Tempayan Retak |
- Tidak ada yang murtad dalam tempoh 10 tahun Satu Kenyataan Bodoh
- Ikhwanul Muslimin cuba dihapuskan di Mesir - 529 penyokong Morsi dihukum mati
- Blogger Pro UMNO salahkan Zumba Punca Kekalahan BN di Kajang
Tidak ada yang murtad dalam tempoh 10 tahun Satu Kenyataan Bodoh Posted: 24 Mar 2014 03:54 AM PDT Datuk Seri Jamil Khir Baharom (gambar) memberitahu Dewan Rakyat tidak ada penganut agama Islam termasuk saudara baru yang murtad direkodkan dalam tempoh 10 tahun ini. Menurut menteri di Jabatan Perdana Menteri itu, dalam tempoh 10 tahun ini Mahkamah Syariah langsung tidak menerima permohonan untuk keluar Islam. Bagi saya ini satu kenyataan bodoh. Kalau polis dan pegawai pencegah maksiat tak tangkap dan tak buat serbuan, tak cari orang berzina, rasanya kita boleh sebut 10 tahun kebelakangan ini tak ada orang berzina sebab tak yang mengaku berzina seperti yang kita dengar dalam sirah Nabawiyyah seorang yang mengadu kepada Rasulullah s.a.w. dia berzina. Kalau kita jumpa bayi dalam tong sampah atau di tepi masjid itu adalah bayi mereka yang kahwin tapi tak suka anak.. kan logik macam tu! Kalau nak dibahas secara lebih terperinci, kita ambil contoh wuduk ada perkara yang membatalkan wuduk, begitu juga iman ada yang membatalkan iman sebab itu kita dengar iman itu turun naik pagi seorang seseorang itu mukmin petang dia kufur dan sebaliknya. Kalau diteliti batas iman dan kufur, ramai pemimpin UMNO pun murtad sebab ucapannya banyak mempersendakan Islam. Ini mungkin Datuk Seri Jamil Khir Baharom belum belajar habis! Tulisan ini mengulas berita di bawah:- Setakat ini tiada penganut Islam termasuk saudara baru yang keluar daripada Islam, tegas Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom. Ini, katanya, berdasarkan rekod, tiada permohonan untuk keluar Islam dibuat di Mahkamah Syariah. Dalam jawapan bertulisnya, Jamil bagaimanapun berkata terdapat permohonan menentukan status agama yang dipohon oleh individu berikutan kekeliruan pada sijil kelahiran, kad pengenalan atau sijil akuan memeluk Islam. "Mahkamah Syariah akan menimbang permohonan tujuan menentu status agama dalam keadaan berlakunya kekeliruan semasa pendaftaran nama terutama di negeri Sabah dan Sarawak di mana nama mereka seperti nama orang beragama Islam tetapi mereka bukan beragama Islam," kata Jamil. Jamil (BN-Jerai) berkata demikian bagi menjawab soalan Dr Ko Chung Sen (DAP-Kampar) mengenai jumlah orang Muslim-Melayu yang keluar daripada Islam dalam tempoh 10 tahun lalu. Bagi menjawab soalan Ko berhubung jumlah bukan Islam yang memeluk Islam, Jamil berkata maklumat yang tepat hendaklah dirujuk kepada jabatan agama atau majlis agama Islam negeri-negeri. Beliau berkata pendaftaran masuk Islam berada bawah kuasa jabatan dan majlis itu, seperti yang termaktub dalam Senarai 2 Jadual Kesembilan, Perlembagaan Persekutuan. "Dalam konteks ini, bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur mengikut rekod Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), bilangan orang yang memeluk Islam bagi tempoh 2008-2012 adalah seramai 4,520 orang," kata Jamil. |
Ikhwanul Muslimin cuba dihapuskan di Mesir - 529 penyokong Morsi dihukum mati Posted: 24 Mar 2014 03:36 AM PDT Usaha untuk menghancurkan Gerakan Islam Ikhwanul Muslimin hari ini di Mesir sangat jelas. Mahkamah di Mesir hari ini menjatuhkan hukuman mati kepada 529 penyokong bekas presiden Islamis Mohammed Morsi. Mereka didapati bersalah atas tuduhan kononnya menyerang dan membunuh anggota polis mengikut laporon BBC. Terdapat 1,200 lagi yang menunggu hukuman. Hampir semuanya adalah ahli Gerakan Ikhwanul Muslimin. Ikhwanul Muslimin adalah sebuah gerakan Islam terbesar di zaman modern ini. Seruannya untuk kembali kepada Islam sebagaimana yang termaktub di dalam Al-Qur'an dan As-Sunnah serta mengajak kepada penerapan syari'at Islam dalam kehidupan mendapat tentang hebat daripada golongan Islam yang berfahaman sekular. Kemampuan Ikhwanul Muslimin membendung arus sekularisasi di dunia Arab dan Islam sangat ditakuti oleh golongan Islam yang bertopengkan US dan jahiliyyah moden. Pemahaman Ikhwan terhadap Islam bersifat universal, tidak mengenal adanya pemisahan antara satu aspek kehidupan dengan aspek lainnya terutama politik. Syaikh Hasan al-Banna pengasas Ikhwanul Muslimin telah mengatakan, "Gerakan Ikhwan adalah dakwah salafiyah, thariqah sunniyah, haqiqah shufiyyah, lembaga politik, klub olah raga, lembaga ilmiah dan kebudayaan, perserikatan ekonomi dan pemikiran sosial." Dalam Risalah Ta'alim, Hasan al-Banna berkata, "Rukun Bai'at kita ada sepuluh. Karena itu hafallah baik-baik. Yaitu: Faham, Ikhlas, Amal, Jihad, Berkorban, Tetap pada pendirian, Tulus, Ukhuwah dan percaya diri." Kemudian beliau berkata, "Wahai saudaraku yang sejati! Ini merupakan garis besar dakwah Anda. Anda dapat menyimpulkan prinsip-prinsip tersebut menjadi lima kata, yaitu : sederhana, membaca Al-Qur'an, shalat, sikap kesatria dan akhlaq." Sayyid Quthb, dalam bukunya Khashaish al-Tashawwur al-Islami wa Muqawwimatuhu, memberikan gambaran tentang pemahamannya dan pemahaman Ikhwan. Lambang Ikhwan adalah dua bilah pedang menyilang melingkari Al-Qur'an, ayat Al-Qur'an dan tiga kata: haq (kebenaran), quwwah (kekuatan) dan hurriyyah (kemerdekaan). Gerakan Ikhwan dimulai di Isma'iliyyah kemudian beralih ke Kairo dan dari Kairo tersebar ke berbagai pelusok dan kota di Mesir. Akhir tahun 40-an, cabang Ikhwan di Mesir sudah mencapai 3000 dan tiap cabang memiliki anggota yang cukup banyak. Ikhwan meluas ke negara-negara Arab. Ia berdiri kukuh di Suriah, Palestina, Yordania, libanon, Iraq, Yaman, termasuk Malaysia dan lain-lain. Kini anggota dan "fikrahnya" tersebar di berbagai penjuru dunia dan menjadikan Ikhwan satu-satunya gerakan Islam terbesar di dunia yang mampu menyatukan segala perjuangan dan umat Islam. Perkara sangat ditakuti oleh musuh Islam sekiranya Ikhwanul Muslimin mempunyai tampok pemeritahan seperti Mesir. Pasal itu gerakan menghancurkan Islam yang juga didalami oleh orang Islam sendiri dan dunia Arab suatu yang sangat mengaibkan. Mereka, nama sahaja Islam tetapi 'paie perangai' adalah musuh Islam tidak saling tumpah macam Yahudi dan Nasrani. Malaysia pun akan mengalami nasib yang sama jika sekiranya Islam menguasai tampuk pemerintahan. Sejarah pengkhianatan tidak akan padam kerana itu adalah sunatullah. Tulisan ini mengulas berita di bawah:- Mahkamah di Mesir menjatuhkan hukuman mati kepada 529 penyokong bekas presiden Islamis Mohammed Morsi. Mereka didapati bersalah atas tuduhan termasuk menyerang dan membunuh anggota polis, lapor BBC. Kumpulan itu, anggota Ikhwanul Muslimin yang diharamkan, sebahagian daripada perbicaraan lebih besar melibatkan lebih 1,200 penyokong Morsi. Pihak berkuasa Mesir mengambil tindakan keras kepada kumpulan Islamis sejak Morsi digulingkan pada Julai tahun lalu. Ribuan ditahan dan ratusan terbunuh. Memetik Associated Press, BBC melaporkan, mahkamah di Minya, di Selatan ibu kota Kaherah, mengeluarkan keputusan itu selepas dua sesi – yang mana peguam defendan mengadu tiada peluang untuk membentangkan kes mereka. |
Blogger Pro UMNO salahkan Zumba Punca Kekalahan BN di Kajang Posted: 24 Mar 2014 01:33 AM PDT Kekalahan BN di PRK Kajang mendapat banyak ulasan daripada blogger pro UMNO dan rata dikalangan mereka menyalahkan jentera pilihan raya UMNO (bukan BN). Antara yang paling banyak disebut dan dipersalahkan ialah Zumba selain daripada mempersoalkan penglibatan blogger yang lebih mengampu sesetengah pemimpin tertinggi daripada memberikan info yang sebenar. Mereka menyebut duit hanya disalur kepada pengampu untuk mengampu atau 'mengangkat telur' (penggunaan bahasa kasar yang terkenal dikalangan blogger umno) pemimpin yang dipilih bukan melakukan kerja untuk memenangkan parti. Zumba menurut blogger berkenaan adalah program bersuka ria semata-mata, hanya bersantai sambil makan sate kajang. Kata-kata sinis Jom berzumba sehingga pru-14 adalah kecaman kepada program berkenaan yang telah dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri DS Muhyidin Yasin. Hakikat sebenar yang tidak difahami oleh blogger pro UMNO ialah rakyat sudah benci dan tidak lagi boleh menerima UMNO @ BN. UMNO sudah tidak releven lagi perlu difikirkan oleh mereka bukan mencari 'kambing hitam' untuk disalahkan. Blogger pro UMNO pun sebenarnya sudah tidak releven lagi, hanya sekadar menjadi mengampu 'telur umno' demi mencari sesuap nasi!! |
You are subscribed to email updates from Tempayan Retak To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan