Kelab Greenboc |
- [VIDEO] "Papa pergi work, tapi kapal terbang papa rosak, papa tak balik," Pujuk Intan Pada Anak
- Anak Kapten Zaharie: "Selagi Tiada Pengesahan, Saya Percaya Ayah Masih Hidup"
- Sentimen Anti-Malaysia Memuncak Di China, Seru Boikot Barangan Malaysia
- Tuduhan Biadab, Najib Dan Kerajaan Wajib Minta Maaf Kepada Keluarga Zaharie
[VIDEO] "Papa pergi work, tapi kapal terbang papa rosak, papa tak balik," Pujuk Intan Pada Anak Posted: 27 Mar 2014 01:26 AM PDT Papa pergi work, tapi kapal terbang papa rosak,papa tak balik,papa di syurga,kalau nak papa kena baca doa selalu...'' Bait-bait ayat Intan Maizura Othman, isteri kepada pramugara Hazrin Mohamed Hasnan kepada anaknya, Iman ketika di tangga rumahnya benar-benar meruntun jiwa. Iman yang berusia dalam lingkungan tiga tahun mengangguk-angguk seakan benar-benar faham keperitan ditanggung ibunya sejak hari pertama pesawat MH370 hilang 8 Mac lalu. Sebelum itu anak kecil ini dilihat hanya berdiri di tangga dan tidak berkelip matanya memandang ramainya tetamu di rumahnya sepanjang semua membaca surah Yassin dan menunaikan solat hajat. Kuatnya hati, jiwa dan semangat Intan yang mengandung anak ketiga yang bakal melihat dunia dalam masa kurang dua bulan lagi tidak dapat dizahirkan dengan apa-apa perkataan juga di dunia ini. Semua yang menghadiri majlis bacaan Yassin dan solat hajat di kediamannya di Kota Kemuning kagum dengan ketabahan ditunjukkan Intan juga rakan-rakan Hazrin yang lebih senang dipanggil Rain. Sepanjang majlis, Intan tidak lepas didakap rakan-rakan yang memberi semangat serta kata-kata menuntut ketabahan wanita ini berterusan. Utuhnya kepercayaan wanita ini kepada realiti serta qada dan qadar yang ditentukan Allah. "Tidak ada sesuatu kesusahan (atau bala bencana) yang ditimpakan di bumi dan tidak juga yang menimpa diri kamu, melainkan telah sedia ada di dalam Kitab (pengetahuan Kami) sebelum Kami menjadikannya; sesungguhnya mengadakan yang demikian itu adalah mudah bagi Allah. "(Kamu diberitahu tentang itu) supaya kamu tidak bersedih hati akan apa yang telah luput daripada kamu dan tidak pula bergembira (secara sombong dan bangga) dengan apa yang diberikan kepada kamu dan (ingatlah), Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang sombong takbur, lagi membanggakan diri." - Al-Hadid 22-23. Esakan perlahan Intan yang duduk di bahagian belakang pada saat bacaan Yassin bergema di rumahnya masih dapat didengari. Allah maha mendengar permintaan hamba-Nya yang meminta dan seluruh negara memohon serta mengharapkan pengakhiran yang baik pada tragedi MH370 ini. "Saya akan move on, saya redha apa yang terjadi, saya akan besarkan anak-anak dan jika benar dia (Hazrin) bersemadi di Lautan Hindi, tenanglah dia di sana.'' Duka Intan sama sedihnya dengan semua keluarga penumpang MH370 lain. Pilu Intan tidak ada bezanya dengan mereka yang terlibat dalam tragedi ini. Menceritakan saat-saat akhir Intan menghantar Hazrin ke tempat kerja pada hari kejadian, katanya tidak ada sebarang kelainan yang ditunjukkan. Seperti biasa bersalaman dan ungkapan "I love you" menjadi tiga perkataan terakhir sebelum berpisah seolah-olah masih terngiang-ngiang di telinganya. Intan mengakui sejak malam sidang media khas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan penerbangan MH370 berhenti di Lautan Hindi, fasa baru hidupnya bermula. Melalui detik paling pedih dalam hidup, kehilangan suami yang juga `buddy' (kawan baik) menjadikan Intan menjadi lebih tabah dalam membesarkan anak selain jauh di dalam hati, masih ada sekelumit harapan menanti kepulangan Hazrin. Rentetan meluahkan sejujur-jujurnya apa yang dirasa di dalam media sosial termasuk impian menjadi ketua bidadari di syurga, itu sudah cukup meruntun hati jutaan rakyat negara ini yang tidak berhenti berdoa masih menyimpan ada harapan untuk sesuatu perkara positif di akhir kisah tragedi ini. "Tidakkah diakui dan tidakkah dipercayai bahawa Tuhan yang telah menciptakan langit dan bumi (yang demikian besarnya) - berkuasa menciptakan semula manusia sebagaimana Ia menciptakan mereka dahulu? Ya! Diakui dan dipercayai berkuasa! Dan Dia lah Pencipta yang tidak ada bandinganNya, lagi Yang Maha Mengetahui. "Sesungguhnya keadaan kekuasaanNya apabila Ia menghendaki adanya sesuatu, hanyalah Ia berfirman kepada (hakikat) benda itu: " Jadilah engkau! ". Maka ia terus menjadi.."- Yaasin 81-82. Hanya kira-kira lima soalan yang dilontar pemberita pada malam solat hajat di kediaman Intan pada malam Khamis ini. Soalan yang diaju lebih berkisar menuntut jawapan peribadi dan tabahnya Intan menjawab satu demi satu pertanyaan dengan cukup menyakinkan, wanita ini benar-benar sudah bersedia mengharung fasa demi fasa masa dan apa juga yang akan berlaku di hadapannya. Cuma pada soalan keempat yang bertanya apa penjelasan diberi kepada anaknya terhadap kehilangan papa, tiba-tiba Iman datang dan duduk di pangkuan, pada saat dikatakan `aeroplane' papa rosak dan papa tidak akan balik rumah, mata Intan mula berkaca kembali dengan jernih air mata kasih seorang mama. -astroawani ULASAN GB ,br>GB teringat kisah di zaman Umar Al-Khattab, bagaimana seorang ibu terpaksa "menipu" anaknya yang merebus batu untuk mendiamkan anaknya daripada menangis... dia rebus batu kerana tiada makanan untuk direbus untuk melelapkan tidur anaknya itu... ..... |
Anak Kapten Zaharie: "Selagi Tiada Pengesahan, Saya Percaya Ayah Masih Hidup" Posted: 26 Mar 2014 11:25 PM PDT AAnak juruterbang MH370 tidak percaya spekulasi Ahmad Seth Zaharie, anak bongsu juruterbang pesawat MH370, Kapten Zaharie Ahmad Shah tidak mengendahkan spekulasi negatif terhadap bapanya kerana katanya, beliau lebih kenal siapa bapanya, lapor akhbar Berita Harian, hari ini. Ahmad Seth, 26, berkata beliau membaca semua berita spekulasi dan teori yang tersebar luas di laman sosial, termasuk tuduhan bapanya merampas pesawat yang hilang pada 8 Mac itu. Dalam pertemuan 5 minit dengan wartawan akhbar itu, Ahmad Seth yang juga pelajar jurusan Bahasa Jepun di sebuah kolej swasta berkata, apa yang dibacanya tidak meninggalkan kesan di hati kerana beliau lebih kenal bapanya, berbanding orang lain. "Apa yang saya baca langsung tidak meninggalkan kesan di hati dan saya tidak mempedulikan spekulasi itu kerana sebagai anak, saya lebih mengenali beliau berbanding orang lain. "Walaupun saya tidak begitu rapat dengannya kerana ayah terlalu sibuk bertugas, kami memahami antara satu sama lain," katanya seperti dilaporkan Berita Harian. Selepas lebih seminggu pesawat itu hilang, siasatan terhadap juruterbang dan anak kapal serta semua penumpang dijalankan dengan lebih giat. Polis turut memeriksa rumah Zaharie dan pembantu juruterbang, Pegawai Pertama Fariq Abd Hamid serta merampas simulator penerbangan milik Zaharie sebelum dipasang semula di balai polis untuk membantu siasatan. Zaharie juga dikaitkan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim apabila dikatakan sebagai pengikut fanatik ketua pembangkang itu dan turut berada di mahkamah untuk mendengar keputusan berhubung kes liwat Anwar, sehari sebelum pesawat MH370 berlepas ke Beijing. Bagaimanapun, sehingga kini, hasil siasatan mendapati tiada motif dapat dikaitkan antara Zaharie dengan tindakan merampas pesawat atau mematikan sistem komunikasi dan transponder MH370. Ahmad Seth berkata, beliau tenang dan tidak terkejut ketika mendengar pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengenai pesawat itu yang berakhir di tengah Lautan Hindi. "Saya hanya akan percaya mengenai pengumuman pesawat (terhempas) selepas pasukan penyelamat menjumpai bukti seperti serpihan pesawat atau mayat. Selagi tiada pengesahan dan saya tidak melihatnya dengan mata saya sendiri, saya percaya ayah masih hidup," katanya. Berita Harian melaporkan pencarian keluarga Zaharie sejak kehilangan MH370 hampir menemui jalan buntu selepas isterinya, Faizah Khanum Mustafa Khan dan anaknya dikatakan keluar dari kediaman mereka di Seksyen 13, di Shah Alam, selepas pesawat dilaporkan hilang. Ahmad Seth berkata, ibunya kini tinggal bersama-sama ibu saudaranya. Beliau berkata, aktiviti hariannya berjalan seperti biasa dan kelas tidak terganggu kerana perkara itu. "Saya lebih senang menghabiskan masa bersama rakan, tambahan pula kelas di universiti baru bermula. Maaflah, ada kawan di dalam, saya perlu melayan mereka," katanya sebelum mengakhiri pertemuan seperti dilaporkan akhbar itu. MH370 hilang daripada radar pada 8 Mac lalu selepas sejam berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, Sepang bagi perjalanan ke Beijing dengan membawa 239 penumpang dan anak kapal. Pada isnin, perdana menteri mengumumkan berdasarkan analisis data satelit daripada Inmarsat, pesawat milik Malaysia Airlines itu mengakhiri perjalanannya di kawasan terpencil di selatan Lautan Hindi, dengan tiada kawasan pendaratan yang berhampiran. -TMI |
Sentimen Anti-Malaysia Memuncak Di China, Seru Boikot Barangan Malaysia Posted: 26 Mar 2014 07:32 PM PDT Sentimen anti-Malaysia semakin membara di China apabila selebriti China secara terbuka menyeru rakyat China memboikot khidmat Malaysia Airlines dan barangan buatan Malaysia. Kebencian rakyat China terutama dari ahli keluarga penumpang nahas tersebut semakin memuncak selepas pesawat MH370 disahkan berakhir di Selatan Laut Hindi oleh PM Najib Tun Razak pada malam Isnin lalu. Chen Kun, salah seorang pelakon yang paling popular di China dengan mempunyai 72 juta pengikut, mengecam kerajaan Malaysia dan Malaysia Airlines kerana menjadi "badut yang berbohong dan berdusta." Seruannya untuk pemboikotan disalin-hantar lebih daripada 65,000 kali di Weibo, sebuah platform microblogging ala-Twitter di China. "Saya tidak pernah ke Malaysia, dan saya tidak akan merancang untuk pergi ke sana lagi," Meng Fei, kata seorang pengacara di dalam satu rancangan TV yang paling popular di China, yang telah menulis di Weibo, menyeru orang lain untuk memberi komen jika mereka merasakan hal yang sama. Lebih 120,000 pengguna menyahut seruannya. Sementara itu beberapa pengguna media sosial yang lain, sekalipun dengan pengikut yang tak seramai selebriti terkenal tadi, telah membuat seruan yang serupa supaya menghukum Malaysia berhubung perkara itu. Susulan seruan pemboikotan itu, mana-mana rakyat Malaysia yang berada di negara China telah dipandang serong dan dimaki hamun dnegan dasyat, lapor Mymediahub. Apapun, rakyat China tidak boleh disalahkan juga kerana emosi kesedihan bercampur baur dengan kemarahan menguasai diri mereka. Dato Lee Chong Wei, Tan Sri Michelle Yeoh, Sheila Amzah dan beberapa lagi selebriti Malaysia yang lain telah dihina dan diminta keluar dari negara China. Shila Amzah yang kini sedang bertanding dalam program I Am A Singer tidak terlepas untuk menerima kecaman hebat dari mereka. Buktinya, di Weibo.com juga, telah dipenuhi dengan komen-komen negatif dari peminat yang bukan sahaja menghina dan memaki Shila Amzah malah ada yang cuba menghalau Shila Amzah dari bertanding di dalam program tersebut. Di sebalik komen-komen negatif yang diterima Shila, ada juga peminat china yang menyokongnya dan meminta peminat lain berfikir secara rasional dan tidak mengaitkan nama penyanyi itu dengan tragedi pesawat MH370. Sementara itu di Kuala Lumpur, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi media cetak bahasa Cina yang didakwa cuba bermain sentimen hingga membangkitkan kemarahan kepada saudara-mara mangsa bangsa tersebut berhubung isu tragedi pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370. Beliau berkata akhbar berbahasa Cina di negara ini dilihat terlalu memanipulasikan insiden MH370 sehingga menyebabkan ahli keluarga mangsa terutama di Beijing menjadi berang dengan kerajaan Malaysia. Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad pula menggesa kerajaan meminta maaf kepada keluarga penumpang warga China yang menaiki pesawat MH370 yang dilaporkan semakin marah dengan tindakan pasukan penyiasat diketuai Malaysia dan Malaysia Airlines. Menurut Khalid, kerajaan dan pemangky Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein sepatutnya mencontohi kerajaan China yang telahpun meminta maaf atas kegagalan mencari pesawat tersebut. Seramai dua pertiga daripada 239 orang dalam pesawat dalam perjalanan Kuala Lumpur – Beijing itu merupakan penumpang warga Cina, katanya. "China juga dah akui kegagalan mereka dan meminta maaf. Malaysia juga harus meminta maaf," kata Khalid pada sidang media di lobi Parlimen pagi ini. Kumpulan anggota keluarga penumpang itu kelmarin telah berarak dan berhimpun di hadapan kedutaan Malaysia untuk menyatakan bantahan ke atas tindakan Malaysia dan Malaysia Airlines. |
Tuduhan Biadab, Najib Dan Kerajaan Wajib Minta Maaf Kepada Keluarga Zaharie Posted: 26 Mar 2014 04:30 PM PDT Parti DAP mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan kerajaan memohon maaf terhadap tindakan keterlaluan menyalahkan juruterbang, Kapten Zaharie Ahmad Shah berhubung insiden pesawat MH370. Ahli Parlimen DAP Raub, Datuk Mohd Ariff Sabri Abdul Aziz berkata, untuk memulihkan maruah dan menghormati dedikasi tinggi mereka, Najib tidak boleh mendiamkan diri terhadap pelbagai serangan negatif yang dibuat sepanjang kehilangan pesawat itu, sejak 8 Mac lalu. "Setiap inci kehidupan Kapten Zaharie kini disiasat. Polis juga mengambil simulator beliau, membuka dan meletaknya di Bukit Aman. Ahli keluarganya juga disoal siasat termasuk oleh FBI. "Adakah kerajaan sudah mengeluarkan permohonan maaf secara terbuka kepada keluarga mangsa dengan membuang serangan ke atas reputasi atau integriti beliau?," soalnya dalam kenyataan, hari ini. Beliau juga kesal dengan tindakan kerajaan yang menjadikan Kapten Zaharie sebagai kambing hitam dalam tragedi MH370 apabila mengaitkan beliau dengan pelbagai andaian tidak masuk akal. "Pesawat itu sememangnya terhempas ke dalam laut tetapi apa yang menyedihkan adalah cubaan menghubungkan peristiwa itu dengan cerita rekaan mengenai kecenderungan membunuh diri, fanatik dan lainnya. "Ini jelas menunjukkan kerajaan mahu mewujudkan satu kambing hitam dan percubaan jahat untuk menutup kelemahan sendiri. Beliau juga bimbang dengan keluasan Lautan Hindi yang tentunya memakan masa lama untuk mencari pesawat MH370, ia sekaligus memberi ruang luas untuk lebih menaratifkan cerita rekaan mengenai Kapten Zaharie jika tidak segera ditangani. "Sekarang, naratif rekaan ini berfungsi untuk meningkatkan syak wasangka bahawa MAS dan kerajaan cuba menyalahkan Kapten Zaharie serta juruterbang bersamanya. "Tindakan meletakkan kesalahan ketika beliau tidak mampu mempertahankan diri adalah amat tidak berhati perut. Kerajaan dan Najib wajib menyatakan permohonan maaf segera," tegasnya. -roketkini
|
You are subscribed to email updates from KELAB GREENBOC To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan