Selasa, 11 Mac 2014

Kerabu Bersuara ®

Kerabu Bersuara ®


#pray4mh370: Lapan penduduk dengar bunyi dentuman buat laporan polis di Marang

Posted: 11 Mar 2014 04:49 AM PDT

MARANG 11 Mac - Lapan penduduk di Kampung Pantai Seberang Marang di sini mendakwa mendengar bunyi dentuman yang kuat pada pagi Sabtu lalu datang dari timur laut Pulau Kapas, kemungkinan ada kaitan dengan pesawat Malaysia Airlines Penerbangan MH370 yang hilang.

Berikutan itu mereka telah membuat laporan di ibu pejabat polis Daerah Marang kira-kira pukul 10.30 pagi tadi.

Salah seorang penduduk terbabit, Alias Salleh, 36, berkata pada pukul 1.20 pagi berkenaan ketika beliau bersama tujuh lagi rakannya sedang bersantai duduk di bangku kira-kira 400 meter dari pantai Marang, tiba-tiba dikejutkan dengan bunyi kuat seperti kipas kapal terbang.

"Bunyi yang kuat dan menakutkan itu dipercayai datang dari timur laut Pulau Kapas sebelum kami bergegas ke arah tersebut untuk mengesan punca bunyi itu. "Kami mencari di sekitar Pantai Rhu Muda namun tidak menemui apa-apa yang mencurigakan," kata Alias, seorang pemandu lori.

Ditanya mengapa beliau membuat laporan selepas empat hari kejadian itu berlaku, bapa kepada tiga orang anak itu berkata, beliau bertanggungjawab untuk melaporkan maklumat kepada pihak berkuasa bila pesawat masih tidak ditemui hari ini selepas empat hari berlalu.

Sementara itu, seorang lagi penduduk Mohd Yusri Mohd Yusof, 34, berkata bunyi yang kuat dan agak pelik itu pada awalnya disangkakan fenomena Tsunami.

"Bunyi bising yang kedengaran seperti kipas kapal terbang itu dapat saya dan rakan-rakan dengar selama dua minit dan bunyi itu berdesing.

"Saya mengambil keputusan ini (membuat laporan) selepas berasa curiga dengan bunyi itu dan ditambah lagi dengan laporan media berkaitan kes kehilangan pesawat," kata beliau.

Mohd Yusri turut mendakwa beberapa kawannya termasuk pemancing dan nelayan turut mendengar bunyi aneh berkenaan dari arah pantai.

Pesawat MAS Penerbangan MH370 itu membawa 227 penumpang, termasuk dua bayi dan 12 anak kapal, hilang semasa dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur di Sepang pada 12.41 pagi Sabtu.

- BERNAMA.

Telefon penumpang MH370 ada deringan, akaun online aktif, dakwa keluarga

Posted: 11 Mar 2014 03:49 AM PDT



OLEH LEE SHI-IAN

Saudara kepada penumpang dalam pesawat yang hilang, Malaysian Airlines MH370 mendakwa mereka dapat menghubungi telefon bimbit ahli keluarga yang terbabit dalam kejadian malang itu, menurut laporan media.

Washington Post berkata, keluarga sebahagian daripada 239 penumpang yang menaiki MH370 mendakwa mereka mendengar nada dering ketika membuat panggilan telefon.

"Dalam sebahagian kes lain, ada saudara mendakwa dapat melihat keluarga yang menaiki pesawat itu aktif online menerusi laman jaringan tempatan Cina digelar QQ," lapor Post.

Perkembangan yang menyeramkan itu timbul dan pihak berkuasa Malaysia juga menggambarkan kehilangan MH370 sebagai misteri.

Seorang lelaki memberitahu Washington Post bahawa akaun QQ abang iparnya menunjukkan bahawa beliau sedang online. – 11 Mac, 2014.

Terkini! Wajah Penumpang Guna Pasport Palsu Didedahkan!

Posted: 11 Mar 2014 01:51 AM PDT

Semoga dapat membantu kita semua.

Karpal dijatuhi hukuman denda RM4,000

Posted: 10 Mar 2014 09:59 PM PDT

KUALA LUMPUR: Pengerusi DAP, Karpal Singh, dijatuhi hukuman denda RM4,000 oleh Mahkamah Tinggi, di sini, hari ini, selepas didapati bersalah melafazkan perkataan berbaur hasutan terhadap Sultan Perak, lima tahun lalu.

Pada 21 Februari lalu, Datuk Azman Abdullah mendapati Karpal bersalah atas tuduhan itu, bagaimanapun menetapkan hari ini untuk menjatuhkan hukuman dan mendengar mitigasi.

Kapten Norudin Bergiat Aktif Dengan Jemaah Islam

Posted: 10 Mar 2014 04:37 PM PDT

Alhamdulillah, jawapan ketuhanan yang lebih masuk akal dan mengajar kita supaya lebih dekat dengan tuhan.

Terima kasih kapten.

Tiada ulasan: