RAKYAT MARHAEN |
- Usul 18: Isu MH 370 merakamkan Simpati kepada Keluarga Mangsa
- Periuk, sudip simbolik bantah harga barang naik
- Dr Wan Azizah: “Saya selesa dipanggil Kak Wan”
- Konsensus Nasional sudah bertukar ‘lawan tetap lawan’
- Pasport Curi: Gambar suspek posisi kaki sama..???
- Kegagalan urus krisis MH370 dedah keupayaan kepimpinan Malaysia, kata penganalisis
- MH370 terus bingungkan pakar penerbangan
- MH370: Operasi besar-besaran masih gagal kesan petunjuk
- MH370: 31,000 yuan bukan pampasan MAS kepada waris mangsa
- MH370: Vietnam henti operasi, tunggu jawapan Malaysia
- Dr Wan Azizah: Why I am replacing Anwar again
- Failure to manage MH370 crisis exposing Malaysia’s leadership limit, say analysts
- After Anwar and Karpal, who’s next?
- Ds Wan Azizah: 'Langkah Kajang' masih hidup
- Penjelasan Perkembangan HUDUD
- HUDUD - Kerajaan Negeri Takut Ke ?
- "Kerajaan Pusat Tolak Hudud, Saya Keluar BN"
- Datuk Seri Dr Wan Azizah - Bakal Adun Kajang, ini peluang saya untuk berkhidmat
- MH370: New York Times kritik maklumat tidak tepat Malaysia dan kenyataan bercanggah
- Misteri MH370: Bersangka baik kepada Allah SWT
- UMNO@BN guna darurat tumbang kerajaan PAS Kelantan
- Datuk Seri Dr Wan Azizah (Tokoh Wanita PR 2014) tangguh persaraan demi generasi masa depan
- PRK Dun Kajang : Anwar Tekan Slogan "Undi BN, Rakyat Senang" Sebagai Bodoh
- Ayuh bersama saya, bantah ketidakadilan - Wan Azizah
- Tawaran Konsensus Nasional PR-BN batal
Usul 18: Isu MH 370 merakamkan Simpati kepada Keluarga Mangsa Posted: 11 Mar 2014 08:54 PM PDT ) |
Periuk, sudip simbolik bantah harga barang naik Posted: 11 Mar 2014 08:49 PM PDT Himpunan yang dikenali sebagai 'Demontrasi Suri Rumah' itu diadakan sempena sambutan Hari Wanita bagi menyuarakan keresahan kaum hawa berkaitan kos sara hidup yang makin meninggi. Ketua Penerangan Muslimat Pas Kedah, Sarina Ismail berkata, pihaknya memfokus isu berkenaan kerana kenaikan harga barangan memberi kesan secara langsung kepada suri rumah. "Suri rumah juga menerima kesan daripada kenaikan harga barangan kerana mereka merancang ekonomi seharian keluarga. Kesannya bukan sahaja dirasai segelintir suri rumah malah keseluruhan wanita yang berpendapatan rendah," katanya. Demonstrasi yang diadakan di hadapan Kompleks Pas Kedah, di persisiran Jalan Alor Setar- Sungai Petani itu mendapat sokongan pengguna jalan raya apabila beberapa kenderaan turut membunyikan hon. Pada himpunan itu, Naib Ketua, Fatimah Wan Teh, serta Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional, Jamaliah Omar turut menyampaikan ucapan ringkas memperjelas isu kenaikan harga barangan kepada hampir 200 suri rumah yang hadir. "Ini antara usaha untuk bangkitkan perkara ini agar diberi perhatian, kami bukan sahaja mewakili Muslimat Pas malah wanita seluruh Kedah," katanya. |
Dr Wan Azizah: “Saya selesa dipanggil Kak Wan” Posted: 11 Mar 2014 08:47 PM PDT KAJANG, 12 MAC: Walaupun kini bergelar Datuk Seri dan pernah menjadi isteri kepada pemangku Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail turut selesa dikenali dengan panggilan Kak Wan di kalangan penyokong Pakatan Rakyat (PR). Dr Wan Azizah yang juga calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang berkata, panggilan Kak Wan terhadap dirinya menjadikan beliau lebih dekat dengan kehidupan rakyat pelbagai golongan dan peringkat termasuk pengundi di Kajang sendiri. "Oh ya, memang selesa. Saya rasa panggilan itu sseperti personaliti saya. Kak Wan itu lebih mesra, lebih rapat dan lebih akrab berbanding panggilan yang lebih formal dengan gelaran yang diberikan Gabenor Pulau Pinang," katanya ketika menjawab satu soalan dalam wawancara eksklusif Selangor Kini bersama Presiden PKR itu. Dr Wan Azizah selepas suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim dipecat daripada semua jawatan dalam kerajaan dan Umno gara-gara fitnah adalah antara penggerak utama kebangkitan rakyat ketika tercetusnya reformasi, pada 1998. Kebangkitan beliau menentang kerajaan Barisan Nasional (BN) ketika itu banyak mendapat sokongan rakyat biasa yang tidak beliau kenali tanpa mengira aliran politik, bangsa dan agama. Read More / Baca Lagi >> |
Konsensus Nasional sudah bertukar ‘lawan tetap lawan’ Posted: 11 Mar 2014 08:46 PM PDT KUALA LUMPUR: Harapan rakyat untuk melihat wujudnya konsensus atau rekonsilasi antara kerajaan dengan pembangkang dalam beberapa isu yang melibatkan kepentingan rakyat dan negara, akhirnya lebur menjadi debu. Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim secara rasmi kelmarin mengumumkan bahawa PR menarik balik usaha ke arah itu dan akan terus bersikap 'lawan tetap lawan' terhadap kerajaan. Penarikan diri PR daripada konsensus itu berikutan keputusan Mahkamah Rayuan pada 7 Mac lalu yang menghukum penjara lima tahun ke atas Anwar kerana didapati bersalah dalam kes liwat 2. Berikutan hukuman tersebut dan Anwar tidak mengemukakan kertas pencalonannya di Kajang, tempat beliau digantikan oleh isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang akan berhadapan satu lawan satu dengan calon BN, Datin Paduka Chew Mei Fun. "Selepas ini, yang nyatanya tiada lagi perdamaian antara PR dengan BN atas apa isu jua pun," tulis Shahbudin Husin di dalam blognya semalam. Menurutnya, ia sudah bertukar menjadi 'lawan tetap lawan' yang berpanjangan. Sehingga pilihan raya akan datang suhu politik nampaknya sentiasa panas dan membara. Justeru, beliau berpendapat Najib sudah boleh menyimpan semua idea yang mahu dibentangkannya mengenai rekonsilasi atau konsensus ini. |
Pasport Curi: Gambar suspek posisi kaki sama..??? Posted: 11 Mar 2014 08:33 PM PDT |
Kegagalan urus krisis MH370 dedah keupayaan kepimpinan Malaysia, kata penganalisis Posted: 11 Mar 2014 08:24 PM PDT Ketidakselarasan dan ketidakcekapan dalam mengendalikan insiden kehilangan pesawat MH370 menunjukkan bahawa lebih 50 tahun mengamalkan kawalan ketat ke atas maklumat adalah tidak sesuai bagi Malaysia dalam mengendalikan krisis yang kini sedang diikuti seluruh dunia, lapor Bloomberg hari ini. Ia berkata, China mengesa Malaysia supaya lebih telus dengan "tindakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menjadikan sepupunya, Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, individu bertanggungjawab terhadap siasatan" mengapa pesawat milik Malaysia Airlines (MAS) hilang pada 8 Mac. Pesawat Boeing 777- 200ER dalam perjalanan ke Beijing dengan 239 orang penumpang apabila ia hilang. Penyiasat dari sekurang-kurangnya sembilan negara masih berusaha mencarinya. Read More / Baca Lagi >> |
MH370 terus bingungkan pakar penerbangan Posted: 11 Mar 2014 08:23 PM PDT Kehilangan misteri pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH370 sejak Sabtu terus membingungkan pakar-pakar penerbangan serata dunia. Read More / Baca Lagi >>Di tahap ini, seorang pakar penerbangan mengemukakan bukti sejarah yang boleh menjadi penyebab kepada kehilangan pesawat Boeing 777-200ER berusia 11 tahun itu. Sebab-sebab itu merupakan gabungan kesilapan teknikal dan juruterbang hingga membawa kepada kesan-kesan terkumpul, kerosakan struktur, faktor kemanusiaan, cuaca buruk, kegagalan total elektrik dan rampasan pesawat. Menurut Perunding Ruang Angkasa dan Pertahanan Frost and Sullivan Asia Pacific, Ravi Madavaram, tidak wujud faktor tunggal yang umumnya menyebabkan pesawat terhempas, tetapi gabungan kerosakan teknikal dan keputusan juruterbang. Dalam satu kenyataan di sini hari ini, beliau berkata kerosakan dan keputusan jika berlaku bersendirian tidak membahayakan. "Ini yang berlaku kepada Air France 447. Tidak ada isyarat kecemasan dari Air France 447 kerana pilot (juruterbang) tidak sedar bahawa mereka akan terhempas hinggalah 10 saat sebelum ia berlaku," jelas beliau. |
MH370: Operasi besar-besaran masih gagal kesan petunjuk Posted: 11 Mar 2014 08:22 PM PDT Operasi mencari dan menyelamat (SAR) besar-besaran bagi mengesan kehilangan penerbangan MH370 Malaysia Airlines (MAS) dari Kuala Lumpur ke Beijing, yang memasuki hari keempat, setakat ini masih gagal menemui sebarang petunjuk berkaitan pesawat yang membawa 239 orang itu. Read More / Baca Lagi >>Misi SAR bagi mengesan pesawat Boeing B777-200ER yang hilang dari skrin radar ketika terbang merentasi Laut China Selatan itu, diperluas ke barat daya semenanjung sehingga perairan Selat Melaka. Setakat ini, jumlah aset yang digunakan dalam operasi mencari dan menyelamat meningkat kepada 42 kapal laut dan 35 pesawat dari Angkatan Tentera Malaysia serta angkatan tentera asing dari negara China, Amerika Syarikat, Vietnam, Thailand, Indonesia, Singapura, New Zealand dan Australia. Malaysia menggerakkan 15 pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) termasuk empat Hercules C130, sebuah CN 235, empat EC 725 dan dua helikopter Augusta selain sembilan kapal laut iaitu enam dari Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) serta tiga dari Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM). Qatar turut menawarkan bantuan kepada Malaysia bagi mengesan pesawat itu yang hilang sejak awal pagi Sabtu. Selain itu, Persatuan Nelayan Kuala Kedah menggunakan peralatan teknologi sonar yang terdapat dalam bot mereka bagi membantu mengesan pesawat milik MAS itu atau objek berkaitan dalam laut. Lebih 30 bot nelayan yang beroperasi di zon C dan C2 Selat Melaka di Kedah dan Perlis diminta membantu mengesan pesawat itu, kata Timbalan Pengurus Besar persatuan itu Mohd Sam Mohd Zuki. |
MH370: 31,000 yuan bukan pampasan MAS kepada waris mangsa Posted: 11 Mar 2014 08:21 PM PDT Malaysia Airlines (MAS) menjelaskan bantuan kewangan berjumlah 31,000 yuan (US$5,000) bukannya pampasan tetapi bantuan wang tunai kepada waris penumpang penerbangan MH370 yang hilang sejak Sabtu lepas, untuk membeli barang keperluan harian. Read More / Baca Lagi >>Jurucakap MAS Ignatius Ong Ming Choy berkata bantuan itu bagi meringankan beban waris berkenaan pada waktu sukar ketika ini. "Kami telah memaklumkan kepada waris penumpang mengenai perkara ini petang tadi, dan kami sedang mencari kaedah untuk mengagihkan wang itu," katanya dalam sidang akhbar di Hotel Citic di Lapangan Terbang Beijing pada Selasa. Mengenai ada waris enggan menerima wang itu kerana turut disertakan syarat tertentu dalam borang penerimaan, Ong berkata MAS akan mengambil kira semua permintaan dan pandangan mereka. |
MH370: Vietnam henti operasi, tunggu jawapan Malaysia Posted: 11 Mar 2014 08:20 PM PDT PHU QUOC - VIETNAM. Kerajaan Vietnam akan menghentikan aktiviti pencarian pesawat milik Malaysia Airlines (MAS) di perairan mereka sementara menunggu jawapan dari Malaysia mengenai kedudukan terakhir pesawat itu. Timbalan Menteri Pengangkutan Vietnam, Pham Quy Tieu hari ini berkata, operasi mencari pesawat yang dilaporkan hilang pada 8 Mac lalu itu dihentikan selepas laporan media semalam menyebut bahawa tentera Malaysia kali terakhir mengesan pesawat itu di Selat Melaka. "Kami telah menghantar dua notis kepada Malaysia (sejak semalam) untuk mengesahkan laporan media antarabangsa (berhubung kedudukan terakhir pesawat itu). "Tiada jawapan diterima setakat ini," katanya dalam sidang media di pusat operasi mencari dan menyelamat di Lapangan Terbang Antarabangsa Phu Quoc, pagi tadi. Namun Pham berkata, dua penerbangan untuk operasi mencari dan menyelamat akan tetap dibuat hari ini tetapi semua aktiviti lain akan dihentikan. Beliau juga berkata, sehingga kini Vietnam hanya berhubung dengan seorang pegawai dari Malaysia dan maklumat yang diperolehi dari Malaysia tidak mencukupi. Kerajaan Malaysia pada Sabtu lalu mengumumkan lokasi pencarian pesawat yang membawa 239 individu itu diperluas ke Selat Melaka. Semalam, sebuah akhbar di Malaysia melaporkan Panglima Tentera Udara Jeneral Tan Sri Rodzali Daud menyebut bahawa radar milik tentera Malaysia kali terakhir mengesan penerbangan MH370 di Selat Melaka, jauh tersasar daripada laluan asalnya dari Kuala Lumpur ke Beijing, China. Sebuah agensi media antarabangsa turut melaporkan perkara sama menggunakan sumber dalaman tentera Malaysia. Namun, Rodzali menafikan mengeluarkan sebarang kenyataan seperti itu. |
Dr Wan Azizah: Why I am replacing Anwar again Posted: 11 Mar 2014 08:10 PM PDT Kajang by-election candidate Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail (pic) says that she is foregoing retirement from active politics to right an injustice for the benefit of her grandchildren. She tells The Malaysian Insider that her standing in for husband Datuk Seri Anwar Ibrahim for the second time in her life is not to capitalize on public sympathy, but to fulfill a national responsibility. Q: How did you feel when you were told that you were chosen to replace Anwar? Q: Given that you are the PKR president, you may have had ideas on who was going to become the candidate. How was that decision made to choose you and why was someone else not chosen? A: When I was told that my name came up, I felt it was not wise for me to be in discussions (about the candidate). When this was tabled to me, it was part of my responsibility to fulfil. It is quite natural because I am the face that when voters see, they think of Anwar. It may not be the other way around – when they see Anwar they think of me. When they look at me, they think of Anwar. And I want that. I want them to remember that this is an injustice. Not Anwar per se, this is also part of the hardship that our family faces. It's also because of injustice we have to fight. It's part of our responsibility. Q: What is the message that you are bringing to Kajang voters as before this, Anwar's candidacy had a specific message about the Kajang move. So what about you? A: It's the same because (the Kajang move) has not been derailed. Our objective in the Kajang move (remains). They tried to derail it by putting Anwar in jail. I am still the president and this is the party's move. It is Pakatan's move. We talked about why we want to do it. There was a time when religious fundamentalism was used to create disharmony and distrust between Malaysians. One of our strengths as Malaysians is the harmony between all religions, with Islam as the official religion. We can't make Islam into something intolerant. Like when you slaughter chickens and throw it at people or you threaten to slap someone. This is not Islam. If you want to spread the Islamic message it must be with wisdom. And Islam is a religion of peace. It is also to increase the performance of the Selangor government. We've made good changes, but with Anwar being in state assembly and the state government compared to him being a financial advisor, he could have contributed more. Read More / Baca Lagi >> |
Failure to manage MH370 crisis exposing Malaysia’s leadership limit, say analysts Posted: 11 Mar 2014 08:09 PM PDT Inconsistencies and incompetence in handling the flight MH370 disappearance is showing that 50 years under one coalition and tight control over information is a mismatch for Malaysia in handling a rapidly growing crisis followed across the world, Bloomberg reported today. It said China was calling on Malaysia to be more transparent as "Prime Minister (Datuk Seri) Najib Razak lets his cousin, acting Transport Minister (Datuk Seri) Hishammuddin Hussein, be the face of the investigation" into why a Malaysia Airlines plane vanished on March 8. The Boeing 777-200ER jet was en route to Beijing with 239 people onboard when it went missing. Investigators from at least nine countries are trying to locate the jet. "They're handling a huge global issue as if it was domestic politics," said Clive Kessler, Emeritus Professor of Sociology and Anthropology at the University of New South Wales in Sydney, who has analysed the nation's politics for half a century. "Najib's administration is sending the message that people should let the 'government tell them what they need to know, when they need to know it, and not before'," Kessler said. "That's the way they've acted for generations and they are starting to find out it doesn't work any more." Bloomberg pointed out that Najib's Umno leads the coalition ruling the Southeast Asian nation. "Only in recent years has it seen a move towards more competitive elections, in some districts, that put a premium on public speaking. The government's lack of a clear message, compounded by a series of false leads on the plane's whereabouts and questions on coordination, risks undermining its image internationally," the report said. Read More / Baca Lagi >> |
After Anwar and Karpal, who’s next? Posted: 11 Mar 2014 08:05 PM PDT There seems to be a trend now to get rid of Pakatan leaders through the court process so that Umno can remain in power. Malaysian courts have brought infamy to the justice system. The way justice has been dished out is nothing short of disgraceful and dishonourable. What Karpal Singh did following the undemocratic overthrow of the duly elected Perak Pakatan Rakyat government was to express an opinion based on the Federal Constitution. The provision in the constitution provided for this opinion to be expressed. At no time did Karpal Singh question His Royal Highness, the Sultan of Perak. At no time was Karpal offensive in expressing this opinion. No insult was meant. The Sultan's authority was not challenged. Karpal was not disrespectful to the royal personage. The prevailing situation then needed a professional legal opinion on what had transpired. And Karpal Singh merely gave his professional legal opinion honestly, without fear or favour. This is expected of an elected member of parliament and an experienced lawyer. Karpal was discharging his duty and responsibility by commenting on a matter of public interest. It is a great national tragedy that the court is unable to differentiate an honest opinion from crass and gross verbal onslaught crudely expressed without any respect to the royal personage. In Karpal Singh's case, this is clearly a travesty of justice which is most unfair and undeserved. We are told that the court had taken into consideration Karpal Singh's health in not imposing a jail sentence, but that means nothing. When Anwar Ibrahim's lawyer pleaded for time to submit a report on his health before sentence was passed, it was summarily dismissed as of no consequence. The court was in a hurry to dispose of him. The court must have been mindful of the fact that a jail sentence for Karpal Singh would have outraged the nation and there would have been an international outcry against this. So the court imposed a fine. But the fact is, if the whole case against Karpal Singh was meant to knock him out as a member of parliament, that objective was achieved by this RM4,000 fine, which could disqualify him in the event he fails in his appeal. There seems to be a trend now to get rid of Pakatan Rakyat leaders through the court process so that Umno can remain in power. Who's next? Read More / Baca Lagi >> |
Ds Wan Azizah: 'Langkah Kajang' masih hidup Posted: 11 Mar 2014 08:03 PM PDT "Langkah Kajang" masih hidup dan bakal merintis jalan ke Putrajaya kata calon pilihan raya kecil (PRK) PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail. Read More / Baca Lagi >>Dalam temubual bersama Malaysiakini Wan Azizah berkata walaupun Ketua Umum parti itu Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak bertanding, kehadiran beliau sebagai 'konduit' atau saluran perhubungan bagi memastikan pentadbiran Selangor ditingkatkan. Menurut beliau penglibatan sebagai ahli dewan undangan negeri akan menguatkan keupayaan beliau sebagai presiden parti kerana mampu berurusan terus dengan kerajaan negeri Selangor. "Tentunya (Langkah Kajang) masih hidup. Bukan (siapa pegang) jawatan yang kita perkatakan tetapi pentadbirannya. "Sekarang saya mahu berada di dalam kerana saya bertindak sebagai 'konduit'. Banyak kajian tunjukkan pemimpin wanita lebih pandai berunding," kata beliau. Wan Azizah yang juga presiden PKR bagaimanapun tidak mengesahkan sama ada beliau akan mengambil alih jawatan Menteri Besar Selangor setelah menang 23 Mac depan. "Tentunya (jawatan MB) bukan sesuatu yang saya cari tetapi saya mahu berkhidmat untuk rakyat. |
Posted: 11 Mar 2014 07:57 PM PDT ) |
HUDUD - Kerajaan Negeri Takut Ke ? Posted: 11 Mar 2014 07:56 PM PDT ) |
"Kerajaan Pusat Tolak Hudud, Saya Keluar BN" Posted: 11 Mar 2014 07:56 PM PDT ) |
Datuk Seri Dr Wan Azizah - Bakal Adun Kajang, ini peluang saya untuk berkhidmat Posted: 11 Mar 2014 07:08 PM PDT ) |
MH370: New York Times kritik maklumat tidak tepat Malaysia dan kenyataan bercanggah Posted: 11 Mar 2014 07:00 PM PDT Akhbar antarabangsa New York Times (NYT) mengkritik maklumat tidak tepat oleh kerajaan Malaysia mengenai kehilangan penerbangan MH370, serta kenyataan pemimpin negara yang bercanggah dengan tentera. Pendedahan pesawat Malaysian Airlines (MAS) menukar laluan dan kemungkinan berpatah balik oleh tentera menunjukkan Malaysia tidak mempunyai maklumat tepat lokasi sebenar pesawat tersebut, kata NYT. "Tapi kerajaan dan syarikat penerbangan (MAS) masih juga mengeluarkan maklumat tidak tepat, tidak lengkap dan kadang kala tidak tepat dengan pegawai awam berbeza dengan pemimpin tentera," kata NYT dipetik berkata dalam artikel bertajuk "Malaysia Jet May Have Taken New Route Before Vanishing". Kawasan mencari dan menyelamat juga diperluaskan sehingga ke Selat Melaka bagi melihat sebarang kemungkinan. Jeneral Tan Sri Datuk Sri Rodzali Daud mendedahkan wujud isyarat MH370 cuba berpatah balik berdasarkan maklumat daripada radar TUDM. Pendedahan tersebut berbeza dengan maklumat awal diberikan oleh MAS yang mengatakan lokasi terakhir sebelum terputus hubungan pagi Sabtu adalah di perairan Laut Cina Selatan, sempadan antara Malaysia dan Vietnam. Menurut NYT, pengumuman tersebut menyebabkan banyak pihak terkeliru, mempersoalkan mengapa pendedahan tersebut lewat diberitahu. "Malaysia, sanggup kamu sembunyikan perkara besar ini sehingga kini," lapor NYT memetik pengguna laman sosial Sina.com Weibo yang meluahkan kemarahan. Read More / Baca Lagi >> |
Misteri MH370: Bersangka baik kepada Allah SWT Posted: 11 Mar 2014 06:59 PM PDT Selain memberi ucapan simpati dan takziah, ramai yang semakin tertanya-tanya apakah nasib sebenar yang menimpa semua para penumpang dan anak-anak kapal itu. Ketua Pemuda PAS Terengganu, Ustaz Kamaruzzaman Abdullah meyarankan agar seluruh rakyat malaysia terutama keluarga penumpang serta anak kapal pesawat MAS MH370 yang hilang supaya memperbanyakkan berdoa dan munajat agar diberi keselamatan dan petunjuk oleh Allah SWT. "Saya tak nak buat apa-apa spekulasi dan saya bersetuju pada kenyataan bekas ketua bahagian pesawat 777 MAS, Kapten Norudin yang mengatakan pesawat MH370 hilang. "Kita mendoakan anak-anak kapal dan juga penumpang agar selamat dan buat keluarga mereka kita minta agar bersabar. Mudah-mudahan ujian Allah ini adalah untuk mengangkat darjat atau untuk dapat satu benda yang lebih besar lagi, insya Allah," katanya ketika menyampaikan kuliah maghrib di Surau Al-Ikhwan, Flat Gelong Bilal di sini. Apa yang Allah buat, katanya itu yang terbaik kepada hamba-Nya. "Kita mesti husnu zan (sangka baik) kepada-Nya," ujarnya. |
UMNO@BN guna darurat tumbang kerajaan PAS Kelantan Posted: 11 Mar 2014 06:58 PM PDT "Ketika darurat ada bangsal polis dibakar, bakar tayar dan macam-macam lagi, kemudian kerajaan BN isytihar Mageran di Kelantan," kata Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. Pada 19 Oktober 1977 Timbalan Perdana Menteri, Datuk Hussein Onn membentangkan Akta Darurat di Dewan Rakyat biar pun mendapat bantahan wakil-wakil rakyat PAS dan DAP. Perintah di bawah Mageran di Kelantan diisytiharkan pada 8 November 1977, kemudian pada 11 Mac 1978 diadakan pilihan raya Dewan Undangan Negeri Kelantan bagi menjatuhkan kerajaan PAS yang berkuasa sejak 1959. Mursyidul Am PAS itu berkata, Mageran adalah peraturan jahat yang dibuat pemimpin Umno selepas mereka berjaya mencetus perbalahan dalaman PAS. "Maka tidak hairanlah situasi serupa yang pernah berlaku itu boleh berulang semula di Kelantan selepas bekas Perdana Menteri, Tun Mahatir Mohamad menghantar surat memberi amaran supaya tidak dilaksanakan hudud di Kelantan. "Terlintas di fikiran saya mereka akan membuat Mageran sekali lagi sekiranya kita berkeras juga melaksanakan hudud," ujarnya yang juga mantan Menteri Besar. Bagaimanapun kata beliau, biar pun tidak dapat dilaksanakan hukum hudud di Kelantan, namun perkara-perkara lain yang selaras dengan syariat telah dilaksanakan. "Saya mengunakan konsep Islam iaitu kalau tak boleh buat semua jangan tinggal semua. Alhamdulillah kita dapat membuat banyak program berteras agama. "Ini bukan projek material tetapi projek minda untuk melahirkan kesejahteraan hidup rakyat," katanya. Antaranya cuti mingguan dua hari seminggu, cuti bersalin dua bulan, skim Al-Ziwaaj, Takaful Kifaalah, beras al Itaam, dividen bulanan Ladang Rakyat dan banyak lagi. |
Datuk Seri Dr Wan Azizah (Tokoh Wanita PR 2014) tangguh persaraan demi generasi masa depan Posted: 11 Mar 2014 06:51 PM PDT Beliau menggalas tanggungjawab menjadi calon Pakatan Rakyat (PR) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) pada 23 Mac depan bagi menggantikan Anwar selepas suaminya itu terlucut kelayakan bertanding. Anwar dijatuhkan hukuman penjara lima tahun oleh Mahkamah Rayuan atas kesalahan meliwat bekas pembantunya Saiful Bukhari Azlan, dan Dr Wan Azizah sekali lagi menggantikan suaminya itu selepas berbuat demikian untuk kali pertama pada pilihan raya 1998, sebelum melepaskan kerusi berkenaan pada 2008 untuk membolehkan suaminya itu kembali menjadi gergasi politik tanah air. The Malaysian Insider (TMI): Boleh Datuk Seri nyatakan perasaan menggantikan Datuk Seri Anwar di Kajang? Datuk Seri Dr Wan Azizah (DSWA): Saya pada mulanya enggan untuk kembali aktif berpolitik kerana saya rasa apabila Anwar keluar dari penjara saya sudah buat apa yang saya boleh buat. Tetapi apabila ini berlaku, mereka, PR dan rakan komponen PAS dan DAP berbincang dan keluar nama saya, termasuk daripada biro politik kami (PKR). Ia sebahagian daripada khidmat nasional saya. Apa yang akan saya tingalkan daripada hidup saya adalah sumbangan kepada generasi muda. Saya hendak tinggalkan dengan saya ada berbuat sesuatu. Jadi cucu cicit saya tahu apa saya buat pada masa lalu. TMI: Sebagai presiden, sudah ditentukan ini kerusi PKR dan DSWA sudah tentu mempunyai input siapa akan dipilih. Bagaimana hanya DSWA yang dipilih. Kenapa tidak orang lain? DSWA: Saya tiada dalam mesyuarat ketika itu. Saya rasa tidaklah wajar saya ada dalam mesyuarat itu. Ia secara semulajadi, saya ada persamaan dengan Anwar. Mereka lihat saya, mereka nampak Anwar. Saya mahukan itu. Mereka akan nampak kesusahan yang keluarga kami hadapi. Dari segi ketidakadilan, kami perlu berjuang. TMI: Apa mesej DSWA ingin bawa kepada pengundi Kajang. Anwar bertanding dengan membawa mesej Langkah Kajang, DSWA bagaimana? Read More / Baca Lagi >> |
PRK Dun Kajang : Anwar Tekan Slogan "Undi BN, Rakyat Senang" Sebagai Bodoh Posted: 11 Mar 2014 05:49 PM PDT ) |
Ayuh bersama saya, bantah ketidakadilan - Wan Azizah Posted: 11 Mar 2014 05:41 PM PDT KAJANG - Calon Pakatan Rakyat bagi PRK Kajang Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menyeru pengundi Kajang untuk bersama beliau pada pilihan raya kecil Dun itu yang akan berlangsung 23 Mac ini. Bercakap kepada media selepas selesai penamaan calon hari ini, beliau mahu pengundi Kajang menjadikan pilihan raya kecil ini sebagai referendum terhadap ketidakadilan dan sistem kehakiman yang berlaku dalam negara ini. "Kajang Ini adalah referendum rakyat untuk ketidakadilan yang telah berlaku dan referendum terhadap sistem kehakiman yang berlaku dalam negara hari ini. "Saya ajak pengundi-pegundi Kajang bersama saya," kata beliau. Terdahulu Pegawai Pengurus PRK Kajang Datuk Hassan Nawawi Abdul Rahman mengesahkan hanya dua calon yang disahkan bertanding iaitu Wan Azizah dari PKR dan Naib Presiden MCA Datin Paduka Chew Mei Fun mewakili BN. Proses penamaan calon berlangsung di Kompleks Sukan Majlis Perbandaran Kajang, Seksyen 15, Bandar Baru Bangi jam 9 pagi tadi. Mengulas lanjut, Wan Aziah turut melahirkan rasa terharu beliau di atas sokongan yang ditunjukan rakan Pakatan Rakyat yang lain iaitu PAS dan DAP yang hadir pada penamaan calon hari ini. "Saya sungguh terharu. Ini memberi suntikan baru kepada apabila melihat begitu kuat sokongan daripada pimpinan dan penyokong Pakatan Rakyat. "InsyaAllah pengundi-pengundi akan memberi sokongan kepada Pakatan Rakyat sekiranya pertandingan ini berlaku di atas padang yang sama rata. "Saya harap SPR berlaku adil dalam PRK Kajang," tegas beliau. |
Tawaran Konsensus Nasional PR-BN batal Posted: 11 Mar 2014 05:40 PM PDT Pakatan Rakyat (PR) membatalkan serta menarik semula tawaran Konsensus Nasional yang pernah dihulurkan kepada Barisan Nasional (BN) sebelum ini ekoran keputusan Mahkamah Rayuan yang menjatuhkan hukuman terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim, minggu lalu. Anwar yang juga Ketua Umum PKR ketika berucap di Kajang malam tadi turut mengisytiharkan "perang dasar" ke atas pemimpin BN yang didakwa menyalahgunakan kuasa serta memperalatkan badan kehakiman negara. Beliau mendakwa, panel hakim yang mendengar hujahan kes membabitkannya dengan bekas pembantu peribadinya itu tidak mempedulikan fakta sebaliknya hanya bersetuju dengan hujah peguam pihak pendakwaan, Tan Sri Shafee Abdullah. "Sekarang sudah tiada lagi dialog. Tiada lagi Konsensus Nasional. Kita lawan kerana mereka biadab. "Tiga orang (panel hakim) sama sahaja dengan Shafee. Jatuh hukum tak peduli fakta," dakwanya seperti yang dilaporkan portal Malaysiakini. Ucapan Anwar itu mendapat sorakan ratusan penyokong PR yang kemudiannya melaungkan perkataan "lawan". Sebelum ini, Anwar pernah mengajak BN untuk berdialog demi mencapai Konsensus Nasional antaranya bagi mengatasi unsur menggugat perpaduan dan kebencian antara agama yang kian meningkat. Read More / Baca Lagi >> |
You are subscribed to email updates from RAKYAT MARHAEN To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan