Ahad, 2 Mac 2014

RAKYAT MARHAEN

RAKYAT MARHAEN


PRK DUN KAJANG PAS AKAN SABOTAJ!!!!!

Posted: 02 Mar 2014 09:00 PM PST

PAS akan melakukan satu kejutan pada PRK Kajang. PAS memang selalu juga bikin perkara gempar. Suatu waktu dulu Umno dan Melayu tidak sangka PAS akan membuat kejutan berkawan dengan DAP. Umno dan Melayu totok selalu tuduh DAP Komunis. Tetapi tiba-tiba PAS berkawan dengan DAP. PAS tidak mahu berkawan dengan Umno. PAS sabotaj pada Umno.Melayu totok pelik mengapa PAS berkawan dengan DAP.

Pada PRK Kajang nanti PAS akan buat perkara gempar. PAS akan cipta kejutan. PAS akan sabotaj. PAS sudah lama buat kerja sabotaj seumpama ini. Ini bukan perkara baru dalam PAS. Ramai di kalangan pemimpin dan ahli-ahli PAS pakar sabotaj. Kerja-kerja politik memang memerlukan strategi. Antara strategi terbaik ialah sabotaj. PAS akan buat perkara yang sama di Kajang. Siapa yang kena sabotaj PAS. Adakah Anwar Ibrahim dan PKR, maupun PR. Atau mungkin Zaid Ibrahim Al Kataki atau calon MCA yang konon-kononnya hebat dan suci.

PAS akan sabotaj. Itu sudah tentu. Untuk menang PRK atau PRU kena pandai strategi dan taktik. Kena pandai sabotaj. Umno pun memang kaki sabotaj. Mereka sanggup pukul, katok, culik, bakar jambatan dan macam-macam kerja sabotaj yang kadang-kadang tidak terfikir oleh kita. Itu kerja Umno tak kiro dosa pahala. Matlamat menghalalkan cara.

PAS akan sabotaj. Siapa kena sabotaj. PAS tak pernah tikam dan sabotaj sahabat sendiri. PAS tak pernah tendang sahabat supaya lari dari persefahaman. Siapa yang terajang PAS semasa dalam BN. Siapa yang keluar dari Angkatan Perpaduan Ummah. Siapa yang keluar dari Barisan Alternatif.

PAS tidak serik untuk berkawan dan bertahalluf. Kerja-kerja berkawan dan berbaik ini adalah kerja mulia bukan kerja sia-sia.

Siapa yang PAS akan sabotaj. Mungkin Anwar sebab bekas Timbalan Perdana Menteri itu dikatakan buruk akhlaqnya, lidah bercabang, ejen Israel, anti Melayu, suka LGBT dan sebagainya. Mungkin juga MCA/BN kerana jelas dasar BN tidak Islamik, menindas rakyat, zalim, kuku besi, gagal mentadbir negara dan sebagainya. Mungkin juga Zaid Ibrahim yang terkenal dengan sikap yang tiada pendirian politik.

Read More / Baca Lagi >>

Catuan bekalan air, bukan hanya sebab kemarau – Dr Boo

Posted: 02 Mar 2014 08:57 PM PST


dr boo


KLUANG, 3 MAC: Kekurangan bekalan air di tiga daerah di Johor  kini memerlukan catuan bukan hanya disebabkan cuaca panas atau musim kemarau sebaliknya berpunca daripada salah urus sumber airnya.
Ketua Pembangkang DUN Johor, Dr Boo Cheng Hau berkata, kes seperti itu sudah berlaku pada 2005 dan 2010 dan kini ia berulang lagi membabitkan kawasan tengah Johor iaitu Kluang, Yong Peng dan Batu Pahat.
Dalam kenyataan medianya selepas bertemu Ketua Komunikasi Korporat Syarikat Air Johor Holdings Sdn Bhd (SAJ), Jamaluddin Jamal di Pejabat SAJH baru-baru ini, Dr Boo menyifatkan punca sebenar masalah ini kerana berlakunya kemusnahan hutan di sekitar kawasan takungan dan sumber air.
Antara punca kemusnahan itu adalah akibat aktiviti pertanian yang dijalankan secara haram di kawasan tadahan air seperti di kawasan rizab hutan di Bekok, Sembrong dan empangan Machap.
Beliau juga mencadangkan kerajaan negeri segera mewartakan kawasan itu sebagai kawasan rizab hutan simpan bagi membolehkan kerja perlindungan, pengawalan dan pemulihan dapat dijalankan, seterusnya memastikan sumber bekalan air mencukupi walaupun pada musim kemarau.
Di Johor, terdapat lapan kawasan diwartakan kawasan tadahan air sebagai hutan simpan kekal iaitu Gunung Pulai, Juaseh, Chongok, Labong, Pontian Kecil dan Upper Layang.
Baru-baru ini, kerajaan negeri Johor menerusi SAJH mencatu bekalan air bersih kepada penduduk kawasan Kluang. Ia membabitkan ramai pengguna.
"Kami juga mencadangkan kerajaan negeri agar menjadikan empangan Semborong, Bekok dan Machap sebagai takungan air dwi tujuan iaitu sebagai sumber bekalan air dan sistem tebatan banjir," ujar Dr Boo.
Pertemuan itu turut dihadiri Pengerusi DAP Johor, Liew Chin Tong, Pesuruhjaya PAS Johor, Aminulhuda Hassan dan Timbalan Setiausaha Agung PKR, Steven Choong.
Read More / Baca Lagi >>

Teresa tidak tunduk ugutan pelampau, gesa polis siasat

Posted: 02 Mar 2014 08:56 PM PST


teresa kok


KUALA LUMPUR, 3 MAC: Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok Suh Sim menggesa Polis Diraja Malaysia (PDRM) segera menyiasat Jaringan Melayu Malaysia (JMM) yang mengancam akan mengadakan protes beramai-ramai di depan pejabatnya.
Beliau merujuk 'kata dua' yang disampaikan JMM melalui memorandum 27 Februari lalu yang mendesak Teresa memohon maaf berhubung satira politik 'Onederful Malaysia'.
Mengikut laporan Utusan Malaysia, JMM malah mendesak kerajaan melucutkan kerakyatan Teresa, kononnya sebagai hukuman ke atas beliau.
Satu laporan polis dibuat keesokannya di Balai Polis Seri Petaling berhubung ugutan itu.
"Mereka mengancam jika saya gagal berbuat demikian dalam masa 10 hari, mereka tanpa ragu akan bawa satu 'batalion' untuk mengadakan protes di depan pejabat saya.
"Saya harap polis akan segera siasat terhadap ancaman itu," katanya dalam satu kenyataan.
Beliau bagaimanapun bertegas tidak akan tunduk kepada desakan itu.
"Saya ulang sekali lagi bahawa saya tidak akan meminta maaf berhubung video itu kerana ia tidak langsung menyentuh isu kaum dan agama. Saya tidak akan tunduk kepada sebarang ugutan.
Saya yakin rakyat Malaysia yang bersikap sederhana menyokong saya," katanya lagi.
Naib Pengerusi DAP Kebangsaan itu sebelum ini menerima pelbagai ancaman berhubung video itu, termasuk tawaran RM2,000 oleh NGO pro-UMNO untuk sesiapa yang berjaya menamparnya.
Pejabat pusat khidmatnya juga disimbah cat merah serta ditinggalkan bangkai ayam dan dua keping gambarnya pada 19 Februari lalu.
Read More / Baca Lagi >>

Catuan air legakan penduduk tapi resahkan pengusaha

Posted: 02 Mar 2014 08:47 PM PST

Catuan air di Selangor mulai minggu lalu sedikit sebanyak melegakan penduduk yang selama ini bermasalah ekoran jadual bekalan air yang tidak menentu.

Bagaimanapun, pengusaha restoran masih melibat keadaan tidak menentu itu akan terus memberi masalah kepada perniagaan mereka.

Perkara itu disuarakan penduduk kepada Malaysiakini dalam tinjauan sekitar Balakong – kawasan yang terjejas teruk sejak sebelum catuan dimulakan 27 Februari – pada Sabtu.

Pengusaha stimbot Poon Poh Yoke (kiri) berkata, bekalan yang diterima masih tidak cukup kerana selain memasak, mereka memerlukan banyak air, termasuk untuk memastikan kebersihan restoran.

Menurut Poon, 38, keadaan itu memaksa beliau terpaksa memaksimumkan penggunaan dengan menggunakan air mandi untuk cucian lantai.

Malah, tambahnya, kedainya juga akhirnya terpaksa ditutup buat sementara waktu.

"Saya kena uruskan bekalan air di rumah, kena sangat jimat sampai air anak mandi saya simpan buat cuci lantai.

"Saya kena beli tong (air). Satu tong RM8. Saya kena beli 20 tong sederhana (besar) untuk bekalan saya dan suami serta tiga orang anak," katanya.

Selangor mula mencatu air mulai 25 Februari di kawasan yang mengalami masalah bekalan menggunakan sistem penggiliran antara dua zon setiap dua hari.

Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim menjangkakan penjadualan itu berakhir bulan ini selepas taburan hujan konsisten dan kapasiti air di empangan negeri bertambah.

Setakat ambil gambar MOU...

Sementara itu, seorang pengurus pemasaran sebuah syarikat pula mahu tahu bilakan catuan akan tamat dan bagaimana kerajaan pusat dan negeri akan memastikan masalah bekalan air tidak berulang.
Read More / Baca Lagi >>

Kempen anti Syiah jejas ekonomi negara, menteri minta bantuan PAS pulih hubungan dengan Iran

Posted: 02 Mar 2014 08:45 PM PST


Kempen anti Syiah dikatakan tercetus dalam ucapan penggulungan Datuk Seri Zahid Hamidi pada Perhimpunan Agung Umno 2013. Gambar fail.Kempen anti Syiah dikatakan tercetus dalam ucapan penggulungan Datuk Seri Zahid Hamidi pada Perhimpunan Agung Umno 2013. Gambar fail.Kempen anti Syiah secara agresif kerajaan Malaysia sejak hujung tahun lalu menjejaskan ekonomi negara sehingga kerajaan kerugian jutaan ringgit selepas Iran yang mempunyai majoriti penganut mazhab tersebut bertindak balas, menyebabkan seorang menteri menghubungi pemimpin PAS, minta bantuan bagi memulihkan hubungan, kata satu sumber.
Pengerusi Biro Antarabangsa PAS, Dr Syed Azman Ahmad Nawawi mengesahkan perkara itu tetapi enggan menamakan menteri yang menghubunginya.
"Memang benar ada menteri hubungi saya untuk meminta bantuan itu," kata Syed Azman kepada The Malaysian Insider ketika dihubungi.
Syed Azman yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Adun Batu Burok berkata, Malaysia mengalami kerugian besar apabila Iran bertindak balas terhadap kempen anti Syiah di Malaysia yang diterajui oleh Umno sebelum ini.
"Petronas mengalami kerugian paling banyak apabila usaha cari galinya di Iran menerima halangan daripada kerajaan Iran sedangkan pada waktu sama syarikat Amerika Syarikat (AS) termasuk Esso dan Conoco sudah mula masuk ke negara itu," katanya.
AS dan negara-negara Eropah mula menjalinkan semula hubungan dengan Iran selepas Hassan Rouhani yang lebih liberal mengambil alih kepimpinan daripada Mahmoud Ahmadinejad.
Sebagai pengerusi Biro Antarabangsa PAS, Syed Azman mempunyai hubungan rapat dengan majoriti pemimpin gerakan Islam di dunia termasuk dari Iran.
Selain beliau, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan timbalannya, Mohamad Sabu juga mempunyai hubungan dengan pemimpin Iran dalam arena politik antarabangsa.
Selain Petronas, turut rugi adalah industri minyak sawit apabila Iran mencari alternatif lain selain Malaysia.
Read More / Baca Lagi >>

Hapus, kurangkan subsidi, tindakan tepat, kata Najib

Posted: 02 Mar 2014 08:41 PM PST

Dia Bermewah Dan Membazir  Tak Apa Eh...!!!

Kelantan-Selangor laksana 7 projek usahasama

Posted: 02 Mar 2014 07:54 PM PST



KOTA BHARU: Kerajaan Kelantan dan Selangor semalam mencapai persetujuan  untuk melaksanakan tujuh projek usahasama bagi manfaat ekonomi kedua-dua negeri yang ditadbir Pakatan Rakyat.
Sehubungan itu satu memorandum persefahaman (MoU) ditandatangani kedua belah pihak bertempat di kediaman rasmi Menteri Besar Kelantan di JKR10, dekat sini, semalam.
Daripada tujuh projek yang dirangka, empat bakal dilaksanakan Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) membabitkan pusat halal hub bertaraf antarabangsa, pendidikan, rawatan air dan sistem horas.
Tiga lagi projek pula bakal dikendalikan Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) bagi mengembangkan Ar Rahn (sistem gadaian Islam) di Selangor, pembangunan wifi dan jalur lebar di Selangor dan mewujudkan pusat pengumpulan pemasaran bagi produk makanan halal keluaran usahawan Kelantan dan Selangor.
MoU ditandatangani Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakub dan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dengan disaksikan Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Abdullah serta Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) Kelantan dan Selangor.
Ustaz Ahmad, ketika berucap berharap MoU yang ditandatangani akan dilaksanakan secepat mungkin dan menjadi rahmat kepada kedua-dua belah pihak.
Read More / Baca Lagi >>

Anwar: Dakwaan gaduh dengan MB cuma rekaan

Posted: 02 Mar 2014 07:53 PM PST

Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau menyokong sepenuhnya kerjasama antara kerajaan negeri Selangor dan kerajaan persekutuan dalam isu penstrukturan semula air.

Justeru Anwar menolak tanggapan bahawa beliau bermasam muka dengan Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim dan tidak tahu menahu kandungan Memorandum persefahaman (MOU) yang dimeterai Selasa lalu.

"Saya sokong sepenuhnya dasar (itu). Saya terlibat, cuma bila orang tanya mengenai MOU, saya kata memang tak tengok MOU.

"Saya bukan Umno, (saya) kena tengok dulu (MOU) itu," kata beliau dalam ceramah di Taman Saga Emas, Kajang semalam.

Selasa lalu, Menteri Tenaga Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Dr Maximus Ongkili mewakili kerajaan pusat manakala kerajaan negeri Selangor diwakili Khalid menandatangani MOU itu di Putarajaya, disaksikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Read More / Baca Lagi >>

Dr M: K'jaan BN jangan tipu diri sendiri isu BR1M

Posted: 02 Mar 2014 07:51 PM PST

"BR1M Sogokan Pada Pengundi"

Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengingatkan pentadbiran Datuk Seri Najib Razak agar tidak menipu diri sendiri dalam isu Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) kepada golongan berpendapat rendah.

Katanya, kerajaan tidak harus terus menanggung beban hingga RM8.4 bilion demi menyalurkan BR1M, yang menurutnya tidak memberi kesan kepada sokongan pengundi.

Dalam tulisannya di blog chedet.cc, beliau menegur pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak agar memahami sentimen rakyat dengan lebih baik.

"Kegagalan untuk memahami sentimen awam akan memberi akibat buruk kepada ahli politik. Menipu diri sendiri adalah lebih buruk," tulisnya.

Jelasnya, kerajaan masih mendapat sokongan baik walau tanpa memberi "sogokan" seperti itu, katanya.

"Sebenarnya, ramai juga yang memberitahu saya bahawa BR1M adalah sogokan, terutama apabila diberi sebelum pilihan raya.

"Ini samalah seperti memberi plakad untuk dipamerkan apabila anda lalu. Ia tidak mencerminkan perasaan atau sentimen sebenar.

"Perasaan itu lebih baik dinyatakan melalui undi mereka. Undian mereka menunjukkan kematangan masing-masing," katanya.

Peruntukkan RM12.4 Juta Tubuhkan Maahad Tahfiz Sains Tok Guru

Posted: 02 Mar 2014 07:44 PM PST

Komen UAI Kes Ibu Bapa Pukul Anak Tak Solat Di Sweden

Posted: 02 Mar 2014 07:36 PM PST

Air Kencing Terasa Keluar Masa SOLAT - Ustaz Azhar Idrus

Posted: 02 Mar 2014 07:35 PM PST

Hukum Makan 'Supplement' Acai Berry - Ustaz Azhar Idrus

Posted: 02 Mar 2014 07:34 PM PST

30 Tahun Neraka: Politik Bolasepak Malaysia..!!!

Posted: 02 Mar 2014 06:48 PM PST

30 Tahun Neraka
Oleh : http://www.ultrasmalaya.net/
 
Ultras Malaya menuntut barisan kepimpinan FAM dirombak secara besar-besaran semasa Pemilihan Kongres FAM penggal 2014-2018 yang bakal menentukan hala tuju bolasepak negara untuk anak-anak watan pada masa hadapan.

Ultras Malaya menuntut barisan kepimpinan FAM yang bertanggungjawab ke atas kerosakan-kerosakan yang disenaraikan di bawah agar ditolak dan disingkirkan sama sekali di dalam Pemilihan Kongres yang akan diadakan:

1. Di bawah pentadbiran Presiden kini, Malaysia tidak pernah lagi layak ke Sukan Olimpik. Kali terakhir Malaysia layak ke Sukan Olimpik ialah pada 34 tahun yang lepas.

2. Di bawah pentadbiran Presiden kini, Malaysia tidak pernah lagi layak ke Piala Asia secara merit. Kali terakhir Malaysia layak ke Piala Asia secara merit ialah pada 34 tahun yang lepas.

3. Di bawah pentadbiran Presiden kini, Malaysia hanya menyertai pusingan akhir Piala Asia sekali sahaja iaitu pada tahun 2007. Inipun kerana Malaysia ialah tuan rumah bersama.

4. Pada Piala Asia 2007, Malaysia hanya mampu menjaringkan 1 gol namun dibolosi 12 kali, sekaligus menduduki tempat tercorot kumpulan.

5. FAM membenarkan penganjuran Jelajah Asia Manchester United ketika Piala Asia 2007 sedang berlangsung, sehingga mengundang kecaman hebat FIFA.

6. Di bawah pentadbiran Presiden kini, bolasepak Malaysia dilanda skandal rasuah paling besar dalam sejarah mana-mana sukan di Malaysia pada tahun 1994. Namun 20 tahun selepas itu sehingga kini, Presiden masih belum meletakkan jawatan.

7. Pada Mei 2013, ultras telah mendapat tip bahawa perlawanan membabitkan pasukan Kuala Lumpur telah diatur untuk menghasilkan keputusan 0-5. Perlawanan tersebut berakhir dengan keputusan 0-5.

8. Apabila FIFA memperkenalkan sistem ranking dunia 21 tahun lalu (1993), Malaysia menduduki ranking ke-14 Asia. Dalam era Presiden sekarang ranking Malaysia menjunam ke kedudukan ke-29 Asia.
Read More / Baca Lagi >>

Di celah PRK Dun Kajang, MB Selangor ke Kelantan jalin usahasama

Posted: 02 Mar 2014 06:35 PM PST


(Dari kiri) Datuk Ahmad Yakub, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan Datuk Nik Aziz Nik Mat berbincang sesuatu di Kota Bharu, semalam. – Gambar Pejabat MB Kelantan, 3 Mac, 2014.(Dari kiri) Datuk Ahmad Yakub, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan Datuk Nik Aziz Nik Mat berbincang sesuatu di Kota Bharu, semalam. – Gambar Pejabat MB Kelantan, 3 Mac, 2014.Dalam kesibukan kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri Kajang, menteri besar Selangor yang juga pengarah jentera PKR, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, berkunjung ke Kelantan semalam dan menandatangani memorandum persefahaman (MoU) bersejarah antara dua negeri Pakatan Rakyat itu untuk membangunkan tujuh projek usahasama.
Kerjasama itu dibuat antara Perbadanan Menteri Besar Selangor, Perbadanan Menteri Besar Kelantan dan Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK).
Tujuh projek itu ialah hab halal, pendidikan agama, pembangunan latihan belia, pembinaan empangan tadahan air, pengembangan sistem gadaian Islam atau al-rahnu, pembangunan rangkaian fiber serta mewujudkan pusat pengumpulan dan pemasaran produk Kelantan di Selangor.
Ia merupakan lawatan rasmi pertama Khalid selaku menteri besar Selangor ke Kelantan, dan beliau turut bertemu rakan sejawatnya, Datuk Ahmad Yakub.
Mengiringi Khalid ialah Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Modal Insan, Dr Halimah Ali dan Pengerusi Kumpulan Perangsang, Raja Idris Raja Kamarudin.
Kerjasama di antara Selangor dan Kelantan, iaitu negeri maju dengan kedudukan kewangan kukuh dengan negeri miskin, dikira amat bermakna.
Read More / Baca Lagi >>

Daripada ‘Langkah Kajang’ ke ‘Langkah Khalid’

Posted: 02 Mar 2014 06:34 PM PST


Timmy Say

Selepas Datuk Seri Anwar Ibrahim membuat keputusan menjadi calon dalam pelan Langkah Kajang, kini Anwar terpaksa membuat pilihan dalam "Langkah Khalid" pula.
Pilihan yang perlu dibuat ialah memilih antara Mohamed Azmin Ali dan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. Sehingga kini, Anwar masih tidak memberi bayangan yang jelas bahawa beliau berada di sebelah siapa.
Ketika Langkah Kajang diumumkan, ramai pemimpin PKR dan AMK berpusu-pusu membuat kenyataan media menyokong tindakan tersebut. Bahkan ada yang terus melonjak menyatakan sokongan kepada Anwar untuk menggantikan Khalid sebagai MB Selangor sejurus selepas memenangi PRK Kajang.
Sebaliknya, suasana sunyi-sepi sahaja yang dapat diperhatikan pada Langkah Khalid ketika Khalid mengumumkan hasratnya untuk bertanding jawatan timbalan presiden PKR untuk melawan Azmin.
Tiada yang berpusu-pusu mengeluarkan kenyataan untuk menyokong tindakan Khalid. Yang terjumpa hanyalah kenyataan Wan Azizah yang menyeru ahli diberi pilihan untuk memilih antara Khalid dan Azmin.
Reaksi sebegini sudah cukup untuk memberikan petanda bahawa ramai di dalam PKR merasakan Langkah Khalid bukan sebahagian daripada pelan Langkah Kajang yang difahami mereka.
Sejak diumumkan menjadi calon di PRK Kajang sehingga kini, Anwar berdepan dengan sekurang-kurangnya empat insiden untuk menunjukkan pendirian sebenar beliau – sama ada beliau menyokong Khalid ataupun Azmin.
Insiden pertama ialah pelantikan pengarah pilihan raya PKR untuk PRK Kajang.
Lumrahnya, Azmin, sebagai timbalan presiden parti yang juga biasanya pengarah pilihan raya PKR akan diberi amanah memikul tanggungjawab ini.
Tetapi, di PRK Kajang, Anwar berkata, Khalid sendiri yang menawarkan diri untuk mengambil tanggungjawab tersebut. Oleh itu, tanggungjawab itu diberikan kepada Khalid.
"Tidak pernah selama saya kenal beliau minta jawatan tetapi kali ini itulah yang beliau minta," kata Anwar.
Meskipun tahu Azmin terkilan kerana baru kehilangan jawatan sebagai ahli lembaga pengarah PKNS ketika itu, Anwar secara ironinya tetap memilih Khalid, meskipun PRK Kajang adalah untuk membuka laluan untuk beliau menggantikan Khalid sebagai MB.
Insiden kedua ialah ketika tercetusnya kontroversi pemberhentian staf kontrak PKNS dalam masa 24 jam. Dalam insiden ini, Azmin menyelar tindakan Khalid sebagai tidak berperikemanusiaan dan membela mereka yang diberhentikan.
Azmin mendakwa Khalid menggunakan PKNS sebagai senjata politik bagi melawan musuh politiknya. Dakwaan Azmin secara tidak langsung memberi tanggapan bahawa beliaulah musuh yang dimaksudkan.
Khalid tidak mempedulikan kritikan Azmin. Beliau sekadar menggunakan hujah bisnesnya untuk mempertahankan tindakan pemberhentian tersebut.
Read More / Baca Lagi >>

Najib tidak setuju dengan Dr Mahathir, BR1M subsidi bersasar, kembang ekonomi dalaman..!!!

Posted: 02 Mar 2014 06:29 PM PST

Meskipun bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sekali lagi mempertikaikan pemberian Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M), Datuk Seri Najib Razak sebaliknya mempertahankan pemberian "one-off" secara tunai itu kerana ia merupakan subsidi bersasar.
Perdana menteri berkata, pemberian wang tunai sebanyak RM650 kepada isi rumah berpendapatan rendah dan RM250 kepada individu bujang membantu perkembangan ekonomi domestik.
"Lebih baik kurangkan subsidi pukal kepada subsidi bersasar. Melalui BR1M dan BR1M ketiga ini, lebih 7 juta isi umah (menerima BR1M) dengan perbelanjaan RM4.6 bilion.
"Hari pertama sudah ramai pergi Sogo, ramai pergi pasar minggu," kata Najib ketika berucap dalam Perhimpunan Bulanan Jabatan Perdana Menteri di Putrajaya, hari ini.
Dr Mahathir semalam mempersoalkan program BR1M kerajaan pimpinan Najib, dan mengingatkan ahli politik Barisan Nasional (BN) supaya tidak berada dalam khayalan bahawa pemberian tunai secara meluas seperti itu boleh memberikan sokongan yang lebih kepada kerajaan.
"Perlukah kita akan BR1M? Tanpa BR1M pun, kita pernah mendapat sokongan rakyat," tulis Dr Mahathir dalam blognya, CheDet.cc.
"Jika mereka tidak sokong, ia adalah kerana mereka tidak puas hati dengan sesuatu, malah mungkin tentang BR1M. Cari sebab mengapa mereka tidak puas hati dan anda akan tahu apa perlu dilakukan," katanya dipetik daripada blog berkenaan.
Mempertahankan polisinya itu, Najib berkata, melalui pemberian BR1M, selain individu penerima menerima manfaat, ekonomi tempatan turut berkembang, berbanding subsidi pukal.
"Teori ekonomi kita adalah, kurang subsidi kita boleh tambah peruntukan untuk pembangunan.
"Saya berharap Rancangan Malaysia ke-11 kita boleh tambah peruntukan lagi untuk pembangunan. Pembangunan mesti tambah lagi dan tidak boleh tambah melalui berhutang.
"Kalau hutang terus bertambah ekonomi akan merudum," katanya.
Najib berkata, beliau sedia maklum kesan sampingan daripada dasar rasionalisasi subsidi yang digunakan kerajaan BN akan meningkatkan kos sara hidup rakyat, namun perkara itu hanyalah bersifat sementara.
Read More / Baca Lagi >>

Orang Cina Masih Menghukum UMNO/BN Di Kajang??

Posted: 02 Mar 2014 06:21 PM PST

Barisan Nasional (BN) meletakkan calon MCA bagi pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang di Selangor kerana menghormati konsep perkongsian kuasa, kata Pengerusi Biro Publisiti dan Penerangan BN Datuk Ahmad Maslan.

Beliau berkata meskipun menerima desakan supaya meletakkan calon Melayu di kawasan itu namun BN tetap menghormati konsep yang menjadi pegangan BN selama ini.

Kedudukan BN cukup tertekan, kerana pengundi Cina masih lagi menghukum UMNO/BN atas apa yang berlaku sebelum ini. Yang menjadi mangsa atas dendam ini ialah MCA.

Apa pun yang dibuat oleh MCA tidak menjanjikan pulangan yang baik, masyarakat Cina lebih selesa menyokong Pakatan Rakyat.


Ceramah Chew Mei Fun dan beberapa kepimpinan utama MCA di Bukit Angkat 1 Mac 2014 lalu tidak mendapat sambutan yang mengalakkan.

Adakah fenomena ini berterusan sehingga hari mengundi? Mengikut pendapat secara rambang daripada penduduk setempat kawasan dun Kajang rata-rata mereka marahkan UMNO dan ini tidak langsung akan tidak memberikan undi kepada MCA.

Tinjuan lain juga menunjukkan perkara yang sama, DS Anwar Ibrahim boleh lega bagi pengundi Cina, hanya kena berwaspada dengan pengundi Melayu.

UMNO/BN kena buat sesuatu untuk mengatasi masalah ini. Pandai buat pandailah merasa!

MoU Air: Kerajaan Selangor tidak akan bayar lebih dari RM9.65 bilion

Posted: 02 Mar 2014 06:13 PM PST

KAJANG -  Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menegaskan tawaran harga pemeteraian perjanjian persefahaman (MoU) pengambilalihan ekuiti empat konsesi air sebanyak RM9.65 bilion tidak akan dinaikkan demi kepentingan hak rakyat.

Abdul Khalid berkata, beliau akan ke mahkamah sekiranya syarikat konsesi mahu meminta bayaran tambahan.

"Saya akan lawan kalau mereka nak harga lebih. Saya akan mulakan dengan RM5 bilion bukan RM9 bilion. Syarikat konsesi boleh minta berapa ratus juta pun, tapi saya jamin ia tidak akan naik.

"Tapi kalau mahkamah suruh bayar kurang daripada RM9.65 bilion, saya terpaksa bayar RM9.65 bilion sebab itu kita dah janji. Ini jaminan saya.

"Rakyat Selangor tak nak bayar lebih. Kalau ada Ahli Parlimen nak bayar lebih, biar dia bayar. Kita tak nak bayar lebih. Jadi jangan cakap tawaran itu akan naik," katanya selepas Perhimpunan Perdana Badan Pengurusan Bersama (JMB) dan Perbadanan Pengurusan (MC) dan Anugerah Komuniti Bestari 'K-Star Pangsapuri Selangor 2013, semalam.

Sebelum ini, pemeteraian MoU penstrukturan semula industri air di Selangor masih tidak disenangi pemimpin PR meskipun telah diberikan penerangan oleh Abdul Khalid.

Mereka mempertikaikan tawaran harga RM9.65 bilion yang mungkin boleh melonjak kepada RM14 bilion sebab klausa timbang tara antarabangsa membolehkan syarikat konsesi meminta bayaran tambahan.

Read More / Baca Lagi >>

Selepas 16 tahun, banduan reman paling lama di Malaysia akhirnya dibebaskan

Posted: 02 Mar 2014 05:50 PM PST


Anak guamnya, Johari adalah orang paling lama dipenjarakan di Malaysia sebelum disabitkan kesalahan, kata Karpal Singh. Gambar fail.Anak guamnya, Johari adalah orang paling lama dipenjarakan di Malaysia sebelum disabitkan kesalahan, kata Karpal Singh. Gambar fail.Selama 16 tahun, Johari (bukan nama sebenar) meringkuk di dalam penjara sebagai banduan reman dan sementara menunggu hukuman mati yang dijatuhkan terhadapnya, atas tuduhan mengedar dadah di Malaysia.
Akhirnya, pada Selasa lalu (25 Februari), Mahkamah Rayuan membebaskannya selepas melalui proses perundangan panjang dan penuh berliku.
Peguamnya, Karpal Singh, berkata Johari kini dianggap orang yang paling lama dipenjarakan di Malaysia sebelum disabit kesalahan.
Pada 4 Januari, 1998, Johari dan seorang lagi ditangkap polis di Gelugor, Pulau Pinang, kerana memiliki 35kg ganja, dan sejak itu dia direman kerana tuduhan ke atasnya tidak boleh diberikan jaminan.
Seorang lagi yang ditangkap bersamanya didapati tidak bersalah oleh Mahkamah Tinggi pada Mei 2000.
Johari dijatuhkan hukuman mati sebanyak dua kali, pertama pada Mei 2004 dan kedua pada Januari 2011, oleh Mahkamah Tinggi di Pulau Pinang.
Karpal berkata, selepas disabit kesalahan, Johari ditempatkan sebagai tahanan menunggu hukuman mati di antara 2004 dan 2010.
Hukuman ini diketepikan oleh Mahkamah Persekutuan pada 2010, dan perbicaraan semula diarahkan.
Pada Januari 2010, sekali lagi, Johari dijatuhkan hukuman mati, tetapi minggu lalu, Mahkamah Rayuan membebaskannya atas alasan teknikal.
Karpal berkata, perbicaraan semula memerlukan anak guamnya dikenakan tuduhan di mahkamah majistret telebih dahulu sebelum perbicaraan tuduhan pengedaran dadah boleh dilakukan di Mahkamah Tinggi.
"Mereka mengulangi semua prosedur dan membekalkan dokumen kepada si tertuduh seolah-olah Johari dihadapkan tuduhan baru," katanya.
Namun, katanya, pihak pendakwa memulakan perbicaraan di Mahkamah Tinggi.
Kini, Johari bebas, tetapi dia masih dihantui hari-harinya di penjara Perlis itu. Mana tidaknya, dia ditahan sebegitu lama.
"Mereka yang ditahan teruk menghadapi tekanan kerana menunggu hukuman mati. Ia mematahkan anda.
"Anda tidak akan keluar sebagai orang yang sama, walaupun didapati tidak bersalah atau diampunkan. Semuanya terlambat. Selagi belum kena, anda tidak akan tahu perasaan ini," kata lelaki berusia 41 tahun itu kepada The Malaysian Insider di Pulau Pinang, Sabtu lalu.
Read More / Baca Lagi >>

Kerana Rosmah NGO Punggung gesa PM Najib pecat Zahid Hamidi

Posted: 02 Mar 2014 04:54 PM PST

Presiden Persatuan Veteran Tentera Malaysia Mohd Ali Baharom mahu Menteri Dalam Negeri (KDN) Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi untuk mengundurkan diri dari kabinet.

Beliau turut mengatakan Zahid tidak menjaga maruah isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor dengan menyampaikan penghargaan kepada Malaysiakini.

"Saya terkejut juga dengan pemberian anugerah menteri KDN (Kementerian Dalam Negeri) Zahid Hamidi kepada Malaysiakini.

"Itu kami sedih dan rasa marah kepada menteri KDN yang tidak peka, tidak celik dan tidak bijak yang boleh dipanggil bodoh," kata beliau dalam sidang media di Hotel Midah hari ini.


Ali berkata tidak patut seorang menteri kabinet seperti Zahid memberi penghargaan kepada Malaysiakini tidak sampai sehari selepas mengeluarkan berita berhubung kesibukan Rosmah yang tiada masa untuk hobi, anaranya bermain badminton.

Ali (atas, berbaju kuning) hari ini ditemani gabungan 14 NGO lain di bawah payung Sekratariat Gabungan Sahabat 1Malaysia (SAHABAT).

Malaysiakini mendapat hadiah Kecemerlangan Media Sosial untuk kategori media atas talian dalam Anugerah Media Sosial dan Penulis Blog Sedunia 2014 27 Februari lalu.
Read More / Baca Lagi >>

Israel's Ultra-Orthodox protest draft bill

Posted: 02 Mar 2014 04:47 PM PST

Ultra-Orthodox Jews protest at the entrance to Jerusalem

Posted: 02 Mar 2014 04:46 PM PST

Pro-Russian forces surround Crimea base

Posted: 02 Mar 2014 04:46 PM PST

Ukraine: Warnings of war

Posted: 02 Mar 2014 04:45 PM PST

Tiada ulasan: