RAKYAT MARHAEN |
- Pendekar Pahang Vs Raja Bomoh Cap Kapal Layar
- Bomoh Jutawan Cap Kapal Layar Yang Rapat Dengan VIP, Berlagak Dan Sombong !
- Reformasi 2.0: Protes bantah keputusan kes Anwar 21 Mac
- PRK Dun Kajang: ‘Anak saya jawab, mama bertanding, kami dah besar’ - Kak Wan
- PRK Dun Kajang: Bintang rock gegar pentas ceramah Pakatan
- MH370 tragedy: The ugly and the good
- Friends of flight MH370 captain reject argument he was involved in terror attempt
- Malaysian plane saga highlights air defence gaps
- The well-connected millionaire bomoh… on finding lost planes and respect
- Doakan Malaysia selamat
- Kehilangan MH370, PRK Kajang dan kemampuan Pakatan
- PRK Dun Kajang: Bila dua Datin bertentang mata
- Search zeroing in on Southern Indian Ocean
- MH370 : Dikunci Dari Luar, Siapa Yang Bertindak Kejam Terhadap Pengamal Media Tempatan Dan Antarabangsa ?
- Kenapa Malaysia tolak tawaran Interpol berulang kali dalam kes kehilangan MH370..??
- Fokus kini terarah kepada ‘mereka di dalam’ kokpit MH370
- Timeline: Takeoff to satellite contacts
- Mischa Dohler speaks about Flight MH370 communications
- Offical says plane deliberately turned
- MH370: Police search pilot's home
- MH370, raja bomoh dan masyarakat Melayu
- Teori kehilangan MH370
- SHOCK POLITICAL TWIST IN MH370 SAGA: After days of secretly tapping pilot's laptop, is embattled M'sian PM out to drag in Anwar?
- MH370: Pusingan balik kuatkan 'teori rampasan'
- Kru penerbangan atau orang lain sebabkan MH370 hilang?
Pendekar Pahang Vs Raja Bomoh Cap Kapal Layar Posted: 15 Mar 2014 09:26 PM PDT | ||
Bomoh Jutawan Cap Kapal Layar Yang Rapat Dengan VIP, Berlagak Dan Sombong ! Posted: 15 Mar 2014 09:10 PM PDT Dia mendakwa dirinya sebagai bomoh jutawan dengan pelanggan terdiri daripada orang kaya dan berpengaruh, termasuk ahli politik Umno dan personaliti luar negara. Dia juga menganggap Naib Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sebagai kawan. Ahli politik Malaysia, katanya, ada mendapatkan bantuannya untuk memperolehi antara lain kelebihan dalam politik, perniagaan dan perkahwinan. "Saya tidak menafikannya. Tetapi bukan mereka sahaja pelanggan yang datang mendapatkan perkhidmatan saya. Ada juga pelanggan dari Brunei, Arab Saudi dan Indonesia yang minta bantuan saya untuk menyembuhkan mereka menggunakan perubatan tradisional," katanya kepada The Malaysian Insider, baru-baru ini. Beliau yang yakin dengan kehandalan dan kebolehannya menyembuh menggunakan cara tradisional tidak terganggu dengan isu yang membuatnya terkenal susulan aksinya di KLIA minggu lalu menggunakan kelapa, teropong buluh dan sangkar ikan untuk "menghalau semangat jahat" dalam usaha mencari pesawat Malaysia Airlines MH370. Aksi "permaidani ajaib" Ibrahim mencetuskan kemarahan dan pengguna sosial media menganggap perbuatan itu memalukan menyebabkan mereka mengkritik dan mempersenda Ibrahim. Perkataan "bomoh" menerima tweet lebih daripada 200,000 kali dan sentimen utamanya kelihatan ia sesuatu yang memalukan.Read More / Baca Lagi >> | ||
Reformasi 2.0: Protes bantah keputusan kes Anwar 21 Mac Posted: 15 Mar 2014 08:40 PM PDT Pakatan Rakyat berikrar menganjurkan satu himpunan besar-besaran pada 21 Mac ini bagi membantah keputusan mahkamah dalam kes Liwat II dan kes hasutan MP Gelugor, Karpal Singh. Perkara itu dimaklumkan MP Batu, Tian Chua (kanan) kepada Malaysiakini sewaktu ditemui selepas berceramah di Stadium Kajang, malam tadi. "Kita semua akan berpakaian hitam dan kita mahu beritahu kerajaan, yang kita tak puas hati dengan ketidakadilan," katanya. Himpunan itu yang merupakan sebahagian daripada gelombang Reformasi 2.0 yang diikrarkan Pakatan Rakyat sebelum ini akan diadakan di Stadium Kajang, bermula jam 8 malam, kata Tian lagi. Pakatan Rakyat sebelum ini membantah keputusan penjara lima tahun yang dikenakan Mahkamah Rayuan kepada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang didapati bersalah meliwat bekas pembantunya selepas beliau dibebaskan Mahkamah Tinggi pada tahun 2012. Karpal Singh pula didenda RM4,000 selepas didapati bersalah mengeluarkan kenyataan berbaur hasutan sewaktu mengulas krisis Perlembagaan di Perak pada tahun 2009. Keputusan ke atas Anwar dan Karpal didakwa Pakatan mengandungi elemen campur tangan kerajaan. Ia menyebabkan Anwar tidak dapat bertanding dalam pilihan raya kecil Kajang dan denda terhadap Karpal pula bakal menyebabkan MP itu terpaksa mengosongkan kerusi ahli Parlimennya di Bukit Gelugor. | ||
PRK Dun Kajang: ‘Anak saya jawab, mama bertanding, kami dah besar’ - Kak Wan Posted: 15 Mar 2014 08:39 PM PDT Bercakap dalam ceramah di tapak karnival usahawan berhadapan Hospital Kajang di sini malam tadi beliau berkata, dalam berhadapan ujian khususnya tindakan terbaru terhadap suaminya Datuk Seri Anwar Ibrahim, beliau memerlukan kekuatan luar biasa. "Allah beri ujian pada saya. Nak bertanding saya bincang dengan anak-anak. "Saya kata papa tak boleh bertanding, kena jatuh hukuman. "Anak saya jawab, mama bertanding, kami dah besar, kami jaga mama," kata Wan Azizah dalam nada sebak. Beliau mengakui apa yang menimpa Anwar memberi kesan mendalam dalam diri beliau dan mengingatkan apa yang pernah berlaku pada tahun 1998 dahulu. Calon PKR itu berkata, tidak mudah untuk beliau menghadapi semua ujian ini jika tanpa sokongan keluarga dan masyarakat. "Kalau orang Kajang bagi mandat pada saya, saya akan kuat, saya akan terus lawan kezaliman. "Come with me, give us all the strength," tegas beliau. | ||
PRK Dun Kajang: Bintang rock gegar pentas ceramah Pakatan Posted: 15 Mar 2014 08:38 PM PDT Ceramah Pakatan Rakyat di Stadium Kajang semalam menampilkan lima penyanyi rock tahun 90-an sebagai daya tarikan utama pengunjung. Read More / Baca Lagi >>Bertindak sebagai pengacara majlis dan pembuka acara tidak lain dan tidak bukan adalah Blank dari kumpulan Gamma atau nama sebenarnya Rusli Mohd Shariff. Blank yang kini berusia 59 tahun dan merupakan seorang ketua kampung di Batu Arang, Selangor menghiburkan pendengar ceramah dengan lagu popular Gamma iaitu 'Kembang Terhalang'. Persembahan malam tadi yang bermula sekitar jam 10.30 kemudian diteruskan oleh Ayie dari kumpulan Leon yang mendendangkan lagu popular Leon 'Saling Merindu'. Ayie mencuri perhatian kira-kira 500 pendengar ceramah apabila tampil berambut panjang dengan memakai jaket kulit, serta seluar jeans ketat dan singlet celoreng - saling tak tumpah seperti gayanya sewaktu zaman kegemilangan mereka pada tahun 90-an. Sekitar jam 11.00 malam, pentas ceramah 'dipulangkan' semula kepada ahli politik. Exco Pulau Pinang, Datuk Abdul Malik Kassim tampil berceramah bersama MP Gopeng, Dr Lee Boon Chye dan ADUN Salor dari Kelantan, Datuk Husam Musa. Husam dalam ceramahnya menggesa agar pengundi Kajang mengundi calon Pakatan Rakyat, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, sebagai 'ubat' kepada 'ketidakadilan' dalam keputusan Liwat II. | ||
MH370 tragedy: The ugly and the good Posted: 15 Mar 2014 08:37 PM PDT What is the root cause of the mishandling and bungling of this mishap which is being beamed live to the whole world to see? For now, what stands out is the ugly. Painful to watch and distressing are the only terms we can use to describe how our authorities have responded to this crisis. It is true that this has been an unprecedented disaster but only in terms of the international coordination that is required. It should not be used as an excuse for bungling and mismanagement especially from officials at the highest level. The initial shock and bewilderment that was experienced when the story broke out is now being followed by questions focusing not only on the plane's disappearance but also on the conduct of the authorities in responding to the plane loss. Greater transparency and accountability is the message that needs drumming into our officials and government. Being Malaysians, we have been polite and circumspect in our questioning and criticism. We have been understanding and patient but for how much longer. Every day since March 8 has brought more confused information from the authorities, more mishandling of the public relations fallout, and more evidence of inconsistencies and incompetence in handling the flight disappearance. This has led to exasperation and concern that the Malaysian authorities are withholding information or have been selective with the information shared with the public and other national authorities, or worse, are not in control of the situation. What is the root cause of the mishandling and bungling of this mishap which is being beamed live to the whole world to see? Authoritarianism, a paternalistic government, a government that tolerates low standards of competency, a government that cannot take criticism: these and other uncomplimentary reasons are being put forward by analysts to explain the way in which the authorities have mismanaged the investigation. Read More / Baca Lagi >> | ||
Friends of flight MH370 captain reject argument he was involved in terror attempt Posted: 15 Mar 2014 08:31 PM PDT Friends of the missing flight MH370 pilot have said it was difficult for them to accept that he could have been involved in any terrorist attempt. Peter Chong, a friend of Captain Zaharie Ahmad Shah, the plane's lead pilot, said it was difficult for him to accept that Zaharie could have been involved in any terrorism attempt. ''It's very difficult for me to accept the line of thought that he was leaning towards terrorism. He went on to describe Zaharie in the report as very friendly and someone who did not get angry easily. "He truly has a good heart,'' wrote the author of a tribute page created in honour of Zaharie last week. Chong said that Zaharie' passion for flying was the reason he built a flight simulator at home, the SMH said. A Facebook page believed to have been Zaharie's showed photos of the simulator and of a small remote aircraft. There were reportedly also pictures on the Facebook page showing Zaharie cooking. He also curated a YouTube channel of video guides in which he demonstrated home maintenance tasks, including repairing the ice maker on a refrigerator and tuning air-conditioners to save money, SMH reported. His former classmate Mohd Nasir Othman said Zaharie was a responsible and ethical man. He described the 53-year-old pilot of the missing MH370 plane as a gentle grandfather who would "never compromise his passengers' safety". "He would never do anything that would endanger people's lives," English-language daily the Star reported Nasir as saying. "He set up a flight simulator in his house because he has always been a gadget geek ever since our school days," he said in the report. Ho Nean Chan dismissed the speculation centring on Zaharie's flight simulator, the report said. "Aviation is his hobby. Why can't he have a simulator at home? Last I checked, those were games that can be bought anywhere," Ho told the Star. Read More / Baca Lagi >> | ||
Malaysian plane saga highlights air defence gaps Posted: 15 Mar 2014 08:00 PM PDT Whatever truly happened to missing Malaysian Airlines flight MH370, its apparently unchallenged wanderings through Asian skies point to major gaps in regional - and perhaps wider - air defences. More than a decade after al Qaeda hijackers turned airliners into weapons on September 11, 2001, a large commercial aircraft completely devoid of stealth features appeared to vanish with relative ease. On Saturday, Malaysia's Prime Minister Najib Razak said authorities now believed the Boeing 777 flew for nearly seven hours after disappearing early on March 8. Either its crew or someone else on the plane disabled the on-board transponder civilian air traffic radar used to track it, investigators believe. The reality, analysts and officials say, is that much of the airspace over water - and in many cases over land - lacks sophisticated or properly monitored radar coverage. Analysts say the gaps in Southeast Asia's air defences are likely to be mirrored in other parts of the developing world, and may be much greater in areas with considerably lower geopolitical tensions. "Several nations will be embarrassed by how easy it is to trespass their airspace," said Air Vice Marshal Michael Harwood, a retired British Royal Air Force pilot and ex-defence attache to Washington DC. "Too many movies and Predator (unmanned military drone) feeds from Afghanistan have suckered people into thinking we know everything and see everything. You get what you pay for. And the world, by and large, does not pay." "Too expensive" Read More / Baca Lagi >> | ||
The well-connected millionaire bomoh… on finding lost planes and respect Posted: 15 Mar 2014 07:59 PM PDT Ibrahim Mat Zin, the "shaman king" who created a stir with his rituals in search of the missing flight MH370, comes across as exceedingly confident, cocky even. With good reason too, when one considers the self-confessed millionaire bomoh's impressive clientele – the rich and the influential, including Umno politicians, and foreign personalities. He also counts Umno vice-president Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi as a friend. Malaysian politicians, he said, had sought his help to gain political mileage in business as well as marital matters, among others. So confident is he in his prowess and in his brand of traditional cures that he was least perturbed by the notoriety he earned from his latest antics the past week using coconuts, bamboo binoculars and fish hooks to "shoo away bad spirits" in an effort to find the lost Malaysia Airways flight MH370. Ibrahim's "magic carpet" act triggered outrage and embarrassment among social media users, who levelled criticism and ridicule at him. The word "bomoh" (shaman) was tweeted more than 200,000 times and the main sentiment appeared to be shame. "I am not doing anything illegal," he said. "I used Quranic verses and doa (prayers) so that the flight and its passengers can be detected. This is not against the religion. Do not call me an apostate because of this. Read More / Baca Lagi >> | ||
Posted: 15 Mar 2014 07:56 PM PDT Awasi campur tangan kuasa asing di waktu krisis MELETAK simbol #Pray- ForMH370 (seperti tidak boleh saja ditulis dalam bahasa ibunda kita #DoakanMH370) kononnya sebagai tanda solidariti atas kesedihan menimpa memang semudah menempelkan foto bersiar- siar di Facebook. Sebab apa? Sebab kita sendiri tidak terasa diri dan keluarga kita sedang menurut jejak nasib sama seperti 239 nyawa penumpang pesawat itu cuma dalam bentuk berbeza atau mungkin lebih menakutkan! Ramai yang masih leka negara ini sudah terdedah kepada campur tangan kuasa besar. Kita tidak endah dengan amaran tersirat dalam mata pelajaran Sejarah Tingkatan 2 (bagi generasi Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah – KBSM) dipelajari dahulu tentang pel bagai alasan mudah British untuk campur tangan (baca: menjajah) negeri- negeri Melayu seawal kurun ke-18 lagi. Bila pesawat MH370 ghaib, kita menjadi begitu mudah pasrah dan mengajar pula orang lain supaya "doa saja" seolah-olah menyerahkan seluruh usaha untuk mengelak keburukan lebih besar pada masa akan datang hanya kepada Tuhan semata-mata sebelum kita leka hanyut dengan gelak tawa kosong di Astro Warna. Para penumpang dan anak kapal pesawat itu sudah tentu dalam bahaya tetapi masa depan 30 juta rakyat dari Perlis hingga ke Sabah belum tentu akan terus selamat! Ya. Anda terbeliak mata, terhenti untuk 'posting' gambar makan-makan di Facebook sebelum mengulang lagi, "jangan politikkan isu MH370. Doa sajalah mereka selamat"? Sempadan negara sudah sedia longgar sebelum ini. Kalau ketat kawalan, tidaklah Malaysia dilambakkan jutaan pendatang termasuk penjenayah asing. Tanpa kita sedar dan buat-buat tidak sedar, sudah berduyunduyun perisik juga sebenarnya sudah lolos memperkosa setiap inci butiran dan maklumat kedaulatan wilayah negara ini. Buktinya tahun lalu saja. Lahad Datu dengan mudah diceroboh sehingga mengorbankan lebih 10 anggota keselamatan ketika Menteri Dalam Negeri waktu itu, Dato' Seri Hishammuddin Hussein awalnya berkata mereka bukan pengganas! (Oh, sekarang dia juga jadi Menteri Pertahanan! Tak tahan!) Read More / Baca Lagi >> | ||
Kehilangan MH370, PRK Kajang dan kemampuan Pakatan Posted: 15 Mar 2014 07:53 PM PDT Negara kini berdepan satu ujian yang getir apabila sebuah pesawat Penerbangan Malaysia, MH370, tidak dapat dikesan hingga menimbulkan pelbagai andaian dan pada masa sama mencetuskan kebimbangan. Sehingga artikel ini ditulis pada Selasa malam, misi pencarian pelbagai negara masih dijalankan, melepasi hari ketiga dan menambahkan lagi keresahan. Pada masa yang sukar ini, yang akan meliputi satu tempoh yang agak panjang hingga selepas nasib pesawat MH370 dan semua penumpangnya, wajarlah kita semua memanjatkan doa kepada Allah SWT agar kesudahan yang baik kepada episod ini diperolehi. Peristiwa ini akan memberi kesan dari pelbagai sudut kepada negara kita, dan implikasinya juga dijangka agak meluas, kerana sifat kejadian ini dan pihak-pihak yang terlibat dalam insiden ini. Kita mengharapkan kesan kejadian ini tidak akan menimbulkan apa-apa yang menggugat negara kita, dari segi politik, keselamatan dan sebagainya. Kejadian ini telah menjadi berita utama dan muka depan akhbarakhbar dan portal berita seluruh dunia, menambahkan tekanan kepada pihak berkuasa dan juga negara kita secara umumnya. Peristiwa ini akan menjadi salah satu peristiwa yang paling diingati oleh banyak pihak di seluruh dunia melibatkan Malaysia. Pada masa yang menguji kita ini, masa ramai pihak berdepan emosi yang sukar dibayangkan, eloklah kita mengelakkan daripada mengeluarkan kenyataankenyataan yang tidak wajar, mengguris perasaan dan menambahkan lagi kekusutan. Semoga ujian ini akan mematangkan kita dan menjadikan kita lebih bersedia menghadapi ujian dan cabaran pada masa akan datang. Read More / Baca Lagi >> | ||
PRK Dun Kajang: Bila dua Datin bertentang mata Posted: 15 Mar 2014 07:51 PM PDT *SAMA cantik sama padan, tetapi bukan pinang dibelah dua! Seperti yang diketahui pilihan raya kecil Dun Kajang 23 Mac ini menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dengan Datin Paduka Chew Mei Fun. Mei Fun si calon BN telah diumumkan awal dari tarikh penamaan calon. Dr Wan Azizah, sebagai calon PR, diketahui lewat sedikit dan ramai menganggap beliau sebagai bidan terjun. Kalau ikut rupa, keduanya boleh tahan. Walaupun sudah berusia, masih tetap anggun. Dari segi kedudukan dalam parti pun keduanya sama hebat; yang satu ialah Presiden PKR, yang satu lagi Naib Presiden MCA. Kalau ikut apa yang disiarkan media, keduanya yakin menang (mana ada calon kata dia kalah!). Masing-masing akan membuat kejutan. Apa pun kejutan sebenarnya bukan ditentukan oleh dua Datin berkenaan, sebaliknya oleh pengundi. Apa yang menarik perhatian ialah ada 39,278 pemilih berdaftar, 50 peratus darinya adalah wanita. *SEJAK awal kerusi berkenaan dikosongkan, sudah ada sosek-sosek dan kontroversi. Ramai melihat Lee Chin Cheh dipaksa melepaskan gelaran YB untuk memberi laluan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim. Ramai, termasuk sesetengah dalam kalangan rakan-rakan PR sendiri, tidak bersetuju PRK diadakan. Malah ada yang mempersoal apa perlunya Anwar bertanding dan berazam untuk menjadi MB? Tetapi Anwar tidak peduli apa orang kata. Beliau mengadakan ceramah setiap hari, tanpa jemu-jemu mendekati rakyat kawasan berkenaan. Setiap ceramahnya mendapat sambutan hangat, hadirin bertepuk dan bersorak penuh semangat. Read More / Baca Lagi >> | ||
Search zeroing in on Southern Indian Ocean Posted: 15 Mar 2014 07:45 PM PDT | ||
Posted: 15 Mar 2014 07:13 PM PDT
[mstar]- Beberapa orang wartawan dikunci buat sementara waktu di dalam bilik majlis hotel tanpa pengetahuan mereka ketika sedang menonton siaran langsung sidang media oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada petang Sabtu mengenai pesawat Malaysia Airlines MH370 yang hilang. Kakitangan media, yang membuat liputan di tempat di mana saudara-mara penumpang dari China tinggal terkejut apabila mendapati pintu bilik dikunci dari luar sambil diperhatikan pengawal. Wartawan 'The Star' Lee Yen Mun berkata dia mendapati pintu itu dikunci apabila cuba untuk meninggalkan bilik tersebut. "Saya orang yang pertama pergi ke pintu selepas siaran berakhir dan mendapati bahawa pintu telah dikunci. Saya menggoncangkan pintu dan suara dari luar menjerit kepada saya supaya berhenti. "Seorang pengawal beruniform muncul dalam masa beberapa saat dengan satu set kunci dan membuka pintu yang dikunci dari luar," katanya di sini, Sabtu. Sekurang-kurangnya dua pengawal beruniform telah dikesan berada di luar bilik yang ditetapkan untuk kakitangan media itu manakala beberapa anggota polis tambahan mengendalikan bilik lain yang berhampiran di mana ahli-ahli keluarga berkumpul. Wartawan juga telah dinafikan akses kepada laluan bilik ahli keluarga. "Anggota polis bantuan memberitahu saya untuk tinggal di dalam bilik majlis (yang ditetapkan bagi media) tetapi saya memberitahu mereka bahawa saya seorang jurugambar, saya perlu berada di luar untuk mengambil gambar. Read More / Baca Lagi >> | ||
Kenapa Malaysia tolak tawaran Interpol berulang kali dalam kes kehilangan MH370..?? Posted: 15 Mar 2014 06:53 PM PDT Malaysia berulang kali menolak tawaran polis antarabangsa (Interpol) untuk menyiasat kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370 walaupun kerajaan percaya pesawat hilang kerana "tindakan sengaja", lapor ABC News. Bercakap kepada ABC News di Amerika Syarikat (AS), seorang pegawai yang tidak mahu dinamakan itu menuduh kerajaan Malaysia menyembunyikan maklumat dan menolak tawaran Interpol untuk membantu. "Ini merupakan taktik lama sebelum tragedi 9/11: Sembunyikan maklumat, jangan kongsi dengan sesiapa," kata pegawai tersebut seperti dilaporkan ABC News di laman sesawangnya merujuk kepada tragedi 11 September 2001 satu ketika dahulu. Dalam sidang akhbar ditunggu-tunggu semalam Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengucapkan terima kasih kepada masyarakat antarabangsa kerana membantu Malaysia dalam mencari pesawat MH370 yang hilang pada 8 Mac, 2014 dengan 239 penumpang dan anak kapal. "Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua kerajaan yang memberi pertolongan dalam saat-saat yang amat getir ini. Sejak hari pertama lagi, pihak berkuasa Malaysia bekerjasama rapat dengan rakan kami di peringkat antarabangsa - termasuk negara jiran, pihak berkuasa penerbangan dan pasukan mencari daripada pelbagai negara - kebanyakan mereka berada di sini sejak Ahad lalu," kata Najib di Hotel Sama Sama, KLIA semalam. "Kami berkongsi maklumat secara tepat masa dengan pihak berkuasa yang memiliki pengalaman diperlukan bagi mentafsir data yang ada. Kami berusaha tanpa henti untuk membantu penyiasatan. Dan kami meletakkan kepentingan negara di tempat kedua dalam usaha mencari pesawat yang hilang itu," katanya. Read More / Baca Lagi >> | ||
Fokus kini terarah kepada ‘mereka di dalam’ kokpit MH370 Posted: 15 Mar 2014 06:51 PM PDT Pegawai perisik Amerika cenderung kepada teori "mereka di dalam kokpit" – juruterbang pesawat Malaysia Airlines MH370 bertanggungjawab terhadap kehilangan pesawat komersial itu, kata pegawai Amerika yang mempunyai pengetahuan langsung perkembangan krisis itu kepada CNN, semalam. Pendedahan itu dilakukan selepas pihak berkuasa Malaysia menggeledah rumah ketua juruterbang, Kapten Zaharie Ahmad Shah pada hari yang sama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata pada sidang media semalam pesawat itu bertukar haluan dan ia adalah tindakan yang sengaja dilakukan seseorang di dalam Boeing 777-200ER itu. Laporan CNN berkata, kerajaan Malaysia sudah lama mencari alasan untuk memeriksa rumah juruterbang dan pembantu juruterbang sejak beberapa hari lalu. "Rakyat Malaysia tidak melakukan perkara itu sewenang-wenangnya," kata seorang pegawai Amerika dengan syarat nama tidak disiarkan. Pada peringkat ini, tidak jelas sama ada Putrajaya percaya seorang atau kedua-duanya mungkin bertanggungjawab terhadap apa yang berlaku kepada pesawat itu ketika Boeing 777-200 ER (9M-MRO) hilang pada 8 Mac ketika dalam perjalanan ke Beijing dari Kuala Lumpur, kata laporan CNN itu. Read More / Baca Lagi >> | ||
Timeline: Takeoff to satellite contacts Posted: 15 Mar 2014 06:49 PM PDT | ||
Mischa Dohler speaks about Flight MH370 communications Posted: 15 Mar 2014 05:38 PM PDT | ||
Offical says plane deliberately turned Posted: 15 Mar 2014 05:37 PM PDT | ||
MH370: Police search pilot's home Posted: 15 Mar 2014 05:35 PM PDT | ||
MH370, raja bomoh dan masyarakat Melayu Posted: 15 Mar 2014 05:20 PM PDT Amin Iskandar Jumaat lalu sewaktu saya dan seorang rakan baik sedang minum petang, datang seorang wartawan muda bertanya tentang kewajaran kerajaan membenarkan Raja Bomoh, Ibrahim Mat Zin berjampi di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sehingga Malaysia ditertawakan dunia. Pada mulanya malas juga mahu menjawab akan tetapi melihatkan wajah wartawan tersebut yang keletihan dan berpeluh-peluh, maka dilayankanlah juga. Terkejut wartawan itu mendengar jawapan saya sehingga bertanya," Jadi abang sokonglah guna bomoh cari pesawat MH370 tu?" Saya terangkan saya tidak sokong akan tetapi yang saya mahu jelaskan adalah perkaitan kuat bomoh dengan realiti kehidupan masyarakat Melayu. Ibrahim yang menggelar dirinya Raja Bomoh merupakan salah satu daripada ratusan atau mungkin ribuan bomoh yang ada dalam masyarakat kita. Contoh mudah, orang-orang Melayu kalau ada ahli keluarga mereka sakit pelik atau misteri selain daripada ke hospital mereka akan menggunakan perubatan tradisional dan bomoh sebagai alternatif. Pendek kata jika tiada permintaan, masakan ada penawaran? Di luar bandar dan kampung-kampung, bomoh-bomoh ini memainkan peranan lebih besar dan kadangkala lebih dipercayai berbanding doktor-doktor di klinik atau hospital. Di kalangan ahli-ahli politik, peranan bomoh-bomoh ini lebih besar. Bertanding pilihan raya umum, guna bomoh, bertanding pilihan raya parti pun khidmat bomoh digunakan. Macam sekarang ini pada ketika musim kemarau, anda tidak pernah dengarkah nama bomoh hujan disebut-sebut? Jadi apa yang barunya tentang amalan menggunakan bomoh ni? Cuma bezanya kali ini, masyarakat antarabangsa didedahkan dengan "rahsia" kehidupan masyarakat Melayu. Bercakap tentang bomoh, bukan Melayu sahaja yang guna, Cina, India, Iban, Kadazan dan lain-lain pun sama. Read More / Baca Lagi >> | ||
Posted: 15 Mar 2014 04:55 PM PDT
Pesawat tersebut dijangka mendarat di destinasi yang dituju pada pukul 6.30 pagi. Bagaimanapun, pada pukul 1.07 pagi, pesawat tersebut yang sedang menghampiri ruang udara Vietnam terputus hubungan dengan menara kawalan udara di Subang, Selangor. Tiga jam selepas pesawat MH370 gagal dijejaki, pasukan mencari dan menyelamat mula dikerahkan ke sempadan Malaysia-Vietnam di Laut China Selatan, iaitu lokasi terakhir pesawat dilaporkan hilang. Setelah lapan hari usaha mencari pesawat malang itu menemui kegagalan, semalam Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memberi harapan yang pesawat itu kemungkinan dapat ditemui tidak lama lagi. Najib mengesahkan Sistem Laporan dan Penerimaan Komunikasi Pesawat (ACARS) pesawat itu tidak berfungsi sebelum ia tiba di pantai timur Semenanjung Malaysia. "Walaupun laporan media menyebut pesawat dirampas, pihak berkuasa masih menyiasat semua kemungkinan tentang apa yang menyebabkan MH370 menyimpang dari laluan penerbangan asalnya. "Komunikasi terakhir pesawat dengan satelit berlaku di antara dua kawasan iaitu dari sempadan Kazakhstan dan Turkmenistan ke utara Thailand atau dari Indonesia ke selatan Lautan Hindi," katanya. Spekulasi Sejak lebih seminggu lalu, pelbagai spekulasi ditimbulkan oleh pakar-pakar industri penerbangan bagi menjawab kemungkinan yang terjadi ke atas MH370. Teori kehadiran pengganas di dalam pesawat sememangnya tidak dapat dielak. Pesawat itu tidak membuat sebarang panggilan kecemasan sementara cuaca dalam keadaan baik. Kehadiran dua penumpang dari Iran, Pouria Nour Mohammad Mehrdad, 19, dan rakannya, Delavar Seyed Mohammadreza, 30, yang menaiki pesawat menggunakan pasport curi turut menimbulkan kemungkinan pesawat dirampas oleh pengganas. Menurut Pengarah Agensi Perisikan Pusat (CIA) Amerika Syarikat, John Brennan, teori serangan pengganas tidak boleh dipinggirkan begitu sahaja. Penganalisis Perunding Aeroangkasa dan Pertahanan, Frost & Sullivan Asia Pasifik, Ravikumar Madavaram pula berkata, data daripada sistem komunikasi penerbangan penting untuk mendapatkan maklumat tentang sebarang perkara yang terjadi ketika penerbangan. Ujarnya, jika keseluruhan sistem komunikasi terhenti serentak, ia menjurus kepada kemungkinan pesawat meletup di udara. "Namun, jika sistem ditutup secara berperingkat-peringkat, pesawat itu mungkin telah dirampas atau disabotaj oleh juruterbang itu sendiri. Read More / Baca Lagi >> | ||
Posted: 15 Mar 2014 04:52 PM PDT KUALA LUMPUR - Amid intensifying calls for Prime Minister Najib Razak to step down to take responsibility for mishandling the missing flight MH370 crisis, the Malaysian authorities have suddenly 'loosened' their lips in what appears to be a bid to drawn in and tarnish Opposition Leader Anwar Ibrahim. The 66-year-old is Najib's political arch rival, and who the day before the plane went missing was convicted and jailed on sodomy charges that many have opined were manifestly trumped up by the Najib regime. In fact when the news of the missing airplane first broke, political cynics had privately termed the tragedy as a 'Godsend' for Najib, who faced a severe backlash from the Malay community, the predominant electorate, for resorting to 'political dirty tricks' to shut out another Malay leader. Over the past three days, rumors of Najib's imminent resignation had turned red-hot and political watchers from Najib's Umno party told Malaysia Chronicle that he had agreed to resign following tremendous pressure from his own party mates and would announce his decision soon. Meanwhile, the UK's Mail on Sunday reported the Malaysian police were investigating the possibility that the pilot of missing Flight MH370 had hijacked his own aircraft in a bizarre political protest. Prime Minister Najib (left) and flamboyant wife Rosmah (second left) were accused of instigating Anwar's former office aide, Saiful Bukhari (third left) to file a sodomy complaint against the Opposition chief (right). Political watchers believe the beleaguered Najib has finally succumbed to pressure from party mentors such as ex-premier Mahathir Mohamad and ex-finance minister Daim Zainuddin to quit, and are expecting an announcement to be made soon. 'Political fanatic' pilot had attended Anwar's trial, expressed disgust at the 'injustice' of the verdict The Mail on Sunday said it had learned that Captain Zaharie Ahmad Shah was an 'obsessive' supporter of Malaysia's opposition leader, Anwar Ibrahim. And hours before the doomed flight left Kuala Lumpur it is understood 53-year-old Shah attended a controversial trial in which Ibrahim was jailed for five years. Campaigners say the politician, the key challenger to Malaysia's ruling party, was the victim of a long-running smear campaign and had faced trumped-up charges. Police sources have confirmed that Shah was a vocal political activist – and fear that the court decision left him profoundly upset. It was against this background that, seven hours later, he took control of a Boeing 777-200 bound for Beijing and carrying 238 passengers and crew. Sudden ascent and dive points to cockpit takeover The final picture: The missing jet is pictured her in February this year above Polish airspace | ||
MH370: Pusingan balik kuatkan 'teori rampasan' Posted: 15 Mar 2014 04:49 PM PDT Anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) menghampiri kapal China Coast Guard di tengah Laut China Selatan bagi mengambil bungkusan mungkin dapat membantu dalam usaha mencari pesawat MH307, semalam. SHAH ALAM – Pengesahan pesawat MAS MH370 berpatah balik menguatkan lagi kemungkinan pesawat itu dirampas.Bekas Timbalan Ketua Pengarah Perisikan Pertahanan, Datuk Ishak Yeop Hamzah berkata, ia juga berdasarkan lingkungan kawasan pesawat itu boleh pergi, yang menyimpang daripada laluan asalnya ke Beijing, China setelah komunikasi terakhir dengan satelit pada jam 8.11 pagi, Sabtu minggu lalu. "Ini bermakna ada seseorang yang berjaya masuk ke dalam kokpit dan menyuruh juruterbang pergi ke destinasi dikehendakinya. Teori rampasan ini dikuatkan lagi dengan kenyataan Perdana Menteri bahawa pesawat itu dipandu oleh orang yang arif mengenai penerbangan. "Individu yang merampas pesawat itu mungkin memberi arahan kepada juruterbang. Ataupun mungkin individu itu sendiri yang membawa pesawat itu," katanya kepada Sinar Harian, semalam. Semalam, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam sidang media mengesahkan pesawat tidak dikenali yang dikesan radar utama merupakan pesawat MH370 yang telah menyimpang dari laluan asalnya. | ||
Kru penerbangan atau orang lain sebabkan MH370 hilang? Posted: 15 Mar 2014 04:47 PM PDT Beberapa jam selepas Malaysia mengisytiharkan pesawat MH370 hilang semalam, polis menyerbu rumah juruterbang Boeing 777-200ER yang sudah menjadi "misteri penerbangan belum pernah berlaku sebelum ini" sejak hilang lapan hari lalu dengan 239 penumpang. Siasatan jenayah dilakukan sebaik sahaja Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata misi pencarian pesawat hilang itu sekarang akan meliputi sejauh utara Kazakhstan dan selatan Lautan Hindi. Tidak mengesahkan pesawat dirampas, Najib semalam berkata, aktiviti luar biasa MH370 itu "adalah hasil tindakan secara sengaja oleh seseorang yang berada di dalam pesawat berkenaan." Ini menyebabkan penyiasatan dilakukan terhadap semua 239 penumpang dan anak kapal MH370 dengan harapan akan bertemu dengan fakta yang dapat membantu misi pencarian. Polis menyerbu rumah Kapten Zaharie Ahmad Shah semalam dan dijangkakan membekalkan maklumat kepada penyiasat. Juruterbang berpengalaman itu pernah terbang sejauh 18,000 batu dan dikenali oleh rakan-rakannya sebagai seorang yang baik hati dan cintakan pekerjaannya. Bapa kepada tiga anak itu, Kapten Zaharie memuat naik video di YouTube dan menganggapnya sebagai "khidmat awam" menerangkan bagaimana untuk melaraskan peti ais bagi menjimatkan tenaga elektrik. Dalam video itu, beliau dilihat duduk di hadapan simulator penerbangan yang dibina di rumahnya. Read More / Baca Lagi >> |
You are subscribed to email updates from RAKYAT MARHAEN To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan