Jumaat, 14 Mac 2014

Kelab Greenboc

Kelab Greenboc


Isk..Tok Bomoh Dah Ugut Nak Saman Orang Yang Tuduh Amalan Beliau Khurafat!

Posted: 14 Mar 2014 01:25 AM PDT

MH370: Raja Bomoh ugut saman sesiapa tuduh ritualnya langgar syariat Islam

Salah seorang bomoh yang melakukan upacara ritual untuk bantu usaha mengesan pesawat MH370 yang hilang dalam perjalanan ke Beijing sejak Sabtu akan memfailkan saman terhadap mana-mana pihak yang mendakwa perbuatannya itu bercanggah dengan syariat Islam.

Ibrahim Mat Zin mendakwa upacara yang dilakukannya pada Isnin di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang, menggunakan ayat suci Al-Quran dan berlandaskan syariat Islam.

"Penggunaan barang itu hanya sebagai simbolik atau petua yang diturunkan oleh orang tua dan bukannya untuk dipuja.

"Saya harap orang ramai tidak mudah menuduh saya terpesong daripada ajaran Islam dan tindakan mahkamah akan diambil kepada mereka yang degil," katanya kepada akhbar milik Umno, Utusan Malaysia, hari ini.

Semalam, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim menafikan dakwaan Pakatan Rakyat bahawa kerajaan memberi kebenaran kepada bomoh itu untuk membantu mengesan lokasi pesawat Malaysia Airlines MH370 pada Isnin.

Beliau berkata, amat mustahil untuk kerajaan membenarkan upacara yang bertentangan dengan agama Islam dan khurafat itu untuk dilakukan.

Katanya, dakwaan yang mengaitkan bomoh yang terkenal di kalangan VIP itu dengan Umno sepatutnya tidak timbul.

Shahidan berkata, tidak semestinya bomoh yang dilaporkan memakai lencana 1Malaysia itu merupakan pengikut Umno dan dibayar oleh parti itu.

"Tidak, saya tidak percaya ia arahan daripada kerajaan. Tidak ada, kerana ia amat bertentangan dengan ajaran agama Islam," katanya.


Ibrahim atau juga dikenali sebagai Raja Bomoh melakukan upacara untuk mencari di mana pesawat MH370 di KLIA pada Isnin.

Pada hari pertama, Ibrahim dan pembantunya datang dengan sangkar dan teropong buluh untuk mencari pesawat itu manakala hari kedua beliau datang dengan buah kelapa dan "tikar terbang".

Ia dilakukan di tengah-tengah kesibukan KLIA dan menerima kecaman pelbagai pihak. -TMI

ULASAN GB

Wah hebat Datuk Bomoh ni... dah ugut untuk saman mereka yang tuduh "ritual"nya sebagai melanggar syariat Islam.

Ini adalah akibatnya apabila tiada tindakan diambl oleh phak berkuasa terhadap orang sebegini yang akhirnya akan menyebabkan beliau menjadi angkuh, sombong dan berani untuk mencabar mereka yang menegurnya.

Satu dunia sudah saksikan aksi "ritual" yang lansung tidak ada kena mengena dengan ajaran Islam dan tak pernah diajar oleh Islam.... tetapi tok bomoh ini masih mempertahankan ritaulnya itu.

Kalau begitu tok bomoh silakanlah saman JAKIM yang sejak tahun 2004 telah menyatakan ajaran kamu bertentangan dengan Islam dan kenyataan Shahidan Kassim di atas yang jelas menyatakan:

Shahidan berkata, tidak semestinya bomoh yang dilaporkan memakai lencana 1Malaysia itu merupakan pengikut Umno dan dibayar oleh parti itu.

"Tidak, saya tidak percaya ia arahan daripada kerajaan. Tidak ada, kerana ia amat bertentangan dengan ajaran agama Islam," katanya.


Atau ada pihak lainkah di belakang Tok Bomoh yang mengajar beliau untuk keluarkan uugutan saman tersebut? Pun boleh jadi juga! Wallahu 'alam bissawab.

[PANAS] Iran Dakwa Amerika Perancang Konspirasi Culik Pesawat MH370

Posted: 13 Mar 2014 08:44 PM PDT


Seorang anggota parlimen Iran yang berpengaruh, Hossein Naghavi Hosseini, menuding Amerika Syarikat sengaja "menculik" pesawat Malaysia Airlines dengan nombor penerbangan MH 370. Menurutnya, Amerika melakukan itu untuk "mensabotaj hubungan baik Iran dengan Cina dan Asia Tenggara."

Hosseini, yang juga jurucakap Jawatankuasa Parlimen untuk Keselamatan & Polisi Luar Iran , memberi komennya terhadap berita mengenai dua warga negara Iran yang menaiki pesawat MH 370 itu dengan menggunakan paspot curi. Dalam kenyataannya kepada pejabat berita Tasnim, dia menyatakan tuduhan itu merupakan sebuah "plot".

"Dokumen yang diterbitkan media Barat mengenai dua warga Iran yang naik pesawat tanpa pasport merupakan sebuah perang psikologis. Amerika mengupah beberapa orang untuk operasi semacam itu sehingga mereka dapat menyalahkan negara lain, terutama negara-negara Islam," katanya.

Soal penumpang yang menggunakan paspot curi di dalam penerbangan MH 370 telah disahkan oleh Interpol pada hari Ahad lalu. Mereka adalah Mohammed Reza Delavar, 29 tahun, dan Pouria Nourmohammadi, 19 tahun. Kedua-duanya menggunakan pasport milik seorang warga Austria dan seorang Itali yang dilaporkan hilang beberapa waktu sebelumnya.

Polis Malaysia pun juga telah mengesahkan adanya kedua penumpang tersebut. Menurut Ketua Polis Negara Malaysia, Khalid Abu Bakar, salah seorang penumpang itu, seorang pemuda Iran berusia 19 tahun mencari suaka yang hendak berlindung di Jerman. "Kami yakin dia tidak mungkin menjadi anggota mana-mana kumpulan pengganas," kata Khalid, seperti disiarkan oleh Associated Press.

ULASAN GB

Mungkin benar, dan GB tertanya-tanya, jika yang demikian itu satu kebenaran, apakah APCO ada terlibat sama di dalam menjayakan grand design ini? Dan berita ini tidak disiar di dalam mana-mana media arus perdana Malaysia!

Wallahu 'alam bissawab.

[ISU BOMOH] UMNO BN Sudah Malu Satu Dunia, Shahidan Dah Tak Mengaku BN Upah!

Posted: 13 Mar 2014 05:20 PM PDT


Shahidan: BN takkan upah bomoh 'Do Re Mi'

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim menafikan kerajaan mengupah 'Raja Bomoh Sedunia Nujum VIP' yang muncul di KLIA untuk 'membantu' mencari pesawat MH370 yang hilang dalam perjalanan ke Beijing.

"Tentang bomoh tadi, saya percaya tidak dibuat oleh Umno, oleh BN dan tidak dibuat oleh mana-mana agensi kerajaan kerana cara perlakuan bomoh itu.

"Pertama, dibuat di tempat orang ramai. Dia pakai pakaian macam cerita (P Ramlee, Laksamana) Do Re Mi.

"Jadi bayangkan, takkan kita nak buat macam itu," katanya sewaktu menjawab soalan wartawan.

Beliau diminta mengulas gesaan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim agar siasatan dilakukan untuk mengetahui siapa yang menjemput bomoh tersebut.

Menurut Shahidan lagi, kerajaan sememangnya tiada kaitan dengan bomoh itu walaupun beliau dikaitkan dengan slogan '1Malaysia'.

"Jadi oleh kerana ada 1Malaysia di belakang, orang tuduh kerajaan yang buat.

"Kerja kita yang utama sekarang adalah mencari pesawat yang hilang," kata Shahidan lagi.

Curi perhatian

Bomoh yang dimaksudkan, Ibrahim Mat Zain bukan nama asing di kalangan sesetengah orang kerana iklan tentang khidmatnya kerap terbit dalam akhbar tabloid berbahasa Melayu.

Beliau juga sering kelihatan memakai sut lengkap bertali leher dan bersongkok serta pin baju berlogo 1Malaysia apabila melakukan upacara perbomohan.

Pada 10 Mac lalu, beliau mencuri perhatian ramai apabila muncul di KLIA menggunakan bubu mata pancing dan teropong yang diperbuat daripada buluh untuk meminta dan berdoa supaya melepaskan penumpang MH370 agar dapat dijumpai secepat mungkin.

Beliau sebelum ini dilaporkan mendakwa kehadirannya di KLIA adalah atas jemputan seorang VVIP.

Semalam, beliau sekali lagi muncul di KLIA bersama pembantunya dan tiga orang daripada mereka duduk di atas sehelai tikar.

Seorang daripadanya memegang tongkat, sementara dua orang lagi memegang dua biji kelapa di atas kepala dan memegang bakul dalam upacara mereka.


Media Arab kata Malaysia guna sihir sebagai jalan terakhir cari MH370


Berita bertajuk "Sihir adalah jalan terakhir Malaysia mencari kapal terbang MH370" itu disiarkan oleh laman Alarabiya ekoran tindakan Putrajaya membenarkan bomoh mengadakan upacara untuk mencari kapal terbang yang hilang itu di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) semalam.

Laman itu menyiarkan video upacara yang dibuat oleh seorang yang menamakan dirinya sebagai Raja Bomoh, Ibrahim Mat Zin. Beliau mengadakan upacara itu untuk mencari di mana pesawat MH370 itu.

Alarabiya.net berkata, bomoh itu datang bersama pembantunya ke KLIA dan menjalankan upacara itu dengan menggunakan dua biji kelapa sambil memekik "Allahu Akbar" (Allah yang maha besar) beberapa kali.

Pada hari pertama, Ibrahim dan pembantunya datang dengan sangkar dan teropong buluh untuk mencari pesawat itu manakala hari kedua beliau datang dengan buah kelapa dan tikar.

Ia dilakukan di tengah-tengah kesibukan KLIA dan mendapat kecaman pelbagai pihak.


Bekas Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin menyifatkannya sebagai "satu kerja gila" dan manakala ramai ulama mengatakan tindakan tersebut sebagai khurafat.

Pengguna media sosial juga mempermainkan tindakan bomoh itu dengan menyamakannya dengan "tikar terbang" seperti yang dilakonkan oleh Tan Sri P Ramlee dalam filem Laksamana Do Re Mi. –
-TMI



Anwar selar kerajaan guna khidmat bomoh 1Malaysia cari MH370

Sidang Dewan Rakyat hari ini gempar apabila Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim membahaskan isu kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370 termasuk memberi kebenaran "bomoh 1Malaysia" melakukan upacara di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Anwar berkata imej negara tercemar ekoran daripada kegagalan kerajaan menangani krisis negara sehingga dikritik hebat oleh media antarabangsa.

Katanya situasi memalukan itu ditambah dengan insiden semalam di KLIA apabila kerajaan membenarkan seorang bomoh yang dibayar melakukan upacara bagi mengesan lokasi pesawat MH370.

"Ini amat memalukan. Siapa yang membenarkan, siapa yang membayar bomoh itu, ini jelas perbuatan khurafat dan kemudian media antarabangsa pula dipanggil buat liputan.

"Insiden ini perlu disiasat, ia merupakan satu perbuatan bodoh dan memalukan Malaysia sebagai negara Islam," katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau juga memetik satu laporan akhbar media antarabangsa yang menyelar kerajaan berhubung insiden MH370.


Bagaimanapun belum habis Anwar membaca petikan laporan akhbar tersebut Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Abdul Rahman Dahlan dilihat mencelah ketua pembangkang itu.

Ia menimbulkan kekecohan apabila ahli Parlimen Pakatan Rakyat mengkritik tindakan tersebut apabila menteri tersebut tidak sepatutnya mencelah jika tidak dibenarkan Anwar.

Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad juga turut serta apabila mendakwa menteri yang juga ahli Parlimen Kota Belut tidak tahu apa yang ingin disampaikan oleh Anwar.

"Beliau ini Yang di Pertua, bukan tahu apa yang disampaikan langsung tak faham tentang bagaimana berlakunya banyak percanggahan kenyataan," kata Khalid.

Ahlid Parlimen Pandan Rafizi Ramli juga dilihat turut bangun untuk memohon pandangan Anwar mengenai kenyataan akhbar Utusan apabila menteri sendiri mengakui tidak salah menggunakan perkhidmatan bomoh.

"Apakah pandangan ahli Parlimen Permatang Pauh mengenai laporan berita akhbar Utusan yang miliknya Umno kerajaan apabila membenarkan penggunaan bomoh ini.


"Laporan itu menyatakan tidak salah menggunakan perkhidmatan bomoh ia kemudian disaksikan oleh dunia antarabangsa dan Presiden Obama sendiri kagum dengan kebodohan itu," katanya hingga menyebabkan suasana Dewan Rakyat gamat seketika.

Sementara pada sidang media selepas itu Anwar menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk bangun dari tidurnya dan menjadi pemimpin yang cekap menangani krisis negara.

Mengambil insiden pesawat MH370, kerajaan sepatutnya melantik hanya seorang jurucakap.

"Saya ambil contoh mengenai pencerobohan Japanese Red Army sekitar 1975 ketika krisis berjaya ditandatangani bekas Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Osman S Cassim.

"Ketika itu hanya satu sahaja arahan dan ia amat konsisten tidak seperti sekarang apabila menteri pengangkutan cakap lain, tentera cakap lain" katanya.

Tambahnya, Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Hussein membuktikan bahawa beliau gagal dan tidak cekap menangani krisis negara.

Dalam sidang media itu beliau juga mengulas mengenai kehadiran bomoh, Ibrahim Mat Zain semalam.

Beliau berkata sebelum ini Najib membayar berjuta-juta ringgit kepada kepada Apco untuk bayar konsultasi imej perdana menteri itu.

"Dengan apa yang bomoh itu sudah lakukan wang berjuta-juta ringgit pun tidak mampu untuk menebus semula maruah negara," katanya.
-TMI




RUPA-RUPANYA RAJA BOMOH SEDUNIA YANG DIKATAKAN BUAT KERJA BODOH, MENIPU, KHURAFAT, TAHYUL DAN SYIRIK ITU ADALAH PENYOKONG UMNO TEGAR!!!!


Seorang individu yang menggelarkan dirinya Raja Bomoh Sedunia yang kini jadi bahan kutukan dan lawak gila kerana gelagat dan telatahnya yang cuba berlagak bijak dan hebat dengan adegan teropong bubu guna buluh dan terbaru guna karpet terbang di KLIA semata-mata mau tunjuk dia tahu dimana perginya pesawat MH370 menghilang diri.

Setelah diselongkar,  mamat yang bernama Ibrahim Mat Zin ini adalah penyokong UMNO cukup totok sampai tolong kempen untuk calon UMNO/BN Rashidi Ibrahim di DUN Pasir Panjang, Perak pada PRU 13 lalu.

Jadi tidaklah menghairankan apabila dia mendabik dada memberitahu satu dunia yang beliau adalah Raja Bomoh VVIP Negara.

Kalau tidak percaya sila tatap baik-baik gambar-gambar diatas .. dibajunya pun ada pin lambang 1Malaysia.

Patutlah dia buat kerja khurafat, tahyul dan menipu. JAKIM pun pernah keluarkan kenyataan yang kegiatan mamat ini haram, salah, syirik, khurafat dan tahyul.
-omakkau

MH370: Media Antarabangsa Lapor Pengguna Media Sosial Gelar Najib "Tak Ada Otak"

Posted: 13 Mar 2014 05:28 AM PDT


Sebuah laman sesawang antarabangsa International Busines Times (IBTimes) melaporkan pengguna media sosial menggelar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sebagai tidak ada otak ("brainless") apabila membenarkan bomoh untuk membantu mencari pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 yang hilang.

IBTimes melaporkan seorang pengguna Weibo, sebuah laman sosial media China, berkata: "Buat pertama kali sebagai rakyat Malaysia, saya merasa malu, bukan kerana salah laku apa-apa tetapi kerana memiliki perdana menteri yang tidak ada otak.

"Berhentilah dari menjatuhkan air muka rakyat Malaysia," kata penulis itu sebagaimana dilaporkan oleh IBTimes.

Respon ini selepas tindakan kerajaan membenarkan seorang yang menamakan dirinya sebagai Raja Bomoh, Ibrahim Mat Zin, melakukan ritual untuk mencari di mana pesawat MH370 itu di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Pada hari pertama, Ibrahim dan pembantunya datang dengan sangkar dan teropong buluh untuk mencari pesawat itu manakala hari kedua beliau datang dengan buah kelapa dan tikar terbang.

Ia dilakukan di tengah-tengah kesibukan KLIA dan mendapat kecaman pelbagai pihak.

Bekas Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin menyifatkannya sebagai "satu kerja gila" dan manakala ramai ulama menyifatkannya sebagai tindakan khurafat.

Pengguna media sosial juga mempermainkan tindakan bomoh itu dengan menyamakannya dengan "tikar terbang" yang dilakunkan oleh seniman agung Tan Sri P. Ramlee. -TMI


Misteri MH370 kini mula bertukar jadi tekanan terhadap Najib – Shahbudin Husin

Misteri kehilangan pesawat MH370 yang sudah memasuki hari kelima tanpa sebarang jawapan kini sudah beransur-ansur bertukar menjadi tekanan terhadap kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di mana pelbagai pihak sama ada dalam negara, mahu pun antarabangsa mulai melihat aspek kecelaruan, tiada kesepakatan dan saling menuduh dalam proses mencari jawapan pesawat yang hilang itu.

Sementara waris mangsa turut merungut kerana sejak hari pertama lagi tiada keselarasan dalam menyampaikan maklumat sehingga ada yang meluahkan kemarahan dengan membaling air kepada petugas MAS di Beijing, rakyat dalam negara dan masyarakat antarabangsa juga turut keliru dengan pelbagai maklumat yang bercampur antara yang benar dengan yang palsu.

Walaupun pelbagai pihak daripada semua keturunan, agama dan kepercayaan tidak putus-putus mendoakan agar pesawat yang ditakrifkan hilang itu segera ditemui dan semua penumpangnya selamat, mereka juga sebenarnya ingin mendapatkan maklumat terkini yang pantas dan tepat.

Namun, hari demi hari yang berlalu sebenarnya lebih membuktikan kita tidak cukup bersedia untuk menghadapi krisis dan bencana yang menimpa.

Daripada pimpinan kerajaan, jabatan kerajaan dan ketua jabatan yang berkaitan terlihat seperti hilang punca dalam menangani dan menyalurkan maklumat mengenai insiden ini.

Hishammuddin Hussein yang diberi dua kementerian iaitu Kementerian Pertahanan dan memangku di Kementerian Pengangkutan oleh Najib Razak, sebagai sebahagian pelan meningkatkan imejnya di kalangan perwakilan Umno seharusnya bertanggungjawab penuh dalam menyelaras dan memastikan maklumat yang tepat disalurkan kepada pelbagai pihak, ternyata gagal berbuat demikian.

Bloomberg hari ini, selepas hari kelima kehilangan pesawat itu masih menjadi misteri, secara terbuka mengkritik ketidakselarasan dan ketidakcekapan Malaysia dalam mengurus krisis yang digambarkan sebagai salah satu kelemahan kepimpinan perdana menteri kerana masih terbelenggu dengan kawalan ketat terhadap maklumat yang diamalkan kerajaan sejak lebih 50 tahun lalu.

Di samping melaporkan kebimbangan China yang meminta Najib supaya lebih bersikap telus dalam menangani krisis yang menjadi perhatian dunia ini, peranan sepupunya, Hishammuddin dalam mengamalkan ketelusan dan tidak menjadikan usaha mengendalikan isu global seperti menguruskan isu politik domestik, nyata satu gambaran yang memalukan negara.

Kritikan itu tentunya bukan sahaja kerana peranan pemangku menteri pengangkutan yang tidak menyerlah sejak lima hari yang lalu dalam mengetuai operasi, tetapi juga penglibatan beberapa menteri lain yang menjadikan keadaan bertambah serabut.

Menteri Dalam Negeri Zahid Hamidi misalnya, ketika mengulas mengenai wujudnya penumpang yang menggunakan pasport curi menempelak kakitangan Jabatan Imigresen di KLIA yang didakwanya tidak dapat membezakan antara wajah orang Asia dengan Eropah.


Dengan hanya bersandarkan andaian kerana dua warga Italy dan Austria itu kehilangan pasportnya di Thailand, Zahid terus beranggapan bahawa pemegang pasport curi itu juga berasal daripada Thailand.

Ia nyata memalukan Zahid kerana akhirnya terbukti kemudiannya mereka yang memiliki pasport curi itu adalah warga Iran yang kita semua maklum mempunyai bentuk wajah dan kulit hampir sama dengan orang Eropah.

Di ketika lain pula, sementara berpuluh-puluh kapal laut dan kapal terbang sedang dikerahkan mencari dan menyelamat di Laut China Selatan dan Selat Melaka, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Ismail Sabri Yaakob pula dikhabarkan mengerahkan lebih 1700 bot nelayan dan lebih 20 ribu nelayan bagi membantu operasi mencari pesawat MH370 ini.

Terlihat bahawa kenyataan ini lebih didorong oleh keghairahan terhadap publisiti semata-mata kerana apalah yang boleh dilakukan oleh bot nelayan yang tiada kelengkapan mencari dan menyelamat itu.

Bot nelayan yang tiada kelengkapan mencari dan menyelamat hanya lebih kurang sama dengan kapal selam Scorpene yang tidak digunakan untuk mencari pesawat MH370 kerana tidak dilengkapi kemudahan seperti itu.

Apa yang boleh dilakukan oleh nelayan hanyalah menyampaikan maklumat sambil menangkap ikan.

Tidak perlu dikerah nelayan untuk berbuat demikian kerana sekiranya mereka ternampak kapal terhempas atau menjunam ke dalam laut, sudah pasti mereka akan memberikan maklumat secara sukarela kepada pihak berkuasa.

Di sisi lain pula, maklumat antara MAS, Jabatan Penerbangan Awam dan polis sering pula bercanggah antara satu sama lain.

Dalam isu penumpang membeli tiket tetapi tidak menaiki kapalterbang dan isu pemilik pasport curi, jelas terlihat ada percanggahan memalukan antara jabatan ini.

Jabatan Penerbangan Awam misalnya mengesahkan ada pembeli tiket yang tidak menaiki pesawat tetapi kemudiannya dinafikan oleh MAS dan polis.

Pada peringkat awal juga Jabatan Penerbangan Awam mengatakan pemilik pasport curi itu berkulit hitam tetapi akhirnya terbukti merupakan rakyat Iran.

Dalam masa yang sama, rakyat dalam negara bertambah keliru dan senak perut apabila pelbagai berita yang tidak disahkan kebenarannya seperti pengakuan nelayan, petani dan orang awam yang mengaku melihat pesawat yang hilang itu, turut dijadikan bahan berita dan dijadikan rujukan.

Bomoh dan pawang yang membawa bubu dan tikar terbang juga terlihat menjalankan upacara peliknya di KLIA sambil mendakwa mengetahui di mana pesawat itu berada ketika ini.

Sudahlah kelewatan dan ketidakselarasan menyalurkan maklumat merupakan sesuatu yang memalukan negara di mata dunia, kemunculan bomoh ini menambahkan lagi malu yang ada.

Seharusnya dalam menangani bencana besar dan menjadi tumpuan seperti ini, sesuatu kawalan hendaklah diadakan bagi mengelakkan perkara karut-marut ini daripada turut menyibuk sama.

Di sinilah sebenarnya mustahaknya nilai kepimpinan yang berwibawa dalam diri individu yang mengetuai operasi menyelamat ini.

Daripada semua percanggahan, kecelaruan, ketidakcekapan dan kelambatan maklumat dalam krisis MH370 ini, ia secara perlahan-lahan mula menyerlahkan bahawa pasukan pentadbiran Najib lebih dipenuhi oleh individu yang tidak cekap dan kurang upaya.

Kebolehan mereka hanyalah membodek, mencium tangan dan menyerang parti pembangkang.

Lagi lambat MH370 ini ditemui, lebih banyak kelemahan yang selama ini tersembunyi akan terdedah kepada umum. Kritikan antarabangsa juga akan meningkat.

Selain pasukan penyelamat Vietnam yang sudah menggantung operasinya kerana masih menunggu jawapan sejak dua hari lalu tetapi masih tiada jawapan mengenai lokasi sebenar pesawat itu dipercayai hilang, pasukan daripada China juga dilaporkan sudah mengadakan mesyuarat tergempar dengan Malaysia berikutan usaha pencarian selama ini seolah-olah tidak berfokus.

Pasukan penyelamat Thailand juga dilaporkan mengambil tindakan yang sama dengan Vietnam sehingga mereka benar-benar diberikan maklumat yang sahih dimanakah pesawat itu kali terakhir dilaporkan hilang oleh pihak kerajaan kita.

Najib yang baru terselamat daripada tekanan dalam negeri berikutan kejayaan menghalang Anwar Ibrahim daripada bertanding di Kajang dan menjadi Menteri Besar Selangor, kini diburu tekanan yang tidak diduga berikutan kehilangan pesawat MH370 ini.

Tekanan terhadap keupayaan kerajaan yang sedang dipimpinnya kini mula datang daripada banyak penjuru di dalam dan juga luar negara.

Semakin lama kehilangan pesawat ini menjadi misteri antarabangsa, ia dipercayai semakin menggoncang kedudukan Najib.

Jika di Jepun atau beberapa negara lain, kejadian seperti ini pasti menyebabkan ada pemimpinnya yang berani memikul tanggungjawab dan meletakkan jawatan, seseorang juga mesti bertanggungjawab atas insiden MH370 ini, apatah lagi jika akhirnya nanti diketahui tragedi kehilangan ini ada kaitan dengan rampasan kapal terbang.
– shahbudindotcom.


Tiada ulasan: