Sabtu, 1 Mac 2014

Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Kalaulah fitnah ini disebar Blogger PR.. dah tentu kena tangkap..

Posted: 01 Mar 2014 07:50 AM PST


Seorang aktivis hak wanita terkejut apabila mengetahui bahawa gambarnya dan beberapa orang lain yang menghadiri satu majlis kerajaan, telah tersebar di ruang siber sebagai 'bukti' orang Islam di negara ini menjadi Kristian.

Gambar tersebut yang tersebar di dalam blog sejak 2012 menunjukkan dia berada di kalangan satu kumpulan duduk di bangku kayu, kebanyakannya wanita yang memakai tudung.

Dalam satu kenyataan menafikan dakwaan di blog tersebut, pegawai Pertubuhan Pertolongan Wanita (WAO), Yu Ren Chung berkata gambar itu sebenarnya dirakamkan di dewan utama Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam (ISTAC) di Bukit Tunku, Kuala Lumpur, dan bukan di sebuah gereja seperti yang didakwa oleh blog itu. 

Katanya, majlis itu dianjurkan oleh Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) pada 29 Februari 2012 untuk membincangkan Dasar Keluarga Negara, dan dihadiri terutamanya oleh kakitangan awam dan juga sebilangan kecil wakil-wakil NGO.

Bagaimanapun, blog di Malaysia dan Indonesia itu telah menggunakan gambar tersebut dengan mendakwa ia menunjukkan orang Islam baru sahaja dibaptiskan, dengan sesetengahnya menyalahkan DAP dan PAS berhubung isu itu.

"Saya terkejut apabila membaca dakwaan dalam blog itu - ISTAC jadi gereja!" ~ Malaysiakini

Ni gambar Dewan utama Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam (ISTAC) di Bukit Tunku tu..


Aku tertarik dengan komen-komen dalam blog tu...  majoriti tak berjaya diperbodohkannya nampaknya..

Kerajaan negeri PAS Kelantan dalam bahaya?

Posted: 01 Mar 2014 12:00 AM PST


Kerajaan PAS Kelantan dikatakan mempunyai masalah perpecahan, sembilan bulan selepas ikon parti itu Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat meletakkan jawatan sebagai menteri besar selepas 23 tahun berkuasa.

Penggantinya, Datuk Ahmad Yakub mula menerima kritikan daripada rakan dan lawannya ekoran kegagalan menyatukan rakyat dan penyokong PAS. Sesetengah pemimpin negeri memberi amaran bahawa Kelantan mampu mengulangi apa yang berlaku kepada Kedah sebelum ini.

Dua fraksi utama dalam PAS Kelantan adalah mereka yang bersama Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohamad Amar Nik Abdullah dan golongan menyokong bekas exco kanan, Datuk Husam Musa yang dilihat mewakili golongan progresif dalam parti.

Ekoran itu, pelbagai pihak mahu PAS Pusat campur tangan menyelesaikan perkara itu bagi menyelamatkan pentadbiran negeri.

Veteran politik Kelantan menyifatkan kerajaan yang ada masih selamat kerana Umno negeri berpecah dengan lebih teruk, memberikan kelebihan kepada PAS negeri.

Bagaimanapun mereka berkata, jika dibiarkan terlalu lama, pergaduhan dalaman ini akan menyebabkan kekuatan akar umbi PAS di Kelantan hilang.

Sebelum ini memang sudah terdapat beberapa fraksi dalam pimpinan negeri, termasuk ketika Nik Aziz memimpin namun Mursyidul Am PAS itu mempunyai aura dan sifat rendah diri yang menyebabkan beliau mendapat sokongan daripada semua kumpulan.

Nik Aziz mempunyai aura tersendiri yang mampu menyatukan semua pemimpin dan ahli PAS.

Pengganti Nik Aziz, Ahmad bagaimanapun tidak mempunyai ciri-ciri ini dan menyebabkan kumpulan yang berpecah bergaduh secara terbuka.

Ia bermula selepas kerajaan PAS negeri ditubuhkan selepas Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13). Husam digugurkan daripada senarai exco. Menurut Mohamad Amar, nama Husam ditolak oleh Istana Kelantan.

Hujah itu tidak dapat diterima oleh penyokong Husam yang kebanyakannya terdiri daripada golongan profesional muda dalam penjawat awam, syarikat berkait negeri dan sektor awam.

Tidak lama selepas itu, penyokong Husam turut kehilangan jawatan, terbaru adalah bekas Timbalan Pendaftar Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (Kias), Che Ibrahim Mohamad.

Che Ibrahim dan Husam belajar bersama-sama di Universiti Malaya. Surat pemecatan Che Ibrahim ditandatangani Mohamad Amar yang juga adalah pengerusi Kias, kata seorang pemimpin PAS Kelantan kepada The Malaysian Insider.

Ekoran itu, Che Ibrahim bersama rakan-rakannya berhimpun dan membuat tunjuk perasaan di hadapan Kias.

Sebelum ini beberapa penyokong Husam lain turut dipecat, Asrul Afendi (Pegawai IT KGT Sdn Bhd yang juga bekas pegawai akhbar Husam), Khir Zahri Abdul Ghani (Pengurus Tabung Tok Kenali) dan Fauzi Mohamad (Pengurus Besar PMBK Sawit).

Sejak dilantik menjadi exco pada 2004, Husam mempunyai pengaruh besar dalam pembuatan polisi negeri dengan sebahagian daripadanya berjaya menangkap imiginasi rakyat Kelantan, kedua-dua di dalam negeri dan golongan yang berhijrah kerana pekerjaan.

Dikatakan pengundi luar Kelantan adalah yang terbesar dan akan pulang membuang undi setiap kali pilihan raya.

Kempen menuntut kerajaan pusat agar membayar royalti minyak adalah idea Husam. Ia berjaya mendapatkan sokongan majoriti rakyat Kelantan dan pelekat "R" berwarna merah boleh dilihat di seluruh negara.

Cadangan pembinaan lebuh raya Kota Bharu–Gua Musang yang dicadangkan Husam juga menyebabkannya mendapat sokongan lebih besar.

Projek yang sedang berjalan itu dibuat hasil sumbangan orang ramai mensasarkan pembinaan lebuh raya empat jalur yang menghubungkan Kelantan dan Kuala Lumpur.

Apa yang dilakukan oleh kerajaan negeri terhadap Husam menyebabkan penyokongnya berasa kepimpinan sedia ada perlu berundur.

Husam sudah mengkritik kerajaan negeri secara terbuka semasa sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Oktober lalu.

Bekas speaker DUN Kelantan, Datuk Wan Rahim Wan Abdullah menggesa PAS Pusat campur tangan dalam krisis di Kelantan sebelum terlambat.

Wan Rahim mengatakan, apabila Husam mengkritik kerajaan negeri Oktober lalu, lawatan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang mampu menenagkan semua pihak.

"Pentadbiran Kelantan ini dari dahulu sangat menghormati PAS Pusat berdasarkan hierarki parti. Jadi saya rasa PAS Pusat perlu berbuat sesuatu," katanya yang juga Yang Dipertua PAS Kota Baru. Wan Rahim meminta PAS Pusat mengaktifkan kembali Jawatankuasa Pemandu yang ditubuhkan pada 2012 untuk menyelesaikan krisis kerajaan negeri Kedah.

Salah seorang bekas ahli Jawatankuasa Pemandu itu, Datuk Kamarudin Jaffar berkata Kelantan perlukan perhatian PAS Pusat sebelum menjadi lebih parah.

Seorang lagi veteran PAS Kelantan Hashim Omar mengatakan pimpinan pusat tidak boleh beranggapan sokongan rakyat Kelantan merupakan anugerah tanpa mengira kualiti kerajaan negeri.

"Kalau mereka melihat dalam Pakatan pun berpecah, macamana mereka hendak sokong?" soal beliau.

Negara kaya raya tapi rakyat dapat RM650 saja? soal Ustaz Azhar Idrus

Posted: 28 Feb 2014 08:15 PM PST


Cari pasasl dah Ustaz ni.. lepas ni tentu riuh rendah dia diserang oleh macai-macai yang sudah senang hidupnya sesudah menerima BR1M..

Bagaimanapun memang benar apa yang dipersoalkannya ini..

Pelbagai jenis cukai dikutip kerajaan seperti cukai jalan, cukai kereta, berjuta rakyat bayar dan negara kaya raya tapi rakyat dapat RM650 saja?

Tapi macai peduli apa semua itu.. apa yang penting bagi mereka ialah pertahankan apa saja yang Najib laksanakan hatta mereka terpaksa makan kangkug saja untuk meneruskan hiduppun tak mengapa, asal Najib dan kroninya bahagia..

Pemberian Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) oleh kerajaan kepada rakyat di negara ini tidak setimpal jika dibandingkan dengan jumlah yang selayaknya mereka peroleh, dakwa penceramah bebas, Ustaz Azhar Idrus.

Menurutnya, ia adalah hak rakyat yang perlu dipulangkan sebagaimana pembayaran melalui cukai-cukai yang dikenakan sebelum ini.

"Kita lantik kerajaan hari ini kerana Malaysia ada harta, malah wakil yang dipanggil kerajaan perlu menguruskannya, tidak mengira negeri mana sekalipun, harta kekayaan Malaysia mesti dapat sama rata, ia jadi kewajipan bagi kerajaan untuk memberi keselesaan kepada rakyat Malaysia, bukan hanya beri BR1M semata-mata," katanya.

"Kita (rakyat) dikenakan pelbagai jenis bayaran seperti cukai jalan, cukai kereta, beribu-ribu rakyat bayar, tapi kerajaan bagi balik kira-kira RM600 sahaja, betul ke cara macam itu?," katanya ketika berceramah di kuliah mingguan Medan Ilmu di sini semalam.

Beliau mengulas kenyataan tersebut bagi menjawab pertanyaan yang diajukan orang ramai yang turut dihadiri Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob yang mengendalikan kuliah sesi pertama semalam.

Ketika berceramah, beliau turut memberitahu, golongan manusia yang menolak peraturan ALLAH serta menyifatkan hukum hudud adalah tidak layak dan tidak sesuai juga didakwa sebagai tidak mensyukuri nikmat pemberian ALLAH ke atas dunia ini.

"Sesiapa yang tidak mahu ikut peraturan ALLAH, kata hukum hudud tidak layak, tidak sesuai dan ketinggalan zaman, hadis-hadis ini penipu, tidak berterima kasih kepada ALLAH, dia lebih baik jangan hidup di bumi ALLAH.

"Melainkan kita diberitahu sama ada perkara tersebut (hudud) memang akan dilaksanakan mengikut tempoh yang ditentukan bagi menyediakan pakar-pakar dan sebagainya supaya dapat dilaksanakan dengan sempurna, kalau macam itu tidak apa, kalau hina hukum Allah, ia bermakna menghina hukum agama Islam," katanya.

Dalam pada itu, beliau turut diajukan soalan mengenai golongan anti hadis yang kini menjadi bahan bualan masyarakat. Beliau berpendapat, pihak yang berkaitan perlu mengambil serius perkara tersebut memandangkan ia melibatkan kedaulatan raja-raja sebagai lambang suci agama Islam.

"Asalnya teguran, tazkirah dan nasihat, tapi sudah berpuluh tahun sejak zaman 1980an dulu. Apa yang patut kita buat sekarang ini ialah hukuman, saya harap pihak yang bertanggungjawab mengambil tindakan tegas kerana perbuatan mereka secara tidak langsungnya menghina raja-raja seluruh Malaysia kerana raja-raja di Malaysia ini merupakan lambang negara Islam," katanya.~ Sinar Harian 

Itu apa yang dipertikaikan Ustaz Azhar Idrus... tapi bagi aku BR1M ini adalah lambang kegagalan UMNO/BN dalam mentadbir ekonomi negara.

Kerana negara ini sudah merdeka lebih dari 55 tahun, punya berbagai hasil khazanah bumi dari bijih timah hingga ke minyak, punya berbagai hasil pertanian yang penting buat dunia..

Tapi kerana mereka hanya pentingkan kroni mereka dalam pengagihan kekayaan negara ini, rakyat terus dihimpit kemiskinan..

Singapura yang tiada hasil bumi, tiada sebarang hasil pertanian jauh lebih maju dari negara kita... 

Sayangnya mereka itu kekal ditampuk kuasa kerana masih ada rakyat yang buta matanya...

Tiada ulasan: