DIALOG RAKYAT |
- Tujuh lelaki diberkas bersabit pembunuhan ketua Wanita Umno Fleda Semenchu
- Sari Yanti fail penceraian?
- Bermula Di Kajang, Mesej Kepada Najib Harus Lebih Berani
- Penjara Anwar melingkupan Umno
- Anwar akan terus berjuang di Selangor
- Keluarga bos Kumpulan Modal Perdana antara dalam MH370
- Waris penumpang China berang dengan MAS
- Hishammuddin: 4 penumpang guna pasport palsu
- FBI tak tolak aspek keganasan dalam MH370
- Lebih ramai pasport diragui dalam MH370?
- Pemimpin Syiah, 114 ditahan di Selama
- Wan Azizah ganti Anwar di Kajang
- Anwar sahkan tidak bertanding PRK Kajang
- Penumpang Austria dan Itali tiada dalam pesawat MH370
- BN terus salah guna institusi kehakiman
- 23 Mac ini, kita ajar orang korup - Anwar
- Terima kasih Tuan Hakim, anda pemangkin Reformasi 2.0
- Pasport palsu timbul dakwaan rampasan
- Senarai Penumpang Dan Kru MH370M
- Tiada Petunjuk Tentang Pesawat MH370 Selepas Lebih 24 Jam Hilang
Tujuh lelaki diberkas bersabit pembunuhan ketua Wanita Umno Fleda Semenchu Posted: 09 Mar 2014 12:56 AM PST THE MALAYSIAN INSIDER Polis menahan tujuh lelaki dipercayai terlibat dalam kes samun dan bunuh Ketua Wanita Umno Cawangan Felda Semenchu, Zalifah Jamaluddin, dekat Kota Tinggi, hujung bulan lepas. Ketua Polis Johor Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff berkata kesemua suspek yang berumur 23 hingga 27 tahun itu ditahan di kawasan felda tersebut dan Stulang Laut di Johor Baharu, pada petang Khamis lepas. "Polis menemui semula barangan milik mangsa membabitkan dua telefon bimbit, tiga jam tangan, sejumlah barangan kemas dan kad mesin pengeluaran wang automatik (ATM)," katanya kepada pemberita di sini hari ini. Mohd Mokhtar berkata kesemua suspek merupakan penagih dadah dan berasal dari felda itu dengan seorang daripada mereka dikehendaki polis. Kesemua suspek kini direman sehingga 21 Mac depan untuk siasatan. Zalifah, 68, yang juga seorang peniaga pakaian ditemui mati di rumahnya di Felda Semenchu pada 12.20 tengah hari, 28 Feb lepas, oleh anak lelakinya yang mengesyaki sesuatu berlaku setelah mangsa tidak menjawab panggilan telefon. Dalam kes lain, Mohd Mokhtar berkata pihaknya menyelesaikan 18 kes pecah rumah dan dua kes curi kenderaan di bandar raya ini dengan penahanan lima lelaki di Kampung Usaha Jaya, Tampoi, di sini, Selasa lepas. Beliau berkata kesemua mereka yang berumur 21 hingga 33 tahun itu ditahan pada 11.30 pagi dalam serbuan di sebuah rumah. "Polis merampas 12 parang, empat telefon bimbit, sebuah motosikal dan van yang dilaporkan hilang di Tampoi, tiga gulung kabel, satu kuku kambing, enam alat pemotong, spanar yang diubah suai, satu komputer riba serta dua alat pemain DVD dalam serbuan berkenaan," katanya. Menurut Mohd Mokhtar, tiga daripada lelaki terbabit mempunyai rekod jenayah dan kesemua mereka kini direman sehingga esok untuk siasatan lanjut. - Bernama, | ||
Posted: 09 Mar 2014 12:54 AM PST SELEPAS aktres cantik, Erra Fazira disahkan bercerai beberapa minggu lalu, kini nama beberapa selebriti dikatakan bakal melalui proses penceraian. Antaranya adalah aktres tinggi lampai, Dynaz Mokhtar dan aktres bertubuh genit, Sariyanti. Bagaimanapun Dynaz dalam beberapa temu bual sebelum ini menafikan perkara itu dan meminta semua pihak tidak memandai-mandai membuat spekulasi mengenai rumah tangganya. Berbeza dengan Sari atau nama sebenarnya Sari Yanti Mohamad Nazari, 30, yang masih tidak memberi sebarang kenyataan mengenai perkara itu. Menurut sumber di laman forum Cari, Sari dikatakan sudah menfailkan penceraian di Mahkamah Syariah Seremban, hujung bulan lalu. Hasil perkongsian hidup dengan Mohd Eddy Casmady selama lima tahun, Sari dikurniakan dua anak lelaki yang comel iaitu Barr Al Aliy, 4, dan Basit Al-Haq, 2. Usaha Zass untuk mendapatkan pengesahan dari Sari gagal kerana wanita itu kini berada di Capetown, Afrika atas urusan kerja. Dalam perkembangan lain, Sari kini mengembangkan kariernya dengan menerbitkan pelbagai program televisyen menerusi penubuhan syarikat produksi miliknya iaitu Media Glow Production. Dia juga baharu sahaja selesai menjalani penggambaran program aksi Fear Factor Malaysia yang menggandingkan dia bersama peminatnya bernama Anbia. Fear Factor Malaysia bersiaran pada setiap Sabtu, pukul 9 malam sejak 15 Februari 2014 lalu menerusi saluran Astro Ria (104). | ||
Bermula Di Kajang, Mesej Kepada Najib Harus Lebih Berani Posted: 09 Mar 2014 12:43 AM PST Sementara kita masih bersedih dengan tragedi kehilangan pesawat MAS MH370 yang belum ditemui lagi serta bersimpati dengan waris mangsa yang mungkin kehilangan orang-orang tersayang, gelora politik dalam negara selepas Anwar Ibrahim dihalang daripada bertanding di Kajang jelas makin hangat dan membara. Di mana-mana kedengaran rasa tidak puas hati dan simpati terhadap nasib yang ditimpakan kepada Ketua Pembangkang itu. Bukan sahaja penyokong pembangkang dan mereka yang mendambakan perubahan meluahkan rasa simpati, malah rakyat biasa, ahli dan pemimpin UMNO di pelbagai peringkat juga kedapatan yang meluahkan perasaan yang sama. Rata-rata mereka dapat melihat dengan jelas permainan dan silap mata di sebalik hukuman yang dijatuhkan itu. Ternampak bahawa hukuman yang dijatuhkan hanyalah untuk menghalang Anwar daripada bertanding di Kajang melalui Mahkamah Rayuan yang sanggup bersidang sehingga jam 7 malam. Yang penting bagi penguasa di Putrajaya ialah bagi memastikan calon PKR di Kajang mestilah bukan Anwar Ibrahim dan keputusan mesti dibuat sebelum 11 Mac. KajangMove direncanakan tidak lain ialah untuk melancarkan lagi perjalanan menawan Putrajaya dalam PRU 14 nanti. Dengan menjadikan Anwar sebagai Menteri Besar Selangor, keyakinan PR ialah rakyat akan lebih mudah menilai kemampuan mereka untuk mentadbir negara pula. Tetapi perjalanan menuju PRU 14 masih jauh, ada kira-kira empat tahun dari sekarang. Sokongan pelbagai lapisan rakyat terhadap KajangMove tidak semestinya untuk menyokong seratus-peratus Anwar menjadi Perdana Menteri sebagaimana yang digembar-gemburkan dan ditakuti oleh pimpinan tertinggi UMNO. Sokongan kepada KajangMove dan mahu melihat Anwar menjadi Menteri Besar Selangor sebenarnya lebih kepada usaha untuk mewujudkan politik yang seimbang dalam negara. Apabila politik seimbang dapat diwujudkan dan kekuatan antara BN dan PR disetarakan, yang untung dan mendapat nikmatnya ialah rakyat. Selepas PRU 13 yang menyaksikan BN kehilangan lebih banyak kerusi berbanding 2008 dan sokongan rakyat pula hanyalah 47 peratus, tetapi kerajaan dilihat mula mahu memungkiri janji dan akujanjinya sendiri dengan menggunakan pelbagai hujah serta helah. Rakyat seolah-olah ingin dibuli kerana kerajaan berpendapat selepas menang pilihanraya, mereka bebas berbuat apa saja manakala pilihanraya seterusnya pula masih lama lagi. Hanyalah setelah adanya protes dan bantahan yang agak besar daripada rakyat dan pelbagai lapiran rakyat, barulah beberapa janji dan akujanji yang mahu dimungkiri itu dibatalkan akhirnya. Tetapi kenaikan harga minyak dan tarif letrik yang diluluskan oleh kerajaan tetap meletakkan beban hidup rakyat makin meningkat. Keborosan dan kemewahan pimpinan dalam menggunakan dana kerajaan pula terus menjadi-jadi. Jika dulu kita hanya menggeleng kepala membaca berita mengenai kemewahan dan pembaziran Robert Mugabe, hari ini pemimpin kita, Najib Razak sudah disamakan dengan Presiden Zimbabwe itu dari segi pembaziran dan pemborosan wang kerajaan. Apakah kita berbangga dengan semua ini? Apakah juga kita mahu gejala ini berterusan? Jika KajangMove ini berjaya, Najib dan BN pasti lebih menghadapi kesukaran berbuat sesuka hati. Keseimbangan dalam kekuatan politik antara kerajaan dan pembangkang akan mengelakkan lebih banyak pembaziran, ketirisan, pemborosan dan kemewahan daripada terus berlaku. Dan kerana inilah Anwar disekat daripada memulakan kemaraannya di Kajang. Walaupun kini bukan lagi Anwar yang bertanding di Kajang tetapi semangat daripada tindakan menghalang beliau itu diharapkan akan terus meluap dan membara. Permulaannya adalah di Kajang tetapi selepas itu bahangnya perlu menyelinap ke seluruh negara. Oleh itu, adalah penting kepada pengundi Kajang untuk terus memberikan sokongan yang bulat kepada siapa saja calon PR di sana. Hanya kemenangan dengan undi yang lebih besar dapat dianggap sebagai mesej yang jelas kepada Najib dan BN bahawa rakyat menolak segala bentuk ketidak-adilan sama ada atas nama undang-undang, kehakiman atau apa saja. Tetapi jika BN menang di Kajang atau hanya kalah dengan undi tipis, mereka akan menganggap bahawa segala perlakuan selama ini direstui dan diterima baik oleh rakyat. Sudah tentu selepas itu lebih banyak lagi pembulian akan dilakukan. Permulaan yang ditunjukkan di Kajang sebenarnya adalah sangat penting. Selepas Kajang pula, rakyat boleh terus menunjukkan perasaan mereka melalui pelbagai cara seperti demo aman, luahan di media sosial dan menyatakan bantahan atas apa juga perlakuan pemimpin dan kerajaan yang tidak menguntungkan rakyat. Jika ada mana-mana pilihanraya kecil, teruslah memberi sokongan serta undi kepada calon pembangkang. Hanya dengan cara itu, keseimbangan politik dapat dijelmakan dan sekaligus merupakan mesej yang jelas kepada Najib dan kerajaan agar lebih berhati-hati dan tidak bertindak sesuka hati. Walaupun KajangMove sudah dianggap gagal dengan keputusan Mahkamah Rayuan yang menjatuhkan lima tahun penjara keatas Anwar Ibrahim dan sekaligus Anwar juga gagal menjadi Menteri Besar tetapi ia boleh dijadikan permulaan kepada langkah yang lebih menguntungkan rakyat untuk jangka masa panjang. Dan di bahu pengundi Kajang terletak tanggungjawab besar sebenarnya. Hanya keberanian mereka bakal menjanjikan masa depan lebih baik untuk rakyat Malaysia seluruhnya. | ||
Penjara Anwar melingkupan Umno Posted: 09 Mar 2014 12:37 AM PST MSO Keputusan Mahkamah Rayuan mesabitkan lima tahun penjara ke atas Anwar Ibrahim atas tuduhan liwat bukan saja menyekat peluang Ketua Umum PKR itu untuk bertanding dalam pilihan raya Kajang 23 Mac ini, tetapi ia juga memberi kesan negatif dan risiko kepada Umno dan BN. Seorang pegawai bekas Perdana Menteri, Abdullah Ahmad Badawi, berkata rakyat akan makin membenci dan meluat kepada Umno dengan apa yang berlaku kerana mereka melihat tektik politik Umno memenjarakan Anwar itu sebagai mengulangi perkara sama yang menjijikkan. Katanya rakyat tidak memahami proses mahkamah, prosuder perbicaraan dan sebagainya, tetapi apa yang diterima Anwar itu dianggap satu kezaliman yang sukar untuk diterima. "Sebab itu bagi saya, rakyat akan makin membenci Umno. Rakyat akan melihat Umno menggunakan tektik buruk dan jahat untuk mempertahankan kuasa," jelasnya. Tambah pegawai itu lagi, dalam keadaan orang ramai celik politik dan dapat menghidu bau bom dan mortar dan cocktail Umno, rakyat dapat membaca hujung jatuh motif kes berkenaan. "Saya bukan penyokong Anwar tetapi saya mengkagumi perjuangannya. Sepatutnya permainan politik kita tidak mencampur aduk di antara masalah peribadi dengan kepimpinan. Apa yang kita kena nilai ialah idealisme perjuangan seseorang itu apakah logik dan membawa kebaikan kepada rakyat atau tidak," katanya. Katanya, sama ada Anwar bersalah, meliwat atau tidak, hanya dia dan Tuhan saja yang tahu dan ia tidak perlu dihakimkan menerusi mahkamah politik. Baginya kata pegawai itu sikap mengeksploitasikan sesuatu kaedaan yang jijik untuk mencari keuntungan politik ia adalah perbuatan yang huduh. "Mahkamah politik sangat kotor dan penuh degan kesadisan," katanya. Bekas pegawai ini merupakan tokoh Umno di sebuah bahagian, kurang senang dengan penyelesaian sesuatu isu menerusi mahkamah yang dilihat ianya dibuat secara terdesak. "Umno atau Najib dan Muhyiddin perlu berani dan gentleman berdepan dengan rakyat. Berpolitiklah secara berani dan tidak menyalahgunakan instrument kerajaan yang ada," katanya lagi. Beliau juga mempertikaikan kalau pemimpin Umno hendak mengambil kira keperibadian pemimpin Malaysia yang ada untuk dijadikan modal kepentingan diri, ramai pemimpin Umno yang mempunyai moral lebih buruk daripada apa dituduhkan terhadap Anwar. Memang, bahkan sesetengah kerat pemimpin yang ada hari ini kebusukan mengenainya bukan saja dihindari manusia tetapi ia juga turut dihidari oleh kerbau dan babi. Kenapa tidak mereka bukan sahaja memberi gambaran buruk dengan perbuatannya tetapi turut menyapu dan menyamun harta rakyat. "Kita tahu bahkan Najib sendiri tahu sejauh mana keputihan dan kebersihan moral politik para meterinya?" Soalnya lagi. Beliau menyifatkan apa yang berlaku dan dilakukan ke atas Anwar satu penganiyaan berterusan dan ianya terkeluar dari lunas-lunas agama dan adat budaya. "Bagi saya apa yang dilakukan ke atas Anwar satu penganiyaan, dan terkeluar dari landas-landas politik sebenar," ujarnya lagi. Untuk menyelamatkan keadaan sarannya, Najib harus melakukan sesuatu terhadap Anwar bukan saja untuk tidak menganiaya Ketua Pembangkang itu, tetapi juga demi masa depan Umno. Sekiranya Najib pengecut untuk berbuat sesuatu nescaya Umno dan beliau sendiri akan lingkup dalam pilihan raya umum akan datang. Menurutnya 'sesuatu' yang dimaksdukan itu ialah memulihkan keburukan yang dilakukan ke atas Anwar yang memberi kesan buruk kepada Umno itu, dengan memohon pengampunan terhadap Anwar apabila beliau dipenjara kelak. "Saya percaya kalau Najib sedia dan berani mengambil langkah ini beliau akan dilihat sebagai pemimpin bermaruh dan samping itu juga Najib dapat mengawal tekanan ke atasnya," tegasnya. Beliau juga memberi peringatan Najib atau Muhyiddin Yassin dan orang Umno jangan merasa sedap dengan apa yang dilakukan ke atas Anwar. "Orang Umno boleh bersorak, tetapi rakyat belum tentu lagi," katanya. Beliau yang kini sudah bersara dari aktif dalam Umno menjangka pilihan raya kecil Kajang nanti, calon PKR, letaklah siapa saja akan menang besar kerana rakyat Kajang sama sekali tidak dapat menerima tindakan ke atas Anwar. Dalam pada itu pegawai itu juga juga bekas wartawan memberi ingatan kepada Najib, agar mengenal siapa sebenar musuhnya. "Bagi saya musuh Najib bukan Anwar tetapi orang didalam Umno sendiri. Orang ini hendaklah dikenali kerana dia jugalah yang menjadi musuh dan menyusahkan pentadbiran Abdullah Badawi dahulu,". Memahami apa dimaksudkan bekas pegawai itu, individu yang dimaksudkan tidak lain dan tidak bukan dia adalah Dr Mahathir Mohamad. | ||
Anwar akan terus berjuang di Selangor Posted: 09 Mar 2014 12:26 AM PST Oleh : AFEEQA AFEERA KAJANG: Walaupun mengesahkan dirinya tidak akan bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Kajang pada 23 Mac ini, namun Datuk Seri Anwar Ibrahim berikrar untuk terus memainkan peranan dalam membantu pentadbiran Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. Anwar yang juga Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) berkata, beliau akan terus memberi fokus kepada Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang kerana ia landasan angkat bagi negeri Selangor untuk mara ke Putrajaya. "Kita akan bantu Abdul Khalid untuk urus ekonomi tetapi perlu angkat Selangor untuk buat lebih baik kerana ini negeri contoh jika kita tawan Putrajaya. "Selangor adalah contoh dan model untuk tawan Putrajaya," katanya kepada 5,000 hadirin pada Majlis Makan Malam Pakatan Rakyat (PR) di Sungai Chua, malam tadi. Anwar turut memberi amaran kepada Barisan Nasional (BN) supaya tidak menarik nafas lega walaupun beliau tidak bertanding di Kajang. "Kalau saya tak boleh tanding habis ke? Tidak, mereka salah besar. Saya tak tanding, wakil saya yang kuat akan tanding atas nama saya. "Mesyuarat PR sudah memutuskan walaupun Anwar tak tanding, tetapi Anwar perlu terus main peranan penting di Selangor. Saya akan terus di sini," katanya. Beliau turut mengajak penduduk Kajang supaya memilih calon penggantinya untuk menumbangkan pemimpin BN yang sombong dan korup. "Kita kena bagi mesej jelas pada 11 Mac ini iaitu ketika penamaan calon dan pada 23 Mac, saya minta anda semua ajar orang sombong dan korup. Kita lawan BN habis-habisan," katanya. Keputusan berkenaan calon pengganti Anwar bagi PRK Kajang dijangka akan diumumkan selewat-lewatnya sehari sebelum penamaan calon pada 11 Mac ini. Pada 7 Mac lalu, Mahkamah Rayuan menjatuhkan hukuman penjara lima tahun terhadap Anwar atas tuduhan ke membabitkan bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan, enam tahun lalu. Hakim Datuk Balia Yusuf Wahi yang mengetuai panel tiga hakim itu bagaimanapun membenarkan permohonan Anwar untuk menangguhkan keputusan itu sehingga rayuan dibuat kepada Mahkamah Persekutuan untuk membatalkan keputusan berkenaan.NFN- | ||
Keluarga bos Kumpulan Modal Perdana antara dalam MH370 Posted: 09 Mar 2014 12:21 AM PST MALAYSIAKINI Isteri dan anak pengerusi Kumpulan Modal Perdana Datuk Mohamed Ramli Abbas merupakan antara 239 penumpang yang menaiki pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 yang dilaporkan hilang awal semalam. Adik ipar Mohamed Ramli, Salmy Hashim berkata isteri bekas Ketua Pegawai Eksekutif Celcom Datin Biby Nazli Mohd Hassim bersama dua anak perempuan mereka Maria dan Dina telah menaiki pesawat itu untuk bercuti ke Beijing. Salmy yang merupakan pemberita sambilan Bernama di Washington, Amerika Syarikat memberitahu BernamaTV, turut serta bersama Biby dan keluarganya dalam penerbangan itu adalah kakaknya Noorida. Salmy berkata beliau tidak menyangka perbualan menerusi laman sosial Skype bersama dua kakak dan dua anak buahnya minggu lepas merupakan detik terakhir mereka berhubung sebelum dilaporkan hilang. Beliau ketika dihubungi tidak dapat menahan sebak berikutan insiden yang menimpa keluarganya dan berkata: "Saya dapat tahu tentang kejadian ini malam tadi (waktu tempatan) bila anak saudara saya memanggil saya." "Mak dia iaitu kakak saya, dengan dua orang anak dan kakak lagi seorang dalam pesawat. Jadi saya cuma tahu melalui telefon," kata Salmy yang merupakan anak ke enam daripada sembilan beradik. Salmy turut berharap agar pesawat itu ditemui dan kesemua penumpang berada dalam keadaan selamat. Pesawat MH370 itu hilang daripada radar setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada pukul 12.41 pagi tadi menuju ke Beijing, China. Ia sepatutnya mendarat di Beijing 6.30 pagi waktu tempatan.- Bernama | ||
Waris penumpang China berang dengan MAS Posted: 09 Mar 2014 12:16 AM PST Sebahagian keluarga mangsa warganegara China telah tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) untuk menunggu kepulangan ahli keluarga mereka. SHAH ALAM - Keluarga penumpang pesawat MH370 yang hilang sejak kelmarin mula melepaskan rasa marah dan kecewa pada syarikat penerbangan Malaysia Airlines (MAS) yang enggan berkongsi maklumat dengan mereka. Menurut satu kenyataan yang dipetik di portal web Inquirer.net, salah seorang ahli keluarga mangsa mendakwa pihak MAS masih tidak mendedahkan apa-apa maklumat terperinci kepada keluarga. "Kebanyakan maklumat yang kami perolehi sama dengan maklumat yang ada di media dan laman sosial. "Kami sudah menunggu selama berjam-jam, namun masih tidak ada jawapan dari pihak penerbangan," katanya. Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak MAS kelmarin, 153 dari 239 orang penumpang pesawat itu adalah warganegara China. Pesawat MAS MH370 yang dijadualkan berlepas pukul 12.41 pagi 7 Mac lalu sepatutnya mendarat di Beijing pukul 6.40 pagi semalam. Namun pesawat itu telah terputus hubungan dengan menara kawalan pada jam 2.40 pagi dan hilang sehingga kini. | ||
Hishammuddin: 4 penumpang guna pasport palsu Posted: 09 Mar 2014 12:12 AM PST Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein SHAH ALAM - Perkembangan terbaru memetik Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein sebagai mengesahkan bahawa empat penumpang MH370 yang masih hilang menggunakan pasport palsu.Menurut Menteri Pertahanan itu, perkembangan lanjut mengenai empat penumpang itu akan didedahkan dari semasa ke semasa selepas siasatan dijalankan. Unit Anti Pengganas serta FBI sedang menjalankan siasatan mengenainya. Terdahulu menurut akhbar The Guardian melaporkan dua orang lelaki yang tersenarai sebagai penumpang MH370 tidak menaiki kapal terbang tersebut. Individu pertama ialah seorang lelaki warga Itali bernama Luigi Maraldi yang dilaporkan kini berada di Phuket, Thailand. Individu kedua yang namanya berada di dalam senarai penumpang tetapi tidak menaiki pesawat MH370 ialah seorang warga Austria yang juga melaporkan pasportnya dicuri dua tahun lalu di Thailand. Sementara satu lagi kes pasport palsu dilaporkan melibatkan warganegara China dari Fujian yang disenarai dalam penerbangan MAS telah ditemui di rumahnya dan dia sebenarnya tidak pernah melancong ke luar negara. Seorang lagi kes passport palsu masih belum didedahkan identitinya. Misteri kehilangan pesawat MAS MH370 telah mencetuskan pelbagai spekulasi kerana belaku 'secara tiba-tiba'. Spekulasi terbaru mengatakan bahawa pesawat tersebut mungkin dirampas ekoran isu pasport ini. | ||
FBI tak tolak aspek keganasan dalam MH370 Posted: 09 Mar 2014 12:04 AM PST MALAYSIAKINI Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) Amerika Syarikat (AS) menghantar satu pasukan terdiri daripada ejen dan pakar teknikal bagi membantu siasatan kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370. Menurut laporan media AS yang memetik seorang pegawai kerajaan, penglibatan FBI itu disebabkan tiga daripada penumpang merupakan rakyat AS. Pegawai itu juga dipetik berkata FBI tidak menolak aspek keganasan atau faktor lain sebagai punca kehilangan pesawat tersebut. Sementara itu, agensi berita Perancis AFP melaporkan pengeluar semikonduktor di Texas sebagai berkata 20 pekerjanya disahkan antara penumpang pesawat berkenaan. Pekerja Freescale Semiconductor yang menaiki pesawat MH370 tersebut ialah 12 dari Malaysia dan lapan dari China, kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif syarikat Gregg Lowe dalam laporan itu. "Pada masa ini, perhatian kami hanya difokuskan kepada pekerja kami dan keluarga mereka," katanya yang dilapor berkata dalam satu kenyataan. "Ingatan dan doa kami bersama mereka yang terjejas dalam tragedi ini," katanya. Pada peringkat awal, pesawat Boeing 777-200 dari Kuala Lumpur ke Beijing itu dilapor terputus hubungan pada 2.40 pagi semalam, kira-kira dua jam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur. Bagaimanapun Jabatan Penerbangan Awam kemudian mengesahkan pesawat itu hilang daripada radar pada 1.30 pagi. Pesawat itu membawa 227 penumpang dari 14 negara termasuk 38 rakyat Malaysia selain 12 anak kapal.- Bernama | ||
Lebih ramai pasport diragui dalam MH370? Posted: 09 Mar 2014 12:02 AM PST MALAYSIAKINI Empat penumpang MH370 mungkin mempunyai kaitan dengan pasport curi atau palsu, kata pemangku menteri pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Hussein. "Kesemua empat nama ada dengan saya dan saya sudah serahkan kepada unit risikan," katanya. Beliau berkata demikian dalam sidang media di sebuah Hotel Sama di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Sepang – tempat operasi pengurusan krisis dijalankan. | ||
Pemimpin Syiah, 114 ditahan di Selama Posted: 09 Mar 2014 12:01 AM PST MALAYSIAKINI Seramai 114 individu, dipercayai penganut ajaran Syiah ditahan di Selama Perak, malam tadi dalam operasi bersama Jabatan Agama Islam Perak (JAIP) bersama polis setempat malam tadi. Perkara itu disahkan sumber polis kepada Malaysiakini hari ini. Bagaimanapun, polis menegaskan mereka hanya membantu JAIP dalam operasi itu. Pemimpin Syiah Malaysia Mohd Kamilzuhairi Abd Aziz yang turut ditahan berkata, tangkapan dibuat dalam majlis sambutan hari kelahiran cucu Nabi Muhammad dan adik kepada Saidina Husin, Siti Zainab. "Turut ditahan kanak-kanak dan kaum wanita," kata pemimpin Persatuan Syiah Malaysia itu ketika dihubungi Malaysiakini hari ini. Katanya, selepas ditahan mereka semua dibawa ke ibu pejabat polis (IPD) Selama sebelum dibebaskan selepas itu. Penahanan mereka dibuat bawah Enakmen Tatacara Jenayah Syariah (Perak) 20014, menurut setiausaha persatuan itu Mohd Nasir Sahari. "Kesemua yang ditahan diminta hadir ke JAIP pada bulan depan pada tarikh yang berbeza-beza. "Macam saya diminta hadir pada 24 Mac," kata Mohd Nasir yang tidak berpuas hati dengan tindakan itu. Cubaan Malaysiakini menghubungi pejabat JAIP gagal lantaran cuti Ahad di Perak. | ||
Wan Azizah ganti Anwar di Kajang Posted: 08 Mar 2014 11:59 PM PST MALAYSIAKINIPKR hari ini mengumumkan presidennya Datuk Seri Wan Azizah Ismail sebagai calon baru untuk pilihan raya kecil Kajang. Wan Azizah dipilih bagi menggantinya ketua umum, yang juga suaminya, yang hilang kelayakan bertanding selepas dijatuhkan hukuman lima tahun penjara ekoran pertuduhan meliwat. Keputusan itu diumumkan Anwar sendiri dalam sidang media di Kajang hari ini. Mahkamah Rayuan Putrajaya membenarkan penangguhan hukuman kepada Anwar dengan jaminan RM10,000. Sementara itu, Wan Azizah berkata, beliau berterima kasih terhadap kepercayaan yang diberikan padanya. "Ini sesuai dengan hari wanita sedunia untuk saya bawa suara rakyat," katanya. | ||
Anwar sahkan tidak bertanding PRK Kajang Posted: 08 Mar 2014 06:55 PM PST Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan tidak akan bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang pada 23 Mac ini, ekoran keputusan Mahkamah Rayuan yang mensabitkan beliau bersalah meliwat bekas pembantunya pada Jumaat. Dalam ceramahnya di Sungai Chua di Kajang malam tadi, Anwar bagaimanapun memberi amaran kepada Umno dan Barisan Nasional (BN) supaya tidak menarik nafas lega dengan keputusan tersebut. "Sekarang apa jadi? Dengan keputusan mahkamah, saya tidak boleh tanding. "Kalau saya tidak boleh tanding, habiskah? Tidak, mereka salah besar. Saya tidak bertanding, tapi wakil saya yang kuat akan bertanding atas nama saya," kata Anwar di hadapan kira-kira lima ribu hadirin di tapak pasar malam Sungai Chua, Kajang. Anwar juga menggesa penduduk Kajang supaya memilih calon penggantinya. "Kita kena bagi mesej clear. 11 Mac minta kawan datang masa penamaan calon. 23 Mac saya minta anda semua ajar orang sombong dan korup. "Anda semua beri sokongan kuat kepada Pakatan Rakyat (PR)," katanya lagi disambut dengan sorakan. Anwar berkata akan terus memainkan peranan dalam membantu pentadbiran Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim walaupun tidak bertanding di Kajang "Tadi mesyuarat PR, Kit Siang daripada DAP, Hadi daripada PAS, kita dah putuskan, Ya, Anwar tidak tanding tapi Anwar mesti terus main peranan lebih penting di negeri Selangor "Bantu supaya angkat negeri Selangor. Saya akan di sini!" kata Anwar. Jumaat lalu, Mahkamah Rayuan menjatuhkan hukuman penjara lima tahun terhadap Anwar atas tuduhan meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan, enam tahun lalu. Hakim Datuk Balia Yusuf Wahi yang mengetuai panel tiga hakim itu bagaimanapun, membenarkan permohonan Anwar untuk menangguhkan keputusan itu sehingga rayuan dibuat kepada Mahkamah Persekutuan untuk membatalkan keputusan itu. Anwar kemudian dibebaskan dengan ikat jamin RM10,000 dan dibenarkan meninggalkan mahkamah. Selain itu, para pemimpin PR juga berikrar akan menganjurkan demonstrasi jalanan bagi membantah keputusan Mahkamah Rayuan itu. Dalam pada itu, Khalid berkata pelan rekonsiliasi nasional PR dan BN bersama tidak akan dilaksanakan selagi Anwar masih lagi disabitkan dengan kesalahan liwat, kali kedua dalam tempoh 15 tahun. Anwar juga mendedahkan PKR menyenaraikan 12 nama untuk menggantikan beliau dalam PRK Kajang. Keputusan mengenai calon pengganti Anwar bagi PRK Kajang dijangka akan diumumkan selewatnya sehari sebelum penamaan calon pada 11 Mac ini. | ||
Penumpang Austria dan Itali tiada dalam pesawat MH370 Posted: 08 Mar 2014 06:52 PM PST Seorang warganegara Austria yang dilaporkan sebagai salah satu penumpang Malaysia Airlines (MAS) MH370 masih di rumahnya akibat pasportnya dicuri, kata jurucakap kementerian luar di Vienna hari ini. "Kedutaan kami menerima maklumat daripada Malaysia Airlines bahawa terdapat seorang Austria di pesawat tersebut. "Sistem kami menunjukkan bahawa pasportnya dicuri," katanya, sebagaimana dilapor oleh Reuters. Katanya pasport itu dicuri dua tahun lalu di Thailand. Kementerian Luar Itali juga berkata tiada warganegaranya menaiki pesawat MH370 walaupun senarai MAS mengandungi nama Luigi Maraldi, 37. Akhbar Corriere Della Sera melaporkan pasport Maraldi dicuri di Thailand Ogos lalu. Kementerian Dalam Negeri Itali tidak memberi komen berhubung laporan tersebut | ||
BN terus salah guna institusi kehakiman Posted: 08 Mar 2014 06:34 PM PST HARAKAHDAILY KUALA LUMPUR: Tindakan mahkamah mengenakan hukuman penjara lima tahun ke atas Ketua Pembangkang Dato' Seri Anwar Ibrahim, dan keputusan yang bakal dikenakan terhadap Karpal Singh di bawah Akta Hasutan membuktikan Umno-BN terus menyalah guna institusi kehakiman, tegas Sekretariat Pakatan Rakyat. Dalam satu kenyataan bersama yang dikeluarkan Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali, Setiausaha Agung PKR, Dato' Saifuddin Nasution dan Setiausaha Organisasi DAP, Loke Siew Fook, mereka menyifatkan Umno-BN tidak pernah belajar daripada 'hukuman rakyat' bermula sejak peristiwa 1998, sehingga mengulangi tindakan terhadap dua pemimpin Pakatan Rakyat ini. "Enam tahun selepas berlakunya gelombang 8 Mac 2008, Umno-BN telah kehilangan sokongan rakyat. Pakatan Rakyat pula jelas muncul sebagai kuasa yang terus mengancam hegemoni Umno-BN. "Walaupun Umno-BN terus hilang sokongan, namun keangkuhan dan kedegilan mereka berterusan, yang ditunjukkan melalui keengganan melakukan reformasi tulen ke atas institusi-institusi penting negara termasuklah institusi kehakiman. "Hal ini kerana ianya satu-satunya jalan yang menjamin kelangsungan Umno-BN untuk kekal berkuasa," kenyataan itu dipetik. Sekretariat Pakatan Rakyat yakin pengorbanan Dato' Seri Anwar Ibrahim tidak akan sia-sia malah akan membuka mata rakyat, menyemarakkan semangat dan melonjakkan sokongan segenap lapisan masyarakat untuk bersama Pakatan Rakyat demi melakukan perubahan. Kenyataan media itu juga turut memaklumkan ketetapan Majlis Presiden Pakatan Rakyat untuk memulaukan siding Dewan Rakyat pada 11 Mac sebagai tanda bantahan terhadap salah guna badan kehakiman oleh BN. Tindakan ini juga sebagai tanda solidariti untuk Pengerusi DAP, Karpal Singh yang bakal dijatuhkan hukuman oleh mahkamah dan untuk bersama calon Pakatan Rakyat pada penamaan calon Pilihanraya Kecil Dun Kajang. Ahli Parlimen Pakatan Rakyat bagaimanapun akan hadir pada majlis pembukaan parlimen dan titah Yang di-Pertuan Agong pada 10 Mac. | ||
23 Mac ini, kita ajar orang korup - Anwar Posted: 08 Mar 2014 06:28 PM PST SALMIYAH HARUN KAJANG: Ketua Umun PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan beliau tidak akan bertanding dalam PRK Kajang tetapi mesti memainkan peranan penting untuk negeri Selangor. Menurut Anwar perkara itu diputuskan dalam mesyuarat Pakatan Rakyat yang dihadiri ketiga-tiga pimpinan parti termasuk Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang. "Saya akan berada di sini (Selangor). Wakil Kajang akan kita umumkan esok (hari ini)," kata Anwar dalam majlis Makan Malam di Sungai Chua malam tadi. Mahkamah Rayuan kelmarin memutuskan Anwar bersalah dan dikenakan hukuman penjara lima tahun sekaligus beliau tidak layak bertanding dalam PRK Kajang pada 23 Mac ini. "Kita kena bagi mesej jelas 11 Mac ini, kawan-kawan datang pada penamaan calon. 23 Mac ini kita bagi ajar orang-orang yang korup! Biar BN ini kita ajar. "Malam esok Lim Guan Eng bagitahu orang Penang berhimpun supaya Umno BN jangan ingat dia boleh buli rakyat. "Please, pelase... orang Kajang 'you' ajar ini orang ini 'election' bahawa rakyat boleh fikir dan mahu hak mereka," tegas Anwar sambil diikuti sorakan lebih 5,000 mereka yang hadir. Jelas Anwar, Kajang akan menjadi platform untuk mengangkat Selangor sebagai model yang terbaik untuk Pakatan Rakyat menawan Putrajaya. Dalam pada itu, majlis tersebut turut melancarkan gimik setiap mereka yang hadir memakai topeng wajah Anwar sebagai simbolik 'satu Anwar yang pergi beribu-ribu Anwar yang akan muncul'. Turut bersama dalam majlis itu Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail, Penasihat DAP Lim Kit Siang dan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim. | ||
Terima kasih Tuan Hakim, anda pemangkin Reformasi 2.0 Posted: 08 Mar 2014 06:20 PM PST Oleh Izmil Amri Saya mahu ucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada panel tiga hakim Mahkamah Rayuan yang menjatuhkan hukuman terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim, dianggotai oleh Datuk Balia Yusof Wahi, Datuk Aziah Ali dan Datuk Mohd Zawawi Mohd Salleh. Terima kasih banyak atas hukuman yang dijatuhkan oleh Yang Arif sekalian kepada ketua pembangkang Parlimen Malaysia, merangkap calon perdana menteri Pakatan Rakyat. Malah saya harus mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada peguam tersohor Datuk Muhammad Shafee Abdullah atas kejayaan besar beliau dalam kes ini. Terima kasih dan tahniah kerana menjadi pemangkin gelombang Reformasi kedua, di zaman media sosial dan Internet berkapasiti tinggi. Terima kasih banyak. Tiada lain yang boleh diucapkan selain sekalung 'syabbbashh' kepada kalian yang berhempas pulas memungkinkan gelombang ini tercetus. Mari kita tekan butang rewind dan mengenang kembali September 1998. Zaman Internet pakai 'dial-up' dan tiada Twitter mahupun Facebook. Zaman saya baru berumur sekadar 14 tahun. Zaman anak muda yang di luar Kuala Lumpur tidak tahu perkembangan di jalan raya setiap Sabtu, dan ramai daripada mereka masih lagi tertambat tangan kaki dengan Akta Universiti dan Kolej Universiti; selain masih terkial-kial memicit jerawat baru tumbuh menjelang fasa akil baligh. Ya, itu dia hari Reformasi, 16 tahun lalu. Dan kini hasil jasa besar pihak yang saya sebutkan tadi, kami yang terkurung dalam seragam sekolah menengah ketika 1998 sudah boleh merasakan kembali kehangatan 16 tahun lalu, dengan bantuan Internet yang boleh tahan laju. Malah terima kasih juga kerana akhirnya kami akan mendapat peluang untuk benar-benar faham apa kisahnya 'Reformasi' yang dicanang Anwar ini. 'Reformasi' berterusan Akan ada macai, malah sebenarnya sudah ada macai yang mengeja 'reformasi' sebagai 'reformasin'. Dan macai ini setakat boleh berfikir sampai ke politik lubang dubur sahaja. Saya tidak salahkan macai; mereka ini mangsa sistem pembodohan angkara diktator tua yang belum mahu putus nyawa. Namun hakikatnya hanya yang takut dengan Reformasi yang tidak akan berani menyebut kalimah itu. Sepertimana tiada yang berani menyebut nama 'Voldemort' kerana takut akan beliau. Tetapi itu cerita lain. Reformasi itu pastinya akan berterusan, dan tidak berkisar sekitar sosok manusia bernama Anwar. Anak muda Malaysia pastinya sudah tahu dan percaya bahawa perubahan itu pasti datang dan sudah boleh berfikir bahawa sosok yang bernama Anwar ini hanyalah simbol dan perjuangan Reformasi itu jauh lebih besar. Ini bukan soal Anwar atau lubang dubur Saiful. Ini soal masa depan negara dan sistemnya yang begitu bobrok; yang selama 16 tahun tidak ada sesuatu yang cukup kuat simboliknya untuk diterangkan kepada anak muda generasi pasca '98. Nah, sekarang roda sejarah sudah berputar dan anak muda Malaysia akan kembali menyoal apa yang bobrok dan apa yang perlu perubahan. Kezaliman yang menimpa Anwar itu satu hal. Tetapi ia bukan satu-satunya hal yang tidak kena dengan negara ini. Anak muda sezaman dengan saya yang mungkin sudah lupa atau disuruh melupakan sejarah 1998 kini akan punya kisah baru untuk disembangkan, waktu santai minum kopi mahal dengan telefon pintar di tangan. 'Eh kan di Mahkamah Tinggi sudah diputuskan tidak ada bukti, tiada penetrasi, DNA basi... Ini apa pula?' Dan inilah dia riak-riak air di laut yang akan memulakan gelombang Reformasi kedua; gelombang yang akan terus bertanya apa jadi kepada doktrin pemisahan kuasa, dan bagaimana mahkamah boleh diperalat pemerintah pada saat sosok penyatu Pakatan Rakyat ini begitu hampir dinamakan menjadi calon Pilihan Raya Kecil DUN N25 Kajang. Melakar sejarah baru Di laman sosial ada yang berkata, "Walaupun aku bukan penyokong Anwar Ibrahim, aku turut bersolidariti untuk Anwar dan keluarga yang menjadi mangsa permainan politik kepartian dan kekuasaan yang berasaskan penipuan, penyalahgunaan kuasa, penindasan dan ketidakadilan." Atau yang lebih menarik, "1998 saya hanya bersekolah darjah 5 , tetapi sekarang 2014 sudah bersedia turun ke jalan raya menuntut reformasi". Anwar Ibrahim pada usia 66 tahun, dinafikan kebebasan yang diputuskan mahkamah bicara, yang pada waktu itu berkeyakinan bahawa tiada bukti jelas nyata untuk menyumbat beliau ke penjara. Mahkamah Rayuan Malaysia, entah daripada mana mendapat ilham membuat keputusan bahawa pembebasan oleh hakim mahkamah bicara itu salah; lantas tergesa-gesa menghukum Anwar pada petang Jumaat supaya ia tidak boleh memfailkan rayuan. Pejabat sudah tutup. Orang tua ini disabitkan kesalahan meliwat pembantunya, Saiful Bukhari Azlan; seorang lelaki muda yang pada waktu ia mendakwa diliwat itu baru berusia 23 tahun. Sehingga kini kita semua terus bertanya, 'Kenapa si Saiful lelaki muda yang gagah berani itu tidak lari saja?' Ini semua sejarah baru yang bakal direkod serta dicacah ke Internet untuk pengetahuan dunia dan memberi makna yang langsung berbeza kepada kalimah Reformasi yang begitu digeruni pemerintah, macai dan aparatnya. Sejarah baru inilah yang akan melihat Anwar dalam sudut pandang yang berbeza. Seperti Yusuf yang menjadi mangsa fitnah Zulaikha, selangkah dia ke penjara kian dekat dia dengan istana. Meskipun tidak mungkin menjejakkan kaki ke Pejabat Perdana Menteri, inilah dia sosok pemimpin dan negarawan zaman transisi. Meminjam bait-bait puisi Rendra, "sebuah sangkar besi, tidak bisa mengubah rajawali menjadi seekor burung nuri". Satu Anwar dikurung sebalik tirai besi, seribu Anwar lagi akan pasti bangkit berdiri. | ||
Pasport palsu timbul dakwaan rampasan Posted: 08 Mar 2014 06:13 PM PST SHAH ALAM - Portal berita CNN melaporkan dua orang lelaki yang tersenarai sebagai penumpang MH370 , tidak menaiki kapal terbang tersebut menimbulkan spekulasi bahawa berlaku aktiviti rampasan. Individu pertama ialah seorang lelaki warga Itali bernama Luigi Maraldi yang dilaporkan kini berada di Phuket, Thailand. Menurut pegawai polis di Casena, Itali, pihaknya telah menemui ibu bapa Luigi semalam bagi memaklumkan tentang kehilangan pesawat itu. Namun, bapanya, Walter memaklumkan baru saja bercakap dengan anak lelakinya itu yang kini sedang bercuti di Thailand serta menafikan anaknya menaiki pesawat tersebut. Pihak polis berkata pasport Luigi dicuri di Malaysia Ogos lalu dan telah mendapat pasport yang baru. Individu kedua yang namanya berada di dalam senarai penumpang tetapi tidak menaiki pesawat MH370 ialah seorang warga Austria yang juga melaporkan pasportnya dicuri dua tahun lalu di Thailand. Kementerian Luar Austria dalam kenyataan kepada media semalam juga mengesahkan lelaki tersebut di mana namanya tidak didedahkan kini berada di Austria. Hanya ada seorang warganegara Austria dalam senarai penumpang bernama Christian Kozel . Namun, sumber pihak berkuasa Amerika Syarikat memberitahu CNN, kedua-dua dokumen itu dicuri di Thailand. Soal pasport yang hilang mengukuhkan dakwaan tentang kemungkinan berlakunya rampasan. | ||
Senarai Penumpang Dan Kru MH370M Posted: 08 Mar 2014 06:06 PM PST STAR ONLINE KUALA LUMPUR: Malaysia Airlines pada Sabtu menyiarkan senarai penumpang dan kru MH370 yang hilang semasa penerbangan menuju Beijing. Ia mengandungi nama, kewarganegaraan dan umur. Berikut ialah senarai penumpang penerbangan: 1. An/Wenlan, China, 65 2. Bao/Yuanhua, China, 63 3. Bai/Xiaomo, Kanada, 37 4. Bian/Maoqin, China, 67 5. Bian/Liangjing, China, 27 6. Bibynazli/MohdHassim, Malaysia, 62 7. Brodskii/Nikolai, Rusia, 43 8. Burrows/RodneyMr, Australia, 59 9. Burrows/MaryMrs, Australia, 54 10.Cao/Rui, China, 32 11.Chan/HuanpeenMr, Malaysia, 46 12.Che/Junzhang, China, 68 13.Chen/Jian, China, 58 14.Chen/ChangjunMr, China, 35 15.Chen/Wei, Malaysia, 43 16.Chen/YunMs, China, 57 17.Chew/KarmooiMs, Malaysia, 31 18.Chuang/HsiulingMs, Taiwan, 45 19.Chng/Mei, Malaysia, 33 20.Chustrak/Oleg, Ukraine, 45 21.Dai/Shuling, China, 58 22.Daisy/Anne, Malaysia, 56 23.Deineka/Sergii, Ukraine, 45 24.Di/Jiabin, China, 36 25.Dina/MohamedYunus Ramli, Malaysia, 30 26.Ding/Ying, China, 28 27.Ding/Lijun, China, 43 28.Ding/YinggMs, China, 62 29.Dong/Guowei, China, 48 30.Dou/YunshanMr, China, 61 31.Du/Wen, China, 50 32.Feng/Dong, China, 21 33.Feng/Jixin, China, 70 34.Fu/Baofeng, China, 28 35.Gan/Tao, China, 44 36.Gan/Fuxiang, China, 49 37.Gao/Ge, China, 27 38.Gu/Naijun, Australia, 31 39.Guan/HuajinMs, Malaysia, 34 40.Guan/WenjieMr, China, 35 41.Han/Jing, China, 53 42.Hashim/Noorida, Malaysia, 57 43.Hou/AiqinMs, China, 45, 44.Hou/Bo, China, 35 45.Hu/SiwanChd, China, 3 46.Hu/XiaoningMr, China, 34 47.Huang/YiMs, China, 30 48.Huang/Tianhui, China, 43 49.Hue/PuihengMr, Malaysia, 66 50.Jia/Ping, China, 32 51.Jiang/Cuiyun, China, 62 52.Jiang/Xueren, China, 62 53.Jiang/YingMs, China, 27 54.Jiao/Weiwei, China, 32 55.Jiao/Wenxue, China, 58 56.Jinghang/Jee, Malaysia, 41 57.Ju/Kun, China, 32 58.Kang/Xu, China, 34 59.Koh/Tiongmeng, Malaysia, 40 60.Kolekar/Chetana, India, 55 61.Kolekar/Swanand, India, 23 62.Kolekar/Vinod, India, 59 63.Kozel/Christian, Austria, 30 64.Lawton/CatherineMrs, Australia, 54 65.Lawton/RobertMr, Australia, 58 66.Lee/KahkinMr, Malaysia, 32 67.Lee/SewchuMDM, Malaysia, 55 68.Li/Yanlin, China, 29 69.Li/Zhi, China, 41 70.Li/Guohui, China, 56 71.Li/Hongjing, China, 20 72.Li/Jie, China, 27 73.Li/Mingzhong, China, 69 74.Li/Wenbo, China, 29 75.Li/Yan, China, 31 76.Li/Yuan, Australia, 33 77.Li/Yuchen, China, 27 78.Li/Zhijin, China, 30 79.Li/Zhixin, China, 35 80.Li/Le, China, 36 81.Liang/LuyangMr, China, 60 82.Liang/Xuyang, China, 30 83.Lim/PowchuaMs, Malaysia, 43 84.Lin/AnnanMr, China, 27 85.Lin/Mingfeng, China, 34 86.Liu/Fengying, China, 65 87.Liu/JinpengMr, China, 33 88.Liu/Qiang, China, 40 89.Liu/Rusheng, China, 76 90.Liu/Shunchao, China, 46 91.Liu/Zhongfu, China, 72 92.Lou/Baotang, China, 79 93.Lu/Jianhua, China, 57 94.Lu/Xianchu, China, 33 95.Lui/Ching, China, 45 96.Luo/Wei, China, 29 97.Ma/Wenzhi, China, 57 98.Ma/JunMr, China, 33 99.Maimaitijiang/A, China, 35 100. Mao/Tugui, China, 72 101. Maraldi/Luigi, Itali, 37 102. Maria/Mohamed Yunus Ramli, Malaysia, 52 103. MatRahim/Norfadzillah Miss, Malaysia, 39 104. Meng/Nicole Chd, USA, 4 105. Meng/Bing, China, 40 106. Meng/Fanquan, China, 70 107. Meng/Gaosheng, China, 64 108. MohdKhairulAmri/Selamat Mr, Malaysia, 29 109. MohamadSofuan/Ibrahim Mr, Malaysia, 33 110. MuhammadRazahan/Zamani Mr, Malaysia, 24 111. Mustafa/Suhaili, Malaysia, 31 112. Mukherjee/Muktesh, Kanada, 42 113. Ng/Mayli, Malaysia, 37 114. Norliakmar/Hamid, Malaysia, 33 115. Quyang/Xin, China, 38 116. Puspanathan/Subramanian, Malaysia, 34 117. Ramlan/Safuan, Malaysia, 32 118. Sharma/Chandrika, India, 51 119. Shi/Xianwen, China, 26 120. Shirsath/Kranti, India, 44 121. Sim/Kengwei, Malaysia, 53 122. Siregar/Firman, India, 25 123. Song/Feifei, China, 32 124. Song/Chunling, China, 60 125. Song/Kun, China, 25 126. Su/Qiangguo, China, 71 127. Suadaya/Ferryindra, Indonesia, 42 128. Suadaya/Herryindra, Indoensia, 35 129. Sugianto/Lo, Indonesia, 47 130. Surtidahlia/ Netherland, 50 131. Tan/Teikhin, Malaysia, 32 132. Tan/Ahmeng, Malaysia, 46 133. Tan/Weichew, Malaysia, 19 134. Tan/Chongling, Malaysia, 48 135. Tan/Sioh, Malaysia, 42 136. Tang/Xudong, China, 31 137. Tang/Xuezhu, China, 57 138. Tanurisam/Indrasuria, Indonesia, 57 139. Tee/Linkeong, Malaysia, 50 140. Teoh/Kimlun, Malaysia, 36 141. Tian/Junwei, China, 29 142. Tian/Qingjun, China, 51 143. Tong/Soonlee, Malaysia, 31 144. Vinny/Chynthyatio, Indonesia, 47 145. Wan/Hockkhoon, Malaysia, 42 146. Wang/Shouxian, China, 69 147. Wang/Shu, China, 61 148. Wang/Xianjun, China, 61 149. Wang/Chunhua, China, 44 150. Wang/Chunyong, China, 43 151. Wang/Dan, China, 54 152. Wang/Haitao, China, 26 153. Wang/Houbin, China, 28 154. Wang/Linshi, China, 59 155. Wang/Willysurijanto, Indonesia, 53 156. Wang/Yonggang, China, 27 157. Wang/Yonghui, China, 33 158. Wang/Yongqiang, China, 30 159. Wang/Lijun, China, 49 160. Wang/Ximin, New Zealand, 50 161. Wang/Rui, China, 35 162. Wang/Moheng, China, 2 163. Wattrelos/Ambre, Perancis, 14 164. Wattrelos/Hadrien, Perancis, 17 165. Wattrelos/Laurence, Perancis, 52 166. Weeks/Paul, New Zealand, 39 167. Wen/Yongsheng, China, 34 168. Wen/Hao, China, 32 169. Weng/Mei, China, 39 170. Wong/Saisang, Malaysia, 53 171. Wood/Philip, USA, 51 172. Xie/Liping, China, 51 173. Xin/Xixi, China, 32 174. Xing/FengTao, China, 36 175. Xing/Qiao, China, 27 176. Xiong/Deming, China, 63 177. Xu/Chuane, China, 57 178. Ya/Na, China, 26 179. Yan/Ling, China, 29 180. Yan/Peng, China, 29 181. Yan/Xioa, China, 27 182. Yang/Li, China, 35 183. Yang/Ailing, China, 60 184. Yang/Jiabao, China, 26 185. Yang/Meihua, China, 65 186. Yang/Qingyuan, China, 57 187. Yang/Xiaoming, China, 59 188. Yao/Jainfeng, China, 70 189. Yao/Lifei, China, 31 190. Yap/Cheemeng, China, 39 191, Yin/Boyan, China, 33 192. Yin/Yuewang, China, 21 193. Yuan/Jin, China, 63 194. Yue/Guiju, China, 51 195. Yue/Wenchao, China, 26 196. Yusop/Muzi, Malaysia, 50 197. Zang/Lingdi, China, 58 198. Zhang/Chi, China, 58 199. Zhang/Liqin, China, 43 200. Zhang/Qi, China, 31 201. Zhang/Yan, China, 45 202. Zhang/Hua, China, 43 203. Zhang/Lijuan, China, 61 204. Zhang/Na, China, 34 205. Zhang/Siming, China, 71 206. Zhang/Xiaolei, China, 32 207. Zhang/Hualian, China, 42 208. Zhang/Jianwu, China, 31 209. Zhang/Jinquan, China, 72 210. Zhang/Meng, China, 29 211. Zhang/Xuewen, China, 61 212. Zhang/Yan, China, 36 213. Zhang/Yan, China, 2 214. Zhang/Yanhui, China, 44 215. Zhang/Zhonghai, China, 43 216. Zhang/Shaohua, China, 32 217. Zhao/Gang, China, 46 218. Zhao/Qiwei, China, 37 219. Zhao/YingxinChd, China, 3 220. Zhao/Peng, China, 25 221. Zhao/Yan, Perancis, 18 222. Zhao/Zhaofang, China, 73 223. Zheng/Ruixian, China, 42 224. Zhou/Feng, China, 56 225. Zhou/Jinling, China, 61 226. Zhou/Shijie, China, 64 227. Zhu/Junyan, China, 41 Berikut ialah kru kabin dan kru teknikal penerbangan: 1. Zaharie Ahmad Shah (Kru Tek) 2. Fariq Ab Hamid (Kru Tek) 3. Patrick Francis Gomes 4. Andrew Nari 5. Goh Sock Lay 6. Tan Ser Kuin 7. Wan Swaid Wan Ismail 8. Junaidi Mohd Kassim 9. Mohd Hazrin Mohamed Hasnan 10. Ng Yar Chien 11. Foong Wai Yeng 12. Tan Size Hiang - BERNAMA HAZ SS3 NAA RS | ||
Tiada Petunjuk Tentang Pesawat MH370 Selepas Lebih 24 Jam Hilang Posted: 08 Mar 2014 06:01 PM PST MSTAR ONLINE SEPANG: Sudah lebih 24 jam pesawat MH370 Malaysia Airlines (MAS) dari Kuala Lumpur ke Beijing dilaporkan hilang, namun belum ada sebarang petunjuk mengenai pesawat itu. Walaupun belum ada perkhabaran baik mengenai pesawat itu yang membawa 239 penumpang termasuk 12 anak kapal, semua orang di seluruh dunia mengharapkan dan mendoakan keajaiban berlaku supaya kesemua mereka dapat ditemui dan pulang dengan selamat. Eksekutif Perhubungan Media dan Strategik Komunikasi MAS Malini Saudranrajan meminta semua rakyat Malaysia dan seluruh dunia mendoakan pesawat MH 370. "Sudah lebih 24 jam sejak kali terakhir saya mendengar mengenai MH370 pada 1.30 pagi. Pasukan mencari dan menyelamat masih belum dapat memutuskan di mana pesawat Boeing 777-200 berada," katanya dalam kenyataan di sini, pada 2.02 pagi Ahad. Beliau berkata misi mencari dan menyelamat antarabangsa dari Malaysia, Singapura dan Vietnam digerakkan pagi. "Pada peringkat ini, mereka gagal menemui bukti sebarang bangkai. Misi laut ini akan diteruskan semalaman manakala misi udara akan bermula semula pada waktu siang"Kami mendapatkan semua maklumat pada dan bila kami menerimanya. Situasi di Beijing juga dipantau dengan rapi," katanya. Memadangkan banyak keluarga penumpang berada di China, beliau berkata pasukan "Go Team" berlepas ke Beijing dengan sekumpulan sukarelawan untuk membantu anggota keluarga penumpang. Menurutnya saudara mara penumpang dinasihatkan supaya berkumpul di Kuala Lumpur, dan urusan serta perbelanjaan perjalanan akan ditanggung oleh MAS. "Apabila kedudukan pesawat dapat ditentukan, Malaysia Airlines akan menerbangkan anggota keluarga penumpang ke lokasi berkenaan. Keutamaan kami ialah memberikan semua bentuk bantuan kepada keluarga penumpang dan pekerja kami. "Kami bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa berkenaan dalam operasi mencari dan menyelamat ini," katanya. Malini berkata satu sidang berita akan diadakan oleh Jabatan Penerbangan Awam (DCA) di Hotel Sama Sama Hotel pada 9 pagi Ahad. Anggota keluarga penumpang MH370 boleh menghubungi talian +603 7884 1234 untuk mendapatkan maklumat lanjut atau melayari www.malaysiaairlines.com bagi maklumat terkini. - BERNAMA |
You are subscribed to email updates from DIALOG RAKYAT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan