Sabtu, 1 Mac 2014

Tempayan Retak

Tempayan Retak


Anwar Akan Menyertai Kabinet Najib?

Posted: 01 Mar 2014 06:09 AM PST


Sebelum ini isu Konsensus Nasional adalah bibit-bibit awal ke arah penyatuan. Perkara ini tidak jelas tapi menurut sumber adalah perjumpaan sulit Anwar dan Najib melalui Jusuf Kalla di Jakarta. Isu ini terdiam dan hampir tertutup.

Timbul pula Konsens Nasional (KN) sekali lagi dalam bentuk yang lebih jelas. Perutusan khas untuk rakyat Malaysia yang disampaikan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim di Hotel Sunway sangat jelas menunjukkan ada usaha ke arah untuk menyatukan Pakatan Rakyat (pada umum tapi khusunya PKR) dan Barisan Nasional. (rujuk di sini)

Ada kecoh pasal KN ini UG baru ke? Sedangkan UG dan perjumpaan sulit beberapa pimpinan PAS atas isu Selangor dan Perak tidak menepati maksud UG yang diwar-warkan Presiden PAS.

Kemudian ada beberapa orang kepimpinan PKR juga dipercayai datang berjumpa dengan TGNA bagi mendapat persetujuan. Saya difahamkan usaha ini gagal.

Ada usaha menyeret Presiden PAS untuk perjumpaan antara PKR dengan UMNO (Zahid Hamidi) di London, tapi gagal juga kerana Presiden PAS tidak hadir dan banyak lagi siri-siri perjumpaan tapi Presiden PAS sekadar menghantar wakil sahaja.


Terkini tokoh Wartawan Negara dan Bekas Ketua Pengarang Kumpulan The New Straits Times Press (NSTP), Datuk A. Kadir Jasin, meramalkan kemungkinan Anwar Ibrahim menyertai Kabinet Datuk Seri Mohd Najib Tun Abd Razak sebagai sebahagian percaturan politik dan pemulihan kebangsaan (Konsesus Nasional).

Menurut beliau terdapat teori konspirasi yang tersebar luas sekarang bahawa Pilihan Raya Kecil DUN Kajang hanyalah satu pemesongan isu bagi membolehkan agenda kumpulan tertentu membawa masuk Anwar Ibrahim ke dalam kabinet berjalan lancar. Anwar dikatakan akan diberi jawatan penting dalam kabinet.

Menurut sumber Kadir Jasin, penyertaan Anwar di dalam kabinet ini merupakan keperluan kedua-dua tokoh. Mohd Najib dilihat cuba mengimbangi kritikan Tun Mahathir dan Tun Daim terhadap pentadbirannya. Manakala Anwar mencari jalan melepaskan diri dari kemelut kepimpinan PKR antara Azmin dan Khalid yang kian melemahkan parti tersebut.

Artikel A. Kadir Jasin boleh di baca dibawah.

THE Kedai Kopi Assembly (KKA) continues to sit. But since many of the matters discussed were mostly "sensitive" and the risk associated with publishing them is a tat too high, let us KIV them for a while.

I thank all the participants for their contribution and for reminding me to be careful and not take unnecessary risk.

However, one subject from the KKA sessions that we may be able to discuss and do some crystal-balling is the reconciliation. To keep our brain connections active, our creativity going and to take our mind away from the heat wave, let us weave a conspiracy theory not unlike the plot in the movie of the same name that starred Mel Gibson and Julia Roberts.[Received this from a reader. Open burning is illegal and adds to the haze. Books and magazines being burnt. Thank you sender.]

The 1997 movie told the story of a taxi driver who was obsessed with conspiracy theories and became a real target when one of his theories turned out to be true. In order to save himself, he had to figure out which theory it was.

Our theory revolves around the much talked about reconciliation talk that, according to some pundits, will bring together two former friends turned foes – the Prime Minister Mohd Najib Abdul Razak and the Opposition Leader, Anwar Ibrahim.

Kajang By-election A Red Herring?

What if all the hogwash about Anwar's candidacy in Kajang State Legislative Assembly by-election and his taking over the Selangor Menteri Besar post are in fact a red herring intended to hide the backroom manoeuvring involving his camp and the PM's operators?

What if a very influential aide to the PKR's General Leader had already called on an equally influential member of the PM's inner chamber to work out a deal whereby the "Ketua Umum" will join the Cabinet and be given a portfolio that makes him very powerful?

So powerful that it sends the shiver (in this dry burning weather) down the spine of his enemies and the PM's critics or even gotten rid of them for good.

With the problem in the Selangor Government continuing to fester, Anwar knows the risk of his own people jumping ship. It's a mistake to underestimate Menteri Besar Abdul Khalid Ibrahim's resources and resourcefulness.

He was a business and a manager. He knows merger and acquisition better than Anwar and Mohd Azmin Ali. He could apply his M&A skills to politics.

He has the ability to swing Selangor away from PR if he feels that he is on the losing end. So entering into a deal with the PM is a good way for Anwar to checkmate Abdul Khalid if he harbours such an idea.

 The picture of Abdul Khalid, Mohd Najib and Deputy Prime Minister Muhyiddin Mohd Yassin beaming away during the signing of the memorandum of understanding on the Langat 2 water supply project on Wednesday could be telling a thousand words.

The Way To Fight Dr M and Daim

For the PM and members of his inner circle, if they believe that the criticisms by (Tun) Dr Mahathir Mohamad and (Tun) Daim Zainuddin can hurt them, a merger with Anwar is a grand strategy. They can count on Anwar to do battle with Dr Mahathir and Daim.
 
In one brilliant stroke, the PM strengthens his position, destroys the Pakatan Rakyat and rids himself of his critics. Anwar gets to enjoy the privileges and protection as a member of the government. And they can live happily ever after.

Think of this. Has Anwar ever attacked the PM directly and has the PM done the same to Anwar? Yes, Anwar viciously attacked the government, the Barisan Nasional and Umno. Yes he attacked Dr Mahathir and Daim. Dr Mahathir and Daim in turn attacked him and criticized the PM.

Think also of the animosity between Anwar and Tunku Abdul Rahman Putra and Tun Abdul Razak Hussein. How Anwar led a series of demonstrations against them and was incarcerated under the ISA during Abdul Razak's and (Tun) Hussein Onn's administrations.

Remember he was freed from detention when Dr Mahathir became PM in 1981 and, in early 1982 Dr Mahathir proudly paraded him before the Press and the newest member of Umno.

I was there covering the event and foolishly demanded that he proved his membership of Umno by citing his membership number and, for the next 16 years, promoted him as the crown prince of Umno and the successor to Dr Mahathir.


Remember also that many Umno rebels left the party but later came back to the fold and some went on to be appointed to the cabinet despite having burnt the bridges. So why not Anwar?


But has the DAP got wind of this so as to prompt its supremo, Lim Kit Siang, to ask in his blog: "Who drafted this national reconciliation plan and who had been consulted? This is still a great mystery up to now."


So, I will be the last person to dismiss the reconciliation talk and of seeing Anwar being mainstream and politically correct once again. Politics, according to German Prussian politician, Otto von Bismarck (1815 – 1898), is the art of the possible.

FOOT NOTE: The PM is believed to have appointed a new media adviser to replace Jalaluddin Bahaudin who left last year. The new man is believed to be a journalist and former MP, Abdul Rahman Sulaiman, among whose tasks is to "pujuk" Dr Mahathir to be friendly towards Mohd Najib.

This is what Mubarak people told me. Wallahuaklam.

Apa Yang Tak Kena Dengan Penjanjian Air Selangor??

Posted: 28 Feb 2014 11:22 PM PST


Timbalan Perdana Menteri kata perjanjian air yang dimeterai dalam Perjanjian Persefahaman (MoU) antara Putrajaya dengan Selangor tidak boleh terbatal. Pakar perundangan Syahredzan Johan menolak kata boleh batal.

Timbalan Perdana Menteri guru kena tukar dia tak tahu. Rasanya pasal penjanjian air ini lagi dia tak tahu. Yang penting ada yang minta dicepatkan sebelum PRK Kajang.

Saya percaya Tan Sri Khalid Ibrahim (TSKI) seorang yang bijak politik walaupun ramai rakan-rakan PKR sendiri kata Tan Sri Khalid tak tahu politik dia hanya orang ekonomi pasal itu jawatan Menteri Besar Selangor harus diberi kepada orang lain.

Saya juga percaya dan yakin bahawa TSKI mengambil kesempatan dalam hal ini untuk selesaikan masalah air di Selangor. Rekod pentadbiran di Slangor menunjukkan TSKI mengutamakan kepentingan rakyat lebih daripada yang lain.

Krisis kepimpinan di Selangor juga berpunca daripada sikap ini, iaitu sikap menjaga kepentingan kewangan Selangor. Beberapa orang yang dpecatjuga diihat adalah untuk kepentingan rakyat bukan kepentingan diri TSKI.

Saya percaya TSKI lebih mengetahui pasal perjanjian itu daripada orang yang membuat ulasan kerana TSKI tak sebodoh itu membuat sesautu keputusan. Jelas dan nyata TSKI adalah seorang yang cukup smart dalam politik menyangkal pendapat kata TSKI tak bijak.

Petikan daripada TMI berkeadaan tajuk di atas.
Persetujuan persefahaman (MoU) Putrajaya-Selangor bagi pengambilalihan aset air negeri dan pembinaan loji rawatan air nampaknya ada yang tidak kena.

Pertama, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mengatakan MoU yang ditandatangani Rabu lepas sebagai perjanjian yang mengikat, walaupun Ahli Jawatankuasa PAS, Dr Dzukefly Ahmad mengatakan ia tidak begitu, bukan seperti memorandum perjanjian (MOA)


Sementara itu, terowong pemindahan air Pahang-Selangor pula dibina menggunakan pinjaman faedah rendah RM2 bilion dengan pelan pembayaran 40 tahun. – 28 Februari, 2014.




Dan apabila kelihatan seperti ada sesuatu yang tidak kena, mesti ada sesuatu tidak kena.


Para peguam juga turut serta dalam isu ini, mengatakan MoU bukanlah sebuah perjanjian yang mengikat, kerana ia bertujuan menampakkan keinginan pihak yang ingin berusaha menuju ke matlamat yang sama.


"Kebiasaannya (MoU) ditandatangani apabila dua pihak hendak bekerjasama tetapi tidak mahu perjanjian yang mengikat antara satu sama lain," peguam Syahredzan Johan memberitahu The Malaysian Insider.


"Bagaimanapun saya katakan ini sebagai seorang yang masih belum melihat kandungan MoU yang ditandatangani kerajaan negeri Selangor dan Putrajaya."


"Apa yang penting sekarang adalah kandungan dokumen tersebut, bukannya labelnya. Kita boleh sahaja memiliki dokumen perjanjian yang terikat, dan masih memanggil dokumen itu MoU," kata Syahredzan.


Peguam itu meneliti kandungan utama MoU tersebut dan mengatakan, "Saya rasa MoU yang ditandatangani Selangor dan Putrajaya ini lebih berkait kepada pengambilalihan konsesi air dan kelulusan pembinaan loji rawatan air Langat 2."


Untuk memastikan dua komponen tersebut berjaya, Syahredzan berkata perlu ada perjanjian undang-undang untuk mengambil alih konsesi air tersebut dan untuk membina loji rawatan air RM1.2 bilion di Langat, Selangor.


Adakah MoU itu akan luput jika salah satu komponen tersebut tidak berjaya? Dan adakah MoU ini punyai jangka masa untuk siap bagi setiap komponen? Hanya satu perkara yang jelas kepada rakyat, bahawa kerajaan Selangor perlu meluluskan Langat 2 sebaik tender pembinaan dikeluarkan.

Akhirnya adakah ini hanya tentang siapa yang akan bermanfaat daripada kontrak pembinaan tersebut?

Sementara ahli perniagaan boleh bergembira dengan pampasan RM9.65 bilion yang mereka perolehi daripada empat pemegang konsesi, yang lain pula dapat bergembira kerana terdapat satu lagi projek infrastruktur yang dapat memberi manfaat selepas lima tahun tawar-menawar.


Laporan media tahun lepas mengatakan ketiga syarikat ini – Salcon Bhd, MMC Corp Bhd dan Ahmad Zaki Resources Bhd (AZRB) – terpilih dalam senarai untuk membina loji rawatan air Langat 2 yang bernilai RM1.2 bilion itu.


Terowong pemindahan air Pahang-Selangor sudahpun dibina menggunakan pinjaman faedah rendah RM2 bilion daripada Japanese International Cooperation Agency (JICA) yang mempunyai pelan pembayaran 40 tahun bagi terowong yang melalui pergunungan Titiwangsa sepanjang 45km itu.

Selain itu, seluruh projek itu juga melibatkan pembinaan empangan dan rumah pam di Pahang, dan loji rawatan air di Selangor dengan jumlah keseluruhan RM7 bilion.

Sementara mereka yang tinggal di Selangor dan Kuala Lumpur akan bermanfaat daripada projek ini apabila ia siap pada tahun 2007, para pengkritik berkata loji rawatan air Langat 2 hanya boleh membekalkan kapasiti air sehingga 2025 dan kemudian kerajaan akan memerlukan lebih banyak loji dan empangan di kawasan yang paling padat dalam negara ini.


Ini juga bermakna lebih banyak lagi projek pada masa akan datang, dan lebih kos.

Melainkan Putrajaya dan Selangor juga bersetuju dan bertegas konsesi air patut ambil langkah memotong kobocoran yang mengakibatkan lebih banyak bahagian air tidak terhasil (NRW).
Memanglah ada keperluan untuk air terawat untuk memenuhi permintaan populasi yang semakin meningkat, tetapi dalam tergesa-gesa memenuhi permintaan itu, kerajaan juga patut mencari jalan memulihara air kerana lebih banyak projek hanya bermakna pembayar cukai perlu menanggung bebannya manakala syarikat pula dapat menikmati keuntungannya.

Muhyiddin juga berkata hari ini, "MoU antara kerajaan negeri dan persekutuan adalah bagi manfaat rakyat untuk mengatasi krisis air di Lembah Klang dengan pembinaan loji rawatan air Langat 2."


Ini akan mengambil masa lagi 3 tahun.


Dan kita tidak dapat lihat di mana-mana dalam MoU itu tentang bagaimana untuk menghentikan kebocoran dan NRW.


Jika ahli politik PKR dan Barisan Nasional (BN) fikir mereka sedang membantu Selangor dengan perjanjian ini, fikirkan semula.


Yang untung dalam hal ini hanyalah para kontraktor. – Malaysian Insider

Betul ke Ahmad Yakub punca perpecahan di kelantan??

Posted: 28 Feb 2014 09:14 PM PST


Jika kita memahami politik Kelantan, kita sedar bahawa perlantikan Ahmad Yakub adalah atas kehendak Tuan Guru Nik Abdul Aziz (TGNA sendiri. Semua orang tahu tetapi kenapa ada yang cuba mempertikaikannya?

TGNA tidak sebodoh yang kita jangkakan, beliau telah merancangan perlentakkan jawatannya sebelum PRU-13 lagi. Ini telah dijelas dan boleh dibaca dimana-mana tulisan dalam ini.


TGNA juga yang mencadangkan Husam Musa bertanding di Putrajaya tidak lain hanya nak Husam Musa ada tanggungjawab di Pusat melebihi daripada Negeri tapi malangnya Husam tak berjaya di Putrajaya ini mengganggu sedikit perangcangan TGNA.

Yang menjadi punca masalah di Kelantan ialah ada yan cuba mempertikaika kenapa Husam tidak ada didalam jawatan di Negeri. Yang ini sepetutnya kena tanya TGNA sendiri. Tak payah main-main kenyataan di media sosial.

Soal cara dan gaya pentadbiran Ahmad Yaakob yang sangat berbeza dengan TGNA, Itu saya percaya. Ada dulu yang boleh buat projek sekarang tak boleh di zaman Ahmad Yaakob. Sama juga dengan jawatan dalam parti dan petadbiran, dulu dapat sekarang tak. Yang ini mungkin akan menyerang di media sosial termasuk akhbar TMI yang saya akan tujukkan petikan nanti.

Soal pentadbiran lain Ahamd Yaakob sangat dipuji oleh pegawai kerajaan negeri kerana beliau turun padang. Saya tidak menyalahkan TGNA dalam perbandingan ini kerana TGNA uzur dan kimitmen parti lebih tetapi Ahmad Yaakob atas pilihan TGNA sangat tepat kerana beliau turun padang dan menyelesaiakan banyak kes termasuk hubungan dengan Pusat (yang ini juga senjata yang cuba diracun melalui tulisan MSO).

Sama juga dengan Khalid Ibrahim kenapa ketokohan pepimpinannya di pertikaikan sekarang. Dulu kita puji melangit, sekarang kita korek kesalahannya (bukan UMNO yang buat) termasuk hutang beliau.. Itu hutang sebelum dia jadi ahli PKR aktif oii. Kalau itu isu kenapa sebelum ini tak timbul?

Ahmad Yaakob adalah contoh yang sama seperti Khalid Ibrahim. Khalid cuba diburuk oleh oleh ahli parti sendiri PKR dan Ahmad Yaakob pula cuba diburuk oleh sebahagian kepimpinan dan ahli PAS.

PR akan rosak bukan kerana UMNO tapi kerana sifat buruk kita bukan membaiki kelemahan tapi cuba menjatuhkan antara kita kerana tak boleh projek dan jawatan.

Baca petikan berita TMI berkaitan isu di atas.


Ahmad Yakub sebabkan PAS Kelantan berpecah, kerajaan negeri bakal tumbang
Yakub dikatakan tidak mempunyai kredibiliti setanding Nik Aziz. - Gambar The Malaysian Insider, 1 Mac, 2014.
Yakub dikatakan tidak mempunyai kredibiliti setanding Nik Aziz. - Gambar The Malaysian Insider, 1 Mac, 2014.


Kerajaan PAS Kelantan dikatakan mempunyai masalah perpecahan, sembilan bulan selepas ikon parti itu Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat meletakkan jawatan sebagai menteri besar selepas 23 tahun berkuasa.

Penggantinya, Datuk Ahmad Yakub mula menerima kritikan daripada rakan dan lawannya ekoran kegagalan menyatukan rakyat dan penyokong PAS. Sesetengah pemimpin negeri memberi amaran bahawa Kelantan mampu mengulangi apa yang berlaku kepada Kedah sebelum ini.

Dua fraksi utama dalam PAS Kelantan adalah mereka yang bersama Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohamad Amar Nik Abdullah dan golongan menyokong bekas exco kanan, Datuk Husam Musa yang dilihat mewakili golongan progresif dalam parti.


Ekoran itu, pelbagai pihak mahu PAS Pusat campur tangan menyelesaikan perkara itu bagi menyelamatkan pentadbiran negeri.


Veteran politik Kelantan menyifatkan kerajaan yang ada masih selamat kerana Umno negeri berpecah dengan lebih teruk, memberikan kelebihan kepada PAS negeri.


Bagaimanapun mereka berkata, jika dibiarkan terlalu lama, pergaduhan dalaman ini akan menyebabkan kekuatan akar umbi PAS di Kelantan hilang.


Sebelum ini memang sudah terdapat beberapa fraksi dalam pimpinan negeri, termasuk ketika Nik Aziz memimpin namun Mursyidul Am PAS itu mempunyai aura dan sifat rendah diri yang menyebabkan beliau mendapat sokongan daripada semua kumpulan.

Nik Aziz mempunyai aura tersendiri yang mampu menyatukan semua pemimpin dan ahli PAS. - Gambar The Malaysian Insider, 1 Mac, 2014.Nik Aziz mempunyai aura tersendiri yang mampu menyatukan semua pemimpin dan ahli PAS. - Gambar The Malaysian Insider, 1 Mac, 2014.Pengganti Nik Aziz, Ahmad bagaimanapun tidak mempunyai ciri-ciri ini dan menyebabkan kumpulan yang berpecah bergaduh secara terbuka.

Ia bermula selepas kerajaan PAS negeri ditubuhkan selepas Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13). Husam digugurkan daripada senarai exco. Menurut Mohamad Amar, nama Husam ditolak oleh Istana Kelantan.

Hujah itu tidak dapat diterima oleh penyokong Husam yang kebanyakannya terdiri daripada golongan profesional muda dalam penjawat awam, syarikat berkait negeri dan sektor awam.
Tidak lama selepas itu, penyokong Husam turut kehilangan jawatan, terbaru adalah bekas Timbalan Pendaftar Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (Kias), Che Ibrahim Mohamad.

Che Ibrahim dan Husam belajar bersama-sama di Universiti Malaya. Surat pemecatan Che Ibrahim ditandatangani Mohamad Amar yang juga adalah pengerusi Kias, kata seorang pemimpin PAS Kelantan kepada The Malaysian Insider.

Ekoran itu, Che Ibrahim bersama rakan-rakannya berhimpun dan membuat tunjuk perasaan di hadapan Kias.

Sebelum ini beberapa penyokong Husam lain turut dipecat, Asrul Afendi (Pegawai IT KGT Sdn Bhd yang juga bekas pegawai akhbar Husam), Khir Zahri Abdul Ghani (Pengurus Tabung Tok Kenali) dan Fauzi Mohamad (Pengurus Besar PMBK Sawit).


Sejak dilantik menjadi exco pada 2004, Husam mempunyai pengaruh besar dalam pembuatan polisi negeri dengan sebahagian daripadanya berjaya menangkap imiginasi rakyat Kelantan, kedua-dua di dalam negeri dan golongan yang berhijrah kerana pekerjaan.


Dikatakan pengundi luar Kelantan adalah yang terbesar dan akan pulang membuang undi setiap kali pilihan raya.


Kempen menuntut kerajaan pusat agar membayar royalti minyak adalah idea Husam. Ia berjaya mendapatkan sokongan majoriti rakyat Kelantan dan pelekat "R" berwarna merah boleh dilihat di seluruh negara.


Cadangan pembinaan lebuh raya Kota Bharu–Gua Musang yang dicadangkan Husam juga menyebabkannya mendapat sokongan lebih besar.


Projek yang sedang berjalan itu dibuat hasil sumbangan orang ramai mensasarkan pembinaan lebuh raya empat jalur yang menghubungkan Kelantan dan Kuala Lumpur.


Apa yang dilakukan oleh kerajaan negeri terhadap Husam menyebabkan penyokongnya berasa kepimpinan sedia ada perlu berundur.

Tindakan Husam mengkritik kerajaan negeri secara terbuka tidak disenangi beberapa pihak. - Gambar The Malaysian Insider, 1 Mac, 2014.
Tindakan Husam mengkritik kerajaan negeri secara terbuka tidak disenangi beberapa pihak. - Gambar The Malaysian Insider, 1 Mac, 2014.Husam sudah mengkritik kerajaan negeri secara terbuka semasa sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Oktober lalu.

Bekas speaker DUN Kelantan, Datuk Wan Rahim Wan Abdullah menggesa PAS Pusat campur tangan dalam krisis di Kelantan sebelum terlambat.

Wan Rahim mengatakan, apabila Husam mengkritik kerajaan negeri Oktober lalu, lawatan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang mampu menenagkan semua pihak.


"Pentadbiran Kelantan ini dari dahulu sangat menghormati PAS Pusat berdasarkan hierarki parti. Jadi saya rasa PAS Pusat perlu berbuat sesuatu," katanya yang juga Yang Dipertua PAS Kota Baru.

Wan Rahim meminta PAS Pusat mengaktifkan kembali Jawatankuasa Pemandu yang ditubuhkan pada 2012 untuk menyelesaikan krisis kerajaan negeri Kedah.

Salah seorang bekas ahli Jawatankuasa Pemandu itu, Datuk Kamarudin Jaffar berkata Kelantan perlukan perhatian PAS Pusat sebelum menjadi lebih parah.


Seorang lagi veteran PAS Kelantan Hashim Omar mengatakan pimpinan pusat tidak boleh beranggapan sokongan rakyat Kelantan merupakan anugerah tanpa mengira kualiti kerajaan negeri.

"Kalau mereka melihat dalam Pakatan pun berpecah, macamana mereka hendak sokong?" soal beliau. – 1 Mac, 2014.

Lebih Baik Khalid Ibrahim Timbalan Presiden PKR

Posted: 28 Feb 2014 04:28 PM PST

Tan Sri Khalid Ibrahim (TSKI) semalam mengumumkan akan mencabar Azmin Ali bagi jawatan Timbalan Presiden PKR. Sekali gus menamatkan teka teki selama ini.

Ramai berpendapat TSKI tidak layak kerana dia bukan orang politik tetapi orang ekonomi. Itu juga yang yang digemburkan selama ini dalam "Kajang Move".

Untuk mendapat natijah yang baik kita tak perlu sangat orang yang terlalu berpolitik. Dalam PAS contoh yang ketera ialah Dato' Mustaffa Ali dia memang bijak berpolitik malah dia boleh 'mengheh' Anwar Ibrahim dalam mesyuarat Pakatan Rakyat, pasal itu dia masih kekal sebagai Setiausaha Agung PAS.

Mustafa Ali banyak masalah dalam PAS tapi kerana Presiden sayang dia dia akan kekal dengan masalahnya. Sama juga dengan Azmin Ali dia akan kekal dengan masalahnya kerana Anwar sayang dia. Masalah yang wujud di Selangor pun kerana Anwar sayang Azminlah!!
Lihat Cg Pas masih jadi Pengerusi Harakah semenjak Harakah ada jawatan itu lebih drp 25 tahun!!!!!
Fenomena sama akan berlaku dalam PKR jika Azmin dah jadi 'tunggul yang tak boleh diubah'.

Saya baca tulisan W. Fauzdin NS pasal pemilihan ini, saya berbeza dengan beliau pasal saya rasa sebenarnya TSKI adalah orang politik yang bijak dan jujur... sifat ini tidak ada pada Azmin.

Demi kebaikan PKR, sebelum PKR terkubur (maaf mungkin kasar tetapi itu hakikatnya) PKR perlu ada kepimpinan yang telus dan jujur dalam politik. Ini juga menjamin kerjasama baik dalam Pakatan Rakyat terutama dengan PAS. Sejarah menunjukkan PAS boleh malah terlalu bertolak ansur dalam mana-mana kerjasama tetapi PAS juga menjukkan sikap tegas dalam hal-hal yang merosakkan kerjasama.

Tulisan W. Fauzdin NS di rujuk untuk artikel ini.

TIMB PRESIDEN PKR - AZMIN VS KHALID, AKU HARAP ADA TOKOH KE TIGA
TEKA-TEKI kini hampir terjawab iaitu Azmin tetap akan dicabar di dalam pemilihan PKR nanti.  TS Khalid telah menyatakan kesediaannya untuk menentang Azmin sebagai Timbalan Presiden PKR.  Ramai yang bertanya aku siapakah yang aku akan sokong di antara kedua mereka.

Jawapan aku, tidak cukup hanya menamakan TS Khalid untuk mencabar Azmin.  Aku suka TS Khalid sebagai MB Selangor di dalam bab pengurusan dan pentadbiran seperti korporat tetapi menolaknya sebagai orang politik.  Ertikata lain, TS Khalid hanya aku yakini sebagai pengurus ekonomi.  Menjadi MB tidak cukup hanya sekadar pakar ekonomi tetapi mesti cekap berpolitik iaitu membaca langkah politik pihak lawan samada di dalam mahu pun di luar. 

Justeru itu, aku masih mengharapkan orang ketiga iaitu orang politik yang bijak untuk merampas kedudukan Azmin.  Memang Azmin orang politik, tetapi Azmin terlebih 'politing' maka itu pun tidak baik untuk parti.  Memilih Timbalan Presiden mesti lah orang politik yang tidak terlebih berpolitiking.  Azmin belum ada di dalam senarai yang aku akan pilih, tetapi jika tiada lain calon orang politik yang tampil untuk menentangnya, maka Azmin lah satu-satunya orang politik yang ada di jawatan itu.

Baik atau buruknya Azmin, itulah tokoh politik yang PKR ada di kedudukan nombor dua.  Khalid tidak sesuai ke jawatan itu walaupun berbekalkan ketelusan dan ilmu korporatnya.  Mentadbir parti tidak boleh seperti mentadbir syarikat. 

Sehingga kini aku harapkan ada 'kuasa ajaib' yang akan menurunkan seorang tokoh politik yang setia kepada parti dan bijak menguruskan parti serta tahu membaca tipu muslihat Umno, tidak seperti TS Khalid.  Jika tiada, berat juga rasa hati aku untuk menyokong Azmin tetapi terpaksa juga aku pilih dia. 


Tiada ulasan: