Isnin, 17 Mac 2014

RAKYAT MARHAEN

RAKYAT MARHAEN


PM 22 (1) - Ketua Pembangkang kemuka Usul mengenai Isu BERNAS

Posted: 17 Mar 2014 09:09 PM PDT

Umno bodohkan Melayu, kata Dr Siti Mariah

Posted: 17 Mar 2014 08:59 PM PDT

Dr Siti Mariah Mahmud turut mendakwa bahawa Umno kin mengaplikasi sentimen perkauman. 

KAJANG:  Ahli Parlimen Kota Raja Dr Siti Mariah Mahmud  (gambar) mendakwa masyarakat Melayu hari ini semakin menolak kepimpinan Umno kerana parti tersebut mengapikan sentimen perkauman dan membelakangkan masyarakat Melayu.
"Umno mendakwa bahawa mereka yang menyebabkan rakyat bersatu tetapi akhir-akhir ini mereka yang membangkitkan semangat perkauman," kata Dr Siti Mariah.
Dr Siti Mariah MahmudBeliau yang juga Timbalan Ketua Dewan Muslimat Pas Pusat berkata demikian dalam ceramah pilihan raya kecil Dun Kajang di Sungai Chua malam tadi.
Berucap di hadapan kira-kira 150 orang pengundi yang kebanyakannya dari masyarakat Cina, Dr Siti Mariah merujuk kepada isu video "Onederful Malaysia" yang diterbitkan oleh Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok sempena Tahun Baru Cina baru-baru ini.
"Mereka berkata bahawa video tersebut menghina Melayu, Islam dan Raja-raja Melayu dan terdapat 200 laporan polis. Saya tonton video itu dan membaca sari kata. Ia tidak menghina langsung.
"Ia video parodi yang menggambarkan isteri pembesar negara," kata Siti Mariah.
Beliau menambah bahawa di bawah Umno, Melayu semakin dibodohkan.
"Di bawah Umno, orang Melayu dibodohkan.  Di bawah Umno, Melayu kekal miskin dan mundur," tegas beliau.
Pilihan raya kecil di Kajang menyaksikan pertandingan satu lawan satu membabitkan presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan naib presiden MCA, Datin Paduka Chew Mei Fun pada 23 Mac.
Read More / Baca Lagi >>

Anwar Ibrahim muak spekulasi juruterbang MH370 yang masih hilang

Posted: 17 Mar 2014 08:57 PM PDT


Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim kecam spekulasi juruterbang MH370 mensabotaj pesawat itu kerana motif politik. Gambar fail The Malaysian Insider.Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim kecam spekulasi juruterbang MH370 mensabotaj pesawat itu kerana motif politik. Gambar fail The Malaysian Insider.Datuk Seri Anwar Ibrahim mengecam spekulasi menyatakan juruterbang pesawat Malaysia Airlines MH370 yang hilang mungkin mensabotaj pesawat itu kerana motif politik, lapor AFP.
Anwar berkata, beliau "muak" dengan apa yang dilihatnya sebagai usaha untuk menggambarkan Kapten Zaharie Ahmad Shah sebagai "orang yang tidak layak", sekali gus memburuk-burukkan nama juruterbang penerbangan Malaysia Airlines MH370 yang hilang 8 Mac lalu itu.
"Apakah ia merupakan kejahatan bagi seseorang untuk menjadi anggota PKR? Bagi saya itu adalah usaha untuk mengalihkan kelemahan kerajaan," kata Anwar kepada agensi berita AFP.
"Saya tidak menganggap laporan berita itu serius tetapi saya bercakap kerana bersimpati dengan keluarganya.
"Hilangnya pesawat MH370 secara misteri mencerminkan bukan sahaja kerajaan yang berkuasa tidak kompeten tetapi juga tidak bertanggungjawab," kata Anwar dipetik berkata kepada AFP.
Hari ini, akhbar Berita Harian melaporkan hasil siasatan daripada simulator milik juruterbang penerbangan MH370 yang diambil dari rumahnya Sabtu lalu, penyiasat menemui lima landasan latihan dalam perisiannya, dan salah satu daripadanya ialah milik Amerika Syarikat (AS).
Selepas 10 hari gagal menemui MH370, penyiasat kini menumpukan siasatan ke arah juruterbang dan anak kapal serta penumpang bagi meneliti punca kehilangan pesawat Boeing 777-200ER itu daripada sudut lain.
Read More / Baca Lagi >>

Kawalan udara tidak responsif punca MH370 hilang hingga kini, lapor The Guardian

Posted: 17 Mar 2014 08:56 PM PDT


Mesej dan doa untuk penumpang pesawat MH370 diberikan oleh masyarakat seluruh dunia. Gambar fail.Mesej dan doa untuk penumpang pesawat MH370 diberikan oleh masyarakat seluruh dunia. Gambar fail.Kehilangan misteri penerbangan MH370 berpunca daripada kawalan udara tidak responsif di Malaysia, lapor akhbar Britian, The Guardian.
Kegagalan bertindak cepat apabila menyedari hubungan terputus dan isyarat transponder hilang jelas menunjukkan reaksi di darat lemah.
"Jika kamu terputus hubungan dengan pesawat dan pastinya hilang isyarat transponder, kamu pasti mengganggap sesuatu yang buruk berlaku.
"Saya tidak lihat pihak berkuasa Malaysia responsif dengan apa yang berlaku di ruang udara," kata  Professor David Allerton dari University of Sheffield, yang juga pakar teknologi penerbangan kepada The Guardian.
Allerton berkata, sekiranya situasi sama berlaku di Eropah atau Amerika Utara, orang ramai pastinya kecoh dan mengganggap sesuatu yang buruk dan tidak dijangka berlaku.
"Apabila kamu bertanya bagaimana ini boleh terjadi? Jika menara kawalan udara tidak memantau secara teliti, ia pasti mengambil masa tujuh jam sebelum seseorang sedar ia hilang," katanya.
The Guardian juga menjelaskan pesawat Boeing 777 yang dinaiki 239 penumpang tersebut tidak mempunyai perkhidmatan talian telefon satelit bagi membolehkan penumpang menelefon keluar jika mendapati sesuatu buruk berlaku.
Bagaimanapun, The Guardian tidak menolak panggilan telefon boleh dilakukan penumpang pesawat tetapi ia masih bergantung kemampuan luaran telefon bimbit, permukaan daratan dan rangkaian pembekal talian ketika pesawat sedang terbang.
Read More / Baca Lagi >>

MH370: Tiada pesawat tidak dikenali melalui ruang udara Kazakhstan dan Kyrgyzstan

Posted: 17 Mar 2014 08:31 PM PDT

MH370: Tiada pesawat tidak dikenali melalui ruang udara Kazakhstan dan Kyrgyzstan
KUALA LUMPUR: Tiada sebarang pesawat tidak dikenali yang melalui ruang udara Kazakhstan dan Kyrgyzstan pada Sabtu, 8 Mac.

Kenyataan daripada Jawatankuasa Penerbangan Awam Kazahstan yang diperoleh agensi berita Reuters itu sekaligus mengurangkan kemungkinan bahawa pesawat Malaysia Airlines MH370 yang hilang sejak 8 Mac lalu itu dilencongkan ke arah utara melalui Thailand.

Menurut kenyataan itu lagi, sekali pun pesawat itu berjaya tiba di ruang udara negara terbabit, ia sudah semestinya akan dikesan oleh mereka.

"Jika difikirkan secara hipotesis sekali pun, pesawat ini akan terlebih dahulu dikesan oleh negara-negara di sepanjang laluannya sebelum tiba ke ruang angkasa Kazakhstan. Maka kami sudah pasti akan menerima pemakluman daripada negara-negara terbabit terlebih dahulu," katanya.

Kenyataan itu ditandatangani oleh timbalan ketua suruhanjaya terbabit, Serik Mukhtybayev.

"Walaupun semua peralatan di dalam pesawat dimatikan, adalah mustahil untuk pesawat tersebut terbang dalam mod senyap. Terdapat juga badan-badan ketenteraan yang mengawal ruang angkasa negara ini," tambahnya.
Read More / Baca Lagi >>

MH370: Kapal tentera laut Amerika Syarikat tarik diri dari usaha pencarian

Posted: 17 Mar 2014 08:30 PM PDT

MH370: Kapal tentera laut Amerika Syarikat tarik diri dari usaha pencarianKUALA LUMPUR: Sebuah kapal tentera laut Amerika Syarikat, USS Kidd yang selama ini membantu  dalam usaha pencarian pesawat MH370  yang hilang, akan menarik diri daripada pasukan pencarian antarabangsa itu.

Menurut laporan AFP yang memetik kenyataan pegawai Pentagon, keputusan itu dicapai kerana  kawasan pencarian kini begitu luas sehingga ia dirasakan adalah lebih baik sekiranya pesawat pengawasan digunakan untuk tujuan itu.

Tentera laut Amerika Syarikat bercadang untuk menggunakan pesawat P-8 Poseidon dan pesawat  P-3 Orion.

USS Kidd , menyertai pencarian itu pada minggu lalu dan telah mengalihkan tumpuan ke barat Laut Andaman di atas permintaan kerajaan Malaysia.

"Dengan kawasan carian yang diperluaskan ke selatan Lautan Hindi, pesawat rondaan jarak jauh seperti P- 8A Poseidon dan P -3C Orion adalah lebih sesuai untuk usaha mencari dan menyelamat," lapor laporan itu.

Pesawat MH370 terputus hubungan dengan Pusat Kawalan Udara Subang, jam 2.40 pagi pada 8 Mac lalu.

Sejumlah 239 penumpang dari pelbagai negara termasuk anak kapal berada di dalam penerbangan tersebut dan ia masih belum ditemui lagi.

Insiden MH370 uji aspek keselamatan negara

Posted: 17 Mar 2014 08:25 PM PDT

Kapal Pemusnah USS Kelas Arleigh Burke
AKHIRNYA apa yang di khuatiri kebanyakan rakyat Malaysia yang prihatin tehadap nasib MH370 dan maruah negara tercinta kini hampir terjadi. Ramai di antara kita ragu-ragu dengan penjelasan rasmi berhubung tragedi yang menimpa pesawat malang apatah lagi kenyataan-kenyataan yang diberikan bersimpang siur dan menambah kerumitan yang sedia ada.
Kekeliruan ini ditambah pula dengan komentar di alam maya dan juga media cetak dan elektronik.
Sudah beberapa kali pihak berkuasa di lihat membuat pusingan 'U' dalam isu yang paling hangat dan bermula dari identiti pemegang passport curi; kredibiliti pegawai Imigresen yang di ragui Menterinya sendiri; status 4 atau 5 penumpang yang di katakan check-in bagasi tetapi tidak muncul; status MH370 yang di laporkan pihak tentera sebagai membuat 'air turn back' (ATB) kemudiannya di nafikan dan akhirnya di akui kembali; dan pelbagai lagi perkara yang 'berserabut' yang di tonton secara jelas oleh ratusan juta penonton dunia secara langsung dan diulas secara pedas dan meluas terutamanya oleh CNN dan agensi media antarabangsa.
Ini ditokok tambah oleh media maya yang hanya di hujung jari kebanyakkan rakyat kita pada sebilang masa.
Kegagalan Perdana Menteri untuk muncul selaku ketua operasi amatlah mengecewakan rakyat Malaysia sebenarnya dan bertambah perit lagi apabila kemunculan beliau buat pertama kalinya Sabtu lalu menimbulkan lebih banyak persoalan. Ini menggambarkan kemampuan sebenar beliau mengemudi negara pada saat krisis yang silap gayanya boleh menjatuhkan kredibiliti dan maruah negara di mata dunia.
Keengganan beliau untuk menjawab soalan pada sidang media itu juga mengecewakan rakyat dan semakin menyerlahkan sikap tidak berani beliau untuk menghadapi realiti sebenar. Semakin parah apabila sidang media pada petang Sabtu untuk menjawab soalan  bertulis  para wartawan juga di tangguhkan keesokkan harinya, dengan alasan pihak berkuasa belum bersedia dan memerlukan masa untuk meneliti semua soalan dengan teliti.
Sebagaimana yang di lontarkan oleh seorang penganalisis penerbangan, Dr Ahmad Shamsuri Mokhtar dalam rancangan secara lansung di TV Al-Hijrah, kerajaan sepatutnya menubuhkan pasukan bertindak yang mempunyai peranan yang pelbagai seperti pasukan mencari dan menyelamat, pasukan yang mengkaji kemungkinan rampasan dan pasukan yang menghubungi 'Air Tower Controller' (ATC)  atau pun radar negara jiran di laluan yang kemungkinannya di lalui oleh MH370 seandainya ia tidak terhempas atau dilarikan.
Read More / Baca Lagi >>

Kasta Politik Dalam Malapetaka Negara

Posted: 17 Mar 2014 08:23 PM PDT

Di sebalik rungutan beberapa negara mengenai sikap tidak telus dan kemungkinan maklumat disembunyikan dalam menangani kemelut kehilangan pesawat MH370 yang sudah berlarutan sehingga hari ke-11 hari ini, kerajaan semalam menunjukkan kepada rakyat bahawa dakwaan itu semakin menunjukkan kebenarannya.

Ini berikutan dengan tindakan Pemangku Menteri Pengangkutan, Hishamuddin Hussein yang hanya menjemput Ahli-Ahli Parlimen BN menghadiri taklimat mengenai kehilangan pesawat itu di sebuah lokasi di KL Sentral, pada jam 8.30 malam, 18 Mac 2014 iaitu hari ini.

Dalam surat jemputan yang turut bocor kepada Ahli-Ahli Parlimen PR, jelas menunjukkan bahawa Ahli-Ahli Parlimen BN sendiri tidak bersetuju dengan tindakan kerajaan itu sehingga kemungkinan bertindak memberikan salinan surat itu dengan tujuan ia didedahkan kepada pengetahuan umum.

Dengan hanya menjemput Ahli-Ahli Parlimen BN sedangkan insiden kehilangan pesawat yang masih menjadi misteri sehingga kini adalah suatu malapetaka kepada negara yang seharusnya memerlukan penglibatan dan dokongan semua pihak, adakah tindakan kerajaan yang menimbulkan banyak persoalan. Lebih-lebih lagi Parlimen merupakan institusi penting yang mewakili rakyat seluruh negara, tindakan kerajaan mengenepikan wakil-wakil dari pembangkang seperti meremehkan institusi tersebut.

Apakah yang cuba disembunyikan kerajaan dalam taklimat ini? Dan apakah kerajaan, di sebalik meminta rakyat agar jangan membuat sebarang spekulasi dan andaian, sebenarnya turut menpunyai andaian sendiri yang bersifat politik kepartian dalam insiden ini?

Adakah kerana semata-mata juruterbang pesawat yang hilang itu, Zaharie Ahmad Shah merupakan ahli seumur hidup PKR dan didapati hadir memberi sokongan kepada Anwar Ibrahim ketika hukuman lima tahun penjara dijatuhkan oleh Mahkamah Rayuan, maka kerajaan terus membuat kesimpulan bahawa kejadian ini lebih bersifat politik kepartian dan sebarang maklumat harus dinafikan untuk diketahui oleh Ahli-Ahli Parlimen PR?

Sebelum ini, sebaik diketahui bahawa Zaharie adalah ahli PKR, beberapa penulis blog dan pengendali laman sosial pro UMNO telah pun mengaitkan insiden itu dengan kekecewaan dan rasa terganggu juruterbang tersebut terhadap hukuman yang dijatuhkan keatas Anwar itu. Malah ada yang lebih lancang dengan menulis, " semuanya salah Anwar."

Tanpa mengambil kira sumbangannya selama ini terhadap MAS, perasaan isteri dan ahli keluarganya serta fakta yang terbentang hanyalah pesawat itu dilencongkan ke tempat lain dan alat komunikasi dimatikan secara sengaja oleh seseorang yang pakar mengenai pesawat, hakikatnya semua itu belum lagi mutlak menunjukkan semuanya dilakukan oleh Zaharie.

Boleh jadi juga ia dilakukan oleh orang lain atau mungkin juga Zaharie dipaksa dalam keadaan yang mengancam nyawanya untuk berbuat demikian. Sehingga apa yang sebenarnya berlaku tidak dapat dipastikan kebenarannya, segala-galanya masih lagi bersifat andaian dan telahan semata-mata.

Berdasarkan logik akal juga, tiada sebab yang kukuh untuk mengesahkan bahawa Zaharie selaku juruterbang sanggup melakukan sabotaj terhadap pesawat dan mengancam 239 nyawa yang lain semata-mata kecawa kerana hukuman yang dijatuhkan keatas Anwar kerana beliau bukanlah ahli keluarga atau kenalan yang terlalu rapat dengan Ketua Pembangkang itu.

Read More / Baca Lagi >>

TPPA: Perjanjian umpama sarang labah-labah

Posted: 17 Mar 2014 08:19 PM PDT

MH370: Mahu jadi PM mesti berani jawab, kata Anwar

Posted: 17 Mar 2014 08:18 PM PDT

Flight 370: Landed, and refueled?

Posted: 17 Mar 2014 08:17 PM PDT

PRK Dun Kajang: Lensa Kempen & Ceramah - Part 7

Posted: 17 Mar 2014 08:09 PM PDT

PRK Dun Kajang: Lensa Kempen & Ceramah - Part 6

Posted: 17 Mar 2014 08:02 PM PDT

PRK Dun Kajang: Lensa Kempen & Ceramah - Part 5

Posted: 17 Mar 2014 07:58 PM PDT

PRK Dun Kajang: Lensa Kempen & Ceramah - Part 4

Posted: 17 Mar 2014 07:54 PM PDT







PRK Dun Kajang: Lensa Kempen & Ceramah - Part 3

Posted: 17 Mar 2014 07:52 PM PDT

PRK Dun Kajang: Lensa Kempen & Ceramah - Part 2

Posted: 17 Mar 2014 07:48 PM PDT









PRK Dun Kajang: Lensa Kempen & Ceramah - Part 1

Posted: 17 Mar 2014 07:46 PM PDT

Anwar Ibrahim: To Deflect Their Own Failure, They Now Choose To Attack Me - CNN LIVE

Posted: 17 Mar 2014 07:17 PM PDT

PRK Dun Kajang: Jika Dr Wan Azizah menang besar

Posted: 17 Mar 2014 07:16 PM PDT

ABD SHUKUR HARUN

Hanya beberapa hari saja lagi, tibalah hari mengundi PRK Kajang – 23 Mac ini – bahawa laporan yang dikumpulkan oleh Pakatan Pakatan Rakyat menunjukkan calon PKR/Pakatan Rakyat, setakat ini, telah mendapat sokongan melonjak daripada penduduk Kajang selepas berkempen selama beberapa minggu.

Ini hasil yang sangat menggalakkan oleh pihak Pakatan. Pertambahan sokongan pengundi Melayu, menurut pemerhati, terutamanya, berdasarkan tiga faktor. Iaitu faktor pertama, sokongan dan  kepercayaan kepada Pakatan Rakyat sendiri, berdasarkan pelbagai faktor – kenaikan harga barang yang sangat menjejaskan kehidupan rakyat, sukarnya untuk membeli rumah kerana mahal, isu rasuah yang berleluasa dan kehidupan pemimpin BN yang dilihat bermewah-mewah.

Faktor kedua, kekuatan peribadi terhadap calon PKR/Pakatan, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang dilihat memiliki sifat sebagai wanita dan isteri solehah.

Ketiga, simpati kepada beliau sendiri atas pelbagai ujian yang dihadapinya dan keluarganya berhubung dengan hukuman penjara lima tahun terhadap suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim, yakni pengaruh Anwar sendiri juga sangat besar.

Dr Wan Azizah akan berdepan dengan calon BN dari Wanita MCA, Chew Mei Fun dan ini tentunya menarik perhatian di mana kira-kira 50% daripada kira-kira 39,000 pengundi DUN Kajang adalah wanita.

Walaupun peluang Dr Wan Azizah begitu cerah, tetapi ada peringatan penting dari Timbalan Ketua Penerangan PAS Tan Sri Muhammad Muhd Taib yang menggesa jentera pilihan raya Pakatan mesti bekerja keras lagi.

Ini, katanya memandangkan masih ada tempat yang sukar untuk mengubah pendirian mereka yang sudah berusia dari menyokong BN kepada Pakatan.

Beliau mendakwa, habuan dan pelbagai bantuan yang disalurkan oleh BN turut menjadi satu batu penghalang untuk mendekatkan Pakatan kepada pengundi Melayu. Walau bagaimanapun, katanya, sudah ada perubahan dalam kalangan pengundi Melayu keseluruhannya.
Read More / Baca Lagi >>

PRK Dun Kajang: Dr Wan Azizah dekati pengundi Kajang berbekalkan imej ‘suri rumah’

Posted: 17 Mar 2014 07:14 PM PDT


Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail ketika ditemubual di bilik gerakan PKR bagi DUN Kajang, semalam. – Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 18 Mac, 2014.Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail ketika ditemubual di bilik gerakan PKR bagi DUN Kajang, semalam. – Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 18 Mac, 2014.Berbekalkan imej suri rumah, calon Pakatan Rakyat (PR) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang, Datuk Seri Dr Wan Azizah cuba mendekati kumpulan pengundi apabila menggesa pemimpin daripada parti politik tidak memperlekehkan mana-mana calon parti daripada kumpulan suri rumah.
Isteri kepada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim itu berkata, calon daripada kalangan suri rumah seharusnya dihormati, kerana tugas suri rumah bukan mudah, lebih-lebih lagi apabila terpaksa mewakili parti dalam pilihan raya.
"Calon-calon wanita kita hormat, kita tidak mahu selar. Kita hormat calon wanita, kita tidak buat taktik kotor. Saya tidak setuju kita selar, PR tidak buat begitu. Kita hormat," katanya kepada pengundi ketika berceramah di Taman Putra, Kajang malam tadi.
Dr Wan Azizah berkata, tindakan beberapa pemimpin wanita daripada Umno yang cuba memperlekehkan dirinya sebagai suri rumah tidak harus berlaku kerana mereka turut tergolong dalam kumpulan suri rumah.
"Saya hormat suri rumah. Cuba jadi suri rumah sekejap. Masak, pergi ambil anak sekolah, basuh baju ... jangan pandang rendah suri rumah tangga," katanya dalam ceramah itu.
Beliau sebelum ini senyap seketika daripada arena politik selepas mewakili kerusi Parlimen Permatang Pauh bermula pada Pilihan Raya Umum 2004 hingga 2008, kemudian melepaskan kerusi berkenaan untuk ditandingi Anwar selepas ketua umum PKR itu dibebaskan dari penjara bagi membolehkan beliau menyertai semula arena politik tanah air.
Read More / Baca Lagi >>

MH370: Miliki simulator di rumah perkara biasa

Posted: 17 Mar 2014 07:13 PM PDT

Zaharie bina simulasi sendiri di rumah  
Gambar dari akaun Facebook Zaharie Shah menunjukkan set simulasi Boeing 777 yang dibina sendiri di kediamannya.
SHAH ALAM - Satu perkara biasa sekiranya juruterbang mempunyai simulator penerbangan di rumah.

Menurut sumber, kebanyakan juruterbang pesawat komersial di seluruh dunia mempunyai simulator sendiri atas beberapa faktor.

"Mungkin sesetengah juruterbang mempunyai minat atau hobi untuk menggunakan simulator sekiranya mempunyai waktu lapang dan rasanya itu bukan satu kesalahan," katanya ketika dihubungi Sinar Harian.

Katanya, setiap enam bulan sekali juruterbang pesawat komersial perlu menjalani ujian termasuklah menerbangkan pesawat  menggunakan simulator.

"Ujian menggunakan simulator ini meminta setiap juruterbang mengendalikan satu penerbangan sebagai contoh, penerbangan dari Malaysia ke Melbourne.

"Simulator ini juga digunakan untuk meningkatkan lagi tahap kecekapan pengendalian pesawat," katanya.

Read More / Baca Lagi >>

MH370: Mustahil tidak dikesan radar

Posted: 17 Mar 2014 07:11 PM PDT

Mustahil MH370 tidak dikesan radar  
 Sebuah pesawat milik MAS kelihatan terbang di ruang udara Manila, Filipina.
Tidak mungkin pesawat MH370 melintasi ruang udara India tanpa dikesan oleh radar awam dan tentera negara itu.

Editor Hal Ehwal Keselamatan dan Strategik NDTV, Nitin Gokhale berkata, India mempunyai dua jenis satelit iaitu sekunder dan primer bagi mengesan pergerakan pesawat yang melalui ruang udara negara itu.

"Pesawat MH370 mungkin boleh mengelak daripada dikesan oleh radar pemantauan sekunder tetapi ia masih boleh dikesan oleh radar pemantauan primer yang digunakan tentera.

"Radar tentera akan dapat mengesan sebarang pergerakan pesawat yang tidak dikenali melalui ruang udara kami," katanya ketika diwawancara saluran televisyen, Astro Awani, semalam.

Sebelum ini, dalam laporan Times of India, pengawal trafik udara negara itu menolak kemungkinan pesawat MH370 masuk ke ruang udara India dan terbang sehingga ke jalur utara yang ditunjukkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam sidang media Sabtu lalu.

Read More / Baca Lagi >>

MH370: Komunikasi terakhir dibuat pembantu juruterbang, kata MAS

Posted: 17 Mar 2014 06:43 PM PDT


Nada suara pembantu juruterbang MH370, Fariq Abdul Hamid tidak menunjukkan tanda stres ketika menghantar mesej terakhir, kata Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Airlines, Ahmad Jauhari Yahya. Gambar fail.Nada suara pembantu juruterbang MH370, Fariq Abdul Hamid tidak menunjukkan tanda stres ketika menghantar mesej terakhir, kata Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Airlines, Ahmad Jauhari Yahya. Gambar fail.Komunikasi terakhir daripada kokpit penerbangan MH370 dilakukan oleh pembantu juruterbang, Fariq Abdul Hamid, sebelum pesawat ke Beijing itu hilang pada awal pagi 8 Mac.
Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Airlines, Ahmad Jauhari Yahya, berkata berdasarkan siasatan awal, Fariq yang menghantar mesej radio terakhir "all right, good night" pada 1.19 pagi sebelum pesawat hilang daripada imbasan radar.
Beliau berkata, nada suara Fariq juga tidak menunjukkan tanda-tanda stres ketika mengucapkan "all right, good night". (baiklah, selamat malam)
Ahmad Jauhari mengulangi transmisi terakhir Sistem Pengendalian Komunikasi dan Laporan Pesawat (ACARS) diterima pada 1.07 pagi.
"Bagaimanapun kami tidak tahu bila ACARS dimatikan selepas itu," katanya.
Read More / Baca Lagi >>

MH370: Malaysia bolak-balik, makin tambah keliru, kata laporan

Posted: 17 Mar 2014 06:41 PM PDT


Maklumat yang disampaikan pihak berkuasa Malaysia mengenai MH370 kerap bercanggah antara satu sama lain menimbulkan kekeliruan. Gambar fail menunjukkan pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein (kanan) dan Ketua Pegawai Eksekutif MAS, Ahmad Jauhari Yahya (kiri).Maklumat yang disampaikan pihak berkuasa Malaysia mengenai MH370 kerap bercanggah antara satu sama lain menimbulkan kekeliruan. Gambar fail menunjukkan pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein (kanan) dan Ketua Pegawai Eksekutif MAS, Ahmad Jauhari Yahya (kiri).Perkembangan dalam misi mencari pesawat Malaysia Airlines MH370 kini semakin mengelirukan selepas pihak berkuasa berpatah balik dalam kenyataan mereka berhubung bila sistem komunikasi penting di pesawat itu dipadamkan.
Ketua Pegawai Eksekutif kumpulan penerbangan itu, Ahmad Jauhari Yahya pada sidang media semalam berkata, tidak jelas bila sebenarnya satu daripada sistem pengesan automatik pesawat itu ditutup dan kata-kata terakhir dari kokpit, dipercayai oleh pembantu juruterbang, yang mungkin dilakukan sebelum sistem komunikasi dipadam.
Ini bercanggah dengan kenyataan awal pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein yang mengatakan sistem komunikasi ditutup pada 1.07 pagi 8 Mac – sebelum rakam keluar secara lisan dihantar kepada menara kawalan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, kata laporan di The Sydney Morning Herald.
Ahmad Jauhari berkata semalam, sistem komunikasi iaitu Sistem Laporan dan Komunikasi pesawat (ACARS), berfungsi seperti biasa pada 1.07 pagi tetapi kemudiannya gagal menghantar laporan kemas kini seterusnya yang dijadualkan pada 1.37 pagi.
"Kita tidak tahu bila sistem ACARS dipadamkan," katanya.

Tiada ulasan: