Rabu, 26 Mac 2014

DUNIACACAMARBA

DUNIACACAMARBA


Kassim Ahmad DITAHAN Hina Pihak Berkuasa Agama

Posted: 26 Mar 2014 02:31 AM PDT


[BH] KULIM: Cendiakawan kontroversi 'anti hadis', Dr Kassim Ahmad ditahan Penguat kuasa Pejabat Agama Daerah Kulim kira-kira jam 2.30 petang tadi di kediamannya di Kelab Golf Kulim, Kedah. 

Penahanan itu dibuat selepas Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) mengeluarkan waran tangkap terhadapnya atas pertuduhan mengikut Seksyen 9 Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah Persekutuan) 1997 iaitu menghina atau mengingkari pihak berkuasa agama. - 26/3/14

682 Lagi Berdepan Hukuman Keras di Mesir

Posted: 26 Mar 2014 01:48 AM PDT


[MK] Pemimpin Ikhwanul Muslimin yang diharamkan serta 682 lagi dibicarakan pada Selasa atas pelbagai tuduhan, termasuk membunuh.

Ia berlangsung sehari selepas lebih 500 lagi penyokong bekas presiden Mohamed Mursi dihukum mati, lapor Reuters.

Perbicaraan dan hukuman mati beramai-ramai itu – terbesar dalam sejarah moden Mesir – menandakan tindakan keras terhadap Ikhwan menjelang pilihan raya presiden yang dijangkakan dimenangi pemimpin tentera Abdel Fattah al-Sisi.

Pemimpin kanan Ikhwan, Mohamed Badie, 70, dibicarakan di mahkamah yang sama tempat 529 individu dijatuhkan hukuman mati, keputusan yang dikritik kerajaan asing dan kumpulan hak asasi.

Peguam pembelaan memulaukan sesi Selasa di mahkamah selepas mempertikaikan keadilan hakim dan larangan membuat liputan terhadap wartawan.

Protes meletus selepas perbicaraan itu bermula. Polis menembak gas pemedih mata ke arah beratus-ratus penunjuk perasaan.

Gerakan Islam menggesa rakyat Mesir mengadakan protes di seluruh negara pada hari ini.

Tindakan mahkamah Mesir itu turut dikritik Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang mendakwa ia bertentangan dengan undang-undang antarabangsa.

Turut bernada sama Kesatuan Eropah dan Amerika Syarikat. - 26/3/14



Juruterbang AirAsia X Digantung Tugas Kerana Komen Fasal MH370

Posted: 25 Mar 2014 11:57 PM PDT


[MK] Syarikat penerbangan AirAsia bertindak menggantung tugas seorang juruterbangnya ekoran kritikannya di laman sosial berhubung operasi mencari pesawat penerbangan MH370 Malaysia Airlines.

Ketua pegawai eksekutif kumpulan AirAsia Tan Sri Tony Fernandes dalam satu kenyataan menyebut, tindakan itu bagi menyiasat sama ada juruterbang yang bertugas di anak syarikatnya, AirAsia X itu melanggar polis syarikat.

"Pegawai kanan AirAsia X telah digantung tugas sementara menunggu siasatan berkenaan pelanggaran polisi syarikat dalam tulisan Facebook," katanya dalam satu tulisan di Twitter.

Sementara itu, AirAsia X pula menjelaskan, pegawai tersebut melanggar "arahan khusus" agar tidak mengulas mengenai pencarian MH370 secara terbuka.

Ketua pegawai eksekutifnya Azran Rani Osman berkata, arahan tersebut dikeluarkan untuk mengelakkan kakitangannya membuat kenyataan yang mengguris perasaan.

"(Ada) arahan khusus kepada kru kami dalam membuat komen terbuka berkenaan MH370. (Ada) tanggungjawab untuk tidak menyakitkan perasaan (orang lain)," katanya, juga di Twitter.

Ketika dihubungi, AirAsia X berkata tidak akan mengeluarkan sebarang maklumat lanjut berkenaan perkara itu.

Kenyataanya itu timbul selepas beberapa blog menyebarkan gambar didakwa sebagai tulisan juruterbang tersebut di Facebook.

Dalam tulisan itu, juruterbang berkenaan didakwa mengkritik kerajaan kerana mengumumkan penerbangan MH370 berakhir di Lautan Hindi.

"Demi (carutan)... Adakah bukti kukuh MH370 terhempas?! Tak betul jika terus buat anggapan bila anda tidak ada bukti untuk pertahankan dakwaan itu!

"Serpihan (yang disyaki)... masih tidak dipastikan dari pesawat! Tunjukkan kami bukti dan kemudian beritahu MH370 telah terhempas.

"Sehingga itu, berhenti sembunyikan fakta! Jelas sekali, walau kepada orang buta bahawa ada bertan-tan maklumat yang kerajaan tahu dan tidak mahu dikongsikan!," tulisan itu dipetik.

Malaysiakini sedang mendapatkan ulasan juruterbang berkenaan, yang difahamkan telah memadakan akaun Facebook beliau. - 26/3/14


DAP: Hukuman Mati 529 Penyokong Morsi Kejam, Mengarut

Posted: 25 Mar 2014 10:55 PM PDT


[Selangorku] SHAH ALAM, 26 MAC: DAP menentang dan mengutuk keras tindakan tidak berperikemanusiaan mahkamah Mesir yang menjatuhkan hukuman mati terhadap lebih 500 penyokong bekas Presiden, Dr Mohamed Morsi.

Strategis Pilihan Raya DAP, Dr Ong Kian Ming, berkata hukuman mati beramai-ramai terbesar dalam sejarah itu bukan sahaja kejam tetapi mengarut.

Katanya, hukuman berkenaan dijatuhkan dalam keadaan tergesa-gesa dalam sesi perbicaraan yang sangat pincang.

"Adalah sangat merepek apabila hukuman dengan magnitud sebegini boleh dijatuhkan hanya selepas perbicaraan beramai-ramai selama dua hari bersabit kematian seorang anggota polis.

"Pihak pembelaan juga dilaporkan tidak diberi akses kepada bahan bukti, bahkan defendan dan peguam mereka juga tidak dibenarkan hadir ke mahkamah ketika hukuman," katanya dalam satu kenyataan.

Pada 24 Mac lalu, sebuah mahkamah di Minya, Kaherah menjatuhkan hukuman mati terhadap 529 penyokong Morsi yang juga anggota Ikhwanul Muslimin selepas hanya dua sesi perbicaraan dijalankan.

Hukuman itu juga dilaporkan dilakukan dalam keadaan peguam tertuduh mengadu tidak diberi peluang membentangkan hujah mereka.

Sehubungan itu, Kian Ming yang juga Ahli Parlimen Serdang berkata, perkembangan terbaru di Mesir itu seakan memberi petanda negara Arab itu akan kembali ke zaman pemerintahan diktator, Hosni Mubarak.

"Saya menggesa Kerajaan Pusat mengutuk tindakan kerajaan Mesir dan sistem mahkamah negara itu yang menindas rakyat sendiri," tegasnya. - Lizawati Madfa/26/3/14


P/s: Apa pandangan UMNO? Setakat ini hanya PAS yang mengecam dan menggutuk keras hukuman terhadap anggota Ikhwanul Muslimin.

Sebagai rakyat kita menggesa kerajaan Malaysia mengutuk dan mengambil tindakan diplomatik terhadap Rejim El- Sisi di Mesir

[PANAS] Selepas MAS, Pesawat Malindo Terpaksa Berpatah Balik Kerana Kebakaran Enjin

Posted: 25 Mar 2014 08:45 PM PDT


[MK] Sebuah pesawat Malindo Air dalam perjalanan dari Subang ke Kuala Terengganu terpaksa berpatah balik sejurus selepas berlepas kerana kebakaran enjin dalam kejadian pagi ini.

Kesemua penumpang penerbangan, termasuk pasukan bolasepak Liga Super Terengganu bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan dalam penerbangan jam 7.30 pagi itu.

Malindo Air dalam satu kenyataan menyebut kejadian itu berlaku ketika pesawat itu mendaki pada ketinggian 7,000 kaki.

"Sistem pengesan kebakaran diaktifkan dan krew operasi serta-merta melaksanakan semakan kecemasan seperti prosedur operasi standard dalam situasi ini," kenyataan itu dipetik.

Satu kenyataan di laman web Terengganu FA menyebut, pasukan pemain itu menaiki penerbangan ganti ke Kuala Terengganu pada jam 10 pagi ini.

Mereka baru pulang selepas menewaskan pasukan Angkatan Tentera Malaysia di Stadium Selayang semalam. - 26/3/14


Mutu Pendidikan Malaysia Lebih Membimbangkan - Pakar Ekonomi Bank Dunia

Posted: 25 Mar 2014 07:27 PM PDT


Pakar ekonomi Bank Dunia Dr Frederico Gil Sander menegaskan mutu pendidikan Malaysia yang jatuh merudum lebih membimbangkan berbanding kedudukan kewangan negara. – Gambar The Malaysian Insider oleh Najjua Zulkefli, Mac 25, 2014

[TMI] Pakar ekonomi Bank Dunia Dr Frederico Gil Sander menegaskan mutu pendidikan Malaysia yang jatuh merudum lebih membimbangkan berbanding kedudukan kewangan negara.

Pencapaian buruk Malaysia dalam keputusan Program Penilaian Antarabangsa Pelajar (Pisa) lalu bukan suatu petanda baik, kata Frederico.

"Malaysia patutnya bimbang dengan tahap prestasi murid-murid dalam sekolah berbanding prestasi murid-murid di Vietnam kerana mereka lebih miskin daripada Malaysia tapi tahap pendidikan lebih baik berbanding Malays," kata Frederico dalam forum yang dianjurkan Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (Pemandu) hari ini di Damansara.

Malaysia hanya berjaya berada di kedudukan ke-52 daripada 65 negara dalam ranking keputusan Pisa.

Malah, Vietnam berada di tangga ke-17 dalam kajian itu dengan markah 511 manakala Shanghai-China mendapat 613 untuk mendapat tempat pertama dalam ranking itu.

"Murid-murid di kawasan pendalaman Vietnam, prestasi mereka lebih tinggi daripada murid-murid Malaysia.

"Ini akan memberi kesan terhadap pembangunan aset sumber manusia Malaysia," kata pakar ekonomi kanan Bank Dunia itu.

Frederico berkata pihak sekolah perlu diberikan lebih autonomi dan kuasa yang lebih untuk menangani masalah pembelajaran setempat.

Pisa merupakan sebuah program penarafan mutu pendidikan di sekolah yang dikendalikan oleh OECD (Organisation for Economic Corporation and Development) bagi pelajar 15 tahun yang melibatkan negara dari seluruh dunia.

Ia menguji kemampuan dan penguasaan pelajar dalam tiga bidang utama iaitu membaca, matematik dan sains.

Pisa menjadi piawaian antarabangsa yang digunakan untuk menilai keberkesanan dan mutu sistem pendidikan sekolah di dunia.

Purata min skor ialah 494 dan kajian itu menguji 510,000 pelajar tahun lalu merangkumi tiga bahagian peperiksaan – matematik, sains dan keupayaan membaca. Malaysia memperolehi min skor 421.

Pelajar Malaysia dikatakan mendapat pencapaian yang teruk dalam bahagian membaca dengan skor 398 (purata:496), bahagian matematik, Malaysia mendapat 421 (purata:494) dan sains, 420 (purata:501). – Md Izwan/25 Mac, 2014.


Bapa Penumpang MH370 Cari Maklumat, Mungkin Permulaan SAMAN - Media

Posted: 25 Mar 2014 07:00 PM PDT


[TMI] Bapa kepada seorang penumpang pesawat MH370 yang hilang memfailkan permohonan kepada Mahkamah Amerika Syarikat semalam, memohon 26 jenis maklumat dan rekod daripada syarikat penerbangan dan pembuatnya Boeing, lapor Bloomberg.

Permohonan itu dibuat oleh Januari Siregar - bapa kepada penumpang Indonesia, Firman Chandra Siregar - yang difailkan di Mahkamah Negeri Illinois di Chicago, boleh jadi menjadi permulaan kepada tindakan saman.

Ia difailkan oleh sebuah syarikat guaman yang berpangkalan di Chicago, Ribbeck Law Chartered bagi pihak Januari.

Bapa itu memohon 26 jenis maklumat, termasuk data yang memungkinkan kecacatan pesawat buatan Boeing 777-200 ER atau komponennya, cara syarikat penerbangan melatih kakitangannya dan maklumat berkaitan kargonya, lapor Bloomberg.

Rakan kongsi firma guaman itu, Monica Kelly dipetik sebagai berkata, Januari menuntut "kemungkinan kelemahan reka bentuk dan pembuatan yang menyumbang kepada kemusnahan ini."

Pesawat MKH370 hilang daripada radar selepas berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) menuju Beijing dengan 239 penumpang dan anak kapal.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata Isnin lalu kemungkinan pesawat itu berakhir di selatan Lautan Hindi, tanpa ada yang selamat.

Keluarga mangsa di Beijing mengkritik kerajaan Malaysia kerana membuat kesimpulan pesawat ini berakhir di Lautan Hindi tanpa ada yang selamat dengan berkata, belum sampai waktunya kerana tiada sebarang serpihan ditemui hingga kini.

Najib sebelum ini berkata, kesimpulan itu dicapai berdasarkan data satelit daripada Inmarsat.

Firma guaman itu berkata, petisyen mendapatkan bukti itu juga yang dibuat ketika permulaan tindakan saman ke atas Penerbangan Asiana selepas terhempas di lapangan terbang San Francisco yang mengorbankan tiga orang dan mencederakan 181 penumpang yang lain pada 6 Julai tahun lalu, lapor Bloomberg.

"Itulah kebiasaannya kita memulakan proses," kara Mervin Mateo, jurucakap firma itu sebagaimana yang dipetik semalam:"Kami mempunyai pakar tersendiri dalam penyiasatan ini."

"Jika bangkai tidak ditemui, kita akan ada sedikit bukti sahaja atau tiada langsung, tindakan akan bergantung kepada siasatan firma dan maklumat berdasarkan kemalangan kapal terbang yang lepas.

"Kami fikir mungkin ada sesuatu yang tidak kena kepada pesawat dan latihan kepada juruterbang," kata Mateo, tanpa menolak kemungkinan rampasan atau sebab lain sehingga menghilangkan pesawat itu.

Saman terhadap Asiana masih berjalan selepas firma guaman memohon kes itu dipindahkan ke mahkamah negeri. Boeing sebelum ini memindahkan kes itu kepada mahkamah persekutuan, dengan hujah laluan penerbangan itu adalah di atas air yang dikuasai oleh pihak berkuasa persekutuan.

Boeing, kata Bloomberg, tidak mahu memberikan sebarang komen manakala MAS belum memberikan maklum balas.

Juga ada laporan yang mengatakan keluarga boleh menerima sekurang-kurangnya US$175,000 (RM578,025) atau lebih pampasan daripada MAS berdasarkan Konvensyen Montreal 1999.

Persetujuan antarabangsa menetapkan syarikat penerbangan perlu membayar pampasan kepada setiap penumpang yang mati atau cedera dalam kemalangan, walaupun sebabnya tidak diketahui.

Jika syarikat penerbangan tidak boleh menunjukkan satu-satunya punca pesawat hilang kerana pihak lain, seperti pembuatnya atau pengganas, tanggungannya berdasarkan ketetapan itu adalah lebih tinggi, kata laporan itu.

Penuntut juga dikatakan akan mempunyai peluang lebih besar jika boleh menarik kes ini ke Amerika, di mana "pampasan dan penyelesaiannya akan lebih besar berbanding negara Asia".

"Semua orang mahu pergi ke Amerika," kata seorang peguam firma guaman New York, Dorothea Capone kepada Bloomberg. – 26 Mac, 2014.

MH370: Mengapa Kesimpulan Selepas 12 Hari?

Posted: 25 Mar 2014 06:58 PM PDT


[MK] Pemasaan perdana menteri mengumumkan lokasi terakhir MH370 di Lautan Hindi malam tadi menjadi persoalan dalam sidang media oleh pihak berkuasa Malaysia hari ini.

Wartawan China mempersoalkan kenapa Malaysia membuat kesimpulan itu hanya dibuat malam tadi walaupun data satelit dikatakan diperoleh sejak 12 Mac.

Pasukan siasatan berkata, mereka tiada niat menangguhkan dan masa itu diperlukan untuk membuat analisis dan mengukuhkan bukti.

Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, data satelit sahaja tidak konklusif seperti ditunjukan ketika kajian ditumpukan di Laut China Selatan.

"Kami terima data satelit dari China yang menunjukkan (serpihan) di Laut China Selatan (dan) mengarahkan semula pencarian kami di kawasan yang sudah dibuat, dan ia negatif," katanya.

Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam (DCA) Datuk Azharuddin Abdul Rahman menambah, data satelit yang diterima pada 13 Mac perlu dianalisis, ia satu-satunya siri "handshake" – isyarat antara pesawat dan satelit. - 25/3/14


Tiada ulasan: