Rabu, 26 Mac 2014

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


Selepas CEO MAS, Siapa Lagi Perlu Letak Jawatan?

Posted: 26 Mar 2014 04:12 AM PDT

shahbudindotcom


Ketua Pegawai Eksekutif atau CEO MAS, Ahmad Jauhari Yahya telah menunjukkan ketinggian moralnya sebagai pemimpin korporat dengan membayangkan akan meletakkan jawatannya apabila segala urusan berkaitan tragedi kehilangan pesawat MH370 yang dikesan hilang di selatan Lautan Hindi, berakhir.

Adakah saya akan akan meletakkan? Ini adalah keputusan peribadi yang akan dilakukan selepas ini apabila segala-galanya selesai, demikian beliau dilaporkan berkata dalam sidang media semalam.

Ahmad Jauhari bukan saja menyifatkan tragedi MH370 ini membuatkan seluruh jiwanya luluh kerana mengakibatkan kehilangan 239 nyawa, menyebabkan tangisan ribuan anggota keluarga serta kesedihan berjuta yang lain di seluruh dunia, malah ketika Perdana Menteri, Najib Razak mengumumkan pesawat itu dikesan hilang di sebuah kawasan terpencil di Lautan Hindi dan tiada yang terselamat berdasarkan analisa satelit Immasat dan Bahagian Penyiasatan Nahas Udara United Kingdom, beliau memilih untuk tidak berada di atas pentas.

Yang ada menenami Perdana Menteri diatas pentas hanyalah Pemangku Menteri Pengangkutan, Hishammuddin Hussein dan Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam, Azharuddin Abdul Rahman. Tragedi ini membuatkan Ahmad Jauhari hilang segala kekuatan dan akhirnya ketika dipeluk oleh beberapa VIP lain, airmata jelas menggenangi kelopak matanya.

Sejak peristiwa kehilangan MH370 ini melanda pula, wajah sedihnya jelas dapat dilihat setiap hari ketika muncul dalam sidang akhbar.

Tindakan meletak jawatan atas sesuatu musibah adalah reaksi terpuji dan bermoral tinggi, bukan saja menandakan sikap pertanggungjawaban tetapi juga pernyataan ingin berkongsi kesedihan dengan waris-waris mangsa. Dengan kesediaan kehilangan jawatan setelah urusan mencari bangkai pesawat, mayat penumpang (jika ada), urusan kebajikan serta ganti rugi dibereskan, sekurang-kurangnya kesedihan dan derita jiwa waris penumpang MH370 dapat diminimakan.

Waris mangsa pula tentunya merasakan kesedihan mereka bukan saja dikongsi dengan airmata tetapi kehilangan orang-orang tersayang bagai ingin turut dirasai oleh mereka yang sanggup mengorbankan jawatan itu. Sebab itu, kenyataan CEO MAS mahu meletakkan jawatan di ketika yang sesuai nanti dan setelah segala-galanya selesai, adalah tindakan terpuji yang hanya mampu dilakukan oleh mereka yang berintergeriti tinggi.

Ia seperti dalam bolasepak, apabila sesebuah pasukan itu merudum prestasinya dan ditimpa musibah kegagalan memenangi trofi, kesedihan dan kemarahan penyokong yang setia memenuhi stadium hanya akan terubat dengan pengurus pasukan sanggup meletakkan jawatannya.

Tetapi dalam kes kehilangan pesawat MH370 ini, ia bukan saja merupakan bencana kepada MAS tetapi juga malapetaka kepada negara. Insiden ini bukan saja menyebabkan negara kita dikecam dalam menguruskan krisis dan menyalurkan maklumat sehingga dikritik oleh beberapa negara, media antarabangsa dan waris mangsa, malah turut berlakunya tunjuk perasaan di luar negara dan memungkinkan hubungan diplomatik antara negara terjejas.

Memandangkan dua pertiga daripada penumpang MH370 adalah warga China, kemarahan mereka terlihat nyata sekali. Waris dan anggota keluarga penumpang dari China ini menyelar kerajaan kita kerana tidak telus dan lambat menyalurkan maklumat serta terdapat juga yang menganggap sikap kerajaan yang tidak cekap adalah "pembunuh sebenar" dalam tragedi ini.

Keadaan ini bukan saja menyebabkan hubungan antara negara terjejas, tetapi juga menyebabkan persepsi buruk rakyat negara China terhadap kita. Sudah tentu juga, untuk tempoh tertentu, kedatangan pelancong daripada China yang merupakan sasaran utama Tahun Melawat Malaysia tahun ini, akan merudum dengan teruknya. Tunjuk perasaan warga China di hadapan kedutaan Malaysia di Beijing tidak seharusnya dipandang ringan dari segi kemungkinan mendatangkan kesan yang lebih buruk kepada negara.

Kejadian yang sama juga mungkin memberi kesan persepsi kepada banyak negara lain yang akhirnya turut menjejaskan kemasukan pelaburan dan kedatangan pelancong.

Sebab itu, jika CEO MAS, Ahmad Jauhari sudah menunjukkan sikap terpuji dan ketinggian moralnya demi memastikan masa depan MAS terus terjamin, pimpinan negara juga seharusnya berbuat tindakan yang sama. Sudahlah sehingga ini tiada pernyataan maaf daripada pimpinan negara kepada waris-waris mangsa atas tragedi ini, keinginan untuk memikul tanggungjawab moral dan berkongsi kesedihan dengan mereka yang kehilangan orang-orang tersayang juga tidak ternampak kelibatnya.

Sekadar menyatakan rasa sedih dan dukacita barangkali tidak cukup memadai, pimpinan negara seharusnya juga menunjukkan jiwa yang lebih besar daripada itu dengan mengambil kira banyak aspek kelemahan serta kesan tragedi ini kepada masa depan negara.

Dalam konteks pimpinan negara, orang yang paling sesuai memikul tanggungjawab moral ini ialah Perdana Menteri sendiri selaku CEO kepada negara. Dengan kesediaan mengorbankan jawatannya, Najib dapat menunjukkan kepada dunia bahawa beliau juga memikul tanggungjawab moral atas tragedi ini serta keinginannya untuk berkongsi kesedihan dengan ramai orang yang tidak henti-henti menangis sejak bermulanya peristiwa kehilangan pesawat ini diketahui.

Lebih dari itu, tindakan meletakkan jawatan juga dapat mengangkat semula air muka Malaysia dan memulihkannya daripada persepsi buruk antarabangsa.

Malindo Air: Saksi dengar bunyi letupan sebelum enjin terbakar

Posted: 26 Mar 2014 04:08 AM PDT

THE MALAYSIAN INSIDER

 
Seorang penumpang pesawat Malindo Air yang sebuah enjinnya terbakar ketika dalam penerbangan dari Subang ke sini hari ini, berkata beliau terdengar bunyi letupan sebelum melihat api di bahagian itu.

"Saya hanya mampu berdoa agar tiada perkara buruk menimpa kami," kata Mohd Fazi Subri, pemain tengah pasukan bola sepak Terengganu, iaitu antara 53 penumpang penerbangan itu. 

Beliau yang ditemui pemberita sejurus tiba di Lapangan Terbang Sultan Mahmud di Kuala Terengganu, berkata kejadian berlaku ketika pesawat baru sahaja berlepas dari Lapangan Terbang Subang.

"Kesemua penumpang agak panik namun sikap profesional kru serta juruterbang berjaya mengawal keadaan," katanya.

Malindo Air dalam satu kenyataan di Kuala Lumpur mengesahkan kejadian dan memberitahu pesawat itu berpatah balik ke Lapangan Terbang Subang serta mendarat dengan selamat. Tiada kecederaan dilaporkan.

Kejadian berlaku ketika pesawat itu berada di ketinggian 7,000 kaki setelah berlepas dari lapangan terbang berkenaan pada 7.30 pagi.

Menurut pemain pertahanan pasukan, Mohd Zubir Azmi pula, selepas selamat mendarat mereka pada mulanya mahu pulang ke Terengganu dengan menaiki bas kerana takut dengan kejadian yang dilalui.

"Akan tetapi pihak syarikat penerbangan memberi kami penerbangan ganti yang berlepas 11.15 pagi tadi," katanya.

Pasukan Terengganu ketika itu dalam perjalanan pulang selepas perlawanan menentang pasukan ATM di Stadium Selayang semalam. Terengganu membenam ATM 3-0.

Sementara itu seorang penumpang warga asing, Dietmar Gierlich, 31, memuji sikap anak kapal yang begitu profesional dalam menangani krisis tersebut.

"Mereka juga bertindak pantas. Penumpang lain juga memberi kerjasama yang baik menyebabkan semuanya berjalan lancar," katanya yang ke sini atas urusan kerja.

Beliau juga menegaskan insiden itu tidak akan menghalangnya menggunakan perkhidmatan syarikat berkenaan pada masa hadapan.

"Situasi itu boleh berlaku kepada sesiapa atau mana-mana kapal terbang di dunia ini," katanya. - Bernama,

Lebih ramai hubungi firma guaman Chicago untuk saman Boeing dan MAS

Posted: 26 Mar 2014 04:04 AM PDT


THE MALAYSIAN INSIDER


Wakil daripada Ribbeck Law Chartered di Amerika Syarikat pada sidang media di Hotel Hilton Kuala Lumpur. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 26 Mac, 2014.Wakil daripada Ribbeck Law Chartered di Amerika Syarikat pada sidang media di Hotel Hilton Kuala Lumpur. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim


Lebih ramai keluarga penumpang MH370 menghubungi firma guaman yang berpangkalan di Chicago untuk membantu mereka memfailkan saman terhadap pembuat pesawat itu, Boeing dan Malaysia Airlines (MAS) kerana yakin tragedi berlaku kerana kegagalan mekanikal.

Keluarga – dari China, Malaysia dan Indonesia – adalah yang terakhir menghubungi Ribbeck Law Chartered, iaitu pakar undang-undang penerbangan, selepas firma itu memfailkan petisyen penemuan dalam Mahkamah Negeri Circuit of Cook, Illinois, bagi pihak Dr Januari Siregar yang hilang anak berusia 25 tahun apabila pesawat MH370 terhempas.

Dr Januari yang juga seorang peguam, menghubungi Ribbeck kerana dia bekerja dengan mereka semasa pesawat Garuda Indonesia terhempas lima tahun lalu.

Petisyen itu bertujuan untuk mendapatkan rekabentuk dan pembuatan bermasalah yang mungkin menyebabkan tragedi melibatkan 239 penumpang dan anak kapal di atas pesawat itu.

Seramai 239 penumpang di atas pesawat itu termasuk 153 warganegara China dan 12 anak kapal yang semuanya rakyat Malaysia.

Pemfailan ini, kata Ketua Litigasi Penerbangan Global Ribbeck, Monica Kelly, adalah tindakan pra-litigasi untuk mengenalpasti pihak yang bertanggungjawab dalam tragedi itu.

Boeing dinamakan sebagai defendan pertama manakala MAS, sebagai syarikat penerbangan dinamakan sebagai defendan kedua.

"Kami yakin kedua-dua defendan bertanggungjawab ke atas tragedi pesawat MH370," kata Kelly.

Beliau mendedahkan, pihak yang terlibat mempunyai masa 30 hari untuk menjawab petisyen ini, di mana selepas ini firma itu akan memfailkan saman bernilai jutaan ringgit bagi pihak keluarga terhadap mereka yang bertanggungjawab.

"Kami jangka akan mewakili lebih 50% daripada keluarga penumpang yang berada di atas pesawat itu," tambahnya.

"Keluarga nampanya menerima hakikat bahawa pesawat itu terhempas dan mereka sedia menerima punca sebenar mengapa ia berlaku dan tindakan ini akan memberikan mereka maklumat.

"Kami akan buktikan kegagalan mekanikal dalam rekabentuk pesawat adalah punca kapal terbang ini terhempas," katanya.

MH370, pesawat Boeing 777-200ER,  hilang daripada radar pada 8 Mac selepas terbang dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur ke Beijing.

Selepas 17 hari pencarian, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan berdasarkan bukti baru, pesawat MH370 itu berakhir di selatan Lautan Hindi, tenggara Perth, Australia, tanpa ada yang terselamat.

Bagaimanapun, tiada sebarang cebisan ditemui sehingga kini walaupun beberapa satelit berjaya merakam objek di kawasan dinyatakan.

Ahli Parlimen PAS gesa kerajaan guna hubungan diplomatik desak kerajaan Mesir

Posted: 26 Mar 2014 04:02 AM PDT

OLEH DIYANA IBRAHIM


Ahli Parlimen PAS hari ini mendesak kerajaan menggunakan hubungan diplomatiknya dalam memberi tekanan kepada Mesir di atas tindakan mahkamah negara itu menjatuhkan hukuman mati ke atas 529 ahli Ikhwan Muslimin.

Ahli Parlimen Temerloh Nasruddin Hassan (gambar) berkata, ‎isu seperti ini tidak sepatutnya dipandang remeh kerana ia melibatkan pencabulan demokrasi, keadilan termasuk melibatkan negara Islam.

"Ini solidariti kita bersama rakyat Mesir bahawa ini sudah melampaui dan melanggar hak asasi manusia," katanya pada sidang media di Parlimen hari ini.

Beliau menyokong pendirian Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam meningkatkan tekanan diplomatik  ke atas kerajaan Mesir termasuk menggantung keahlian negara tersebut di dalam Liga Arab, Pertubuhan Bangsa Bersatu PBB dan Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC).

"Ini sempena mencontohi tindakan kesatuan Afrika yang menggantung keahlian Mesir kerana tindakan rejim menceroboh demokrasi dan membunuh rakyatnya sendiri," katanya.

Beliau juga memberitahu PAS sudah menyerahkan memo bantahan kepada pihak Kedutaan Mesir di Kuala Lumpur bagaimanapun mendapat sambutan dingin daripada duta tersebut.

Katanya PAS tidak dibenarkan bertemu duta Mesir di Malaysia dan hanya boleh menyerahkan memo tersebut melalui pegawai keselamatan.

Ahli Parlimen Idris Ahmad berkata, tindakan kedutaan itu secara tidak langsung menggambarkan sikap kejam negara tersebut.

"Kita tidak disambut dengan ‎baik, dihalang oleh pegawai keselamatan dan ini menunjukkan bahawa mereka langsung tidak mempedulikan keadilan," katanyya.

Dalam memo bantahan yang diserah kira-kira jam 11.30 tengahari itu antaranya menuntut Mesir membatalkan keputusan mahkamah tersebut selain melepaskan segala tahanan yang bermotifkan politik termasuk melepaskan kumpulan 529 ahli Ikhwan.

"Kita juga mendesak agar kajian bebas terhadap pentadbiran undang-undang dilakukan agar mahkamah lebih bebas dan telus daripada pengaruh politik rejim," katanya.

Kami anggap pusingan ‘U’ MH370 arahan menara kawalan, timbalan menteri pertahanan beritahu Parlimen

Posted: 26 Mar 2014 04:00 AM PDT

THE MALAYSIAN INSIDER

 
Pihak tentera tidak mengambil tindakan apabila melihat pesawat yang tidak dikenali di radar tentera kerana menganggap pusat kawalan trafik Subang yang mengarahkan pesawat itu membuat pusingan 'U', kata Timbalan Menteri Pertahanan Datuk Abdul Rahim Bakri (gambar) kepada Parlimen hari ini.

"Ia memang dikesan di radar kami, tetapi pusingan U itu dibuat oleh pesawat yang tidak merbahaya dan kami fikir boleh jadi ia adalah arahan menara kawalan. Pesawat yang tidak merbahaya memang melalui melalui ruang udara negara pada 8 Mac," katanya ketika membuat penggulungan  perkara yang dibangkitkan oleh ahli-ahli Parlimen ketika membahas titah Yang di-Pertuan Agong.

Malaysia teruk dikritik selepas mendedahkan radar tentera mengesan satu pesawat yang tidak dikenali – sekarang disahkan sebagai pesawat MH370 – tetapi tidak mengambil sebarang tindakan.

Dalam laporan sebelum ini, BBC berkata, ia menimbulkan tanda tanya manakala bekas juruterbang Tentera Udara Diraja British dan penganalisa angkasa Andrew Brookes berkata, kerajaan dan tentera udara mempunyai isu yang serius untuk ditangani.

Saya akan tapis internet kalau jadi PM semula, kata Dr Mahathir

Posted: 26 Mar 2014 03:55 AM PDT


OLEH MD IZWAN


Tun Mahathir Mohamad semasa menyampaikan ucapan penutup pada Seminar Perdana PDRM Sempena Hari Polis ke-207 di Maktab PDRM, Cheras. – Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 26 Mac, 2014.Tun Mahathir Mohamad semasa menyampaikan ucapan penutup pada Seminar Perdana PDRM Sempena Hari Polis ke-207 di Maktab PDRM, Cheras. – Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari,


Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir berjanji akan menapis internet jika dilantik semula untuk memerintah Malaysia.

Dr Mahathir mengakui menyesal apabila pernah berjanji tidak akan menapis internet semasa memegang tampuk kuasa suatu ketika dahulu.

"Kalau saya jadi perdana menteri semula, perkara pertama saya lakukan ialah menapis internet.

"Sudah sampai masa kita menapisnya," kata Dr Mahathir semasa menyampaikan ucapan penutup pada Seminar Perdana Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Cheras hari ini.

Kenyataan Dr Mahathir berkemungkinan susulan tekanan yang dihadapi parti pemerintah Barisan Nasional (BN) beberapa tahun kebelakangan ini, khususnya menerusi pelbagai platform media alternatif di internet.

Pembangkang Pakatan Rakyat (PR) dilihat lebih ke depan berbanding kerajaan BN, keputusan Pilihan Raya Umum ke-13 yang menyaksikan majoriti kepada BN merudum juga disumbangkan penguasaan pembangkang di dalam internet.

Internet juga menjadi alternatif kepada media arus perdana yang sekian lama dikuasai oleh Umno dan BN.

Dr Mahathir mengakui menyesal kerana membuat perjanjian sebelum ini supaya internet tidak akan ditapis.

Menurutnya internet menyumbangkan kepada masalah sosial dan kadar jenayah yang meningkat kebelakangan ini.

"Walaupun saya bagi pengakuan kepada penasihat Koridor Raya Multimedia (MSC) semasa saya masih jadi perdana menteri, di mana saya bagi pengakuan kita tidak akan tapis internet.

"Pada masa itu saya tidak tahu apa yang boleh datang daripada internet," kata beliau.

Dr Mahathir berkata, kerajaan mampu dan mempunyai kepakaran untuk menapis internet, menyifatkan ia penting supaya rakyat tidak terdedah dengan pengaruh buruk yang boleh didapati dalam internet.

"Kita boleh tapis. Sebenarnya di Jerman mereka awal-awal lagi menapis internet. Kita boleh lakukannya, kita ada teknologi itu.

"Belanjalah sikit tapi hasilnya lebih baik kerana orang kita tidak akan terdedah dengan pengaruh yang buruk seperti ini termasuklah keganasan dalam wayang dan televisyen," kata Dr Mahathir.

Dr Mahathir tidak menolak penapisan internet akan mengundang kritikan pelbagai pihak, malah Malaysia akan dikecam sebagai sebuah negara tidak demokratik tetapi langkah itu perlu demi memastikan keselamatan negara terpelihara.

"Kalau dunia kata kita tidak moden, tidak demokratik, itu mereka nak kata, mereka katalah.

"Ini bukan negara mereka.  Ini negara kita dan kita berhak untuk menjaga keselamatan dalam negara," kata beliau.

Dr Mahathir, yang menjadi perdana menteri selama 22 tahun hingga 2003, pernah berjanji Malaysia tidak akan menapis Internet untuk menarik pelabur membangunkan MSC. – 26 Mac, 2014.

Dalam majlis sama, Dr Mahathir juga menegaskan kebebasan perlu dikawal kerana rakyat masih tidak berdisiplin dan masih terlalu muda dalam mengamalkan demokrasi.

"Kita sudah lima demokrasi dan demokrasi kita masih muda, rakyat belum tahu bagaimana mengawal diri, tak tahu mendisiplinkan diri.

"Mereka hanya ingin menggunakan kebebasan demokrasi tanpa perasaan bertanggungjawab," kata Dr Mahathir.

Kesatuan pekerja KTMB gesa Najib singkirkan presiden KTMB

Posted: 26 Mar 2014 03:51 AM PDT

Prestasi KTMB di bawah pimpinan Presiden Datuk Elias Kadir semakin menjunam dan telah hilang keyakinan dari pimpinan tertinggi. 

ktmb


PETALING JAYA: Kesatuan Pekerja-Pekerja Keretapi Tanah Melayu Berhad (KPPKTMB) menggesa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak  menamatkan khidmat Presiden Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) Datuk Elias Kadir untuk menyelamatkan KTMB dari terus merudum.

Dalam satu kenyataan hari ini, Presiden KPPKTMB Abdul Razak Md Hassan berkata Mesyuarat Jawatankuasa Kerja KPPKTMB dengan mandat dari Majlis Eksekutif yang bersidang pada 18 Mac lalu memutuskan supaya campurtangan Najib diperlukan segera untuk menamatkan perkhidmatan Elias.

KPPKTMB menyenaraikan 14 dalil mengapa Najib, yang juga Menteri Kewangan perlu menamatkan khidmat Elias, antara lainnya kerana Pengerusi KTMB Datuk Ir Nawawi  Ahmad sendiri sudah hilang kepercayaan kepadanya.

"Rancangan Perniagaan kali kedua bagi tahun 2014 anjuran Pengerusi KTMB (Nawawi) sebagai pembuktian kegagalan Rancangan Perniagaan pertama yang dianjurkan oleh Presiden (Elias).

Ini membuktikan bahawa pengerusi telah hilang kepercayaan kepada presiden, dalilnya apa perlu pengerusi mencampuri urusan pengurusan KTMB iaitu urusan presiden yang mempunyai kuasa eksekutif," kata Abdul Razak.

Antara alasan-alasan lain yang diberikan pihak Abdul Razak ialah pembaziran wang oleh Elias dalam mengekalkan khidmat nasihat dari firma dari India serta kelemahan urus tadbirnya yang disifatkan seperti memandangkan kebelakang.

"Imej KTMB tergugat dengan teruk, hilang kepercayaan pengguna serta merugikan wang rakyat dan menjejaskan nama baik kerajaan yang memerintah," tambahnya lagi.

Dalam perkembangan sama, Abdul Razak berkata akan berpiket pada 9 Mei dari jam 4.30 petang hingga 7.00 petang di perkarangan Ibu Pejabat KTMB.

"Tindakan sedemikian adalah dengan tujuan merayu pada Datuk Seri (Najib) mengambil tindakan segera bagi mengelakkan KTMB terus merudum dan menyelamatkan KTMB," jelasnya.

Tarikh itu juga adalah bersempena sambutan Hari Pekerja dan genap dua tahun Elias menjawat jawatannya itu, tambah Abdul Razak.

Selepas Ditegur Australia, Najib Terus Buat U-Turn Macam MH370 Jugak...KELA

Posted: 26 Mar 2014 03:48 AM PDT

KELAB GREENBOC

Menteri Pertahanan Australia Sindir Najib Razak Sebar Spekulasi Isu #MH370.


Tue dia. Aku pun dah pening. Padahal tiada mana2 ahli keluarga aku dalam tue. Kalau ada? Usah kata pening aku rasa. Marah, sakit hati, geram semua cukup kot.

Apa sudah berlaku neh Najib oi.

Lihat ;

Kata menteri pertahanan Australia ;

1. SEMUA ADALAH SPEKULASI sehinggalah serpihan pesawat ditemui.
2. Kenyataan dibuat sejurus Najib umumkan penerbangan MH370 berakhir di Lautan Hindi.
3. Katanya semua info2 berkaitan MH370 adalah berbaur spekulasi semata2.
4. Sehingga kita menemukan apa2 bukti, objek, serpihan yang boleh mengaitkan ia dengan kehilangan MH370 maka semua kesimpulan berkaitan MH370 adalah bersifat spekulasi.
5. Kenyataan ini diulas berdasarkan kepada data2 yang diserahkan oleh firma INMARSAT dari UK yang disampaikan kepada Najib Razak sebelum ia diumumkan di dalam sidang media pada malam semalam.
6. David Johnston menegaskan walaupun dia tak menafikan data2 dari satelit berperanan membantu penyiasatan namun sehingga ada penemuan serpihan berkaitan MH370 ditemui maka semua kesimpulan yang dinyatakan adalah spekulasi semata2.

Untuk rekod ;

1. Kelmarin Najib umumkan perjalanan MH370 berakhir di selatan lautan hindi.

2. Ramai yang membaca ia sebagai Najib mengumumkan kematian mereka2 yang terlibat.

3. Astro dan semua media serta station tv memainkan ucapan takziah.

4. MAS juga menghantar mesej meminta maaf dan menyatakan kekesalan yang amat kepada 1,000 ahli keluarga mangsa dengan menyebut tiada yang terselamat (akibat pengakhiran MH370 di lautan hindi).

5. Selatan lautan hindi tue takde pulau dan tempat2 yang boleh melakukan pendaratan.

6. Sebab tue MAS membuat kesimpulan begitu.

7. Itupun ramai yang mempersoalkan MALAYSIA kenapa selepas 12 hari baru nak umumkan sedangkan data satelit telah diperolehi awal2?

8. Actually kalau ikut INMARSAT mereka perlukan masa untuk lakukan analisis.

Sekarang yang penting satu je. Kerajaan kita sebenarnya apa pendirian mereka? Aku keliru la. Nak cakap dorang meninggal ke hilang ke ataupun belum dijumpai? Lebih baik bagi satu gambaran yang jelas. Kita nak cerita2 pun senang. Ini kang kita sebut lain, orang marah kita pula. Macam mana? Ce citer. -sozcyili


Najib kelmarin dah buat sidang media. Katanya "ENDED" (Berakhir) hingga media & rakyat buat kesimpulan terhempas. Berdasarkan satelit IMMARSAT.

5.30 PETANG 25 MAC 2014(Semalam)

Kata Najib, "masih tunggu keputusan muktamad pihak berkuasa Australia".

ADMIN: Ini menimbulkan lebih banyak tanda tanya. Kenyataan PM boleh berputar-putar. PM harus peka tentang statement beliau. INI MELIBATKAN NYAWA DAN HUBUNGAN ANTARA NEGARA.

1. Patutkah keputusan berakhirnya MH370 di Lautan Hindi hanya berasaskan SATELIT IMMARSAT..?
2. Kenapa bukan dengan penemuan bangkai Pesawat atau Kotak Hitam atau lain-lain yang bersangkutan dengan Pesawat..?

-fb mahar.yusof

Until debris is recovered and positively identified, any information about the search for the missing Malaysia Airlines flight MH370 is speculation, Defence Minister David Johnston says.

Malaysian Prime Minister Najib Razak, however, was more confident of the plane's demise, announcing it had crashed into the Indian Ocean southwest of Western Australia, although there is still no more detail on how it got there after going missing on March 8.

"Its last position was in the middle of the India Ocean west of Perth," Mr Najib told a press conference in Kuala Lumpur, based on new analysis by the UK Air Accidents Investigation Branch and tracking company Inmarsat.

Inmarsat said satellite handshake "pings" from the missing jet were compared with other tracked commercial flights to determine it flew along the southern corridor from Kuala Lumpur and crashed into a remote part of the Indian Ocean.

Senator Johnston said while the British data was all the authorities had to go on, he stressed no debris had yet been recovered from the extensive search area.

"The turning point for us, I think, will be when we pull some piece of debris from the surface of the ocean and positively identify it as being part of the aircraft," he told reporters in Perth on Tuesday.

"This is a mystery, and until we recover and positively identify a piece of debris, everything is virtually speculation."

He said the search continued to be "fairly urgent" given there are only some 13 days of life left on the beacon battery that would pinpoint the location of the black box.

But poor weather caused the international effort to be suspended on Tuesday, and looks set to continue on Wednesday.

The RAAF's Air Marshal Mark Binskin said the British data "seems to indicate more surety that it went down in the southern Indian Ocean".

He said the search wasn't just like looking for a needle in a haystack - "we're still trying to define where the haystack is".

A new Australian RAN asset, offshore support vessel Ocean Shield, along with several Chinese ships and Korean P3 Orions, will boost the search effort in coming days.

"The aim for her will be working with specialist equipment on board so that as we further refine the search area, that we might be able to go out and look for the black box," Air Marshal Binskin said.

Buoys have been deployed to measure the current in the area and keep track of the debris field.

Meanwhile, Malaysian authorities and the national carrier have faced a storm of outrage after Mr Najib's declaration, which was revealed to relatives of the plane's 239 passengers and crew via text message. Malaysia Airlines said it had tried to spread Mr Najib's message with tact before the prime minister spoke.

"Wherever humanly possible, we did so in person with the families or by telephone," airline chief executive Ahmad Jauhari Yahya said.

Scores of Chinese relatives marched on Malaysia's embassy in Beijing on Tuesday, shouting slogans including "The Malaysian government are murderers".

And China's government demanded authorities in Kuala Lumpur hand over the new satellite data. Prime Minister Tony Abbott said the visa fees of bereaved families wishing to come to Australia would be waived.

MH370 last made contact over the South China Sea halfway between Malaysia and Vietnam. For reasons unknown, it backtracked over the Malaysian peninsula and then flew on for hours.

The search swung deep into the Indian Ocean last week after large floating objects were identified in initial satellite images.
-ninemsn.com

KM baru Sarawak sombong, BN tidak hormat proses pilihan raya

Posted: 26 Mar 2014 03:31 AM PDT

SELANGOR KINI


KUALA LUMPUR: Ketua Menteri Sarawak yang baru, Tan Sri Adenan Satem bersifat sombong dan jelas melanggar Akta Imigresen dan Perlembagaan apabila menyekat tiga pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) masuk ke negeri itu.

Naib Presiden PKR, N Surendran, berkata hal itu berikutan Setiausaha Agung parti itu, Datuk Saifuddin Nasution Ismail; Pengarah Strateginya, Rafizi Ramli dan Ahli Parlimen Batu, Tian Chua dihalang masuk ke Sarawak, pada 25 Mac lalu.

"Barisan Nasional (BN) jelas menggunakan Akta Imigresen bagi menahan pemimpin Pakatan Rakyat (PR) daripada berkempen di Balingian dan tidak menghormati proses pilihan raya," katanya dalam satu kenyataan, di sini, hari ini.

surendran speech mic 02Katanya, tiga pemimpin itu mempunyai hak mutlak di bawah undang-undang untuk memasuki Sarawak dan mengambil bahagian dalam kempen pilihan raya kerana PKR calon Abdul Jalil Bujang dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Balingian yang bakal berlangsung, pada 29 Mac ini.

"Najib, Adenan dan BN perlu menghentikan taktik kotor dan tidak sah, pilihan raya ini perlu bebas serta adil. Kerajaan Sarawak sengaja melanggar seksyen 67 Akta Imigresen 1959/63, yang mana ia tidak boleh menafikan kemasukan sesiapa sahaja yang ingin memasuki negeri untuk terbabit dalam aktiviti politik yang sah.

"Kerajaan Sarawak dan BN tidak tahu secara jelas Akta Imigresen dan bertindak tanpa mengambil kira undang-undang yang sah. Hal itu juga melanggar Perkara 9 (2 ) Perlembagaan Persekutuan yang menjamin kebebasan bergerak.

"Kuasa ini mesti dijalankan dalam Persekutuan Perlembagaan yang ditetapkan dalam Perkara 9 (3) Akta Imigresen dan Perlembagaan," katanya.

MH370: Selangor kaji bentuk bantuan untuk keluarga mangsa

Posted: 26 Mar 2014 03:28 AM PDT

Oleh: NAZLI IBRAHIM


SHAH ALAM,: Kerajaan Selangor akan mengkaji bentuk bantuan kebajikan yang boleh disalurkan kepada keluarga anak kapal dan penumpang pesawat MH370 yang dilaporkan berakhir di Lautan Hindi, pada 24 Mac lalu.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, berkata beliau berharap orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi liar berhubung tragedi berkenaan sehingga melukakan perasaan mereka yang sedang meratapi kehilangan orang tersayang.

IMG_3853 copy"Kerajaan Negeri merancang mengkaji bantuan kebajikan mereka, khususnya anak kapal MH370 yang berasal dari Selangor. Namun, pada masa ini kita mesti berikan ruang secukupnya kepada keluarga terbabit dan mahu mereka tahu kita bersama mereka," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri di Bangunan Setiasusaha Kerajaan Negeri (SUK), di sini, hari ini.

Pada 24 Mac lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan penerbangan pesawat MH370 berakhir di Selatan Lautan Hindi selepas beliau dimaklumkan wakil Cawangan Siasatan Nahas Udara (AAIB) dari Britain.

Penemuan itu, sekali gus mengakhiri pencarian selama 17 hari dengan membabitkan gerakan besar-besaran dan bantuan pelbagai negara luar.

Ketika ini, pencarian diteruskan dengan fasa mencari kotak hitam yang mampu merungkai mesteri kehilangan pesawat malang terbabit.-NFN-

Demokrasi hancur, pimpinan PR dihalang masuk Sarawak

Posted: 25 Mar 2014 11:32 PM PDT

HARAKAHDAILY 


KUALA LUMPUR: Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Sarawak mengecam keras ke atas penafian pimpinan Pakatan Rakyat (PR) yang dihalang untuk memasuki salah satu negeri di dalam Persekutuan Malaysia.

Penyelaras Bersama SAMM Sarawak, Norazarizah Rahman berkata, hak sebagai anak watan telah dinafikan dengan angkuh oleh seorang ketua menteri yang memerintah di atas mandat yang diberikan oleh rakyat demi kelangsungan politik yang sempit.

"Setelah kita merdeka dan bersama dalam satu gagasan persekutuan, undang-undang dracornia masih dikekalkan oleh rejim pemerintah dengan alasan dangkal," ujarnya dalam satu kenyataan.

Baginya, di dalam masa  yang sama, rakyat di seluruh negara diarah bersatu hati dalam menghadapi pelbagai maslahan yang kian meruncing namun, penguasa begitu angkuh menggunakan undang-undang di zaman penjajah.

Menurutnya kagi, tindakan pengusiran terhadap tiga pimpinan PKR iaitu Setiausaha Agung Datuk Saifuddin Nasution, Naib Presiden Tian Chua dan Pengarah Strategi PKR Rafzi Ramli yang datang untuk bersama dalam Pilihanraya Kecil N51 Dun Balingian jelas bahawa pihak rejim kini ketakutan setelah banyak kepincangan dan kelemahan yang didedahkan bagi membendung amarah kebangkitan rakyat setelah menyaksikan kebangkitan rakyat yang berlaku di PRK  N25 Kajang yang baru saja melabuhkan tirainya.

Sekali lagi, tegasnya pihak SAMM Sarawak mengutuk dengan keras hak demokrasi yang seringkali dilaungkan oleh pemerintah berlandaskan semangat demokrasi berparlimen yang didukung oleh seluruh rakyat negara ini.

MH370: Solat jenazah ghaib tidak perlu diadakan sekarang - Majlis Fatwa

Posted: 25 Mar 2014 11:30 PM PDT


HARAKAHDAILY 


PUTRAJAYA: Mesyuarat Jawatankuasa Khas Majlis Fatwa Kebangsaan malam tadi menetapkan pelaksanaan solat jenazah ghaib untuk penumpang dan anak kapal Penerbangan MH370 tidak perlu diadakan sekarang, kata pengerusinya Prof Emeritus Tan Sri Dr Abd Shukor Husin.

Katanya anggota jawatankuasa sebulat suara bersetuju dan memutuskan bahawa kesemua anak kapal dan penumpang MH370 dikategorikan sebagai orang hilang (mahqud) dan dianggap sebagai orang yang telah meninggal dunia setelah usaha pencarian dibuat oleh pihak berkuasa.

Keputusan itu dibuat setelah berbincang dan meneliti pandangan ulama dan beberapa pakar dalam subjek berkenaan selepas muzakarah khas bersidang lebih dua jam mulai 6 petang semalam, katanya kepada pemberita selepas mesyuarat Jawatankuasa Khas Majlis Fatwa Kebangsaan di sini.

Jawatankuasa fatwa juga memutuskan bahawa pengesahan kematian perlu dilakukan dan ditentukan di Mahkamah Syariah memandangkan ia penting untuk membolehkan pembubaran perkahwinan, pembahagian harta dan lain-lain yang membabitkan waris si mati, katanya.

Sehubungan itu, katanya, solat jenazah ghaib tidak diperlukan lagi buat masa sekarang kerana pihak kerajaan masih berusaha mencari kotak hitam, mencari mayat mangsa sekiranya ada dan pelbagai perkara yang berkaitan.

Abd Shukor berkata sekiranya pasukan penyelamat menemui cebisan mayat yang tidak dikenali langsung, cebisan berkenaan wajib dikumpulkan dan dimandikan sama seperti pengurusan jenazah Islam kerana mayat berkenaan tidak dapat dikenal pasti sepenuhnya, kata Abd Shukor.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ketika membentangkan usul khas di Dewan Rakyat semalam bagi menzahirkan rasa sedih, dukacita dan pilu terhadap tragedi malang yang menimpa pesawat berkenaan mengatakan bahawa Jawatankuasa Khas Majlis Fatwa Kebangsaan akan bersidang petang ini untuk menentukan tarikh dan waktu pelaksanaan solat jenazah ghaib bagi penumpang dan anak-anak kapal pesawat Malaysia Airlines MH370.

"Anggota jawatankuasa fatwa berpendapat bahawa orang Islam yang terkorban dalam tragedi MH370 sebagai mati syahid akhirat. Selain itu, solat hajat dan doa untuk pesawat MH370 yang hilang itu dibolehkan agar Allah SWT mempermudahkan pencarian pesawat tersebut," katanya.

Abd Shukor berkata anggota jawatankuasa fatwa khas itu turut merakamkan penghargaan kepada kerajaan Malaysia dan kerajaan dari pelbagai negara lain di seluruh dunia atas kesungguhan mereka mencari pesawat MH370 itu. - Bernama

Malindo Air ke Terengganu mendarat di Subang, enjin terbakar

Posted: 25 Mar 2014 11:24 PM PDT

HARAKAHDAILY 


KUALA LUMPUR: Penerbangan Malindo Air ke Kuala Terengganu terpaksa berpatah balik ke Lapangan Terbang Subang di sini pagi ini selepas sebuah daripada enjinnya terbakar.
  
Syarikat itu dalam kenyataan di sini, berkata pesawat tersebut berlepas pada 7.30 pagi sebelum insiden berlaku ketika pesawat berada di ketinggian 7,000 kaki.
  
Menurut kenyataan itu, sistem pengesan kebakaran pesawat diaktifkan dan anak kapal melaksanakan langkah mengikut prosedur operasi standard bagi mengawal keadaan.
  
"Juruterbang memutuskan berpatah balik ke Subang dan pesawat mendarat dengan selamat tanpa insiden lain dan tiada kecederaan dilaporkan. Semua penumpang kemudian dibawa menaiki penerbangan lain ke Terengganu," kata kenyataan itu.
  
Kenyataan itu juga menyebut punca kejadian dalam siasatan dan semua pihak berkaitan sudah dimaklumkan.
  
Difahamkan antara penumpang pesawat itu ialah pemain pasukan bola sepak Terengganu yang dalam perjalanan pulang selepas perlawanan menentang pasukan ATM  di Stadium Selayang semalam. Terengganu menang 3-0.
  
Foto enjin terbakar yang dimuat naik menerusi laman sosial oleh pemain tengah Terengganu Faiz Subri pagi tadi kini tersebar luas di ruang siber.
  
Menurut kenyataan yang dipapar oleh laman sesawang Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu, pasukan itu menaiki penerbangan ganti ke Kuala Terengganu pada 10 pagi tadi. - Bernama

Masyarakat antarabangsa perlu kecam kezaliman regim Mesir

Posted: 25 Mar 2014 11:21 PM PDT




SAIDAH HAIRAN 


KUALA LUMPUR: Dewan Muslimat PAS Pusat menggesa masyarakat antarabangsa  khususnya Malaysia mengutuk kezaliman regim tentera Mesir yang kini memperalatkan mahkamah untuk menghapuskan penentangan rakyat.

Ketuanya, Siti Zailah Mohd Yusof berkata, masyarakat antarabangsa perlu memberi isyarat jelas kepada regim tentera Mesir dengan menyatakan bantahan seterusnya mengkaji hubungan diplomatik dengan negara tersebut sehingga kerajaan awam yang sah dibentuk.

Beliau turut menggesa pertubuhan antarabangsa khususnya Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengenakan tekanan ke atas kerajaan kudeta Mesir supaya menghentikan pelbagai tindakan zalim dan tidak demokratik ke atas rakyat republik itu.

"PBB dan Kesatuan Afrika perlu menggantung keahlian Mesir kerana melakukan pencabulan ke atas hak asasi manusia dengan membenarkan penghakiman yang zalim dibuat tanpa sebarang pembelaan diri oleh pihak tertuduh," tegas beliau.

Beliau turut mendesak kerajaan boneka Mesir yang dikuasai regim tentera mengembalikan sistem demokrasi di Mesir dan menarik balik pengharaman terhadap Ikhwanul Muslimin.

Mahkamah Jenayah Minya, Mesir baru-baru ini menjatuhkan hukuman mati ke atas Musyidul Am Ikhwan Muslimin, Prof Dr Mohd Badie, Presiden Parti Kebebasan dan Keadilan (FJP) yang juga bekas Speaker Mesir, Dr Saadu Katatni serta  529 aktivis Ikhwan Muslimin yang lain atas beberapa pertuduhan palsu.

Sementara itu, Pertubuhan Ikram Malaysia turut mengecam sekeras-kerasnya hukuman mati itu.

Presidennya, Dr. Mohd Parid Sheikh Ahmad berkata, hakikat hukuman dijatuhkan setelah hanya dua sesi dan tanpa peluang pembelaan bagi semua tertuduh menjadikannya bercanggah dengan prosedur penghakiman dan prinsip keadilan.

Justeru, ujarnya Ikram menyeru kerajaan Malaysia untuk menggunakan pengaruhnya mendesak rejim tentera Mesir supaya menimbangkan semula kes pendakwaan dan hukuman yang telah dijatuhkan.

"Ikram juga menyeru masyarakat antarabangsa untuk mengecam sekeras-kerasnya ketidakadilan yang berlaku, menimbangkan semula sebarang hubungan dengan rejim tentera Mesir, dan mengambil langkah tegas untuk mengembalikan hak demokrasi rakyat Mesir," ujarnya dalam satu kenyataan.

PRK Kajang: PKR hampir sapu bersih undi anak muda

Posted: 25 Mar 2014 11:19 PM PDT

 

HARAKAHDAILY 


KUALA LUMPUR: Kemenangan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dalam pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (Dun) Kajang bukan sahaja menandakan peningkatan sokongan masyarakat Melayu terhadap Pakatan Rakyat malah tinjauan awal mendapati saluran mengundi anak muda hampir disapu bersih oleh calon PKR.

Pengarah PRK Dun Kajang, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, Pakatan Rakyat bukan sahaja  berjaya meningkatkan sokongan pengundi Melayu dengan mengurangkan majoriti kekalahan di beberapa daerah mengundi majoriti Melayu Muslim seperti Sungai Kantan dan Batu 10 Cheras, malah berjaya menawan dua kubu kuat Umno-BN iaitu Sungai Sekamat dan Taman Delima.

"Saya mengucapkan sekalung tahniah kepada Dato' Seri Dr Wan Azizah atas kemenangan di PRK N25 Kajang. Syabas juga diucapkan kepada pengundi Kajang kerana membuat pilihan yang bijak dengan sekali lagi memilih Pakatan Rakyat untuk menjadi suara mereka di Dewan Negeri Selangor.

"Jelas di sini bahawa rakyat menolak kempen agresif dan provokatif yang penuh dengan unsur keganasan dan bibit-bibit perpecahan," tegas beliau.

Menteri Besar Selangor itu juga berkata, penurunan peratus keluar mengundi kepada 72.1% daripada 88.4% pada PRU13 adalah perkara biasa dalam sebarang pilihan raya kecil yang secara tidak langsung mengakibatkan penurunan majoriti.

Kemenangan calon PKR ini juga, tambah beliau membuktikan bahawa rakyat Selangor yakin dengan prinsip pentadbiran yang telus, bertanggungjawab dan penuh integriti kerajaan Pakatan Rakyat negeri.

"Sebagai bukti Pakatan Rakyat berjaya meningkatkan undi popular di Kajang kepada 60% pada PRK ini berbanding 58% pada PRU13 pada 5 Mei 2013," ujarnya.

Meskipun keputusan PRK Dun Kajang tidak mengubah struktur dan mekanisme pentadbiran, beliau yakin mandat yang diberikan penduduk Kajang akan menjadi pemangkin kepada kerajaan Pakatan Rakyat untuk terus bekerja dengan lebih gigih tanpa mengenal penat lelah dan jemu demi kebajikan rakyat.

"Kemenangan ini seolah-olah memberi restu kepada Kerajaan Selangor untuk terus komited dengan agenda reformasi dalam pentadbiran serta segala aspek sosio-ekonomi dan politik yang didokong oleh Pakatan Rakyat.

"Sekali lagi, selaku Pengarah Pilihanraya N25 Kajang, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada setiap petugas pilihan raya daripada semua parti komponen Pakatan Rakyat yang telah bertungkus-lumus bagi memastikan proses demokrasi ini berjalan lancar dan seterusnya kemenangan yang sememangnya wajar berpihak kepada Pakatan Rakyat," kata Abdul Khalid.

PRK Kajang: Saya puas hati, kata Presiden PAS

Posted: 25 Mar 2014 11:17 PM PDT



NAZRI ABDULLAH 


KUALA LUMPUR: Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang sangat berpuas hati dengan komitmen yang ditunjukkan jentera PAS ketika membantu PKR dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (Dun) Kajang, 23 Mac lalu.

Bercakap kepada Harakahdaily, Ustaz Abdul Hadi turut mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada jentera PAS khususnya PAS Selangor dan PAS Hulu  Langat, yang menurutnya telah berkerja dengan baik.

"Saya puas hati dengan jentera PAS. Mereka buat kerja dengan baik. Semua turun membantu.

"Kita tunjukkan bahawa PAS konsisten bantu rakan-rakan Pakatan Rakyat dan kali ini PKR," kata beliau ketika ditemui Harakahdaily di Parlimen semalam.

Pada pilihan PRK Kajang 23 Mac lalu, calon PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menang dengan majoriti 5,379 undi setelah memperoleh 16,741 undi manakala calon BN mendapat 11,362.

Biarpun peratusan keluar mengundi merosot kepada 72.1 peratus atau 28,314 pengundi berbanding 88.4 peratus atau 34,290 pada PRU13 lalu, namun Pakatan Rakyat menang undi Melayu pada PRK kali ini.

Turut meningkat, peratusan undi popular terhadap PKR yang hampir mencecah 60 peratus.

Pada PRK Kajang lalu, PAS turun sebagai jentera pembantu kempen PKR yang diketuai oleh Pesuruhjaya PAS Selangor Iskandar Abd Samad.

Mereka dipertanggungjawab untuk menjaga kesemua 16 Unit Peti Undi (UPU) yang terlibat dalam pilihan raya itu.

Presiden PAS sendiri dua kali turun ke Kajang bagi membantu kempen, manakala pimpinan PAS yang lain ada yang berkampung di sana sepanjang tempoh kempen.

4 individu serang pengundi dicari

Posted: 25 Mar 2014 11:15 PM PDT


 4 individu serang pengundi dicari Pengundi beratur menunggu giliran untuk mengundi PRK Dun Kajang di Sekolah Kebangsaan Seri Sekamat, Ahad lalu. -Foto Bernama


SHAH ALAM - Satu daripada dua kertas siasatan yang dibuka berkaitan insiden yang berlaku ketika proses pengundian Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (Dun) Kajang Ahad lalu, akan diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya (DPP) dalam tempoh terdekat.

Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk Abdul Rahim Jaafar berkata, kertas siasatan yang akan dihantar adalah berhubung kes seorang lelaki yang cuba menghalang polis merobohkan barong panas di persimpangan Jalan Taman Delima, Kajang.

Beliau berkata, sebelum ini, pihaknya menahan seorang lelaki berusia 43 tahun yang memarahi anggota polis dengan kata-kata lucah serta menghalang polis menurunkan khemah di lokasi itu seperti yang diminta Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

"Keterangan lelaki itu sudah direkodkan mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang penjawat awam menjalankan tugas.

"Kertas siasatan sudah dilengkapkan untuk dimajukan kepada DPP selewat-lewatnya pagi esok (hari ini). Kita menunggu arahan selanjutnya," katanya pada sidang media selepas Sambutan Hari Polis ke-207 peringkat Kontinjen Selangor, di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor, semalam.

Dalam kes berasingan, Abdul Rahim berkata, polis sedang mengesan empat individu yang dipercayai terlibat menyerang dan mencederakan seorang lelaki berusia 27 tahun yang keluar mengundi di Sekolah Kebangsaan Kajang.

Menurutnya, polis sudah mengenal pasti kesemua individu terbabit dan dalam proses untuk membuat tangkapan.

Katanya, kesemua individu berkenaan adalah orang tempatan dan setakat ini, masih belum dapat dipastikan motif sebenar serangan dilakukan.

Ketika mengulas sama ada, keempa-tempat individu itu adalah penyokong dari parti-parti tertentu, beliau berkata, pihaknya tidak mahu membuat andaian sehingga tangkapan dibuat.

"Dalam pilihan raya macam-macam boleh berlaku dan kita tak boleh cakap mereka penyokong siapa kerana mereka boleh menyamar untuk timbulkan provokasi atau tujuan meraih simpati, Biar kita siasat dulu," katanya.

Abdul Rahim berkata, PRK Dun Kajang kali ini juga berjalan lancar kecuali dua insiden terbabit, selain menolak dakwaan bahawa kemerosotan kehadiran pengundi ada kaitan dengan isu keselamatan atau masalah trafik.

Menurutnya, keanggotaan polis yang ditugaskan sepanjang tempoh tersebut mencukupi dan tiada masalah trafik.

Belajar tanpa kerusi, meja

Posted: 25 Mar 2014 11:12 PM PDT


Belajar tanpa kerusi, meja Keadaan rumah kebajikan yang baru disewa dan perlu diselenggara sebelum boleh diduduki.


JITRA - "Meskipun jauh dari keluarga yang berada di Seremban, Negeri Sembilan, namun saya akur dan rela kerana sekurang-kurangnya lebih terjaga," luah penghuni Rumah Amal Islam Hidup Matiku, Ainul Basyirah Abdul Rahim, 17.

Ainul Basyirah yang merupakan anak keempat daripada 14 beradik berkata, pendapatan ayahnya yang berniaga air minuman tidak seberapa dan tidak mencukupi untuk menampung mereka sekeluarga.

"Lagipun ibu tidak bekerja. Adik-beradik pula ramai. Jadi saya harap dapat meringankan beban ditanggung ibu bapa apabila memasuki rumah kebajikan di Taman Melur ini.

"Jika kebanyakan tempat lain mahukan bayaran, namun tempat ini nyata berbeza. Kehidupan lebih terbela di sini di bawah jagaan penjaga," katanya kepada Sinar Harian.

Katanya, dia juga berpeluang belajar berdikari, mendalami ilmu agama dan mengembangkan kebolehannya dalam bidang seperti bakeri melalui kelas kemahiran diikutinya.

"Saya tinggal bersama 13 penghuni termasuklah empat kanak-kanak berusia dua hingga lima tahun sejak memasuki rumah kebajikan ini pada Ogos lepas," katanya.

Perlu tempat sempurna

Sementara itu, pengelola Rumah Amal Islam Hidup Matiku, Rohani Hassan, 55, berkata, rumah kebajikan terbabit tidak hanya menempatkan anak yatim sebaliknya juga kepada fakir dan golongan remaja insaf.

Menurutnya, namun pihaknya memerlukan dana sekurang-kurangnya RM5,000 bagi membolehkan penghuni mendiami sebuah tempat perlindungan yang selamat, selesa dan sempurna.

"Buat masa ini kami ada 14 penghuni yang mana 10 daripadanya merupakan remaja perempuan berusia 15 hingga 17 tahun, manakala empat lagi kanak-kanak berusia dua hingga empat tahun," katanya.

Sewa RM450 sebulan

Katanya, tempat perlindungan sedia ada dalam keadaan serba kekurangan tanpa meja dan kerusi belajar, malah kabinet buku, bantal dan tilam juga tidak mencukupi buat mereka.

"Kebanyakan penghuni juga terpaksa melelapkan mata dengan tidur di atas tilam semata-mata tanpa katil disebabkan beberapa faktor tertentu termasuklah ruang terhad dan sempit.

"Justeru, kami berpindah ke rumah baru untuk memastikan kehidupan lebih sempurna. Namun banyak kos kewangan perlu dikeluarkan untuk tujuan itu. Kos sewa mencecah RM450 sebulan, sedangkan kami tidak berkemampuan," katanya.

Menurutnya, mereka memerlukan dana tidak hanya untuk membina ampaian, sebaliknya juga kerja penyelenggaraan seperti mengecat rumah.

"Kami kini meneruskan kehidupan hasil ihsan dan simpati masyarakat tempatan sahaja yang sudi menyalurkan derma untuk meringankan kesulitan dilalui penghuni rumah kebajikan," katanya.

MH370: Kenapa kesimpulan selepas 12 hari?

Posted: 25 Mar 2014 11:07 PM PDT

MALAYSIAKINI


 


Pemasaan perdana menteri mengumumkan lokasi terakhir MH370 di Lautan Hindi malam tadi menjadi persoalan dalam sidang media oleh pihak berkuasa Malaysia hari ini.

Wartawan China mempersoalkan kenapa Malaysia membuat kesimpulan itu hanya dibuat malam tadi walaupun data satelit dikatakan diperoleh sejak 12 Mac.

Pasukan siasatan berkata, mereka tiada niat menangguhkan dan masa itu diperlukan untuk membuat analisis dan mengukuhkan bukti.

Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, data satelit sahaja tidak konklusif seperti ditunjukan ketika kajian ditumpukan di Laut China Selatan.

"Kami terima data satelit dari China yang menunjukkan (serpihan) di Laut China Selatan (dan) mengarahkan semula pencarian kami di kawasan yang sudah dibuat, dan ia negatif," katanya.

Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam (DCA) Datuk Azharuddin Abdul Rahman menambah, data satelit yang diterima pada 13 Mac perlu dianalisis, ia satu-satunya siri "handshake" – isyarat antara pesawat dan satelit.

Carian di Koridor Utara dihentikan

Posted: 25 Mar 2014 11:05 PM PDT

MALAYSIAKINI


 


Berikut isu penting daripada taklimat media harian perkembangan MH370 oleh Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Hussein di Kuala Lumpur hari ini:

(1) MAS akan mengetuai urusan komunikasi dengan anggota keluarga penumpang.

(2) Inmarsat menyemak maklumat terhadap enam lagi pesawat Boeing 777 yang terbang pada hari yang sama dengan MH370.

(3) Usaha mencari dan menyelamat di Koridor Utara dan kawasan Utara Koridor Selatan, berdekatan Indonesia dihentikan.

Carian kini difokuskan di Selatan Lautan Hindi.

(4) Alat pengesan kota hitam dikenali towed pinger locater dari Amerika Syarikat kini dalam perjalanan ke Perth dan dijangka tiba esok.

(5) Ia akan dipasang pada kapal Ocean Shield milik Australia, yang secara gilirannya akan tiba ke kawasan carian pada 5 April.

(6) Siasatan pada simulator kapten pesawat Zaharie Ahmad Shah masih berhalan dan polis masih menungggu maklumat terkini daripada agensi luar negara yang membantu.

(7) Malaysia akan terus mencari pesawat itu walaupun negara lain menarik diri.

Isyarat hilang konsisten dengan had bahan api

Posted: 25 Mar 2014 11:03 PM PDT

MALAYSIAKINI



 


Sejak MH370 hilang selepas terputus komunikasi dengan menara kawalan, program ping automatik kepada satelit Inmarsat menjadi satu-satunya petunjuk kepada kedudukan terakhirnya.

Hasi daripada data itu, pihak berkuasa mendedahkan bahawa pesawat itu akhirnya menjalankan "log keluar" daripada jaringan satelit pada 9.15 pagi – konsisten dengan had minyak pesawat.

"Tiada maklum balas diterima daripada pesawat pada 0115 (9.15 pagi), apabila stesen bumi menghantar mesej log masuk/log keluar.

"Ini menandakan pesawat itu tidak lagi log pada jaringan.

"Justeru itu, pada suatu masa antara 0011 UTC (8.11 pagi) dan 0115 UTC (9.15 pagi), pesawat itu tidak lagi mampu berkomunikasi dengan stesen bumi.

"Perkara itu konsisten dengan masa penerbangan maksimum pesawat," kata pemangku menteri pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Hussein dalam sidang media harian berkaitan MH370 di Kuala Lumpur.

Tiada ulasan: