RAKYAT MARHAEN |
- PELANCARAN REFORMASI 2.0
- Australia teruskan usaha kesan MH370 hari ini
- Laporan: Juruterbang telefon dari kokpit sebelum berlepas..??
- Di mana roh ‘pemuda yang dijanjikan’?
- Wanita baru pulang umrah dakwa nampak bangkai MH370 di Laut Andaman
- MH370 : Bukan Manggis yang bernilai tapi pekerja Freescale Semiconductor sebenarnya..
- Searching for MH370: Lessons from Australia
- MH370: Pesawat terbang sendiri dan terhempas apabila kehabisan minyak - The Sydney Morning Herald
- After satellite find, 12 questions emerge about MH370
- UAI Jawab Kenapa Ceramahnya Selit POLITIK
- Penjelasan Tentang Yakjuj & Makjuj - Ustaz Azhar Idrus
- Ust Suhaimi Saad - Khurafat Dan Penyelewengan Dlm UMNO
- PRK Dun Kajang: OK, insya Allah tapi jangan terlalu yakin – Wan Azizah
- 300 polis kawal konsert "mungkar" di KLCC..."bala yang diundang"
- Families going through 'overwhelming swell of emotions"
- Was MH370 a "ghost plane?"
- New video shows search for Flight 370
- The search for Flight 370 by the numbers
- Coordinated search presents challenges
- "ZUMBA": " Terkinja-Kinja Nak Kata Senaman Pun Bukan. Dah Macam Orang Menari Rege Dah Aku Tengok. BN Punya Kerja "
- Radar Malaysia sepatutnya mampu kesan MH370- Anwar
- Citra misteri MH370 dan penyatuan rakyat?
- ATSB bantu kesan MH370 menerusi penelitian imej satelit
- MH370: Lambang keangkuhan manusia
- MH370 kemungkinan mangsa kecemasan dalam pesawat, lapor akhbar Australia
Posted: 20 Mar 2014 08:47 PM PDT |
Australia teruskan usaha kesan MH370 hari ini Posted: 20 Mar 2014 08:01 PM PDT KUALA LUMPUR: Operasi mencari dan menyelamat (SAR) pesawat Malaysia Airlines MH370 di selatan Lautan Hindi pada Khamis ditangguhkan, kata Lembaga Keselamatan Maritim Australia (AMSA). Dalam kenyataan yang dikeluarkan pada jam 2300 Waktu Siang Timur Australia (AEDT), (kira-kira 8 malam Malaysia), AMSA menyatakan operasi SAR itu akan diteruskan pada Jumaat. "AMSA mengerahkan empat pesawat ke kawasan seluas 23,000 kilometer padu yang terletak kira-kira 2,500 kilometer dari barat daya Perth berikutan pencerapan imej satelit oleh Pertubuhan Risikan Geospatial Australia pada pagi Khamis," katanya. Pesawat yang terlibat dalam usaha itu ialah dua pesawat AP-3C Orion milik Tentera Udara Diraja Australia, sebuah pesawat P8 Poseidon milik Tentera Laut Amerika Syarikat dan sebuah pesawat P-3K2 Orion milik Tentera Udara Diraja New Zealand bersama-sama dengan pesawat C-130J Hercules RAAF. AMSA menyatakan sebuah kapal dagang tiba di kawasan carian itu pada petang Khamis dan sebuah lagi kapal dagang sedang menuju ke kawasan itu. "Sejumlah enam kapal dagang membantu dalam pencarian ini sejak makluman perkapalan disiarkan pada malam Isnin. Kapal HMAS Success milik Tentera Laut Diraja Australia juga sedang menuju ke kawasan pencarian itu," kata AMSA. Imej berkenaan dicerap pada Ahad namun, berikutan banyaknya imej yang dicari serta proses pemerincian analisis, maklumat itu hanya dibawa ke perhatian AMSA pada pagi Khamis, kata lembaga itu dalam kenyataan yang dimuat turun daripada laman webnya www.amsa.gov.au hari ini. "Imej-imej ini telah dinilai sebagai boleh dipercayai tetapi ia juga mungkin tidak berkaitan dengan pencarian ini," kata AMSA. Read More / Baca Lagi >> |
Laporan: Juruterbang telefon dari kokpit sebelum berlepas..?? Posted: 20 Mar 2014 08:00 PM PDT Satu laporan mendakwa bahawa juruterbang pesawat MH370 Malaysia Airlines membuat panggilan dari dalam kokpit sejurus sebelum berlepas. Akhbar The Sun UK berkata penyiasat cuba menyiasat dengan siapa Kapten Zaharie Ahmad Shah bercakap dalam kokpit sebelum pesawat itu berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur ( KLIA) pada jam 12.41 pagi 8 Mac. Maklumat itu diiharapkan ini dapat membantu menjelaskan kenapa pesawat itu secara misteri hilang dari radar awam kurang satu jam kemudiannya, kata laporan itu. Polis Malaysia tidak secara rasmi mengulas mengenai penyiasatan berkaitan dengannya tetapi pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein telah menegaskan bahawa kesemua 227 penumpang dan 12 kru penerbangan itu tidak bersalah sehingga dibuktikan sebaliknya. Polis sedang menyiasat "faktor manusia" selepas menyimpulkan bahawa komunikasi penerbangan itu sengaja dimatikan dan pesawat itu juga ditukar haluan dengan sengaja. |
Di mana roh ‘pemuda yang dijanjikan’? Posted: 20 Mar 2014 07:54 PM PDT Masyitah Aqilah ZainudinBelum pun kita menarik nafas lega dengan kekalutan kehilangan MH370 di tengah kepanasan luar biasa iklim negara, dikejutkan pula dengan insiden kematian enam remaja di Konsert Future Music Festival Asia yang diadakan di Bukit Jalil 13 dan 14 Mac lalu.Nah, musibah dan ujian apakah yang sedang menimpa negara ketika ini. Generasi pemuda yang kita sayangi kini semakin hilang rasa adanya Tuhan, semakin bahagia mengejar angan-angan memburu mimpi menjadi hamba muzik dan pergaulan bebas. "Pada hakikatnya, usia muda seorang pemuda ialah usia yang penuh dengan cita-cita yang tinggi dan darah yang gemuruh serta idealism yang luas, iaitu usia yang memberi pengorbanan dan menebus semula. Usia menabur jasa, memberi kesan dan emosional." (Fathi Yakan, Generasi Muda dan Perubahan) Melihat kepada situasi dan kondisi remaja negara kita sekarang ini, ke mana perginya roh tersebut? Saban hari kelihatan seolah-olah tidak sama seperti yang digambarkan Fathi Yakan. Sajian-sajian barat nampaknya lebih menjadi rebutan berbanding aturan Islam. Benar, negara yang kita cintai ini sudah bebas daripada penjajahan secara lahiriah 56 tahun dahulu, namun imperialism daripada sudut pemikiran masih kekal subur sehingga kini dalam kalangan anak bangsa dan virus tersebut merantai pemikiran, menyekat kebebasan dan menyerongkan pandangan daripada jalan yang lurus. Jelasnya hari ini berleluasa budaya hedonisme dalam kalangan remaja. Hubungan seks secara bebas, minuman keras, muzik dan segala punca keruntuhan akhlak menjadi santapan selera anak muda negara kita. Pemimpin dan penguasa yang sepatutnya menjadi mencegah hanya diam membisu, melihat dengan mata yang terpejam. Kerosakan dan keruntuhan moral yang semakin membimbangkan hari ini jelas tidak lain adalah kerana terpisahnya agama daripada seluruh aspek kehidupan masyarakat kita pada hari ini. Menyoroti sejarah para sahabat dan tabien, banyak sekali iktibar yang boleh dijadikan pedoman semua yang di luar sana. Jika dahulu, mereka yang berkumpul di rumah al-Arqam sehingga tertegaknya Islam adalah daripada kalangan pemuda. Manakan tidak, ketika itu Rasulullah saw sendiri berusia 40 tahun, Abu Bakar R.A. 3 tahun lebih muda daripada baginda, Umar R.A. ketika itu berusia 27 tahun, Uthman R.A. juga lebih muda daripada Rasulullah, bahkan Ali R.A. jauh lebih muda daripada semua sahabat Nabi. Malahan, dua kerajaan besar pada ketika itu; Parsi dan Rom tunduk kepada pemerintahan mereka. Bahkan pemerintahan mereka membayangi Negara Sindh (India) di sebelah Timur, Caspian, Armenia dan Rusia di sebelah utara. Read More / Baca Lagi >> |
Wanita baru pulang umrah dakwa nampak bangkai MH370 di Laut Andaman Posted: 20 Mar 2014 07:51 PM PDT Seorang wanita rakyat Malaysia yang baru pulang daripada menunaikan ibadah umrah di tanah suci Mekah mendakwa melihat bangkai sebuah pesawat yang besar berwarna perak di perairan Laut Andaman, dipercayai penerbangan Malaysia Airlines MH370 yang hilang pada 8 Mac, ketika pesawat yang dinaikinya melintasi kawasan berkenaan pada pagi hari sama. Raja Dalelah berkata dia menaiki pesawat Penerbangan Saudi SV2058 yang berlepas dari Jeddah pada jam 3.30 pagi waktu Arab Saudi (8.30 pagi waktu Malaysia) dan ketika pesawat itu melintasi bandar Chennai di India dan memasuki ruang udara Laut Andaman, dia melihat menerusi tingkap pesawatnya satu objek besar menyerupai pesawat terdampar di atas laut. "Saya nampak macam kapal terbang.Sepanjang perjalanan pulang saya sentiasa melihat ke luar kerana saya tidak dapat tidur langsung dan ketika lawatan saya ke Beijing dua tahun lalu juga tidak dapat tidur di dalam pesawat dan sentiasa berjaga," kata ibu kepada 10 orang anak itu dipetik daripada portal Mstar Online. Raja Dalelah, yang berasal dari Kota Tinggi, Johor menambah, sewaktu dia terlihat objek besar berwarna perak yang seakan-akan sebuah pesawat di atas lautan itu, skrin televisyen di hadapannya menunjukkan yang mereka sedang melintasi Laut Andaman. "Sebelum itu saya nampak beberapa buah kapal dan kemudian pulau-pulau kecil dan selepas itulah saya ternampak objek berwarna perak di atas air. Saya mengejutkan rakan saya di sebelah untuk melihat apa yang saya saksikan tetapi malangnya mereka mentertawakan saya," katanya. Raja Dalelah, bagaimanapun yakin apa yang disaksikannya itu adalah bangkai sebuah pesawat yang besar. Read More / Baca Lagi >> |
MH370 : Bukan Manggis yang bernilai tapi pekerja Freescale Semiconductor sebenarnya.. Posted: 20 Mar 2014 07:46 PM PDT Ianya bagi menjawab beberapa spekulasi yang mengatakan pesawat itu mungkin dirampas kerana membawa kargo yang bernilai tinggi.. Ianya juga bagi menjawab spekulasi yang mengatakan pesawat tersebut telah meletup diudara dan menjunam ke dalam laut selari dengan beberapa laporan Polis yang telah dibuat di beberapa negeri di pantai timur Semenanjug. Penilaiannya itu sebenarnya kurang tepat jika dikatakan manggis itu adalah kargo yang bernilai tinggi.. Sebenarnya beliau sepatutnya mengambil kira siapakah penumpang yang di bawa pesawat tersebut kerana bagi kebanyakkan industri, pekerja yang mahir dan proffesional itu adalah aset yang amat berharga.. Dalam hal ini 20 pekerja Freescale itu adalah aset.. Baca laporan ini dulu.. KUALA LUMPUR - Sebanyak 20 pekerja Freescale Semiconductor merupakan antara penumpang pesawat MH370 Malaysia Airlines dari Kuala Lumpur ke Beijing, yang dilapor hilang di Laut China Selatan.Read More / Baca Lagi >> |
Searching for MH370: Lessons from Australia Posted: 20 Mar 2014 07:43 PM PDT Nations are working together but how much is being shared remains a question. Yesterday's press conference by Malaysia's Defense Minister and Acting Transport Minister, Hishammuddin Hussein was like never before. He placed great importance in getting the facts right and tailored his statement to match that of Australia's. He also went to great length to explain about the assets deployed in the search for the missing Malaysia Airlines jet. He did not say anything that was different from what we knew, in that Australia had credible leads on the flight. At the time he spoke, we were aware that the US aircraft had failed to spot the two wreckage picked up by Australian satellite. But Hishammuddin's information was coordinated with what Australia had said, sending a message to the grieving family members that Malaysia cared. But we could learn a few things from our Down Under neighbor. The Australian Prime Minister was on top of the job from the time the country took control of searching the southern Indian Ocean. Tony Abbott's announcement in Parliament about spotting the wreckage sent all the right messages- that he was serious and the issue was above partisan lines. Malaysia had fumbled from day one. Contradictory statements, mismatched announcements and recanting of what was said just hours earlier triggered speculation that the government was hiding crucial information. And the Malaysian Parliament has not heard from the Prime Minister on the multi-national search and rescue efforts, prompting the opposition to demand the setting-up of a parliamentary select committee. And why won't it do so? Territorial disputes over islands and sea lanes on the South China Sea between Malaysia, China, Vietnam, Taiwan, the Philippines and Indonesia may have pressured governments to hush up about satellite images, fearing accusations of spying. Just before the aircraft went missing on March 8, China and the Philippines were at each other's throats over a shoal on the South China Sea. Read More / Baca Lagi >> |
MH370: Pesawat terbang sendiri dan terhempas apabila kehabisan minyak - The Sydney Morning Herald Posted: 20 Mar 2014 07:30 PM PDT Operasi menyelamat pesawat MH370 yang hilang diketuai Australia berakhir malam tadi tanpa sebarang serpihan ditemui, tetapi misi pencarian di kawasan perairan 2,500 km daripada Perth mencadangkan kemungkinan besar berlakunya kecemasan dalam Boeing 777-200ER tersebut, lapor The Sydney Morning Herald (SMH) hari ini. Pesawat dan kapal melakukan pencarian semalam walaupun cuaca buruk untuk mencari objek termasuk sepanjang 24meter terapung di kawasan perairan Australia. The Sydney Morning Herald mengatakan lokasi serpihan di Lautan Hindi "akan melenyapkan beberapa teori liar tentang apa yang berlaku dalam pesawat dan kecemasan dalam pesawat menjadi kemungkinan terbesar sekarang." Pesawat MH370 berlepas dari Kuala Lumpur pada 8 Mac dengan 239 penumpang termasuk anak kapal untuk ke Beijing. Putrajaya mengatakan semalam imej satelit merupakan "petunjuk boleh dipercayai" bagi misi pencarian yang disertai 26 negara itu. |
After satellite find, 12 questions emerge about MH370 Posted: 20 Mar 2014 07:25 PM PDT Five days after satellites captured images of debris and objects from flight 370 in the southern Indian Ocean and a day after the release of those images by the Australian authorities, reports have pieced together questions related to the search for the missing plane in waters 2,500km from Perth. The Malaysia Airlines Boeing 777-200ER (9M-MRO) took off from Kuala Lumpur at 12.41am on March 8 but disappeared en route to Beijing. There were 227 passengers and 12 crew members on board. This morning, Australia said it would resume the hunt for objects found on the ocean surface. Here are the top 12 questions on missing flight MH370: When will we know whether the debris from the southern Indian Ocean is from flight 370? The satellite images of the debris taken on Sunday have not been confirmed as MH370 but they are being seen as the best lead in the investigation for the missing plane so far. Satellites had captured images of the objects about 23km from each other. The area is remote and far from commercial shipping lanes. Would pieces of the plane still be floating? One of the world's top air accident investigators, Rémi Jouty, head of the Bureau d'Enquêtes et d'Analyses, the French air accident investigation branch, says the missing jet may never be found if it crashed in the Indian Ocean, according to The Financial Times. This is supported by Steve Wallace, the United States Federal Aviation Administration's former director of accident investigation, who CNN quoted as saying that if the plane crashed into the water, large pieces would not be floating by now. Only lightweight debris, such as life jackets and seats, not aircraft structure, could be floating days after the aircraft struck the water, he said. Did the plane go too far? Some of the wilder theories about the plane include hijacking. But discovery of debris in an area so far from MH370's flight path suggests that there was most likely an emergency on board and the crew attempted to turn back. Complications might have arisen, causing the crew to fall into unconsciousness, leaving the plane on a ghost flight until it ran out of fuel. Mitchell Casado, a flight instructor on a Boeing-777 flight simulator, said that running out of fuel would be a big concern. "There's such few options," CNN quoted him as saying. "As long-range as this aircraft is, it's a long way to any suitable airport out there. There are some small islands, you know, that you could possibly land at, but that would really be pushing your the limits of the airplane. So I would really be worried about running out of gas." The 777, when fully fuelled, can go 16 to 18 hours. Flight 370 wasn't. Planes and ships are in the area. What have they found? Read More / Baca Lagi >> |
UAI Jawab Kenapa Ceramahnya Selit POLITIK Posted: 20 Mar 2014 07:10 PM PDT |
Penjelasan Tentang Yakjuj & Makjuj - Ustaz Azhar Idrus Posted: 20 Mar 2014 07:09 PM PDT |
Ust Suhaimi Saad - Khurafat Dan Penyelewengan Dlm UMNO Posted: 20 Mar 2014 07:03 PM PDT |
PRK Dun Kajang: OK, insya Allah tapi jangan terlalu yakin – Wan Azizah Posted: 20 Mar 2014 05:41 PM PDT Pilihan Raya Kecil (PRK) Kajang adalah penting bukan sahaja kepada calon PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah, tetapi kepada Pakatan Rakyat dalam memperkukuh pengaruh mereka ke Putrajaya. Wartawan Harakahdaily Mohd Nazri Abdullah, Muhammad Faizal serta jurufoto Wan Zahari mendapatkan Wan Azizah yang lebih mesra dengan panggilan Kak Wan untuk potensi dan harapan beliau di Kajang ini. Harakahdaily: PRK Kajang masih berbaki beberapa hari lagi, bagaimana kempen Kak Wan setakat ini serta penerimaan orang ramai. Wan Azizah: Setakat ini Alhamdullilah penerimaan yang baik, memanglah ada penyokong Barisan Nasional (BN) yang tegar. Tapi ini lebih kepada petugas-petugas yang dimasukkan khas untuk meraih undi. Yang lain tu ada tempat-tempat Kak Wan pergi memberikan harapan yang tinggi, Insyaallah. Harakahdaily: Setakat ini kalau dikira peratusan jelajah Kak Wan untuk kempen ini sejauh mana sudah dicapai. Wan Azizah: Mungkin lebih sedikit daripada sebelum ini, tapi saya tidak mahu menjangkakan selesa kerana itu akan mengganggu kerja. Tapi setakat ini terutamanya kawasan-kawasan Tionghua, lebih memerima Kak Wan. Melayu tu Alhamdullilah lebih daripada pilihanraya yang lalu. Harakahdaily: Maksudnya dari sudut kawasan semua tempat Kak Wan sudah pergi. Wan Azizah: Iya-iya semua kawasan, kita cuba pergi ke semua tempat. Kajang tak lah besar sangat. Harakahdaily: Mungkin ada pendekatan berbeza untuk orang Cina, Melayu di sini, bagaimana pendekatan yang digunakan. Wan Azizah: Orang Melayu, mungkin masa mula-mula saudara Anwar telah bermula dekat masjid dan surau seperti tazkirah, itu lebih menyentuh. Kalau ikut komuniti Melayu ini, persekitaran surau dan tazkirah, jadi kita telah bertemu di situ. Di pasar-pasar dengan kaum wanita. Rumah ke rumah susah sikit kalau siang hari sebab kebanyakkan mereka bekerja, yang tinggal di rumah pun tak ramai tetapi kita dapat bertemu dengan mereka. Pengundi Cina, alhamdullilah waktu malam, lepas kerja kita buat ceramah dan ceramah mereka lebih meriah dari Melayu dan respon mereka lebih berbanding dengan pengundi Melayu. Kita juga pergi rumah ke rumah, kita tidak boleh memandang remeh jentera BN yang sudah lama bertapak dan mempunyai sumber kewangan yang banyak. Namun kalau lihat saingan, kita berikan cukup hebat, dari segi bilboard dari segi poster dan bunting, kita boleh rasa kehadiran PKR itu sekurang-kurangnya menandingi BN. Harakahdaily: Dari sudut persefahaman dan bantuan rakan-rakan parti khususnya PAS dalam PRK Dun Kajang, bagaimana Kak Wan melihatnya. Wan Azizah: Saya kira terbaik, Dr Hatta, Khalid Samad, Dr Siti Mariah setiap malam berada di sini. Sekarang sesi parlimen, memang mereka datang. Kalau dipandang dari segi tuan rumah Dr Che Rosli, memang saya melihat rata-rata beliau hadir termasuk YB Iskandar, PAS Selangor memang bersama saya. Muslimat PAS datang berjumpa Kak Wan, bersama-sama meraih undi, membuat culaan termasuk juga masak memasak. Read More / Baca Lagi >> |
300 polis kawal konsert "mungkar" di KLCC..."bala yang diundang" Posted: 20 Mar 2014 05:18 PM PDT Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Zainuddin Ahmad berkata, perbincangan telah dilakukan bersama penganjur. Katanya, semua unit digerakkan sepanjang acara agar ia berlangsung teratur dan aman. "Seramai 300 anggota termasuk yang berpakaian preman akan ditugaskan. "Mana-mana pengunjung yang didapati mencurigakan, kita akan ambil tindakan dan buat tangkapan jika perlu," katanya dalam sidang media sempena Kuala Lumpur Grand Prix City 2014, di Menara Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Jalan Raja Laut, semalam. Pengerusi Sepang International Cercuit (SIC), Datuk Mokhzani Mahathir berkata, kerjasama polis pelbagai unit adalah inisiatif untuk mengekang kejadian tidak diingini. Beliau percaya jenis muzik yang dipilih dalam sesebuah konsert berperanan penting dalam menghimpunkan jenis penonton yang hadir. "Apa yang dibawa dalam konsert 'Twin Tower @live 2014' ini berbeza. Kita percaya ia akan berlangsung dengan aman dan penonton dapat berhibur bersama keluarga seperti tiga penganjuran sebelum ini," katanya. |
Families going through 'overwhelming swell of emotions" Posted: 20 Mar 2014 05:07 PM PDT |
Posted: 20 Mar 2014 05:04 PM PDT |
New video shows search for Flight 370 Posted: 20 Mar 2014 05:04 PM PDT |
The search for Flight 370 by the numbers Posted: 20 Mar 2014 05:02 PM PDT |
Coordinated search presents challenges Posted: 20 Mar 2014 05:02 PM PDT |
Posted: 20 Mar 2014 05:00 PM PDT Memalukan sungguh. Aku kalau yang rasmi orang bawah-bawah boleh gagah lagi orang pun taklah heran sangat, nih orang nombor 2 Negara. Tan Sri Muhyiddin Yassin, aku ulang lagi sekali Muhyiddin Yassin. Dinamakan Zumba Perdana Puteri UMNO Kajang. Inilah yang dinamakan matlamat tidak menghalalkan cara. Punya nak tarik sokongan kaum wanita daripada golongan muda sanggup lancarkan program sebegini di Kajang. Program senaman apa kalau dah sampai tahap macam ini. Memalukan orang Islam saja. Islam memang menggalakkan kita menjaga kesihatan dengan bersenam, tidak ada masalah kalau ianya dibuat ditempat yang tertutup bagi dan tidak ada kaum lelaki yang melihat. Tapi nih bukan takat tertutup malah terbuka habis dah sampai masuk you tube. Kamu menjawaplah nanti. |
Radar Malaysia sepatutnya mampu kesan MH370- Anwar Posted: 20 Mar 2014 04:51 PM PDT KUALA LUMPUR 20 MAC: Kerajaan Malaysia sepatutnya mampu mengesan MH370 dengan menggunakan sistem radar untuk mengesan pesawat berkenaan, kata Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim. Bercakap kepada wartawan CNN, Christiane Amanpour, Anwar berkata kerajaan membeli sistem radar marconi semasa beliau menjadi timbalan perdana menteri yang berupaya mengesan pergerakan pesawat. "Ia mempunyai keupayaan untuk mengesan sebarang pasawat dari Barat – atau Timur ke Pantai Barat, dari Laut China Selatan ke Lautan Hindi. "Saya dapati amat mengejutkan apabila mereka tidak mampu (memberi jawapan), atau mereka berikan hanya sedikit maklumat. "Masalahnya kewibawaan kepimpinan. Mereka bersalah kerana terdapat tanggapan umum mereka tidak membukanya, ini sistem kerja yang tidak telus," katanya dalam wawancara CNN yang disiarkan pagi ini (waktu Malaysia). Kecewa dengan maklumat palsu mengenai kehilangan MH370, Anwar berkata, ada sesetengah pihak cuba mengaitkan kehilangan pesawat berkenaan dengan isu politik. Anwar menambah, dirinya turut menjadi sasaran serangan yang berterusan dan mengaitkan juruterbang berkenaan, Kapten Zaharie Ahmad Shah mempunyai hubungan kekeluargaan dengannya. Anwar berkata Zaharie sebenarnya mempunyai talian persaudaraan di sebelah menantu beliau. "Apa yang menantu saya beritahu, Zaharie adalah saudara jauh, tetapi menantu saya tetap panggil beliau 'pakcik'. Panggilan tersebut adalah amalan biasa di sini (Malaysia). Tapi saya memang mengenali beliau..hanya sebagai aktivis parti (KEADILAN)," katanya. Read More / Baca Lagi >> |
Citra misteri MH370 dan penyatuan rakyat? Posted: 20 Mar 2014 04:50 PM PDT Ismail Hashim YahayaMalapetaka kembali menyentak kita. Misteri kehilangan pesawat Malaysian Airlines MH370 membuatkan warga Malaysia panik dan ditimpa kepedihan dan kesedihan.Persoalan apa yang berlaku, di mana dan kenapa berlaku dan siapa terlibat masih menjadi misteri dan tidak terjawap. Malah titipan doa dan permohonan kesejahteraan kepada mangsa terlibat tidak pernah putus-putus sehingga sekarang. Malah laporan media massa membuat misteri MH370 seolah-olah terjadi dekat dengan kawasan kita, persis seperti pernah dikemukakan pemikir Prancis Paul Virilio (1999) perihal realiti virtual yang merupakan kepanjangan dari realiti asal yang terjadi. Misteri MH370 seolah-olah mahu melontarkan pendapat bahawa berita televisyen bukanlah refleksi atas realiti, tetapi realiti yang dihasilkan. Meminjam istilah Yasraf Amir Piliang, media menciptakan 'imagology of suffering', iaitu pelbagai citra tentang bencana atau malapetaka mahukan misteri di media yang datang dalam jarak ruang-waktu, yang mampu mengetuk kesedaran dan perhatian manusia dengan meninggalkan jejak kepedihan mendalam, sekaligus membangkitkan rasa kebersamaan di dalamnya. Sehingga rencana ini ditulis, misteri kehilangan ini masih belum terungkai dan ditemui jawapannya dan kita berharap persamaan kebersamaan itu tidak hilang dan luntur. Sampai bilakah ia dapat bertahan kerana Vietnam dan China malah Amerika Syarikat (AS) perlahan-lahan mengurangkan penglibatan dalam pencarian. Malah percampuran dengan unsur-unsur politik yang mungkin hendak mencari kambing hitamnya membawa kepada kecelaruan yang membelitkan persoalan kepada misteri ini. Jika misteri ini masih tidak terungkai dalam jangka masa yang terdekat, adakah ia akan membawa kepada proses kehilangan semangat dan kelunturan sokongan yang dibimbangi akan mempercepat proses pelupaan. Kiranya usaha ritual berdoa, solat, renungan atas misteri mulai berkurang, pencitraan media terhadap misteri MH370 akan digeser banaliti atau kehambaran keseharian. Kehidupan normal itu tergambar pada halaman suratkhabar atau tayangan televisyen mahupun corong radio. Di layar kaca hiburan kembali bercambah seolah-olah tiada lagi derita misteri MH370. Orang akan memberikan alasan kehidupan mesti diteruskan dan kita tidak harus bersedih sepanjang masa. Read More / Baca Lagi >> |
ATSB bantu kesan MH370 menerusi penelitian imej satelit Posted: 20 Mar 2014 04:48 PM PDT Astronautic Technology Sdn Bhd (ATSB) sedang meneliti imej yang diperolehi melalui cerapan satelit antarabangsa dalam usaha mengesan pesawat Malaysia Airlines MH370 yang hilang sejak 8 Mac lepas. Ketua Pegawai Eksekutif ATSB Datuk Dr Ahmad Sabirin Arshad (gambar) berkata sebagai agensi di bawah seliaan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), ia diarahkan oleh kementerian untuk membantu misi pencarian pesawat itu menerusi imej satelit. Katanya, ATSB meneliti imej satelit di sekitar Laut China Selatan dan Laut Andaman yang diperoleh daripada satelit Sepanyol, Korea Selatan, Nigeria, Kanada, Emiriah Arab Bersatu dan Perancis bagi mengesan pesawat itu. Ahmad Sabirin berkata susulan pengesanan dua objek di selatan Lautan Hindi oleh pihak berkuasa Australia yang mungkin boleh dikaitkan dengan pencarian MH370, ATSB kini menumpukan penelitian imej di kawasan itu. Ditanya mengenai keupayaan sesebuah satelit mencerap imej, beliau berkata satelit bergantung kepada sensor optik dan sensor radar. "Sensor optik merakam imej pada waktu siang dan imejnya berwarna, tetapi boleh dihalang oleh awan. Read More / Baca Lagi >> |
MH370: Lambang keangkuhan manusia Posted: 20 Mar 2014 04:45 PM PDT Dr Nazil NuhairiSudah lebih kurang 2 minggu pencarian MH370 yang lesap entah ke mana, masih belum ditemui.Malaysia dan sekutu negara-negara dunia terus menjalankan aktiviti SAR. Entahlah sampai bila mereka mampu bertahan. Vietnam dan China perlahan-lahan mengurangkan penglibatan dalam pencarian. Bermula daripada lencongan yang dibuat di sempadan Malaysia-Vietnam, kemudian menuju ke Laut Andaman, tanpa dikesan oleh radar komersial. Hanya dikesan oleh radar tentera namun tiada tindakan dibuat untuk menghalang pesawat. Beberapa radar negara lain juga mengakui mengesan pesawat tetapi seperti takut hendak laporkan. Selepas itu pesawat lenyap bersama pelbagai teori. Bertimbun soalan yang belum terjawab. Yang dilaporkan oleh kenyataan rasmi perdana menteri Malaysia pesawat milik MAS itu di"hijack". Selepas beberapa maklumat yang dilaporkan dan diketuai oleh tentera "Uncle Sam", kini teori pengganas menjadi tumpuan semua. Pelbagai info dan teori direkacipta untuk menjelas dan mengaitkan kehilangan MH370. Namun masih belum memuaskan hati yang lara ini. Rampasan kapal terbang bukanlah mudah. Memerlukan kemahiran teknikal yang tinggi dan keazaman yang sangat kuat. Dan sokongan pihak berpengaruh dan mempunyai motif tersendiri. Bukan calang-calang orang atau kumpulan yang mampu melakukannya. Apatahlagi bersembunyi hampir 2 minggu tanpa dikesan oleh radar dan kekuatan pasukan melebihi 20 negara dunia mencari. Ada teori yang mengaitkan juruterbang MH370 sebagai yang melakukan rampasan. Tidak masuk akal, jika jurutebang melakukannya untuk kepentingan dirinya sendiri. Untuk apa? Akal ini lebih mudah faham dan terima beliau melakukannya atas arahan pihak berkepentingan. Namun siapa? Masih menunggu jawapan. Kini, semakin hangat diperbincangkan mengenai teori pertembungan dua negara, Laksamana Cheng Ho, China dan Uncle Sam, Amerika. Pertembungan yang menjadi rahsia terbuka warga dunia. Perebutan menguasai ekonomi dunia antara kedua negara tidak pernah berhenti. China yang diramalkan akan menjadi gergasi dunia ekonomi di masa hadapan, pastinya dicemburui oleh Amerika yang sedang bergolak dengan kejatuhan ekonomi negaranya. Read More / Baca Lagi >> |
MH370 kemungkinan mangsa kecemasan dalam pesawat, lapor akhbar Australia Posted: 20 Mar 2014 04:30 PM PDT Operasi menyelamat pesawat MH370 yang hilang diketuai Australia berakhir malam tadi tanpa sebarang serpihan ditemui, tetapi misi pencarian di kawasan perairan 2,500 km daripada Perth mencadangkan kemungkinan besar berlakunya kecemasan dalam Boeing 777-200ER tersebut, lapor The Sydney Morning Herald (SMH) hari ini. Pesawat dan kapal melakukan pencarian semalam walaupun cuaca buruk untuk mencari objek termasuk sepanjang 24meter terapung di kawasan perairan Australia. The Sydney Morning Herald mengatakan lokasi serpihan di Lautan Hindi "akan melenyapkan beberapa teori liar tentang apa yang berlaku dalam pesawat dan kecemasan dalam pesawat menjadi kemungkinan terbesar sekarang." Pesawat MH370 berlepas dari Kuala Lumpur pada 8 Mac dengan 239 penumpang termasuk anak kapal untuk ke Beijing. Read More / Baca Lagi >> |
You are subscribed to email updates from RAKYAT MARHAEN To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan