Ahad, 9 Mac 2014

DUNIACACAMARBA

DUNIACACAMARBA


Masih tidak jumpa MH370, Serpihan Dekat Pulau Tho Chu Bukan daripada Pesawat

Posted: 09 Mar 2014 04:04 PM PDT



[Bernama] Bahan serpihan yang dikesan pasukan mencari Singapura kira-kira 100 kilometer di barat daya pulau Tho Chu, Vietnam, tiada kaitan dengan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 yang hilang, kata ketua pengarah Jabatan Penerbangan Awam (JPA) Datuk Azharuddin Abdul Rahman.

Beliau berkata walaupun tompokan minyak juga dijumpai, tetapi belum ada pengesahan mengenainya.

"Ada tompokan minyak dijumpai, tapi kami masih dalam proses mendapatkan pengesahan sama ada ia berasal daripada pesawat yang hilang itu. Kami belum menerima laporan mengenainya," kata beliau pada sidang akhbar di Sepang hari ini.


Awal hari ini, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) menemukan satu tompokan besar minyak kira-kira 100 batu nautika dari Tok Bali, Kelantan.

Azharuddin berkata ketika ini pasukan penyelamat, yang menggunakan 40 kapal dan 34 pesawat terbang dari sembilan negara, tidak menemukan sebarang petanda yang boleh dikaitkan dengan pesawat MH370, walaupun operasi mencari dan menyelamat memasuki hari kedua. – 9 Mac, 2014.

Apa yang Kita Tahu dan Tidak Tahu tentang MH370?

Posted: 09 Mar 2014 12:42 AM PST



[TMI] Penerbangan MH370 masih lagi hilang lebih 24 jam dengan 239 penumpang dalam pesawat, pihak berkuasa memperluaskan usaha mencari dan menyelamat ke seluruh Laut Cina Selatan dan termasuklah Selat Melaka.

Pesawat Malaysian Airlines (MAS) Boeing 777-200ER berlepas pada 12.40 pagi pada Sabtu dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) tetapi gagal tiba di Beijing pada 6.30 pagi hari sama.

Di bawah adalah apa yang kita tahu mengenai MH370:

* Penerbangan Malaysia Airlines terputus hubungan selepas berlepas dan lokasi terakhir yang diketahui adalah di luar Kota Baru.

* Tiada isyarat kecemasan atau tanda cuaca buruk.

* Penerbangan KL-Beijing membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal.

* Dua penumpang dalam penerbangan menggunakan identiti palsu.

* Dua lagi penumpang mempunyai identiti yang tidak dapat disahkan.

* Juruterbang pesawat berpengalaman.

* Pesawat tersebut menjalani pemeriksaan 10 hari lalu.

* Pesawat tersebut akan kehabisan minyak sekitar jam 8 pagi pada Sabtu.

Apa yang kita tidak tahu mengenai MH370:

* Di mana pesawat tersebut hilang?

* Apa yang berlaku apabila pesawat tiba-tiba terputus hubungan dengan menara kawalan trafik udara?

* Mengapa transponder kecemasan tidak berfungsi?

* Adakah ia berada di perairan Malaysia atau di lokasi lain?

Yang berikut berita tidak disahkan yang boleh dikaitkan dengan MH370:

* Apakah kesan tumpahan minyak dan kepulan asap dikesan oleh tentera laut Vietnam?

* Perbualan dengan industri minyak berkata pekerja di pelantar minyak Talisman Energy sekitar Blok PM-3 CAA melihat sesuatu terhempas ke dalam laut.

* Adakah pasport yang dicuri dikaitkan dengan pengganas? – 9 Mac, 2014.


China Dakwa Jumpa Serpihan Pesawat, Mungkin Milik MH370

Posted: 09 Mar 2014 12:29 AM PST

Gambar serpihan oleh penumpang China yang dimuatnaik laman Weibo

[AA] KUALA LUMPUR: Beberapa serpihan pesawat dilaporkan ditemui di luar pantai Timur Barat Malaysia, namun ia masih belum dapat disahkan sebagai milik pesawat MH370 milik Malaysia Airlines yang hilang.

Pegawai kanan Pentadbiran Penerbangan Awam China, Li Jiaxiang berkata, serpihan terbabit ditemui di kawasan longitud 103.29 darjah timur dan latitud 6.42 darjah utara.

"Penemuan ini bagaimanapun masih menanti pengesahan daripada pasukan mencari yang tiba di lokasi," ujarnya di dalam satu laporan berita.

"Kita masih lagi belum pasti dengan lokasi sebenar pesawat tersebut, dan masih berharap akan keajaiban bahawa semua penumpang selamat," kata Li seperti yang dilaporkan oleh China News.

"Ia juga masih belum jelas pada ketika ini sekiranya pesawat tersebut terlibat dalam serangan pengganas," tambahnya.

Satu lagi laporan menyebut bahawa serpihan itu konsisten dengan satu gambar serpihan yang diambil oleh seorang penumpang yang menaiki sebuah lagi pesawat Malaysia Airlines dari Beijing ke Kuala Lumpur, yang telah mendarat pada pagi Ahad.

Gambar-gambar tersebut dikatakan sebagai imej serpihan yang terapung di permukaan laut, setelah 90 minit perjalanan dari Kuala Lumpur.

Semalam, pesawat Tentera Udara Vietnam mengesan dua tumpahan besar minyak di kawasan di mana pesawat Boeing 777-200 MAS itu dilaporkan hilang dan sehingga kini , proses mencari MH370 yang membawa 239 orang itu masih dijalankan. -9/3/14



Tiada ulasan: