Jumaat, 21 Mac 2014

Tempayan Retak

Tempayan Retak


MH370: Itu Tuhan Allah punya kerjalah!!

Posted: 21 Mar 2014 02:15 AM PDT


Akhbar China Press melaporkan bahawa Lim Guan Eng berkata Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai bernasib baik beliau tidak memegang portfolio Kementerian Pengangkutan sebelum pesawat itu hilang. Lim dalam akhbar berkenaan menyebut Liow tidak akan mampu mengendalikan media antarabangsa dengan penguasaan bahasa Inggerisnya yang lemah.

Kenyataan Lim Guan Eng ini menimbul kemarahan AJK Pusat MCA.
Datuk Chai Kim Sen, AJK Pusat MCA menyifatkan Lim Guan Eng sebagai "SAKIT OTAK".

Saya tak boleh bayangkan kalau Samy Vellu masih Menteri Pengangkutan, bila diasak bertubi-tubi oleh media, lalu Samy Vellu menjawab dengan selamba "APA SUSAH, ITU TUHAN ALLAH PUNYA KERJA!"

Sebenarnya itulah mentaliti Menteri Barisan Nasional yang ada.

Tulisan ini mengulas artikel Malaysiakini di bawah:-

Lim: Syukurlah Liow bukan menteri pengangkutan


Sewaktu pelbagai negara terlibat dalam usaha mencari dan menyelamat pesawat MH370, Lim Guan Eng dan MCA mengambil kesempatan bertikam lidah daripada insiden itu dengan ketua menteri Pulau Pinang melancarkan 'serangan' awal.

Lim dalam akhbar China Press dilaporkan berkata Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai bernasib baik beliau tidak memegang portfolio Kementerian Pengangkutan sebelum pesawat itu hilang.

Dakwa Lim, Liow tidak akan mampu mengendalikan media antarabangsa dengan penguasaan bahasa Inggerisnya yang lemah.

"Syukurlah Liow bukan menteri pengangkutan," Lim dilaporkan China Press sebagai berkata demikian pada satu majlis.

Dalam respons yang juga kurang memberangsangkan, anggota jawatankuasa pusat MCA, Datuk Chai Kim Sen menyifatkan setiausaha agung DAP itu sebagai "rosak otak".

Chai mendakwa Lim pernah mengaku tidak berani berbual dalam bahasa Inggeris dengan generasi tua yang menguasai bahasa tersebut dengan "sangat baik" namun, tetap tergamak mengkritik tahap penguasaan bahasa Inggeris Liow.

Chai mengaku ketuanya itu mungkin tidak sefasih Lim dalam menggunakan beberapa istilah seperti "You print, I sue" (Awak terbitkan, saya saman), satu rujukan sinis kepada saman-saman fitnah Lim terhadap beberapa akhbar.

6 Faktor Objek 24 Meter Adalah Serpihan MH370 Kata Kapten Nik Ahmad

Posted: 20 Mar 2014 08:18 PM PDT


Bekas Ketua Juruterbang Serantau Malaysia Airlines (MAS), Datuk Kapten Nik Ahmad Huzlan Nik Hussain telah tampil dalam temubual bersama pemberita TV3 malam tadi telah sempat memberikan ungkapan "Inilah dia" yang menunjukkan keyakinannya terhadap penemuan petunjuk baru 2 serpihan yang disebut sebagai objek 24 meter.

Kapten Nik Ahmad juga telah memberi enam sebab utama mengapa dia menyatakan keyakinan terhadap objek yang ditemui satelit Australia adalah sebahagian serpihan pesawat MH370.



1. Perdana Menteri Australia, Tony Abbot mengumumkan dengan yakin di hadapan Ahli Parlimen. Ini berbeza dengan Malaysia, DS Najib tdak berbuat demikian dan maklumat solah-olah disembunyikan.

Malah taklimat tertutup hanya diberikan kepada MP Barisan Nasional seolah-olah ada diskriminasi antara MP Kerajaan dan Pembangkang. Jelas sekali Malaysia tidak profesional dalam hal ini.

2. Pengumuman oleh Pihak Berkuasa Keselamatan Maritim Australia (AMSA) menunjukkan bukti spesifik seperti peta, koordinat dan dimensi panjang objek.

Tidak seperti tentera Malaysia hanya menunjukkan ada kesan radar berpatah balik dengn titik hitam tetapi tidak menunjukkn satu bukti kukuh. Malah Jet perjuang Malaysia tidak mendekati objek berkenaan dan jika itu musuh sudah pasti Malaysia telah diceroboh dengan mudah. Saya telah menulis hal ini dengan tajuk mana pergi jet perjuang Malaysia? ( sila rujuk di sini).

3. Pengumuman itu amat jelas dan spesifik tanpa sebarang konflik info. Sehinggakan wartawan tidak perlu bertanya lebih lanjut.

4. Australia terkenal dengan profesionalism. Mereka memiliki pakar dalam setiap bidang (Subject Matter Expert). Mereka tidak akan memberitahu PM sekiranya bukti tidak kukuh.

5. Akauntabiliti dan kredibiliti pasukan SAR Australia amat tinggi walaupun meletakkan info "kemungkinan".

6. Australia sanggup menggunakan Pesawat Pengesanan, P-3 Orion yang mana menunjukkan penemuan itu amat kukuh.

Tiada ulasan: