Isnin, 10 Mac 2014

RAKYAT MARHAEN

RAKYAT MARHAEN


Kajang: Wan Azizah prays for victory

Posted: 10 Mar 2014 08:55 PM PDT

Kajang by-election: Azizah vs Wee

Posted: 10 Mar 2014 08:39 PM PDT

Malaysia Hari Ini TV3 MH370 Kapten Norudin Abd Majid #PrayForMH370 #doakanMH370

Posted: 10 Mar 2014 08:38 PM PDT

Penamaan Calon PRK Dun Kajang: Lensa - Part 14

Posted: 10 Mar 2014 08:34 PM PDT







Penamaan Calon PRK Dun Kajang: Lensa - Part 13

Posted: 10 Mar 2014 08:29 PM PDT

















PRK Dun Kajang: Satu lawan satu antara Wan Azizah dan Chew Mei Fun

Posted: 10 Mar 2014 08:12 PM PDT


Presiden PKR,  Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail dan calon BN Datin Paduka Chew Mei Fun mengangkat tangan semasa pencalonan untuk pilihan raya kecil DUN Kajang di Bangi, Selangor. – Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 11 Mac, 2014.Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail dan calon BN Datin Paduka Chew Mei Fun mengangkat tangan semasa pencalonan untuk pilihan raya kecil DUN Kajang di Bangi, Selangor. – Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 11 Mac, 2014.Calon Barisan Nasional (BN) Datin Paduka Chew Mei Fun akan bertanding satu lawan satu menentang calon Pakatan Rakyat (PR) Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail bagi merebut kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) kerusi berkenaan pada 23 Mac depan.
Kedua-dua pemimpin wanita itu sah menjadi calon apabila menghantar borang pencalonan mereka kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) di Kompleks Sukan Majlis Perbandaran Kajang pagi tadi, di Bandar Baru Bangi.
Kesesakan lalu lintas luar biasa menuju ke pusat penamaan calon di Seksyen 15 Bandar Baru Bangi itu tidak menghalang penyokong kedua-dua pemimpin tersebut untuk hadir memberikan sokongan mereka.
Wan Azizah menggantikan suaminya Datuk Seri Anwar Ibrahim yang terlucut kelayakan untuk bertanding apabila Mahkamah Rayuan memutuskan beliau bersalah meliwat bekas pembantunya Saiful Bukhari Azlan minggu lalu.
Anwar dihukum penjara lima tahun atas kesalahan tersebut.
Penyokong BN dan PR masing-masing berarak membawa bendera parti mereka ke pusat penamaan calon seawal jam 7 pagi.
Bekas menteri Kabinet, Datuk Zaid Ibrahim yang mengumumkan akan bertanding atas tiket Bebas bagaimanapun tidak kelihatan apabila beliau menarik diri sebaik sahaja Anwar mengesahkan tidak akan bertanding di kerusi yang dikosongkan Lee Chin Cheh dari PKR itu.
Kajang mempunyai sejumlah 38,965 pengundi berdaftar dengan pengundi Melayu membentuk 48%, pengundi Cina 41%, dan pengundi India 10%.
Read More / Baca Lagi >>

Penamaan Calon PRK Dun Kajang: Lensa - Part 12

Posted: 10 Mar 2014 08:07 PM PDT












Penamaan Calon PRK Dun Kajang: Lensa - Part 11

Posted: 10 Mar 2014 08:04 PM PDT













PRK Dun Kajang: Wan Azizah Lawan Chew Mei Fun

Posted: 10 Mar 2014 07:36 PM PDT

Pegawai pengurus pilihan raya, Hasan Nawawi Abdul Rahman mengisytiharkan selesainya proses penamaan calon dan mengumumkan pertembungan satu lawan satu antara calon BN, Chew Mei Fun dan Wan Azizah dari PKR.


Penamaan Calon PRK Dun Kajang: Lensa - Part 10

Posted: 10 Mar 2014 07:34 PM PDT











Penamaan Calon PRK Dun Kajang: Lensa - Part 9

Posted: 10 Mar 2014 07:24 PM PDT










MH370 | Kapten Norudin Abd Majid kita kena percaya KUASA ALLAH

Posted: 10 Mar 2014 07:18 PM PDT

Penamaan Calon PRK Dun Kajang: Lensa - Part 8

Posted: 10 Mar 2014 07:06 PM PDT












Penamaan Calon PRK Dun Kajang: Lensa - Part 7

Posted: 10 Mar 2014 07:03 PM PDT











Penamaan Calon PRK Dun Kajang: Lensa - Part 6

Posted: 10 Mar 2014 06:54 PM PDT








Kajang nomination day kicks off

Posted: 10 Mar 2014 06:43 PM PDT


Penamaan Calon PRK Dun Kajang: Lensa - Part 5

Posted: 10 Mar 2014 06:37 PM PDT








Penamaan Calon PRK Dun Kajang: Lensa - Part 4

Posted: 10 Mar 2014 06:21 PM PDT







Perang Dasar: Pakatan batal ‘konsensus nasional’ dengan BN menjelang Hari Penamaan Calon PRK Dun Kajang

Posted: 10 Mar 2014 06:18 PM PDT


Anwar enggan bekerjasama dengan BN yang disifatkan sebagai zalim rentetan keputusan bersalah yang diterimanya daripada mahkamah berhubung kes meliwat pembantunya minggu lalu. - Gambar The Malaysian Insider, 11 Mac, 2014.Anwar enggan bekerjasama dengan BN yang disifatkan sebagai zalim rentetan keputusan bersalah yang diterimanya daripada mahkamah berhubung kes meliwat pembantunya minggu lalu. - Gambar The Malaysian Insider, 11 Mac, 2014.Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Pakatan Rakyat (PR) membatalkan tawaran konsensus nasional antara Pakatan Rakyat (PR) dengan Barisan Nasional (BN).
Anwar dengan nada tegas di pentas ceramah kempen di Kajang malam tadi berkata, adalah lebih baik mereka menentang BN daripada bekerjasama dengan mereka disebabkan kezaliman BN terhadapnya.
"Dulu kita cadang dialog untuk bincang agama, rasuah, kaum. Kita ulang lagi dengan konsensus nasional.
"Sekarang tiada lagi. Kita lawan. Kerana apa, Biadap! Ini soal badan kehakiman, bukan Anwar," kata Anwar di hadapan penyokongnya dalam satu ceramah di Kajang malam tadi.
Anwar dijatuhkan hukuman penjara lima tahun oleh Mahkamah Rayuan atas kesalahan meliwat bekas pembantunya Saiful Bukhari Azlan.
Hukuman berkenaan turut tidak melayakkan beliau bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) yang dijadualkan 23 Mac depan.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari ini sebagai Hari Penamaan Calon.
PKR kemudiannya memutuskan untuk menggantikan Anwar dengan isterinya Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail.
Anwar dalam ceramahnya turut berkata, meletakkan Presiden PKR itu umpama meletakkan dirinya sendiri bertanding di kerusi yang dikosongkan Lee Chin Cheh dari PKR itu.
"Azizah bertanding seolah-olah Anwar juga bertanding di Kajang," katanya.
"Bila saya isytihar perang dengan pemimpin Umno dan BN, walaupun saya tahu di bawah (penyokong Umno), saya rayu orang Umno hijrahlah (ke PR).
"Saya perang dasar. Manusia ini ada maruah. Pertahankan maruah saya tanggungjawab saya dalam syariah Islam," katanya.
Read More / Baca Lagi >>

"Perang Dasar": Anwar tarik balik tawaran Konsensus Nasional

Posted: 10 Mar 2014 06:12 PM PDT

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menarik balik tawaran Konsensus Nasional yang dihulurkan kepada BN sebelum ini ekoran keputusan mahkamah yang tidak memihak padanya dalam kes Liwat II.

Selain mengisytiharkan "perang dasar" kepada pemimpin BN yang didakwa menyalahgunakan kuasa, ketua umum PKR itu juga mendakwa badan kehakiman diperalatkan.

"Sekarang sudah tiada lagi dialog. Tiada lagi Konsensus Nasional. Kita lawan! Kerana apa? (Kerana mereka) biadab!" katanya dalam ceramah pada sebuah karnival keusahawanan di Kajang malam tadi.

Anwar juga mendakwa panel hakim yang mendengar kesnya tidak mempedulikan fakta sebaliknya hanya bersetuju dengan hujah peguam pihak pendakwaan Tan Sri Shafee Abdullah.

"Tiga orang (panel hakim) sama sahaja dengan Shafee. Jatuh hukum tak peduli fakta," dakwanya.

Ucapan Anwar itu mendapat sorakan ratusan penyokong Pakatan yang kemudiannya melaungkan perkataan "lawan".

Anwar sebelum ini mengajak BN berdialog demi mencapai konsensus nasional antaranya bagi mengatasi unsur menggugat perpaduan dan kebencian antara agama yang makin meningkat.

Jumaat lepas, Mahkamah Rayuan membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi pada 9 Jan 2012 yang membebaskan Anwar daripada tuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Panel tiga hakim diketuai Datuk Balia Yusof Wahi membenarkan rayuan pihak pendakwaan dan menjatuhkan hukuman penjara lima tahun terhadap Anwar selepas mendapati beliau bersalah.
  
Bagaimanapun, mahkamah membenarkan penangguhan hukuman sementara menunggu rayuan di Mahkamah Persekutuan dan memerintahkan Anwar membayar ikat jamin RM10,000.
  
Hakim Balia memutuskan hakim perbicaraan terkhilaf dalam penghakimannya bahawa integriti sampel DNA telah tercemar.

Penamaan Calon PRK Dun Kajang: Lensa - Part 3

Posted: 10 Mar 2014 06:05 PM PDT







PRK Dun Kajang: Bakal saksi pertembungan dua wanita 'besi'

Posted: 10 Mar 2014 06:00 PM PDT


Di samping tumpuan rakyat Malaysia kepada hasil usaha mencari pesawat MH370 yang hilang bersama 239 penumpang dan krunya, PRK DUN Kajang dijangka turut mendapat perhatian apabila kempen bermula selepas penamaan calon hari ini.

Ia akan berlangsung di Kompleks Sukan MPKajang, Seksyen 15, Bandar Baru Bangi pagi ini.

PRK DUN Kajang dijangka bakal menyaksikan pertembungan antara Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail mewakili Pakatan Rakyat dan Naib Presiden MCA Datin Paduka Chew Mei Fun mewakili BN.

Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Zaid Ibrahim, yang sebelum ini berhasrat bertanding di situ, menarik diri selepas Wan Azizah diumumkan menggantikan Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding di situ.

Ia ekoran keputusan Mahkamah Rayuan minggu lepas menerima rayuan pihak pendakwa terhadap pembebasan Anwar dalam kes Liwat II, dan menjatuhka hukuman lima tahun  penjara ke atasnya.

Kerusi DUN Kajang kosong selepas penyandangnya dari PKR, Lee Chin Cheh meletakan jawatan pada 27 Januari lalu, untuk memberi laluan kepada Anwar bertanding di situ.

Dalam pilihan raya umum ke-13 Mei tahun lalu, Lee menang kerusi itu dengan majoriti 6,824 undi dalam pertembungan enam penjuru dengan BN, Berjasa dan tiga calon bebas.

Menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), 39,278 pemilih berdaftar layak mengundi dalam PRK tersebut, termasuk 1,197 pengundi awal dan 26 pengundi dalam kategori tidak hadir atau berada di luar negara.
  
Manakala anggaran kos perbelanjaan bagi pilihan raya kecil ini ialah RM1.6 juta.
  
Daftar pemilih yang akan digunakan ialah Daftar Pemilih Induk 2012 bagi bahagian pilihan raya berkenaan yang digabungkan dengan Daftar Pemilih Tambahan Suku Tahun Pertama 2013, Suku Tahun Kedua 2013 dan suku tahun ketiga 2013 yang dikemaskini sehingga 26 Januari 2014, iaitu sehari sebelum peletakan jawatan penyandang.

LAPORAN LANGSUNG

830am: Para pemimpin Pakatan yang turut serta menunggu untuk berarak masuk ke Kompleks Sukan ialah Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub, Dr Xavier Jayakumar, Dr Mohd Nor Manuty, Ahli Parlimen Wangsa Maju Dr Tan Kee Kwong.

Read More / Baca Lagi >>

Penamaan Calon PRK Dun Kajang: Lensa - Part 2

Posted: 10 Mar 2014 05:58 PM PDT










Foto : MKINI

Penamaan Calon PRK Dun Kajang: Lensa - Part 1

Posted: 10 Mar 2014 05:48 PM PDT






Pencarian MH370 kini dari Sumatera ke Hong Kong

Posted: 10 Mar 2014 04:42 PM PDT

Pencarian hari ini diluaskan kepada lebih 500,000 batu nautika persegi dari pantai Sumatera ke Hong Kong untuk mencari pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 selepas gagal mencarinya sejak tiga hari lalu apabila pesawat komersil itu hilang.
Armada kapal tentera laut dan kira-kira tiga dozen kapal terbang akan memantau kedua-dua laut dan sempadan hutan Malaysia-Thailand untuk mencari Boeing 777-200ER yang membawa 239 orang penumpang itu.
Satu perkara yang diketahui pasukan penyelamat adalah pesawat tersebut tidak mungkin masih berada di udara kerana ia hanya mempunyai baki minyak selama 7.5 jam semasa hilang dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing awal Sabtu lalu.
Pasukan penyelamat cuba untuk mencari pesawat penumpang yang mempunyai sayap selebar 200 kaki, menggunakan data untuk mengesan radar dan mencari bagi mengesan bangkai pesawat, lapor Bloomberg malam tadi.
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dan Pihak Berkuasa Penerbangan Awam (DCA) mengatakan semalam serpihan yang dijumpai dan tompokan minyak bukan daripada pesawat hilang MH370.
Pakar dari Amerika Syarikat mengatakan 72 jam terawal penting bagi penumpang untuk terselamat daripada pesawat terhempas akan tetapi pihak berkuasa masih terus berharap kerana masih belum ada bukti kukuh MH370 terhempas ke dalam laut.
Misi mencari dan menyelamat
"Ia masih satu misi mencari dan menyelamat," kata Ketua Pengarah DCA, Datuk Azharuddin Abdul Rahman kepada pemberita di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang malam tadi.
"Malangnya, tuan-tuan dan puan-puan, kita masih belum menemui apa-apa objek daripada pesawat tersebut, apa lagi pesawat tersebut," katanya dalam satu taklimat sebelum itu.
Beliau mengumumkan peluasan kawasan pencarian selepas pasukan mencari dan menyelamat antarabangsa gagal mendapat apa-apa petanda mengenai pesawat tersebut.
Pihak berkuasa menghantar kapal untuk menyiasat laporan serpihan ditemui di selatan Hong Kong akan tetapi mereka hanya akan mengetahui pada Selasa jika ia mempunyai kaitan dengan MH370.
Laporan kemalangan pesawat semenjak 1970an menunjukkan, jika pesawat terhempas di laut dalam, ia boleh dicari oleh kapal selam kawalan jauh atau pakar sudah mempunyai cukup maklumat untuk mengetahui apa yang sebenarnya berlaku.
"Kita mempunyai keupayaan," kata Ronald Schleede, bekas penyiasat U.S. National Transportation Safety Board dalam satu wawancara bersama Bloomberg.
"Saya rasa mereka akan menjumpainya."
Dalam kes pesawat MAS, kawasan perairan terlibat berkemungkinan sedalam 50 meter, lapor Bloomberg berbanding 3,900 meter dalam kes pesawat Air France di mana bangkai ditemui dan dikeluarkan hampir dua tahun selepas jet A330 hilang.
Teknologi untuk misi menyelamat
Read More / Baca Lagi >>

Tiada ulasan: