Khamis, 27 Mac 2014

Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Imej Satelit Malaysia mananya?.. Ada atau tak ada ni?

Posted: 27 Mar 2014 08:41 AM PDT


Dalam mengikuti perkembangan operasi mencari MH370 sejak beberapa hari kebelakangan ini aku tertanya-tanya bila membaca laporan-laporan ini..

20 Mac..Pasukan Austalia menjalankan operasi memeriksa kawasan di kawasan selatan Lautan Hindi selepas satelitnya mengesan dua objek yang disyaki sebagai bahagian kapal terbang di lokasi tersebut.

Pihak berkuasa maritim Austalia menyebut, menyatakan ada di antara objek berkenaan dikesan sepanjang 24 meter.

Ia dikesan pada kedudukan 2,500 kilometer dari barat daya Perth di pantai barat negara itu, kata pengurus besar badan tersebut John Young dalam sidang media yang diikuti melalui Internet.


22 Mac... Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin mendedahkan satelit China telah menjumpai objek yang berkemungkinan serpihan daripada pesawat MH370 yang hilang di Lautan Hindi.

Menerima maklumat itu semasa taklimat hariannya petang hari tersebut, Hishammuddin yang juga menteri pertahanan berkata objek itu berukuran 22.5 meter panjang dan 13 meter lebar.

Beliau menambah bahawa maklumat itu disampaikan kepadanya oleh kedutaan China di Kuala Lumpur dan kerajaan China akan membuat pengumuman mengenai perkara itu lewat hari ini.

23 Mac pula.. Malaysia menerima gambar satelit baru daripada pihak berkuasa Perancis menunjukkan objek berpotensi di koridor Selatan, dalam usaha pencarian pesawat MH370.

Menurut kenyataan Kementerian Pengangkutan, Malaysia segera menyampaikan imej itu kepada pusat penyelarasan usaha menyelamat Australia.

Perkembangan terbaru ini sekali gus menguatkan teori bahawa MH370 mungkin berada di kawasan itu.

Kementerian Pengangkutan bagaimanapun tidak memberikan sebarang maklumat terperinci berhubung imej itu atau mengedarkannya kepada media buat masa ini.

26 Mac.. Gambar satelit Airbus Defence and Space bertarikh 23 Mac lalu yang diteliti Agensi Remote Sensing Malaysia (MRSA) menemui 122 objek berpotensi serpihan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 di selatan Lautan Hindi.

Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, objek-objek yang bertebaran di kawasan seluas 400 kilometer persegi itu terletak 2,557 kilometer dari Perth, Australia.

Jelas beliau, objek-objek yang dikesan itu bersinar, berbentuk keras dan objek paling panjang berukuran 23 meter. Katanya, imej satelit dari syarikat berpangkalan di Perancis itu diterima MRSA semalam.

27 Mac.. Satelit Pemerhatian Bumi Thailand (Thaichote) mengesan 300 objek di Lautan Hindi, kira-kira 200 kilometer daripada Barat Daya tempat carian pesawat hilang MH370.

Thailand menjadi negara kelima mendedahkan imej satelit objek terapung di kawasan sama selepas Australia, Perancis, United Kingdom dan China.

Akhbar Thailand The Nation melaporkan, imej itu diserahkan kepada perdana menteri sementaranya sebelum dimajukan kepada pihak Malaysia.

Menurut AFP, objek yang terapung itu dikenalpasti oleh Agensi Pembangunan Teknologi Angkasa dan Geo- Informatics Thailand.

Menurutnya, objek tersebut yang berukuran dua hingga 15 meter, bertaburan di kawasan kira-kira 2,700km barat daya Perth.

... Apa yang aku tertanya-tanya ialah kenapa tidak didedahkan langsung imej dari satelit Malaysia? Ada atau tak ada ni?

Satelit itu mungkin ada tapi sama seperti Sukhoi di Gong Kedak, Kelantan dan F16 di Butterworth.. ada tapi serupa tak ada sebab pesawat yang tak dikenali melintas negarapun buat tak tahu saja..

Dua Pesawat Pejuang pintas Boeing 777 yang tak dikenali..

Posted: 27 Mar 2014 01:46 AM PDT


Insiden ini telah dilaporkan oleh CNN semalam, dalam laporanya CNN melaporkan pihak berkuasa Belanda telah menggerakkan dua buah pesawat pejuang bagi memintas sebuah pesawat Boeing 777 yang menceroboh ruang udaranya.

Pesawat Boeing 777 milik LAN Cargo terbang  untuk ke Amsterdam dari Miami telah diiring keluar dari ruang udara Belanda kerana telah melanggar perintah sekatan udara  yang dikuat kuasakan sekitar kawasan  Sidang Kemuncak Keselamatan Nuklear 2014 (NSS 2014) yang berlangsung di The Hague

Edmund Messchaert, jurucakap Kementerian Keselamatan dan Keadilan Belanda, memberitahu CNN, pesawat pejuang F16 Belanda itu hanya mengikut protokol atau SOP dengan mengiringi pesawat Boeing itu ke Jerman tanpa sebarang kejadian tak diingini.

Fighter jets intercept plane that breached summit flight restriction 
The Royal Dutch Air Force scrambled fighter jets on Monday to intercept a cargo plane that entered Dutch airspace without proper clearance as world leaders gathered in the Netherlands for a nuclear security summit.  
The LAN Cargo Boeing 777 bound for Amsterdam from Miami "was diverted away" from Dutch airspace due to restrictions around the summit in The Hague, Edmund Messchaert, spokesman for the Dutch Ministry of Security and Justice, told CNN.  
Messchaert said Dutch F16 fighters followed protocol and escorted the plane to Germany without incident. He said LAN Cargo apparently forgot to apply for permission to land or didn't know airspace restrictions were in place for the summit.  
A statement from the hauler, based in Chile, confirmed Flight UC 1503 wasn't able to land in Amsterdam and was diverted to Frankfurt "because of an error in the special classification of the flight."  
The plane was later permitted to continue to Amsterdam, the airline said ~ CNN


Itu kat negara orang.. tak adanya diaorang main sangka-sangka saja.. dikesan ceroboh terus dipintas dan diiring keluar.. ikut SOP yang ada..

Biarpun dalam hal ini Juruterbang itu mungkin akan berkata " Tak sangka lah pulak aku, tak boleh terbang kat situ..."

Tentera Udara mereka peduli apa??... Tapi kat negara kita ni?.. malas dah aku nak komen.. korang bacalah apa penjelasan TUDM di ( SINI )

Cuba bayangkan berapa banyak tenaga dihabiskan, berapa banyak pula wang yang telah dibelanjakan untuk menjalankan operasi mencari dan menyelamat yang kini dah ditukar menjadi operasi mencari sahaja hanya jika pesawat yang tak dikenali kemudiannya dikenali sebagai MH370 itu dipintas ketika melintas Semenanjug?

Mungkin juga pesawat F16 tersebut memintas Boeing 777 itu kerana dua pemimpin UMNO iaitu Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Zambry Abdul Kadir berada dalam sidang tersebut kalau tak ada pemimpin UMNO tu tak akan dipintasnya..

Mungkinlah...kah..kah..kah...

Ni print screen laporan tu.. mana tahu esok atau lusa dah hilang laporan ni..




Bukan saja warga China, Penganalisa Penerbangan dan Anak Kapten Zaharie pun tak percaya kenyataan Najib

Posted: 26 Mar 2014 11:27 PM PDT


Meskipun kesimpulan mengenai penerbangan MH370 telah dibuat dan ianya telah diumumkan oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak, namun banyak pihak yang enggan mempercayainya.

Perdana Menteri Malaysia sebelum ini telah mengumumkan penerbangan MH370 telah berakhir di selatan Lautan Hindi.

Tanpa mendedahkan sebarang bukti fizikal yang kukuh untuk dikaitkan dengan pesawat tersebut Najib hanya mengumumkan ianya adalah berdasarkan analisa pakar analisis data satelit Inmarsat.

Berakhir boleh membawa berbagai maksud ianya mungkin mendarat dan berhenti di Lautan Hindi dan ianya juga mungkin terhempas di Lautan Hindi.

Berakhir dalam isu ini jelas membawa maksud terhempas dan semua yang berada di dalam pesawat terkorban bilamana Najib menyatakan Solat Jenazah Ghaib akan diadakan dan masanya akan ditentukan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan.. lihat di SINI

Rentetan dari pengumuman Najib itu, waris keluarga penumpang MH370 dari negara China telah berang dan mengadakan satu demo di hadapan Kedutaan Malaysia di China.

Mereka mempersoalkan pengumuman Najib itu kerana pada masa yang sama objek-objek yang dikesan melalui satelit masih belum dapat dijejak dan dipastikan adakah ianya punya kaitan dengan MH370.

Pengumuman Najib itu juga telah dianggap sebagai satu spekulasi oleh Menteri Pertahanan Australia, negara yang mengetuai operasi mencari di Korridor Selatan.

Menurut beliau segalanya adalah dianggap spekulasi sehingga objek yang dikesan disahkan milik MH370.

Katanya kepada pemberita "Until debris is recovered and positively identified as being from Malaysia Airlines flight MH370, any information about the search for the missing plane is speculation.

Semalam pula seorang Penganalisa Penerbangan yang ditemubual oleh pihak CNN menegaskan beliau langsung tidak mempercayai apa yang didakwa oleh Najib itu.. Videonya sila lihat di ( SINI )

Nampaknya seperti majoriti yang mempertikaikan dakwaan Najib itu.. Anak Kapten Zaharie juga enggan mempercayai kenyataan Najib itu dan menganggapnya sebagai spekulasi sehingga ianya dibuktikan...


Tragedi MH370: Anak abai spekulasi negatif 
Subang Jaya: Saya lebih kenal ayah saya, kata anak bongsu Kapten Zaharie Ahmad Shah, Ahmad Seth Zaharie. 
Justeru, Ahmad Seth tidak mengendahkan sebarang spekulasi negatif yang mengaitkan bapanya dengan kehilangan pesawat MH370, sejak 8 Mac lalu.

Pemuda berusia 26 tahun itu kelihatan terkejut dengan kehadiran pemberita di rumahnya di sini, semalam dan hanya bercakap tidak sampai lima minit di depan pintu rumahnya. 
Ketika pemberita tiba di rumah beliau, beberapa rakannya baru saja tiba dan Ahmad Seth keluar selepas mereka memanggilnya dan memaklumkan ada orang mahu berjumpa. 
Ahmad Seth berkata, dia membaca semua laporan, termasuk spekulasi dan teori yang tersebar luas di laman sosial, termasuk tuduhan bapanya merampas pesawat. 
Namun, apa yang saya baca langsung tidak meninggalkan kesan di hati dan saya tidak mempedulikan spekulasi itu kerana sebagai anak, saya lebih mengenali beliau berbanding orang lain. 
Walaupun saya tidak begitu rapat dengannya kerana ayah terlalu sibuk bertugas, kami memahami antara satu sama lain, katanya. 
Tinggalkan kediaman 
Pencarian keluarga Zaharie sejak kehilangan MH370 hampir menemui jalan buntu selepas isterinya, Faizah Khanum Mustafa Khan dan anaknya dikatakan keluar dari kediaman mereka di Seksyen 13, di sini sejurus pesawat dilaporkan hilang. 
Ahmad Seth, pelajar kursus bahasa Jepun sebuah universiti swasta berhampiran berkata, ketika mendengar pengumuman mengenai nasib pesawat malang itu oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada Isnin lalu, dia tenang dan tidak terkejut. 
Saya hanya akan percaya mengenai pengumuman pesawat (terhempas) selepas pasukan penyelamat menjumpai bukti seperti serpihan pesawat atau mayat. Selagi tiada pengesahan dan saya tidak melihatnya dengan mata saya sendiri, saya percaya ayah masih hidup, katanya. 
Katanya, sejak kejadian rakan sering berkunjung ke rumah bagi memberi sokongan moral dan kata semangat. 
Menetap rumah saudara 
Kata Ahmad Seth, ibunya kini tinggal bersama-sama ibu saudaranya. Aktiviti harian saya seperti biasa dan kelas tidak terganggu disebabkan perkara ini. 
Saya lebih senang menghabiskan masa bersama rakan, tambahan pula kelas di universiti baru bermula.  
Maaflah, ada kawan di dalam tu, saya perlu melayan mereka, katanya sebelum mengakhiri pertemuan lapor Berita Harian


Itulah.. bohonglah lagi.. sekarang majoriti sukar untuk mempercayai.. apatah lagi bila kenyataan diumumkan oleh seorang yang terbukti sering mungkir janji tanpa sebarang bukti pula..

Korang ercaya ke apa yang Najib dah umumkan hari tu??

Sentimen Anti Malaysia memuncak di China, Artis diusir , Barangan akan diboikot.. salah siapa?

Posted: 26 Mar 2014 06:45 PM PDT


Sentimen anti-Malaysia semakin membara di China apabila selebriti China secara terbuka menyeru rakyat China memboikot khidmat Malaysia Airlines dan barangan buatan Malaysia.

Kebencian rakyat China terutama dari ahli keluarga penumpang nahas tersebut semakin memuncak selepas pesawat MH370 disahkan berakhir di Selatan Laut Hindi oleh PM Najib Tun Razak pada malam Isnin lalu.

Chen Kun, salah seorang pelakon yang paling popular di China dengan mempunyai 72 juta pengikut, mengecam kerajaan Malaysia dan Malaysia Airlines kerana menjadi "badut yang berbohong dan berdusta." Seruannya untuk pemboikotan disalin-hantar lebih daripada 65,000 kali di Weibo, sebuah platform microblogging ala-Twitter di China.

"Saya tidak pernah ke Malaysia, dan saya tidak akan merancang untuk pergi ke sana lagi," Meng Fei, kata seorang pengacara di dalam satu rancangan TV yang paling popular di China, yang telah menulis di Weibo, menyeru orang lain untuk memberi komen jika mereka merasakan hal yang sama. Lebih 120,000 pengguna menyahut seruannya.

Sementara itu beberapa pengguna media sosial yang lain, sekalipun dengan pengikut yang tak seramai selebriti terkenal tadi, telah membuat seruan yang serupa supaya menghukum Malaysia berhubung perkara itu.

Susulan seruan pemboikotan itu, mana-mana rakyat Malaysia yang berada di negara China telah dipandang serong dan dimaki hamun dnegan dasyat, lapor Mymediahub.

Apapun, rakyat China tidak boleh disalahkan juga kerana emosi kesedihan bercampur baur dengan kemarahan menguasai diri mereka.

Dato Lee Chong Wei, Tan Sri Michelle Yeoh, Sheila Amzah dan beberapa lagi selebriti Malaysia yang lain telah dihina dan diminta keluar dari negara China.

Shila Amzah yang kini sedang bertanding dalam program I Am A Singer tidak terlepas untuk menerima kecaman hebat dari mereka.

Buktinya, di Weibo.com juga, telah dipenuhi dengan komen-komen negatif dari peminat yang bukan sahaja menghina dan memaki Shila Amzah malah ada yang cuba menghalau Shila Amzah dari bertanding di dalam program tersebut.

Di sebalik komen-komen negatif yang diterima Shila, ada juga peminat china yang menyokongnya dan meminta peminat lain berfikir secara rasional dan tidak mengaitkan nama penyanyi itu dengan tragedi pesawat MH370.

Sementara itu di Kuala Lumpur, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi media cetak bahasa Cina yang didakwa cuba bermain sentimen hingga membangkitkan kemarahan kepada saudara-mara mangsa bangsa tersebut berhubung isu tragedi pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370.

Beliau berkata akhbar berbahasa Cina di negara ini dilihat terlalu memanipulasikan insiden MH370 sehingga menyebabkan ahli keluarga mangsa terutama di Beijing menjadi berang dengan kerajaan Malaysia.

Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad pula menggesa kerajaan meminta maaf kepada keluarga penumpang warga China yang menaiki pesawat MH370 yang dilaporkan semakin marah dengan tindakan pasukan penyiasat diketuai Malaysia dan Malaysia Airlines.

Menurut Khalid, kerajaan dan pemangky Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein sepatutnya mencontohi kerajaan China yang telahpun meminta maaf atas kegagalan mencari pesawat tersebut.

Seramai dua pertiga daripada 239 orang dalam pesawat dalam perjalanan Kuala Lumpur – Beijing itu merupakan penumpang warga Cina, katanya.

"China juga dah akui kegagalan mereka dan meminta maaf. Malaysia juga harus meminta maaf," kata Khalid pada sidang media di lobi Parlimen pagi ini.

Kumpulan anggota keluarga penumpang itu kelmarin telah berarak dan berhimpun di hadapan kedutaan Malaysia untuk menyatakan bantahan ke atas tindakan Malaysia dan Malaysia Airlines ~ GreenBoc

Poseidon, Satelit.. dan 'Raja Bomoh' mencari di Lautan Hindi?

Posted: 26 Mar 2014 09:36 AM PDT


Walaupun dikecam dan dihina oleh sebilangan besar masyarakat Raja Bomoh Sedunia, Datuk Mahaguru Ibrahim Mat Zin tetap meneruskan 'ritual' dengan caranya yang tersendiri bagi membantu usaha mencari pesawat MH370 yang hilang secara misteri.

Terbaru Ibrahim bersama para pengikutnya melakukan satu upacara 'khas' bagi menyeru mayat para penumpang yang dipercayai hilang di Lautan Hindi agar timbul bagi memudahkan usaha mencari yang dijalankan oleh pihak kerajaan dengan dibantu oleh beberapa buah negara asing.

Ritual 'Seru Mayat Untuk Timbul' itu dilakukan ekoran dari pengumuman yang dibuat oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak Isnin lalu yang mengesahkan bahawa pesawat MH370 yang tidak dapat dikesan sejak 8 Mac lalu hilang di Lautan Hindi.

Dalam sidang media tergempar yang diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini Perdana Menteri berkata, maklumat tersebut diperoleh dari data terbaru yang dianalisis oleh Inmarsat, syarikat United Kingdom yang menyediakan data satelit dan Air Accidents Investigation Branch (AAIB).

Ibrahim ketika ditemui berkata, menurut firasatnya pesawat tersebut telah terjatuh di Lautan Hindi.

"Menurut firasat saya, pesawat tersebut telah terjatuh di dalam Lautan Hindi.

"Lautan Hindi adalah antara yang paling dalam di dunia dan sudah pasti akan menyukarkan usaha mencari mayat para penumpang yang terlibat.

"Upacara yang dilakukan ini adalah bertujuan untuk menyeru dan berdoa kepada Allah agar mayat mereka timbul ke permukaan. Insyallah dengan izin tuhan ia akan timbul," katanya.

Sebagai simbolik, Ibrahim menggunakan teropong, kerantung kayu dan buluh runcing.

"Upacara pada kali ini, Datuk menggunakan teropong untuk menjejaki kawasan terhempas, kerantung kayu bagi menyeru mayat para penumpang dan buluh runcing bagi menarik mangsa.

"Seterusnya kita melaungkan azan dan berdoa agar usaha yang dilakukan ini diperkenankan oleh Allah," ujarnya lagi ~ SuaraTV

Tiada ulasan: