Nuffnang

Pengikut

bumiperak

sumber :-

bumiperak


Gambar Wan Azizah berdoa resahkan BN di Kajang

Posted: 19 Mar 2014 08:09 AM PDT

Malaysiakini: Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menggesa Puteri Umno mengingatkan pengundi Kajang supaya tidak termakan dengan papan bilboard yang memaparkan foto calon PKR Dr Wan Azizah Wan Ismail yang sedang berdoa.
Muhyiddin berkata sebagaimana gambar itu menunjukkan Wan Azizah berhak menagih simpati, tetapi kes liwat II membabitkan suaminya Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak ada kena mengena dengan BN.

"Mereka kata sebab MH370 cerita tu lebih besar dari (cerita) Datuk Seri Anwar jadi nasib dia tak terbela. Itu sebab (gambar) Datuk Seri Wan Azizah berdoa. Itu tak ada masalah, kita setuju dan kita simpati. Tapi ini sistem keadilan negara kita."

"Dia diberi peluang di mahkamah jadi pertahankanlah di mahkamah. Di luar ni rakyat bukan hakim. Kenapa nak tuduh kita? Beritahu kakak-kakak semua jangan percaya.

"Jangan fikir tengok gambar alahai, guna sentimen, konon tunjuk kezaliman (BN). Itu keputusan mahkamah," kata Muhyiddin. [Baca berita penuh]

Bercakap di majlis perjumpaan dengan jentera Puteri Umno di Prima Saujana, di Kajang hari ini, Bernama melaporkan Muhyiddin berkata sokongan terhadap BN telah meningkat secara luar biasa dalam pilihan raya kecil (PRK) DUN Kajang, Ahad ini.
  
Katanya, berdasarkan maklum balas daripada Umno dan MCA, sokongan terhadap calon BN, Datin Paduka Chew Mei Fun bertambah baik setelah sembilan hari berkempen.

"Sokongan Chew semakin hari semakin baik dan kita mesti teruskan untuk mencapai kemenangan," katanya.

Comments (0)

BLOG - BLOG PAKATAN RAKYAT