Isnin, 24 Mac 2014

Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Najib sahkan penerbangan MH370 terhempas di Lautan Hindi

Posted: 24 Mar 2014 07:13 AM PDT


Penerbangan MH370 yang hilang sejak 8 Mac lalu disahkan berakhir di sebuah kawasan terpencil di selatan Lautan Hindi.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang mengumumkan perkembangan terbaru ini kepada pemberita sebentar tadi berkata beliau telah dimaklumkan perkara ini oleh wakil Cawangan Siasatan Nahas Udara (AAIB) dari Britain.

Najib berkata pakar analisis data satelit Inmarsat, yang sebelum ini memberi anggaran lokasi pesawat itu di dua koridor utara dan selatan, merumuskan bahawa pesawat malang itu mengakhiri perjalanannya di tengah-tengah Lautan Hindi di barat bandaraya Perth, Australia.

"Ini merupakan lokasi terpencil, jauh dari mana-mana kawasan landasan.

"Dengan penuh rasa sedih dan kesal, saya ingin memaklumkan kepada anda, bahawa berdasarkan data baru ini, penerbangan MH370 telah berakhir di selatan Lautan Hindi," kata Najib.

Berikut adalah petikan dari sidang media Najib melalui Twitter..

"This evening I was briefed by representatives from the UK Air Accidents Investigation Branch (AAIB)." #MH370

"Inmarsat, that provided the satellite data which indicated the northern & southern corridors,has performed further calculations"

"Based on their new analysis, Inmarsat & the AAIB concluded that the last position of #MH370 was in the middle of the Indian Ocean."

"With deep sadness and regret I must inform you that, according to this new data, flight #MH370 ended in the southern Indian Ocean."

"We will be holding a press conference tomorrow with further details."

"We share this information out of a commitment to openness & respect for the families, two principles guiding this investigation."

"@MAS have already spoken to the families of the passengers and crew to inform them of this development."

"I urge the media to respect their privacy, and to allow them the space they need at this difficult time." #MH370 - END -

Sementara itu, ahli keluarga penumpang yang terlibat telah menghadiri sesi taklimat tergempar malam ini, dan mereka dijangka akan diterbangkan dengan pesawat khas ke Australia, menurut Sky News.

Sumber yang dipetiknya berkata ahli keluarga yang terlibat akan dibawa terlebih dahulu ke Beijing sebelum diterbangkan ke Australia, setelah beberapa serpihan dipercayai milik pesawat MH370 dikesan di sebuah kawasan terpencil di selatan Lautan Hindi...

Al-Fatihah buat semua mangsa yang terkorban dan Takziah diucapkan kepada keluarga mangsa...


Patutlah PKR menang.. depa guna 'Bomoh 1Malaysia' rupanya.. tengok video nih!

Posted: 24 Mar 2014 01:49 AM PDT


Antara tempat mengundi yang dilaporkan paling meriah dalam PRK Kajang semalam ialah Pusat Daerah Mengundi (PDM) Sungai Sekamat.

Aku kata paling meriah sebab ini bukanlah satu kekecohan sepertimana yang dinyatakan oleh Ketua Polis Selangor, Datuk Mohd Shukri Dahlan.

Ketua Polis Selangor menafikan berlakunya kekecohan seperti mana yang digambarkan sesetengah pihak, sebaliknya suasana mengundi pada PRK N25 Kajang kali ini dilihat agak meriah.

Beliau menegaskan kekecohan 'palsu' itu hanyalah berpunca daripada kehadiran ramai penyokong parti yang hadir untuk merayu undi calon masing-masing.

"Faktor jalan depan sekolah agak sempit dan ramai pengundi membawa kenderaan dan meletakkannya di tempat yang tidak sepatutnya menyebabkan kesesakan.

"Walapun keadaan itu dilihat sebagai agak kecoh tetapi sesungguhnya bukan satu kekecohan, saya lihat ia lebih satu keadaan yang meriah," katanya kepada pemberita ketika mengunjungi pusat mengundi di Sekolah Kebangsaan Sekamat.. sepenuhnya sila baca di SINI

Di Pusat Daerah Mengundi tersebut sebelum itu telah berlaku 'kemeriahan' atau 'kekecohan palsu'.

Ini berikutan dari penyokong PKR yang melakonkan 'Bomoh VIP', bagi meraikan ketibaan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang tiba di kawasan tersebut.

Disebabkan aksi tersebut penyokong-penyokong BN yang kebanyakkannya jelas penyokong atau ahli UMNO panas hati dengan adengan tersebut.

Pasal apa depa terasa tak tahulah pulak aku...

Ni videonya...

 

Kah.. Kah... Kah...

Apalah macai-macai ni.. tengok kangkung panas hati.. tengok 'Bomoh' pun panas hati jugak... kah..kah..kah...

Kata bomoh tu tak ada kena mengena dengan UMNO.. tapi kenapa terasa?

Video macai naik angin sebab tengok 'Kangkung' sila lihat di SINI

Gara-gara kalah di Kajang, Blogger UMNO 'belasah' jentera BN..

Posted: 23 Mar 2014 09:58 PM PDT


Semalam, calon PKR Dr Wan Azizah menang dengan majoriti 5,379 berbanding 6,824 yang dimenangi penyandang kerusi Lee Chin Cheh dalam PRU13 lalu, kurang 1445 undi.

Dua daripada empat kawasan Melayu iaitu Sungai Sekamat dan Taman Delima berjaya dimenangi calon PKR, manakala majoriti kemenangan Barisan Nasional (BN) di Sungai Kantan dan Batu 10 Cheras berjaya dikurangkan.

Dalam PRU13, calon PKR, Lee mendapat 57.99% undi iaitu 19,571 undi daripada 33,749 undi yang dibuang semasa pilihan raya itu. Dalam PRK kali ini, Dr Wan Azizah mendapat 16,741 undi manakala calon BN Datin Paduka Chew Mei Fun mendapat 11,362 undi.

Peratusan keluar mengundi hanya 72% kali ini, jatuh 16% berbanding 88% pada PRU13 lalu. Chew mendakwa, beliau berjaya menaikkan peratusan undi Cina daripada 18% dalam PRU13 kepada 24.8% dalam PRK kali ini.

Namun begitu calon Dr Wan Azizah berjaya meningkatkan undinya di kawasan Melayu di samping kawasan pengundi muda.

Dalam PRU13 lalu, calon BN menang 420 undi di Sungai Kantan namun kali ini hanya menang dengan majoriti 225 sahaja.

Di Sungai Sekamat dan Taman Delima, dua lagi daerah mengundi majoriti Melayu, PKR berjaya memenangi kawasan yang selama ini menjadi kubu Umno itu.

Di Sungai Sekamat, PKR menang 45 undi berbanding kalah 239 undi dalam PRU13 lalu. Di Taman Delima pula, PKR menang tiga undi berbanding kalah 123 undi dalam PRU13 lalu.

Di Batu 10 Cheras, majoriti BN berjaya dikurangkan kepada 151 undi sahaja.

Berikut adalah satu analisa oleh Blogger Pro UMNO yang mendedahkan mengapa Calon BN kalah dalam PRK Kajang ini...


..... Pertama sekali gua nak ucapkan tahniah kepada Wan Azizah kerana menang di Kajang walaupun sekadar calon bidan terjun selepas Bang Non didapati bersalah. Kira ok lah kan menang dengan majoriti 5 ribu lebih dengan umpan simpati..

Serius gua cakap.., pemimpin BN kena belajar merayu simpati serta politik muka kesian yang dipelopori oleh puak-puak Pembangkang ni.. Terbukti berkesan beb walaupun ramai yang dok kutuk..

Cuba belajar dari apa yang jadi di Kajang.. Wan Azizah cuma guna modal kempen "bebaskan Anwar walaupun dia liwat..", "Anwar insan suci yang dizalimi.." serta "Kerajaan Malaysia tangkap suami saya tanpa menghiraukan perasaan saya.."

Tanpa sebarang janji besar.., tanpa susah payah labur duit banyak dan tanpa perlu berzumba-zumba..., Wan Azizah dapat sokongan masyarakat Kajang yang terdiri dari berbilang bangsa/kaum..

Dan kenapa BN kalah walaupun ada jentera yang lengkap..., dibantu oleh segala agensi kerajaan.., serta mempunyai prasarana dan kelengkapan alatan terkini? Kerana kebanyakan pemimpin serta penyokong BN rasa terover best dan rasa pilihanraya kecil ni tempat cari untung beb..

Gua disini cuma nak fokus faktor kekalahan BN di Kajang menerusi skop media baru je... Dari skop lain gua taknak campur sebab gua cuma blogger level bawahan.., bukan blogger top ranking Alexa..

Ikhlas gua cakap.., ramai yang pergi ke Kajang tu bukan nak promosi calon BN yang bertanding, tetapi dorang hanya pergi nak promosi "pay master" dorang ataupun pemimpin pilihan dorang je beb.. Pasal tu lah calon BN kali ni agak tenggelam dari segi promosi di media maya..

Dan kebanyakan jentera BN yang pergi ke Kajang sepanjang tempoh kempen, hanya suka-suka bersantai berzumba-zumba dan melayan sate diwaktu malam.. Tak ada promosi pasal ceramah untuk lawan Pakatan dan tak ada gerak kerja tersusun walaupun jumlah jentera BN ni ramai...

Anwar dan geng-geng Pakatan dibiarkan sewenang-wenangnya berceramah tiap-tiap malam dan melalak-melolong memfitnah serta memburukkan kerajaan.. Pemimpin BN hanya perlu senyum sambil pasang angan-angan untuk menang tanpa buat kerja teruk di Kajang..

Dekat sini gua "terpaksa" puji gerak kerja maya sebelum PRU13 dulu disetiap pilihanraya kecil seluruh negara.. Walaupun terdapat beberapa kumpulan elit membawa jentera sosial media masing-masing, gerak kerja dorang bersepadu beb iaitu hanya mahu menangkan calon yang bertanding..

MyKMU, UMB, Blog House dan dua tiga lagi kumpulan elit askar maya ternyata berjaya menyumbang kemenangan besar BN dibeberapa pilihanraya kecil sebelum PRU13 dulu.. Sebab dorang diberi tugas hanya untuk memastikan kemenangan calon.., bukannya melobi atau mengampu sekor dua orang besar dalam parti semata-mata kerana duit!

Sekarang ni beb..., sapa yang bayar lebih, orang tu akan diampu telor dia agar tak mencecah tanah sewaktu berak mencangkung... Sanggup tu tauuu asal dipuji melambung dan dianggap sebagai pengampu terbaik.. Hahahaha..

Pasal kemenangan BN atau memastikan imej kerajaan dipandang bagus oleh rakyat.., itu soal kedua.. Yang penting mahsyukkkk... Yang penting boleh jalan-jalan dan cari pengalaman berharga tengok tempat orang...

So..., tak heranlah kalah beb kalau macam ni... Jangan kata undi cina.., kalau bagi kambing mengundi sekalipun BN takkan menang..

Semua nak cari untung.., semua nak cari senang... Apa lagi beb.., Jom kita berzumba-zumba sampai PRU14 nanti... Apa nak kisah BN kalah.. janji hati senang serta perut kenyang!!! Yihahahaha... zumba...,zumbaaaaa..

Post mortem oleh Media Permatang Pauh


... Tapi aku rasalah kan... kalau UMB bergerakpun kalah juga sebab fitnah tu banyak sangat, mana pengundi muda dari Saluran 2,3,4 dan seterusnya nak percaya.. kurangkan sikit cerita fitnah dan lucah tu..

Pengundi dari saluran itu bukannya hanya membaca dari sebelah pihak, mereka membaca dari kedua-dua pihak.. lainlah kalau pengundi Saluran 1 tu.. majoriti mereka masih percaya sepenuhnya dengan apa yang dilaporkan oleh TV3 dan Utusan..

Macai yang tak puas hati dengan post mortem tu.. hangpa pi belasah dia kat ( SINI )

Video macai naik angin kerana 'Kangkung' tersebar..

Posted: 23 Mar 2014 06:29 PM PDT


Ketua Polis Selangor, Datuk Mohd Shukri Dahlan menafikan berlakunya kekecohan seperti mana yang digambarkan sesetengah pihak, sebaliknya suasana mengundi pada PRK N25 Kajang kali ini dilihat agak meriah.

Beliau menegaskan kekecohan 'palsu' itu hanyalah berpunca daripada kehadiran ramai penyokong parti yang hadir untuk merayu undi calon masing-masing.

"Faktor jalan depan sekolah agak sempit dan ramai pengundi membawa kenderaan dan meletakkannya di tempat yang tidak sepatutnya menyebabkan kesesakan.

"Walapun keadaan itu dilihat sebagai agak kecoh tetapi sesungguhnya bukan satu kekecohan, saya lihat ia lebih satu keadaan yang meriah," katanya kepada pemberita ketika mengunjungi pusat mengundi di Sekolah Kebangsaan Sekamat, Batu 10 Cheras.

Beliau berkata demikian mengulas lanjut insiden provokasi yang timbul di pusat mengundi di sekitar pusat mengundi di Dewan Orang Ramai dan SKJC Sungai Chua, Kajang semalam.

Suasana tegang antara penyokong BN dan PKR timbul disebabkan kesesakan lalu lintas dan terdapat seorang penyokong membawa alat propaganda 'kangkung' untuk merayu undi.

Menurut Mohd Shukri lagi, pihaknya memberi amaran kepada mana-mana pihak supaya tidak memanipulasikan keadaan semasa hingga boleh mencetuskan suasana tegang dan huru-hara ~ Sinar Harian

Meriah laaa sebab yang mengamuk tengok kangkung itu ialah penyokong BN.. kat bawah ni videonya..


Definasi meriah tu tentu akan bertukar kepada kecoh jika ada penyokong Pakatan pula yang menyerbu petugas BN yang berkempen menggunakan 'spender' ni...


 ... Itulah sikap macai.. depa buat boleh.. orang lain buat tak boleh...

Satelit Perancis kesan objek terapung di Lautan Hindi

Posted: 23 Mar 2014 04:00 PM PDT


Kementerian Pengangkutan semalam memberitahu Perancis menerima imej satelityang menunjukkan objek terapung di kawasan pencarian utama pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370) di Lautan Hindi.

"Malaysia menerima imej satelit baru dari pihak berkuasa Perancis yang menunjukkan terdapatnya objek di koridor selatan.

"Imej tersebut kemudiannya diserahkan kepada pusat koordinasi penyelamat Australia," katanya dalam satu kenyataan petang ini.

Pesawat MH370 membawa 12 anak kapal dan 227 penumpang hilang daripada radar pada jam 1.20 pagi, 8 Mac lalu.

Meskipun operasi mencari dan menyelamat (SAR) hari ini memasuki hari ke-16, masih belum ada perkembangan baru mengenai di mana pesawat itu berada.

Awal hari semalam, pihak berkuasa Australia menemui palet kargo kayu bersama tali pengikatnya di selatan Lautan Hindi.

AFP melaporkan pihak Keselamatan Maritim Australia (Amsa) mengesahkan objek itu dilihat oleh pesawat awam.

Dengan bantuan negara lain, Amsa mengadakan kajian methodologi terhadap 59,000 kilometer persegi keluasan laut.

Dalam kenyataan sama, Kementerian Pengangkutan berkata Australia akan menerbangkan lapan pesawat ke koridor selatan bagi mengadakan carian secara visual.

"Bagaimanapun, pada 2.30 petang waktu tempatan, Australia memberitahu tiada objek baru yang ditemui," katanya.

Kenyataan itu juga menyebut Australia, China dan Perancis mengeluarkan imej satelit masing-masing yang berkaitan dengan MH370.

Katanya, imej objek yang didapati semuanya ditemukan di koridor selatan.

~ The Malaysian Insider

Tiada ulasan: