DIALOG RAKYAT |
- 'Sedikit peruntukan' pada PERKASA - JPM
- [EDISI SYAITAN] Jahatnya Mereka, Kondom Percuma Diedar Semasa Konsert FMFA
- Bongkar, selongkar isu rakyat di Pekan
- Polis Tembak Mati Dua Suspek Dipercayai Geng 21
- MH370: AMSA akui imej satelit 'tidak jelas'
- Jingga13: Mei Fun harus minta maaf
- MH370: Cari kotak hitam selepas pesawat ditemui
- Dua objek masih tidak dapat disahkan
- Sistem PBS dipinda, DAP desak kerajaan BN tarik balik hukuman ke atas guru
- KDN akui video Teresa Kok tidak perlekehkan PM, sensitiviti agama Islam
- DAP mahu Najib jelas sikap biadap Wan Junaidi
- Putrajaya mungkin tahu di mana MH370, tetapi tidak mahu beritahu, kata pakar penerbangan
- Terowong RM340 juta dibantah, baik buat rumah mampu milik, ahli parlimen Pakatan
- Putrajaya janji hormati MoU air dengan Selangor, kata Maximus
- HARI-HARI HISHAMUDDIN COVER NAJIB, NAJIB PULA SIBUK DENGAN HARGA AYAM
- Anwar kenal Kapten Zaharie, menyifatkan beliau mahu reformasi demokratik
- Kotak Hitam: M'sia minta kepakaran Perancis
- Australia siasat objek di Lautan Hindi
- Hishammuddin Arah Siasatan Insiden Kecoh Di Hotel Sama-Sama
- SPM 2013: 13,970 Calon Peroleh Gred A Semua Mata Pelajaran
- MH370: Australia Kesan Dua Objek
- MH370 MAS : Kritikan Dunia Terhadap Cara Malaysia Urus ‘National Crisis’? Komunikasi Lemah, Teruk, Tidak Cekap! Punca?
- Pihak luar perlu hormat gerak kerja SAR Malaysia, kata Dr Mahathir
- Semak semula permohonan program bantuan rumah
- PRK Kajang: Hard battle, fokus hingga saat penghujung
'Sedikit peruntukan' pada PERKASA - JPM Posted: 20 Mar 2014 06:17 AM PDT MALAYSIAKINI Jabatan Perdana Menteri (JPM) menyediakan "sedikit peruntukan" kepada NGO pendesak Melayu PERKASA bagi membantu badan tersebut mengadakan satu seminar berkaitan transformasi ekonomi antara kaum dan bangsa demi menuju perpaduan rakyat. Dalam jawapan bertulisnya, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim (BN-Arau) berkata peruntukan itu diberikan kepada program itu yang "dihadiri dan memberi manfaat" kepada 5,000 peserta. "Jabatan Perdana Menteri tiada menyediakan peruntukan khusus kepada pertubuhan NGO iaitu Pertubuhan Pribumi Perkasa. "Bagaimanapun, sedikit peruntukan disediakan untuk membantu badan tersebut mengadakan seminar Tranformasi Ekonomi Antara Kaum dan Bangsa Teras Sebagai Asas Perpaduan Rakyat," kata Shahidan tanpa tidak menyebut bila dan lokasi seminar itu diadakan. Shahidan menjawab soalan Sim Tze Sin (PKR-Bayan Baru) yang meminta Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menyatakan jumlah peruntukan yang diberikan kepada PERKASA oleh Majlis Keselamatan Negara dan Biro Tata Negara berdasarkan program dan aktiviti. Dalam kenyataan balasnya Sim terkejut dengan pengesahan kerajaan BN yang telah memberikan peruntukan kepada pertubuhan yang dianggapnya sebagai "NGO ekstremis dan sayap Umno yang menjalankan segala kerja ekstremis demi Umno". Cabar MCA masuk campur Menurutnya lagi, tindakan memberi sumber kewangan itu bercanggah dengan 'slogan manis' 1Malaysia yang mahu menyatupadukan rakyat kepada NGO yang didakwa antaranya mengancam untuk membakar Bible dan ingin berdemonstrasi di depan gereja. Ini sekali gus mencabar Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai (kiri) untuk menyatakan pendirian partinya berhubung tindakan kerajaan memberi peruntukan menyokong program PERKASA. "Adakah MCA bersetuju dengan tindakan kerajaan? Jika tidak, apakah tindakan MCA seterusnya? Saya cabar MCA tidak masuk campur kabinet yang menyokong ekstrimis perkauman. "Jawapan ini jelas menunjukkan bahawa MCA bersekongkol dengan NGO ekstrimis PERKASA," katanya. Sim memberi contoh apa yang didakwanya sebagai "hipokrasi" MCA apabila beberapa pemimpin parti itu dan PERKASA bersama-sama dalam program tertentu. Ini tambahnya, apabila calon BN Chew Mei Fun yang berceramah bersama ketua penerangan NGO Melayu itu. Dalam sidang medianya juga, Sim menyatakan rasa tidak puas hatinya terhadap Shahidan yang tidak berterus terang menjawab jumlah peruntukan yang diberikan kepada PERKASA kerana ia boleh menimbulkan syak bahawa jumlah peruntukan itu "amat tinggi". | ||
[EDISI SYAITAN] Jahatnya Mereka, Kondom Percuma Diedar Semasa Konsert FMFA Posted: 20 Mar 2014 05:59 AM PDT KELAB GREENBOCPenganjur edar kondom kepada para pengunjung konsert?PETALING JAYA: Kematian enam anak muda didakwa akibat pengambilan dadah berlebihan pada acara muzik terbesar, Future Music Festival Asia (FMFA) minggu lalu mengejutkan rakyat Malaysia. Konsert berkenaan didakwa turut dicemari dengan 'pemberian' kondom yang menyebabkan berlakunya pergaulan bebas tanpa batasan. Kondom berkenaan yang diletakkan dalam pek ringkas berwarna hitam yang tertera logo 'Future Music Asia 2014′ dengan tema 'Party Hard, Party Safe, Take Care'. Pek berkenaan diletakkan satu kondom serta memaparkan cara penggunaan. Keadaan ini nyata memburukan imej negara yang lebih menumpukan kepada prospek kehadiran pelancong sehingga sanggup membenarkan anak muda menggunakan barang terlarang dan berhibur secara bebas. Dalam kejadian berkenaan, enam individu meninggal dunia sementara tiga yang lain kritikal ketika berhibur dalam acara itu. Semuanya adalah rakyat Malaysia berumur antara 21 dan 28 tahun. Difahamkan konsert tiga hari itu mendapat kelulusan Kementerian Pelancongan selain dijangka menarik lebih 80,000 peminat untuk melihat barisan lebih 70 band dan artis dijadual membuat persembahan pada 13-15 Mac 2014. Ekoran kejadian berkenaan, konsert itu terpaksa dibatalkan dan hanya berlangsung satu hari. FMFA mendapat dokongan daripada Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan menerusi Malaysia Major Events sebuah bahagian di bawah agensi Kementerian tersebut iaitu Malaysia Convention and Exhibition Bureau. -FMT
| ||
Bongkar, selongkar isu rakyat di Pekan Posted: 20 Mar 2014 05:53 AM PDT Hujung minggu lalu, Sabtu dan Ahad, bersama tiga wartawan Harakah, saya ke Pantai Timur; singgah di kampus Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Kuantan, mengunjungi pimpinan PAS Kawasan Pekan, seterusnya sempat bertanya khabar rakan-rakan aktivis mahasiswa Universiti Malaysia Pahang (UMP). Meskipun pencarian kehilangan MH370 sudah melewati tempoh seminggu, topik utama perbincangan kami tidak dapat lari daripada pelbagai misteri yang tersimpan di dalamnya. "Mungkin wartawan ada info eksklusif, kongsilah sikit dengan kami?" seorang aktivis PAS Pekan cuba meneka. Saya hanya menggelengkan kepala sambil tersenyum, "sama saja maklumat kita, masih banyak misteri yang belum terbongkar". Cerita dan gosil mengenai kehilangan pesawat Boeng 777 Penerbangan itu menyebabkan saya hampir terlupa dengan pilihan raya kecil Kajang (apatah lagi kerusi Balingian, Sarawak) sehinggalah ada teman di Gambang, bertanyakan peluang Presiden KeADILan, Dr Wan Azizah Ismail untuk meningkatkan majoriti undi. "Adakah mustahil calon BN hilang wang pertaruhan?" soalnya, sambil merujuk kes dua calon BN Pulau Pinang menerima nasib malang itu dalam PRU13, iaitu wakilnya di Dun Pengkalan dan Dun Berapit apabila gagal memperolehi sekurang-kurangnya satu perlapan daripada keseluruhan undi. "Usah remehkan kempen MCA, mereka serius mahu hantar wakil tunggal ke Dun Selangor, dan tak elok nampakkan kita seolah-olah takbur," pintas saya, selain juga mahu menekankan, tanpa kehadiran Anwar Ibrahim sebagai calon, kempen semacam hilang serinya, lagipun tidak ramai menjangkakan saingan sengit BN. Melalui siaran berita TV, saya terdengar pengakuan pemimpin Wanita Umno bahawa pengundi Kajang tidak memberi reaksi sewajarnya, malah ada yang menutup pintu, kepada kempen mereka. Secara terbuka beliau mendedahkan, ada penduduk yang memberi ruang untuk masuk ke rumah tetapi mengambil kesempatan untuk mengkritik balik petugas BN. "Apa posisi Kak Wan bila menang nanti? Mungkinkah gaya pentadbiran Tan Sri Khalid Ibrahim berubah selepas ini?" rakan saya terus bertanya. Saya sekadar memintanya merujuk kepada kolum Liew Chin Tong dalam Harakah baru-baru ini, yang membayangkan langkah memenjarakan Anwar telah mendorong keyakinan strategis DAP itu bahawa Dr Wan Azizah adalah PM yang dinobatkan Umno secara tidak sengaja. (Saya kemudiannya membaca kenyataan Lim Kit Siang bahawa misi "menghilangkan deposit" calon BN adalah bertujuan baik, iaitu menyelamatkan empat pihak; Anwar dari hukuman lima tahun penjara, juga Karpal Singh yang dihukum atas kesalahan menghasut, selain badan kehakiman dan sistem keadilan negara yang bakal terjerumus ke zaman gelap, serta Malaysia yang dilanda enam krisis serangkai). Di kampus UMP, Pekan, selesai solat jamak Zuhur-Asar, ada khabar duka tentang tragedi kematian dalam konsert liar di Bukit Jalil, ekoran penggunaan berlebihan dadah, difahamkan turut melibatkan pelajar IPTA dari Pahang. Memang kami terkejut, tetapi jauh di lubuk hati saya menginsafi keluarga malang itu pastinya lebih menderita dengan peristiwa sedih itu. Bagaimanapun, diskusi kami mengenai pergolakan politik mahasiswa, antara lain insiden pembatalan majlis penyerahan watikah ahli Majlis Perwakilan Pelajar UMP, lebih mengujakan. Harakah telah membuat liputan mengenai kontroversi berkenaan. Kebangkitan mahasiswa UMP -- yang selama ini terpisah daripada kampus Lembah Kelang -- cukup memikat perhatian saya. Tanpa diduga mereka bangun membantah pentadbiran universiti yang mencantas sewenang-wenangnya, tanpa alasan munasabah, nama-nama calon tertentu, daripada menyertai pilihan raya kampus, sehingga mencetuskan demonstrasi aman yang cukup mengejutkan. Ya, pelajar-pelajar itu seperti mahu mengajar pengurusan kanan UMP, agar jangan pandang rendah maruah dan harga diri mahasiswa. Mentaliti meremehkan mahasiswa oleh pegawai tinggi Hal Ehwal Pelajar memang menjadi lumrah meskipun Akta Universiti dan Kolej Universiti telah dipinda. Kongkongan dan sekatan di kampus semakin menjadi-jadi, khususnya melalui "arahan tidak bertulis", bagi memastikan mahasiswa kekal sebagai "pelajar sekolah menengah atas". Segala perancangan dan program Majlis Perwakilan Pelajar harus dirujuk -- dan sudah pasti mesti mendapat kelulusan -- HEP. Dan di UMP, situasi sama, malah lebih ketat, terus menyekat gerakan pelajar daripada selesa bereksperimen mematangkan organisasi. Menjelang tengahari Ahad itu, bertolak dari Hotel Sri Manja, Indera Mahkota, tidak jauh dengan kampus UIAM Kuantan, kami menuju ke Pekan. Saya terkenangkan rombongan PAS Pekan yang mengunjungi Pejabat Harakah di Jalan Pahang Barat, Kuala Lumpur, tidak lama selepas saya menjalani pembedahan pintasan jantung. Sepanjang perjalanan, nampak hutan kecil di kiri kanan jalan terbakar. Seperti di lokasi lain, di musim kemarau ini, tiada pasukan bomba datang memadam. Menghampiri bandar Pekan, rakan wartawan, Ali Bukhari Amir -- yang banyak menulis tentang "revolusi dan penggulingan" -- menunjukkan banner kedai makan "Ustaz Najib". Kami sama-sama ketawa, sambil mengambil maklum ia tiada kaitan dengan Perdana Menteri, Najib Razak! Ali turut asyik bercerita, khususnya kepada dua lagi teman wartawan, Arif Atan dan Arif Juhani yang memandu, tentang populariti Pekan sebagai "pekan martabak", iaitu Martabak Mengkasar. Sayang sekali, kedai makan di Jalan Sultan Abu Bakar itu belum dibuka ketika kami sampai. Semasa bertukar-tukar pandangan dengan Yang Dipertua PAS Pekan, Ustaz Abu Kasim Manaf, di Pejabat PAS Kawasan, saya agak tersentak dengan pendedahan rangkaian isu-isu besar yang tidak ditangani dengan baik oleh Ahli Parlimennya, Najib Razak. Dua tiga anggota Dewan Harian PAS Pekan yang turut sama dalam pertemuan itu menyenaraikan masalah rakyat, termasuk isu bekalan air bersih dengan segala kompleksitinya, masalah banjir. isu di Kuala Pahang, projek-projek terbengkalai termasuk yang bernilai berbilion ringgit, peluang pekerjaan, gangguan keselamatan, harga rumah yang mahal dan lain-lain lagi. "Banyak isu di kawasan Perdana Menteri ini ... sayang sekali Harakah jarang menyiarkannya," Naib Yang Dipertua PAS Kawasan, Kapten (B) Ahiatuddin Daud meluahkan. "Adakah Harakah juga takut dengan Najib?" seorang rakannya menambah, disambut ketawa hadirin yang lain. "Apalah yang nak ditakutkan, dan kalau nak tahu, saya bawa bersama hari ini tiga wartawan yang banyak bercakap tentang 'penggulingan Najib'," pintas saya, menyebabkan gelak-tawa berpanjangan dan bertambah nyaring. "Lagi satu, kenapa Harakah tidak tekankan, mengapa perlu Najib lantik sepupunya Hishamuddin Hussein sebagai pemangku Menteri Pengangkutan, sedangkan dia telah gagal sebagai Menteri Dalam Negeri ketika menguruskan kes Lahad Datu dulu?" ujarnya lagi. Perbincangan kami tengahari itu seperti susah untuk ditamatkan. Saya memahami begitu banyak yang mahu diluahkan, untuk kami rakam dan laporkan dalam Harakah. Apu pun, ia tentunya memerlukan kami turun ke gelanggang, melihat sendri masalah masyarakat akar umbi di kawasan Perdana Menteri. Semasa bersalaman dengan Ustaz Abu Kassim, selepas menikmati juadah tengahari yang menyelerakan, saya seolah-olah memberi jaminan: "Insya-Allah, Ustaz tak perlu tunggu lama kehadiran kami ke sini lagi." "Basiron pernah buat tinjauan turun padang ke Pekan, tapi peliknya kenapa laporan dia tak disiarkan," tanya Ustaz Abu Kassim merujuk wartawan Harakah Pahang, Basiron Abd Wahab. "Rasanya ada silap kat mana-mana tu, Ustaz. Takpa, kita akan betulkan kesilapan di peringkat editorial. Dari segi pemberitaan, Pekan memang ada keistimewaan tersendiri," jawab saya mohon berundur. Kami masih ada temujanji di kampus UMP Pekan tidak jauh dari situ. Saya juga perlu mengejar waktu pulang segera memandangkan esok paginya perlu menjalani rawatan berkaitan masalah buah pinggang di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia. Dan semasa kami melintasi kedai Martabak Mengkasar, ia masih belum dibuka. Memang bukan rezeki hari itu... Sememangnya, di mana-mana saja, di seluruh pelosok negara, elit penguasa yang menyuburkan budaya rakus kroni-kapitalisme, tidak segan-silu terus memunggah khazanah kekayaan, dengan membolot apa jua peluang bagi memenuhkan tembolok diri dan suku-sakat. Justeru, Pekan tidak sekali terkecuali, kalau pun tidak menjadi salah satu daripada lubuknya. Kabel politik sentiasa menjadi medium untuk melonjakkan lagi penggandaan kekayaan, membiarkan majoriti rakyat yang terus terkepung dengan asakan kenaikan kos sara hidup, selepas menjinakkan mereka dengan umpan BR1M dan seumpamanya. Edisi terbaru majalah The Economist menyenaraikan Malaysia sebagai negara dalam kedudukan ketiga dalam indeks kapitalisme-kroninya bagi tahun 2014, kedudukan yang sama sejak kajian tersebut dilakukan pada tahun 2007. Kunjungan singkat ke Kuantan dan Pekan ini, sekurang-kurangnya membuka peluang untuk bukan saja kami mengenali "potensi kebangkitan" di Pantai Timur, malah mendekati kelompok yang banyak menyimpan cerita dan isu, untuk dikongsi lebih ramai orang. Najib mungkin tidak lagi bimbangkan pengundi Pekan -- biarpun hampir dikalahkan pada Pilihan Raya Umum 1999, hanya menang dengan majoriti tipis 241 undi mengalahkan calon PAS, Ustaz Ramli Mohamed -- dalam PRU berikutnya, namun suara keresahan masyarakat Pekan dan keberanian anak muda UMP tetap menarik perhatian kami untuk datang lagi, selain "pekena" Martabak Mengkasar yang belum sempat dijamah itu .... | ||
Polis Tembak Mati Dua Suspek Dipercayai Geng 21 Posted: 20 Mar 2014 05:43 AM PDT Oleh: BERNAMA KAJANG: Polis menembak mati dua suspek dipercayai ahli kumpulan Geng 21 dalam kejadian tembak menembak berhampiran sebuah tapak pembinaan di Ara Damansara, di Selangor malam Selasa. Ketua Polis Selangor Datuk Mohd Shukri Dahlan berkata kejadian itu berlaku 10.50 malam apabila suspek yang menaiki sebuah kereta Proton Wira Aeroback, melepaskan beberapa das tembakan ke arah polis yang mengejar mereka selepas mendapati mereka terperangkap di jalan mati. Sepasukan polis dari Bahagian Jenayah Berat (D9) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor itu membalas tembakan dan menembak mati suspek, katanya kepada pemberita di Ibu pejabat Polis Daerah Kajang di sini Rabu. Beliau berkata sepasukan polis terdiri daripada seorang pegawai dan tiga anggota polis, sedang menjalankan rondaan mencegah jenayah menghampiri kereta suspek yang dalam keadaan mencurigakan di Jalan PJU1A/9, Ara Damansara tetapi mereka memecut kenderaan itu. "Bagaimanapun kereta terbabit berpatah balik kerana dipercayai memasuki jalan mati, seterusnya melepaskan beberapa das tembakan apabila bertembung dengan kenderaan polis yang mengikut dari belakang," katanya. Mohd Shukri berkata polis dapat mencari perlindungan dan melakukan tembakan balas. Kedua-dua suspek berumur 22 dan 26 tahun mati di tempat kejadian, katanya. Mohd Shukri berkata hasil siasatan mendapati kedua-dua suspek itu mempunyai enam rekod jenayah lampau termasuk seorang daripadanya pernah ditahan mengikut Ordinan Darurat (Ketenteraman Awam dan Pencegahan Jenayah) 1969 (POPOC) di Simpang Renggam pada 2008. "Pemeriksaan lanjut di dalam kenderaan suspek turut menemui sepucuk pistol jenis LLAMA Cal 7.65mm(32), dua bilah parang, topeng muka dan sarung tangan yang dipercayai digunakan untuk melakukan samun," katanya. | ||
MH370: AMSA akui imej satelit 'tidak jelas' Posted: 20 Mar 2014 05:39 AM PDT Nota edaran daripada Pihak Berkuasa Keselamatan Maritim Australia menunjukkan peta kawasan carian MH370. - Foto EPA KUALA LUMPUR - Imej yang dikesan sebagai dua 'objek' mungkin berkaitan dengan MH370 yang hilang adalah 'tidak jelas', kata Pengurus Besar Bahagian Respons Kecemasan Lembaga Keselamatan Maritim Australia (AMSA), John Young. "Dua objek itu dalam bentuk saiz yang munasabah dan mungkin dihanyutkan oleh air, bergerak turun naik di permukaan," menurut Young seperti yang dilaporkan agensi berita Reuters. Agensi berita itu memetik Young dalam sidang akhbar di Sydney, Australia, sebagai berkata bahawa negara itu telah menghantar empat pesawat pencari dan dua kapal ke kawasan di bahagian selatan zon pencarian di selatan Lautan Hindi yang dikenal pasti sebelumnya minggu ini, untuk mencari objek yang dikesan oleh satelit itu. Young berkata air di kawasan pencarian adalah 'beberapa ribu meter dalam' dan penglihatan yang lemah di kawasan itu akan menjejaskan pencarian, walaupun cuaca sederhana, lapor Reuters. Awal hari ini, Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata Perdana Menteri Australia Tony Abbot menelefon Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada jam 10 pagi untuk memberitahu bahawa kemungkinan objek yang berkaitan dengan pesawat Malaysia Airlines yang hilang telah dikesan di selatan Lautan Hindi. "Pada peringkat ini para pegawai Australia masih belum dapat memastikan sama ada dua objek itu benar-benar berkaitan dengan pencarian MH370," kata Hishammuddin. Pesawat MAS penerbangan MH370, dengan 227 penumpang dan 12 anak kapal hilang pada 8 Mac kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) pada pukul 12.41 tengah malam sebelumnya. Ia dijadual tiba di Beijing pada jam 6.30 pagi hari yang sama. Pengumuman Australia itu bersamaan hari ke-13 misi mencari dengan kerjasama pelbagai negara dilakukan terhadap pesawat itu yang menurut data satelit telah melencong dari laluan asal di Laut China Selatan menuju ke Lautan Hindi. Kawasan mencari juga telah diperbesar untuk meliputi kawasan luas di sebelah barat Malaysia, termasuk Lautan Hindi, apabila diketahui bahawa pesawat itu telah terbang tujuh jam selepas hilang dari radar. Operasi mencari kemudian ditumpukan kepada dua koridor, iaitu koridor utara yang menjangkaui dari sempadan Kazakhstan dan Turkmenistan ke utara Thailand dan koridor selatan dari Indonesia ke selatan Lautan Hindi. - Bernama | ||
Jingga13: Mei Fun harus minta maaf Posted: 20 Mar 2014 05:38 AM PDT Fariz (kanan) bersama Speaker Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang, Law Choo Kiang (dua dari kanan) bersama kepimpinan PKR pada sidang media yang diadakan di Bilik Gerakan Utama Keadilan, Kajang, hari ini. - Foto Sinar Harian oleh AFIQ RAZALI KAJANG - NGO Jingga13 hari ini menyelar tindakan calon BN bagi PRK Dun Kajang, Datin Paduka Chew Mei Fun menyalahkan kerajaan negeri Selangor sebagai punca insiden kematian enam remaja dalam sambutan Future Music Festival Asia, (FMFA) yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil baru-baru ini. Menurut Ketua Koordinatornya, Fariz Musa, tindakan tersebut jelas memperlihatkan sifat peribadi Mei Fun yang suka menuding jari tanpa usul periksa apabila mengaitkan kerajaan negeri dalam tragedi tersebut. "Seluruh rakyat Malaysia mengetahui penganjuran FMFA mendapat sokongan dan dokongan Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan menerusi Malaysia 'Major Events' iaitu di bawah kementerian tersebut. "Malah Menterinya sendiri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz telah menyempurnakan majlis pelancaran pada 17 Oktober 2013 lalu," katanya dalam satu sidang media, di Bilik Gerakan Utama PKR, Kajang, hari ini. Sehubungan itu, Jingga13 mendesak Mei Fun memohon maaf secara terbuka kepada kerajaan negeri Selangor di atas kenyataannya itu. "Kami mendesak agar Mei Fun memohon maaf, kerana tindakan tersebut jelas memperlihatkan Mei Fun tidak mengkaji dulu kata-katanya sebelum mengeluarkan kenyataannya," katanya. Sebelum ini, sebuat portal media berbahasa Inggeris melaporkan, Mei Fun dalam satu kenyataan menyalahkan kerajaan negeri Selangor sebagai punca kepada tragedi tersebut. Dalam kenyataan itu, Mei Fun mendakwa kerajaan Selangor sendiri tidak membanteras kewujudan pusat urut serta cybercafe di Selangor, sehingga 'membiak' perangai tidak sihat dalam rakyat. laporan itu dipetikm Mei Fun turut menyalahkan kerajaan negeri dalam tragedi FMFA tersebut. | ||
MH370: Cari kotak hitam selepas pesawat ditemui Posted: 20 Mar 2014 05:36 AM PDT SEPANG - Fokus pencarian pesawat MAS penerbangan MH370 akan diteruskan kepada usaha menjejak kotak hitam milik pesawat terbabit. Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein berkata, jika MH370 sudah ditemui, usaha pencarian akan diteruskan dan difokuskan kepada pencarian kotak hitam atau 'black box' yang berada pada badan pesawat terbabit. "Jika maklumat yang diperolehi tepat dan benar, kami akan tumpukan seluruh pasukan penyelamat untuk mencari kotak hitam," "Buat masa ini, usaha masih ditumpukan bagi mencari pesawat terbabit, namun jika pesawat sudah ditemui, pasukan pencari akan diminta bersedia untuk mencari kotak hitam MH370," katanya dalam satu sidang media di Sama-sama Hotel, hari ini. Dalam pada itu, pihaknya masih menunggu maklumat pengesahan terkini berkaitan penemuan dua objek di selatan Laut Hindi. "Buat masa sekarang, kami belum menerima sebarang maklumat terbaru oleh pihak Australia, jika ada perkembangan, kami akan maklumkan segera," katanya. | ||
Dua objek masih tidak dapat disahkan Posted: 20 Mar 2014 05:34 AM PDT SEPANG - Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein tidak mahu mengesahkan apa-apa maklumat berhubung imej dua objek yang diambil dari satelit oleh Australia. Menurutnya, pihaknya masih menunggu maklumat lanjut dari pihak berkuasa Australia. "Pasukan mencari Australia sedang menuju ke lokasi yang telah dikenal pasti dan buat masa sekarang kami belum menerima sebarang maklumat terbaru," katanya pada sidang media, hari ini. Terdahulu, Perdana Menteri Australia, Tony Abbot telah mengumumkan penemuan misteri dua objek terapung di bahagian selatan Laut Hindi. Menurut beliau, penemuan tersebut ialah hasil maklumat yang diperoleh dari satelit dan mungkin berkait rapat dengan kehilangan MH370. Tambah beliau lagi, sebuah pesawat P-3 Orion telah dihantar ke lokasi di mana objek tersebut kelihatan. Sementara itu, Hishammuddin menasihati semua pihak agar terus sabar dan menunggu maklumat pengesahan selanjutnya. "Kami tidak dapat mengesahkan apa-apa maklumat buat masa sekarang, namun kami akan berikan berita terbaru sebaik sahaja kami dimaklumkan oleh pihak berkenaan," | ||
Sistem PBS dipinda, DAP desak kerajaan BN tarik balik hukuman ke atas guru Posted: 20 Mar 2014 05:30 AM PDT KUALA LUMPUR: Keputusan Menteri Pendidikan, Tan Sri Muhyiddin Yassin meminda sistem Penilaian Berasaskan Sekolah (PBS) membuktikan kritikan sebilangan guru terhadap sistem itu benar. Justeru, kerajaan perlu menarik semula hukuman ke atas guru-guru itu, termasuk Pengerusi Suara Guru Masyarakat Malaysia (SGMM) , Mohd Nor Izzat Johari kerana membantah sistem itu, kata Ahli Parlimen Bukit Bendera, Zairil Khir Johari. Ekoran kritikan terhadap PBS, Nor Izzat diarahkan berpindah ke sekolah pedalaman di Pahang, 80 kilometer daripada rumahnya. "Keputusan 'flip-flop' terbaru Muhyiddin untuk mansuhkan aspek utama PBS jelas menyangkal tuduhan ke atas Nor Izzat dan guru-guru lain. "Maka, sepatutnyalah arahan pemindahan ke atas mereka dibatalkan segera, dan semua guru yang jadi mangsa dikembalikan ke sekolah asal mereka," katanya dalam satu kenyataan. Pada 22 Februari 2014, SGMM mengadakan protes di Putrajaya ke atas pelaksanaan PBS yang hanya menambahkan beban kerja guru. Sistem itu memaksa guru memasukkan sendiri maklumat pelajar dalam pengkalan data atas talian setiap hari. Kelemahan sistem itu menyebabkan mereka terpaksa berjaga sehingga lewat malam untuk berbuat demikian. Tekanan yang diterima menyebabkan Muhyiddin akur untuk menangguhkan pelaksanaan sistem itu. Sistem yang didakwa sudah dipinda bakal dilaksanakan 1 April ini. Dalam pada itu, beliau berkata, kegagalan membatalkan hukuman, walaupun guru-guru itu terbukti tidak bersalah menandakan Kementerian Pendidikan menghukum mereka hanya kerana bangkit membela profesion perguruan. "Jika kerajaan serius dalam usaha tingkatkan kualiti guru dan menarik mereka yang pintar dan berdedikasi ke profesion ini, pemangsaan terhadap guru perlulah dihentikan serta-merta," kata Penolong Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP itu lagi. – Roketkini.com | ||
KDN akui video Teresa Kok tidak perlekehkan PM, sensitiviti agama Islam Posted: 20 Mar 2014 05:28 AM PDT KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen DAP Seputeh, Teresa Kok Suh Sim berkata, Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengakui bahawa dalam video 'Onederful Malaysia' beliau tidak memperlekehkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan menyentuh sensitiviti agama Islam. Katanya, ini adalah susulan kenyataan salah KDN mengenai isu tawaran menampar Teresa Kok secara rasmi berhubung perkara itu. Katanya, penjelasan rasmi yang diterima beliau itu dikeluarkan Timbalan Menteri Dalam Negeri pada 19 Mac dan mengakui bahawa jawapan yang diberi pihak KDN hanya merujuk kepada kenyataan dan laporan yang dibuat pihak NGO Islam. Menurut Teresa Kok yang juga Naib Presiden Kebangsaan DAP, surat itu diterima selepas membuat desakan terhadap kementerian agar memperbetulkan jawapan yang diberi kepada Parlimen awal minggu lalu. "Sudah tentu ini bukan permintaan yang kita tuntut tetapi saya tetap gembira apabila Timbalan Menteri Dalam Negeri sudah membuat pembetulan dan menjelaskan kekeliruan itu. "Saya menerima jawapan itu dan tidak akan bentang sebarang usul untuk membawa Timbalan Menteri itu ke Jawatankuasa Parlimen," katanya pada sidang media di Parlimen, hari ini. Berikutan itu, beliau berharap Ahli Parlimen Lenggong, Datuk Shamsul Anuar Nasrah dan Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Mokthar Radin juga berbuat demikian sebagaimana tindakan kementerian itu yang berani mengakui kesilapan. Ahli Parlimen Ipoh Barat, M Kulasegaran pula berkata, Pakatan Rakyat (PR) menghantar satu usul untuk membawa dua Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) itu ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen gara-gara serangan ke atas Teresa Kok berhubung isu video berkenaan. Katanya, serangan dan tuduhan dua Ahli Parlimen terbabit adalah tidak berasas sama sekali kerana jelas video itu langsung tidak menyentuh mengenai agama, pemerintah dan mengambil kesempatan terhadap insiden di Lahad Datu. Pada Persidangan Dewan Rakyat 17 Mac lalu, Ahli Parlimen Kinabatangan dan Ahli Parlimen Lenggong menuduh Teresa Kok bahawa video itu mengundang keadaan tidak baik di kalangan rakyat dan menyentuh soal sensitiviti agama Islam. Ahli Parlimen berkenaan juga mendakwa Teresa Kok menghancurkan perpaduan kaum dalam negara dengan bertindak menyiarkan video terbabit. "Berikutan itu saya sudah menghantarkan usul kepada sidang Dewan Rakyat bagi kedua-dua Ahli Parlimen itu dibawa ke Jawatankuasa Hak dan kebebasan. "Saya juga mencabar Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk berdebat mengenai usul berkenaan," katanya.-Roketkini.com | ||
DAP mahu Najib jelas sikap biadap Wan Junaidi Posted: 20 Mar 2014 05:26 AM PDT Roketkini.com KUALA LUMPUR: DAP hari ini mengancam untuk mengheret Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen jika beliau enggan menarik balik dakwaan bukan Melayu 'lebih menerima' rogol bawah umur. Ahli Parlimen DAP Ipoh Barat, M Kulasegaran berkata, penjelasan Wan Junaidi bahawa kenyataan telah disalahfaham bukan saja tidak boleh diterima malah mengelirukan Dewan Rakyat. "Wan Junaidi tidak harus cuba untuk mencari alasan atau membela dakwaan beliau yang sememangnya terbukti salah. "Tidak ada justifikasi khusus untuk dakwaannya yang tidak berasas dan menyakitkan hati itu. Satu-satunya pilihan adalah memohon maaf, menarik balik atau dibawa ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen," katanya pada sidang media di Lobi Parlimen, hari ini. Naib Pengerusi DAP Kebangsaan itu juga menuntut Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak memberi penjelasan segera dan melakukan tindakan terhadap kebiadapan Wan Junaidi. Kegagalan Najib dan kerajaan berbuat demikian tentunya memperlihatkan kepada rakyat bahawa BN menyokong dakwaan tidak berasas serta kebiadapan pemimpinnya. – Roketkini.com | ||
Putrajaya mungkin tahu di mana MH370, tetapi tidak mahu beritahu, kata pakar penerbangan Posted: 19 Mar 2014 10:34 PM PDT THE MALAYSIAN INSIDER Tanpa petanda yang jelas tentang lokasi sebenar MH370, sebuah laman web melaporkan satu teori bahawa pihak berkuasa Malaysia mungkin mengetahui di mana sebenarnya pesawat tersebut, tetapi menyembunyikan maklumat itu untuk menutup kemampuan satelitnya, menutup kesilapan dan mungkin juga untuk mengelak pihak yang berkepentingan. Teori ini disiarkan dalam Washington Post ketika usaha mencari pesawat Boeing 777-200ER (9M-MRO) dengan 239 penumpang itu masuk hari ke 13. "Kita sedang berurusan dengan organisasi tentera, dan mereka tidak mahu memberitahu anda, khasnya tidak jika ia akan kelihatan seperti mereka benar-benar kacau," kata Hans Weber, seorang perunding penerbangan yang berpangkalan di San Diego, dipetik sebagai berkata dalam artikel itu. "Pihak tentera tidak mahu kelihatan buruk di negara sendiri. Saya fikir ada banyak insentif untuk tentera mereka untuk menutup kesilapan sendiri. Walau bagaimanapun, dalam artikel tersebut tidak ada bukti tentang sesiapa yang tahu di mana pesawat itu, manakala tekanan daripada keluarga para penumpang dan anak kapal yang menuntut jawapan terus meningkat. | ||
Terowong RM340 juta dibantah, baik buat rumah mampu milik, ahli parlimen Pakatan Posted: 19 Mar 2014 10:31 PM PDT Ahli Parlimen Pakatan Rakyat (PR) hari ini menyelar rancangan pembinaan terowong pejalan kaki bawah tanah oleh MRT Corp yang dianggarkan bernilai RM340 juta, dan ia disifatkan sebagai satu lagi pembaziran yang tidak sepatutnya berlaku. Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad berkata selain khuatir mengenai berdepan dengan risiko keselamatan, kos yang terlalu tinggi juga dilihat sebagai tidak masuk akal kerana dengan nilai sebegitu syarikat tersebut lebih baik membina rumah mampu milik. "Kita tidak faham kenapa mereka mahukan pembinaan terowong pejalan kaki yang bernilai RM340 juta di tengah KL Sentral di mana lokasinya sudah padat," katanya pada sidang media di Parlimen hari ini. Beliau juga berkata kerajaan sepatutnya mempertimbangkan pembinaan jejantas yang tidak membabitkan kos yang terlalu mahal iaitu sebanyak RM50 juta. "Kos pembinaan jejantas ini lebih jimat daripada teworong bawah tanah, malah dari segi keselamatan, kemudahan, dan reka bentuknya ia berbaloi dengan harga dilaburkan," katanya. | ||
Putrajaya janji hormati MoU air dengan Selangor, kata Maximus Posted: 19 Mar 2014 10:29 PM PDT Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air itu berkata akan memastikan syarikat konsesi air tersebut diambil-alih selepas tawaran awal bernilai RM9.65 bilion ditolak. "MoU itu kukuh dan kami akan hormati kandungannya... Saya akan pastikan ia dilaksanakan," kata Maximus dalam sidang media selepas merasmikan Pameran ASIAWATER 2014 di Kuala Lumpur. Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid semalam mendesak kerajaan pusat supaya menggunakan Seksyen 114 Akta Industri Perkhidmatan Air (WSIA) 2006 bagi mengambil alih tiga lagi syarikat konsesi air selepas tawaran kerajaan negeri ditolak. Maximus bagaimanapun berkata untuk menggunakan akta tersebut, beberapa prosedur perlu dipatuhi terlebih dahulu. "Itu janji saya, tapi kamu tidak boleh tergesa-gesa sehinggalah proses undang-undang dipatuhi terlebih dahulu," kata beliau. | ||
HARI-HARI HISHAMUDDIN COVER NAJIB, NAJIB PULA SIBUK DENGAN HARGA AYAM Posted: 19 Mar 2014 10:19 PM PDT TEKANAN buat Najib bertambah hebat. Tragedi pesawat MH370 benar-banar buat pemimpin kerajaan 47% ini tidak tidor malam. Jika beliau yang bertanggungjawab tidak tidor malam, bayangkan waris-waris kepada semua mangsa dan krew yang terlibat. Tentunya mereka lebih tertekan. Terbaru dengar khabarnya waris-waris yang terlibat di China ingin mogok kerana mereka tidak berpuas hati dengan negara ini menangani tragedi malang ini. Bagi mereka banyak yang tersembunyi dari yang mereka ingin ketahui tentang nasib keluarga mereka. Jika benar mereka ini akan melancarkan mogok, ianya merupakan satu tekanan baru yang lebih hebat buat Najib. Aku tidak lagi terperanjat jika Najib umumkan letak jawatan sekiranya dua tiga hari ini tragedi malang ini menemui jalan buntu. Ramai yang merasakan sebenarnya Najib tahu apa yang berlaku dan apa yang beliau tahu terlalu lama beliau pendamkan dan tidak mahu berterus terang. Hati siapa yang tidak sedih bercampur marah jika Najib tidak boleh bertindak pantas dan apa yang dilaporkan setiap hari tidak berubah atau menunjukkan perkembangan positif. Rahsia tetap rahsia. Kita tahu memang ada yang perlu dirahsiakan, tetapi masakan semua perkara mahu dirahsiakan? Berita bahawa pencarian masih berjalan diulang setiap hari. Belum pun Najib dapat meyakinkan mereka tentang tindakan kerajaan sekarang adalah serius untuk mencari pesawat tersebut, media kita bagaikan haramjadah memainkan isu mengaitkan latarbelakang politik Pilot yang terlibat. Rakyat China bukan mahu dengar kisah politik haprak negara ini. Mereka mahu tahu apakah langkah bijak kerajaan di dalam menyelesaikan perkara ini. Mereka bukan mahu lihat tikar terbang, teropong mahupun buah kelapa atau Bubu. Peristiwa bodoh itu biarkan si bodoh dacing baghdad saja yang melihat dan mempercayainya. Dunia luar anggap kerja bodoh Tok Bomoh 1 Malaysia itu hanya sebagai bahan jenaka. Setiap hari hanya Hishamuddin yang terpaksa berdepan dengan wartawan seluruh dunia. Di mana Najib? Sepatutnya di tahap ini, Najib yang perlu ke depan. Sebagai PM, Najib bukan layak bercakap soal harga kangkung mahupun tentang harga ayam seringgit. Najib mesti tunjukkan beliau bukan hebat di TV3 suku sahaja. | ||
Anwar kenal Kapten Zaharie, menyifatkan beliau mahu reformasi demokratik Posted: 19 Mar 2014 09:37 PM PDT KL TODAY Juruterbang MAS yang mengendalikan penerbangan MH370, Kapten Zaharie Ahmad Shah didakwa bukan seorang pengganas.Bercakap kepada wartawan CNN, Christiane Amanpour, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Zaharie adalah salah seorang individu yang mencintai reformasi demokratik. "Beliau menyokong pakatan kami yang berbilang kaum. Beliau menentang sebarang bentuk ekstremis, " kata Ketua Pembangkang itu yang mengakui pernah bertemu Zaharie "beberapa kali." Selain mengaku kecewa dengan beberapa maklumat palsu mengenai kehilangan MH370 yang disebarkan, Anwar berkata, ada sesetengah pihak pula cuba mengaitkan krew MH370 dengan isu politik. Memetik laporan CNN, Anwar menambah, dirinya turut tidak terkecuali daripada menjadi sasaran serangan yang berterusan. Malah dakwa Anwar, ada pihak cuba mengaitkan Zaharie mempunyai hubungan kekeluargaan dengannya. Laporan itu menyebut, Zaharie sebenarnya mempunyai talian persaudaraan di sebelah menantu perempuan Anwar. Apa yang menantu saya beritahu, Zaharie adalah saudara jauh, tetapi menantu saya tetap panggil beliau 'pakcik'. "Panggilan tersebut adalah amalan biasa di sini (Malaysia). "Tapi saya memang mengenali beliau… Hanya sebagai aktivis parti (PKR)," katanya lagi. Media asing sebelum ini melaporkan, Zaharie menghadiri perbicaraan terhadap Anwar, yang dijatuhi hukuman lima tahun penjara selepas mahkamah membatalkan pembebasan 2012 beliau atas tuduhan liwat iaitu hanya beberapa jam sebelum pesawat berlepas pada 8 Mac lalu. "Beliau tidak berada dalam mahkamah. "Beliau mungkin berada di luar premis mahkamah, kerana kamar mahkamah mempunyai kapasiti yang terhad. "Tetapi dari maklumat yang saya kumpul dari rakan-rakan yang hadir pada perbicaraan itu, tidak ada siapa yang benar-benar melihat berada di premis mahkamah," ujarnya lagi. Ketika menjawab persoalan CNN sama ada Zaharie boleh bertindak balas kerana seperti dilapor media, Anwar menolak dakwaan itu. "Maklumat yang saya perolehi, rakan-rakannya terganggu dengan laporan yang ditulis mengenai beliau – malah ramai yang lain turut terganggu. Maksud saya, kami terkejut dengan kelajuan proses mahkamah rayuan. "Tetapi saya rasa itu perkara biasa. Saya tidak fikir ia akan menyebabkan seorang yang pakar dan berkaliber seperti beliau melakukan apa-apa aktiviti yang tidak diingini. Saya yakin tentang tertentu itu," ujar Anwar. | ||
Kotak Hitam: M'sia minta kepakaran Perancis Posted: 19 Mar 2014 09:28 PM PDT MALAYSIAKINI Pencarian pesawat Malaysia Airlines (MAS) penerbangan MH370 kekal menjadi keutamaan Malaysia, yang masuk hari ke-12, dengan memfokus kepada cabaran diplomatik, teknikal dan logistik. Kesemua 26 negara terbabit dalam operasi mencari dan menyelamat pesawat itu. Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata sejumlah aset sedang menunggu kebenaran diplomatik bagi memulakan operasi bagi mempercepat penempatan aset di sepanjang koridor carian. Pencarian pesawat itu kini memfokus kepada dua koridor iaitu koridor utara merentangi sempadan Kazakhstan dan Turkmenistan sehingga bahagian utara Thailand, dan koridor selatan yang bermula dari Indonesia sehingga bahagian selatan Lautan Hindi. Pesawat Boeing 777-200ER yang dalam perjalanan ke Beijing dan membawa 227 penumpang serta 12 anak kapal, hilang kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada 12.41 tengah malam. Pesawat itu dijadual mendarat di Beijing pada 6.30 pagi 8 Mac. "Meskipun pencarian masih diselaras oleh Malaysia, rakannya kian mengambil alih operasi dalam wilayah mereka sendiri dan di sektor yang dipersetujui," kata Hishammuddin dalam sidang akhbar harian berkaitan perkembangan operasi mencari dan menyelamat MH370 di Sepang dekat Kuala Lumpur semalam. Beliau berkata Malaysia tidak akan tersasar daripada fokusnya untuk mencari pesawat itu dengan menumpukan perhatian yang seimbang di kedua-dua koridor meskipun koridor selatan dilihat sebagai lebih mencabar. Hishammuddin turut menafikan laporan yang mendakwa pesawat itu dilihat terbang rendah di ruang udara Maldives. "Saya boleh mengesahkan bahawa bahawa Panglima Angkatan Tentera Malaysia telahpun menghubungi rakan sejawatan beliau di Maldives, yang mengesahkan bahawa kesemua laporan ini adalah tidak benar," katanya. Beliau turut menafikan spekulasi bahawa titik laluan tambahan didokumentasi kepada laluan penerbangan itu dan mengesahkan pesawat berkenaan di laluan normal sehingga ke titik laluan IGARI. Hishammuddin berkata penemuan kotak hitam adalah penting untuk menjawab segala persoalan dan ketidakpastian, oleh itu, pihak berkuasa Malaysia dan pasukan penyiasat meminta bantuan kepakaran serta pengalaman Perancis berhubung kotak hitam. Katanya, beliau mendapatkan khidmat Lembaga Keselamatan Penerbangan Awam Perancis (BEA) bagi membantu pasukan mencari dan menyelamat. "Mereka memiliki pengetahuan berdasarkan nahas pesawat Air France yang terhempas dan mengambil masa dua tahun bagi mengesan lokasi kotak hitam," katanya. Terdahulu, sejurus sebelum sidang akhbar yang dijadual bermula pada 5.30 petang, lima saudara mara penumpang warga China pesawat itu membuat kecoh apabila dua kali mereka cuba menceroboh pusat media di Hotel Sama-Sama. Kali pertama mereka cuba memasuki pusat media ialah pada 4.45 petang dan menimbulkan kekecohan dengan tangisan serta jeritan selain turut membawa sepanduk bertulisan Mandarin. Taklimat media belum bermula ketika itu. Sebagai maklum balas, Hishammuddin dalam satu kenyataan hari ini menyebut beliau sudah mengarahkan siasatan segera berhubung insiden itu. "Kami kesal kejadian yang berlaku di sidang akhbar itu membabitkan beberapa saudara mara penumpang MH370. Kita hanya boleh membayangkan kesedihan yang terpaksa mereka alami," katanya. Beliau juga menegaskan bahawa Malaysia sudah melakukan apa yang terdaya untuk mencari pesawat yang hilang itu.- Bernama | ||
Australia siasat objek di Lautan Hindi Posted: 19 Mar 2014 09:25 PM PDT MALAYSIAKINI Perdana Menteri Australia Tony Abbott berkata pasukannya menjalankan operasi memeriksa kawasan di kawasan selatan Lautan Hindi selepas satelitnya mengesan dua objek yang disyaki sebagai bahagian kapal terbang di lokasi tersebut. Abbott yang berucap di parlimen negara itu berkata, pesawat Orion milik Australia dikerah ke kawasan tersebut untuk mengesan objek berkenaan, lapor agensi berita. "The Australian Maritime Safety Authority menerima maklumat berdasarkan maklumat satelit mengenai objek yang mungkin ada kaitan dengan pencarian itu. "Susulan analisis oleh pakar ke atas imej satelit ini, dua objek berkaitan pencarian tersebut dikenalpasi," katanya sepeti dipetik dalam laporan. Kawasan di selatan Lautan Hidi merupakan salah satu daripada dua zon yang menjadi tumpuan operasi mencari dan menyelamat selepas penyiasat mendapati pesawat MH370 dilencongkan dari laluan asal dengan sengaja. | ||
Hishammuddin Arah Siasatan Insiden Kecoh Di Hotel Sama-Sama Posted: 19 Mar 2014 09:16 PM PDT Oleh: TAN YI LIANG PETALING JAYA: Satu siasatan segera diarahkan berhubung kekecohan yang berlaku di Hotel Sama-Sama di Sepang pada Rabu, apabila saudara-mara beberapa penumpang pesawat MH370 yang hilang, dikerumuni media. "Saya telah mengarahkan siasatan segera berhubung insiden di bilik media hari ini (Rabu)," kata Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menerusi akaun Twitter rasminya, @HishamuddinH20. Beliau juga berkata: "Saya memahami sepenuhnya apa yang mereka lalui. Semuanya ketika ini beremosi. Walaupun kita memahami kebimbangan mereka, kita cuba yang terbaik. Ianya begitu memilukan dan saya sendiri merasainya". Beliau menambah bahawa Malaysia telah melakukan "segala-galanya dalam kuasanya untuk mencari MH370." Insiden itu berlaku di auditorium di mana sidang media diadakan setiap hari, dan wartawan duduk di ruang legar bergegas untuk melihat apakah yang sedang berlaku. Dipercayai bahawa sebahagian ahli keluarga penumpang MH370 mahu mendesak pihak berkuasa dan mencari jawapan mengenai kehilangan pesawat MH370. | ||
SPM 2013: 13,970 Calon Peroleh Gred A Semua Mata Pelajaran Posted: 19 Mar 2014 09:11 PM PDT Oleh: BERNAMA PUTRAJAYA: Sebanyak 13,970 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun lepas memperoleh gred A (Cemerlang) bagi semua mata pelajaran yang diduduki berbanding 13,720 calon pada 2012, iaitu peningkatan sebanyak 0.05 peratus. Ketua Pengarah Pendidikan Datuk Dr Khair Mohamad Yusof berkata terdapat peningkatan jumlah calon yang mendapat semua A daripada sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) iaitu sebanyak 11,892 calon berbanding 11,648 calon tahun sebelumnya. "Bagi calon bukan KPM yang memperoleh semua A adalah sebanyak 2,078 untuk semua mata pelajaran yang diduduki berbanding 2,072 calon pada 2012," katanya semasa mengumumkan Analisis Keputusan SPM 2013 di sini, Khamis. Daripada jumlah itu, Khair berkata sebanyak 405 calon iaitu 366 calon sekolah KPM dan selebihnya calon bukan KPM berjaya memperoleh gred A+ (Cemerlang Tertinggi) bagi semua mata pelajaran yang diduduki. Beliau berkata jumlah keseluruhan calon yang menduduki SPM tahun lepas adalah sebanyak 442,588. | ||
MH370: Australia Kesan Dua Objek Posted: 19 Mar 2014 09:04 PM PDT Abbott memberitahu Parlimen mengenai maklumat 'baharu dan boleh dipercayai itu' pada hari ke-13 pesawat MH370 dilaporkan hilang. Beliau berkata, pesawat tentera Orion milik tentera udara Australia digerakkan untuk meneliti objek tersebut. Beliau tidak menyatakan secara terperinci lokasi tersebut tetapi Australia bertanggungjawab untuk melakukan pencarian di selatan Lautan Hindi. "Pihak berkuasa Keselamatan Maritim Australia telah menerima maklumat berdasarkan imej satelit berkaitan objek yang mungkin ada kaitan dengan pencarian itu. "Berdasarkan analisis pakar mengenai imej itu, dua objek itu mungkin ada kaitan dengan pencarian itu berjaya dikenalpasti," katanya. | ||
Posted: 19 Mar 2014 05:37 PM PDT MH370 MAS Malaysia : Perdana Menteri datang dalam satu PC (Press Conference) yang melibatkan satu tragedi yang cukup trending di seluruh dunia sekarang ini (KLIK SINI). Tetapi… Tetapi, hanya sekadar bagi datang kenyataan dan balik? Sedangkan beliau adalah pemimpin nombor satu di Malaysia. Satu dunia datang dan menumpukan sepenuh perhatian mengenai tragedi MH370 yang merupakan "national crisis" ketika ini. Malangnya….. Malangnya, apabila wartawan dan media antarabangsa mahu bertanya kepada pemimpin besar seperti Perdana menteri atau Presiden, Perdana Menteri tidak mahu menjawabnya. Kalau begitu siapa lagi yang patut ditanya? Inilah buat pertama kalinya di dunia, sekali lagi…..di dunia Perdana Menteri atau Presiden baik dari China, Amerika Syarikat, Rusia, Jepun, India dan lain-lain lagi datang memberikan Press Conference (PC) tetapi kita tidak membenarkan soalan diajukan kepada Perdana Menteri kita. What? Jadi pemimpin negara mesti berani, ada pendirian, bukan sahaja berani ketika Malaysia dipuji dilambung tinggi dengan kata-kata yang "indah-indah ibarat di syurga" seperti yang dilaporkan melalui media arus perdana tetapi juga mesti berani berhadapan dengan sebarang kemungkinan lebih-lebih ketika Malaysia ditimpa tragedi MH370 seperti ini di mana lensa kamera dan mata penduduk dunia ditumpukan ke arah bumi Malaysia. Press Conference MH370 : Najib Razak VS Media Antarabangsa Berprofil Tinggi?
Sekarang ini. bukan lagi situasi di mana pemimpin negara berhadapan dengan media arus perdana (KLIK TAHAP MEDIA DI MALAYSIA) seperti ______________, ______________ yang boleh mereka datang dan pergi tanpa mahu menjawab soalan. Kali ini, satu dunia media anarabangsa yang lebih berani, ada pendirian, 'keras' mahu mendapatkan jawapan. Baik itu yang pertama. Keduanya adalah cara Malaysia kendalikan "national crisis" melibatkan tragedi MH370. Berita Semasa sebenarnya masih lagi terngiang-ngiang beberapa soalan daripada media antarabangsa dan jawapan daripada pemimpin dan pegawai tertinggi negara. Contohnya? Press Conference MH370 : Senarai Contoh Soalan Media & Jawapan Pemimpin Serta Pegawat Tertinggi Negara
Seorang kata sedang siasat. Seorang lagi pemimpin negara tidak mahu siasat. Erm….
Beberapa hari selepas itu…..
Tragedi Mh370 : Bagaimana Tahap Kerajaan Malaysia Urus "National Crisis"?Kepada pemimpin dan pegawai tertinggi negara, ini isu yang sangat besar yang melibatkan 'national security'. Bagaimana kapal terbang boleh 'cross' Kelantan, Perak, Penang terus ke Kedah, kita tidak tahu? Apa dia…kita tidak tahu? Jikalau musuh datang serang Malaysia secara tiba-tiba bagaimana? Seingat Berita Semasa, Datuk Najib sebelum ini ada memesan Marconi radar yang telah dipasang di Gong Kedah, Terengganu. 'Very sotifiskated radar'. Bagaimana tidak boleh mengesan MH370? Ini kalau musuh serang Kedah, penang, tidak boleh nampak? Sekarang ini media antarabangsa seperti New York Times, CNBC, HuffingPost, USA Today, The Guardian, Wall Street Journal, Jakarta Post, Bloomberg, Hindustan Times, akhbar China Hongkong, malah Vietnam mengatakan jikalau begini cara Malaysia kendalikan isu, tanya tak jawab, tanya tak jawab Vietnam bakal tarik diri daripada operasi mencari MH370. Tetapi….. Tetapi paling teruk sekali apabila negara kuasa besar dunia seperti China mula menemplak Malaysia. Negara China yang dikenali daripada sudut politik antarabangsa cukup menjaga hubungan dengan negara-negara dunia, tidak kacau negara lain. Tetapi untuk kali ini China 'lebih keras daripada biasa'…. Antara kenyataan China (dalam bahasa yang mudah difahami) :
Tiba-tiba….. MH370 : Bomoh 1Malaysia Sebagai Penyelamat?Tiba-tiba dengan tidak semena-mena datang kumpulan Bomoh 1Malaysia yang diketuai Ibrahim Mat Zin, lengkap dengan sut 1Malaysia. Siap polis escort lagi Ibrahim Mat Zin dan konco-konconya ala-ala VVIP di KLIA. Bebas berkeliaran dan membuat ritual di KLIA tanpa 'diusik' dan 'dikacau'. Hebat…… Betapa 'kebalnya' Ibrahim Mat Zin dengan undang-undang Malaysia. Siapa beri kebenaran buat begitu?
Hakikatnya, adegan ritual Ibrahim Mat Zin menjadi tontonan seluruh dunia yang pastinya mendapat akses mudah di Internet sehingga mendapat liputan media antarabangsa. Akhirnya, Malaysia terus menjadi bahan sindirian dan bahan ketawa seluruh dunia (CONTOHNYA DI SINI). Sebenarnya, negara kita bukan sahaja kehilangan MH370 tetapi sudah mula mengalami kehilangan kredibiliti negara & pemimpin Malaysia, apabila melihatkan kerajaan Malaysia mengurus krisis negara cukup lemah. Seolah-olah kita tidak ada pengalaman sama sekali. Tragedi MAS MH370 Malaysia : Teguran & Harapan Berita SemasaHarapan Berita Semasa, disebabkan ini semua melibatkan imej dan kredibiliti negara. Negara kita Malaysia. Kami semua sayangkan Malaysia dan tidak sanggup lagi melihat negara lain memandang enteng terhadap kemampuan Malaysia lebih-lebih lagi apabila meletusnya tragedi MH370 ini. Dengan syarat pemimpin dan pegawai tertinggi Malaysia harus berubah menjadi yang lebih baik. Perbaiki cara pengurusan negara daripada sekarang. Usah lagi cakap berdegar-degar di media arus perdana, tetapi realitinya? Berita Semasa sentiasa akan menyokong apa sahaja tindakan pemimpin negara yang berada pada landasan yang betul tetapi jikalau Berita Semasa terlihat tindak-tanduk pemimpin negara agak 'tergelincir', Berita Semasa perlu tegur untuk kebaikan kita bersama, neagara dan rakyat Malaysia. Insyaallah. Amin. Bukannya sokong membuta tuli begitu sahaja. Bukan….
Teguran Berita Semasa yang begitu cintakan Malaysia. Kita tidak boleh urus krisis negara dengan cara sebegini rupa. Tidak boleh. Ayuh…pemimpin negara dan kerajaan Malaysia, buktikan kepada dunia yang kita bukan hanya jaguh di hadapan media arus perdana sahaja malah mampu menguruskan 'national crisis' seperti ini dengan baik di hadapan media antarabangsa & masyarakat dunia umumnya. Insyaallah. Apa respon balas & hujah anda pula? | ||
Pihak luar perlu hormat gerak kerja SAR Malaysia, kata Dr Mahathir Posted: 19 Mar 2014 05:26 PM PDT Tun Dr Mahathir Mohamad meminta pihak luar menghormati serta memberi ruang kepada Malaysia dalam menguruskan operasi mencari dan menyelamat (SAR) pesawat Malaysia Airlines MH370 yang hilang sejak 8 Mac lepas. Bekas perdana menteri itu berkata pihak luar khususnya media asing sentiasa mencari kesalahan pihak berkuasa yang bertanggungjawab menguruskan operasi SAR yang kini memasuki hari ke-12. "Media asing memang apa kita buat semua tak kena, kalau kita layan mereka baik sekalipun, mereka tidak berterima kasih. "Biarlah apa mereka cakap, yang penting kita tahu apa kita buat dan dakwaan mereka tidak betul sama sekali," katanya kepada pemberita selepas memberi ucaptama pada Minggu Kepimpinan Universiti Antarabangsa Unitar 2014 di Kuala Lumpur hari ini. Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas dakwaan kononnya kerajaan Malaysia lambat melaporkan sebarang perkembangan mengenai usaha operasi SAR serta menyembunyikan fakta misteri kehilangan pesawat berkenaan. Pesawat B777-200ER yang membawa 239 penumpang dan anak kapal itu dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing sebelum hilang daripada radar pada 8 Mac kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL pada tengah malam sebelumnya. Pesawat sepatutnya mendarat di Beijing pada 6.30 pagi hari yang sama. Ditanya mengenai pelbagai spekulasi dibuat masyarakat dari dalam dan luar negara serta beberapa dakwaan media, kerajaan cuba menyembunyikan maklumat yang ada, Dr Mahathir berkata: "Jangan buat spekulasi". "Kita tidak tahu apa perkara sebenar, juruterbang MH370 pun kita tidak kenal. Saya sendiri tidak boleh cakap sebarangan melainkan ada bukti jelas dan kukuh," katanya. Tambahnya, sebarang perbuatan spekulasi perlu dihentikan segera dan menasihati orang ramai agar menunggu berita rasmi dan sahih sahaja kerana spekulasi hanya akan mengeruhkan keadaan selain menjejaskan operasi SAR. "Jangan buat spekulasi, kasihanlah pada orang juga, keluarga yang menderita dan anda akan memburukkan lagi keadaan yang mereka hadapi," katanya. Setakat ini, 26 negara terlibat dalam operasi SAR pesawat MH370 itu dengan menggerakkan aset masing-masing menjejaki pesawat berkenaan di kawasan lautan luas meliputi 2.24 juta batu nautika persegi. - Bernama, | ||
Semak semula permohonan program bantuan rumah Posted: 19 Mar 2014 05:19 PM PDT KUALA LUMPUR: PAS mencadangkan agar kerajaan membuat semakan semula terhadap tahap garis kemiskinan yang dijadikan syarat permohonan bagi Program Bantuan Rumah. Ahli Parlimen Kuala Nerus, Datuk Dr. Mohd Khairuddin Aman Razali, berkata tahap garis kemiskinan yang ditetapkan perlu disemak semula bersesuaian dengan keadaan kos sara hidup yang semakin meningkat. "Isu perumahan atau skim bantuan ini bertujuan untuk mengurangkan kadar kemiskinan, namun isu yang dihadapi sekarang ialah garis kemiskinian bagi mereka yang layak memohon. "Dimaklumkan, syarat sebelum ini RM1,000 bagi pemohon luar bandar dan di bandar sebanyak RM1,500. Dalam keadaan hari ini kadar ini perlu dirujuk kembali, adakah kerajaan berhasrat untuk menyemak semula kadar ini?" soal beliau ketika mengemukakan soalan tambahan pada sesi soal jawab lisan, di Dewan Rakyat, hari ini. Menjawab soalan tersebut, Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Alexander Nanta Linggi berkata kerajaan sentiasa prihatin dengan keperluan untuk membuat semakan semula terhadap syarat-syarat permohonan program tersebut. Dalam pada itu, beliau turut memaklumkan kepada Khairuddin, menurut rekod 2013, sebanyak 21,645 permohonan bagi semenanjung, manakala 12,430 bagi Sabah dan 18,360 permohonan bagi Sarawak menerima faedah dari program tersebut. Sebelum itu, Khairuddin dalam soalan asalnya meminta kementerian menyatakan jenis-jenis dan harga rumah yang ditawarkan di bawah Program Bantuan Rumah itu. Terdapat tiga jenis rumah yang dimasukkan di bawah program itu, iaitu rumah teres setingkat, teres dua tingkat dan rumah berkembar, yang membabitkan kos sebanyak RM40,000 sebuah di Semenanjung, dan RM50,000 untuk Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan. Kesemua kos tersebut meliputi sebanyak RM55,233,000 bagi Semenanjung, RM68,446,000 bagi Sabah dan RM55,572,000 bagi Sarawak. | ||
PRK Kajang: Hard battle, fokus hingga saat penghujung Posted: 19 Mar 2014 05:16 PM PDT HARAKAHDAILY | FOTO WAN ZAHARI Kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Kajang berbaki empat hari lagi. Bagi Pakatan Rakyat, fokus PRK kali ini sudah tentu tertumpu kepada 48 peratus pengundi Melayu tanpa mengambil mudah sokongan dari pengundi Cina, India dan lain-lain. Wartawan Harakahdaily Nazri Abdullah dan Muhammad Faizal mendapatkan pandangan bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Muhammad Muhd Taib yang berkampung lebih tiga minggu di Kajang mendekati pengundi Melayu. Harakahdaily: Pada PRU13 lalu, kita lihat Pakatan Rakyat masih lagi bergelut untuk mendapat undi Melayu. Jadi bagaimana Tan Sri melihat mood pengundi Melayu untuk PRK Kajang kali ini. Tan Sri Muhammad: Sebelum ini semasa PRU13, kita tidak fokus sangat di sini sebab dia terlalu umum. Kali ini kita dekati mereka dialog dengan dia dan dia tersedar lebih. Di sini kumpulan cerdik pandai. Banyak benda kita cakap yang dia tahu. Isu keselamatan dia nampak kelemahan di peringkat kerajaan pusat. Dia nampak kerajaan gagal guna duit ikut prioriti. Dia bukan baca akhbar harian sahaja, mereka banyak terdedah dengan maklumat, baca internet, dan mereka ni balance. Mereka tahu apa berlaku. Cuma tak mahu nak expose. Tapi kalau kita datang rumah dia, dia akan luah yang dia tak puas hati. Maklumlah mereka ini bekas pegawai kerajaan. Pada pandangan Tan Sri, apakah kelebihan Pakatan Rakyat berdepan PRK Kajang ini. Tentunya rakyat sudah nampak pengalaman Pakatan Rakyat Selangor memerintah masuk dua penggal. Komitmen bagus, ketelusan bagus, nampak mereka betul-betul kerja. Mereka boleh banding dengan kerajaan BN dahulu. Ini jadi bualan di kalangan pengundi. Nampaknya mereka berpuas hati dengan Pakatan Rakyat. Cuma ada lah propaganda dari tv dan media cetak yang dikontrol cuba mengelirukan pengundi. Tinggal lagi orang Kajang ni cerdik dan boleh menilai. Dia orang tak nampak apa Umno punya perancangan. Dia nampak BN naik harga barang, mereka yakin kalau BN menang mereka lagi teruk. Saya fikir mereka akan bagi puluang kepada Pakatan supaya signal ini dirasai oleh kerajaan pusat. Apa pandangan Tan Sri terhadap kredibiliti calon PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail. Calonnya terbaik, bukan sebab dia isteri Anwar tapi dia sendiri itu adalah seorang leader, presiden PKR, cuma sebab dia terlindung oleh aura Anwar. Dia ini seorang doktor pakar mata yang terbaik ketika belajar di Ireland. Dia pernah jadi Ketua Pembangkang. Dia calon yang paling sesuai. Walaupun pemimpin hebat tapi dia very simple, dekat dengan rakyat. Bagi pengundi sini, saya rasa mereka nak calon yang mereka boleh harap. Mereka tak fikir soal MB ke apa sebab itu di luar ruang lingkup pemikiran mereka. Apa pesanan Tan Sri kepada petugas dan jentera parti. Jangan complacent (berpuas hati), walaupun kita menang dulu. Jangan over confident (terlebih yakin). Jentera perlu terus buat kerja. Kita jumpa seramai mungkin pengundi. Alhamdulillah saya tengok jentera PKR teratur buat kerja. Dan jentera PAS membantu dengan cukup kuat. Setiap tempat saya pergi, jentera PAS semua ada membantu. Dari pemimpin tinggi sampai kepada petugas-petugas parti. Apapun kita kena anggap semua pertarungan adalah hard battle (pertarungan sengit). Fokus sehingga saat penghujung. Kita kena damping pengundi, kalau tak damping itu bahaya. Kita kena dengar, jawab apa sahaja yang ditanya. Jelaskan apa yang keliru. Seperkara lagi, kita dalam Pakatan jangan termakan propaganda Umno. Mereka sebenarnya dah letih. Mereka sekarang ini guna taktik kotor. Guna agensi kerajaan seperti Felda, Kemas Risda. Mereka bukan jenis komited lagi nak buat kerja-kerja parti ni. Kalau parti itu dah swastakan kerja-kerja parti, maknanya parti itu sudah dipenghujung hayat. Sudah kurang upaya. |
You are subscribed to email updates from DIALOG RAKYAT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan