Sabtu, 29 Mac 2014

DUNIACACAMARBA

DUNIACACAMARBA


Video Seks Aktres Pakistan dan Suami Tersebar

Posted: 29 Mar 2014 05:30 AM PDT


[HM] Islamabad: Satu video seks mempamerkan aktres Pakistan Meera dan suaminya, Navid Shahzad, juruterbang keturunan Pakistan yang menetap di Amerika Syarikat mencetuskan kontroversi selepas ia tersebar di Internet.

Sebuah mahkamah Pakistan di sini semalam mengeluarkan waran tangkap terhadap pasangan berkenaan. 

Polis diarah membawa mereka ke mahkamah pada 2 April ini berhubung video seks itu. 

Hakim mengeluarkan perintah selepas menerima petisyen yang menuduh Meera dan Navid melakukan dosa dengan merakam babak seks.

Tuduhan itu mendakwa pasangan berkenaan menyebarkan maksiat dan menggesa mahkamah menangkap mereka untuk dijadikan teladan.

David bagaimanapun berkata kes itu sepatutnya tidak timbul kerana mereka sudah berkahwin. 

Video itu dimuat naik oleh orang tidak dikenali dan tersebar di beberapa laman web sejak beberapa hari lalu. 

Akses untuk menonton video itu bagaimanapun disekat oleh Lembaga Telekomunikasi Pakistan atas permintaan Meera yang pernah berlakon dalam dua filem Bollywood. 

Meera mendakwa video itu palsu. -Agensi/29/3/14




Wanita Dirogol Bapa Mentua dengan KEBENARAN Suaminya

Posted: 29 Mar 2014 02:44 AM PDT


Sekadar hiasan.
[HM] Kaherah: Seorang wanita berusia 18 tahun yang hamil memberitahu polis dia tidak pasti sama ada bayi yang dikandungnya itu anak suami atau anak bapa mentuanya yang merogolnya.

Wanita yang berasal dari bandar Kafr Al Shaikh, utara Mesir berkata, bapa mentuanya memperkosanya selama dua tahun dengan kebenaran suaminya.

Menurutnya, lelaki tua itu memukulnya berulang kali dan setiap kali dia meminta suaminya menghentikan perbuatan bapanya itu, suaminya pula memukulnya.

Seorang jurucakap polis berkata, bapa mentua wanita itu ditahan untuk disoalsiasat.- Agensi/29/3/14


P/s: GILA!!!

Penjenayah Dibebaskan Kerana BADAN BESAR

Posted: 29 Mar 2014 02:40 AM PDT


[HM] Devon (England): Seorang penjenayah setinggi dua meter dibebaskan dari tahanan selepas hakim menyatakan katil dan pakaian seragam penjara terlalu kecil untuknya.

Jude Medcalf, 23, dari Newton Abbot melakukan jenayah selepas dia disahkan menghidap sindrom Klinefelter.

Penyakit itu mengganggu sistem tumbesarannya, menyebabkan dia terus membesar. 

Dalam satu kejadian terbaru, dia menakutkan seorang wanita dengan melepaskan tembakan menggunakan pistol tiruan melalui sebuah tingkap sebelum melarikan hadiah Krismas bernilai £30 (RM163) dan sejumlah wang daripada pejabat Perkhidmatan Kesihatan Kebangsaan England (NHS), lapor mahkamah Exeter Crown.

Mahkamah diberitahu yang Medcalf kemudiannya ditemui dengan makanan yang dicuri dari kelab The Sloop ketika kakitangannya leka.

Dia dibebaskan dari penjara selepas mahkamah mendapati dia sudah 75 hari ditahan.

Ketika dalam tahanan, dia berdepan masalah untuk menyesuaikan diri kerana tiada katil atau pakaian penjara yang muat dengannya.

Medcalf yang turut menghidap masalah kecelaruan kromosom hingga menyebabkan dia bersikap keanak-anakan dikenakan hukuman enam bulan tahanan rumah dan 12 bulan khidmat komuniti.

Pendakwa raya, Brian Fitzherbert memberitahu mahkamah Medcalf menembak teman wanitanya selepas mendapati wanita itu menghubungi polis kerana dia menyerang kereta rakannya di Torquay.

Tembakan itu bagaimanapun terkena cermin tingkap. 

"Wanita itu ketakutan. Dia tidak mengetahui pistol yang digunakan tiruan," kata Brian.

Medcalf mengaku bersalah memiliki pistol tiruan dan melakukan jenayah dengan senjata itu ketika dia mula dibicarakan. - AFP/29/3/14


Pembantu Rumah Warga Indonesia Pasrah Dipancung di Arab Saudi

Posted: 29 Mar 2014 02:37 AM PDT


Satinah Pasrah Dipancung

[HM] Semarang/Riyadh: Beberapa hari menjelang tempoh menjelaskan wang darahnya berakhir, Satinah sempat menghubungi keluarganya dengan masa yang terhad diberikan pihak penguasa penjara Al-Ghazi, Arab Saudi, baru-baru ini.

Satinah yang berasal dari Semarang berdepan dengan hukuman dipancung 3 April ini sekiranya gagal menjelaskan wang darah selepas didapati bersalah membunuh majikannya pada 2006.

Kakaknya, Paeri Al Feri Satinah berkata Satinah memberitahunya dia pasrah dan berserah kepada Tuhan mengenai nasib yang akan ditempuhnya.

Paeri ketika ditemui wartawan berkata, wanita berkenaan juga meminta supaya anaknya, Nur Afriana yang berusia 20 tahun dikahwinkan jika bersedia.

"Beritahu Nur, jika dia sudah bersedia, saya mahu dia kahwin," kata Paeri, mengulangi kata-kata Satinah kepadanya.

Menurut Paeri, Satinah turut meluahkan rasa rindu kepada keluarga dan jirannya di Susun Mrunten.

Paeri berkata, keluarga Satinah kini hanya boleh berdoa agar dia diampunkan keluarga bekas majikannya.

Satinah didapati bersalah membunuh majikan perempuannya di Gaseem, Arab Saudi serta tuduhan mencuri wang RS39,970 (RM34,000) Dia mengaku bersalah melakukan jenayah itu dan dipenjarakan pada 2009.

Hukuman pancung ke atasnya sepatutnya dilaksanakan pada Ogos 2011 tetapi ditunda tiga kali hingga 3 April depan.

Anggota keluarga majikannya sedia mengampunkannya sekiranya dia membayar wang darah RS7 juta (RM6.11 juta).

Setakat ini hanya RS4 juta (RM3 juta) dikumpulkan. untuk membantunya.

"Ramai yang membantu, termasuk kerajaan Indonesia dan Arab Saudi.

Tetapi keluarga bekas majikannya belum mahu menerima jumlah yang ada," kata Paeri.- Agensi/29/3/14


[Maklumat Gempar] Kakak Penumpang Terima "Missed Call" pada 11 dan 13 Mac & Penumpang MH370 Minta Tolong di Laman Forum

Posted: 29 Mar 2014 02:30 AM PDT



[Kelab GB] Keluarga dapat dua kali missed call Skype dari iPad milik Firman. Pihak keluarga Firman Candra Siregar, penumpang pesawat MH370, hingga ketika ini masih belum dapat menerima kenyataan dari Kerajaan Malaysia bahwa pesawat jatuh di Lautan Hindi. 

Mereka punya alasan. Seperi diungkapkan kakak kandung Firman, January Siregar, selepas dinyatakan pesawat putus hubungan 8 Mac 2014, pihak keluarganya masih mendapat panggilan melalui saluran Skype dari iPad milik Firman. 

"Saya lihat ada missed call pada tanggal 11 dan tanggal 13 Mac, dari iPad yang dipegang firman,"ujar January. 

Hal inilah yang masih meyakinkan pihak keluarga bahwa Firman dan penumpang lainnya selamat. Apalagi, hingga ketika ini tidak ditemukan apa-apa bukti berupa puing dari pesawat. 

January yang juga Ketua Persatuan Marga Siregar Kota Medan menyatakan, maklumat ini sudah diberitahukan ke pihak Kerajaan Malaysia dan pengurusan Malaysia Airlines. 

Untuk itu, kata January, pihak keluarga Firman dan keluarga penumpang berasal Indonesia telah mengirimkan petisyen agar Malaysia dan pihak penerbangan memberikan maklumat yang tepat dan telus.

"Kami juga berharap agar Kerajaan Malaysia tidak menghentikan proses pencarian hingga pesawat MH370 ditemukan," kata January. 
,br> Proses pencarian hari ini masih dilanjutkan. Namun, upasa pencarian telah terkendala akibat cuaca buruk. Mereka harus berlumba dengan waktu, kerana menurut jangkaan Biro Meteorologi Australia, cuaca hari ini diramalkan akan memburuk. 

Laporan Budi Satria, ANTV Medan Sumatera Utara 
[Terjemahan daripada VIVANEWS oleh GB] 


Maklumat Gempar yang Lain:

Philip Wood Salah Satu daripada Penumpang MH370 Minta Tolong di Laman Forum 4plebs.org


I have been held hostage by unknown military personal after my flight was hijacked (blindfolded). I work for IBM and I have managed to hide my cellphone in my ass during the hijack. I have been separated from the rest of the passengers and I am in a cell. My name is Philip Wood. I think I have been drugged as well and cannot think clearly. 



Di forum tersebut Philip sempat mengupload gambar hitam sebagai Picture Profilenya : http://img.4plebs.org/boards/pol/ima...5192158752.jpg


Spoiler for data profile picture



Dan dengan menggunakan software online Jeffrey's Exif Viewer untuk menganalisa data exif dari gambar hitam tersebut, maka data lengkap akan terlihat : 

Camera: Apple iPhone 5
Date: March 18, 2014 8:49:41PM
Location: Latitude/longitude: 7° 18' 58.3" South, 72° 25' 35.6" East
( -7.316197, 72.426544 )


br />
Sesuai dengan rentetan saksi mata yang melihat MH270


Di akhir postingan forum tersebut ada hal menarik :
"OP photo is interesting because it's not actually just a pure black picture, you can see noise if you zoom in. He is in a dark room. "
Saya jadi iseng2 kutak katik "gambar hitam" tersebut dengan photoshop memang benar ada samar-samar bayangan, tapi belum jelas benar, sedang saya analisa lebih lanjut.


Sampai saat ini saya tetap optimis penumpangnya selamat semua & dilepaskan oleh para pembajak 


Original Posted By kimbo555 
terjemahan postingan philip wood :

(tanggal : Wed Mar 19 2014 08:22:38)



(tanggal dibuatnya photo profile : 18 Maret 2014)


kamera yg digunakan :


GPS :








DAFTAR MANIFEST MH-370 :



NOTE : PHOTO PROFILE MASIH ORIGINAL KELIATANNYA


low batt mungkin gan, batrenya gak ngangkat kalo buat flash..


GPS di hp udah kebaca tuh..

yg jd pertanyaan tinggal kenapa gak sms, padahal utk internetan bisa.

ya kalo gak ada sinyal selular disana, ngapain mesti bikin pangkalan udara disana ???

ente tau, christmast island, kepulauan fiji ???
di google maps hampir gak keliatan.
tp fasilitas disana kalo ama kampung lu sih kayanya jauh banget..

[Disalin Tanpa Edit daripada Kaskus.co.id]



FBI Tidak Jumpa Bukti Kaitkan Kapten Zaharie dengan Kehilangan MH370

Posted: 29 Mar 2014 02:22 AM PDT



[HM] Kuala Lumpur: Biro Siasatan Persekutuan (FBI) tidak menemui sebarang bukti yang boleh mengaitkan juruterbang MH370 dengan kehilangan pesawat itu, lapor New York Times.

Perkara itu didedahkan dua pegawai penyiasatnya selepas FBI menyiasat cakera keras dan simulator penerbangan yang diambil dari rumah kedua-dua juruterbang MH370 di Malaysia. 

Menurut jurucakap FBI Michael Kortan, buat masa ini biro berkenaan tidak akan berkongsi maklumat kerana siasatan lanjut masih dijalankan. 

Walaupun pasukan penyiasat tertumpu kepada juruterbang pesawat MH370, namun tiada bukti menunjukkan bahawa mereka yang terlibat dalam kes kehilangan pesawat MH370.

Seorang bekas pegawai penguatkuasa undang-undang kanan berkata, sekalipun maklumat dari cakera keras milik juruterbang MH370 yang diperolehi FBI mungkin sedikit, namun informasi sedemikian mungkin dapat membantu kerajaan Malaysia dalam merungkai misteri kehilangan MH370. - NYT/29/3/14

Berkaitan:

Bekas CEO MAS kenal kapten MH370

[HM] Kuala Lumpur: Bekas Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Airlines (MAS) mempertahankan kedua-dua juruterbang yang dikaitkan dengan kehilangan pesawat penerbangan MH370 dengan menggambarkan kedua-dua mereka sebagai umat Islam yang baik.

Tan Sri Abdul Aziz Abdul Rahman (gambar), 80, yang pernah memegang jawatan sebagai CEO MAS untuk 10 tahun berkata, dia mengenali Kapten Zaharie Ahmad Shah sejak dia memasuki MAS sebagai juruterbang kadet.

Abdul Aziz berkata, dia mengenali Zaharie secara dekat dan menggambarkan dia sebagai seorang juruterbang yang hebat dan lelaki yang berbudi bahasa.

"Saya berpendapat mereka (media) membuat laporan silap dengan menyalahkan Zaharie," katanya dalam temu bual dengan CNN.

Ketika disoal mengenai Fariq Abdul Hamid, 27, Aziz berkata, dia mengenali bapa kepada Fariq, iaitu Timbalan Pengarah Jabatan Tenaga Kerja Selangor, Abdul Hamid Mat Daud.

"Fariq dan bapanya mendalami agama Islam dan kitab al - Quran secara mendalam," katanya.

CNN melaporkan Zaharie dituduh mempunyai kaitan dengan kehilangan MH370 berikutan sokongan kuatnya terhadap Pakatan Rakyat. - 29/3/14


Inmarsat: Teori MH370 'Berakhir di Lautan' BUKAN daripada Kami

Posted: 29 Mar 2014 02:18 AM PDT


[MK] Syarikat satelit yang berpangkalan di Britain, Inmarsat, berkata pihaknya tidak terbabit dalam membuat kesimpulan bahawa pesawat MH370 telah "berakhir di Lautan Hindi".

Pada malam 24 Mac lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengadakan sidang akhbar untuk mengumumkan bahawa pesawat MH370 telah "berakhir di Lautan Hindi" dengan memetik analisis data satelit Inmarsat.

Bagaimanapun, pengumuman telah membangkitkan kemarahan di

kalangan keluarga penumpang China, yang enggan menerima kesimpulan itu sehinggalah pesawat tersebut ditemui.

Jurucakap Inmarsat Jonathan Sinnatt berkata Inmarsat hanya menyediakan maklumat dan terpulang kepada kerajaan Malaysia untuk membuat kesimpulan sendiri, laporan China Daily.

"Kami menyediakan maklumat kita kepada rakyat Malaysia, dan mereka menggabungkannya dengan maklumat yang lain yang mereka ada, yang kita tidak tahu tentangnya, dan kemudian mereka membuat kesimpulan daripadanya dan membuat pengumuman mereka sendiri.

"Kami tidak terbabit dengan apa yang Malaysia umumkan, itu terpulang kepada mereka, kerana mereka melihat gambaran penuh. Kami hanya menyumbang satu set maklumat," jurucakap itu dilaporkan berkata.

Sementara itu, Reuters melaporkan Xinhua hari ini berkata sebuah pesawat China telah mengesan tiga objek yang mencurigakan di kawasan carian baru di Lautan Hindi.

Barang-barang itu masing-masing berwarna putih, merah dan oren, kata Xinhua.


Manakala Astro Awani pula memetik Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata hari ini bahawa protokol keselamatan baru di pintu masuk negara, terutamanya KLIA, sedang dikaji dan diperbaiki jika perlu.

Imigresen akan memasang APSS atau sistem pemeriksaan penumpang yang akan dilaksanakan pertengahan bulan Jun.

Bagaimanapun beliau enggan menjawab ketika ditanya mengenai protokol ruang udara, sambil berkata ia terletak di bawah Jabatan Penerbangan Awam (DCA) dan Kementerian Pengangkutan.

Mengenai pelanggaran keselamatan ruang udara kita seperti yang berlaku terhadap lencongan penerbangan MH370, Zahid berkata ia adalah satu perkara yang melibatkan Kementerian Pertahanan.

Katanya, ketika beliau menjadi menteri pertahanan, Tentera Udara diberi tanggungjawab untuk memintas apa-apa unsur asing, tetapi bukan pesawat komersial, kerana radar primary dapat mengenal pasti antara sebuah jet pejuang, pesawat tentera dan pesawat komersil. -29/3/14


Interpol TEMPELAK Zahid Hamidi

Posted: 29 Mar 2014 02:16 AM PDT



Interpol Kritik Kenyataan Zahid Bahawa Pangkalan Datanya Lembab 

[AA] KUALA LUMPUR: Agensi Polis Antarabangsa, Interpol semalam mempertahankan keberkesanan pangkalan datanya untuk menyemak pasport yang disifatkan oleh Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sebagai 'terlalu memakan masa' dan 'menyebabkan kelewatan di lapangan terbang'. 

Menurut laporan AFP, Interpol yang sebelum ini telah mengecam Jabatan Imigresen Malaysia kerana gagal memeriksa pasport penumpang pesawat MH370 dengan pangkalan datanya, mempertahankan sistemnya itu selepas Zahid berkata pangkalan data yang mengandungi maklumat tentang 40.2 juta pasport hilang, adalah "terlalu besar" dan akan menenggelamkan sistem pengurusan pangkalan data Malaysia. 

"Jika ada mana-mana pihak yang bertanggungjawab atau patut disalahkan ke atas kegagalan ini, ia hanyalah Jabatan Imigresen Malaysia," kata Interpol seperti yang dilaporkan oleh agensi berita itu. 

Interpol berkata bahawa pangkalan data itu hanya mengambil masa selama 0.2 saat untuk mendedahkan sama ada sesuatu pasport disenaraikan dalam data mereka. 

"Walaupun sesetengah negara memeriksa pangkalan data kami lebih daripada seratus juta kali setahun, pada tahun 2014 sebelum kehilangan pesawat MH370, Jabatan Imigresen Malaysia tidak menjalankan satu pun pemeriksaan pasport penumpang dengan pangkalan data Interpol. 

"Sekiranya Malaysia membuat pemeriksaan menggunakan pangkalan data Interpol, dua penumpang pesawat itu yang telah menggunakan pasport curi akan dapat dikesan hampir serta merta," dakwanya. 

Susulan kehilangan pesawat MH370 pada 8 Mac lalu, dua warganegara Iran dikesan menggunakan pasport curi untuk menaiki pesawat itu. 

Pada Rabu, Zahid memberitahu Parlimen bahawa memeriksa pangkalan data Interpol akan memakan masa yang lama untuk pegawai imigresen melakukannya dan ia juga akan menyebabkan kelewatan di lapangan terbang. 

Sebuah portal berita sebelum ini melaporkan Zahid berkata bahawa operasi Jabatan Imigresen Malaysia adalah "bertaraf dunia" apabila menjalankan kawalan di sempadan. 

Zahid juga dilaporkan berkata pegawai-pegawai imigresen yang menjaga pintu masuk Malaysia telah dilatih oleh negara-negara lain termasuk Amerika Syarikat, United Kingdom, Australia dan Kanada untuk menjalankan pemeriksaan pemprofilan dan mengesan dokumen perjalanan palsu. 

Sebarang keraguan katanya akan membawa kepada pemeriksaan kali kedua menerusi Pusat Pemeriksaan Dokumen (DEC). 

DEC juga mempunyai makmal khas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) yang digunakan oleh pihak imigresen untuk memeriksa sebarang dokumen yang meragukan sejak tahun 2007 lagi.  -  T K Letchumy Tamboo/29/3/14


Berkaitan:

Interpol: Hanya 0.2 Saat Semak Pasport Curi

[MK] HARI 22 MH370 Maklumat terbaru dan liputan terkini ketika operasi mencari pesawat MH370 diteruskan. 

Hari ini menandakan tiga minggu sejak pesawat MH370 Malaysia Airlines hilang selepas secara misterinya beralih haluan penerbangan ke Lautan Hindi dari destinasi asalnya ke Beijing. 

Semalam, dengan maklumat terbaru, pasukan yang diketuai Australia dalam mencari pesawat Boeing 777-200ER itu beralih dari tapak asalnya ke kawasan 1,100 kilometer di timur laut. 

Pasukan pelbagai negara itu yang menggunakan sepuluh pesawat dan enam kapal laut, dijangka tiba hari ini. Satelit juga sedang dihala ke kawasan baru itu. 

Lima pesawat melaporkan mengesan objek yang mencurigakan terapung di lautan, dan kapal peronda Pentadbiran Maritim China - Haixun 01 - telah ditugaskan untuk mencari dan mengutipnya. 

Pencari mempunyai sehingga kira-kira 8 April sebelum bateri pada beacon bawah air MH370 tamat tempohnya, selepas itu, usaha mencari kotak hitam pesawat tersebut akan menjadi lebih sukar. 

Pemeriksaan pasport tidak 'terlalu rumit' 

5.30 pagi: Reuters - Agensi polis antarabangsa, Interpol, semalam menolak tanggapan Malaysia bahawa pangkalan datanya untuk menyemak pasport adalah terlalu rumit. 

Interpol berkata walaupun beberapa negara lain menggunakan pangkalan data itu berjuta kali setiap tahun, tetapi Jabatan Imigresen Malaysia tidak memeriksa pasport penumpang pesawat dengan pangkalan data agensi itu sepanjang tahun ini sebelum kehilangan pesawat MH370 pada 8 Mac. 

Kenyataan agensi itu dibuat ekoran komen Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Zahid Hamidi di Parlimen Rabu lalu bahawa bebanan pangkalan data Interpol memperlahan pemeriksaan imigresen. 

Zahid berkata pangkalan data Interpol yang mengandungi data kehilangan 40.2 juta pasport adalah "terlalu besar" dan akan menjejaskan sistem pengurusan pangkalan data Malaysia. 

Akhbar Malay Mail Online memetik Zahid sebagai berkata tambahan pula, maklumat Interpol mengenai pasport yang hilang, boleh melambatkan proses pemeriksaan imigresen di kaunter. 

Interpol, yang berpangkalan di Lyon, Perancis berkata, ia hanya mengambil masa 0.2 saat untuk pangkalan datanya mendedahkan kepada pihak berkuasa sama ada pasport disenaraikan sebagai dicuri. Tidak ada negara lain yang pernah mengadu proses itu terlalu perlahan, katanya. 

"Keputusan Malaysia tidak merujuk kepada pangkalan data Dokumen Perjalanan Hilang (SLTD) Interpol sebelum membenarkan pelancong memasuki negara atau menaiki pesawat, tidak boleh dipertahankan dengan menyalahkan teknologi atau Interpol. Jika ada sebarang tanggungjawab atau untuk dipersalahkan atas kegagalan ini, ianya adalah Jabatan Imigresen Malaysia," katanya. 

Dua penumpang yang menggunakan pasport Austria dan Itali yang dicuri dapat menaiki pesawat tersebut yang hilang di ruang udara Laut China Selatan pada 8 Mac. - 29/3/14


[Video] Selepas Hampir 30 Tahun, Musa Hitam Dedah Dr Mahathir Berada di KL Ketika Peristiwa Memali

Posted: 29 Mar 2014 02:06 AM PDT

Tan Sri Musa Hitam yang dahulunya dipersalahkan dengan peristiwa Memali itu mendedahkan bahawa Tun Dr Mahathir yang terlepas kerana mengatakan beliau di China sebenarnya berada di Kuala Lumpur semasa kejadian tersebut. – Gambar diambil dari YouTube, 28 Mac, 2014.

[TMI] Selepas hampir 30 tahun peristiwa Memali berlaku, bekas timbalan perdana menteri Tun Musa Hitam mendedahkan bahawa perdana menteri ketika itu Tun Dr Mahathir Mohamad berada di Kuala Lumpur, bukannya China sebagaimana yang diberitakan sebelum ini.

Pendedahan ini dibuat sendiri oleh Musa yang juga menteri keselamatan dalam negeri ketika peristiwa itu berlaku pada 19 November 1985 yang mengorbankan 14 orang dan berpuluh yang lain cedera.

Musa mendedahkan perkara ini dalam Diskusi Politik Malaysia: Dulu dan Sekarang anjuran Kerajaan Negeri Kelantan yang diadakan di Kota Bharu malam kelmarin.

Turut serta bersama beliau sebagai panel adalah naib presiden PAS Datuk Husam Musa dan moderatornya adalah Profesor Madya Datuk Dr Mohmamad Agus Yusof.

Musa ketika menjawab soalan Agus berkata, Dr Mahathir berada di Kuala Lumpur ketika kejadian itu bahkan, "Dua tiga hari selepas kejadian itu pun dia berada di Kuala Lumpur."

Ia disambut oleh Agus dengan berkata "Oh my God," dengan nada terkejut ekoran pendedahan Musa itu kerana media melaporkan Dr Mahathir berada di China ketika kejadian itu berlaku.

"Ok, my God, our God," kata Musa menyambut kenyataan Agus sambil ketawa dengan pendedahan itu.

Dalam diskusi itu juga Musa berkata, "titik hitam dalam politik saya adalah Memali, saya cakap terus terang." Musa berkata, itulah juga yang dinyatakan beliau kepada kawan-kawanya dalam politik dan di mana-mana.

Menurut ensiklopedia bebas, Wikipedia, peristiwa Memali berlaku pada 19 November 1985. Insiden ini mengorbankan 14 orang dan berpuluh-puluh yang lain tercedera serta penahanan beratus-ratus orang.

Kesemua yang ditahan telah dibebaskan kecuali 36 orang.

Mereka ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Dalam pertempuran antara orang kampung dengan pihak polis, Ustaz Ibrahim Mahmud atau lebih dikenali dengan Ibrahim Libya terbunuh.

Polis memanggil operasi ini sebagai 'Operasi Angkara atau Operasi Hapus'.

"Ketika itu Tun Dr Mahathir Mohamad selaku Perdana Menteri Malaysia berada di China," menurut Wikipedia, dan kini baru didedahkan sebaliknya oleh Musa apabila beliau berkata ketika itu Dr Mahathir berada di Kuala Lumpur.

Peristiwa Memali berlaku apabila polis cuba menahan Ibrahim Libya di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana didakwa mengamalkan ajaran sesat.

Ibrahim pula tidak mahu menyerah diri kalau mahu ditahan di bawah ISA. Akibatnya polis merempuh perumahan Ibrahim Libya dan pengikutnya dengan kereta perisai dan mengakibatkan 14 terbunuh.

Musa dipersalahkan dengan peristiwa itu dan Dr Mahathir selaku perdana menteri terlepas kerana dia diberitakan berada di luar negara ketika itu, iaitu China.

Pendedahan Musa hari ini akan memberikan satu episod baru dalam peristiwa hitam ini.

PAS menyifatkan semua yang terbunuh sebagai mati syahid manakala Sultan Kedah Tuanku Abdul Halim menziarahi kubur Allahyarham dan pengikutnya serta menyiramkan air mawar di atas pusara mereka. – Zulkifli Sulong/28 Mac, 2014.



Berkaitan:

Peristiwa Memali: Mangsa Dakwa Dr Mahathir Jadi Dalang

[TMI] Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dikatakan berada di Kuala Lumpur, bukan di China ketika tragedi Memali berlaku. Gambar fail The Malaysian Insider.Susulan pendedahan bekas Timbalan Perdana Menteri, Tun Musa Hitam, keluarga dan mangsa tragedi Memali melahirkan rasa kesal mereka dengan penggelapan berita selama ini lalu membuat kesimpulan Tun Dr Mahathir Mohamad mungkin adalah dalang sebenar peristiwa ini dan Musa hanya kambing hitamnya.

Salah seorang mangsa, Yusof Che Mid dalam kenyataannya kepada The Malaysian Insider berkata, "Kalau begitu, bagi saya Dr Mahathir mastermind dalam kes ini."

"(Tun) Musa hanya kambing hitam sahajalah kalau begitu," kata Yusof kepada The Malaysian Insider ketika dihubungi di rumahnya di Baling.

Yusof adalah dua orang kanan Ustaz Ibrahim Libya yang cuba ditangkap oleh kerajaan ketika peristiwa pada 1985 itu.

Di Parlimen, sehari selepas kejadian, Musa ketika itu yang juga menteri keselamatan dalam negeri berkata operasi itu adalah untuk menangkap tiga "penjenayah" iaitu Ustaz Ibrahim dan dua penyokongnya, Mat Ramli Che Mid dan Yusuf Che Mid.

Bagaimanapun, Ramli dan Yusuf tidak ada di rumah Ustaz Ibrahim ketika polis menggempur rumah itu yang mengorbankan 14 nyawa.

Selepas hampir 30 tahun peristiwa Memali berlaku, Musa mendedahkan Dr Mahathir yang juga perdana menteri ketika itu berada di Kuala Lumpur, bukannya China sebagaimana yang dilaporkan sebelum ini.

Pendedahan ini dibuat sendiri oleh Musa ketika peristiwa itu berlaku pada 19 November 1985 yang mengorbankan 14 orang dan berpuluh yang lain cedera.

Musa mendedahkan perkara ini dalam Diskusi Politik Malaysia: Dulu dan Sekarang anjuran kerajaan negeri Kelantan yang diadakan di Kota Baru, malam kelmarin.

Turut serta sebagai panel ialah Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa manakala Profesor Madya Datuk Dr Mohmamad Agus Yusof bertindak sebagai moderator.

Musa ketika menjawab soalan Agus berkata, Dr Mahathir berada di Kuala Lumpur ketika kejadian itu dan berkata:"Dua tiga hari selepas kejadian itu pun dia berada di Kuala Lumpur."

Sebelum ini, semua maklumat yang disebarkan ialah Dr Mahathir berada di China ketika kejadian itu. – 29 Mac, 2014.


Memali: Pendedahan Musa Hitam Tunjuk Wajah Sebenar Dr Mahathir, Kata Pakatan

[TMI] Pendedahan bekas timbalan perdana menteri Tun Musa Hitam berhubung keberadaan Tun Dr Mahathir Mohamad di Malaysia semasa peristiwa Memali dan bukan di China seperti dipercayai selama lebih 30 tahun menunjukkan wajah sebenar ‎bekas perdana menteri itu, kata ahli Parlimen Pakatan Rakyat (PR).

Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad ‎berkata Dr Mahathir sanggup menjadikan Musa sebagai mangsa untuk dipersalahkan sedangkan bekas perdana menteri itu berada di Malaysia.

"Ia menunjukkan sikap dan perwatakan Dr Mahathir dalam soal Memali sanggup memangsakan timbalannya dan itulah jenis manusia yang masih disanjung‎ ramai.

"Inilah orang yang merosakkan sistem dan ekonomi negara sehingga kita berada dalam keadaan yang parah sekarang ini," katanya pada satu sidang media di Kompleks Karangkraf, Shah Alam hari ini.

Dalam satu diskusi di Kota Baru semalam, Musa mendedahkan bahawa Dr Mahathir berada di Kuala Lumpur, bukannya China semasa peristiwa Memali.

Pendedahan ini dibuat sendiri Musa yang juga menteri keselamatan dalam negeri ketika peristiwa itu berlaku pada 19 November 1985 yang mengorbankan 14 orang dan berpuluh yang lain cedera.

Sementara itu, Ahli Parlimen Padang Serai N Surendran berkata ini bukan kali pertama Dr Mahathir menunjukkan sikapnya yang tidak jujur dan suka memutar-belit fakta.

Katanya, Dr Mahathir perlu segera menjawab tuduhan Musa dan memberi penjelasan kepada rakyat agar kenyataan itu dapat dipastikan kebenarannya.

"Saya memang tak terperanjat kerana Dr Mahathir membuktikan banyak kali bahawa beliau bukan seorang yang jujur dan beliau arif dalam memutar-belit fakta.

"Dr Mahathir perlu jelaskan dengan segera apakah benar tuduhan yang dibuat Musa kerana rakyat berhak mengetahui perkara sebenarnya," katanya kepada The Malaysian Insider.

Surendran berkata selain Dr Mahathir, pemimpin Barisan Nasional (BN) juga perlu memberi pencerahan tentang peristiwa hitam Memali dan hubung kait mantan perdana menteri itu terhadap kekejaman kerajaan pada masa itu.

Katanya, dengan lebih banyak maklumat berhubung peristiwa Memali, rakyat dapat memahami dan menggambarkan keadaan sebenar kejadian itu.

"BN perlu memberi ulasan kerana ini melibatkan bekas perdana menteri mereka dan satu perkara yang amat serius di bawah pemerintahannya. Semua ini perlu ada penjelasan agar ada pendedahan di peringkat nasional mengenai isu Memali.

"Sampai hari ini kita tidak mempunyai penerangan yang jelas tentang peristiwa Memali sehingga Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) digunakan secara menggila bagi menangkap beratus orang dan sebagainya," katanya.

Naib presiden PKR itu turut tidak melihat tindakan mahkamah sebagai jalan terbaik bagi mendakwa Dr Mahathir selaku perdana menteri memerintah pada ketika itu.

"Undang-undang bukan penyelesaiannya tetapi pendapat awam adalah cara yang terbaik kerana perkara ini menjadi isu umum dan perlu didedahkan.

"Itu merupakan hukuman terbaik bagi mereka yang terlibat dalam perkara ini seperti Dr Mahathir dan lain-lain. Biar rakyat menilai, menghukum dan menjadi hakim dalam kes ini," katanya.

Peristiwa Memali berlaku pada 19 November 1985 mengorbankan 14 orang mangsa dan berpuluh-puluh yang lain tercedera serta penahanan beratus-ratus orang yang lain di bawah ISA.

Kesemua yang ditahan dibebaskan kecuali 36 tahanan lain.

Dalam pertempuran antara orang kampung dengan pihak polis, Ibrahim Mahmud atau lebih dikenali sebagai Ibrahim Libya terbunuh.

Peristiwa Memali berlaku apabila polis cuba menahan Ibrahim Libya di bawah ISA kerana didakwa mengamalkan ajaran sesat.

Pendedahan Musa hari ini akan memberikan satu episod baru dalam peristiwa hitam ini.

PAS menyifatkan semua yang terbunuh sebagai mati syahid manakala Sultan Kedah Tuanku Abdul Halim menziarahi kubur Ibrahim dan pengikutnya serta menyiramkan air mawar di atas pusara mereka. – Hasbullah Awang Chik/ 28 Mac, 2014.


Pegawai Tourism Malaysia Dipenjara 10 Bulan, Isteri 14 Bulan

Posted: 29 Mar 2014 01:56 AM PDT


[Bernama] Mahkamah Daerah Solna di Stockholm menjatuhkan hukuman penjara 10 bulan ke atas Pegawai Tourism Malaysia di Sweden Azizul Raheem dan 14 bulan terhadap isterinya, Shalwati Norshal kerana mendera anak-anak mereka pada Disember tahun lepas.

Pengerusi Sukarelawan Peguam Untuk Semua (Sukaguam) Datuk Khairul Anwar Rahmat, ketika dihubungi hari ini, mengesahkan perkara itu.

Katanya, beliau dimaklumkan perkara itu oleh wakil Sukaguam yang hadir di mahkamah ketika prosiding jatuh hukum terhadap pasangan berkenaan pada kira-kira 6 petang (waktu di Stockholm 11 pagi).

Khairul berkata pasangan itu berdepan hukuman penjara minimum enam bulan dan maksimum enam tahun dan berdasarkan perkembangan terkini, mereka dijangka bebas hujung tahun ini.

Kedua-duanya ditahan reman sejak 18 Disember lepas.

Beliau berkata Sukaguam akan menasihati anggota keluarga serta kerajaan Malaysia untuk mengemukakan rayuan.

Khairul berkata di bawah undang-undang Sweden, Azizul dan Shalwati mempunyai tempoh tiga minggu untuk memfailkan rayuan.

Shalwati dan Azizul didakwa mengasari dan mencabuli integriti anak-anak mereka dengan memukul serta mendera kanak-kanak terbabit di kediaman pasangan itu di SpÄnga antara 15 September 2010 dan 17 Disember 2013.

Shalwati, seorang guru yang sedang bercuti tanpa gaji, dan suaminya ditahan reman selepas memukul tangan seorang anak mereka kerana tidak bersolat.

Keempat-empat anak pasangan itu, Aishah, 14, Ammar, 12, Adam, 11 dan Arif, 7, yang sebelum ini ditempatkan di bawah jagaan keluarga angkat bukan beragama Islam di Sweden kerana kes itu, telah diserahkan kepada Kedutaan Malaysia di Stockholm pada 30 Januari lepas.

Kesemua anak pasangan itu pulang ke Malaysia pada 31 Januari lepas dan kini dijaga oleh bapa dan emak saudara mereka di Kelantan.

Sementara itu, mengikut kenyataan akhbar yang dimuat naik ke laman sesawang Mahkamah Daerah, Hakim Mattias Moller dipetik sebagai berkata Shalwati didapati bersalah mencabuli integriti anak perempuan dan anak lelaki sulungnya selain mendera dua lagi adik lelaki mereka.

Azizul pula didapati bersalah mencabuli integriti anak lelaki sulungnya dan mendera anak perempuan serta anak lelaki kedua.

Bagaimanapun, dia dibebaskan daripada sebarang pertuduhan berkaitan anak bongsunya.

Pasangan itu juga diarah membayar gantirugi kepada anak-anak mereka berdasarkan sabitan mahkamah.

Menurut kenyataan itu lagi, Moller berkata keganasan yang dilakukan pasangan itu secara relatif adalah kecil namun pertuduhan terhadap mereka membaitkan perlakuan keganasan yang sistematik dan berulang.

"Kebanyakan keganasan itu dilakukan dengan tangan namun sebatang rotan dan penyangkut baju turut digunakan," katanya.

Mahkamah itu turut memutuskan bahawa keterangan anak-anak pasangan itu boleh dipercayai dan tiada bukti yang menunjukkan mereka ingin mendatangkan mudarat kepada ibu bapa mereka dengan mereka maklumat tidak benar serta menyerahkannya kepada polis.

Moller juga berkata meskipun tiada sokongan dalam bentuk pemerhatian perubatan, butiran yang diberikan kanak-kanak berkenaan disahkan oleh keterangan saksi pendakwaan berdasarkan apa yang diberitahu anak-anak pasangan itu kepada mereka. -28/3/14


Tiada ulasan: