Rabu, 26 Mac 2014

Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


MH370 diterbangkan keparas 45,000 kaki hingga sebabkan semua orang diatasnya pengsan?

Posted: 26 Mar 2014 07:50 AM PDT


Ketinggian pesawat maksima adalah 43,100 kaki tetapi radar tentera mengesan pesawat itu terbang antara 43,000 ke 45,000 kaki sebaik sahaja selepas komunikasi terakhir juruterbang dari kokpit pesawat.

Pada ketinggian itu, apabila atmosfera menjadi nipis secara drastik, ia akan mengambil masa seminit sahaja kalau bukan satu saat untuk hipoksia - kekurangan oksigen berlaku.

Corong oksigen akan jatuh dengan sendiri, tetapi ia boleh membekalkan antara lima ke 10 minit gas sahaja.

MH370 dikesan terbang selama 23 minit pada ketinggian 43,000 ke 45,000 kaki sebelum menjunam. Oksigen akan habis selepas 12 minit (dalam kabin) dan menyebabkan penumpang tidak sedarkan diri..

Siapa atau apa yang menerbangkannya pada ketika itu??

Analisis yang dibuat terhadap data satelit mendapati pesawat MH370 mengambil masa selama 23 minit pada ketinggian sehingga 45,000 kaki - di atas dari ketinggian maksimum biasa - dan ini mungkin menyebabkan semua orang di atasnya tidak sedarkan diri kerana kekurangan oksigen, lapor tabloid British Daily Mail.

Ketinggian pesawat maksima adalah 43,100 kaki tetapi radar tentera mengesan pesawat itu terbang antara 43,000 ke 45,000 kaki sebaik sahaja selepas komunikasi terakhir juruterbang dari kokpit pesawat.

"Ia dikesan terbang selama 23 minit pada ketinggian itu sebelum menjunam. Oksigen akan habis selepas 12 minit (dalam kabin) dan menyebabkan penumpang tidak sedarkan diri," kata sumber.

Pakar berkata, walaupun Boeing 777-200ER boleh terbang setinggi 43,000 kaki maksimum, ia mungkin terbang dengan selamat untuk ketinggian yang lebih lagi.

Tetapi pada ketinggian itu, apabila atmosfera menjadi nipis secara drastik, ia akan mengambil masa seminit sahaja kalau bukan satu saat untuk hipoksia - kekurangan oksigen berlaku, kata Daily Mail.

Corong oksigen akan jatuh dengan sendiri, tetapi ia boleh membekalkan antara lima ke 10 minit gas sahaja.

Profesor Aerodinamik Gunaan dan Eksperimen Universiti Highlands and Islands, Andrew Rae memberitahu Daily Mail: "Letupan tekanan dalam kabin akan menjadi masalah pada ketinggian 10,000 kaki, 30,000 kaki atau 43,000 kaki, tetapi ketinggian yang lebih mungkin menyebabkan perkara itu berlaku lebih cepat.

"Fakta pesawat itu terbang pada ketinggian 43,000 kaki tidak sepatutnya menggerakkan bekalan oksigen kecemasan pesawat," katanya.

Udara yang menyebabkan tekanan kepada pesawat datang daripada enjin dan sayap dan ia ditapis sebelum memasuki persekitaran penumpang.

Sistem tekanan mungkin perlu ditutup jika pesawat itu memasuki udara kotor, tetapi penyiasat melihat kepada kemungkinan ia dipadam kerana sebab jahat, kata laporan Daily Mail.

Sementara itu, seorang juruterbang Kanada dengan 20 tahun pengalaman, Chris Goodfellow, berkata dalam satu posting di Google Plus, beliau percaya berlaku kebakaran dalam pesawat itu.

Dalam posting itu yang turut disiarkan di Reddit dan dilaporkan secara meluas, beliau mendakwa juruterbang pesawat itu, Kapten Zaharie Ahmad Shah melakukan apa yang sepatutnya dilakukan pada waktu kecemasan – cuba untuk mendaratkan pesawat di lapangan terbang terhampir.

Goodfellow berkata, dalam kes ini, ia adalah 13,000 kaki di atas Pulau Langkawi, dan ia adalah di mana pesawat itu sedang tuju ketika ia kali terakhir dikesan.

Beliau percaya anak kapal terhidu asap dan pesawat itu terbang seperti "pesawat hantu" untuk beberapa jam melepasi lapangan terbang yang dipilih itu sebelum terhempas ke dalam Lautan Hindi berhampiran Maldives.

"Kami juruterbang tua dilatih untuk selalu tahu lapangan terbang yang paling hampir ketika ia terbang. Selalu.

"Gerak hati saya, saya tahu ia menuju ke lapangan terbang apabila pesawat itu pusing ke kiri," kata Goodfellow.

Katanya, beliau kemudian terus membuka Google Earth dan menemui landasan, yang mempunyai kurang rintangan yang menghalang pendaratan pesawat itu berbanding jika Zaharie cuba kembali ke Kuala Lumpur.

"Juruterbang itu melakukan segalanya dengan betul. Beliau dimaklumkan mengenai kejadian besar yang berlaku di atas pesawat yang menyebabkan beliau patah balik secara serta merta untuk ke lapangan terbang terdekat," katanya.

Juruterbang bersara, Eric Moody yang mengetuai kejadian pada 1982 membabitkan pesawat British Airways 9 yang mengalami kegagalan enjin ketika ia terbang merentasi awan dengan abu gunung berapi berkata, jika ada kebakaran, juruterbang pasti mahu mendaratkan pesawat secepat mungkin berbanding terbang untuk tujuh jam lagi.

Beliau berkata, ia kelihatan komunikasi dipadamkan secara sengaja dan keadaan itu tidak berlaku ketika kecemasan.

Pada 1982, semua empat enjin British Airways pesawat 9 yang dipandunya dari London ke Auckland, New Zealand gagal ketika ia terbang menembusi awan dengan abu gunung berapi.

Awan itu datang daripada letusan Gunung Galunggung di Jawa Barat, Indonesia.

Moody terpaksa mengambil tindakan kecemasan dan berjaya menyelamatkan semua 248 penumpang dan 15 anak kapal dengan jatuh dari ketinggian 37,000 kaki kepada 12,000 kaki untuk menghidupkan enjin.

Pesawat itu membuat pendaratan kecemasan di Lapangan Terbang Halim Perdanakusuma di Jakarta, Indonesia.

Walaupun dia mengawal, beliau masih tidak mengetahui sepenuhnya apa yang berlaku sehingga laporan didedahkan 11 tahun kemudian.

Moody yang tinggal di Chilworth berhampiran Southampton, Hants, percaya orang awam tidak diberitahu cerita penuh.

"Apa yang saya dapat katakan adalah beberapa agensi tahu sesuatu yang lebih daripada apa yang diberitahu dan saya mempunyai pengalaman dalam hal ini.

"Ia mengambil masa 11 tahun untuk mengetahui bagaimana Boeing dapat menghubungi seorang jurutera di Jakarta yang datang kepada kami selepas kira-kira 15 hingga 20 minit mendarat.

"Satu panggilan telefon dibuat apabila enjin saya mula berhadapan dengan masalah. Ini bermakna mereka tahu apa yang berlaku kerana mereka memantau kami menerusi satelit.

"Stesen pemantauan satelit oleh Alice Springs dan Guam mengekori kami apabila kami mengetahuinya daripada fail yang didedahkan beberapa tahun kemudian.

"Walaupun sekarang banyak perkara yang tidak diketahui tetapi seseorang akan mengetahuinya dengan lebih terperinci dan ia boleh jadi pada mana-mana negara.

"Kita tidak tahu apa yang mereka saksikan," kata beliau seperti yang dilapor Daily Mail.

Pesawat MH370 hilang daripada radar pada 8 Mac dan walaupun operasi pencarian secara besar-besaran dilakukan oleh banyak negara, tiada tanda ia dijumpai.

Analisis data satelit oleh Inmarsat Britain memberi pengesahan kepada pihak berkuasa Malaysia bahawa pesawat itu terhempas di selatan Lautan Hindi, seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada malam Isnin.

Ia didedahkan semalam bahawa isyarat elektronik akhir daripada pesawat itu diterima pada 08:19 (waktu Malaysia) pada 8 Mac.

"Terdapat bukti yang agak bercanggah antara pesawat dan menara kawalan pada 0019 UTC (GMT)," kata Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Hussein kepada media semalam.

"Pada masa ini, transmisi ini tidak difahami dan tertakluk kepada kajian lanjut yang berterusan," kata beliau sambil menambah selagi serpihan tidak ditemui, tidak akan ada pengakhiran bagi semua keluarga terlibat ~ The Malaysian Insider

Makin menarik nampaknya.. dan ianya boleh dikatkan dengan beberapa spekulasi yang mengaitkan pesawat AWACS....

TUDM jelaskan kenapa MH370 tidak dipintas..

Posted: 26 Mar 2014 01:46 AM PDT


Setelah hampir 20 hari Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dikritik hebat terutamanya oleh media asing berikutan kehilangan pesawat Boeing 777-200 milik Malaysia Airlines (MAS)dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing... Akhirnya mereka tampil memberikan jawapan..

Media-media luar negara seperti The New York Times, BBC dan CNN mempersoalkan mengapa TUDM tidak berbuat apa-apa ketika radar pertahanan udaranya mengesan sebuah pesawat tidak dikenali membuat "Air Turn Back" dari laluan asal di Laut China Selatan menuju ke perairan Laut Andaman.

"Di mana TUDM ketika semua ini berlaku," tanya Andrew Brookes, bekas juruterbang Tentera Udara Diraja British (RAF) dan penganalisis penerbangan kepada BBC hari ini.

Sejurus sebelum membuat pusingan, pesawat itu telah menutup transponder yang memberikan maklumat tentang jenis, kelajuan dan kedudukan pesawat kepada menara kawalan, selain mematikan sistem dikenali Aircraft Communication Addressing And Reporting System (ACARS) yang menyampaikan maklumat terkini tentang pesawat menerusi satelit.

Media-media luar mempersoalkan mengapa TUDM tidak mengerah jet-jet pejuangnya untuk memintas pesawat itu yang kemudiannya dikenali sebagai MH370, sebelum ia menghilangkan diri di Laut Andaman dan berakhir di Lautan Hindi menurut Najib di ( SINI).

Ada di antara media-media luar negara itu mendakwa kegagalan TUDM bertindak membuktikan terdapatnya kelonggaran dalam kawalan keselamatan ruang udara negara dan menyukarkan pencarian MH370.

Jika sebelum ini pesawat MH370 itu tidak dipintas oleh jet-jet pejuang negara kerana ia dikategorikan sebagai bukan satu ancaman, sebagaimana yang dijelaskan oleh Panglima TUDM Jen Tan Sri Rodzali Daud di dalam sidang media.

"Kebanyakan ancaman bergerak di dalam kelajuan yang amat tinggi dan di altitud yang amat rendah, menuju (ke sasaran) di dalam kedudukan sudut tertentu. Tidak ada jet pejuang yang terbang dengan kelajuan di bawah Mach 1 kerana ia akan menyebabkan enjin 'flame out.".. Sepenuhnya sila baca di ( SINI )

Dan hari ini pula...

Kementerian Pertahanan menjelaskan, pasukan tentera tidak memintas pesawat misteri yang dikesan melalui ruang udara Selat Melaka kerana menyangka ia diarah berpatah balik oleh menara kawalan. 
Timbalan Menteri Datuk Abdul Rahim Bakri berkata, Tentera Udara Diraja Malaysia mengesahkan bahawa pesawat itu tidak memberi ancaman, ketika ia dikesan oleh radar tentera pada jam 2.40 pagi. 
Bagaimanapun, TUDM pada masa itu tidak memastikan bahawa pesawat berkenaan merupakan penerbangan MH370, yang kemudiannya gagal dikesan, katanya di Dewan Rakyat hari ini ~ Malaysiakini

Hanya kerana sangka ia patah balik?.. Habis ada radar tu buat apa?.. Radar tak tunjuk ke MH370 tu menghala kemana?

Kenapa tak jawab.. "Tak sangkalah pulak MH370 tu akan hilang...." jawab macam tu kan lagi senang..

Akupun tak sangka jugak manusia bodoh macam ni Najib boleh lantik jadi Timbalan Menteri..

Tapi kerana jawapan bodoh Timbalan Menteri itu satu lagi persoalan timbul..  Bagaimana Timbalan Menteri itu boleh mengatakan TUDM tidak memintas MH370 itu kerana sangkannya pesawat itu diarah berpatah balik?

Sedangkan pihak TUDM pada awalnya melaporkan mereka telah mengesan sebuah pesawat yang tidak dikenali merentasi Semenanjung?

Hanya selepas tiga hari barulah ianya disahkan sebagai MH370.. sila baca di ( SINI )

Enjin pesawat Malindo Air terbakar di udara..

Posted: 25 Mar 2014 10:56 PM PDT


Sebuah pesawat Malindo Air dalam perjalanan dari Subang ke Kuala Terengganu terpaksa berpatah balik sejurus selepas berlepas kerana kebakaran enjin dalam kejadian pagi ini.

penumpang penerbangan, termasuk pasukan bolasepak Liga Super Terengganu bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan dalam penerbangan jam 7.30 pagi itu.

Malindo Air dalam satu kenyataan menyebut kejadian itu berlaku ketika pesawat dengan nombor penerbangan OD1804 itu mendaki pada ketinggian 7,000 kaki.

"Sistem pengesan kebakaran diaktifkan dan krew operasi serta-merta melaksanakan semakan kecemasan seperti prosedur operasi standard dalam situasi ini," kenyataan itu dipetik.

Satu kenyataan di laman web Terengganu FA menyebut, pasukan pemain itu menaiki penerbangan ganti ke Kuala Terengganu pada jam 10 pagi ini.

Mereka baru pulang selepas menewaskan pasukan Angkatan Tentera Malaysia di Stadium Selayang pada malam tadi.

Anggota pasukan tersebut merakam gambar kebakaran berkenaan, yang menunjukkan api besar menyala-nyala dari salah sebuah enjin kipas jenis turboprop pesawat tersebut.

Gambar yang dikongsi meluas di laman sosial dalam masa beberapa jam sahaja, sehingga mencetus kekeliruan apabila ada pengguna yang menyebut pesawat itu dikendali FireFly.

Dalam kenyataan ringkas, FireFly yang merupakan anak syarikat Malaysia Airlines (MAS) menjelaskan mereka tidak mengendalikan pesawat jenis ATR 72 itu.

Kes berkenaan menarik perhatian utama susulan siri kemalangan melibatkan pesawat penerbangan dari Malaysia.

Terutamanya, pesawat Malaysia Airlines MH370 yang gagal dikesan selepas berlepas dari Kuala Lumpur ke Beijing, 8 Mac lalu masih belum ditemui.

Pihak berkuasa Malaysia pada hari Isnin lalu mengumumkan, penerbangan pesawat Boeing 777 itu berakhir di tengah Lautan Hindi, jauh dari sebarang daratan.

Pihak berkuasa MAS pula mengumumkan, kesemua 239 orang dalam pesawat berkenaan dikhuatiri telah meninggal dunia.

Turut menjadi perhatian adalah kes penerbangan MAS MH066 yang terpaksa dilencongkan ke Hong Kong, pada 24 Mac lalu kerana "generator pesawat tidak berfungsi".

Pesawat itu dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Incheon, Korea Selatan.

Sehari sebelum itu, penumpang pesawat MAS MH144 dari Kuala Lumpur ke Kathmandu, Nepal turut mengalami detik cemas apabila sekumpulan itik merempuh cermin hadapannya ketika mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Tribhuvan.


~ Malaysiakini

Gurauan terakhir Kapten Zaharie kini menjadi nyata..

Posted: 25 Mar 2014 09:12 PM PDT


Juruterbang pesawat MH370, Kapten Zaharie Ahmad Shah pernah bergurau kepada kenalan rapatnya bahawa rakannya itu tidak akan menjumpai pusaranya menjadi petanda yang beliau akan pergi buat selama-lamanya.

Bernama melaporkan, Mohaza Mohaza, kenalan rapat kepada Zaharie berkata, dia tidak menyangka bahawa gurauan juruterbang itu pada Aidilfitri lalu di Tanah Perkuburan Jalan Perak, Pulau Pinang merupakan satu kiasan untuk pergi meninggalkan semua.

"Zaharie memberitahu saya (secara gurauan) yang saya tidak akan jumpa kubur atau pusaranya. Inilah rupa maksudnya. Baru saya mengerti. Pusaranya di Lautan Hindi.

"Al-Fatihah. Semoga Allah SWT mencucuri setinggi-tinggi rahmat ke atas rohnya dan juga muslimin muslimat pesawat MH370 kesemuanya serta ditempatkan bersama-sama mereka yang beriman. Amin," katanya.

Anak kepada Zaharie, Ahmad Idris Zaharie turut berkongsi rasa terharu dengan sokongan dan kata-kata semangat dari sahabat serta kenalan bapanya.

Di laman Facebook 'Friends of Captain Zaharie MH370′, Ahmad Idris menulis "Terima kasih semua untuk sokongan yang diberikan. Aku bersyukur kepadamu Ya Allah kerana telah meminjamkan aku seorang ayah yang berdedikasi dan penyayang selama 31 tahun aku ini. Al-Fatihah."

Anak perempuan Ketua Pramugara, Andrew Nari, Maira Elizabeth turut memuat naik gambar ayahnya dan menulis di laman Twitter, "Rasa begitu kehilangan, begitu kosong. Saya amat penat. Selamat malam ayah.

"Bagaimana saya boleh kuat? Bagaimana saya boleh tersenyum? Satu jawapan untuk soalan anda kerana saya percaya pada tuhan dengan kekuatan dan kepercayaan."

Catatan isteri krew MH370, Mohd. Hazrin Hasnan, Intan Maizura Othaman dalam laman sosial Facebooknya, amat menyentuh hati.

"Pada 8 Mac lalu memang mami dah jangka yang awak sudah berada di syurga tetapi pada keesokan harinya saya tetap berfikiran positif dan berharap awak masih hidup dan kembali pulang.

"Hari berlalu dan tiada berita sehingga malam semalam, 24 Mac, pada pukul 9.30 malam saya menerima berita yang awak dan penumpang lain sedang berehat di lautan yang sangat dalam, Lautan Hindi. Ia amat memeranjatkan tetapi Allah lebih menyayangi awak. Saya reda dengan pemergian awak, B.

"Apa yang berlaku sangat misteri tetapi siapalah kita untuk menyoal kuasa Allah. Allah pasti ada perancangan yang lebih baik untuk awak dan saya," katanya.

Tambah Intan, bermula hari ini (semalam), beliau akan menjadi wanita bionik untuk berhadapan realiti.

"Saya akan memberitahu Iman bahawa anak kecil itu kehilangan papanya sementara Muhammad akan menjadi tiang untuknya teruskan hidup. Insya-Allah Iman dan Muhammad tidak akan mengecewakan awak," jelasnya.

Jelasnya, cinta terhadap suaminya akan kekal sehingga ke syurga.

"Adakah awak ingat lagi semasa saya memberitahu untuk menjadi bidadari di syurga? Saya amat cemburu sekarang awak bersama mereka tetapi tidak mengapa, saya akan bersama awak kemudian. Kan Allah dah janji mati itu pasti.

"Awak adalah suami dan ayah yang terbaik. Allah maha besar kerana meminjamkan awak kepada saya walaupun sekadar untuk tempoh yang singkat. Kenangan itu sangat manis dan terbaik. Semoga Allah tempatkan awak di tempat orang-orang yang beriman. Saya cinta awak, B," katanya, lapor Utusan Online.

MH370: Hishammuddin buat lawak ke ni?

Posted: 25 Mar 2014 04:00 PM PDT


Ketika berdozen ahli keluarga penumpang pesawat Malaysia Airlines (MAS) menyatakan protes di luar Kedutaan Malaysia di Beijing, China, Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein ‎hari ini berkata peristiwa kehilangan MH370 mampu menjadi contoh kepada seluruh dunia dalam memupuk penyatuan.

Beliau berkata demikian berdasarkan penglibatan bantuan negara luar terhadap Malaysia dalam misi mencari dan menyelamat pesawat tersebut bermula daripada hari pertama sehinggalah keputusan konklusif yang menyatakan pesawat tersebut berakhir di Lautan Hindi.

Hishammuddin yang juga menteri pertahanan berkata, segala cabaran dan dugaan yang diterima berhubung insiden pesawat MH370 mempunyai hikmah.

"Apa juga ujian pasti ada hikmahnya dan kita mesti melalui bersama. Saya berpendapat sekiranya usul ini boleh dipersetujui tanpa pengecualian maka ini akan menjadi sejarah yang tidak pernah berlaku sebelum ini.

"Kita melihat dunia hari ini berpecah dengan kebencian, perbalahan malah pembunuhan. Bagaimanapun dalam kes MH370, Malaysia boleh menjadi contoh untuk mengkoordinasi apa yang kita lakukan," katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau yang hadir di Parlimen bagi pengulungan usul insiden MH370 yang dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pagi tadi. Hishammuddin berkata dengan pengumuman semalam, pencarian MH370 kini beralih ke fasa baru dengan berdepan lokasi yang sangat mencabar.

Bagaimanapun katanya ia dapat dilakukan dengan bantuan peralatan dan aset berteknologi tinggi bagi meneruskan pencarian termasuk mengesan kotak hitam pesawat MH370.

"Walaupun lokasi mencabar jauh di daratan, namun saya seorang yang optimis dan menganggap selagi ada harapann," katanya ~ The Malaysian Insider

Dari sidang media yang pertama hingga ke sidang media yang entah keberapa kali tah.. maklumat yang disampaikan bercanggah-canggah antara satu agensi dengan satu agensi yang lain, Hishamuddin masih nak kata negara kita dijadikan contoh?

Contoh apa bendanya??


Tiada ulasan: