MIMPI SENJA |
- Kehilangan MH370 : Simulator penerbangan kapten Zahari kukuhkan 'teori Diego Garcia'
- Kehilangan MH370 : Dimana MH370 boleh mendarat?
- Kehilangan MH370: Selebriti turut beri sokongan
- Mengapa TUDM tidak kerah pesawatnya pintas MH370?
- Kehilangan MH370 : Misteri selubungi kata-kata terakhir Fariq
- Kehilangan MH370 : Kerajaan cuba sorok ‘sesuatu’ , tak jemput MP Pakatan sesi penjelasan
- MH370: Tuduh juruterbang sabotaj tindakan biadap
- Video: Pemeriksaan Terakhir Terhadap Juruterbang dan Pembantu MH370
Kehilangan MH370 : Simulator penerbangan kapten Zahari kukuhkan 'teori Diego Garcia' Posted: 17 Mar 2014 10:33 PM PDT
Pangkalan tentera Amerika Syarikat, Diego Garcia. MISTERI menyelubungi kehilangan pesawat MH370 milik Penerbangan Malaysia (MAS) masuk ke episod mendebarkan apabila polis mula menumpukan siasatan terhadap juruterbang, pembantu juruterbang, krew serta penumpang pesawat Boeing 777-200ER itu. Walaupun dikritik kerana lewat 8 hari daripada sepatutnya, carian dibuat polis di kediaman juruterbang pesawat terbabit, Kapten Zaharie Ahmad Shah di sebuah kawasan perumahan eksklusif Shah Alam Sabtu lalu menemukan simulator penerbangan milik beliau. Simulator itu kemudiannya dibawa ke Bukit Aman dan dipasang semula untuk siasatan. Sumber yang dipetik Berita Harian, hari ini mendedahkan perisian simulator milik Kapten Zaharie mengandungi lima landasan latihan, dan salah satu daripadanya ialah milik Amerika Syarikat (AS). "Antara perisian yang diperiksa setakat ini adalah Lapangan Terbang Antarabangsa Male di Maldives, lapangan terbang milik Amerika Syarikat (Diego Garcia), serta tiga landasan di India dan Sri Lanka, yang semuanya mempunyai jarak landasan 1,000 meter," kata sumber. Siasatan dengan bantuan Suruhanjaya Komunikasi Multimedia (SKMM) itu cuba mencari petunjuk dalam usaha mencari MH370. Penyiasat sedang meneliti kemungkinan pesawat tersebut mendarat di landasan yang kawalannya longgar, selain teori pesawat itu mungkit mendarat di atas laut, bukit atau kawasan lapang yang sesuai. Polis membuka kertas siasatan pada 8 Mac lalu ke atas anak kapal MH370, termasuk juruterbang dan pembantunya serta kakitangan yang mengendalikan pesawat itu. Rumah juruterbang dan pembantu juruterbang pesawat terbabit digeledah selepas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada sidang media khasnya petang Sabtu lalu berkata, siasatan kini beralih dan tertumpu kepada anak kapal pesawat berdasarkan kepada petunjuk baru. Najib yang menafikan terdapat unsur rampasan berkata, pesawat MH370 berpatah balik ke arah barat selaras dengan tindakan yang disengajakan oleh seseorang dalam kapal terbang itu. AS sebelum ini menafikan kemungkinan pesawat yang membawa 239 penumpang tersebut mendarat di pangkalan mereka. Peta menunjukkan lokasi Kepulauan Andaman dan Nocobar. Pesawat MH370 dipercayai terbang ke arah pulau berkenaan. Bagaimanapun Daily Mirror dalam laporan 14 Mac lalu memetik sumber Reuter bahawa penyiasat mendapati pesawat itu terbang menghala ke arah Kepulauan Andaman yang terletak di Lautan Hindi di baratdaya Malaysia. Laporan Richard Hartley-Parkinson itu juga menyatakan bahawa maklumat dari radar penjejak milik tentera menunjukkan bahawa pesawat MH370 yang hilang dari radar "sengaja" diterbangkan merentasi Semenanjung Malaysia ke arah Pulau Andaman, sumber yang rapat dengan penyiasat memberitahu Reuter. Dua sumber menyatakan sebuah pesawat yang tidak dikenali yang dipercayai pesawat MH370, terbang melalui satu "laluan udara" yang lazim digunakan oleh pesawat dalam penerbangan ke Timur Tengah dan Eropah, telah dijejak dan dilakar (plot) oleh radar penjejak milik tentera itu. Maklumat seperti ini menunjukkan bahawa peswat berkenaan dipandu oleh seseorang yang terlatih dalam bidang penerbangan. Lakaran (plot) terakhir oleh radar penjejak berkenaan menunjukkan pesawat MH370 itu terbang ke arah pulau Andaman, salah sebuah pulau dari rangkaian beberapa buah pulau yang terletak di antara Laut Andaman dan Teluk Benggala. Laluan udara (waypoints) adalah lokasi geografi yang diwujudkan dengan mengira garisan membujur (longitude) dan garisan melintang (latitude) sebagai panduan kepada juruterbang untuk mengemudi pesawat di sepanjang 'koridor udara' yang dilalui. Sumber ketiga yang juga rapat dengan penyiasatan memberitahu bahawa penyiasatan berpandukan teori bahwa seseorang yang tahu menerbangkan pesawat "telah mengambilalih" pesawat dan mengubah haluan penerbangan ke suatu destinasi yang tidak diketahui. "Apa yang boleh kami nyatakan ialah kami sedang menyiasat kemungkinan berlakunya sabotaj tanpa menafikan kemungkinan berlakunya rampasan pesawat," kata sumber yang juga seorang pegawai kanan polis. Ketiga-tiga sumber meminta identiti mereka tidak didedahkan kerana mereka tidak diberi kuasa untuk bercakap kepada media dan demi melindungi sensitiviti penyiasatan. Usaha mencari dan menyelamat MH370 kini masuk fasa kedua melibatkan koridor utara meliputi sempadan Kazakhstan dan Turkmenistan sehingga ke utara Thailand manakala koridor selatan, dari Indonesia hingga selatan Lautan Hindi. MH370 yang membawa 239 penumpang termasuk 12 anak kapal hilang daripada radar selepas sejam berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, Sepang dalam perjalanan ke Beijing. - SUMBER |
Kehilangan MH370 : Dimana MH370 boleh mendarat? Posted: 17 Mar 2014 09:25 PM PDT MAKLUMAT data mendapati pesawat MH370 berhubung enam kali dengan satelit dan yang terakhir direkodkan pada jam 8.11 pagi pada waktu tempatan 8 Mac lalu bukti pesawat itu tidak mengalami masalah teknikal meskipun transporder sudah dimatikan berhampiran sempadan kawalan trafik udara antara Malaysia dan Vietnam. Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam (DCA), Datuk Azharuddin Abdul Rahman berkata, berdasarkan data satelit berkenaan, kajian dilakukan pakar bagi menentukan laluan yang digunakan MH370. Menurutnya, isyarat itu dikesan pada tempoh pesawat hilang daripada titik Igari untuk sempadan kawalan trafik udara Vietnam dan Malaysia dan 'air turn back' ke Selat Melaka. Sidang media semalam, Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata pesawat berkenaan mempunyai tempoh 30 minit sahaja selepas itu untuk melakukan penerbangan sebelum kehabisan minyak. Walau bagaimanapun beliau sebelum itu turut menafikan pesawat berkenaan mendarat di Pengkalan Tentera Diego Garcia milik AS di Lautan Hindi. Jadi ke mana pesawat yang hendak kehabisan minyak boleh melakukan pendaratan cemas? Seperti yang diketahui umum di kawasan Lautan Hindi cukup luas dan mempunyai banyak pulau-pulau kecil. Menurut pakar, MH370 boleh mendarat dengan selamat pada landasan pendek yang bukan khas untuk kegunaan pesawat komersial sepertinya. Jika mendarat dengan kawalan juruterbang di laut, pesawat dianggarkan mengambil masa tiga minit untuk meluncur sebelum terhenti dan terapung sebelum tenggelam jika air memasuki kabin sepenuhnya. Berbeza dengan sebarang pendaratan di daratan seperti padang pasir, pesawat boleh mengalami banyak kerosakan kerana permukaan tidak rata dan keras yang boleh menyebabkan MH370 melambung atau terhempas di luar kawalan. Jika teori ini tepat, MH370 yang dilaporkan dikendalikan secara manual oleh seseorang yang mahir di dalam kokpit akan melalui kawasan Kepulauan Andaman selepas isyarat terakhir dipercayai dari pesawat itu dikesan radar Tentera Udara Diraja Malaysia di situ. Pulau Nicobar yang terletak Lautan Hindi mempunyai tiga landasan kapal terbang tinggal yang sudah tidak digunakan. Salah satu daripadanya adalah Lapangan Terbang Campbell Bay yang terletak 190 kilometer Utara Kepulauan Sumatera. Selain itu, terdapat sebuah lagi landasan kapal terbang dibina tentera Jepun pada tahun 1942 hingga 1945. Landasan ini kemudiannya diubahsuai dan dipanjangkan sehingga 8,886 kaki oleh Tentera Udara India pada 1967. Sebuah lagi landasan kapal terbang terletak di Utara antara Pulau Andaman dan Nicobar. Ialah Landasan Kapal Terbang Shibpur yang kini juga sudah tidak lagi digunakan. Landasan kapal terbang tinggal juga wujud di Pulau Koko yang dikatakan dimiliki oleh tentera Myanmar dan sesetengahnya mengatakan ianya kini di bawah kekuasaan China. Pilihan terakhir, MH370 juga boleh mendarat dengan selamat di Lapangan Terbang Antarabangsa Veer Savarkar atau lebih dikenali sebagai 'Portblair' milik Negara India di pulau yang sama yang difahamkan kini dalam proses pengubahsuaian. - SH |
Kehilangan MH370: Selebriti turut beri sokongan Posted: 17 Mar 2014 08:19 PM PDT SEBELAS hari telah berlalu, namun misteri kehilangan pesawat Boeing 777-200 milik Malaysia Airlines (MAS) masih belum terungkai. Sehingga kini, operasi mencari dan menyelamat (SAR) bagi pesawat MH370 yang hilang sejak 8 Mac lalu, masih lagi berjalan seperti biasa. Nasib 227 penumpang termasuk dua bayi, dan 12 kru kabin masih lagi belum diketahui. Berikutan musibah yang menimpa, orang ramai tetap tidak berputus harap dan terus berdoa agar kesemua penumpang dan kru pesawat itu dapat ditemui dengan selamat. Bahkan, golongan penggiat seni tanah air juga tidak terkecuali dalam memberikan tanda sokongan dan harapan buat pesawat MH370. Mengharap Cinta tribute MH370 Jika pendatang baru dalam dunia nasyid, Amar atau nama sebenarnya, Arif Muazzim Abdul Rahman mencipta lagu Pray For MH370 bagi meluahkan rasa sedihnya, berbeza pula bagi penyanyi, Sharifah Zarina. Penyanyi Harapan Berbunga Realiti ini menghasilkan tribute buat pesawat MH370 menerusi lagu baharunya, Mengharap Cinta ciptaan sepenuhnya oleh bekas peserta Vokal Bukan Sekadar Rupa, Mafa. Bicaranya, dia terpanggil untuk membuat sendiri klip video itu selepas dihubungi stesen radio untuk memberi kata-kata semangat kepada keluarga mangsa. "Selepas lagu berkenaan diputarkan di radio, baru saya sedar yang liriknya sangat dekat dengan situasi yang berlaku sekarang. "Saya mendengarnya sambil menangis apabila terkenangkan peristiwa itu," katanya ketika dihubungi Zass. Tambahnya, dia turut memuat naik video itu di laman sosial YouTube dan tidak menyangka ia mendapat sambutan yang cukup menggalakkan. "Bukan saja tarik ramai penonton (viewer) tapi ada juga yang turut berkongsi di laman sosial masing-masing," katanya. Begitu pun, katanya, dia tidak berhasrat untuk menjadikan video berkenaan sebagai klip video rasmi bagi lagu itu. Awi Rafael kumpul makanan & minuman Difahamkan , artis yang bernaung di bawah syarikat rakaman, Warner Music (Malaysia) kini berusaha mengumpul minuman, makanan dan barang kegunaan lain untuk didermakan kepada petugas yang terbabit dalam misi pencarian MH370. Ketika ditanya pada salah seorang artis naungannya, Awi Rafael memberitahu, dia bersedia untuk memberi sokongan penuh dan jitu. Jelasnya, walaupun dia masih belum mendapat sebarang butiran lanjut mengenainya, namun dia tahu ini adalah satu usaha yang positif. "Saya bangga dengannya dan bersedia untuk memberi komitmen. "Sekurang-kurangnya kita mencuba untuk memberi bantuan dalam bentuk kewangan atau sokongan moral," kata penyanyi Kalau Aku Kaya ini. Dia yang juga komposer turut berhasrat untuk mencipta sebuah lagu khas buat MH370. Walls of Hope Daphne Iking Siapa sangka, pelakon filem Belukar, Daphne Iking banyak melibatkan diri dalam aktiviti kemasyarakatan. Daphne adalah salah seorang ahli badan bukan kerajaan (NGO) Malaysian For Malaysia. Demi menunjukkan tanda sokongannya itu, Daphne melalui NGO berkenaan membuat satu 'tembok harapan' (Walls of Hope) pada hampir semua pusat membeli belah di seluruh negara. Katanya, menerusi Walls of Hope itu, orang ramai boleh menulis harapan, doa dan sokongan untuk penumpang dan kru kabin serta keluarga pesawat terbabit. "Antara pusat membeli belah yang terlibat ialah Pavilion, Fahrenheit 88, One Utama, MidValley Megamall , Bangsar Village dan Bangsar Shopping Centre di Kuala Lumpur. "Lain-lain termasuklah Mesra Mall di Kuala Terengganu, Kinta City Mall di Ipoh dan Gurney Plaza di Georgetown , Pulau Pinang," katanya. Luah perasaan menerusi kreativiti: Yasmin Hani Pelakon dan pengacara, Yasmin Hani Richardson menunjukkan tanda simpatinya pada insiden pesawat MH370 dengan menulis setiap patah perkataan yang berbunyi #PrayForMH370 di atas helaian kertas A4. Dia yang mesra disapa sebagai Hani berkata, perbuatan itu dilakukannya bersama-sama pelakon dan kru penggambaran filem Antara Satu, baru-baru ini. Katanya, helaian kertas itu kemudiannya dipegang oleh setiap kru dan pelakon yang terlibat dalam penggambaran filem berkenaan. "Antara artis yang terlibat sama adalah Enot, Dira Abu Zahar dan Remy Ishak. "Selain mengambil foto, kami turut membuat klip video," kata isteri kepada Sha'arin Razali ini. Selain itu, Hani juga memberitahu, dia turut terlibat dengan satu majlis yang dianjurkan oleh Reshmonu iaitu #UnitedForMH370 di Piazza@ The Curve Mutiara Damansara. "Ia acara untuk kita semua hadiri bersama-sama tanpa mengira bangsa dan agama sekalipun. "Sama-sama berhimpun dan berdoa untuk kesejahteraan penumpang serta kru kabin pesawat MH370 agar mereka pulang dengan selamat," katanya. Maya Karin tangguh lancar album Pelakon dan penyanyi jelita, Maya Karin mengambil keputusan untuk menangguhkan pelancaran album terbaharu dan persembahannya demi menghormati dan bersimpati dengan tragedi pesawat MAS, MH370. Dalam satu kenyataan akhbarnya, majlis pelancaran yang dijadualkan berlangsung pada 25 Mac ini telah ditunda ke tarikh 1 April depan. Pelakon filem Cun itu mendapat berita mengenai tragedi berkenaan ketika berada di kota London atas urusan keluarga juga terkejut dan bersimpati dengan mangsa. "Saya terkejut apabila mendapat tahu tentang berita ini. Saya amat simpati sekali dan berharap kita semua mendoakan agar penumpang dan anak-anak kapal MH370 semuanya selamat," katanya. |
Mengapa TUDM tidak kerah pesawatnya pintas MH370? Posted: 17 Mar 2014 06:36 PM PDT Tuesday, March 18, 2014Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dikritik hebat terutamanya oleh media asing berikutan kehilangan pesawat Boeing 777-200 milik Malaysia Airlines (MAS) sembilan hari lepas ketika dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing. Media-media luar negara seperti The New York Times, BBC dan CNN mempersoalkan mengapa TUDM tidak berbuat apa-apa ketika radar pertahanan udaranya mengesan sebuah pesawat tidak dikenali membuat "Air Turn Back" dari laluan asal di Laut China Selatan menuju ke perairan Laut Andaman. "Di mana TUDM ketika semua ini berlaku," tanya Andrew Brookes, bekas juruterbang Tentera Udara Diraja British (RAF) dan penganalisis penerbangan kepada BBC hari ini. Sejurus sebelum membuat pusingan, pesawat itu telah menutup transponder yang memberikan maklumat tentang jenis, kelajuan dan kedudukan pesawat kepada menara kawalan, selain mematikan sistem dikenali Aircraft Communication Addressing And Reporting System (ACARS) yang menyampaikan maklumat terkini tentang pesawat menerusi satelit. Media-media luar mempersoalkan mengapa TUDM tidak mengerah jet-jet pejuangnya untuk memintas pesawat itu yang kemudiannya dikenali sebagai MH370, sebelum ia menghilangkan diri di Laut Andaman menuju ke lokasi yang tidak dapat ditentukan sehingga kini. Ada di antara media-media luar negara itu mendakwa kegagalan TUDM bertindak membuktikan terdapatnya kelonggaran dalam kawalan keselamatan ruang udara negara dan menyukarkan pencarian MH370. Sehingga kini, TUDM mahu pun Kementerian Pertahanan gagal tampil untuk memberikan jawapan terhadap dakwaan-dakwaan tersebut. Bagaimanapun isu mengenai dakwaan kegagalan TUDM itu banyak dibincangkan di dalam blog-blog pertahanan negara. Di antaranya adalah blog Malaysia Military Power yang mengatakan, pesawat MH370 itu tidak dipintas oleh jet-jet pejuang negara kerana ia dikategorikan sebagai bukan satu ancaman, sebagaimana yang dijelaskan oleh Panglima TUDM Jen Tan Sri Rodzali Daud di dalam sidang media beberapa hari lalu. "Kebanyakan ancaman bergerak di dalam kelajuan yang amat tinggi dan di altitud yang amat rendah, menuju (ke sasaran) di dalam kedudukan sudut tertentu. Tidak ada jet pejuang yang terbang dengan kelajuan di bawah Mach 1 kerana ia akan menyebabkan enjin 'flame out." "Kerana itu air defence radar hanya fokus kepada target yang abnormal dari segi altitud dan kelajuan mendadak seperti pesawat pejuang sehingga kepada peluru berpandu ballistik," menurut blog pertahanan itu. Kelajuan pesawat penumpang seperti MH370 yang rendah serta terbang di laluan penerbangan awam menjadikan pesawat MAS itu sama seperti pesawat komersial yang lain pada pandangan radar tentera. Menurut seorang penganalisis pertahanan tempatan pula, radar pertahanan udara negara lebih fokus untuk memantau ancaman yang datangnya dari luar negara seperti jet-jet pejuang berkelajuan tinggi dan yang terbang rendah. Penerbangan rendah mendakap bumi atau dikenali di dalam lingo ketenteraan sebagai "Nap Of Earth" (NOE) adalah untuk mengaburi pantulan radar pertahanan udara. "Jika pesawat itu terbang dari Kuala Lumpur, milik syarikat penerbangan dan mengikut ketinggian dan laluan yang biasa dilalui oleh penerbangan awam, ia biasanya dikendalikan oleh radar kawalan udara milik Jabatan Penerbangan Awam (DCA)," katanya. TUDM menempatkan skuadron pesawat FA-18D Hornet di pengkalan udara Butterworth serta radar pertahanan udaranya, manakala skuadron pesawat pejuang Sukhoi SU-30MKM pula ditempatkan di pengkalan udara Gong Kedak, Terengganu. Kedua-dua pesawat pejuang lebih daripada berkemampuan untuk memintas MH370. Kelantangan media-media luar negara serta tempatan melontar pelbagai tuduhan terhadap TUDM juga amat tidak adil kerana perkara sama juga berlaku di dalam peristiwa 9/11 apabila dua pesawat penumpang Amerika Syarikat dirampas sebelum merempuh bangunan World Trade Center. Di dalam kejadian terbabit, jet-jet pejuang negara kuasa besar yang memiliki sistem pertahanan udara yang jauh lebih canggih itu juga gagal memintas pesawat penumpang yang dirampas itu. Itu adalah apa yang telah dilaporkan oleh MalaysiaGazette di ( SINI ) Dan jawapan yang telah diberikan oleh Malaysia Military Power pada dasarnya sudah tidak relevan lagi setelah berlakunya tragedi 911.. Kegagalan pihak Amerika Syarikat mengesan dan memintas pesawat komersial itu sepatutnya kita jadikan sebagai tauladan bukannya sebagai alasan untuk mempertahankan pihak TUDM. Jadi tak hairanlah jika dunia mempersoalkan tahap keselamatan udara negara kita.. |
Kehilangan MH370 : Misteri selubungi kata-kata terakhir Fariq Posted: 17 Mar 2014 07:01 AM PDT "Baik, selamat malam," adalah kata-kata terakhir dari kokpit pesawat Malaysia Airlines, penerbangan MH370, yang masih belum ditemui. Kata-kata ini menjadi tumpuan kajian mendalam untuk menentukan sama ada ia disebut oleh juruterbang atau oleh seseorang yang tidak sepatutnya berada di kokpit berkenaan. Bagaimanapun, pihak berkuasa Malaysia hari ini berkata mereka percaya kata-kata itu bukan disebut oleh orang asing, tetapi oleh pembantu juruterbang Fariq Ab Hamid. Ia adalah berdasarkan maklumat dari siasatan awal, kata ketua pegawai eksekutif MAS Datuk Ahmad Jauhari Yahya dalam sidang media di Hotel Sama-Sama, KLIA. "Siasatan awal menunjukkan pembantu juruterbang itu yang bercakap pada waktu itu, ia dirakam dalam pita rakaman," katanya. Perbualan terakhir itu berlaku hanya 11 minit sebelum MH370 hilang dari radar kawalan lalullintas udara Malaysia pada jam 1.30 pagi, 8 Mac. Adakah sesuati berlaku ke atas pembantu juruterbang tersebut dalam tempoh 11 minit berkenaan atau adakah pembantu juruterbang tersebut terlibat dalam satu pakatan tertentu? Ia seterusnya menimbulkan satu lagi persoalan – sama ada sistem Aircraft Communications Addressing and Reporting System (Acars) dalam pesawat tersebut dimatikan sebelum atau selepas komunikasi teraskhir dengan kokpit pesawat. Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Hussein semalam menyebut bahawa Acars dimatikan sebelum komunkasi terakhir antara menara kawalan dengan kokpit. Kenyataan tersebut, yang dijelaskan sebagai tidak tepat hari ini, menimbulkan persoalan baru – mengapa Fariq tidak memberi isyarat mengenai apa-apa masalah kepada menara kawalan, memandangkan Acars dimatikan kerana ia tidak sepatutnya dilakukan. Jauhari hari ini berkata masih belum dapat dipastikan sama ada Acars dimatikan sebelum atau selepas komunikasi Fariq. "Pancaran data Acars terakhir pada 1.07pm. Kita tidak tahu bilakah Acars dimatikan selepas itu, tetapi ia sepatutnya memancar data setiap 30 minit dan pancaran seterusnya tidak diterima," katanya. Ini bermakna pancaran Acars seterusnya – yang tidak berlaku – sepatutnya pada jam 1.37am. Ini menunjukkan bahawa Acars mungkin dimatikan pada bila-bila masa sebelum atau selepas jam 1.19 pagi, tetapi pada waktu di antara 1.07am dan 1.37am, yang merupakan komunikasi terakhir dengan menara kawalan. - malaysiakini |
Kehilangan MH370 : Kerajaan cuba sorok ‘sesuatu’ , tak jemput MP Pakatan sesi penjelasan Posted: 17 Mar 2014 05:53 AM PDT KUALA LUMPUR 17 MAC : Ahli Parlimen Pakatan Rakyat terkejut dengan tindakan Kerajaan Pusat yang mendiskriminasi mereka berhubung penjelasan kerajaan kehilangan pesawat MH370. Ahli Parlimen Bayan Baru, Sim Tze Tzin, berkata beliau kecewa dengan tindakan Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein yang masih bersikap bermain politik ketikamana negara dalam krisis kritikal. "Kita terkejut kerana jemputan penjelasan kehilangan MH370 hanya diberi kepada Ahli Parlimen Barisan Nasional. "Ini adalah tragedi nasional dan semua ahli parlimen perlu diberi penjelasan," kata Sim dipetik portalwww.fz.com. Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh, berkata tindakan itu juga mencerminkan Kerajaan Pusat tidak telus dalam pengurusan krisis kehilangan MH370. Hishammuddin dalam jemputan bertarikh 14 Mac menyatakan penjelasan itu dijadualkan esok pada jam 8.30 malam di Aloft KL Sentral. Perkara itu juga dibangkitkan dalam sidang Dewan Rakyat hari ini apabila Ahli Parlimen Pakatan Rakyat memohon penjelasan Kerajaan Pusat berkenaan perkara itu seolah-olah cuba menyorokkan sesuatu. |
MH370: Tuduh juruterbang sabotaj tindakan biadap Posted: 17 Mar 2014 02:48 AM PDT MAR 17, 2014
KUALA LUMPUR: Tindakan media asing khususnya akhbar Daily Mirror dan Daily Mail mengaitkan kejadian pesawat MH370 sebagai tindakan sabotaj juruterbang dan pembantu juruterbang adalah satu tindakan biadap. Lajnah Antarabangsa Pemuda PAS Malaysia dalam kenyataannya kepada Harakahdaily, hari ini berkata tindakan itu disifatkan biadap memandangkan siasatan masih dijalankan, selain pihak berkuasa Malaysia mendapati wujud unsur rampasan, dan bukannya sabotaj. Pengerusinya, Dr. Raja Ahmad Iskandar Al-Hiss, berkata tindakan media yang berpangkalan di United Kingdom itu serta beberapa akhbar lain juga merupakan tindakan tidak rasional, selain mengetepikan sensitiviti keluarga kedua-duanya. "Tindakan media luar itu tidak boleh diterima. Perlu diingatkan akhbar Daily Mirror pernah memfitnah Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang sebagai pengganas Al-Qaeda pada 2007 lalu, yang akhirnya diarahkan untuk memohon maaf kepada Ustaz Hadi beserta ganti rugi teladan," kata beliau. Selain menegaskan dakwaan itu juga menjatuhkan reputasi negara, Raja Iskandar turut melahirkan rasa kecewa apabila terdapat segelintir pihak mengaitkan juruterbang, Kapten Zaharie Ahmad Shah dengan teori bahawa beliau mensabotaj pesawat itu kerana kecewa dengan keputusan mahkamah yang menjatuhkan hukuman terhadap Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Beliau beranggapan dakwaan itu tidak berasas sama sekali dan ia berniat jahat dan berpendirian isu keputusan penghakiman terhadap Anwar Ibrahim tidak perlu diheret dalam konflik besar ini yang boleh menjejaskan kredibiliti negara di mata dunia. Dalam masa sama, Raja Iskandar berharap semua pihak tidak berteori dengan mengemukakan spekulasi liar sehingga mengganggu emosi keluarga mangsa dan menyerahkan kepada pihak berkuasa menyiasat perkara ini. "Pemuda PAS tidak sesekali bersetuju jika andaian dibuat dan menjatuhkan hukuman kepada juruterbang dan pembantunya tanpa ada asas dan bukti yang kukuh," kata beliau lagi. Ma Lie Sia [Malaysia] Kuat Berbohong - Akhbar China Malaysia beri maklumat 'bercanggah' tentang MH370 China mengkritik Malaysia lagi berhubung maklumat bercanggah yang diberikan berhubung kehilangan pesawat MH370, dengan media tempatan dan pengguna sosial media semakin skeptikal ketika misi mencari dan menyelamat masuk hari ke-10. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada Sabtu mengumumkan bahawa kehilangan pesawat Malaysia Airlines mungkin 'sengaja' dan pesawat itu terbang beberapa jam lagi selepas meninggalkan laluan asalnya untuk ke Beijing. Dalam editorialnya, akhbar China Daily mempersoalkan mengapa pengumuman dari Kuala Lumpr itu hanya datang selepas lebih seminggu pesawat itu lesap dan tertanya-tanya sama ada Malaysia berkongsi semua maklumat yang dikumpul, atau tidak. "Percanggahan dan maklumat sedikit demi sedikit yang diberikan oleh kerajaan dan Malaysia Airlines menyukarkan usaha mencari dan keseluruhan insiden itu jadi lebih misteri," tulis akhbar itu. "Apa lagi yang Malaysia tahu tetapi belum dikongsi dengan dunia," katanya. Dua pertiga daripada penumpang pesawat itu adalah warganegara Malaysia, dan Beijing bersikap kritikal terhadap perkongsian maklumat daripada Malaysia – kekhuatiran yang semakin meningkat kerana bimbang pesawat itu mungkin dirampas. "Adalah amat penting sebarang kekeliruan yang mungkin dieksploitasi oleh perampas atau pengganas dikenal pasti secepat mungkin kerana kita perlu mencari perancangan tindak balas," lapor China Daily. Ketua fakulti Pengajian Cina Kontemporari di Universiti Nottingham, Yao Shujie yang menulis di akhbar Global Times di China berkata, Malaysia "hilang autoriti dan kredibiliti" kerana maklum balasnya yang kelam-kabut. "Kekurangan kekuatan dan pengalaman mengendalikan insiden itu menyebabkan kerajaan Malaysia tidak berdaya dan kepenatan dengan menafikan pelbagai khabar angin. "Jika misi mencari itu terus tidak membawa hasil walaupun selepas mengikut maklumat baru, lebih baik Malaysia serahkan kuasa perintahnya kepada operasi menyelamat antarabangsa," tulis Yao. Kehilangan pesawat itu kekal menjadi topik paling hangat didebatkan di jaringan sosial, dengan kebanyakan pengguna Sina Weibo, iaitu laman sosial China mirip Twitter, melaungkan kebimbangan selepas maklumat berkenaan diberikan oleh kerajaan Malaysia. "Mengapa baru sekarang mereka sahkan ia mungkin dirampas?" "Malaysia, apa lagi yang anda sembunyikan," tulis seorang pengguna Sina Weibo pagi ini ketika mengulas perkembangan terbaru yang didedahkan Malaysia. Posting lain ialah:"Saya semakin kecewa dengan Malaysia dan kerajaan mereka yang tidak boleh dipercayai. Saya tidak merancang pergi ke sana pada masa depan." Minggu lalu, salah satu mesej yang tersebar luas ialah posting yang tertulis:"Vietnam terus menemui sesuatu. Malaysia Airlines asyik menafikan. China masih terus menghantar pasukan penyelamat." Hari ini, mesej terbaru yang tersebar luas di internet ialah:"Malaysia menyampaikan maklumat tidak benar sepanjang minggu. Vietnam dapat penemuan tidak berguna. China memberikan berita bernilai minggu ini." -TMI |
Video: Pemeriksaan Terakhir Terhadap Juruterbang dan Pembantu MH370 Posted: 17 Mar 2014 01:21 AM PDT |
You are subscribed to email updates from Mimpi Senja To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan