MIMPI SENJA |
- Kebarangkalian MH370 dirampas tetap ada
- Kumpulan China dakwa rampas MH370
- Agensi Perisikan Antarabangsa Bantu Kenal Pasti Individu Menyamar Naik MH370
- 'Mr Ali' Warga Iran Beli Tiket Untuk Dua Suspek Guna Pasport Palsu Di Pattaya
- "Raja Bomoh Sedunia Nujum VIP" bantu kesan MH370
- Banduan Lari Penjara Pulau Pinang Ditangkap
- Shaharuddin Thamby Ceraikan Isteri Dengan Talak 1
Kebarangkalian MH370 dirampas tetap ada Posted: 10 Mar 2014 10:44 PM PDT
OPERASI mencari dan menyelamat pesawat MH 370 sudah masuk hari ketiga semalam namun tiada sebarang penemuan ataupun petunjuk baharu berkaitan kehilangan pesawat itu. Ketika ini teori yang mengatakan pesawat Boeing 777-200 yang membawa 227 penumpang termasuk dua bayi dan 12 anak kapal itu dirampas pengganas semakin kuat ditambah dengan maklumat awal bahawa kapal terbang itu dikesan cuba berpatah balik seperti yang disahkan oleh Panglima TUDM, Jeneral Tan Sri Rodzali Daud. Menurut Rodzali, ia dikesan menara kawalan Pengkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Butterworth serta bilik kawalan beberapa kapal Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang mengawasi keselamatan kawasan Laut China Selatan serta Unit Kawalan dan Pengawasan Trafik Udara Singapura. Namun kes ini juga dilihat menjadi semakin rumit dan bertambah misteri selepas tiada langsung isyarat kecemasan diterima oleh mana-mana menara kawalan udara baik di Lapangan Terbang KLIA, Vietnam atau China sebaik isyarat pesawat pada radar lenyap. Rodzali juga mengesahkan ada empat peringkat sistem kecemasan mampu beroperasi sendiri dalam pesawat itu hingga membolehkan sebarang isyarat kecemasan dihantar secara automatik kepada menara kawalan berhampiran. Justeru katanya, kebarangkalian kapal terbang dirampas tetap ada. Malah dalam sidang media semalam, Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam (DCA), Datuk Azharuddin Abdul Rahman tidak menolak kemungkinan perkara itu terjadi dan sedang meneliti segala kemungkinan yang boleh berlaku. Menurut beliau, wujud juga persoalan kapal tersebut dirampas dan tidak menolak kemungkinan (rampasan) kerana pihaknya sedang melihat kepada semua aspek kemungkinan. Tambahnya, bagaimanapun, andai benar berlaku rampasan, setakat ini belum ada sebarang tuntutan yang dibuat oleh mana-mana pihak dan tiada radar dikesan jika pesawat itu terbang ke arah lain. Lebih menggusarkan, operasi pencarian kini beralih di kawasan perairan Selat Melaka selepas operasi melalui pesawat dan kapal tertumpu di kawasan seluas 3,900 batu persegi di Selatan Vietnam dalam perairan Teluk Thailand dan Laut China Selatan menemui kegagalan. Terbaru, dua penumpang yang menggunakan pasport dicuri dari pemilik asalnya merupakan warga Austria dan Itali telah menguatkan lagi dakwaan ianya ada kena mengena dengan kehilangan pesawat itu. Menurut sumber dua individu itu gunakan pasport yang dilaporkan hilang di Thailand pada 2012 dan 2013. Mereka dipercayai membeli tiket di Pattaya, Thailand sebelum menggunakan laluan darat untuk masuk semula ke Malaysia. Kedua-duanya dipercayai menempah tiket syarikat penerbangan China Southern Airlines yang mempunyai perkongsian kod dengan Penerbangan Malaysia (MAS) untuk menaiki pesawat MH370 ke Beijing menggunakan pasport itu. Malah teori pesawat mengalami masalah teknikal susulan penemuan minyak di kawasan Laut China Selatan, 100 batu Nautika dari pantai Tok Bali, Bachok kelmarin juga meleset selepas pihak Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim) mengesahkan tompokan minyak yang diuji Jabatan Kimia Petaling Jaya itu hanyalah minyak bunker yang tidak digunakan oleh kapal terbang. Sesetengah pendapat mengatakan pesawat itu meletup di udara ataupun terhempas juga nampaknya tersasar jauh selepas tiada sebarang serpihan pesawat ditemui. Ini ditambah penemuan cermin pintu di perairan Vietnam semalam disahkan bukan dari pesawat berkenaan. Jabatan Pertahanan Amerika (Pentagon) juga mengesahkan melalui sistem pemantauannya, tiada sebarang letupan besar direkodkan berlaku di seluruh dunia pada tarikh pesawat itu dilaporkan hilang. Jika terhempas sekalipun ke dalam air menurut pendapat pakar, anak kapal dan penumpang mempunyai masa lebih kurang setengah jam untuk keluar dan menyelamatkan diri kerana pesawat terbaik di dunia itu tidak akan tenggelam serta merta. Apakah mungkin teori bahawa pesawat ini dirampas pengganas dan dibawa ke satu lokasi rahsia di sekitar Asia dan menanti rundingan diadakan benar-benar berlaku? Apakah ada perancangan rapi kumpulan tertentu untuk melakukan tindakan sedemikian? Menjawab persoalan itu, Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein menegaskan pihaknya berjanji tidak akan menyembunyikan sebarang maklumat berhubung insiden kehilangan pesawat MH370. Jelasnya mengenai, surat terbuka daripada China Martyr Brigades yang mengaku bertanggungjawab terhadap kehilangan pesawat berkenaan, Hishammuddin berkata, beliau ada menerima laporan mengenai perkara tersebut dan sudah pun membaca surat itu. Katanya, penyiasatan akan dilakukan secara menyeluruh mencakupi semua aspek dan setiap laporan diterima akan diteliti daripada pelbagai sudut. Buat masa ini misi utama adalah untuk mencari pesawat yang hilang itu terlebih dahulu. Beliau berkata, kerajaan bersikap terbuka dalam isu tersebut dan akan menyalurkan perkembangan terkini operasi mencari dan menyelamat dari semasa ke semasa. Selain meneliti semula rakaman kamera litar tertutup dan mengenal pasti dua identiti penumpang yang menggunakan pasport palsu itu juga, Polis Diraja Malaysia kini bekerjasama dengan FBI untuk menyelesaikan kemelut kehilangan pesawat ini selepas siasatan mendapati kedua-duanya tiba di KLIA pada 28 Februari itu menaiki pesawat dari Doha, Qatar! - SH |
Kumpulan China dakwa rampas MH370 Posted: 10 Mar 2014 07:51 PM PDT Sepang - Kenyataan kumpulan menggelar diri mereka daripada Chinese Martyrs' Brigade yang mengaku bertanggungjawab terhadap kehilangan pesawat MH370 sedang disiasat walaupun ia diragui. Pihak China dan media negara itu yang menerima kenyataan berkenaan juga menolaknya kerana menganggap ia sebagai palsu untuk membangkitkan ketegangan etnik di negara berkenaan. Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, berkata China menghantar pasukan khas ke Malaysia bagi membantu negara merungkai misteri kehilangan pesawat, khususnya dalam tiga aspek. Ia merangkumi usaha mencari dan menyelamat, pasport palsu dan memastikan kebajikan keluarga warga China yang dibawa ke Malaysia. Hishammuddin yang juga Menteri Pertahanan berkata, pasukan khas terbabit akan berada di Malaysia untuk tempoh tertentu bagi membantu siasatan kehilangan pesawat MH370. "Pasukan ini adalah wakil kementerian yang berkepentingan dan mewakili Parti Komunis China. Ini adalah hasil perbincangan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan rakan sejawatnya dari Republik China dua hari lalu. Elak buat andaian "Menyelaraskan operasi mencari dan menyelamat bukan mudah dan ia perlu digerakkan secepat mungkin. Tiada gunanya kita bincang perkara lain jika belum menemui pesawat. Saya menggesa media tidak membuat andaian kerana ia boleh menjejaskan operasi, selain kita tidak mahu tersebarnya berita palsu yang boleh mengguris perasaan ahli keluarga penumpang pesawat," katanya pada sidang media di sini, semalam. Yang turut hadir, Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam (DCA) Datuk Azharuddin Yahya dan Ketua Pegawai Eksekutif MAS, Ahmad Jauhari Yahya. Hishammuddin juga menafikan dakwaan bahawa Kerajaan China kurang berpuasa hati kerana Malaysia lambat bertindak menangani isu kehilangan pesawat. Mengenai dua penumpang misteri MH370, Hishammuddin berkata, kerajaan hanya akan mendedahkan gambar mereka menggunakan pasport curi selepas siasatan selesai. "Kita mendapat bantuan Polis Antarabangsa (INTERPOL), di mana mereka sudah diberikan akses untuk mendapatkan maklumat seperti biometrik, latar belakang, jantina, tarikh lahir dan cap jari. Justeru, kita minta mereka diberi masa untuk melakukan siasatan terperinci," katanya. Sementara itu, Azharuddin berkata siasatan lebih terperinci berhubung dua penumpang misteri terbabit dijalankan oleh pasukan penyiasat khas merangkumi pakar bidang berkenaan. "Ini termasuk meneliti rakaman video penumpang yang dikenal pasti dan sebarang maklumat hanya boleh didedahkan selepas itu. "Mengenai lima bagasi yang dibawa keluar daripada MH370 selepas pemiliknya tidak menaiki penerbangan, saya tegaskan DCA mengesahkan tiada bahan terlarang yang ditemui padanya," katanya. -BH Follow us: @MsiaChronicle on Twitter |
Agensi Perisikan Antarabangsa Bantu Kenal Pasti Individu Menyamar Naik MH370 Posted: 10 Mar 2014 07:09 PM PDT |
'Mr Ali' Warga Iran Beli Tiket Untuk Dua Suspek Guna Pasport Palsu Di Pattaya Posted: 10 Mar 2014 03:44 PM PDT |
"Raja Bomoh Sedunia Nujum VIP" bantu kesan MH370 Posted: 10 Mar 2014 06:22 AM PDT SEPANG - Kehilangan pesawat MH370 sejak Sabtu lepas turut mendapat perhatian "Raja Bomoh Sedunia Nujum VIP" Ibrahim Mat Zin. Beliau berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini hari ini, mendakwa dijemput oleh seorang pegawai tertinggi negara bagi menggunakan kaedah ilmu tradisional dan solat hajat. "Kami menggunakan bubu mata pancing dan teropong yang diperbuat daripada buluh untuk meminta, berdoa supaya melepaskan mangsa-mangsa yang terlibat agar dapat dijumpai secepat mungkin," katanya kepada pemberita di sini. Beliau yang melakukan solat sunat hajat di kawasan pintu ketibaan KLIA turut mendapat perhatian orang ramai yang tidak berputus asa mendoakan pesawat yang hilang ditemui selamat. "Walaubagaimanapun, saya akan kembali ke KLIA dalam masa dua hari selepas melakukan doa dengan membawa sesuatu ke sini," katanya. Pada masa sama, Ibrahim juga meminta orang ramai meneruskan upacara keagamaan masing-masing mendoakan supaya kesemua penumpang dan anak kapal selamat kembali ke tanah air. Raja Bomoh berpengalaman selama 50 tahun itu menjadi popular apabila memberi perkhidmatannya dalam beberapa kes bencana negara termasuk kejadian Highland Tower runtuh, kes pencarian mayat semasa banjir di Kuala Dipang, Kampar Perak dan kes pembunuhan seorang ahli politik oleh Mona Fendy. - Bernama |
Banduan Lari Penjara Pulau Pinang Ditangkap Posted: 10 Mar 2014 06:00 AM PDT |
Shaharuddin Thamby Ceraikan Isteri Dengan Talak 1 Posted: 10 Mar 2014 01:19 AM PDT Dalam ruangan gosip akhbar Utusan menyebut pelakon Shaharuddin Thamby sudahpun bercerai talak satu dengan isterinya lebih kurang pukul 9 pagi, Isnin lalu. Tanpa kehadiran pihak media katanya, hanya ada beberapa ahli keluarga yang menemani pasangan itu ketika proses cerai. Kalau ikutkan isu rumah tangga pelakon ini bukan perkara baru. Pergolakan yang berlaku antara Shaharuddin Thamby dan isterinya telah mula diperkatakan sejak mereka memfailkan permohonan cerai pada 2011 yang lalu. Mengikut fakta kes lama, isterinya yang memfailkan kes cerai tersebut pada ketika itu. Tetapi kes tersebut ditarik balik dan mereka tak jadi bercerai. "Rasanya ramai yang masih ingat kejadian tahun 2011 yang membuatkan nama pasangan ini popular. Bukan apa, masing-masing terkejut apabila wartawan serbu hari mereka masuk mahkamah. "Kecoh juga ketika itu apabila ke semua orang media dihalang membuat liputan kes atas permohonan isterinya, Nor'aini Muhammad yang mahu proses tersebut dijalankan secara tertutup. "Tapi ketika itu mereka tak jadi bercerai dan menarik kembali kes tersebut memandangkan Shaharuddin sendiri tak rela untuk berpisah. "Nampaknya mereka masih tak dapat nak menyelamatkan rumah tangga tersebut. "Mereka pun bukan kali pertama berbincang untuk menyelamatkan rumah tangga yang dibina. Rasanya banyak kali juga naik turut pejabat agama satu ketika dahulu untuk menjernihkan keadaan," kata sumber ini lagi. Pasangan ini telah bernikah pada tahun 1978 dan dikurniakan tiga anak. |
You are subscribed to email updates from Mimpi Senja To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan