MIMPI SENJA |
- China guna 10 satelit untuk kesan MH370
- Pakar penerbangan sebut 6 sebab kehilangan misteri MH370
- Tragedi MH370 : Penumpang 'hantu' bukan pengganas
- Tragedi MH370 : Mula-mula 5 beg, kemudian tiada, selepas itu 4 .... mana 1 betul?
- Penamaan Calon PRK Kajang : Polis ibarat Israel letak kawat duri, kata Rafizi [video]
- Warga Iran miliki pasport curi Austria, kata KPN
- 2 Penumpang Guna Pasport Curi Didakwa Warga Iran - BBC
China guna 10 satelit untuk kesan MH370 Posted: 11 Mar 2014 08:24 PM PDT Pusat Kawalan Satelit Xi'an di barat daya China memprogram semula satelit beresolusi tinggi untuk meninjau cuaca, komunikasi dan operasi mencari di kawasan pesawat Boeing 777-200 milik MAS itu yang didapati hilang. Dalam pada itu, juruterbang dua buah pesawat dari Hong Kong telah menemui beberapa serpihan di perairan Vietnam kelmarin tetapi masih tidak pasti sama ada ia berasal daripada pesawat hilang tersebut. Penerbangan MAS itu hilang ketika dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing yang membawa seramai 227 penumpang dan 12 kru. Sementara itu, syarikat pengimejan satelit Colorado, DigitalGlobe melancarkan program pengumpulan maklumat dalam talian yang membolehkan pengguna Internet membantu mencari pesawat Malaysia Airlines MH370 yang hilang Sabtu lalu. Menurut laman web berita, nydailynews.com, pengguna Internet boleh menggunakan imej satelit berdefinisi tinggi menerusi laman web, tomnod.com untuk mencari dan menanda sebarang objek di kawasan perairan Malaysia dalam laman web itu. Pengurus kanan DigitalGlobe, Luke Barrington berkata, pakar algoritma laman web kemudian akan menyelidik objek yang ditanda itu yang mungkin mampu membantu penyiasatan pesawat tersebut. Sebelum ini program itu juga pernah digunakan dalam usaha membantu mengumpul maklumat dalam taufan Haiyan di Filipina, tahun lalu.-12/3/2014 - AD |
Pakar penerbangan sebut 6 sebab kehilangan misteri MH370 Posted: 11 Mar 2014 06:32 PM PDT KUALA LUMPUR: Kehilangan misteri pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbngan MH370 sejak Sabtu lalu terus membingungkan pakar-pakar penerbangan serata dunia. Di tahap ini, seorang pakar penerbangan mengemukakan bukti sejarah yang boleh menjadi penyebab kepada kehilangan pesawat Boeing 777-200ER berusia 11 tahun itu. Sebab-sebab itu adalah gabungan kesilapan teknikal dan juruterbang hingga membawa kepada kesan-kesan terkumpul, kerosakan struktur, faktor kemanusiaan, cuaca buruk, kegagalan total elektrik dan rampasan pesawat. Menurut Perunding Ruang Angkasa dan Pertahanan Frost and Sullivan Asia Pacific, Ravi Madavaram, tidak wujud faktor tunggal yang umumnya menyebabkan pesawat terhempas, tetapi gabungan kerosakan teknikal dan keputusan juruterbang. Dalam satu kenyataan di sini hari ini, beliau berkata kerosakan dan keputusan jika berlaku bersendirian tidak membahayakan. "Ini yang berlaku kepada Air France 447. Tidak ada isyarat kecemasan dari Air France 447 kerana pilot (juruterbang) tidak sedar bahawa mereka akan terhempas hinggalah 10 saat sebelum ia berlaku," katanya. Mengenai kerosakan struktur, Madavaram berkata kegagalan struktur pesawat boleh menyebabkan juruterbang hilang kawalan. "Ini yang berlaku kepada China Airlines Penerbangan 611, semasa terbang di ketinggian 35,000 kaki pada 2002 bila Boeing 747 (Penerbangan 611) terhempas akibat kesilapan dalam pembaikan kerosakan. Menyentuh faktor kemanusiaan, beliau menegaskan tindakan yang disengajakan seumpamanya oleh penumpang atau juruterbang hingga menyebabkan pesawat terhempas telah ditonjolkan dalam insiden World Trade Centre 9/11. Pakar itu menyatakan keadaan cuaca buruk seperti salji, kabus, hujan, dan ais boleh menjejas prestasi pesawat, yang berkemungkinan mengakibatkan pesawat terhempas. "Ini berlaku pada penerbangan sebuah pesawat Qantas pada 2008 di Bangkok. Pesawat itu mendarat dengan selamat dengan tenaga sokongan dari Auxiliary Power Unit (APU)," katanya. Madavaram menolak kemungkinan MH370 dirampas, kerana adalah mustahil bagi pesawat itu terlepas dari semua imbasan radar dalam kawasan penerbangannya. Menjelas lanjut, beliau berkata setiap pesawat sivil komersial mempunyai alat pengesan, Emergency Locator Transmitters (ELT), dan ia akan diaktifkan semasa pesawat terhempas bergantung pada kekuatan hentakan atau maklumat diberikan juruterbang. Beliau berkata satu lagi lampu isyarat (beacon) dilekatkan pada alat perakam penerbangan atau kotak hitam dipanggil Underwater Locator Beacon (ULB), dan lampur isyarat ini akan diaktifkan sebaik saja ia bersentuh dengan air. "Andainya pesawat terhempas di air, ELT akan menghantar isyarat, tetapi ia tidak kalis air. ULB mula menghantar isyarat sebaik saja ia tersentuh dengan air," kata beliau. ELT dan beacon menggunakan bateri sendiri dan kegagalan elektrik tidak menjejas alat-alat ini. "Bateri beacon atau beacon kotak hitam direka untuk hayat 28 hari. Jika beacon kotak hitam padam dan pesawat tidak dikesan dalam tempoh itu, maka satu-satunya harapan ialah mencari serpihan dan dari situ cuba mengesannya dengan gerak berundur," katanya. - BERNAMA |
Tragedi MH370 : Penumpang 'hantu' bukan pengganas Posted: 11 Mar 2014 08:27 AM PDT Oleh Amir Abd Hamid, Gaddafi Musli dan Muhammad Saufi Hassan Sepang: Polis sudah mengenal pasti seorang daripada dua individu yang menggunakan passport palsu untuk menaiki pesawat MH370. Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, individu itu dikenali sebagai Pouria Nur Mohamad Mehdrad, 19, dipercayai warga Iran yang ingin berhijrah ke German. Lelaki itu menggunakan pasport warga Austria yang dilapor hilang di Thailand oleh pemilik sebenar, sebelum ini. Menurutnya, berdasarkan siasatan yang dilakukan terhadap individu terbabit mendapati lelaki berkenaan tiada kaitan dengan mana-mana kumpulan pengganas. Suspek warga Iran, Poria Nour Mohamad Mehrdad. FOTO Mohd Fadli Hamzah Sementara itu, di Lyon, Perancis, Setiausaha Agung Interpol, Ronald K Noble mendedahkan identiti individu kedua yang menggunakan pasport curi untuk menaiki pesawat MH370. Individu itu dikenal pasti sebagai Delavar Seyed Mohammad Reza, 29, dan rakaman foto yang disiarkan Interpol menunjukkan mereka menaiki pesawat pada masa yang sama. Mereka menggunakan pasport Iran untuk memasuki Malaysia sebelum bertuka dan menggunakan dokumen perjalanan curi milik warga Austria dan Itali, kata Nobel. - myMetro |
Tragedi MH370 : Mula-mula 5 beg, kemudian tiada, selepas itu 4 .... mana 1 betul? Posted: 11 Mar 2014 07:05 AM PDT KUALA LUMPUR: Misteri kehilangan pesawat Boeing 777 MH370 milik Penerbangan Malaysia (MAS) tambah mengelirukan dengan jumlah sebenar penumpang yang tidak menaiki penerbangan berkenaan. Pada awalnya, pihak MAS membuat kenyataan bahawa terdapat lima beg dikeluarkan dari pesawat MH370 kerana tidak diketahui siapa pemiliknya. Disebabkan kenyataan tersebut, ramai tertanya-tanya adakah lima beg yang dibawa keluar membawa maksud lima penumpang tidak menaiki pesawat MH370. Yang diketahui cuma seorang penumpang tidak menaiki pesawat iaitu pelajar Universiti Tsinghua di Beijing,Jessica Yee Wai Chingkerana tersilap tarikh. Hari keempat operasi mencari dan menyelamat (SAR) dijalankan, hari yang sama, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar menegaskan hasil siasatan yang dijalankan oleh Polis DiRaja Malaysia (PDRM), kesemua penumpang menaiki pesawat. "Saya, kami (PDRM) sendiri yang membuat siasatan dan tidak ada penumpang yang tidak menaiki pesawat itu," katanya pada sidang media yang diadakan di Hotel Sama-Sama, Sepang, hari ini. Lebih kurang dua jam selepas Khalid membuat kenyataan tersebut, MAS mengeluarkan kenyataan hanya empat penumpang yang mempunyai tiket sah tidak muncul untuk daftar masuk. Pesawat MH370 yang sepatutnya mendarat di Beijing pukul 6.30 pagi Sabtu dilaporkan hilang dari radar kira-kira pukul 2.40 pagi. |
Penamaan Calon PRK Kajang : Polis ibarat Israel letak kawat duri, kata Rafizi [video] Posted: 11 Mar 2014 05:14 AM PDT |
Warga Iran miliki pasport curi Austria, kata KPN Posted: 11 Mar 2014 03:02 AM PDT Polis hari ini mengenal pasti salah seorang pemegang pasport curi Austria adalah seorang warga Iran, Pouria Nour Mohammad Mahread, 19, sewaktu dalam perjalanan ke Jerman. Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, berdasarkan pemeriksaan mendapati Pouria Nour tidak terlibat dengan mana-mana kumpulan pengganas. Pouria Nour datang ke negara ini pada 28 Februari dan keluar pada 9 Mac menaiki pesawat MH370 Malaysia Airlines (MAS) MH370. "Kami kenal pastinya melalui data biometrik yang diambil sewaktu pertama kali datang ke negara ini. Dia dalam pas lawatan sosial 90 hari." "Dia kemudiannya menuju ke Jerman," katanya dalam satu sidang media di Sepang hari ini. BBC Persian hari ini melaporkan dua lelaki yang menggunakan pasport palsu untuk menaiki penerbangan MH370 dipercayai adalah rakyat Iran. Katanya, dua lelaki Iran terbabit menggunakan pasport palsu dengan tujuan berhijrah ke Jerman dan Denmark. Menurut laporan itu, seorang rakan daripada dua lelaki berkenaan mengaku menjemput mereka di Kuala Lumpur sebaik tiba dari Tehran beberapa hari sebelum berlepas ke Beijing menaiki pesawat MH370. Khalid berkata, ibu kepada penumpang Iran itu berharap anaknya berada di Frankfurt sebaliknya mengetahui anaknya terbang menggunakan pasport curi. Pouria Nour terbang ke Frankfurt pada malam Sabtu dari Beijing. Ketika ditanya mengapa polis Malaysia begitu yakin Pouria Nour tidak terlibat dalam kegiatan keganasan, Khalid berkata, pihaknya sudah memastikan perkara itu. Beliau mengesahkan semua yang membeli tiket menaiki pesawat MH370 yang hilang ketika penerbangan ke Beijing, awal pagi Sabtu. "Siasatan dijalankan terhadap semua rakaman video, termasuk dengan jabatan lain dan latar belakang semua penumpang MH370. "Siasatan kami kini berpusat kepada empat bidang termasuk masalah psikologi di kalangan penumpang dan kru serta masalah peribadi," katanya. Dua sudut lain yang disiasat polis adalah rampasan dan sabotaj. "Kami memeriksa senarai penumpang yang diberikan MAS dan bercakap kepada wakil di 14 negara. Sebagai contoh, China memberikan gambar 153 warganya yang menaiki MH370," katanya. Selain memeriksa profil dan latar belakang 227 penumpang MH370, polis juga menyiasat rakaman CCTV. Ketika ditanya mengapa polis tidak membuat pemeriksaan pasport kepada pihak Interpol, Khalid berkata, pihaknya bekerjasama rapat dengan Jabatan Imigresen di pintu masuk utama negara. "Lebih 40 juta pasport curi dan hilang kini berada dalam rekod Interpol. Kami biasanya bekerjasama dengan unit risikan berdasarkan maklumat awal. "Disebabkan kami tidak mempunyai maklumat awal tentang kehilangan pasport, tiada makluman kepada imigresen," katanya. Beliau tidak menolak kemungkinan bom atau bahan letupan ditempatkan dalam pesawat MH370. "Sebagai contoh, salah seorang penumpang mungkin mempunyai insurans yang mahal sebelum menaiki MH370. Mungkin mereka mahu ahli keluarga mendapat faedah daripada kematiannya. "Oleh sebab itulah kami mengkaji profil penumpang dengan teliti dan cuba mengaitkan apa yang berlaku," katanya. MH370 tidak dapat dikesan radar pada Sabtu bermula jam 1.20 pagi kemudiannya operasi mencari dan menyelamat digerakkan oleh 10 negara namun sehingga kini tiada sebarang petanda ditemui. - 11 Mac, 2014. - TMI |
2 Penumpang Guna Pasport Curi Didakwa Warga Iran - BBC Posted: 10 Mar 2014 11:34 PM PDT KUALA LUMPUR: Dua penumpang yang didakwa menggunakan pasport curi menaiki penerbangan MH370 dari KLIA menuju ke Beijing yang hilang pada Sabtu lalu didakwa sebagai warganegara Iran, menurut laporan BBC Persia. Menurut laporan tersebut, rakan kepada kedua-dua penumpang itu yang juga merupakan warga Iran mendakwa, dia telah membantu mereka sewaktu berada di Kuala Lumpur selepas tiba dari Tehran, beberapa hari sebelum penerbangan mereka ke Beijing. Menurutnya, kedua-dua lelaki itu membeli pasport curi tersebut kerana mereka mahu berpindah dan menetap di Eropah. Dalam satu sidang media di KLIA semalam, Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam, Datuk Azharuddin Abdul Rahman memberitahu bahawa, kedua-dua penumpang tersebut 'tidak memiliki wajah Asia". Walaubagaimanapun, Azharuddin tidak menyatakan dengan spesifik kewarganegaraan kedua-dua penumpang tersebut. Sementara itu, satu laporan oleh Financial Times mengatakan bahawa ketika operasi mengesan pesawat itu dipergiatkan, pihak berkuasa juga sedang mengesan seorang warganegara Iran yang didedahkan oleh seorang agen pelancongan di Thailand sebagai individu yang membeli tiket bagi pihak dua penumpang yang menaiki pesawat itu dengan pasport curi. Agen pelancongan itu, Benjaporn Krutnait memberitahu akhbar The Financial Times pada Isnin, lelaki yang dikenalinya sejak tiga tahun lalu itu hanya dikenali dengan nama "Encik Ali". Krutnait pada awalnya menempah untuk lelaki Iran itu dua tiket ke Eropah pada 1 Mac lalu melalui penerbangan Qatar Airways dan Etihad. Tiket itu kemudiannya terbatal kerana tidak dituntut oleh Ali. Pada Khamis 6 Mac, Ali menghubungi Krutnait dan agen pelancongan itu untuk menempah tiket Penerbangan Malaysia kerana dikatakan ketika itu tiket paling murah yang ada. Beliau menempah tiket itu melalui China Southern Airlines yang berkongsi kod penerbangan dengan MH370.- Astro Awani http://www.astroawani.com/news/show/2-penumpang-guna-pasport-curi-didakwa-warga-iran-bbc-31649?cp Interpol simpan rekod pasport curiKuala Lumpur: Interpol mengesahkan pihaknya mempunyai data dua pasport milik warga Austria dan Itali yang dilaporkan dicuri sebelum dokumen itu digunakan dua penumpang 'hantu' dalam penerbangan MAS MH370 yang hilang selepas pesawat berkenaan terputus hubungan dengan menara kawalan jam 2.40 pagi, Sabtu lalu. Memetik kenyataan yang dikeluarkan laman web Interpol, data dua pasport berkenaan disimpan di dalam Pangkalan Data Dokumen Perjalanan Hilang (SLTD) Interpol. Interpol memberitahu, semakan melalui SLTD mendapati dua pasport milik warga Austria dan Itali itu dilaporkan dicuri di Thailand pada 2012 dan 2013. Kenyataan itu berkata, Interpol kini sedang giat menjalankan pemeriksaan ke atas semua pasport penumpang yang menaiki penerbangan MH370 kerana terdapat kemungkinan pasport lain juga dilaporkan dicuri. PESAWAT tentera udara Amerika Syarikat MH-60R Sea Hawk mendarat di Kapal Destroyer USS Pinck Ney (DDG-91) selepas membuat rondaan mengesan pesawat penerbangan MH370 di Teluk Siam, semalam. "Interpol kini sedang berhubung dengan Biro Pusat Kebangsaan negara masing-masing (Austria dan Itali) yang bagi mengenal pasti identiti sebenar penumpang yang menggunakan pasport curi berkenaan ketika menaiki pesawat MH370," menurut kenyataan itu. Setiausaha Agung Interpol Ronald K Noble berkata, masih terlalu awal untuk membuat spekulasi mengenai kaitan antara pasport curi dan misteri kehilangan pesawat berkenaan, bagaimanapun ia sesuatu yang membimbangkan jika ada antara penumpang menaiki penerbangan antarabangsa menggunakan pasport curi. Sumber memberitahu Harian Metro, Interpol kini turut menyemak semua pasport penumpang dan mengakses sistem Imigresen Malaysia berkaitan pasport kerana dikhuatiri terdapat individu lain menggunakan pasport curi. Dalam perkembangan membabitkan kes curi identiti dua individu yang menaiki pesawat MH370, sumber berkata, pasukan keselamatan Malaysia yang dibantu Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) kini sedang menyiasat sindiket mencuri dan menjual pasport yang dipercayai beroperasi dan berpangkalan di Thailand. "Sindiket yang beroperasi di Thailand itu dilapor menyasarkan warga asing seperti pelancong sebelum mencuri pasport milik mereka. Ia (mencuri) dilakukan sama ada kaedah samun ataupun seluk saku. HMetro |
You are subscribed to email updates from Mimpi Senja To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan