Sabtu, 22 Mac 2014

Tempayan Retak

Tempayan Retak


Selawat Perdana Malam Cinta Allah & Rasul Trend Baru UMNO Mendekati Rakyat?

Posted: 21 Mar 2014 05:41 PM PDT


Datuk Seri Najib Tun Razak adalah perdana menteri UMNO yang satu-satunya telah di'bina' imej islamiknya walaupun dia ini bercakap Islam pun tak tahu. Kalau dulu Tun Abdullah Badawi yang memang diketahui mempunyai latar belakang Islam tetapi imej yang ditonjolkan tidak "berlebihan' islamiknya mengalahkan 'ulama pondok' seperti Najib.

Sangat berbeza dengan Tun Dr Mahathir yang nak cari dia pakai kupiah pun sangat susah sehingga saya difahamkan gambar dia berkupiah dalam buku karangan Ahmad Lutfi Othman "Mufti lawan Mahathir" telah dibeli dengan harga RM70 daripada wartawan. Itu pun ada yang kata gambar ini edit photoshop.



Sebenarnya trend "mengilamikkan" imej kepimpinan UMNO bermula di Kedah dalam projek menawan Kedah. Tak hairan jika kita lihat anak Mahathir yang anti kupiah ini telah bersama-sama menjayakan projek "mengulamakan" imej anak sendiri.



Kita ditonjolkan Mukhriz Mahathir dengan imej yang sangat warak sedangkan anak-anak Mahathir ini mengelumbang dengan syarikat judi dan arak. Perkara ini telah berjaya sehingga ada yang berbangga dengan Mukhriz yang prihatin terhadap agama Islam, malah boleh jadi iman solat!


Program Himpunan Selawat Perdana 1435H: Malam Cinta Allah dan Rasul yang disiarkan secara langsung di TV Alhijrah dan TV1 malam tadi satu lagi projek "Membina Imej Islamik" Najib terutama 2 hari sebelum PRK Kajang.

Kaedah baru ini didapati berjaya menarik minat masyarakat setelah beberapa program hiburan sudah semacam tidak releven dengan dengan golongan pertengahan yang educated dan islamik.

Program ini menampilkan ikon agama terkenal, Habib Syech Abdul Qodir As Seggaf dan tausiyah pula bakal disampaikan Habib Ali Zaenal Abidin. Selain itu, ia juga turut disertai Imam Muda dan Pencetus Ummah.

Antara selebriti yang turut ke sana semalam, Adam AF, Ella, Neelofa, Zizan Razak, Mawi, Adira, Nora Danish, Erra Fazira, Shahir, Nabil Ahmad, Rita Rudaini, Fizz Fairuz, Jep Sepahtu, Tomok, Zahida Rafik, Irma Hasmie, Yatt Hamzah, pereka fesyen terkenal Jovian Mandagie dan ramai lagi.



Kerajaan Barisan Nasional (BN) tidak perlu mengawar-warkan program ini kerana secara tidak langsung ikon-ikon terkenal akan membuat publisiti secara percuma. Malah badan NGO Islam akan turut membantu. Tak hairanlah Tabung Haji telah menaja 100,000 sejadah dan 50,000 air mineral di program Selawat Perdana malam tadi. Ini semua memudahkan kerja UMNO @ BN.

Semuanya berlaku secara sepontan dan kerajaan dilihat telah beralih untuk menjadi Islamik!!


Rakyat sebenarnya dahagakan program Islam.. Kalau pimpinan PAS tak cakna dalam hal ini, jangan hairan selepas ini pimpinan PAS 'berdogol' (tak berkupiah) atau bersongkok dan kot kononnya nak tunjukkan sikap mendekati masyarakat bukan Islam dan UMNO pula berjubah dan berserban. UMNO akan dilihat pembela Islam memainkan peranan PAS yang asal!

Makin Ramai Artis Bertudung, Tak kurang juga kembali ber"dogol"

Posted: 21 Mar 2014 04:47 PM PDT

Muktahir ini ramai aktis bertudung. Seorang demi seorang telah berhijrah daripada 'dogol' (tak bertudung) kepada bertudung. Sebahagiannya mula mengamalkan pakaian menutup aurat apabila pulang daripada tanah suci Mekah.

Kini ada stesyen tv yang mewajibkan pelakon untuk menutup aurat dan filem-filem berbentul Islamik telah nampak diterima masyarakat.

Malah trend kini, peminat lebih suka artis menutup aurat juga dikatakan pendorong kepada penghijrahan artis-artis daripada 'dogol' kepada bertudung.

Berita terbaru artis Wan Nor Azlin tampil dengan kain yang semakin singkat manakala tudungnya sudah melayang entah ke mana. Perubahan ini bukanlah nak dikatakan kerana watak lakonan kerana watak terbaru sebagai ibu tua.

Sebelum ini Hetty Sarleneartis kelahiran Singapore juga membuka tudung setelah sekian lama bertudung. Apakah untuk menjadi popular dia harus kembali 'dogol' dan seksi?? Mungkinkah dia mempunyai sebab peribadi lain yang memaksanya tampil dengan imej menjolok mata?

Tapi sebagai masyarakat yang prihatin tentang Islam dan perkembangan Islam artis kembali ke zaman "jahiliyyah"nya tidak boleh dipandang begitu sahaja. Kita ada sesuatu untuk memastikan artis-artis yang berhijrah ini kekal dan mengamalkan ajaran Islam.

Peranan NGO yang terbabit dengan golongan artis harus diambil cakna. Golongan yang baru berhijrah perlu kepada pendorong supaya mereka kekal sedar dan memahami tujuan mereka menghayati Islam.

Jika perkara ini dibiarkan tanpa peduli, nanti seorang demi seorang akan menjadi rosak binasa. Sudahlah kerja mereka berada ditepi jurang, jika mereka lalai dan seronok dengan mengingkari Allah, tanda-tanda akhir zaman sudah pasrti lebih terserlah!

Tiada ulasan: