edyesdotcom |
Menteri Minta Pengundi Cina Sokong Calon Cina - Perkauman Sempit Bn Berterusan Posted: 18 Mar 2014 01:04 AM PDT KENYATAAN MEDIA 18 MAC 2014 Menteri Minta Pengundi Cina Sokong Calon Cina - Perkauman Sempit Bn Berterusan 1. Pilihanraya kecil Kajang sekali lagi menyerlahkan sifat perkauman Bn yang memecah-belahkan rakyat. Dasar pecah perintah yang diamalkan oleh penjajah terus menjadi legasi pemerintahan hingga ke hari ini. 2. Strategi mereka melebelkan PKR dan PR sebagai liberal dan melebihkan orang bukan melayu khususnya cina di kalangan kelompok melayu namun di kelompok masyarakat bukan melayu melebelkan PR sebagai ekstrimis Islam dan menindas bukan melayu telah menjadi perkara rutin. 4. Ucapan penuh berbau perkauman ini juga berlaku ketika Bn menyalah-guna bantuan kerajaan bagi tujuan kempen pilihanraya. Bantuan berupa beras, kerusi roda, barangan keperluan asas serta baucar beli-belah telah diagihkan. Program yang dinamakan "Sayangi Komuniti" itu dianjurkan Rukun Tetangga, zon Kajang yang terletak di bawah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional. 5. SAMM turut persoalkan bagaimana seorang menteri JPM boleh menggunakan perbelanjaan dana rakyat di bawah peruntukkan Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional? 8. Perlu ditegaskan perletakan jawatan pada tahun 2008 ialah kerana memberi ruang pada Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dunia maklum telah dihukum secara salah. Pada ketika itu juga Kak Wan menyebut dengan jelas ingin menumpukan kepada urusan keluarga dan menyambut tuntutan betapa Anwar Ibrahim harus segera ke Parlimen. 9. Namun pada ketika itu mungkin Kak Wan mungkin seperti yang lain, tidak menyangka regim sanggup menggunakan skrip konspirasi yang hampir sama untuk menghina Anwar dan keluarga. Maka Kak Wan sekali lagi muncul menggantikan Anwar Ibrahim menghadapi konsirasi kotor regim pemerintah.che'GuBard Pengasas Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) |
You are subscribed to email updates from edyesdotcom To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan