Rabu, 19 Mac 2014

MIMPI SENJA

MIMPI SENJA


Mencari MH370 - Kenyataan penuh Agensi Keselamatan Maritim Australia

Posted: 19 Mar 2014 11:00 PM PDT

Statement from AMSA Emergency Response Division General Manager John Young

20 th March, 2014: 1530 (AEDT). All times will be expressed in Australian Eastern Daylight Savings Time.

The Australian Maritime Safety Authority is coordinating the search for the missing Malaysia Airlines aircraft, with assistance from the Australian Defence Force, the New Zealand Air Force and the United States Navy.

AMSA's Rescue Coordination Centre Australia has received satellite imagery of objects possibly related to the search for the missing aircraft, flight MH370.

RCC Australia received an expert assessment of commercial sat ellite imagery on Thursday. The images were captured by satellite. They may not be related to the aircraft. The assessment of these images was provided by the Australian Geospatial Intelligence Organisation as a possible indication of debris south of the search area that has been the focus of the search operation.

The imagery is in the vicinity of the search area defined and searched in the past two days. Four aircraft have been reoriented to the area 2500 kilometres south west of Perth as a result of this information.

A Royal Australian Air Force Orion aircraft arrived in the area about 1.50pm.

A further three aircraft have been tasked by RCC Australia to the area later today, including a Royal New Zealand Air Force Orion and United States Navy P8 Po
seidon aircraft.

The Poseidon aircraft is expected to arrive at 3pm. The second RAAF Orion is expected to depart RAAF Base Pearce at 6pm.

The New Zealand Orion is due to depart at 8pm.

A RAAF C 130 Hercules aircraft has been tasked by RCC Australia to d rop datum marker buoys.

These marker buoys assist RCC Australia by providing information about water movement to assist in drift modelling. They will provide an ongoing reference point if the task of relocating the objects becomes protracted.

A merchant ship that responded to a shipping broadcast issued by RCC Australia on Monday is expected to arrive in the area about 6pm.-20/3/2014

MH370: Kapal, pesawat dihantar kenal pasti objek

  • MH370: Kapal, pesawat dihantar kenal pasti objekNota edaran daripada Pihak Berkuasa Keselamatan Maritim Australia menunjukkan peta kawasan carian MH370. - Foto Ihsan Kementerian Keselamatan Maritim Australia
 1 / 1 
SEPANG - Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein hari ini berkata pesawat dan kapal telah dihantar untuk mengesahkan maklumat mengenai pengesanan kemungkinan objek yang ada kaitannya dengan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370.

Bercakap kepada pemberita sebelum mengadakan pertemuan dengan delegasi Australia di Hotel Sama-Sama di sini, Hishammuddin berkata maklumat itu memberi penunjuk baharu dalam misi mencari dan menyelamat (SAR) pesawat itu yang masuk hari ke-13 hari ini.

"Seperti yang telah saya lakukan dari hari pertama, kita akan mengikuti setiap petunjuk baharu. Marilah kita berharap ini adalah perkembangan positif," katanya, dan menambah kata adalah terlalu awal untuk mengesahkan lokasi objek itu ditemui.

Ditanya apakah jenis objek yang ditemui dan berapa lama akan mengambil masa untuk mengesahkannya, Hishammuddin berkata: "Kami tidak tahu. Pesawat dan kapal telah dihantar.

"(Ia) seperti yang kami lakukan dengan penemuan imej dari satelit China dan lain-lain objek yang memberi penunjuk awal. Kita menggunakan kaedah sama," katanya.

Hishammuddin enggan mendedahkan apakah maklumat yang disampaikan oleh kerajaan Australia hari ini.

Perdana Menteri Australia Tony Abbott berkata di Canberra pada Khamis bahawa imej satelit telah menunjukkan dua objek yang boleh dikaitkan kepada pesawat Malaysia yang hilang pada 8 Mac, menurut agensi berita Reuters.

Agensi berita itu memetik Abbot sebagai berkata dalam ucapannya di Parlimen "bahawa maklumat baharu dan kredibel telah diperoleh berhubung misi mencari ... di selatan Lautan Hindi."

Pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal hilang pada 8 Mac kira-kira sejam selepas meninggalkan Lapangan Terbang Antarabangsa KL pada pukul 12.41 tengah malam sebelumnya. Ia dijadual tiba di Beijing pada pukul 6.30 pagi pada hari yang sama. - Bernama

MH370: Dua objek dikesan mungkin ada kaitan dengan pesawat - Australia

Posted: 19 Mar 2014 09:40 PM PDT


SYDNEY: Dua objek yang mungkin ada kaitan dengan pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370 dikesan di Lautan Hindi dan berpotensi untuk membawa kepada penemuan kapal terbang berkenaan, kata Perdana Menteri Australia, Tony Abbott. 

Abbott ketika sidang Parlimen negara itu berkata, "maklumat baru dan boleh dipercayai" itu diperolehi ketika hampir dua minggu selepas pesawat berkenaan hilang. 


Katanya, pesawat Tentera Udara Australia, Orion diarah untuk mencari objek berkenaan bersama tiga lagi pesawat peninjau. 


Bagaimanapun, beliau tidak menyatakan lokasi sebenar objek itu tetapi Australia sudah mengambialih misi mencari dan menyelamat (SAR) di selatan Lautan Hindi. 

"Pihak Berkuasa Keselamatan Maritim Australia (AMSA) sudah menerima maklumat berdasarkan data satelit mengenai objek itu yang ada kaitan dengan SAR," katanya. 

Beliau juga sudah memaklumkan maklumat penemuan dua objek berkenaan kepada Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak. - AFP 

Lagi Gambar Dakwa Temui MH370

Posted: 19 Mar 2014 08:06 PM PDT


Diterbitkan: Khamis, 20 Mac 2014 10:32 AM

Imej yang diperoleh menerusi rakaman satelit mendakwa bayangan dalam air adalah pesawat MH370.

MISTERI kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 yang memasuki hari ke-13 pada Khamis,  menyaksikan pelbagai pihak tampil dengan teori dan gambar kononnya yang diperoleh menerusi rakaman satelit menunjukkan lokasi terakhir pesawat itu dilaporkan hilang. 

Terbaharu, satu lagi imej dimuat naik dengan mendakwa bayangan dalam air yang dirakam oleh satelit merupakan pesawat MH370 yang dilaporkan hilang pada 8 Mac lalu.
Berbeza dengan gambar lain, kali ini penerangan mengenai gambar tersebut lebih terperinci termasuk kedudukan pesawat itu ditemui.

Pesawat tersebut kini didakwa berada di dalam lautan di Selat Melaka iaitu lokasi terakhir penerbangan yang membawa 239 penumpang dan anak kapal itu dikesan radar tentera.

Bagaimanapun tiada pihak yang tampil membuat pengesahan mengenai ketulenan gambar tersebut.

AISHAH ZAHARIE - ANAK PEREMPUAN KAPTEN ZAHARIE JURUTERBANG MH370

Posted: 19 Mar 2014 06:05 AM PDT






Biodata Aishah Zaharie anak perempuan kapten MH370. Anak perempuan kepada Kapten Zaharie Ahmad Shah yang kini menetap di Austalia pulang ke Malaysia demi menanti kepulangan ayahnya yang hilang sejak 8 Mac 2014. 

Menurut Aishah, dia menyifatkan bapanya kapten Zaharie seorang seorang bapa yang penyayang, jujur, mengambil berat dan bertanggungjawab. 

Tambahnya lagi, dia turut kecewa dengan media antarabangsa yang melemparkan pelbagai spekulasi terhadap bapanya mengenai kehilangan pesawat MH370.

Beliau tahu bapanya memang kuat politik tapi tidaklah sampai membuat sesuatu yang diluar dugaan.

Biodata Aishah Zaharie Anak Perempuan Kapten MH370

Nama Penuh: Aishah Binti Zaharie Ahmad Shah
Umur: 27 Tahun
Warganegara: Malaysia
Asal: Shah Alam Selangor
Profil Facebook: https://www.facebook.com/aishah.zaharie
Alamat Terkini: Melbourne, Australia
Pendidikan: Deakin University (2010), International Islamic University Malaysia, SMK Subang Jaya (2000)
Bidang: Arkitek
Pencapaian: Master Bidang Arkitek Deakin University 2012






Simulator Kapten Zaharie : Banyak data telah dipadam - Ahmad Zahid Hamidi

Posted: 19 Mar 2014 03:44 AM PDT



PUTRAJAYA - Kebanyakan maklumat dalam simulator milik juruterbang Malaysia Airlines MH370 Kapten Zaharie Ahmad Shah yang kini masih dalam siasatan polis telah dipadamkan pemiliknya.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, ketika ini semua input dalam simulator itu sedang diuji dan dikaji.

Bagaimanapun, katanya, Polis Diraja Malaysia (PDRM) menggunakan kaedah forensik untuk memperoleh semua maklumat yang telah dipadamkan itu.


"Harus diingat bahawa apa yang dilakukan pihak polis bukan untuk menuduh atau mahu menekan mana-mana anggota keluarga, tetapi dibuat untuk menjalankan siasatan paling teliti dan rapi supaya punca kejadian dapat diketahui.

"Kita kaji dan membuat siasatan jika terdapat beberapa kemungkinan untuk pihak polis mengkaji sepenuhnya," katanya pada sidang akhbar selepas majlis perjumpaan bersama para penjawat awam di sini hari ini.

Sebelum ini, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata polis telah mengambil simulator penerbangan dari rumah juruterbang itu untuk diperiksa oleh pakar dengan harapan mendapat petunjuk bagi membantu mencari pesawat itu.

"Saya fikir polis sedang mengambil beberapa aspek terutamanya kita undang beberapa pakar yang terlibat dalam Boeing 777 dan pakar yang mengendalikan simulator latihan dan beberapa aspek teknologi maklumat (IT) kerana ia mempunyai kaitan dan pihak polis sedang minta kerjasama daripada pihak ini," kata Ahmad Zahid.

Menurutnya maklumat terperinci mengenai hasil siasatan itu belum dapat dimaklumkan memandangkan siasatan masih dijalankan.

"Saya yakin oleh kerana perkara ini sesuatu yang dikatakan 'pengendalian', saya beri kepercayaan sepenuhnya kepada Ketua Polis Negara untuk memberikan maklumat apabila tiba masanya kepada media dan untuk diketahui masyarakat," katanya.

Ahmad Zahid berkata polis turut melakukan penyiasatan di rumah pembantu juruterbang, Fariq Abdul Hamid, namun tidak mendapat sebarang petunjuk mengenai penglibatannya jika pesawat itu dilencongkan.

Ahmad Zahid juga menafikan dakwaan bahawa Malaysia tidak memberi kerjasama kepada Biro Siasatan Persekutuan Amerika Syarikat (FBI) dan polis antarabangsa (Interpol) mengenai misteri kehilangan MH370.

"Kita yang minta mereka bekerjasama dengan kita kerana tidak boleh bersendirian dalam siasatan ini. Banyak negara itu mempunyai pengalaman mereka sendiri dari segi menangani kehilangan pesawat atau mempunyai sistem komunikasi yang boleh membantu mengesan di mana pesawat itu berada.

"Matlamat kita untuk mencari di mana kapal terbang itu. Kita bekerjasama rapat dengan semua badan perisikan antarabangsa," kata beliau.

Sementara itu, beliau berkata langkah-langkah keselamatan di kesemua pintu masuk negara akan terus diperketatkan dan ditambah baik termasuk di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

"Kami sudah ambil beberapa langkah. Saya sendiri yang telah mempengerusikan mesyuarat itu," katanya.

Penerbangan MH370 ke Beijing, membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal, hilang kira-kira sejam setelah berlepas dari KLIA pada 12.41 pagi, 8 Mac. Ia sepatutnya tiba di Beijing pada 6.30 pagi hari yang sama. - Bernama

Tiada ulasan: