Jumaat, 21 Mac 2014

Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Gara-gara enggan bersoal jawab selepas sidang akhbar MH370, Najib dilabel sebagai PM Cap Ayam..

Posted: 21 Mar 2014 08:33 AM PDT


Bekas calon Ketua Pemuda Umno, Syed Rosli Syed Harman al Jamalulail meminta Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak meletakkan jawatannya kerana beliau telah memalukan negara apabila enggan bersoal jawab selepas sidang akhbar baru-baru ini.

Katanya, Najib hanya membaca teks ucapan sahaja dan selepas membacanya terus meninggalkan dewan yang menyebabkan semua wartawan tempatan dan antarabangsa kecewa dengan tindakannya itu.

Minggu lepas Najib bukannya membuat sidang akhbar sebaliknya memberi taklimat mengenai misteri kehilangan pesawat MH370.

Sejumlah 227 penumpang dan 12 anak kapal menaiki pesawat itu, yang hilang ketika dalam perjalanan ke Beijing setelah sejam berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada 12.41 tengah malam 8 Mac lalu.

"Yang menjadi persoalannya sekarang kenapa Najib tidak mahu menjawab soalan-soalan yang amat penting di sidang media tersebut sedangkan seluruh dunia mahukan penjelasan dari pemimpin tertinggi negara," kata beliau dalam satu kenyataan.

Syed Rosli bertanya adakah Najib seorang yang penakut dan tidak berani untuk berhadapan wartawan di dalam negara dan luar negara yang akan menyoal beliau?

"Melihatkan pengumuman Perdana Menteri Australia Tony Abbot yang telah membuat pengumuman di Parlimen adalah sewajarnya Kerajaan Malaysia diketuai oleh Perdana Menteri Najib Razak melakukan perkara yang sama di parlimen Malaysia," cadang beliau.

Katanya lagi, di sini kita boleh lihat betapa tingginya kreditabiliti dan akauntibiliti seorang pemimpin di Australia berbanding pemimpin cap ayam di Malaysia ~ Free Malaysia Today


Beza Malaysia Dan Australia Menghargai Parlimen

Setelah masuk hari ke 13 pencarian pesawat MH370 yang masih hilang dan dunia buntu mengenai misterinya yang tidak pernah berlaku sebelum ini, Perdana Menteri Australia, Tony Abott membawa berita yang sedikit melegakan iaitu dengan penemuan objek yang tenggelam timbul oleh satelit negaranya di selatan Lautan Hindi.

Atas sedikit kepercayaan bahawa objek sepanjang 24 meter itu adalah serpihan daripada pesawat MH370, selain meminta pihak berkuasa di negaranya berusaha mengesan penemuan itu bagi memastikan kesahihannya, beliau juga memaklumkannya kepada Perdana Menteri, Najib Razak melalui telefon.

Di negaranya pula, Tony Abott membuat pengumuman mengenai penemuan itu di Parlimen, sebuah institusi tertinggi di mana-mana juga negara demokrasi. Perkara ini segera menarik perhatian dunia tentang bagaimana beliau menghargai Parlimen yang mewakili kepentingan rakyat sedangkan jika mahu, beliau boleh saja memanggil sidang akhbar di pejabat atau kediamannya untuk mengumumkan penemuan itu.

Tetapi kerana menghargai Parlimen dan supaya pengumuman itu didengar oleh semua wakil rakyat yang seterusnya mewakili rakyat Australia, beliau akhirnya memilih Parlimen untuk berbuat demikian.

Walaupun MH370 bukan milik negaranya tetapi kerana menyedari isu kehilangan pesawat itu menjadi tumpuan dunia ketika ini, kewajaran dan keseriusan beliau sebagai pemimpin dalam melihat insiden ini seharusnya dihargai dan dipuji.

Ini nyata berbeza dengan negara kita, disamping pesawat MH370 adalah milik negara ini dan tumpuan pula diberikan oleh rakyat dan dunia, tetapi Parlimen tidak digunakan dengan sebaiknya, malah diketepikan pula.

Ketika awal kejadian ini berlaku, Ahli Parlimen Pokok Sena, Mahfuz Omar telah mencadangkan agar Perdana Menteri membawa usul mengenai kehilangan itu di Parlimen supaya bukan saja boleh diberitahu kepada wakil-wakil rakyat apa yang sebenarnya berlaku, tetapi juga boleh dibahaskan bagi menggambarkan kepentingannya kepada negara dan rakyat.

Malangnya ianya telah ditolak oleh Speaker atas alasan operasi mencari dan menyelamat sedang dijalankan, dan mencadangkan jika Ahli-Ahli Parlimen ingin membangkitkan mengenainya, ia boleh dilakukan ketika perbahasan titah Diraja.

Beberapa hari kemudian pula iaitu pada 18 Mac, Pemangku Menteri Pengangkutan, Hishammuddin Hussein didapati telah bersetuju untuk memberi taklimat mengenai insiden kehilangan pesawat itu kepada hanya Ahli-Ahli Parlimen BN. Taklimat diadakan di sebuah tempat mewah iaitu The Aloff di KL Sentral.

Sergahan Ahli-Ahli Parlimen pembangkang agar taklimat itu tidak terhad hanya kepada wakil rakyat BN dan seharusnya juga terbuka kepada semua Ahli Parlimen, langsung tidak dilayani oleh kerajaan.

Hishammuddin kemudian memberi alasan remeh dengan menyatakan taklimat kepada wakil rakyat BN adalah kerana ia diminta oleh BNBBC dan sekiranya wakil pembangkang mahukan taklimat yang sama, mereka juga diminta mengemukakan permohonan kepadanya.

Adakah amat memalukan hujah yang dikemukakan itu kerana taklimat yang berlainan sudah tentunya isi taklimatnya juga berbeza.

Jika benar kerajaan telus, terbuka dan tidak berhasrat menyembunyikan sebarang maklumat, taklimat yang diminta oleh BNBBC itu boleh diadakan sekali dengan taklimat untuk wakil rakyat daripada pembangkang.

Bukankah ia lebih menjimatkan dan tidak membazirkan masa dan tenaga?

Namun apa yang belaku di sebalik kehilangan pesawat ini, kerajaan bukan saja membelakangkan Parlimen, sebuah institusi penting yang mewakili seluruh rakyat, bahkan cuba pula menidakkan peranan serta kehadiran Ahli-Ahli Parlimen pembangkang dengan mengadakan majlis taklimat yang tertutup hanya untuk BN saja.

Sementara insiden kehilangan pesawat ini turut banyak memalukan kepimpinan negara tentang bagaimana cara menguruskan krisis dan menjaga kredebilitinya, tindakan Tony Abott bercakap tentang isu penting yang melibatkan dunia di Parlimen negaranya telah mendedahkan satu lagi kelemahan kerajaan BN yang sudah memerintah negara ini sejak lebih 50 tahun lalu tanpa hentinya.

Di sebalik Tony Abott menelefon Najib untuk memaklumkan penemuan objek itu, beliau juga sebenarnya mengajar Perdana Menteri dan kerajaan untuk menghargai Parlimen. Sekalung tahniah untuk Tony Abott. -shahbuddindotcom

Dari paras 35,000 kaki tu, kami boleh nampak macam ni saja Makcik...

Posted: 21 Mar 2014 02:53 AM PDT


Seorang wanita rakyat Malaysia yang baru pulang dari menunaikan Umrah di tanah suci Mekah mendakwa yang dia telah melihat bangkai sebuah pesawat yang besar berwarna perak di perairan Laut Andaman ketika pesawat yang dinaikinya melintasi kawasan berkenaan pada pagi 8 Mac lalu.

Wanita berkenaan Raja Dalelah Raja Latife, 53, berkata ketika dia menyaksikan objek besar yang sebahagian daripada badan yang didakwa sebagai pesawat itu tenggelam dan sebahagian lagi timbul, dia telah memaklumkan kepada ramai pihak di dalam penerbangan berkenaan tetapi telah dipandang ringan.

Dalelah berkata dia menaiki pesawat Penerbangan Saudi SV2058 yang berlepas dari Jeddah pada jam 3.30 pagi waktu Arab Saudi (8.30 pagi waktu Malaysia) dan ketika pesawat itu melintasi bandar Chennai di India dan memasuki ruang udara Laut Andaman, dia melihat menerusi tingkap pesawatnya satu objek besar menyerupai pesawat terdampar di atas laut.

"Saya nampak macam kapalterbang.Sepanjang perjalanan pulang saya sentiasa melihat ke luar kerana saya tidak dapat tidur langsung dan ketika lawatan saya ke Beijing dua tahun lalu juga dia tidak dapat tidur di dalam pesawat dan sentiasa berjaga," kata ibu kepada 10 orang anak ini.

Raja Dalelah, yang berasal dari Kota Tinggi, Johor menambah, sewaktu dia terlihat objek besar berwarna perak yang seakan-akan sebuah pesawat di atas lautan itu, skrin tv di hadapannya menunjukkan yang mereka sedang melintasi Laut Andaman.

"Sebelum itu saya nampak beberapa buah kapal dan kemudian pulau-pulau kecil dan selepas itulah saya ternampak objek berwarna perak di atas air. Saya mengejutkan rakan saya di sebelah untuk melihat apa yang saya saksikan tetapi malangnya mereka mentertawakan saya," ujarnya lagi.

Raja Dalelah, bagaimanapun yakin apa yang disaksikannya itu adalah bangkai sebuah pesawat yang besar. "Buat apa saya nak bercakap bohong saya baru sahaja balik dari umrah," katanya lagi.

Hanya pada 14 Mac lalu dia telah membuat laporan polis akan apa yang didakwa telah disaksikannya itu dengan harapan akan ada pihak yang mengambil apa yang dikatakannya itu secara serius.

Malah Raja Dalelah masih boleh menjelaskan apa yang disaksikannya itu secara terperinci.

Katanya, pesawat yang dilihatnya itu separuh terapung dan sebahagian besar lagi badan pesawat itu berada di dalam air dengan keadaannya yang senget sebelah.

"Saya melihat jam pada waktu itu menunjukkan pukul 9.30 pagi (2.30 petang waktu Malaysia)," kata beliau.

Raja Dalelah berkata, bila tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada pukul 4 petang dia telah menceritakan apa yang disaksikannya itu kepada anaknya.

"Pada waktu itulah mereka memberitahu saya yang pesawat MAS MH370 hilang dan sedang dicari.Menantu saya seorang pegawai polis yakin yang saya telah menyaksikan sebuah pesawat yang terhempas dan meminta saya supaya membuat laporan polis," katanya sambil menambah

"anak-anak saya yang lain khuatir yang saya mungkin akan ditahan kerana membuat laporan palsu kerana pada awalnya semua orang berkata yang pesawat itu kali terakhir dilihat di Laut China Selatan."

Tetapi katanya, sekarang sesiapa yang mendengar ceritanya sudah mula percaya selepas pesawat itu disahkan telah berpatah balik dan hilang di sebelah barat dan bukannya Laut China Selatan.

Bagaimanapun seorang juruterbang berkata, dalam penerbangan jarak jauh seperti dari Jeddah dan Kuala Lumpur, paras ketinggian sesebuah pesawat adalah pada 35,000 kaki.

"Ini bermakna kedudukan pesawat dari permukaan bumi adalah pada jarak lebih kurang tujuh batu. Pada jarak sejauh ini tidak ada siapa pun dapat melihat dengan jelas apa-apa objek di permukaan bumi atau pun di atas air," kata juruterbang itu yang enggan namanya disiarkan ~ mStar

___________________________________________________________

Tak tahulah bagaimana Makcik tu boleh nampak.. mungkin beliau dikurniakan Allah kebolehan yang kita semua tidak ada atau memang Allah SWT hendak tunjukkan kepada dia sahaja..

Sebabnya sebagaimana yang dinyatakan oleh juruterbang yang enggan namanya disiarkan itu.. apa yang kita akan nampak dari ketinggian 35,000 kaki itu adalah seperti gambar di bawah..


Dan jika kita terbang melintasi lautan pula pada ketinggian tersebut apa yang akan kita nampak jika tiada awan pula adalah seperti di bawah..


Jurutera Simulator anggap tuduhan terhadap Zaharie tak berasas..

Posted: 20 Mar 2014 11:30 PM PDT


Rakan juruterbang MH 370, Thanos Kontogiannis mendedahkan perbualannya dengan Kapten Zaharie Ahmad Shah bagi menjawab fitnah terhadap rakannya itu.

Kontogiannis juga tidak puas hati ada pihak yang memburukkan imej Kapten Zaharie semata-mata dia memiliki sebuah simulator penerbangan di rumahnya.

Di laman blognya, Kontogiannis yang merupakan moderator X Sim DE berkongsi mesej perbualan mereka menerusi email.

Ini antara emailnya..



Dalam perbualan itu mereka berkongsi maklumat dan idea untuk membina simulator yang lebih baik. 

Kontogiannis seorang jurutera di Qualcomm membekalkan komponen Motion Controller bagi menaik taraf simulator Kapten Zaharie dan juruterbang lain.

Dalam blog itu juga, Kontogiannis menjelaskan hampir semua juruterbang berminat memiliki simulator penerbangan.

Dalam hal ini, Kapten zaharie mempunyai minat yang mendalam sehingga membina simulator penerbangan sendiri.

Bagi Kontogiannis segala tuduhan dan fitnah terhadap Kapten Zaharie adalah tidak berasas ~ AstroAwani

Apa lagi perbualan mereka sila baca di sini... Sending Positive Energy Your Way, Zaharie

Siapa Kapten Zaharie dari pandangan Juruterbang berpengalaman luar..

Posted: 20 Mar 2014 08:08 PM PDT


Sebelum ini, Perdana Menteri Datuk Seri Najib mengesahkan bahawa seseorang telah mematikan alat pengesan radar pesawat MH370 dan melakukan pusingan U.

Ekoran itu, timbul kemungkinan berlaku rampasan dan sebotaj ke atas pesawat tersebut sehingga mendorong kepada siasatan terhadap Kapten Zaharie.

Bagaimanapun, Chris Goodfellow yang berpengalaman 20 tahun sebagai juruterbang mempunyai teori sendiri.

Menurutnya, isu kehilangan pesawat MH370 terlalu dirumitkan sedangkan jawapannya mungkin mudah iaitu berlaku kebakaran di kokpit.

Dalam catatan akaun Google+ miliknya, Goodfellow, sebaik mendengar berita pesawat itu berpatah balik ke arah Selat Melaka dari Laut China Selatan, dia terus memeriksa peta dan mendapati MH370 mungkin menuju lapangan terbang terdakat di Pulau Langkawi selepas berlaku masalah seperti kebakaran dalam kokpit.

"Kunci utama di sini adalah pusingan kiri dibuat pesawat itu. Juruterbang (Kapten Zaharie Ahmad Shah) adalah kapten yang sangat berpengalaman dengan lebih 18,000 jam penerbangan. Mungkin juruterbang lebih muda yang ditemu ramah (agensi berita) CNN tidak sedar mengenai pusingan kiri. 

"Kami juruterbang lama dilatih untuk sentiasa tahu di mana lapangan terbang paling dekat ketika terbang untuk perlindungan selamat jika kecemasan." 

Menurut Goodfellow lagi, apabila melihat pusingan kiri dibuat oleh pesawat MH370 dan menuju terus ke arah bertentangan, nalurinya memberitahu juruterbang itu mungkin mahu menuju ke lapangan terbang terdekat. 

"(Zaharie) sebenarnya mengambil laluan terus di atas laut ke Pulau Langkawi yang tidak mempunyai banyak halangan. Dia tidak kembali ke Kuala Lumpur kerana dia tahu (laluan itu) merentasi gunung (Banjaran Titiwangsa) setinggi 8,000 kaki. 

Dia tahu laluan ke Langkawi lebih mudah dan jaraknya lebih dekat." 

Goodfellow percaya Zaharie mengambil tindakan betul pada ketika mereka mungkin menghadapi masalah serius yang mendorong kepada tindakan pusingan U untuk menuju ke lapangan terbang terdekat di Pulau Langkawi. 

Katanya, terputusnya komunikasi (ACARS) termasuk kesan radar adalah munasabah jika berlaku kebakaran di dalam kokpit. 

"Melihat masa kejadian, mungkin berlaku kepanasan melampau pada salah satu tayar hadapan dan ia pecah sebaik pesawat berlepas dan terbakar perlahan-lahan. 

"Ya, ini boleh berlaku dengan tayar yang kurang angin. Ingat ini pesawat berat, (dan insiden berlaku) pada malam yang panas dan landasan yang panjang." 

Katanya, ada insiden di Nigeria pada 1991 melibatkan Douglas DC-8 yang tayarnya terbakar semasa berlepas menyebabkan asap tebal melemaskan kru dan penumpang. 

Katanya, juruterbang memang ada akses kepada topeng oksigen tetapi ia tidak boleh digunakan semasa kebakaran. 

Sebaliknya, kebanyakan juruterbang ada penutup muka dengan penapis asap tetapi ia hanya boleh bertahan beberapa minit sahaja. 

"Apa yang berlaku adalah (kedua-dua juruterbang) lemas akibat asap dan pengsan, menyebabkan pesawat itu terus terbang menggunakan aplikasi sistem autopilot sehingga sama ada kehabisan minyak atau kebakaran memusnahkan papan kawalan dalam kokpit." 

Jika itu benar, kata Goodfellow, Zaharie adalah wira yang bertarung situasi mustahil untuk cuba membawa pesawat itu ke Pulau Langkawi. 

"Tiada was-was lagi dalam fikiran saya, itulah sebab mengapa pesawat itu berpusing dan mengambil laluan lurus." 

Jika berlaku rampasan atau sabotaj, katanya, ia tidak akan sengaja pusing ke sebelah kiri dan menuju ke arah Pulau Langkawi. 

Goodfellow mengakhiri tulisannya dengan kata-kata: "Juruterbang bijak. Cuma tidak mempunyai masa mencukupi."

Apa yang ditulis Goodfellow dan ramai lagi pakar di seluruh dunia tetap kekal menjadi spekulasi selagi pesawat MH370 tidak ditemui ~ CeritaKosongku

... Itu apa pandangan orang luar yang punya kepakaran atau kebolehan sepertimana yang dimiliki oleh Kapten Zaharie, biarpun beliau seorang Kristian beliau tidak membuat spekulasi yang buruk mengenai Kapten Zahari..

Bukan seperti kita sesetengah rakyat Malaysia ni.. bila tahu saja Kapten Zaharie itu adalah Ahli PKR, apa yang dibuatnya semua dipandang negatif walaupun dunia menghargainya..

Jadi kesimpulannya.. nak mempolitikkan isu tu biarlah kena tempatnya..

Kita sepatutnya bangga kerana anak Melayu yang berugama Islam ini diiktiraf dunia akan kebolehannya bukannya menghina hanya kerana ideologi politik kita berbeza...

Aku menyiarkannya bukan kerana aku ahli PKR dan Kapten Zaharie juga ahli PKR.. tapi kerana isu ini kini berada dimata dunia.. jadi bersamalah kita memerhatikannya dari mata dunia..

MH370 : Bukan Manggis yang bernilai tapi pekerja Freescale Semiconductor sebenarnya..

Posted: 20 Mar 2014 05:30 PM PDT


Tiga hari yang lalu dalam satu sidang media Ketua Pegawai Eksekutif MAS, Ahmad Jauhari Yahya pada sidang media telah mendedahkan Pesawat Malaysia Airlines MH370 tidak membawa kargo berbahaya atau bernilai tinggi tetapi beberapa tan manggis.

Ianya bagi menjawab beberapa spekulasi yang mengatakan pesawat itu mungkin dirampas kerana membawa kargo yang bernilai tinggi..

Ianya juga bagi menjawab spekulasi yang mengatakan pesawat tersebut telah meletup diudara dan menjunam ke dalam laut selari dengan beberapa laporan Polis yang telah dibuat di beberapa negeri di pantai timur Semenanjug.

Penilaiannya itu sebenarnya kurang tepat jika dikatakan manggis itu adalah kargo yang bernilai tinggi..

Sebenarnya beliau sepatutnya mengambil kira siapakah penumpang yang di bawa pesawat tersebut kerana bagi kebanyakkan industri, pekerja yang mahir dan proffesional itu adalah aset yang amat berharga..

Dalam hal ini 20 pekerja Freescale itu adalah aset..

Baca laporan ini dulu..

KUALA LUMPUR - Sebanyak 20 pekerja Freescale Semiconductor merupakan antara penumpang pesawat MH370 Malaysia Airlines dari Kuala Lumpur ke Beijing, yang dilapor hilang di Laut China Selatan.

Dalam satu kenyataan di sini, syarikat yang berpangkalan di Austin, Texas, Amerika Syarikat itu berkata pekerjanya terdiri daripada 12 warga Malaysia dan lapan dari China.

Menurut syarikat, seluruh komuniti Freescale Semiconductor sedih dengan kejadian berkenaan dan akan terus memantau situasi serta memaklumkan sebarang perkembangan apabila memperolehnya.

"Pada masa ini, kami memberi tumpuan kepada pekerja kami dan anggota keluarga mereka," kata Presiden dan Ketua Pegawai Esekutif Freescale Gregg Lowe dalam kenyataan itu.

"Doa kami untuk semua yang terlibat dalam kejadian tragik ini."

Menurut kenyataan itu, syarikat telah meminta kaunselor dan profesional lain melalui Program Bantuan Pekerja Freescale, memberikan sokongan sepanjang masa kepada mereka yang terbabit dalam tragedi ini ~ Bernama

Kehilangan mereka adalah satu kehilangan yang amat besar buat firma Freescale itu.. dan ianya hampir menyerupai tragedi terhempasnya pesawat JAL 123 dan ianya mewujudkan satu lagi spekulasi..

Di mana dalam tragedi JAL 123 ianya telah membunuh 17 Jurutera dari satu firma yang membangunkan satu perisian hasil dari kajian seorang Proffesor dari Tokyo University.

Apa yang dibangunkan oleh mereka ialah perisian TRON dimana pada ketika itu TRON didakwa jauh lebih maju dari Google Chrome yang ada pada masa ini.

Ianya adalah percuma dan akan digunakan oleh seluruh sektor awam dinegara Jepun.

Pembangunan perisian tersebut terbantut bilamana seluruh Jurutera yang terlibat terbunuh dalam tragedi itu dan oleh itu Microsoft menguasai pasaran..

Apa yang berbeza antara Jurutera TRON itu dengan pekerja Freescale ini ialah, para Jurutera itu telah terbunuh manakala nasi para pekerja dari Freescale pula tidak diketahui lagi hingga ke hari ini..

Ramai yang tidak tahu bahawa dari 20 orang pekerja Freescale itu 4 orang adalah antara 5 pemegang hakcipta ataupun 'Patent' yang baru didaftarkan mereka.

Apa yang hendak di 'patent' kan oleh mereka ialah memaksimakan 'dies' dalam sekeping 'wafer'.

Apake bendanya 'dies' dan apa pulaknya 'wafer'?..

'Dies' adalah litar atau 'circuit' yang dibina di atas 'Wafer', 'Dies' adalah apa terkandung didalam mikrochip.

Bergantung kepada tujuan ianya dibina saiz 'Dies' adalah berbeza antara satu sama lain dan ianya dibina di atas wafer yang diperbuat dari silikon dan seramik.

Oleh itu jumlahnya juga adalah berbeza bergantung kepada saiz 'wafer' yang biasanya bergarispusat 4",6" atau 8.

Dalam setiap 'wafer' biasanya terkandung lebih atau kurang dari 5,000 'dies'.

Kalau tak faham juga tanyalah kawan-kawan korang yang bekerja dalam bidang semikonduktor..

Untuk makluman kebanyakkan peralatan elokronik kini dikuasai atau digerakkan oleh 'dies' yang terdapat dalam mikrochip.

Silicon adalah bahan yang sesuai digunakan untuk membangunkan 'chips' yang advanced dan bahan ini adalah mahal.

Memaksimakan 'dies' di dalam sekeping 'wafer' bermakna memaksimakan keuntungan.

Dalam hal pekerja Freescale Semiconductor of Austin ini pula hakcipta ataupun 'Patent' yang baru didaftarkan itu berada dibawah pegangan 5 individu dengan setiap individu menguasai 20% dari royalti.

Dimana 20% dikuasai oleh Peidong Wang, dari Freescale Semiconductor of Suzhou, China, 20% dikuasai oleh Zhijun Chen, juga dari Freescale Semiconductor of Suzhou, China.

20% dikuasai oleh Zhihong Cheng, dari Freescale Semiconductor of Suzhou, China, 20% Li Ying, dari Freescale Semiconductor of Suzhou, China dan Freescale Semiconductor sendiri 20%..

Jika salah seorang dari di atas terbunuh atau hilang maka ianya tetap akan dibahagikan sama rata.. dan jika empat dari lima itu ternunuh atau hilang maka keseluruhan royalti akan dibayar kepada yang tinggal..

Siapa pemilik Freescale Semiconductor?.. seorang Yahudi yang terkenal,,, siapa dia?.. Jacob Rothschild melalui Blackstone

Apapun ini hanyalah salah satu kebarangkalian yang ada..betul atau tidak kita tunggulah apa hasil siasatan rasmi pihak yang berkuasa..

Satu lagi spekulasi yang tak dilaporkan oleh media korang bacalah di ( SINI )

Sementara pihak berkuasa dari lebih dari 20 buah negara mencari bersamalah kita mendoakannya..

Ya Allah Ya Tuhan kami... kami bermohon kepada.mu kau selamatkanlah dan kau lindungilah mereka walau dimana jua mereka berada..sesungguhnya engkaulah yang maha melindungi .  
YaAllah YaTuhan kami.. jika benar mereka berada didasar laut kau timbulkan lah mereka... dan jika benar meraka berada diatas kau turunkanlah mereka dengan selamat.. 
Sesungguh nya engkaulah yang maha mengetahui.. YaAllah YaTuhan ku kau berikanlah petunjuk..kepada kami dan kau permudahkanlah segala urusan pencarian ini... Amin..

Tiada ulasan: