Rabu, 5 Mac 2014

Kerabu Bersuara ®

Kerabu Bersuara ®


Panas! Gambar Dan Identiti Pelaku Buang Al Quran Ditangkap?

Posted: 04 Mar 2014 09:58 PM PST

Kami mendapat maklumat berkaitan kes tersebut.

Jika sudah ditangkap, alhamdulillah. Khabarnya suspek ni geng kaki pil kuda sedikit.

Sekarang masalah sosial semakin teruk dan besut khabarnya famos dengan pil kuda.

Harap polis ambil perhatian.

Suspek rosakkan al-Quran berjaya ditahan di Besut

Posted: 04 Mar 2014 07:17 PM PST



KUALA TERENGGANU: Polis berjaya menyelesaikan kes al-Quran dicampak di dalam masjid dan lubang tandas di Masjid Limbongan dan Masjid Nasaruddin Shah, Kampung Raja dengan tertangkapnya suspek lelaki berusia 27 tahun di Besut, jam 5 petang semalam.

Perkara itu disahkan Ketua Polis Terengganu, Datuk Jamshah Mustapa.
Terdahulu, BH hari ini melaporkan penduduk sekitar Limbongan, Jertih gempar apabila masjid kampung itu diceroboh pihak tertentu yang merosakkan ratusan al-Quran dan kitab dalam kejadian awal pagi semalam.

Jenazah Allahyarham Selamat Dikebumikan

Posted: 04 Mar 2014 03:17 PM PST

SELAMAT DIKEBUMIKAN MALAM SEMALAM

Alhamdulillah, jenazah Allahyarham Koperal 93386 Raja Aizam bin Raja Mohid, anggota Klang Selatan yang terkorban serang hendap oleh warga asing awal pagi semalam, telah selamat dikebumikan di tanah perkuburan di Kuala Kangsar, Perak selepas solat isya' lebih kurang jam 10.30 malam pada hari yang sama

Semoga roh beliau ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. Amin.

Tiada ulasan: