DUNIACACAMARBA |
- Isu FMFA: Calon BN di Kajang Patut Sekolah Semula Ambil Geografi - Exco Selangor
- Australia Jumpa Dua Objek yang Mungkin Ada Kaitan dengan MH370
- [Video] Puluhan Petani BUNUH DIRI Akibat Bencana Hujan Batu
- "Ulama" Rakam Video Porno Ditahan
- "Saya ada bom di dalam dubur" - Penumpang Kapal Terbang
- Respons Zunar terhadap Kartunnya di Washington Post
- [PANAS] Kerana Ingin Jimat RM33, MH370 Gagal Hantar Data Penting - Pakar
- "Raja Bomoh" Mungkin SAMAN Khairy dan JAIS
Isu FMFA: Calon BN di Kajang Patut Sekolah Semula Ambil Geografi - Exco Selangor Posted: 20 Mar 2014 12:57 AM PDT FMFA: Mei Fun Patut Sekolah Semula Belajar Geografi [Selangorku] SHAH ALAM 19 MAC: Calon Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang, disaran mengulang subjek Geografi di sekolah. Saranan itu dibuat ekoran tuduhan Chew Mei Fun kononnya Kerajaan Selangor bertanggungjawab mengeluarkan permit konsert kontroversi, Future Music Festival Asia (FMFA) yang mengorbankan enam anak muda selepas mengambil dadah berlebihan. Sebaliknya, Exco Kerajaan Tempatan Kerajaan Selangor, Datuk Teng Chang Khim berkata, lokasi Stadium Bukit Jalil yang menjadi venue festival itu terletak dalam kawasan Kuala Lumpur. "Dia menyalahkan kerajaan negeri. Saya rasa dia kena sekolah balik, ambil subjek Geografi. "Bukit Jalil berada dalam Kuala Lumpur bukan Selangor. Jangan kaitkan dengan kerajaan negeri sesuka hati," kata Chang Khim dalam sidang media yang diadakan di Bangunan SUK di sini hari ini. Tambah Chang Khim lagi, permit konsert terbabit dikeluarkan pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan tiada kena mengena dengan kerajaan negeri. "Isu penyalahgunaan dadah merupakan bidang yang berada dalam tanggungjawab polis dan penggunaan Stadium Bukit Jalil adalah DBKL," kata beliau lagi. Beliau juga berharap agar Mei Fun membuat penyelidikkan sebelum mengeluarkan sebarang tuduhan kepada mana-mana pihak. - NAZLI IBRAHIM | ||
Australia Jumpa Dua Objek yang Mungkin Ada Kaitan dengan MH370 Posted: 19 Mar 2014 09:29 PM PDT
Imej Satelit Ditemui Mungkin MH370 - PM Australia [TMI] Perdana Menteri Australia berkata tentera udara negara itu sedang menyiasat tentang kemungkinan serpihan daripada pesawat MH370 yang hilang itu ditemui di laut. Ini berikutan penemuan imej satelit, lapor Reuters India dalam Twitternya. Perdana Menteri Australia berkata, "Mengikut analisis pakar oleh imej satelit itu, dua objek yang berkemungkinan berkaitan dengan pencarian pesawat Malaysia Airlines dapat dikenal pasti." tulis Reuters dalam tweet tersebut. Perdana Menteri Australia, Tony Abbott dalam kenyataan di Parlimen memberitahu tentang dua objek yang ditemui itu dan berkata, "Maklumat baru dan boleh dipercayai ditemui dalam usaha mencari di Lautan Hindi." "Jabatan Keselamatan Maritim Australia (AMSA) menerima maklumat imej setelit yang kemungkinan berkaitan dengan apa yang dicari." Abbott berkata, pasukan pencari dan penyelamat hampir tiba ke kawasan objek tersebut dikesan menjelang beliau berucap di Parlimen. Tiga buah lagi pesawat juga dalam perjalanan ke sana, katanya. Abbott mengatakan dia bercakap dengan rakan sejawatnya dari Malaysia Datuk Seri Najib Razak sambil memberitahu objek itu masih belum disahkan lagi. "Usaha untuk menemui objek ini bukannya senang dan mungkin juga ia tidak berkaitan dengan MH370 yang sedang dicari," katanya. AMSA akan mengadakan sidang media di Canberra pada 0430 GMT. Pihak berkuasa Malaysia Isnin lepas meminta Canberra mengambil tanggungjawab mencari di "Koridor Selatan" dalam usaha mencari Boeing 777 yang hilang pada pagi 8 Mac dalam perjalanannya ke Beijing, China dengan 239 penumpang itu. Kerajaan Malaysia percaya, pesawat itu secara sengaja ditukar hala tujunya dan terbang beberapa jam selepas keluar dari laluan asalnya – samada ke utara Asia Tengah atau ke selatan di Lautan Hindi. Kapal terbang penyelidik jarak jauh Australia, Amerika dan New Zealand berusaha mencari di Lautan Hindi sejak Selasa dengan fokus kepada kawasan seluas 305,000 kilometer persegi, kira-kira 2,600 tenggara Perth.– 20 Mac, 2014. Lanjut di sini. | ||
[Video] Puluhan Petani BUNUH DIRI Akibat Bencana Hujan Batu Posted: 19 Mar 2014 09:19 PM PDT
[HM] Mumbai: Sejumlah petani membunuh diri di barat India selepas mengalami kerugian akibat tanaman mereka dimusnah hujan batu. Sumber dari Pejabat Ketua Menteri Maharashtra berkata, tujuh kes sudah disahkan setakat ini, selain lebih ramai yang terbunuh akibat ribut taufan. Namun pembangkang dan aktivis mendakwa, kes bunuh diri di negeri itu jauh lebih tinggi berbanding apa yang didedahkan kerajaan. Presiden sebuah pertubuhan membela nasib petani, Kishor Tiwari berkata, 32 petani membunuh diri setakat ini sejak ribut hujan batu melanda Maharashtra. "Kami sedang mengumpul maklumat dari semasa ke semasa dan jumlah itu dijangka meningkat," katanya. Sebahagian daripada Maharashtra yang menempatkan bandar raya Mumbai dilanda cuaca luar biasa sejak akhir Februari lalu. Keadaan itu menyebabkan hasil pertanian musnah dan petani menanggung kerugian sangat besar. Parti pembangkang utama India, Parti Bharatiya Janata (BJP) mendakwa, jumlah kes bunuh diri mencecah 37 orang. BJP juga menuntut kejadian itu diisytihar sebagai malapetaka negara. Pemimpin kanan BJP, Gopinath Munde berkata, sejak hujan batu melanda pada 28 Februari, seluruh tanaman di tanah seluas 1.6 juta hektar di 17 daerah musnah. Maharashtra biasanya mengalami hujan lebat antara Jun dan Oktober. Setakat ini, pelbagai tanaman seperti anggur, mangga, betik, limau dan tembikai musnah akibat fenomena hujan batu berkenaan. - Agensi/20/3/14 | ||
"Ulama" Rakam Video Porno Ditahan Posted: 19 Mar 2014 09:13 PM PDT [HM] Bogor: Seorang lelaki yang didakwa ulama ditangkap atas tuduhan membuat rakaman video lucah bersama dua guru, berdepan dengan hukuman penjara 12 tahun. Saeful Sardi Jayadi, 44, menyerah diri kepada polis Sabtu lalu selepas video berkenaan mula beredar di Cisarua, selatan Jakarta. Lelaki berkenaan akan dibicarakan menurut undang-undang antiporno. Indonesia, negara paling ramai penduduk Islam di dunia, menguatkuasakan undang-undang ketat antiporno pada 2008. Saeful dituduh membuat rakaman video enam minit itu di sebuah hotel pada 2011, kata Ketua Polis Bogor, Didik Purwanto. "Dia menerbitkan video lucah itu untuk koleksi peribadi. Dia boleh dihukum penjara 12 tahun sekiranya didapati bersalah," kata Didik. Rakaman berkenaan mula tersebar menerusi telefon bimbit di daerah itu baru-baru ini. Saeful melarikan diri minggu lalu kerana mengelak daripada ditangkap tetapi kemudian menyerah diri. - AFP/20/3/14 Lanjut di sini. | ||
"Saya ada bom di dalam dubur" - Penumpang Kapal Terbang Posted: 19 Mar 2014 09:06 PM PDT
[HM] Beijing: Seorang penumpang yang 'mengejar masa' di lapangan terbang antarabangsa di sini ditahan selama lima hari selepas dia memberitahu pegawai dia mempunyai bom di di dalam duburnya. Lelaki itu merungut apabila pemeriksaan keselamatan yang dijalankan ke atasnya memakan masa yang lama sebelum berkata: "Nak saya buka seluar juga? Saya ada bom dalam dubur saya." Seorang pegawai keselamatan meminta lelaki itu mengulangi apa yang dikatakannya dan apabila dia melakukan demikian, semua yang berada di situ cemas. Ia mungkin menggelikan hati, tetapi dengan situasi pesawat Malaysia MH370 yang hilang sejak 8 Mac lalu dan masih belum ditemui hingga ke hari ini, perbuatan lelaki terbabit dianggap serius. Perbuatannya itu mencetuskan kekecohan apabila orang ramai diminta mengosongkan kawasan berkenaan dan menyebabkan dia ditahan di pusat tahanan lapangan terbang berkenaan. Pemeriksaan teliti dijalankan ke atasnya sebelum pihak berkuasa mengesahkan dia bukan pengganas tetapi penumpang yang "cerewet". Menurut laporan media tempatan, lelaki itu memberitahu dia marah kerana menganggap pemeriksaan keselamatan hanya membuang masa dan tidak menyangka perbuatannya boleh mencetuskan kekecohan. - Agensi/20/3/14 | ||
Respons Zunar terhadap Kartunnya di Washington Post Posted: 19 Mar 2014 08:45 PM PDT 'Saya pertahan kartun saya dalam Washington Post' [MK] Saya merujuk artikel yang disiar oleh The Star Online hari ini bertajuk "Local cartoonist Zunar slammed over Washington Post comic strip." (Kartunis tempatan dihentam kerana kartun dalam Washington Post). Artikel ini adalah sebagai respon kepada kartun saya yang disiar oleh Washington Post sehari sebelum itu. Akhbar Amerika itu menyiarkan kartun saya dalam artikel bertajuk, "Cartoon of the day: Malaysian artist on the lost jet — and his government's 'weak' response to it." (Kartun hari ini: Artis Malaysia komen mengenai kehilangan jet serta kerajaan yang 'lemah'. Dalam kartun tersebut yang disiar oleh web portal Malaysiakini dan diikuti oleh blog saya (www.zunar.my), saya berpendapat bahawa kerajaan Malaysia di bawah pimpinan Najib Razak sangat lemah dalam menangani tragedi yang menimpa kapal terbang MH370. The Star Online melaporkan kenyataan Ketua Politik, Keselamatan dan Ehwal Antarabangsa Prof Datuk Dr Mohamed Mustafa Ishak bahawa kenyataan saya itu "tidak sensitive dan misleading" serta "hanya spekulasi dan tuduhan liar." Saya memahami sesetengah ahli akademik kerjanya membela perdana menteri, tetapi Prof Datuk Dr Mohamed Mustafa nampaknya tidak cukup membaca sebelum dia membuka mulut. Sebagai makluman, saya membuat kesimpulan yang kemudian diterjemah dalam kartun hasil dari pembacaan serta analisis yang bukan saja diperolehi melalui media perdana tempatan saja, tetapi melalui puluhan media antabangsa lain juga. Jika Prof Datuk Dr Mohamed Mustafa menonton dan membaca CNN, Al Jazeera, Washington Post, Jakarta Post, South China Morning Post sebagai contoh, pasti akan terbaca bagaimana China, Amerika dan Vietnam sangat kecewa dengan Malaysia yang didakwa tidak berkongsi maklumat. Semalam Indonesia juga melahirkan kekecewaan yang sama. Beberapa jam lepas, BBC melaporkan bahawa kaum keluarga penumpang di China mengugut untuk melancarkan mogok lapar sekiranya pihak berkuasa Malaysia gagal untuk memberi mereka sebarang maklumat tepat mengenai MH370. Saya tidak menyatakan bahawa kita harus percaya segala laporan media luar negara, tetapi pemahaman kita akan menjadi sangat cetek jika kita hanya membaca akhbar arus perdana. Saya ingin menegaskan sekali lagi kenyataan saya bahawa Najib adalah pemimpin yang "terlalu lemah." Tun Dr Mahathir (ini tidak bererti saya suka kepada beliau) akan memberi komen dan arahan jelas mengenai isu ini hampir setiap hari sekiranya ia berlaku di era beliau. Tetapi Najib tidak hanya melepaskan tanggungjawab ini kepada seorang lagi menteri "tidak upaya" Hishammuddin Hussein, tetapi mengambil masa tujuh hari sebelum membuka mulut untuk mengadakan sidang akhbar, itu pun tidak berani berhadapan wartawan dengan enggan menjawab sebarang soalan. Saya pertahan pandangan saya dalam Washington Post bahawa sidang akhbar oleh Najib itu hanya "wayang" untuk mendapat keuntungan politik. Sikap flip-flop dalam pembatalan di saat akhir satu lagi sidang akhbar yang dijadual tiga jam selepas itu menggambarkan kelemahan pentadbiran beliau. Sebagai kartunis, tugas saya ialah memberi sudut pandangan yang berbeza supaya pembaca mendapat perspektif yang lebih baik bagi pendebatan yang sihat. Falsafah kartun "how can I be neutral, even my pen has a stand" menghendaki saya mempunyai etika berkartun dalam menyampaikan mesej dan pandangan. Saya membuat banyak kajian dan mengumpul seberapa banyak maklumat dari perspektif yang berbeza. -19/3/14 ZUNAR ATAU ZULKIFLEE ANWAR SM ULHAQUE adalah kartunis politik yang pernah ditahan bawah Akta Hasutan kerana melukis kartun. Tujuh buku beliau diharam oleh kerajaan. Beliau menerima anugerah "Keberanian Dalam Melukis Kartun Editorial 2011" oleh Rangkaian Hak Asasi Kartunis, Washington. | ||
[PANAS] Kerana Ingin Jimat RM33, MH370 Gagal Hantar Data Penting - Pakar Posted: 19 Mar 2014 08:40 PM PDT [TMI] Penerbangan Malaysia gagal menaik taraf komputer yang mudah dan berharga hanya RM33 bagi setiap penerbangan, yang akan menyediakan maklumat penting untuk membantu mencari penerbangan MH370 yang hilang, kerana ia membuat pilihan yang lebih murah apabila membeli pesawat, The Sydney Morning Herald melaporkan. Seorang pegawai industri satelit dipetik sebagai berkata bahawa menaik taraf sistem yang dipanggil Swift, akan menyediakan arah, kelajuan dan ketinggian pesawat MH370 walaupun selepas komunikasi lain daripada pesawat hilang daripada radar. Jika sistem Swift dinaik taraf, termasuk pakej penuh aplikasi, ia boleh menghantar maklumat mengenai prestasi enjin, penggunaan bahan api, kelajuan, ketinggian dan arah, tidak kira sama ada transponder dan Sistem Menangani Komunikasi dan Pelaporan (ACARS) berfungsi, katanya. Pakar yang bercakap dengan syarat tidak mahu namanya disiarkan memberitahu harian Australia yang sistem Swift adalah sama seperti cara bagaimana telefon pintar menghantar data satelit, manakala ACARS adalah serupa dengan aplikasi untuk telefon bimbit. "Apabila ACARS ditutup, Swift masih lagi berfungsi," katanya kepada Sydney Morning Herald. "Jika sistem Swift diselenggarakan untuk mengesan data enjin, data tersebut akan dapat dihantar (streaming) dari pesawat itu. Ia akan berfungsi selagi pesawat tersebut berjalan." Laporan tersebut menunjukkan bahawa jika Malaysia Airlines mendapatkan pakej naik taraf tersebut, ia akan terus menghantar data penerbangan dari satelit walaupun selepas transponder pesawat dan komunikasi ACARS dimatikan. Ditanya mengapa penerbangan tersebut memilih untuk tidak membeli aplikasi tersebut yang dikira berpatutan harganya, seorang pagawai industri memberitahu Sydney Morning Herald, "Setiap yang ada dalam kapal terbang akan melibatkan penggunaan petrol. Oleh itu semua perlu dikira, untuk mengurangkan kos." Daripada menghantar data, katanya, sesetengah penerbangan memilih untuk memuat turun semua data pada pemacu USB sebaik pesawat mendarat. Disebabkan Malaysia Airlines memilih pilihan yang murah, katanya, "tidak banyak yang dapat dirakam." Zainul Zawawi, naib presiden untuk Amerika Utara di Penerbangan Malaysia memberitahu Sydney Morning Herald bahawa beliau tidak diberi kuasa untuk bercakap tentang pesawat yang hilang dan mengarahkan soalan tersebut ditanya kepada pegawai penerbangan di Malaysia. Usaha menghubungi pegawai tersebut oleh Sydney Morning Herald tidak berjaya. Menurut laporan tersebut, data daripada sistem naik taraf yang hampir serupa membolehkan penyiasat mengecilkan kawasan pencarian kepada 64 kilometer di Lautan Atlantik dalam kes hempasan 2009 pesawat AirFrance. Dalam masa lima hari mereka dapat menjumpai serpihan daripada hempasan itu. Ini bukannya kali pertama Malaysia Airlines terpampang di muka depan akhbar kerana tidak melanggan program yang dapat membantu pencarian MH370. Bloomberg melaporkan minggu lepas bahawa syarikat penerbangan itu tidak memasang satu perkhidmatan Boeing yang mengumpul data prestasi secara langsung untuk penerbangan seperti MH370 yang penting dalam penyelenggaraan pesawat. Pencarian Boeing 777-200ER (9M-MRO) kini fokus kepada dua sudut kawasan pencarian yang luas, satu menuju daratan di utara dari Laos ke Lautan Caspian, dan kedua ke arah selatan, melalui Lautan Hindi dari kepulauan Sumatra Indonesia ke barat Australia. Reuters mengatakan bahawa jangkaan pencarian yang disertai 26-negara ini akan dapat membawa hasil yang cepat kini semakin berkurangan, tetapi para penyiasat mengesahkan bahawa mereka sedang menumpukan perhatian kepada kawasan terpencil Lautan Hindi selepas tidak dapat mencari kesan pesawat tersebut di kawasan utara. "Kepentingan kita sedang diberi pada kawasan itu," kata Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Hussein. Australia sedang mengetuai operasi mencari dan menyelamat di bahagian sudut selatan, dengan bantuan tentera laut Amerika Syarikat. Kawasan mencari sudah diperkecilkan mengikut data yang dikesan satelit dan analisis cuaca dan arus, tetapi kawasan itu masih lebih kurang 600,000 batu persegi, lebih kurang saiz Sepanyol dan Belanda. – 20 Mac, 2014. | ||
"Raja Bomoh" Mungkin SAMAN Khairy dan JAIS Posted: 19 Mar 2014 06:01 PM PDT [Mstar] KUALA LUMPUR: Bomoh Ibrahim Mat Zin yang baru-baru ini mencetuskan kontroversi kerana mengadakan upacara ritual untuk mencari pesawat MH370 yang hilang mungkin akan memfailkan saman fitnah terhadap Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dan Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin berjumlah RM100 juta sekiranya mereka tidak menarik balik kenyataan mereka terhadap beliau. "Daripada pergi memaklumkan kepada umum, Khairy sepatutnya datang dan berbincang dengan saya. Saya akan memberitahunya cerita di pihak saya dan membersihkan nama saya lagi. "Saya di sini untuk membantu negara dan bukannya mahu mencemarkan imej negara. "Saya telah melakukan perkara ini selama bertahun-tahun, bagaimana mereka boleh berkata apa sahaja yang saya lakukan adalah 'haram' (haram) dan 'syirik', ia tidak betul sama sekali!" kata Ibrahim yang mendakwa bahawa beliau mempunyai 50 tahun pengalaman sebagai bomoh. Ibrahim juga berkata disebabkan Jais, beliau tidak lagi dapat pergi ke lapangan terbang untuk meneruskan upacara ritual. Beliau sebelum ini diberi amaran akan ditahan oleh Jais sekiranya masih melakukan upacara ritual di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). "Untuk mencari pesawat, saya perlu melakukan tujuh upacara ritual tetapi saya hanya melakukan dua kali. Saya diberitahu bahawa pihak berkuasa di sana akan menagan saya. "Oleh itu , saya telah pergi ke tempat-tempat lain di luar Kuala Lumpur," katanya. Ibrahim terus yakin bahawa penumpang masih hidup dan sama ada di dalam dunia ghaib atau telah terhempas mendarat di salah satu daripada tiga pulau. Beliau bagaimanapun tidak dapat mengesan tiga pulau itu. Ibrahim mendapat liputan meluas antarabangsa berhubung upacara ritualnya yang pelik dilakukan di KLIA pada minggu lepas bagi membantu 'mengesan' pesawat Malaysia Airlines MH370 yang hilang. Upacara ritual beliau itu termasuk penggunaan buah kelapa, teropong buluh, bubu rotan (perangkap ikan) sebagai sebahagian daripada 'peralatan'nya. Pada minggu yang sama, Ibrahim mencetuskan lagi kontroversi dengan upacara ritualnya di KLIA selepas beliau dan pembantunya duduk di atas karpet yang mana beliau menafikan ia sebagai mengembalikan semula adegan 'tikar terbang'. "Ya, saya melihat gambar-gambar dan video (parodi mengenai upacara ritualnya). Saya ketawa melihatnya. Orang ramai berhak untuk berbuat demikian dan saya gembira apabila membuatkan mereka gembira," katanya. - 20/3/14 |
You are subscribed to email updates from DUNIACACAMARBA (DCM) To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan