Sabtu, 15 Mac 2014

DUNIACACAMARBA

DUNIACACAMARBA


[Kemas Kini ] Enam Maut Didakwa Ambil Dadah Berlebihan di Konsert Besar-besaran di Bukit Jalil, Saat MH370 Masih Hilang

Posted: 15 Mar 2014 12:39 AM PDT



[Kemas Kini] Sebelum ini portal berita melaporkan acara muzik terbesar, Future Music Festival Asia yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil malam tadi, mencatat tragedi apabila sekurang-kurangnya empat penonton konsert maut dipercayai kerana sesak nafas.

Future Music Festival Asia yang berlangsung dari 13 Mac hingga 15 Mac 2014 membariskan lebih 70 bintang hebat dalam industri hiburan tempatan dan antarabangsa, antaranya Pharrell Williams dan Yuna.

Konsert anjuran Livescape Asia dan dianggarkan dihadiri lebih 85,000 peminat muzik seluruh dunia ini merupakan sinambungan daripada kejayaan konsert serupa tahun lepas di Sepang yang dihadiri lebih 40,000 orang.

Laporan kematian yang melibatkan empat penonton itu juga dilaporkan oleh Berita Harian. Baca paparan di bawah ini.


Namun, berdasarkan laporan BERNAMA, insiden itu kini meragut enam nyawa dan kematian mereka dikaitkan dengan pengambilan dadah secara berlebihan bukan kerana sesak nafas seperti dalam laporan awal media. 

Menurut BERNAMA, enam maut termasuk tiga gadis, disyaki akibat mengambil dadah berlebihan hingga mengalami sesak nafas, ketika menghadiri sebuah konsert di Stadium Bukit Jalil malam tadi.

Tiga lagi lelaki dalam keadaan kritikal, kata Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mohmad Salleh hari ini.
Enam orang yang meninggal dunia itu adalah warga tempatan berumur 19 hingga 28 tahun dan disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) dan Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) awal pagi tadi.

Mereka ialah Kamal Zekry Kamal Basha, 22, Victor Wong E Hern, 26, Sabreena Kamaruddin, 21, M.Suresh, 28, Syazana Sohaime, 23, dan Nor Faizza Mohd Wazir, 27.

Dua orang yang kritikal ialah warga Singapura dan seorang lagi warga tempatan, dalam lingkungan umur 19 dan 27 tahun, mereka kini menerima rawatan di PPUM dan di PPUKM, katanya.

Mohmad berkata ekoran kejadian itu dan hasil perbincangan dengan pihak penganjur, konsert berkenaan 'Future Music Festival Asia' yang sepatutnya berakhir malam ini, dibatalkan.

Konsert itu diadakan sejak Khamis.

"Keenam-enam yang maut itu dipercayai mengambil dadah jenis methamphetamine dari luar stadium sebelum masuk dan melihat konsert itu. Dadah tersebut dikenali sebagai 'designer drug' atau dadah sintetik," katanya.

Mohmad berkata dadah itu dijual dengan harga sekitar RM60 hingga RM100 sebiji bergantung kepada kandungannya.

Sepanjang dua malam konsert itu berlangsung juga, polis menahan 19 orang pengunjung konsert termasuk 12 warga asing dari Singapura, Sudan, Australia dan Indonesia atas kesalahan memiliki dadah, katanya.


FMFA 2014 dianjurkan oleh Live Scape Sdn Bhd.

Festival yang diberikan jolokan pesta muzik elektronik terbesar di Asia Tenggara itu menampilkan nama-nama besar muzik antarabangsa termasuk pemenang anugerah Grammy seperti Pharell Williams, Macklemore & Ryan Lewis dan ramai lagi. 


P/s: Pada saat ahli keluarga dan masyarakat dunia bersedih dengan kehilangan MH370, ribuan muda-mudi bergembira sakan sehingga ada yang maut kerana mengalami mengambil dadah. 

Mengapa konsert ini tidak ditangguhkan atau dibatalkan bagi menghormati tragedi yang berlaku pada MH370? Anda boleh menuding jari kepada penganjur dan pihak yang meluluskan konsert ini. 

Selepas kita diaibkan dengan cara kerajaan mengurus tragedi MH370, isu bomoh yang digelakketawakan oleh masyarakat antarabangsa, kini dunia menyaksikan sekelompok muda-mudi hanyut dalam alunan hedosnisme tatkala majoriti rakyat bersedih dan mengharapkan keajaiban agar krew dan anak kapal MH370 ditemui selamat walaupun lokasi mereka kini masih lagi misteri. 


PM Tidak Sahkan MH370 Dirampas, Misi Diteruskan di Dua Koridor Baharu

Posted: 14 Mar 2014 11:57 PM PDT



[TMI] Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tidak mengesahkan laporan media berhubung pesawat MH370 dirampas dan pencarian pesawat ini sedang memasuki fasa baru ke arah dua koridor baru di utara Malaysia dan satu lagi di selatan negara ini.

Koridor utara adalah menuju ke Turkmenistan, Kazakhstan serta utara Thailand manakala koridor selatan ialah di Indonesia dan selatan Lautan Hindi.

Perdana menteri berkata demikian pada sidang medianya sebentar tadi.

Pada sidang media itu, Najib yang membaca teks tanpa menerima sebarang soalan media, berkata Malaysia akan terus meningkatkan usaha mencari dan berharap maklumat baru yang diperolehi akan membawa kepada satu langkah mendekati penemuan pesawat itu.

Najib berkata, komunikasi terakhir MH370 adalah pada 8.17 pagi waktu tempatan Sabtu lalu (hari kehilangan pesawat) di Selat Melaka.

Katanya, penyiasatan menunjukkan pergerakan penumpang kapal terbang itu dan hubungan telekomunikasi dibuat dengan sengaja namun beliau menolak ia satu rampasan. – 15 Mac, 2014.

[Video] Mangsa Rogol Beramai-ramai Meninggal Dunia Selepas Membakar Diri di Pakistan

Posted: 14 Mar 2014 11:53 PM PDT



Reuters melaporkan seorang remaja perempuan berusia 17 tahun yang menjadi mangsa rogol beramai-ramai meninggal dunia pada hari Jumaat selepas membakar dirinya kerana memprotes terhadap laporan polis yang membawa kepada pembebasan suspek utama, seorang doktor dan abangnya.

Pelajar kolej Amina Bibi menyimbah dirinya dengan petrol dan kemudian membakar dirinya pada hari Khamis di luar sebuah balai polis berhampiran dengan bandar Muzaffargarh, di wilayah timur Pakistan.

Sebuah video dirakam oleh orang ramai menunjukkan seorang gadis dipercayai Amina kelihatan terbakar, manakala orang ramai berusaha memadamkan api tersebut. Jelas terpapar wajah gadis itu terbakar dan merintih kesakitan.

"Dia sudah menjalani rawatan tetapi meninggal dunia akibat kecederaan yang dialaminya pada pagi Jumaat," kata Muhammad Usman, seorang doktor tempatan.

Keputusan polis untuk melepaskan suspek utama terlalu berat untuk ditanggung oleh Amina, kata abangnya Ghulam Shabir. 

"Dia sudah menghadapi tekanan yang amat dashyat selepas melalui trauma itu, tetapi selepas pengumuman bahawa tertuduh dibebaskan, dia kehilangan semua harapan untuk mendapatkan keadilan dan membakar dirinya, " katanya lagi. 

Menurut Ghulam, Amina telah  diculik dan dirogol oleh lima lelaki ketika dalam perjalanan pulang dari kolejnya.
 
"Amina diculik ketika kami berjalan bersama-sama pada 5 Januari lalu.  Lima lelaki bersenjatakan pistol menculiknya.
 
"Saya tidak dapat berbuat apa-apa kerana mereka bersenjata, " katanya lagi

Polis berkata mereka akan mengkaji semula kes tersebut.

"Kes ini seolah-olah tidak disiasat dengan betul," kata pegawai kanan polis Chaudhry Asghar. - DCM/15/3/14



Samseng Potong dan Buang Kemaluan

Posted: 14 Mar 2014 11:18 PM PDT

POLIS menjalankan pemeriksaan di tempat mangsa ditemui bagi mendapatkan bukti forensik.

[HM] Middlesbrough: Seorang lelaki yang kemaluannya dipotong dan dibuang di dalam semak di tepi lebuh raya di sini oleh sekumpulan samseng gipsi kini koma di hospital.

Polis dilapor menanti di sisi katilnya, untuk menemubualnya mengenai kejadian itu.

Mangsa diserang selepas kumpulan samseng itu mengetahui dia meniduri kekasih seorang daripada mereka.

Polis terpaksa menutup lebuh raya yang sibuk di bandar itu untuk mencari kemaluan lelaki berkenaan.

Polis Cleveland mengesahkan lelaki berusia 40 tahun itu ditemui mencari sesuatu di dalam semak di tepi lebuh raya terbabit walaupun dalam kesakitan.

Seorang pekerja pasar raya yang terletak berhampiran tempat kejadian berkata dia mendengar cerita tentang nasib yang menimpa lelaki itu.

Dua anggota polis yang ditemui di tempat kejadian enggan mengulas apabila ditanya sama ada benar kemaluan seorang lelaki dipotong.

Mereka hanya berkata lelaki itu cedera parah di pangkal paha.

Bagaimanapun, berita yang tersebar di kalangan penduduk setempat ialah kemaluan lelaki berkenaan dipotong dan hilang, menyebabkan polis menutup sebahagian laluan di lebuh raya itu untuk mencarinya.

Kira-kira lapan anggota polis dilihat mengepung kawasan berkenaan, dipercayai untuk mencari kemaluan mangsa yang dicampak oleh samseng gipsi itu.

Sehubungan itu, seorang lelaki berusia 22 tahun ditangkap kerana disyaki terbabit dalam serangan itu.- AFP/15/3/14



Data Sulit Tunjuk Pesawat MUNGKIN Terhempas di Teluk Bengal atau Lautan Hindi

Posted: 14 Mar 2014 11:04 PM PDT



[TMI] Analisis risikan sulit terhadap data elektronik dan satelit menunjukkan pesawat yang hilang ketika dalam perjalanan ke Beijing itu mungkin terhempas sama ada di Teluk Bengal atau di Lautan Hindi, menurut laporan eksklusif oleh CNN.

Jika maklumat ini benar, ia boleh menjadi imbasan pertama yang memberikan butiran kukuh mengenai apa yang berlaku kepada MH370 selepas ia hilang daripada radar awal pagi Sabtu minggu lalu.

Ia juga memberikan cukup kredibiliti kepada Amerika Syarikat untuk menggerakkan USS Kidd, kapal pemusnah peluru berpandu, ke Lautan Hindi dan pegawai India untuk meluaskan usaha mencari ke Teluk Bengal. – 15 Mac, 2014.

Teori ini bersandarkan pendedahan sebelum ini oleh pegawai Amerika bahawa satu sistem automatik pada pesawat itu ping satelit beberapa jam selepas hubungan terakhir dilaporkan dengan pengawal trafik udara.

Inmarsat, sebuah syarikat komunikasi satelit, mengesahkan kepada CNN isyarat automatik didaftarkan dalam rangkaian mereka.

Sementara itu, Reuters melaporkan, analisis kepada denyutan elektronik yang diambil dari MH370 menunjukkan ia telah kehabisan minyak dan terhempas ke Lautan Hindi selepas ia terbang beberapa ratus batu, kata sumber yang biasa dengan pegawai penilai dari Amerika Syarikat.

Sumber, yang biasa dengan data, kerajaan Amerika menerima maklumat dari siasatan kehilangan kapal terbang Penerbangan Malaysia, berkata kemungkinan lain, tetapi kurang mungkin, adalah bahawa ia terbang ke arah India.

Data yang diperolehi daripada denyutan pesawat dihantar ke satelit telah ditafsirkan untuk menyediakan dua analisis yang berbeza kerana ia adalah samar-samar, kata sumber itu, yang enggan dikenali kerana
penyiasatan yang berterusan.

Tetapi ia menawarkan petunjuk pertama sebenarnya mengenai nasib Penerbangan MH370, yang semakin pegawai percaya sengaja dialihkan dari arahtuju awal Kuala Lumpur ke Beijing.

Sumber industri penerbangan memberitahu CNN, sistem komunikasi automatik penerbangan itu masih utuh sehingga lima jam, kerana ping daripada sistem diterima selepas transponder terakhir memancarkan isyarat.

Berdasarkan semua ini, data menunjukkan ke arah spekulasi seseorang mengambil pesawat itu untuk tujuan tertentu yang tidak diketahui, mungkin keganasan.

Teori itu diperkukuhkan oleh laporan New York Times bahawa kapal terbang Malaysia Airlines membuat beberapa perubahan ketinggian yang ketara selepas hilang hubungan dengan transponder.

Radar tentera Malaysia menunjukkan pendakian kapal terbang ke 45,000 kaki tidak lama selepas hilang daripada skrin radar awam, kata akhbar itu, memetik sumber enggan dinamakan yang biasa dengan data.

Pesawat itu kemudiannya menjunam ke ketinggian 23,000 kaki, di luar dari ketinggian biasa ketika melalui Pulau Pinang.

MH370 kemudiannya berpaling dari arah barat daya, meningkatkan kepada ketinggian yang lebih tinggi dan terbang ke barat laut di Selat Melaka dan ke arah Lautan Hindi yang luas.

Walaupun kerajaan Malaysia telah memaklumkan maklumat radar ini, ia telah dikongsikan dengan Amerika Syarikat dan China.

Laporan NYT juga menyatakan bahawa penyiasat telah mengkaji data yang dihantar dari enjin pesawat Rolls-Royce ini yang menunjukkan ia turun 40,0000 kaki dalam satu minit.

Ia menambah bahawa mereka tidak mungkin dapat membaca maklumat itu dengan tepat untuk pesawat jet yang telah jatuh begitu jauh, ia akan mengambil lebih daripada satu minit.

Kemudian ada teori menyatakan MH370 mungkin mendarat di tempat terpencil di Lautan Hindi iaitu di rantaian pulau-pulaunya.

Cadangan ini - dan ia hanya pada ketika ini - adalah berdasarkan kepada analisis data radar mendedahkan pada Jumaat oleh Reuters menunjukkan pesawat itu terbang secara membuta-tuli ke barat laut Malaysia.

Reuters, memetik sumber enggan dikenali yang biasa dengan penyiasatan itu, melaporkan sesiapa sahaja yang memandu jet yang hilang itu melalui titik laluan pelayaran yang akan membawa pesawat ke atas kepulauan Andaman.

Data radar tidak menunjukkan pesawat merentasi Kepulauan Andaman, tetapi hanya pada laluan dikenali yang akan membawa ia ke sana, Reuters memetik sumber sebagai berkata.

Teori plot filem nampaknya lebih rumit dan tidak mungkin di kalangan penumpang pesawat itu - anak kapal mungkin tidak berupaya - hanya terbang sehingga ia kehabisan bahan api atau menghadapi beberapa masalah lain.

Tetapi ia terletak atas penguatkuasaan undang-undang untuk menyemaknya, kata bekas Penolong Pengarah FBI, James Kallstrom.

"Anda mungkin membuat cerita, dan anda melihat negara seperti Pakistan, anda tahu, dan anda masuk ke dalam novel 'Superman', dan anda melihat pendaratan pesawat di suatu tempat dan orang menggunakannya untuk tujuan jahat," katanya memberitahu Jake Tapper dari CNN pada Khamis.

Pakar penerbangan menegaskan bahawa walaupun sangat tidak mungkin, tetapi boleh jadi seseorang telah merampasnya dan mendaratkan pesawat jet itu tanpa dikesan, di mana lapangan terbang antarabangsa Port Blair di bandar utama pulau Andaman dan Nicobar, dikatakan mempunyai landasan yang cukup panjang untuk memenuhi keperluan mendarat pesawat 777 itu.

Walau bagaimanapun memandangkan kawasan ini sangat dikawal tentera kerana kepentingannya kepada India, pegawai India memberitahu CNN bahawa rantau itu merupakan sasaran tidak mungkin untuk lanun menyelinapkan kapal terbang yang mempunyai lebar sayapnya lebih daripada 200 kaki.

Denis Giles, editor akhbar Andaman Chronicle telah berkata bahawa tidak ada peluang pesawat yang bersais itu mendarat di Andaman dan Nicobar, lapor CNN.

Apabila Amerika Syarikat menghantar USS Kidd untuk meninjau Lautan Hindi, Comander William Marks dari Armada ke 7 Amerika Syarikat berkata daripada skala carian: "Saya, seperti kebanyakan di dunia, benar-benar tidak pernah melihat keadaan seperti ini.

"Kami pergi dari papan catur ke padang bola sepak," katanya, menurut CNN. – 15 Mac, 2014.


Kerajaan Malaysia Sahkan Pesawat MH370 Dirampas?

Posted: 14 Mar 2014 10:56 PM PDT



[TMI] AP melaporkan seorang pegawai kerajaan Malaysia berkata, rampasan itu bukan setakat teori lagi tetapi ia mencapai tahap 'konklusif'.

Pegawai berkenaan yang berada dalam pasukan penyiasatan itu, berkata mereka mendapati salah seorang juruterbang atau orang lain yang berpengalaman terbang merampas pesawat yang hilang sejak Sabtu minggu lalu.

Bagaimanapun, setakat ini, motifnya belum diketahui dan lokasi di mana pesawat itu berada belum diketahui dengan jelas.

AP melaporkan kerajaan Malaysia mengesahkan pesawat MH370 yang hilang sejak minggu lalu dirampas. Gambar oleh Reuters, 15 Mac, 2014.

Difahamkan, kerajaan Malaysia melalui Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak akan mengumumkan perkara itu pada sidang akhbar dijangka diadakan pada jam 1.30 petang ni di Hotel Sama-Sama, KLIA selepas mengadakan pertemuan dengan keluarga penumpang pesawat MH370.

The Star Online melaporkan, sebahagian ahli keluarga di Hotel The Everly Putrajaya mula berkumpul di depan dua televisyen di lobi hotel dan kelihatan gelisah tetapi kebanyakannya masih mampu mengawal perasaan. – 15 Mac, 2014.

Laporan Media Antarabangsa:



Lanjut di sini.


Tiada ulasan: