Ahad, 23 Mac 2014

RAKYAT MARHAEN

RAKYAT MARHAEN


LANGKAH KAJANG: SEMACAM ADA PERSAMAAN ANTARA KISAH DR.WAN AZIZAH DENGAN CORAZON AQUINO DARI FILIPINA

Posted: 23 Mar 2014 08:58 PM PDT

Keputusan 'pungutan suara' di Kajang memberikan isyarat jelas kepada kerajaan BN bahawa rakyat jelas menolak sebarang bentuk penyelewengan dan pengamalan rasuah dan kronisme yang dilakukan oleh setengah pemimpin kerajaan. Ringkasnya mereka menolak parti Barisan Nasional. Walaupun pungutan suara itu berlaku di Kajang, namun ditinjau dari segi representatif penduduk telah memberikan gambaran sebagai keseluruhan penduduk Malaysia yang mempunyai 48% Melayu, 41% Cina dan 10% India.
Kini DS Dr. Wan Azizah telah 'tercampak' semula ke kancah politik tanah air. Mahu tidak mahu beliau terpaksa bergelumang semula secara aktif dengan rakyat Kajang khususnya dan mungkin terlibat secara langsung dengan masyarakat lebih besar ia itu masyarakat Malaysia. Jikalau aku tidak silap, YB Lim Kit Siang telah menyebut dan 'meramalkan' yang Dr. Wan Azizah berkemungkinan menjadi Perdama Menteri wanita pertama. Dan disanggah oleh YB DS Zahid Hamidi yang merasakan bahawa YB Lim Kit Siang sedang bermimpi di siang hari. Maknanya bagi DS Zahid yang perkara yang disebut oleh YB Lim Kit Siang itu tidak akan berlaku. Hanya sebagai bermimpi di siang hari!!..
Ini pandangan masing-masing. Yang penting kuasa Allah akan menentukan segala-galanya. Ada dua faktor yang menyebabkan aku terdorong untuk menyentuh  isu ini.
·      Kenyataan ini terkeluar dari mulut YB Lim Kit Siang.
·      Liku-liku kehidupan yang dilalui oleh YB Dr. Wan Azizah adalah lebih kurang sama dengan liku-liku hidup yang dilalui oleh Corazón "Cory" Aquino, Presiden wanita pertama bagi Filipina.
Aku berada di majlis pelancaran Reformasi 2 yang diadakan di Stadium Kajang pada malam 22 Mac 2014 dan aku lihat dan dengar YB Lim Kit Siang menyatakan 'ramalan' itu. Sebelum ini belum pernah lagi aku dengar kenyataan yang sedemikian oleh seorang yang setaraf dengan YB Lim Kit Siang. Pernah juga aku dengar 'usikan-usikan' yang meramalkan bahawa YB Nurul Izzah akan menjadi Perdama Menteri wanita Malaysia yang pertama. Kenyataan itu banyak kali aku dengar.
Kenyataan yang DS Dr Wan Azizah berkemungkinan menjadi Perdana Menteri Wanita pertama baru pertama kali aku dengar. Dari mulut YB Lim Kit Siang. Bagi aku tidak mudah seorang pemimpin yang berkeliber seperti YB Lim untuk 'saja-saja' mengeluarkan kenyataan sedemikian. Beliau adalah merupakan ahli politik 'veteran' yang sudah lama bergelumang dan 'bersepak-terajang' dalam perjuangan politik tanah air. Tentulah ada 'kebenaran' tentang apa yang 'dilihatnya'. Ini bukan 'cakap kosong' setelah difikirkan secara serious. Dan pastinya ramai juga rakyat di Malaysia mula memikirkan tentang kenyataan YB Lim Kit Siang itu.
Read More / Baca Lagi >>

Langkah Kajang: Penambahan Undi Melayu Buat Umno Tertekan - Rafizi

Posted: 23 Mar 2014 08:31 PM PDT


Wan Azizah: PRK Kajang bukti pengundi Melayu kembali sokong PR

Posted: 23 Mar 2014 08:28 PM PDT

Kajang2KAJANG, 24 MAC: Keputusan Pilihan Raya Kecil (PRK) Kajang jelas membuktikan pengundi Melayu termasuk anak muda kaum itu kembali memberi sokongan kepada Pakatan Rakyat (PR).
Hal itu berikutan PR yang diwakili calonnya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) menang hampir semua kawasan yang dikuasai Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum ke-13 lalu.
Wan Azizah berkata, kejayaan manis itu dicapai berikutan kerja keras jentera parti dan meningkatnya kesedaran rakyat terhadap isu semasa yang melanda negara.
"Alhamdullilah, kemenangan ini memberi momentum kepada PR untuk ke Putrajaya, khususnya pengundi Melayu termasuk golongan mudanya yang memberikan undi mereka," katanya sejurus diumumkan pemenang dalam PRK kali ini.
Antara kawasan majoriti Melayu yang ditembusi PR, termasuk dua kubu kuat BN membabitkan peti undi Sungai Sekamat dan Taman Delima.
Manakala, peti undi kawasan lain yang turut dikuasai pengundi Melayu juga menunjukkan sama ada berjaya dimenangi PKR atau sekurang-kurangnya berjaya mengecilkan majoriti BN.
Bagi pengundi saluran lima, enam dan tujuh iaitu saluran bagi golongan muda turut menunjukkan peningkatan yang memberangsangkan.
Read More / Baca Lagi >>

Kekeliruan ahli politik dan persaingan sukarkan carian MH370, kata bekas setiausaha Najib

Posted: 23 Mar 2014 08:18 PM PDT


 Anggota media menyelaraskan mikrofon sebelum sidang media bermula di Hotel Sama Sama, 22 Mac, 2014. Artikel oleh Oh Ei Sun menggambarkan suasana politik Malaysia seperti punca kekeliruan yang berlaku antara jabatan dan pihak berkuasa Malaysia yang mengendalikan pencarian pesawat MH370 yang hilang. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abdul Halim, 24 Mac, 2014. 
 Anggota media menyelaraskan mikrofon sebelum sidang media bermula di Hotel Sama Sama, 22 Mac, 2014. Artikel oleh Oh Ei Sun menggambarkan suasana politik Malaysia seperti punca kekeliruan yang berlaku antara jabatan dan pihak berkuasa Malaysia yang mengendalikan pencarian pesawat MH370 yang hilang. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abdul Halim, 24 Mac, 2014.
Dengan setiap langkah Malaysia diperhati dunia dalam pencarian pesawat Malaysian Airlines MH370 yang hilang, pihak berkuasa sepatutnya dari awal lagi merangka suatu mekanisme tindak balas kecemasan utama yang komprehensif, kata sebuah artikel yang disiarkan dalam China's Global Times.
Artikel tersebut ditulis oleh Oh Ei Sun, seorang zamalah kanan dari S Rajaratnam School of International Studies, Universiti Teknologi Nanyang Singapura, yang berkata kenyataan bercanggah yang diberikan beberapa pegawai tertinggi Malaysia daripada menteri pengangkutan ke tentera negara, hanya mengakibatkan kekeliruan dan kesedihan.
Oh yang juga bekas setiausaha politik Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata "Persepsi negatif tentang cara Malaysia mengendali krisis ini mungkin disebabkan dua ciri suasana politik Malaysia yang asing bagi warga China," dalam artikelnya yang bertajuk "Malaysia's political rivalries bedevil search for lost MH370 flight" atau "Persaingan politik Malaysia membayangi pencarian pesawat MH370 yang hilang."
Pertamanya, kata Oh, sistem perkhidmatan awam Malaysia membezakan antara penjawat awam yang merupakan karier profesional dan anggota pentadbiran, yang merupakan ahli politik.
Penjawat awam tidak boleh menjadi pemimpin politik jabatan mereka, katanya, dan menambah bahawa anggota pentadbiran adalah para menteri, timbalan menteri dan setiausaha politik.
Bagaimanapun, semuanya berkhidmat kepada perdana menteri, yang akhirnya menjawab kepada Parlimen yang dipilih secara demokratik, kata Oh.
Read More / Baca Lagi >>

MH370: Ibu kandung mohon henti sebarang dakwaan

Posted: 23 Mar 2014 08:14 PM PDT

A look at how the U.S. Navy is searching for Flight 370

Posted: 23 Mar 2014 08:13 PM PDT

Wan Azizah 'Alhamdulillah, I feel victory'

Posted: 23 Mar 2014 08:12 PM PDT


MH370: Jangan hidang arak, tutup aurat pramugari, kata Ridhuan Tee...kalau pemimpin Umno@BN tak nak sokong..????

Posted: 23 Mar 2014 08:06 PM PDT


Pensyarah kontroversi Dr Ridhuan Tee Abdullah (gambar) menggariskan tujuh langkah yang boleh diambil iktibar selepas kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 dengan 239 penumpang dan anak kapal pada 8 Mac lalu.
Pendakwah bebas itu berkata antara perkara yang perlu diberi perhatian adalah tidak menghidangkan makanan dan minuman haram untuk dihidangkan kepada penumpang di dalam pesawat.

"Elakkan menjamu makanan dan perkara haram dalam pesawat. Mereka yang meminta arak itu, adalah di kalangan mereka yang biasa meminum arak. Cuba alihkan mereka dengan makan tempatan yang lebih berkhasiat seperti cendol dan sebagainya," katanya menerusi kolumnya yang diterbitkan Sinar Harian hari ini.
Usaha mencari pesawat MAS MH370 yang hari ini memasuki hari ke-17 dilaporkan hilang selepas gagal dikesan menara kawalan setelah sejam berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
Juruterbang pesawat Kapten Zaharie Ahmad Shah dan pembantu juruterbang Fariq Abdul Hamid merupakan antara 239 penumpang dan anak kapal yang berada di dalam pesawat sewaktu dalam perjalanan menuju ke Beijing.
Selain memastikan arak tidak dihidangkan, Ridhuan mengingatkan agar pramugari pesawat diberi kebenaran untuk menutup aurat dan membiasakan anak kapal mengingati Allah di dalam pesawat.
Katanya, jangan terlalu mengamalkan budaya barat di dalam pesawat kerana syarikat penerbangan negara lain terlalu mementingkan tradisi mereka.
"Tutuplah aurat pramugari jika mereka berkehendakkan. Lagipun untuk mengelakkan rambut jatuh ke dalam makanan. Tidak salah jika pramugari menutup aurat (Islam) dan pakaian bersopan untuk bukan Islam. Amat menjengkelkan apabila pakaian pramugari singkat dan jarang.
"Kita hendaklah jangan terlalu kebaratan ketika dalam pesawat. Amalkan budaya negara. Utamakan bahasa Melayu. Ucapkan salam mengikut cara kita. Belajarlah dengan anak kapal pesawat Thai, Brunei dan sebagainya. Mereka sentiasa mengutamakan jati diri negara," katanya.
Read More / Baca Lagi >>

PRK Kajang, satu pengakhiran langkah?

Posted: 23 Mar 2014 08:04 PM PDT


Adakah Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kajang Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail akan menjadi Menteri Besar Selangor sekarang?
Calon Parti Keadilan Rakyat, Dr Wan Azizah Wan Ismail berjalan keluar selepas melawat stesen mengundi di Kajang, luar Kuala Lumpur semalam. – Gambar The Malaysian Insider oleh Najjua Zulkefli, 24 Mac, 2014. Soalan itu sepertinya satu tamparan kepada apa yang berlaku malam tadi selepas Dr Wan Azizah diisytiharkan memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Kajang.
Soalan itu menjadi semakin relevan dan sering ditanya media kepada pemimpin PKR kerana itulah tujuan asal PRK itu diadakan.
Menunggu jawapan rasmi parti, tiada yang dapat menjawabnya pada saat ini meskipun spekulasi mendakwa Dr Wan Azizah akan menggantikan tempat Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Pengkritik di luar Pakatan Rakyat (PR) mendakwa kekaburan mengenai apa yang akan berlaku memperlihatkan masalah kepimpinan PR di negeri Selangor.
Sementara yang lain mendakwa, ia strategi yang betul bagi menghadapi ketidaktentuan sistem demokrasi di Malaysia.

Ke Mana Politik Kita Selepas PRK Dun Kajang ?

Posted: 23 Mar 2014 08:03 PM PDT

Oleh Pro Dr Mohammad Agus Yusoff
Dalam PRU-13 pada 5 Mei 2013 yang diadakan secara enam penjuru, PKR telah memenangi DUN Kajang dengan majoriti 6,824 undi. Dalam PRK yang diadakan pada 23 Mac 2014 secara dua penjuru, PKR memenangi DUN tersebut dengan 5,379 undi.
Banyak yang boleh dikupas dengan faktor kemenangan calon PKR ini. Banyak juga yang boleh dianalisis dari pola pengundian mengikut kaum dan pola pengundian anak muda dalam PRK ini. Tetapi tulisan ini tidak berniat mengulasnya. Tulisan ini mahu melihat ke depan. Ke mana politik Malaysia selepas ini?
Satu yang saya lihat dalam kempen PRK ini ialah kempen pengundian yang penuh dengan isu perkauman. Mengapa perlu lagi kita menggunakan pendekatan perkauman dalam kempen kita? Kempen sebegini tidak akan membawa kita ke mana kerana suka atau tidak suka, kita perlu menerima hakikat negara kita adalah negara majmuk, Maka, kempen yang menimbulkan kebencian antara kaum perlulah dielakkan sama sekali.
Yang lebih penting juga ialah kempen benci membenci antara parti yang luar biasa. Dalam tinjauan saya ke tempat membuang undi tadi pagi, sedih saya melihat tahap politik orang kita. Di pihak PKR, penyokongnya membuat gurauan tentang kangkung, bomoh, Altantuya dan seumpamanya.
Di pihak BN pun sama. Perayu undinya menunjukkan punggung, melaungkan seks liwat dan menunjukkan seluar dalam besar yang digantung di galah. Aduhai!
Begitu rendahnya tahap perayu undi kita. Mengapa sampai begitu? Tidak tahukah mereka bahawa Kajang ini adalah kawasan jelapang ilmu yang pengundinya adalah golongan celik huruf yang benci kepada provokasi murahan begitu? Saya tidak mengerti siapa yang mengatur strategi sebegini, betul-betul kebudakan. Betul-betul menimbulkan ketegangan, biarpun ada kemeriahan melihat gelagat mereka.
Mujurnya tidak ada isu-isu MH370 yang berlebihan digunakan oleh kedua-dua parti. Mujurnya semua parti mengekang diri masing-masing dari mempolitikkan tragedi pesawat hilang ini. Jika tidak, banyak lagi kacaunya.
Dengan cara berpolitik yang ditunjukkan oleh kedua-dua parti hari ini, satu yang rasakan ialah konflik kepartian kita parah. Konflik ini bukan bersifat ideologikal, tetapi lebih kepada kebencian dan dendam. PR benci kepada BN kerana merasakan ada ketidakadilan dan penyelewengan yang perlu ditentang. BN pula benci kepada PR kerana merasakan DSAI adalah punca kepada berlakunya konflik ini. Selain itu, BN juga benci kepada DAP kerana bimbang kepada sikap DAP yang chauvanis dan boleh menggugat Kontrak Sosial yang telah diikat sebelum ini. Maka, perbezaan ini menimbulkan kebencian.
Read More / Baca Lagi >>

Langkah Kajang: PKR Tawan Dua Kubu Kuat UMNO, Anak Muda Bersama Pakatan.

Posted: 23 Mar 2014 07:07 PM PDT

PKR berjaya menang atau mengurangkan majoriti empat kawasan kubu kuat Umno sebelum ini.

Menurut PKR merampas daerah mengundi Sg Sekamat dengan 45 undi (sebelum ini tewas dengan 239 undi) dan juga daerah mengundi Taman Delima dengan 3 undi (sebelum ini tewas dengan 123 undi).

"Di Sg Kantan dulu kita kalah 420 undi tetapi sekarang berkurang kepada 225 manakala di Daerah Mengundi Batu 10 Cheras (157) sekarang berkurang kepada 151," kata beliau.

Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menyifatkan kejayaannya mengekalkan kerusi DUN Kajang sebagai bukti keberkesanan strategi 'Langkah Kajang'.

Menurutnya, kemenangannya hari ini "lebih manis" kerana majoriti kemenangan disumbangkan oleh pengundi dari muda daripada saluran 5, 6 dan 7.

"Sudah tentu ia (Langkah Kajang) berkesan kerana kita lihat pengundi muda telah memberikan kita keyakinan yang menjadikan Langkah Kajang berjaya" kata Wan Azizah pada sidang media di pusat pengiraan undi, malam tadi.


Langkah Kajang: Wan Azizah angkat sumpah Adun, 7 April depan

Posted: 23 Mar 2014 07:00 PM PDT

KAJANG - Calon PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang memenangi PRK N25 Kajang akan mengangkat sumpah sebagai Adun Kajang baharu pada 7 April depan.

Speaker Dun Selangor, Hannah Yeoh berkata dengan pelantikan Wan Azizah itu, jumlah Adun dalam kalangan wanita juga turut meningkat kepada 15 orang.

"Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang diumumkan menang hari ini akan mengangkat sumpah sebagai Adun Kajang baharu pada 7 April depan.

"Hal ini sekaligus akan menambah jumlah Adun Wanita di Selangor menjadi 15 orang," katanya pada sidang media selepas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan keputusan PRK N25 Kajang di Stadium MPKJ, di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas lanjut keputusan pilihan raya itu yang dimenangi oleh isteri ketua pembangkang pada proses pengundian yang tamat pada jam 5 petang tadi.

Wan Azizah mengalahkan lawannya, Datin Paduka Chew Mei Fun apabila meraihkan majoriti 5,379 undi.

Langkah Kajang: PR berjaya kembalikan sokongan Melayu

Posted: 23 Mar 2014 06:58 PM PDT

KAJANG: Pilihan raya kecil (PRK) Dun Kajang semalam menyaksikan perkembangan baik buat Pakatan Rakyat apabila dua peti undi majoriti orang Melayu berjaya dimenangi.

Ketua Pengarah Pilihan Raya PAS, Dr Mohd Hatta Ramli berkata, kemenangan dua peti undi di Sungai Sekamat dan Kantan Permai menggambarkan Pakatan Rakyat berjaya mengembalikan sokongan daripada pengundi Melayu.

"Ini satu berita yang menggembirakan, satu perubahan yang luar biasa," katanya.

Bagaimanapun katanya, Pakatan Rakyat perlu melihat kembali terhadap penurunan undi kaum Cina kepada mereka dalam PRK ini.

Katanya, yang tidak menolak pengundi di kawasan Cina agak menurun khususnya di saluran anak muda berkemungkinan mereka tidak ada di dalam kawasan.

"Mungkin mereka merasakan tidak penting untuk kembali. Dan kita perlu lihat kedudukan sebenar perkara ini," katanya ketika ditemui di Pusat Penjumlahan Undi di Stadium Bangi malam tadi.

Mengulas berhubung dakwaan mengatakan PAS memboikot PRK Kajang, Hatta menafikan bahkan menjelaskan jentera PAS mula bergerak sejak awal lagi sebaik sahaja penamaan diumumkan.

Malahan katanya, PAS diberikan peranan besar di beberapa peti undi khususnya di kawasan Melayu.

"Tiada boikot sama sekali, malah kita buat yang terbaik," katanya yang juga Ahli Parlimen Kuala Krai.
Read More / Baca Lagi >>

Langkah Kajang: Perkara tersirat di PRK Kajang

Posted: 23 Mar 2014 06:57 PM PDT


Kebiasaannya sejurus selesai pilihan raya kecil (PRK), pakar pemutar parti akan cuba berhujah mengenai kemenangan dan kekalahan mereka demi keuntungan politik.
Di PRK Kajang, tiada bezanya, meskipun diselubungi insiden kehilangan MH370.
Sebenarnya, sekain misteri kehilangan MH370, tiada apa yang berlaku di luar jangkaan di PRK Kajang.

Kekalahan BN sudah pun dijangka dari awal sejak perletakan jawatan Lee Chin Cheh Januari lepas.
Kemenangan PKR sudah diramal apabila Anwar Ibrahim diumum sebagai calon. Perkara itu tidak berubah apabila isteri beliau Dr Wan Azizah Wan Ismail terpaksa menggantikannya kerana beliau dihukum 5 tahun penjara.
Mari kita lihat apa yang tersirat di sebalik PRK Kajang:
Lebih ramai pengundi Pakatan Rakyat tidak balik mengundi
PKR: 16,741
BN/MCA: 11,362
Majoriti: 5379 (2013: 6824, kurang 1445)
Peratus mengundi: 72.1% (2013: 88.1%, kurang 16%)
Peratus undi PKR: 59.43% (2013: 57.99%, tambah 1.44%) (2013: 19,571, kurang 2,830 undi)
Peratus undi BN: 40.43% (2013: 37.77%, tambah 2.66%) (2013: 12747, kurang 1,385 undi).
Perkara ini mudah difahami, kerana PRK yang disengajakan ini hilang makna yang penting selepas Anwar tidak dapat bertanding. Kerana itu, untuk melabur dalam perjalanan pulang ke kampung untuk mengundi, dan pulang ke tempat bekerja sejurus itu untuk PRK ini, sudah tentu tidak berbaloi.
Pakatan Rakyat juga perlu mengambil berat sudut impak penyokong yang protes terhadap Langkah Kajang dan dengan sengaja tidak keluar mengundi.
MCA secara diam guna isu tempatan melawan isu nasional yang dibawa PKR
PKR mengambil langkah memainkan isu nasional ketika berkempen di Kajang. Dengan "Langkah Kajang" yang terkubur kerana hukuman yang dijatuhkan kepada Anwar, PRK ini digunakan sebaliknya untuk mencari 'keadilan' bagi Anwar melalui isterinya Wan Azizah.
Langkah ini adalah langkah yang bijak bagi PKR, kerana golongan muda lebih mengikuti isu nasional yang berlegar di internet daripada isu tempatan yang berkeliaran di warung kopi di Kajang.
Namun, kehilangan MH370 mencairkan sentimen terhadap isu penjara Anwar.
MCA pula sedar mereka tidak boleh bertarung pada isu nasional. Isu nasional yang berlaku adalah di luar kawalan mereka.
Oleh itu, MCA menjual isu-isu tempatan dan bermain dengan sentimen orang Cina terhadap Kajang sebagai satu-satu kawasan DUN yang dipegang oleh orang Cina di bawah parlimen Hulu Langat.
MCA menggunakan pendekatan isu tempatan pada mereka yang berumur 45 tahun ke atas yang tinggal di kawasan Kajang.
Golongan ini amat mementingkan kawasan mereka dijaga dengan baik oleh Adun mereka. Oleh itu, MCA menggunakan pendekatan menjual kehebatan servis calonnya Chew Mei Fun. Dan ini berjaya menarik perhatian dan sokongan generasi Cina yang lebih tua.
MCA tidak membazirkan masa pada golongan muda yang asalnya orang Kajang tapi sudah berpindah ke luar Kajang kerana golongan ini tidak memerlukan servis seorang Adun yang baik.
MCA menimbulkan persoalan yang membakar sentimen orang Cina iaitu samada DUN ini akan kembali ke tangan orang Cina pada pilihanraya-pilihanraya akan datang sekiranya Wan Azizah memenangi DUN Kajang kali ini.
Read More / Baca Lagi >>

Langkah Kajang: Apakah Rahsia Kipas Kak Wan...!!

Posted: 23 Mar 2014 06:04 PM PDT










Langkah Kajang: PKR kurang majoriti tetapi berjaya tembusi kubu kuat Melayu Umno

Posted: 23 Mar 2014 05:32 PM PDT

Walaupun dibayangi peristiwa kehilangan pesawat MH370, PKR berjaya mendapat kemenangan lebih besar dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang apabila berjaya meningkatkan peratusan undinya, walaupun majoritinya kurang berbanding pilihan raya umum lalu di samping berjaya menembusi kubu kuat Umno di kawasan majoriti Melayu.
Dalam PRK Kajang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berjaya meningkatkan jumlah undinya kepada 59.43% berbanding 57.99% daripada jumlah undi keseluruhan Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU13) lalu.
 Penyokong Barisan Nasional (BN) di luar SJKC Sungai Chua semasa hari mengundi di Pilihan Raya Kecil (DUN) Kajang semalam. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abdul Halim, 24 Mac, 2014.  
Semalam, calon PKR Dr Wan Azizah menang dengan majoriti 5,379 berbanding 6,824 yang dimenangi penyandang kerusi Lee Chin Cheh dalam PRU13 lalu, kurang 1445 undi.
Dua daripada empat kawasan Melayu iaitu Sungai Sekamat dan Taman Delima berjaya dimenangi calon PKR, manakala majoriti kemenangan Barisan Nasional (BN) di Sungai Kantan dan Batu 10 Cheras berjaya dikurangkan.
Dalam PRU13, calon PKR, Lee mendapat 57.99% undi iaitu 19,571 undi daripada 33,749 undi yang dibuang semasa pilihan raya itu.
Dalam PRK kali ini, Dr Wan Azizah mendapat 16,741 undi manakala calon BN Datin Paduka Chew Mei Fun mendapat 11,362 undi.
Peratusan keluar mengundi hanya 72% kali ini, jatuh 16% berbanding 88% pada PRU13 lalu.
Chew mendakwa, beliau berjaya menaikkan peratusan undi Cina daripada 18% dalam PRU13 kepada 24.8% dalam PRK kali ini.
Namun begitu calon Dr Wan Azizah berjaya meningkatkan undinya di kawasan Melayu di samping kawasan pengundi muda.
Dalam PRU13 lalu, calon BN menang 420 undi di Sungai Kantan namun kali ini hanya menang dengan majoriti 225 sahaja.
Di Sungai Sekamat dan Taman Delima, dua lagi daerah mengundi majoriti Melayu, PKR berjaya memenangi kawasan yang selama ini menjadi kubu Umno itu.
Di Sungai Sekamat, PKR menang 45 undi berbanding kalah 239 undi dalam PRU13 lalu.
Di Taman Delima pula, PKR menang tiga undi berbanding kalah 123 undi dalam PRU13 lalu.
Di Batu 10 Cheras, majoriti BN berjaya dikurangkan kepada 151 undi sahaja.
Menteri KDN Ucap Tahniah Sebab Undi Merosot..Ha..Ha..Ha..!!!
Read More / Baca Lagi >>

Dr Wan Azizah Jadi PM Bukan Lagi Mimpi

Posted: 23 Mar 2014 05:29 PM PDT

Pilihanraya kecil DUN Kajang sudah pun diketahui keputusannya. Sebagaimana yang dijangka, calon PKR, Dr Wan Azizah wan Ismail berjaya memenangi kerusi itu dengan mengalahkan calon BN, Chew Mei Fun dengan majoriti 5,397 undi berbanding 6,824 undi yang diperolehi oleh calon PKR dalam PRU 13 lalu, Lee Chin Cheh.
Kekurangan majoriti undi ini walaupun agak mengejutkan tetapi dapat difahami berikutan peratusan yang turun mengundi kali ini agak berkurangan iaitu hanya 72 peratus berbanding 88.4 peratus dalam pilihanraya umum lalu. Kekurangan peratusan ini mungkin disebabkan pengundi agak kecewa kerana Anwar Ibrahim tidak bertanding, selain turut menjangka Wan Azizah tidak banyak masalah untuk memenangi kerusi itu.

Lagi pula, apalah penting sangat dengan berkurangnya majoriti itu kerana sepertimana yang selalu disebutkan oleh bekas Perdana Menteri, Mahathir Mohamad, menang dengan kelebihan satu undi pun tetap dikira menang juga. Yang penting ialah menang, bukan berapa banyak majoriti!

Selepas Anwar "dikejangkan" daripada bertanding di Kajang dengan keputusan Mahkamah Rayuan menjatuhkan hukuman penjara lima tahun keatasnya, BN melakukan banyak usaha untuk memenangi pilihanraya ini. Selain Muhyiddin selaku Timbalan Perdana Menteri, Noh Omar selaku Pengerusi UMNO Selangor dan ramai pemimpin lagi yang turun berkempen di Kajang, Mahathir juga turut berkempen di saat-saat akhir.

Melihat asakan BN yang semakin kuat berikutan telah berjaya menggagalkan hasrat Anwar menjadi calon, Lim Kit Siang telah mengutus surat terbuka kepada pengundi Kajang agar memberikan sokongan penuh kepada Wan Azizah sebagai tanda keyakinan bahawa Presiden PKR itu bakal menjadi Perdana Menteri wanita pertama negara ini.

Keyakinan Lim Kit Siang ialah bersandarkan hujah bahawa sekiranya PR memenangi pilihanraya akan datang sementara Anwar pula direhatkan dipenjara, maka sudah tentu pilihan untuk menjadi Perdana Menteri ialah Wan Azizah.

Sementara Mahathir menyindir slogan kempen Wan Azizah yang bertulis Dari Kajang ke Putrajaya dengan mengatakan cakon PKR itu tersesat jalan kerana sebenarnya pilihanraya kecil ini hanya untuk memilih wakil di DUN Selangor dan tiada kaitan dengan Putrajaya, Zahid Hamidi yang pernah menjadi "budak Anwar" pula berkata, jangan bermimpi di siang hari untuk menjadikan Wan Azizah Perdana Menteri wanita pertama.

Tidak layakkah Wan Azizah jadi Perdana Menteri?

Read More / Baca Lagi >>

Punca BN Kalah Di Prk Dun Kajang..!!!

Posted: 23 Mar 2014 05:15 PM PDT


Laungan reformasi bergema sambut ADUN baru Kajang

Posted: 23 Mar 2014 05:07 PM PDT


Kajang langkah awal ke Putrajaya – Dr Wan Azizah

Posted: 23 Mar 2014 08:22 AM PDT


KAJANG: Calon PKR, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail menyifatkan  kemenangannya pada pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (Dun) Kajang sebagai membuktikan keberkesanan 'Langkah Kajang'.
Beliau juga menyifatkan kemenangan ini sebagai langkah pertama menuju Putrajaya, dengan peningkatan undi di kebanyakan saluran 5, 6 dan 7 yang merupakan saluran undi golongan muda.
Kemenangan itu juga, katanya lebih manis apabila Pakatan Rakyat berjaya meningkatkan undi Melayu, selain berjaya memenangi dua kawasan Melayu yang dahulunya dimenangi BN.
"Peningkatan undi Melayu terhadap kita menunjukkan trend yang positif yang boleh memberikan kemenangan dan terus ke Putrajaya," kata beliau kepada media.
Beliau berkata demikian pada sidang media yang diadakan di pusat penjumlahan undi, Kompleks Sukan MPKj, Bandar Baru Bangi, sejurus selepas diumumkan sebagai Adun baru Kajang.
Dalam pada itu, Wan Azizah menjelaskan penurunan majoriti diperolehi PKR kali ini terkesan dengan jumlah peratusan keluar mengundi yang rendah berbanding pilihan raya umum (PRU) lalu.
Sementara itu, beliau turut merakamkan penghargaan kepada semua pengundi Dun Kajang yang memilih beliau sebagai wakil rakyat selain jentera parti dari PKR, PAS dan DAP yang bertungkus-lumus sepanjang kempen selama ini.
"Saya juga mengucapkan terima kasih kepada Tan Sri Datuk Seri Abdul Khalid Ibrahim sebagai pengarah PRK Kajang, Azmin Ali dan Zuraida Kamaruddin yang berperanan sepanjang kempen ini," ujarnya.
Presiden PKR itu turut mengulangi komitmen untuk menunaikan semua perkara yang terkandung dalam manifestonya sebagai langkah awal khidmatnya kepada penduduk Kajang.
Dr Wan Azizah memenangi kerusi Dun Kajang dengan majoriti 5,379 undi.
Beliau meraih 16,741 undi manakala calon BN memperolehi 11,362.

Kemenangan bukti langkah Kajang berkesan, undi muda meningkat – Kak Wan

Posted: 23 Mar 2014 08:21 AM PDT

KAJANG 23 MAC: Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menyifatkan kejayaannya mengekalkan kerusi DUN N25 Kajang bukti keberkesanan strategi 'Langkah Kajang' dan sokongan pengundi muda.
Menurutnya, kemenangannya hari ini "lebih manis" kerana majoriti disumbangkan oleh pengundi muda daripada saluran 5, 6 dan 7.
"Sudah tentu ia (Langkah Kajang) berkesan kerana kita lihat pengundi muda telah memberikan kita keyakinan yang menjadikan 'Langkah Kajang' berjaya. Saya bersyukur kerana kemenangan ini begitu manis sekali," kata Wan Azizah pada sidang media di pusat pengiraan undi, malam ini.
Wan Azizah juga berkata, jenteranya mendapati sokongan meningkat di kalangan pengundi muda Melayu, yang menurutnya menunjukkan trend positif.
Faktor itu juga menyumbang kepada kemenangan KEADILAN di peti undi Sungai Sekamat dan Taman Delima yang sebelum ini merupakan kubu kuat Umno, katanya.
Mengulas perkara sama, ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kemenangan itu menyaksikan sokongan Melayu yang menyokong BN pada pilihan raya umum lalu kembali kepada Pakatan Rakyat.
"Kelazatan kemenangan ini juga mempertahankan sokongan kaum lain dan mendapat majoriti Melayu di kawasan ini. Majoriti Melayu sekarang memilih bersama Pakatan Rakyat," kata Anwar, lapor Malaysiakini.com.
Wan Azizah yang mewakili KEADILAN menang pilihan raya kecil Kajang dengan majoriti 5,379 undi. PKR mendapat 16,741 undi manakala BN pula mendapat 11,362 undi. Seramai 28,314 atau 72 peratus keluar mengundi pada PRK ini.

PRK Dun Kajang: Pembangkang Selangor tewas 16,741 undi

Posted: 23 Mar 2014 08:20 AM PDT

BANGI, 23 MAC: Calon Barisan Nasional, Datin Paduka Chew Mei Fun tewas kepada Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Dr Wan Azizah dalam pilihanraya kecil DUN Kajang.
Calon parti pembangkang Selangor itu hanya mendapat 11, 362 undi manakala Dr Wan Azizah berjaya meraih 16,741 undi dan menang dengan majoriti 5,379 undi.
Chew Mei Fun sebelum ini turut tewas dalam PRU ke-12 ketika menentang Tony Pua di kawasan parlimen Petaling Jaya Utara.
Kemenangan Dr Wan Azizah di Kajang bererti Dewan Undangan Negeri Selangor menambah seorang lagi wakil rakyat wanita, menjadikannya berjumlah 15 orang.
Speaker DUN Selangor, Hannah Yeoh melalui laman sosial Twitternya berkata, Dr Wan Azizah akan mengangkat sumpah sebagai ADUN Kajang pada 7 April.
Ketika dihubungi Hannah yang juga ADUN DAP Subang Jaya memberitahu beliau sangat yakin bahawa DUN Selangor akan mendapat manfaat daripada pengalaman Wan Azizah yang pernah menjadi Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia.
Meski dengan peratusan keluar mengundi sekadar 72%, KEADILAN berjaya mengekalkan kerusi DUN Kajang walaupun diserang bertubi-tubi.
Sementara itu, Chew Mei Fun mengucapkan tahniah kepada Dr Wan Azizah atas kemenangan dalam pilihan raya kecil Kajang hari ini, lapor Malaysiakini.
Beliau juga berharap presiden KEADILAN itu dapat melaksanakan tugas sebagai ADUN Kajang dengan penuh dedikasi dan menunaikan manifesto yang dikemukakan.
Azizah mengambil alih sebagai calon PRK Kajang setelah suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim dihukum lima tahun penjara oleh mahkamah berhubung Fitnah Liwat 2 yang menghilangkan kelayakan beliau untuk bertanding.

Kak Wan declares Kajang Move a 'success'

Posted: 23 Mar 2014 07:42 AM PDT


Kak Wan: 'Langkah Kajang' kini terbukti

Posted: 23 Mar 2014 07:24 AM PDT

Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menyifatkan kejayaannya mengekalkan kerusi DUN Kajang sebagai bukti keberkesanan strategi 'Langkah Kajang'.

Menurutnya, kemenangannya hari ini "lebih manis" kerana majoriti kemenangan disumbangkan oleh pengundi dari muda daripada saluran 5, 6 dan 7.

"Sudah tentu ia (Langkah Kajang) berkesan kerana kita lihat pengundi muda telah memberikan kita keyakinan yang menjadikan Langkah Kajang berjaya" kata Wan Azizah pada sidang media di pusat pengiraan undi, malam ini.


PKR - 16,741

BN - 11,362

Undi ditolak; 107

Keluar Mengundi; 72.1%

Majoriti - 5,379

UNDI POPULAR: PR: 60%, BN : 40%
 
 

Wan Azizah wins Kajang by-election

Posted: 23 Mar 2014 07:04 AM PDT


Tiada ulasan: