Tempayan Retak |
- TUDM sangka MH370 diarah patah balik jawapan yang tidak bertanggungjawab!
- Membenar Masuk Ke Kokpit, Bukan Berlaku di MAS sahaja!
- Bila nak hantar Tun Mahathir & DS Najib ke wad psikiatri??
- Wajah-wajah Menemui Allah Antara Wira 529 orang dihukum Mati oleh Thaghut Mesir!
- Mungkinkah Serangan Siber Dari China ke atas Malaysia??
TUDM sangka MH370 diarah patah balik jawapan yang tidak bertanggungjawab! Posted: 26 Mar 2014 05:04 AM PDT Sebelum ini Perdana Menteri DS Najib dalam sidang di KLIA mengatakan "Berdasarkan data kasar dari satelit yang diperoleh, kami boleh mengesahkan disini bahawa pesawat tersebut adalah pesawat MH370 dan pengesahan ini dilakukan setelah hasil penelitian data-data dari pihak-pihak yang terlibat seperti FAA, NTSB, AAIB dan pihak berkuasa Malaysia" Dalam kenyataan tersebut DS Najib juga berkata "Di saat itulah juga, radar utama TUDM menunjukkan bahawa terdapat sebuah pesawat yang dipercayai adalah pesawat MH370 telah terbang ke arah barat dan berpatah balik ke Semenanjung Malaysia sebelum bertukar arah ke barat daya, namun jenis dan identiti pesawat tersebut tidak dapat disahkan" Hari ini Datuk Abdul Rahim Bakri Timbalan Menteri di Kementerian Pertahanan menjelaskan, pasukan tentera tidak memintas pesawat misteri yang dikesan melalui ruang udara Selat Melaka kerana menyangka ia diarah berpatah balik oleh menara kawalan. Makin pening kita dibuatnya. Lagi pening kalau kita fikir tentang keselamatan negara kita. 1. TUDM main sangka-sangka aje ke dalam isu keselamatan?? 2. Kenapa TUDM tak menghubungi menara kawalan untuk pengesahan sangkaan ini? 3. Kenapa menara kawalan yang tidak dapat kesan MH370 tidak pula menghubungi TUDM untuk pengesanan sedangkan TUDM mempunyai radar skunder berbanding menara kawalan mempunyai radar primier. Pada logik bila radar menara kawalan tidak dapat mengesan akibat trasfonder dimati atau termati radar skunder masih boleh mengesannya. TUDM juga mengesahkan mengesan titik hitam pada jam 2.40 pagi yang berpatah balik. MAS tahu MH370 tidak memberi respon sejak 1.30 pagi. Hampir satu jam lebih kenapa MAS tak hubungi keselamatan negara TUDM?? Lagi banyak kenyataan dikeluarkan, lagi banyak teka-teki misteri MH370 tidak terungkai! |
Membenar Masuk Ke Kokpit, Bukan Berlaku di MAS sahaja! Posted: 25 Mar 2014 10:54 PM PDT Membenarkan penumpang masuk ke kokpit adalah perkara yang dilarang. Ketua Pegawai Eksekutif MAS, Ahmad Jauhari Yahya berkata, MAS tidak berkompromi dengan isu keselamatan dan melarang keras setiap juruterbang membawa masuk penumpang ke dalam kokpit apatah lagi untuk bergambar. Sebelum ini akhbar luar negara telah memainkan isu pembantu juruterbang yang dikatakan pernah membenarkan penumpang masuk ke kokpit. Akhbar Daily Telegraph pernah mengeluarkan tajuk "Playboy Pilot". Tapi melalui pencarian yang dibuat saya menemui banyak kes membenarkan penumpang masuk ke kokpit. Model dan artis Vietnam, Ly Nha Ky, pernah masuk ke kokpit dan bergambar kapten pilot Nguyen Ngoc Nhu Y dan kopilot Nguyen Xuan Hai. Kapal terbang dibiarkan "pandu sendiri". Pilot ini digantung dua bulan dan didenda. Gambar 9 Oktober 2010 juga dalam kokpit pesawat KT3 dalam perjalanan ke Madinah. Ini pula Cockpit pesawat Garuda Indonesia Ogos 2013. Banyak lagi kalau nak dicari... |
Bila nak hantar Tun Mahathir & DS Najib ke wad psikiatri?? Posted: 25 Mar 2014 07:56 PM PDT Lelaki yang diberkas selepas disyaki membaling al-Quran di dua masjid di daerah ini pada 4 Mac lalu kini ditahan di wad pesakit psikiatri, Hospital Besar Kota Bharu Kelantan. Pemangku Ketua Polis Daerah Besut, Deputi Superintendan Noorzainy Mohd Noor berkata, suspek berusia 27 tahun dari Kampung Keluang, di sini itu ditahan di hospital tersebut selama sebulan untuk pemeriksaan lanjut. Menurutnya, keputusan untuk mendakwa suspek yang dipercayai membaling naskhah al-Quran di Masjid Limbongan dan Masjid Nasaruddin Shah, Kampung Raja itu bergantung kepada pemeriksaan pakar perubatan psikiatri nanti. Kalau baling al Quran disyaki gila?? Bagaimana pula dengan pimimpin negara yang membuang al Quran dalam perlembangaan negara dan kehidupan? Perlukan membuat pemeriksaan juga? Saya rasa masej yang saya tulis ini cukup jelas. |
Wajah-wajah Menemui Allah Antara Wira 529 orang dihukum Mati oleh Thaghut Mesir! Posted: 25 Mar 2014 05:38 PM PDT Seperti yang saya tulis sebelum ini usaha untuk menghancurkan Gerakan Islam Ikhwanul Muslimin hari ini di Mesir sangat jelas dimana mahkamah di Mesir telah menjatuhkan hukuman mati kepada 529 penyokong bekas presiden Islamis Mohammed Morsi atas tuduhan kononnya menyerang dan membunuh anggota polis (baca di sini) Mereka fikir, mereka boleh memadam api perjuangan Islam?? Nyata mereka sebenarnya silap. Walaupun diseksa, dipenjara atau dibunuh namum gerakan Islam tidak pernah padam dalam sejarah perjuangannya kerana perjuangan ini bukan bermatlamatkan duniawi tetapi semata-mata mencari keredhaan Allah s.w.t. Lihat bagaimana mereka yang dihukum mati boleh senyum bergembira kerana mereka tahu janji Allah sudah pasti. Tidak ada yang sebaik-baik janji melainkan janji Allah s.w.t. melalui Rasulunya. Gambar di atas menunjukkan Dr. Sofwat Hijazi (paling kiri). Tiada tangisan, tiada kesedihan dan tidak merasa gementar.. Itulah pejuang Allah s.w.t. yang akan sentiasa ada dimana-mana sahaja dibumi ini!!! Kata-kata Dr Sofwat Hijazi dalam satu ucapannya yang penuh bersemangat untuk membebaskan Palestin dari Zionis harus difahami dan dihayati. Ucapanya "Insya Allah bumi Palestin akan merdeka di bawah kepimpinan Dr Mursi, kita akan bersolat di Masjidil Aqsa. Insya Allah" Tindakan hukuman mati ke atas 529 pengikut bekas presiden, Mohamed Morsi adalah melanggar prinsip keadilan sejagat demikian bantahan yang dikeluarkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Selasa. "Tidak pernah ada dalam sejarah hukuman mati secara besar-besaran dan beramai-ramai ini dilakukan dalam era moden hari ini. "Ia adalah bertentangan dengan prosedur dan undang-undang hak asasi kemanusiaan sejagat," kata Rupert Coville, jurucakap kepada pesuruhjaya tinggi PBB mengenai hak asasi kemanusiaan. Tapi di Malaysia, kita diam hanya sibuk dengan MH370 nak pasang bendera separuh tiang bila? Majlis fatwa hanya bincang dan isytihar orang Islam dalam nahas syahid akhirat... tak ada perbincangan tentang syahid mereka yang dibunuh beramai-ramai di Mesir melalui hukuman mati? Bukan kita tak setuju pasal MH370, kita pun prihatin tapi kenapa membisu dalam isu pembunuhan di Mesir sehingga orang bukan Islam seperti Rupert Coville lebih dahulu bersuara? Mana prihatin kita sesama mukmin seperti hadis Rasulullah s.a.w. yang melibatkan bandingan sesama mukmin laksana satu badan?? |
Mungkinkah Serangan Siber Dari China ke atas Malaysia?? Posted: 25 Mar 2014 09:50 AM PDT Keluarga penumpang rakyat China dalam pesawat Malaysia Airlines MH370 berhimpun di luar Kedutaan Malaysia di Beijing untuk menuntut penjelasan syarikat penerbangan itu dan menuduh kerajaan Malaysia di Kuala Lumpur "berbohong". Laporan Reuters menyebut kumpulan ahli keluarga penumpang itu melaungkan "Kerajaan Malaysia bohong pada kami" dan "Malaysia, kembalikan keluarga kami" sambil berarak secara aman dan menunjukkan kain rentang. Rakyat China menerima berita pengumuman DS Najib sangat berbeza, malah wartawan China yang ada di Malaysia dilihat turut menangis malah "meraung" atas apa yang dikhabarkan. Sudah pasti mungkin ada cybertropper China yang "bengang" dengan perkara ini akan menyerang websites Malaysia. Majlis Keselamatan Angkasa dan Siber, Majlis Keselamatan Negara, Jabatan Perdana Menteri tidak menolak akan berlaku serangan siber daripada rakyat China atas perkembangan terbaru tragedi MH370. Maklumat ini juga bersumberkan daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM). Mana-mana laman atau website Malaysia harus meningkatkan keupayaan firewall dan security. Walaupun ini adalah kemungkinan tetapi berjaga-jaga adalah lebih baik. |
You are subscribed to email updates from Tempayan Retak To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan