengadu tidak kenalpasti saspek yang melakukan perbuatan tersebut. Menurut pengadu tiada saksi yang nampak semasa kejadian berlaku. (3) Ke tempat kejadian bersama Jurufoto Kpl/D Ramli Sulaiman iaitu Tempat kejadian adalah di Masjid Kg Limbongan Kg Raja Besut Trg. Tiada alat CCTV dipasang. (4) Pohon bantuan Unit Forensik D10 IPK Trg untuk siasatan lanjut tempat kejadian di ketuai oleh Insp Shamendra. (5) Arahkan CPJ/Detektif dapatkan maklumat lanjut dan kesan saspek yang disyaki. Perkembangan lanjut akan dimaklum semula.Terima kasih YDH Tuan.
Mengikut papaan CCTV ada 2 kelibat masuk dengan memakai top keledar pada pukul 11.28 malam. Daripada pergerakan yang terus ke hadapan mimbar menunjukkan kelibat berkenaan agak mahir dengan kedudukan masjid dan ini dipercayai adalah orang Islam sendiri. Walaubagaimana pun pihak polis masih belum mengesahkannya melainkan siasatan rapi dibuat. Ada kesan darah pada muka hadapan pintu masjid dipercayai adalah kesan darah kaki kelibat yang menyempak peralatan masjid dan pintu ketika ingin masuk masjid. Perkara ini sedang disiasat termasuk dengan bantuan anggota forensik yang didatangkan dari Ibu pejabat Kontinjen Polis Kuala Terengganu dan penduduk dan masyarakat Islam diminta bertenang. |
You are subscribed to email updates from Tempayan Retak To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan