Anak Sungai Derhaka |
- Pendedahan tentang MH370 oleh bekas Ketua Juruterbang MAS yang kita perlu tahu.. (Video Inside)
- Bukti Najib lebih hargai orang luar dari Ahli UMNO sendiri tersebar!!
- Kononnya Kerajaan telah sehabis telus sampaikan maklumat tentang MH370.. Tapi...
- Mengapa Hishamuddin tidak menjawab soalan wartawan ini?
- Mengapa TUDM tidak kerah pesawatnya pintas MH370?
Pendedahan tentang MH370 oleh bekas Ketua Juruterbang MAS yang kita perlu tahu.. (Video Inside) Posted: 18 Mar 2014 07:37 AM PDT Inilah dia figura yang cukup penting mendidik rakyat Malaysia serba sedikit disebalik tragedi dan insiden MH370 melalui temuramah di Berita Astro Awani Berita Buletin Tv3, NTV7. Datuk Kapten Nik Ahmad Huzlan Nik Hussain, bekas ketua juruterbang Serantau MAS (Malaysia Airlines). Antara Intipati Pendedahan Datuk Kapten Nik Huzlan Mengenai Tragedi MH370? Mustahil sebenarnya untuk sebuah kapal terbang seperti MH370 terputus isyarat atau komunikasi kerana setiap pesawat ada 3 peringkat komunikasi dan ketiga-tiga ini memang berkualiti. Selaian daripada itu, agak mustahil juga untuk kita semua mengatakan pesawat MH370 mengalami total 'electrical shutdown' dan sekiranya berlaku sekalipun, pesawat ada masa yang sangat cukup untuk buat pendaratan kecemasan. Bukan sahaja itu, setiap pesawat mempunyai banyak bateri dan bateri ini mampu menjana tenaga untuk pesawat. MAS adalah syarikat penerbangan terbaik dari segi 'maintainance' kerana menurut kapten, Amerika Syarikat juga meminta MAS bantu dari segi ini. Kualiti juruterbang MAS juga adalah yang terbaik, bahkan menurut Kapten, juruterbang MAS sering "diculik" oleh syarikat penerbangan lain. Seorang juruterbang itu akan buat SEHABIS BAIK selagi ada harapan,untuk selamatkan pesawatnya,walaupun gunung ada di depan.Bukan semudah itu untuk mereka putus asa. Setiap pesawat boleh terkena petir,itu biasa. Namun aliran arus elektrik itu akan mengalir mengikut bentuk pesawat dan keluar ke belakang. Kapten Nik Ahmad Huzlan Nik Hussain sempat menemplak laporan berita luar negara yang membuat berita yang cukup "nonsense & dongeng" apabila mengatakan pesawat MH370 Malaysia Airlines telah pergi ke Rusia sedangkan untuk ke sana MH370 perlu melepasi Banjaran Himalaya termasuk pancaran radar dari Turki, Uzbekistan, Turkmenistan Radar-radar di negara Thailand, India, Myanmar (mungkin) dan negara-negara 'tan' di belakang, amat serius dan akan mengambil tindakan jika berlaku sebarang aircraft yang tidak dikenali di dalam airspace mereka. Negara seperti ini, sangat berbahaya jikalau dapat mengesan pesawat yang menceroboh kedaulatan negara mereka. Kecanggihan peralatan ketenteraan mengawasi ruang udara negara mereka tidak boleh dipermainkan. Begitu juga radar negara India "sangat-sangat berbahaya". Jangan tidak tahu, negara seperti di Singapura radar sangat hebat mereka mampu mengesan sehingga ke Kota Kinabalu. Hanya pilot sahaja yang boleh mematikan transponder atau mmsg dalam mode tertentu. Dan hanya orang yang berpengalaman mengenai koordinat dan tahu susuralur setiap jalan di udara. Cara plane MH370 buat turning back seperti profesional kerana masa tepat dan kelajuan plane stabil, tidak laju, tidak perlahan dan tidak terhuyung-hayang MH370 Dirampas Pengganas? Datuk Kapten Nik Huzlan Nik Ahmad Hussain mengatakan andaikata MH370 hijacked (MH370 dirampas) tidak mungkin dilakukan seorang. Pasti ada yang membantu yang mana bergerak dalam kumpulan. Siapakah dia? MH370 hijacked (MH370 dirampas) boleh berlaku dengan syarat kumpulan tersebut arif dengan kokpit, besar kemungkinan "authorised person" di mana dilakukan dalam bentuk terancang yang 'mungkin' digerakkan ala-ala komando Datuk Kapten Nik Huzlan Nik Ahmad Hussain mengatakan kapal terbang MH370 berpatah balik, mungkin diterbangkan oleh org yang mahir dengan laluan dan sangat berkemahiran tinggi untuk mengelakkan dari dikesan radar Andaikata MH370 hijacked (MH370 dirampas) sekalipun tidak akan dilakukan oleh penumpang. Sangat tipis kerana pintu masuk kokpit ada kod rahsia. Hanya kabin krew yang tahu kod rahsia itu. Apatah lagi, di dalam kokpit mempunyai CCTV untuk pilot/co pilot melihat disebalik pintu tersebut. Tetapi Kapten Nik Huzlan Nik Ahmad Hussain ada mengatakan sekiranya salah seorang penumpang adalah org yang sangat arif tentang kapal terbang, dan memang ada agenda konpirasi tersendiri, jadi tidak mustahil berlaku insiden MH370 hijacked (MH370 dirampas) Sekiranya berlaku rampasan MH370 sekalipun, mereka masih ada masa untuk bersedia menghantar isyarat kecemasan. Datuk Kapten Nik Ahmad Huzlan Nik Hussain tidak menolak kemungkinan sekiranya MH370 dirampas oleh kabin krew (pilot/co-pilot/pramugara/pramugari), cuma tidak dipastikan apa motif mereka Datuk Kapten Nik Ahmad Huzlan Nik Hussain mendedahkan jikalau MH370 pergi arah Kazakhtan, memang boleh mendarat di sana,tetapi radar masih boleh kesan sebab untuk pergi kesana perlu melalui banyak negara Jikalau MH370 pergi Lautan Hindi (Indian Ocean), memang tiada kapal terbang yang pernah lalu sana. Datuk Kapten Nik Ahmad Huzlan Nik Hussain juga ada mengatakan bahawa terdapat banyak radar yang boleh mengesan MH370. Jika MH370 turn over ke arah barat menuju ke Andaman Sea (Laut Andaman) Jika MH370 turun ke bawah menuju ke Diego Garsia ke arah apa yang dipanggil 'lonely sea' iaitu Lautan Hindi, baru kata kapal terbang MH370 hilang. Kerana tiada radar yang berdekatan sana yang mampu menangkap dan mengesan pesawat MH370 ini. Akhir sekali, Datuk Kapten Nik Huzlan menyatakan bahawa, Kapten Zaharie adalah antara juruterbang terbaik yang Datuk Kapten Nik Ahmad Huzlan Nik Hussain pernah kenal selama kurang lebih 30 tahun. Insiden MH370, mengingatkan dunia tragedi pesawat jenis Airbus 330-203 milik Air France yang terhempas ke dalam laut di perairan dengan Rio de Janeiro pada 1 Jun 2009 tetapi bangkai pesawat itu hanya ditemui dua tahun kemudian.~ Sumber dari SINI Yang aku highlight dengan warna oren itu ialah tindakan yang akan diambil oleh negara luar terhadap pesawat yang tak dikenali... Kalau nak tahu apa pula tindakan pihak TUDM silalah baca di ( SINI ) |
Bukti Najib lebih hargai orang luar dari Ahli UMNO sendiri tersebar!! Posted: 18 Mar 2014 05:30 AM PDT Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Menteri Kewangan, melantik Mohamad Ezam Mohd Nor sebagai Pengarah Komunikasi di Kementerian Kewangan berkuat kuasa 15 Mac 2014. Mohamad Ezam dilantik sebagai Pengarah setelah melepaskan jawatannya sebagai Ahli Dewan Negara yang disandangnya sejak 2010, pada 5 Mac lalu, kata Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan akhbar hari ini. "Tugas utama beliau ialah membantu Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan dalam menangani isu-isu berkaitan langkah-langkah transformasi ekonomi yang dilaksanakan oleh Kerajaan dengan lebih rancak, bermula tahun ini dan beberapa tahun akan datang," katanya. Mohamad Ezam, 47, berkelulusan Sarjana Muda Ekonomi dari Universiti Islam Antarabangsa. Beliau juga pernah berkhidmat di Kementerian Kewangan sebagai Setiausaha Politik Menteri Kewangan pada tahun 1996 hingga 1998. Mohamad Ezam juga sebelum ini pernah mengasaskan organisasi badan bukan kerajaan (NGO) anti rasuah iaitu Gerakan Demokrasi dan Anti-Korupsi (Gerak) dan dilantik oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong tahun lalu sebagai Ahli Jawatankuasa Khas Parlimen mengenai rasuah. - Bernama Alhamdulillah.. rezeki dia dapat RM15,900 sebulan tak termasuk elaun tu... Tapi macai yang membaca dan sibuk komen dalam Blog ni dapat berapa?.. Tentu lebih banyakkan??? Lantikan Najib itu membuktikan apa yang telah dikatakan oleh Nazri Aziz dan sering diperkatakan oleh Tun Mahathir itu benar... silalah baca di ( SINI ) dan juga di ( SINI ) |
Kononnya Kerajaan telah sehabis telus sampaikan maklumat tentang MH370.. Tapi... Posted: 18 Mar 2014 02:14 AM PDT Kononnya... kerajaan akan bersikap telus dan telah memberitahu segala maklumat yang telah disahkan berhubung kehilangan pesawat MH370 sejak 8 Mac lalu. Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menegaskan, kerajaan telah sehabis telus sehingga sanggup mengetepikan kepentingan negara apabila berkongsi data pasukan tentera dalam usaha mengesan pesawat yang membawa 239 penumpang dan anak kapal itu. "Itu adalah arahan daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dari awal lagi, bahawa kita akan menjadi setelus yang boleh namun dengan syarat maklumat yang telah disahkan dan tidak menjejaskan siasatan. "Macam mana kita boleh sembunyikan maklumat apabila melibatkan nyawa orang yang kita belum temui," katanya dalam satu sesi temuramah eksklusif dengan wartawan CCTV English Channel, James Chau. Hishammuddin berkata, bagi berlaku adil kepada siasatan dan keluarga mangsa, hanya maklumat yang telah disahkan akan dikeluarkan oleh kerajaan supaya maklumat itu mempunyai kredibiliti dan diyakini. Hakikatnya... ianya bukanlah telus sehabis telus sebagaimana yang sepupu Najib itu maklumkan kepada semua.. Baca laporan ni... Ahli Parlimen PR terus pertikai sesi penjelasan 'sulit' MH370 Beberapa pemimpin Pakatan Rakyat (PR) terus mempertikai tindakan kerajaan pusat yang mendiskriminasi mereka berhubung penjelasan kehilangan pesawat MH370. Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata beliau tidak tahu mengapa sesi taklimat itu sengaja disembunyikan dan perlu dipolitikkan seperti tidak membabitkan kepentingan negara. Katanya, kerajaan pusat harus lebih profesional dalam menangani perkara berkenaan dan berlaku adil kepada semua Ahli Parlimen. anwar ibrahim parliament 1"Saya tak faham mengapa taklimat itu tidak diberikan kepada semua kepada Ahli Parlimen. "Soalnya, mengapa taklimat ini mahu dipolitikkan dan mengapa tidak bersedia berdepan dengan semua Ahli Parlimen? Apa yang mahu disembunyikan?" katanya dalam sidang media di lobi Parlimen, di sini, hari ini. Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad pula berpandangan taklimat itu sengaja diadakan secara tertutup bagi meraih sokongan pemimpin Barisan Nasional (BN) supaya tidak menyerang atau bertanyakan soalan jika dibentangkan di Dewan Rakyat. Katanya, hal itu didorong oleh kelemahan kerajaan pusat yang semakin ketara dalam menangani isu berkenaan ditambah dengan pelbagai kenyataan bercanggah menteri bertanggungjawab. khalid samad parlimen tie 01"Ia adalah taklimat untuk mendapatkan sokongan padu daripada Ahli Parlimen BN supaya jangan serang atau bertanyakan soalan kepada menteri nanti. Kerajaan tidak mahu berhadapan masalah dengan Ahli Parlimen PR," katanya. Sementara itu, Ahli Parlimen Tumpat, Datuk Kamarudin Jaffar, mendesak supaya pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishamuddin Hussein untuk hadir ke sidang Dewan Rakyat bagi memberi penjelasan berhubun perkara itu. "Ia mesti diketahui semua wakil rakyat kerana perkara ini menimbulkan banyak kemarahan dari negara luar terutama China," katanya. Hishamuddin dalam jemputan bertarikh 14 Mac lalu menyatakan penjelasan itu dijadualkan di Aloft KL Sentral, pada jam 8.30 malam ini ~ Selangorku Persoalannya.. jika Kerajaan Barisan Nasional mengenepikan Ahli-ahli Parlimen dari Pakatan Rakyat yang telah dipilih oleh majoriti rakyat Malaysia dan telah mengangkat sumpah kerahsiaan negara dalam sesi penerangan ini.. Adakah kita rakyat boleh mempercayai ketelusan yang sehabis telus sepertimana yang dikatan oleh sepupu Najib itu? Apa yang hendak dirahsiakan dari kita sebenarnya??? |
Mengapa Hishamuddin tidak menjawab soalan wartawan ini? Posted: 17 Mar 2014 11:00 PM PDT Perkembangan dalam misi mencari pesawat Malaysia Airlines MH370 kini semakin mengelirukan selepas pihak berkuasa berpatah balik dalam kenyataan mereka berhubung bila sistem komunikasi penting di pesawat itu dipadamkan. Ketua Pegawai Eksekutif kumpulan penerbangan itu, Ahmad Jauhari Yahya pada sidang media semalam berkata, tidak jelas bila sebenarnya satu daripada sistem pengesan automatik pesawat itu ditutup dan kata-kata terakhir dari kokpit, dipercayai oleh pembantu juruterbang, yang mungkin dilakukan sebelum sistem komunikasi dipadam. Ini bercanggah dengan kenyataan awal pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein yang mengatakan sistem komunikasi ditutup pada 1.07 pagi 8 Mac – sebelum rakam keluar secara lisan dihantar kepada menara kawalan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, kata laporan di The Sydney Morning Herald. Ahmad Jauhari berkata semalam, sistem komunikasi iaitu Sistem Laporan dan Komunikasi pesawat (ACARS), berfungsi seperti biasa pada 1.07 pagi tetapi kemudiannya gagal menghantar laporan kemas kini seterusnya yang dijadualkan pada 1.37 pagi. "Kita tidak tahu bila sistem ACARS dipadamkan," katanya. Sistem komunikasi kedua, satu transponder yang berkomunikasi dengan radar kemudiannya berhenti berfungsi pada 1.21 pagi. Susulan daripada kenyataan Jauhari, Hishammuddin enggan menjawab soalan media mengenai mengapa beliau pada sehari sebelumnya menyatakan ACARS ditutup pada 1.07 pagi. "Apa yang saya cakap semalam berdasarkan fakta, disokong dan disahkan," katanya dan menambah ketidakpastian mengenai kronologi seterusnya diterjemahkan untuk menemui lokasi pesawat dan rakaman datanya. Isu masa itu, bagaimanapun, bukan satu-satunya yang mengelirukan mengenai siasatan itu, setakat ini. Sementara Putrajaya menafikan laporan Malaysia menolak bantuan daripada agensi undang-undang antarabangsa dan bekerjasama dengan FBI dan Interpol sejak hari pertama misi mencari pesawat itu, Reuters melaporkan ada pegawai AS melahirkan kekecewaan terhadap cara Malaysia mengendalikan siasatan itu. Laporan itu memetik dua pegawai keselamatan AS sebagai berkata, kerajaan Malaysia masih belum menjemput FBI menghantar pasukannya ke Kuala Lumpur. Reuters berkata, FBI yang mempunyai pengalaman dalam menyiasat pesawat terhempas, dan satu lagi agensi penguatkuasa undang-undang AS sudah menunjukkan keinginan untuk menghantar pasukan ke Kuala Lumpur, tetapi tidak berbuat demikian selagi tidak dijemput secara rasmi. "Malaysia bekerjasama dengan penyiasat antarabangsa dan pihak berkuasa penerbangan sejak hari pertama," kata Hishammuddin pada sidang media semalam. Naib Presiden PKR, N Surendran, berkata percanggahan kenyataan oleh pihak berkuasa Malaysia, yang dipaparkan oleh media asing seperti NCC, amat memalukan. "Najib kata ACARS dipadamkan pada 1.07 pagi, CEO MAS Ahmad Jauhari pula kata ACARS tidak menghantar laporan untuk 30 minit seterusnya. "Adalah penting untuk memastikan sama ada wujud tindakan sengaja memadam ACARS, perlu diingat pembantu juruterbang kata 'Baiklah, selamat malam' pada 1.19 pagi dan tidak melaporkan sebarang kerosakan ACARS pada masa itu," katanya. Putrajaya juga dikritik media China berikutan maklumat yang bercanggah mengenai pesawat MH370 yang masih hilang. China Daily mempersoalkan mengapa hanya selepas seminggu pesawat itu hilang, baru Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengatakan kehilangan MH370 mungkin perbuatan 'sengaja' dan pesawat itu terbang beberapa jam lagi selepas meninggalkan laluan asalnya ke Beijing. Akhbar itu juga mempertikaikan sama ada Malaysia berkongsi semua maklumat yang dikumpul. "Percanggahan dan maklumat sedikit demi sedikit yang diberikan Malaysia Airlines dan kerajaannya menyukarkan usaha mencari dan keseluruhan insiden jadi lebih misteri. "Apa lagi yang mereka ketahui tetapi tidak dikongsi kepada dunia," katanya. ~ The Malaysian Insider |
Mengapa TUDM tidak kerah pesawatnya pintas MH370? Posted: 17 Mar 2014 06:46 PM PDT Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dikritik hebat terutamanya oleh media asing berikutan kehilangan pesawat Boeing 777-200 milik Malaysia Airlines (MAS) sembilan hari lepas ketika dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing. Media-media luar negara seperti The New York Times, BBC dan CNN mempersoalkan mengapa TUDM tidak berbuat apa-apa ketika radar pertahanan udaranya mengesan sebuah pesawat tidak dikenali membuat "Air Turn Back" dari laluan asal di Laut China Selatan menuju ke perairan Laut Andaman. "Di mana TUDM ketika semua ini berlaku," tanya Andrew Brookes, bekas juruterbang Tentera Udara Diraja British (RAF) dan penganalisis penerbangan kepada BBC hari ini. Sejurus sebelum membuat pusingan, pesawat itu telah menutup transponder yang memberikan maklumat tentang jenis, kelajuan dan kedudukan pesawat kepada menara kawalan, selain mematikan sistem dikenali Aircraft Communication Addressing And Reporting System (ACARS) yang menyampaikan maklumat terkini tentang pesawat menerusi satelit. Media-media luar mempersoalkan mengapa TUDM tidak mengerah jet-jet pejuangnya untuk memintas pesawat itu yang kemudiannya dikenali sebagai MH370, sebelum ia menghilangkan diri di Laut Andaman menuju ke lokasi yang tidak dapat ditentukan sehingga kini. Ada di antara media-media luar negara itu mendakwa kegagalan TUDM bertindak membuktikan terdapatnya kelonggaran dalam kawalan keselamatan ruang udara negara dan menyukarkan pencarian MH370. Sehingga kini, TUDM mahu pun Kementerian Pertahanan gagal tampil untuk memberikan jawapan terhadap dakwaan-dakwaan tersebut. Bagaimanapun isu mengenai dakwaan kegagalan TUDM itu banyak dibincangkan di dalam blog-blog pertahanan negara. Di antaranya adalah blog Malaysia Military Power yang mengatakan, pesawat MH370 itu tidak dipintas oleh jet-jet pejuang negara kerana ia dikategorikan sebagai bukan satu ancaman, sebagaimana yang dijelaskan oleh Panglima TUDM Jen Tan Sri Rodzali Daud di dalam sidang media beberapa hari lalu. "Kebanyakan ancaman bergerak di dalam kelajuan yang amat tinggi dan di altitud yang amat rendah, menuju (ke sasaran) di dalam kedudukan sudut tertentu. Tidak ada jet pejuang yang terbang dengan kelajuan di bawah Mach 1 kerana ia akan menyebabkan enjin 'flame out." "Kerana itu air defence radar hanya fokus kepada target yang abnormal dari segi altitud dan kelajuan mendadak seperti pesawat pejuang sehingga kepada peluru berpandu ballistik," menurut blog pertahanan itu. Kelajuan pesawat penumpang seperti MH370 yang rendah serta terbang di laluan penerbangan awam menjadikan pesawat MAS itu sama seperti pesawat komersial yang lain pada pandangan radar tentera. Menurut seorang penganalisis pertahanan tempatan pula, radar pertahanan udara negara lebih fokus untuk memantau ancaman yang datangnya dari luar negara seperti jet-jet pejuang berkelajuan tinggi dan yang terbang rendah. Penerbangan rendah mendakap bumi atau dikenali di dalam lingo ketenteraan sebagai "Nap Of Earth" (NOE) adalah untuk mengaburi pantulan radar pertahanan udara. "Jika pesawat itu terbang dari Kuala Lumpur, milik syarikat penerbangan dan mengikut ketinggian dan laluan yang biasa dilalui oleh penerbangan awam, ia biasanya dikendalikan oleh radar kawalan udara milik Jabatan Penerbangan Awam (DCA)," katanya. TUDM menempatkan skuadron pesawat FA-18D Hornet di pengkalan udara Butterworth serta radar pertahanan udaranya, manakala skuadron pesawat pejuang Sukhoi SU-30MKM pula ditempatkan di pengkalan udara Gong Kedak, Terengganu. Kedua-dua pesawat pejuang lebih daripada berkemampuan untuk memintas MH370. Kelantangan media-media luar negara serta tempatan melontar pelbagai tuduhan terhadap TUDM juga amat tidak adil kerana perkara sama juga berlaku di dalam peristiwa 9/11 apabila dua pesawat penumpang Amerika Syarikat dirampas sebelum merempuh bangunan World Trade Center. Di dalam kejadian terbabit, jet-jet pejuang negara kuasa besar yang memiliki sistem pertahanan udara yang jauh lebih canggih itu juga gagal memintas pesawat penumpang yang dirampas itu. Itu adalah apa yang telah dilaporkan oleh MalaysiaGazette di ( SINI ) Dan jawapan yang telah diberikan oleh Malaysia Military Power pada dasarnya sudah tidak relevan lagi setelah berlakunya tragedi 911.. Kegagalan pihak Amerika Syarikat mengesan dan memintas pesawat komersial itu sepatutnya kita jadikan sebagai tauladan bukannya sebagai alasan untuk mempertahankan pihak TUDM. Jadi tak hairanlah jika dunia mempersoalkan tahap keselamatan udara negara kita.. Pakar persoal pertahanan udara Malaysia Kalau di negara lain... dah tentu ada yang meletakkan jawatan kerana kegagalan ini... tapi di negara kita ni, jangan haraplah.. umpama mengharap babi terbang kalau mengharapkannya... Selagi ada pihak lain yang boleh dipersalahkan.. salahkan pihak lain.. Lagi satu persoalan yang aku tak dapat jawapan ialah... Apa yang dilakukan oleh pihak Jabatan Penerbangan Awam dari saat pesawat menghilang dari radar hingga ke pukul 7.45 pagi?? Tidur atau menunggu waktu pejabat yang rasmi untuk melakukan apa yang sepatutnya.. |
You are subscribed to email updates from Anak Sungai Derhaka To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan