Selasa, 11 Mac 2014

ALHUSSEYN

ALHUSSEYN


Menteri Auw-Auw pertahan sikap cuai dan cincai Jabatan Imigresyen negara

Posted: 11 Mar 2014 06:58 AM PDT

 Sistem Database Interpol mampu mengesan dokumen perjalanan yang hilang, dan ianya  senantiasa tersedia untuk digunakan. Ianya hanya mengambil masa 2/10 saat untuk mengesan. 

  Namun menurut Interpol, kerana sikap cuai dan 'cincai', 4 daripada 10 penumpang udara lazimnya tidak melalui pemeriksaan database tersebut.

  Kenyataan Interpol itu jelas ada kebenarannya apabila Menteri Auw-Auw kita sendiri mempertahankan kegagalan pemeriksaan pasport penumpang melalui database Interpol, yang melepaskan dua pemegang pasport palsu menaiki pesawat MH370 yang hilang itu.

Bila ditanya kenapa pegawai imigresyen negara tidak menggunakan sistem tersebut, dia  menempelak: "Tahukah kamu berapa banyak pasport dilaporkan hilang kepada Interpol? Saya dimaklumkan 40 juta".SUMBER

 Hoi mangkuk! Selama ini apa yang ko buat? Tidor ke apa?? Perniagaan jual beli pasport hilang dan palsu ni memang sangat menguntungkan. 

 Sindikit ini sudah sekian lama berleluasa melibatkan aktiviti jenayah melibatkan penyeludupan manusia untuk pelacuran, dadah antara bangsa, dan tentu sekali imigrasi secara haram.

 Dua passport curi yang dipercayai telah digunakan untuk menaiki penerbangan MH370 itu sepatutnya dapat dielakan sekiranya pihak keselamatan dan Jabatan Imigresyen tidak cuai dan bersikap 'cincai' dalam menjalankan tugas mereka.

 Dua passport curi yang digunakan untuk menaiki penerbangan MH370 Sabtu lalu itu telah dilaporkan hilang di Thailand pada 2012 dan 2013.

Pengembara Iran pasport curi bukan teroris

Posted: 11 Mar 2014 03:49 AM PDT


Mehrdad, dua dari sebelah kiri.Anak muda disebelah kanan
 dipercayai bersamanya dalam penerbangan tersebut.


 Adalah dipercayai lelaki bernama Pouria Nour Mohammad Mehrdad menggunakan passport Austrian yang dicuri.

 Polis masih cuba mengenalpasti lelaki kedua yang dipercayai menggunakan pasport curi Itali.


 Gambar atas menunjukan anak muda berumur 19 tahun, Pouria Nour Mohammad Mehrdad yang lebih jelas.Remaja disebelah kanan dipercayai rakan yang bersamanya dalam penerbangan MH370 yang hilang itu.

 Polis percaya Mehrdad bertujuan untuk berhijrah ke German di mana ibunya telah menunggunya di Frankfurt. Beliau tidak mungkin ada hubungan dengan teroris. SUMBER

Pasport Curi adalah 2 warga Iran?

Posted: 10 Mar 2014 10:58 PM PDT

Dua penumpang yang menggunakan pasport curi itu adalah warga Iran.Kenalan salah seorang daripada mereka memaklumkan BBC Persia, dia menjadi tuan rumah kepada mereka di Kula Lumpur setibanya daripada Teheran beberapa hari sebelum meneruskan penerbangan ke Beijing.

Sumber itu, mendakwa dia mengenali salah seorang daripada mereka sejak waktu persekolahanya di Iran, berkata, mereka berdua membeli pasport palsu tersebut kerana mahu berhijrah ke Eropah.
Mereka telah membeli pasport tersebut dan juga tiket ke Amsterdam via Beijing di Kuala Lumpur .
Lelaki tersebut memberitahu BBC Persia bahawa salah seorangnya mahu menuju ke Franfurt, Germany dimana ibunya tinggal di sana, dan yang seorang lagi mahu ke Denmark.

Koresponden BBC Persia, Bahman Kalbasi memberitahu The Telegraph, bahawa warga Iran berdua itu mahu mencari "tempat untuk menetap".

Pendedahan tersebut muncul setelah seorang warga Iran yang misteri, dikenali sebagai  'Encik Ali' telah membeli tiket untuk mereka berdua.

FBI Amerika kini sedang cuba menjejakinya.SUMBER

MH 370 : China gerakan 10 satelie untuk membantu pencarian

Posted: 10 Mar 2014 08:54 PM PDT

China telah menggerakan 10 satelit miliknya untuk membantu dalam pencarian di udara dan lautan luas sebuah pesawat Malaysia yang hilang, kata akhbar harian Tentera Pembebasan Rakyat.

 Satelit tersebut akan menggunakan resolusi berkeupayaan tinggi pengimejan bumi, pengimejan cahaya yang boleh dilihat dan teknologi lain untuk "perkhidmatan sokongan dan membantu dalam mencari dan operasi menyelamat pesawat Malaysia Airlines", akhbar itu dalam satu artikel yang turut diadakan di laman web kementerian pertahanan .

  Puluhan kapal dan kapal terbang dari 10 buah negara mencari rapi di sekitar perairan Malaysia dan selatan Vietnam disamping beberapa persoalan muncul mengenai kemungkinan kecuaian pihak keselamatan dan sama ada bom atau percubaan rampasan boleh menumpaskan Boeing 777-200ER yang berlepas dari ibu negara Malaysia, Kuala Lumpur . 

 China telah menggesa Malaysia mempercepatkan pencarian pesawat. 

  Kira-kira dua pertiga daripada 227 penumpang dan 12 anak kapal kini dianggap telah meninggal dunia di atas kapal kapal terbang adalah orang Cina.

  Satelit Cina juga akan membantu dalam pemantauan cuaca, komunikasi dan carian operasi di kawasan di mana pesawat hilang, kata akhbar itu. 

 China juga akan mengukuhkan keupayaan pemantauan satelit sistem navigasi Beidou bagi "menyediakan navigasi yang boleh dipercayai bagi operasi menyelamat dan sokongan komunikasi". SUMBER

Tiada ulasan: