MIMPI SENJA |
- [TERKINI] Kapten Zaharie Menjadi Orang Yang Disyaki Rampas Pesawat!
- Teori kehilangan MH370
- Tragedi MH370 : Polis geledah rumah juruterbang MH370
- 5 mati ambil dadah berlebihan di festival muzik
- Tragedi 370 : PM sahkan MH370 tersasar laluan asal
- MH370: Seorang atau sekumpulan dari 239 orang punya angkara
[TERKINI] Kapten Zaharie Menjadi Orang Yang Disyaki Rampas Pesawat! Posted: 15 Mar 2014 10:44 PM PDT Mungkinkah juruterbang rampas pesawat akibat kecewa Anwar bersalah kes Liwat II? Dengan pelbagai spekulasi mengenai kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370, akhbar Daily Mail melaporkan kemungkinan teori pesawat tersebut dirampas sebagai protes terhadap keputusan Mahkamah Rayuan yang mensabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim bersalah atas tuduhan meliwat bekas pembantunya, Saiful Bukhari Azlan. Akhbar Britian itu mendedahkan, beberapa jam sebelum berlepas dengan pesawat Boeing 777-200ER (9M-MRO) untuk ke Beijing, Kapten Zaharie Ahmad Shah pergi ke mahkamah pada 7 Mac untuk menyatakan sokongan terhadap Anwar. Ketua pembangkang itu dijatuhkan hukuman penjara lima tahun oleh Mahkamah Rayuan kerana meliwat bekas pembantunya pada 2008. Akhbar tersebut turut memetik sumber polis yang mengesahkan Zaharie, 53, merupakan seorang aktivis yang lantang dan berkemungkinan kecewa dengan keputusan mahkamah. Semalam, polis menyerbu rumah juruterbang berpengalaman itu di Laman Seri, Shah Alam yang mempunyai simulator penerbangan di rumah. Daily Mail berkata, terlalu banyak masa dihabiskan menyiasat dua komputer riba yang diambil dari rumah Zaharie, yang dipercayai mengandungi data simulasi penerbangan, minggu lalu. Akhbar tabloid itu melaporkan, meskipun pihak berkuasa Malaysia menafikan serbuan dilakukan di rumah Zaharie, dua komputer riba itu diambil semasa lawatan pihak polis awal minggu lalu. Bagaimanapun, pihak berkuasa gagal mengesan komputer riba peribadi Zaharie dan dipercayai dibawa bersama dalam kokpit pesawat dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing, lapor Daily Mail. Menurut rakan sekerja Zaharie, beliau merupakan seorang aktivis sosial dan penyokong kuat Anwar serta sangat berminat dengan politik. Penyiasat memberitahu Daily Mail, mereka kini sedang mencari bukti mengaitkan teori pandangan politik Zaharie adalah sebahagian daripada faktor kontroversi kehilangan pesawat yang membawa 239 penumpang dan anak kapal pada 8 Mac. "Siasatan ini banyak membabitkan sensiviti, namun kita harus meneruskan apa sahaja sudut yang menjadi perhatian," lapor Daily Mail memetik penyiasat itu. Zaharie dipercayai berpisah atau bercerai dengan isterinya biarpun kini mereka masih berkongsi rumah yang sama. Laporan itu seterusnya menyatakan bahawa serbuan ke atas rumah Zaharie itu dilihat sebagai tindakan susulan selepas pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada sidang media khasnya semalam, yang mengatakan siasatan kini beralih dan tertumpu kepada kru pesawat berdasarkan petunjuk baru. Menafikan bahawa terdapat unsur rampasan, Najib berkata, pesawat MH370 berpatah balik ke arah barat selaras dengan tindakan yang disengajakan oleh seseorang dalam kapal terbang itu. Media antarabangsa itu memetik sumber risikan rasmi Amerika Syarikat yang menyatakan pesawat diterbangkan seorang pakar penerbangan dan hilang daripada radar pada 8 Mac. Ia kemudiannya disusuli dengan siasatan semula ke atas semua 239 penumpang dan anak kapal pesawat itu bagi mencari jawapan termasuk dakwaan kemungkinan pesawat dirampas. Daily Mail turut melaporkan kemungkinan pesawat itu terbang sehingga 45,000 kaki di mana ia melebihi had perkhidmatan, sebagai percubaan untuk tidak menyedarkan penumpang dan anak kapal. -TMI | |
Posted: 15 Mar 2014 07:25 PM PDT KEHILANGAN pesawat MH370 pada 8 Mac lalu telah mencetuskan misteri yang dikatakan belum pernah berlaku dalam sejarah penerbangan moden. Pesawat Malaysia Airlines laluan Kuala Lumpur-Beijing yang membawa 239 penumpang hilang daripada radar selepas kira-kira dua jam berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada pukul 12.41 pagi. Bagaimanapun, pada pukul 1.07 pagi, pesawat tersebut yang sedang menghampiri ruang udara Vietnam terputus hubungan dengan menara kawalan udara di Subang, Selangor. Tiga jam selepas pesawat MH370 gagal dijejaki, pasukan mencari dan menyelamat mula dikerahkan ke sempadan Malaysia-Vietnam di Laut China Selatan, iaitu lokasi terakhir pesawat dilaporkan hilang. Setelah lapan hari usaha mencari pesawat malang itu menemui kegagalan, semalam Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memberi harapan yang pesawat itu kemungkinan dapat ditemui tidak lama lagi. Najib mengesahkan Sistem Laporan dan Penerimaan Komunikasi Pesawat (ACARS) pesawat itu tidak berfungsi sebelum ia tiba di pantai timur Semenanjung Malaysia. "Walaupun laporan media menyebut pesawat dirampas, pihak berkuasa masih menyiasat semua kemungkinan tentang apa yang menyebabkan MH370 menyimpang dari laluan penerbangan asalnya. "Komunikasi terakhir pesawat dengan satelit berlaku di antara dua kawasan iaitu dari sempadan Kazakhstan dan Turkmenistan ke utara Thailand atau dari Indonesia ke selatan Lautan Hindi," katanya. Spekulasi Sejak lebih seminggu lalu, pelbagai spekulasi ditimbulkan oleh pakar-pakar industri penerbangan bagi menjawab kemungkinan yang terjadi ke atas MH370. Teori kehadiran pengganas di dalam pesawat sememangnya tidak dapat dielak. Pesawat itu tidak membuat sebarang panggilan kecemasan sementara cuaca dalam keadaan baik. Kehadiran dua penumpang dari Iran, Pouria Nour Mohammad Mehrdad, 19, dan rakannya, Delavar Seyed Mohammadreza, 30, yang menaiki pesawat menggunakan pasport curi turut menimbulkan kemungkinan pesawat dirampas oleh pengganas. Menurut Pengarah Agensi Perisikan Pusat (CIA) Amerika Syarikat, John Brennan, teori serangan pengganas tidak boleh dipinggirkan begitu sahaja. Penganalisis Perunding Aeroangkasa dan Pertahanan, Frost & Sullivan Asia Pasifik, Ravikumar Madavaram pula berkata, data daripada sistem komunikasi penerbangan penting untuk mendapatkan maklumat tentang sebarang perkara yang terjadi ketika penerbangan. Ujarnya, jika keseluruhan sistem komunikasi terhenti serentak, ia menjurus kepada kemungkinan pesawat meletup di udara. "Namun, jika sistem ditutup secara berperingkat-peringkat, pesawat itu mungkin telah dirampas atau disabotaj oleh juruterbang itu sendiri. "Jika benar pesawat itu terbang di luar laluan yang telah ditetapkan, ia juga menimbulkan persoalan mengenai teori rampasan pesawat dan menukar hala tuju pesawat atas sebab-sebab tertentu," katanya. Laporan tidak rasmi mengatakan bahawa dua sistem komunikasi utama pesawat dimatikan selang 14 minit dan ini menutup teori letupan di udara. Pakar penerbangan Australia, Neil Hansford pula berpendapat, ada kemungkinan MH370 telah diserang misil atau berlanggar dengan pesawat tentera. "Ia mungkin berlanggar dengan pesawat pejuang, misil atau kejadian seumpamanya. Letupan bom adalah salah satu kemungkinan yang menimpa MH370," katanya. Sesetengah pihak pula mengambil kira yang pesawat itu telah terbang selama empat jam ke laluan yang bertentangan selepas pesawat terputus hubungan dengan menara kawalan. Ia dikatakan mengukuhkan teori bahawa kokpit pesawat telah dirampas dan dikawal oleh pihak pengganas. Namun, Gerry Soejatman, pakar penerbangan yang berpengkalan di Jakarta, Indonesia menafikan teori tersebut. "Sistem radar di sekitar tempat terakhir MH370 dikesan adalah luas dan melibatkan pelbagai negara seperti Malaysia, India, Thailand dan Indonesia. "Kecanggihan sistem pertahanan negara-negara tersebut mampu mengesan sebarang kehadiran pesawat asing atau tidak dikenali jika ia memasuki sempadan negara mereka. "Jika ini terjadi, sudah tentu ramai tentera yang akan kehilangan kerja mereka," ujarnya sambil berseloroh mengenai dakwaan MH370 terbang di Lautan Hindi tanpa dikesan oleh mana-mana radar di negara tersebut. Misteri kehilangan pesawat MH370 juga boleh berlaku akibat masalah teknikal yang menyebabkan pesawat kehilangan altitud dengan pantas pada kelajuan Menurut Peguam Penerbangan dan Pengarah Siasatan, Jabatan Pengangkutan Amerika Syarikat, Mary Schiavo, pesawat mungkin terpesong. "Ia bukan disebabkan kegagalan enjin untuk berfungsi tetapi berlaku akibat kehilangan aliran udara ke atas sayap dan mengurangkan kelajuan pesawat untuk terus berada di udara. "Pesawat akan kehilangan altitud dengan kadar yang sangat pantas," jelasnya. Teori ini juga dibandingkan dengan apa yang berlaku terhadap Air France 447 yang terhempas di Lautan Atlantik pada Jun 2009 apabila sensor kelajuan gagal untuk memberikan bacaan yang tepat sekali gus juruterbang kehilangan kawalan terhadap pesawat. Ada juga yang berpendapat tidak mustahil berlaku kejadian yang jarang terjadi seperti kes membunuh diri dalam kalangan juruterbang. Ini berlaku ke atas pesawat SilkAir Boeing 737 penerbangan dari Jakarta ke Singapura yang menjunam ke dasar sungai di Indonesia mengakibatkan seramai 104 penumpang dan anak kapal maut. Penyiasat Amerika Syarikat kemudian mengesahkan juruterbang SilkAir itu membunuh diri. Meletup di ruang udara Kira-kira 33 tahun sebelum insiden MH370, Malaysia pernah digemparkan dengan nahas pesawat di Tanjung Kupang, Gelang Patah Johor. Dalam kejadian pada petang 4 Disember 1977, pesawat yang turut dinaiki Menteri Pertanian ketika itu, Datuk Seri Ali Ahmad bersama 99 penumpang dan anak kapal meletup di ruang udara. Sewaktu kejadian, pesawat itu sedang dalam perjalanan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas, Pulau Pinang menuju ke Lapangan Terbang Subang. Bagaimanapun, akibat serangan pengganas yang didakwa didalangi Tentera Merah Jepun, pesawat itu dilarang mendarat di Subang sebaliknya diarah menghala ke Singapura. Malangnya, pesawat tersebut terhempas. Kesemua mereka ditemui mati dalam keadaan menyayat hati di kawasan paya bakau di Kampung Ladang, Tanjung Kupang. Tragedi pesawat terhempas di negara ini berulang pada September 1995 melibatkan pesawat Malaysia Airlines jenis Fokker 50. Peristiwa yang meragut 34 nyawa manakala sembilan orang cedera itu berlaku ketika pesawat tersebut cuba mendarat di Lapangan Terbang Tawau, Sabah. Kejadian berpunca apabila pesawat dikatakan terlajak dari landasan sebelum merempuh 20 buah rumah setinggan di perkampungan Seri Menanti dan kemudiannya terhempas. Lapan tahun kemudian, iaitu pada Oktober 2013, pesawat Twin Otter pula dilaporkan terhempas ketika cuba mendarat di Sabah. Kejadian dipercayai berpunca daripada cuaca buruk. Dua orang terkorban dalam tragedi itu. Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0316&pub=Kosmo&sec=Rencana_Utama&pg=ru_01.htm#ixzz2w5Xt32aS Hakcipta terpelihara | |
Tragedi MH370 : Polis geledah rumah juruterbang MH370 Posted: 15 Mar 2014 06:27 AM PDT
Kapten Zaharie merupakan penyokong kuat parti keadilan rakyat (PKR) dimana ketua umumnya adalah Anwar Ibrahim. Masih terlalu awal untuk mengatakan juruterbang ini terlibat secara langsung dalam kehilangan pesawat MH370. Banyak bukti yang mengesahkan bahawa pesawat ini memang dirampas oleh sekumpulan orang yang diketuai oleh seorang yang mahir dalam pengendalian pesawat jenis boeing 777-200ER milik syarikat penerbangan MAS. Siasatan polis mampu merungkaikan segala kerumitan dan persoalan yang dihadapi selama ini. Yang pastinya dalang terhadap insiden ini akan diketahui tidak lama lagi. Sementara itu difahamkan tiga anggota polis telah menjalankan pemeriksaan di kediaman juruterbang itu dan mereka dilihat meninggalkan rumah itu pada 4.46 petang. | |
5 mati ambil dadah berlebihan di festival muzik Posted: 15 Mar 2014 04:55 AM PDT Lima orang meninggal dunia kerana pengambilan dadah berlebihan dalam Future Music Festival Asia (FMFA) malam tadi menyebabkan pihak penganjur terpaksa membatalkan hari terakhir festival itu selepas polis menasihatkan mereka berbuat demikian. "Demi kepentingan keselamatan awam, kami mengambil dan menerima nasihat pihak berkuasa untuk tidak meneruskan hari ketiga FMFA 2014. "Ini juga adalah untuk membantu siasatan yang sedang berjalan. Kami menghargai kerjasama dan penerimaan baik semua pihak serta akan berkongsi maklumat terkini mengenai perkara ini secepat mungkin," kata pihak penganjur dalam satu kenyataan yang disiarkan di laman Facebook festival itu. Portal berita The Star hari ini melaporkan seorang mati di tempat kejadian, di Stadium Bukit Jalil, manakala seorang lagi meninggal dunia dalam perjalanan ke hospital. Antara yang meninggal adalah seorang pemuda Melayu, dua wanita Melayu, seorang Cina dan India. Tiga yang lain meninggal dunia di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) dan Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM ). Kesemua rakyat Malaysia ini berusia antara 21 dan 28 tahun. Turut dilaporkan polis sebagai berkata, empat orang lagi, dua daripada mereka koma dan berada dalam keadaan kritikal di kedua-dua buah hospital. Yang masih kritikal adalah dua Melayu dan dua Cina. Berikutan kematian tersebut, pihak penganjur membuat laporan polis dan bekerjasama dengan pihak berkuasa. Polis menutup beberapa bahagian Stadium Bukit Jalil untuk menghalang penonton konsert memasuki kawasan festival. Pharrell, Macklemore & Ryan Lewis dan Rudimental dijadualkan mengadakan persembahan hari ini. Penyanyi rap tempatan, Sayla berkata, mereka tidak tahu mengenai jadual persembahan pada hari ini. "Saya tidak tahu apa yang berlaku. Kami semua hanya melepak di belakang pentas menunggu sebarang arahan. Kami dijadualkan melakukan persembahan tetapi kami masih menunggu. Bassment Sindiket sepatutnya membuat persembahan dahulu sebelum kami tetapi baru sahaja sebentar, persembahan mereka dihentikan," katanya. – 15 Mac, 2014. | |
Tragedi 370 : PM sahkan MH370 tersasar laluan asal Posted: 15 Mar 2014 04:27 AM PDT SEPANG - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengesahkan pesawat tidak dikenali yang dikesan radar utama merupakan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370, sambil berkata ia telah menyimpang dari laluan penerbangan asal menuju ke Beijing dan hilang sejak Sabtu lepas. "Hari ini berdasarkan data satelit belum diproses, yang diperoleh dari penyedia perkhidmatan data satelit, kita boleh sahkan bahawa pesawat yang ditunjukkan dalam data radar utama itu adalah Penerbangan MH370," katanya. Berikutan perkembangan itu, Malaysia dan rakan sejawat antarabangsanya memutuskan bahawa kali terakhir pesawat itu berhubung dengan satelit kemungkinan dalam satu daripada dua koridor. Dua koridor yang berkemungkinan itu adalah satu koridor utara yang dianggarkan menjangkau dari sempadan Kazakhtstan dan Turkmenistan sehingga utara Thailand atau koridor selatan yang dianggarkan menganjur dari Indonesia ke utara Lautan Hindi. "Pasukan siasatan sedang berusaha untuk memperhalusi maklumat itu," katanya. Walaupun terdapat laporan media mengenai kemungkinan pesawat itu dirampas, Najib menegaskan bahawa pihak berkuasa masih menyiasat semua kemungkinan sehingga kepada apa yang menyebabkan Penerbangan MH370 tersasar dari laluan penerbangan asalnya. - Bernama | |
MH370: Seorang atau sekumpulan dari 239 orang punya angkara Posted: 15 Mar 2014 03:08 AM PDT Dengan semua data ditangan, mahu tidak mahu, polis terpaksa menyiasat dengan lebih teliti, siapa sebenarnya antara 239 yang berada atas pesawat MH370 yang dengan sengaja melencongkan pesawat dari KL ke Beijing itu. Ini kerana, logiknya, sesiapa saja yang hendak lencongkan pesawat tersebut mestilah salah seorang atau sekumpulan dari 239 penumpang itu. Di atas kertas, tentulah juruterbang Kapten Zaharie Ahmad Shah menjadi individu yang relevan untuk disiasat. Media melaporkan polis mula menjalankan siasatan di kediaman rumah juruterbang penerbangan MH370 yang hilang pada hari Sabtu, selepas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengesahkan pesawat itu disyaki sengaja dilencongkan. Pegawai polis tiba di rumah Zaharie, 53, di Shah Alam, pada petang Sabtu, tidak lama selepas Najib mengakhiri sidang akhbar beliau. Sebelum itu dalam sidang media di Hotel Sama-Sama KLIA petang Sabtu, Najib memberitahu berdasarkan perkembangan terbaru itu, Malaysia akan memfokuskan kepada 227 penumpang dan 12 anak kapal MH370. Dalam masa yang sama AFP menyiarkan komen seorang pegawai kanan tentera mendakwa pesawat sengaja dialihkan ke arah Lautan Hindi oleh seseorang yang ada kemahiran tentang penerbangan dan kedudukan radar. "Individu itu boleh jadi juruterbang yang profesional dan cekap," kata pegawai tersebut yang terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat pesawat MH370. Beliau berkata, teori itu berdasarkan data dari radar tentera. Radar tersebut terus mengesan laluan pesawat selama beberapa jam selepas ia hilang dari radar pusat kawalan trafik udara dan radar awam, katanya. Pesawat itu dipercayai diterbangkan ke Lautan Hindi, beratus-ratus kilometer dari laluan sebenar penerbangan pesawat itu. "Dia tahu cara untuk mengelak dikesan radar awam. Dia dilihat sudah mengkaji cara untuk mengelak daripada dikesan," katanya. Sebelum ini, ada media melaporkan selain juruterbang dan pembantunya, ada seorang penumpang yang merupakan pensyarah kejuruteraan elektrik mempunyai kepakaran dalam bidangnya dan pernah membuat kajian simulasi penerbangan. Lelaki yang berkelulusan ijazah kedoktoran dalam bidang kejuruteraan dari United Kingdom itu kini berkhidmat sebagai seorang pensyarah di sebuah universiti di Turki.-15/3/2014 - AD SEPANG 15 Mac - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengesahkan pesawat tidak dikenali yang dikesan radar utama merupakan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370, sambil berkata ia telah menyimpang dari laluan penerbangan asal menuju ke Beijing dan hilang sejak Sabtu lepas. "Hari ini berdasarkan data satelit belum diproses, yang diperoleh dari penyedia perkhidmatan data satelit, kita boleh sahkan bahawa pesawat yang ditunjukkan dalam data radar utama itu adalah Penerbangan MH370," katanya. Berikutan perkembangan itu, Malaysia dan rakan sejawat antarabangsanya memutuskan bahawa kali terakhir pesawat itu berhubung dengan satelit kemungkinan dalam satu daripada dua koridor. Dua koridor yang berkemungkinan itu adalah satu koridor utara yang dianggarkan menjangkau dari sempadan Kazakhtstan dan Turkmenistan sehingga utara Thailand atau koridor selatan yang dianggarkan menganjur dari Indonesia ke utara Lautan Hindi. "Pasukan siasatan sedang berusaha untuk memperhalusi maklumat itu," katanya. Walaupun terdapat laporan media mengenai kemungkinan pesawat itu dirampas, Najib menegaskan bahawa pihak berkuasa masih menyiasat semua kemungkinan sehingga kepada apa yang menyebabkan Penerbangan MH370 tersasar dari laluan penerbangan asalnya. Sistem komunikasi dipadam, siasat kemungkinan rampasanSEPANG 15 Mac - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, siasatan terkini menunjukkan terdapat kepastian tinggi bahawa Sistem Komunikasi dan Laporan Pesawat (ACARS) serta transponder dalam pesawat MH370 telah dipadamkan. Najib berkata, ACARS telah dipadamkan sebelum pesawat MH370 tiba di pantai timur Semenanjung manakala transponder pula dipadamkan tidak lama kemudian iaitu berhampiran kawasan sempadan kawalan udara antara Malaysia dan Vietnam. ACARS merupakan sistem komunikasi pesanan pendek yang digunakan untuk perhubungan antara pesawat dengan pusat kawalan di darat manakala transponder memainkan peranan untuk membolehkan pengawal trafik udara mengenal pasti kelajuan dan hala tuju pesawat. Perdana Menteri bagaimanapun tidak mengesahkan rampasan kapal terbang telah berlaku tetapi menegaskan siasatan sedang dilakukan. "Walaupun ada laporan bahawa ia dirampas, kita sedang menyiasat semua kemungkinan tentang pesawat MH370 yang bertukar haluan. "Pihak berkuasa Malaysia memfokus semula siasatan terhadap kru dan penumpang dalam pesawat ini," katanya. - UTUSAN ONLINE Artikel Penuh: http://202.190.126.82/utusan/Dalam_Negeri/20140315/dn_40/Sistem-komunikasi--dipadam-siasat--kemungkinan-rampasan#ixzz2w1eTjFVj © Utusan Melayu (M) Bhd |
You are subscribed to email updates from Mimpi Senja To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan