DIALOG RAKYAT |
- PRK Kajang: Biar majoriti 'meletup', kata Mat Taib
- Jentera PAS ambil pengalaman K.Besut, Sg Limau
- Baja cap dacing hangatkan sidang Dun Kelantan
- Projek Lebuh Raya Rakyat siap tempoh tiga tahun
- “Undang2 hanya untuk rakyat, bukan untuk Taib Mahmud”
- Mat Zain buat laporan polis terhadap Shafee kerana menipu
- Kenyataan hakim terhadap Anwar tak wajar – N Surendran
- Empat Adun DAP Keluar Dewan Dibidas
- Anak Timbalan Menteri Dipercayai Terjatuh Dari Jambatan Kedua P.Pinang
- Faisal Rohban Ahmad Disahkan Pemilik Blog Yang Fitnah Husam, Diperintah Bayar Kos RM50,000
- [VIDEO] "Ustaz" UMNO Fitnah Mat Sabu Bekal Pemuas Nafsu Semasa Muktamar
- Gossip Ku Nan Dengan Erra Fazira.
- Rahsia Red Bean Army terbongkar
- Suhakam: Tiba masanya polis fahami PAA
- BRIM bagi pengundi Kajang
- Keputusan permohonan gereja ditangguh
- Tujuh cawangan MCA protes
- Peserta himpunan seperti bergaduh sesama sendiri
- Ekonomis kata BR1M tak bantu kurang kemiskinan
- S'gor dedah MOU air dalam tempoh seminggu
- Khalid jamin tarif air tak naik
PRK Kajang: Biar majoriti 'meletup', kata Mat Taib Posted: 05 Mar 2014 05:24 AM PST SALMIYAH HARUN KAJANG: Bekas Menteri Besar Selangor Tan Sri Muhammad Muhd Taib meminta pengundi Kajang memberi isyarat yang jelas kepada BN dengan meningkatkan lagi majoriti undi calon Pakatan Rakyat pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Kajang 23 Mac ini. Berucap pada pada program Pelancaran Jentera PAS PRK Kajang di Taman Jenaris malam tadi, bekas Naib Presiden Umno itu juga berkata, PRK Kajang adalah penting sebagai medan mengembalikan semula demokrasi yang sihat. "Kalu boleh majoriti kali ini bair meletup. Biar calon BN hilang deposit. "Saya minta pengundi Melayu, orang tua orang muda yang macam saya, untuk mengundi calon Pakatan Rakyat," katanya dalam nada berseloroh disambut gelak ketawa para hadirin. Mengulas lanjut beliau yang juga Timbalan Pengerusi Lajnah Penerangan dan Hubungan Media PAS berkata, sekatan dan halangan pelbagai bentuk terhadap Pakatan Rakyat menjadikan pertandingan tidak berlaku atas padang yang sama rata. Keadaan itu sekaligus telah mewujudkan situasi demokrasi yang tidak sihat dalam negara ini. "Dulu waktu saya dalam Umno, setiap hari muka saya dalam akhbar. Sekarang bila saya masuk PAS, sokong PKR dan DAP, baru saya tahu betapa azabnya. Disekat dengan apa cara pun. "Janganlah disekat, ini bukan zaman 50an dahulu. Rayat sudah pandai, ada citarasa. "Saya lama dalam Umno. Dahulu Umno bagus, tapi sekarang saya nampak Umno tak bagus lagi. Yang bagus-bagus dalam Umno pun dah sokong Pakatan Rakyat," jelasnya. | |||
Jentera PAS ambil pengalaman K.Besut, Sg Limau Posted: 05 Mar 2014 05:20 AM PST KAJANG: PAS mengharapkan pengundi di Dun Kajang keluar beramai-ramai untuk membuang undi pada pilihan raya kecil Kajang yang akan berlangsung pada 23 Mac ini. Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat Dr Hatta Ramli berkata, PRK Kajang adalah berbeda daripada PRK yang lain kerana ia menampilan calon yang berprofil tinggi dan cukup dikenali ramai. "Pakatan Rakyat akan letak calon Datuk Seri Anwar Ibrahim yang lebih baik daripada MCA sekali gus kita jangka pengundi yang ada di dalam Kajang ini akan keluar melebihi 80 peratus," kata Hatta dalam program Pelancaran Jentera PRK PAS Kajang semalam. Bahkan katanya, dengan kesediaan jentera pilihan raya di peringkat negeri serta jentera dari seluruh negara khsusnya daripada PAS akan membantu untuk memberi pertambahan majoriti calon Pakatan Rakyat. "Kita dapat membentuk jentera parti dan keseluruhan jentera ini kita lancarkan. Jentera kita telah siap sedia dalam PRK ini, dengan pengalaman dalam siri beberapa PRK di Kuala Besut dan Sungai Limau. "Jentera ini akan melaksanakan lagi tugas mereka dalam PRK kali ini dengan lancar," katanya. Pelancaran jentera PAS hari ini, bagi Hatta ianya membuktikan PAS memberi sokongan besar kepada Pakatan Rakyat sekali gus menolak tohmahan Umno BN bahawa komponen parti berpecah. "Dalam setiap PRK yang berlaku kita berkerja sebagai satu pasukan yang kuat, demi menumbangkan Umno BN," katanya. | |||
Baja cap dacing hangatkan sidang Dun Kelantan Posted: 05 Mar 2014 05:14 AM PST KOTA BHARU: Isu baja subsidi cap dacing menghangatkan persidangan Dewan Undangan Negeri (Dun) hari ini. Isu itu berlarutan sehingga sesi membahas ucapan merakamkan ucapan menjunjung kasih Sultan Muhammad V. Isu tersebut pada awalnya dibangkit Zulkifli Ali (BN-Selising) ketika mengemukakan soalan lisan, kemudian dihangat semula ketika Datuk Hassan Mohamood (PAS-Tawang) membahas ucapan menjunjung kasih. Sebelum itu Mohd Zaki Ibrahim (PAS-Kelaboran) ketika mengemukakan soalan tambahan berkata, sekiranya agensi kerajaan pusat lebih telus mengagihkan baja subsidi pusat sudah tentu tidak berlaku pertindihan pengagihan baja subsidi. "Jawatankuasa Kira-Kira Awam negeri telah memohon mendapatkan senarai penerima baja subsidi dikeluarkan kerajaan pusat daripada Kada. "Namun sehingga sekarang senarai tersebut tidak diberi. Ini menyebabkan ada petani mendapat baja subsidi pusat dan baja dikeluarkan kerajaan negeri," katanya. Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, dan Industri Desa, Datuk Che Abdullah Mat Nawi berkata, kerajaan negeri terpaksa mengeluarkan sendiri baja subsidi kerana ada petani dinafikan hak mendapat baja subsidi kerajaan pusat. Menurutnya skim baja subsidi diwujudkan kerajaan pusat sejak 1989, bagaimanapun pada 1991 ada petani di Kelantan didiskriminasi daripada mendapat baja tersebut. Kata beliau Laporan Audit Negara 1999 menemui kes ada petani yang sama mendapat baja subsidi keluaran pusat dan negeri. "Sepatutnya Audit Negara atau SPRM bertindak menyelesaikan kes terbabit. Sebenarnya kerajaan negeri tidak perlu mengeluarkan baja subsidi memandangkan telah ada program berkenaan di bawah kerajaan pusat. "Sepatutnya peruntukan tersebut boleh digunakan kerajaan negeri bagi tujuan lain untuk manfaat rakyat," katanya. Menghangatkan isu sama, Mohd Nazlan Mohd Hasbullah (PAS-Limbongan) berkata, selepas pilihan raya umum lepas seramai 33 petani yang mengusahakan sawah seluas 105 hektar di Pasir Puteh dinafikan mendapat baja subsidi di bawah kerajaan pusat. Malah katanya, pernah seorang pemimpin Umno membuat kenyataan di Dun yang dimenangi PAS mereka tidak akan menurunkan tandatangan menyokong permohonan baja subsidi pusat. Mohd Zaki juga memberitahu arahan tidak menyokong permohonan petani kepada Jawatankuasa Kemajuan Keselamatan dan Kampung Persekutuan (JKKKP) dipercayai datang daripada pemimpin bahagian Umno. "Ketika berucap di persidangan Dun mereka memberi jaminan mahu menyelesaikan masalah tersebut tetapi di peringkat akar tidak berlaku demikian," ujarnya. Adun Tawang berkata, isu pengagihan baja subsidi semakin serius menyebabkan ramai petani yang mengusahakan sawah tidak dapat kemudahan tersebut. Katanya, pimpinan Umno di peringkat kampung (JKKKP) sengaja tidak mahu menandatangani permohonan subsidi tersebut. | |||
Projek Lebuh Raya Rakyat siap tempoh tiga tahun Posted: 05 Mar 2014 05:10 AM PST ASLANI M KOTA BHARU: Kerajaan negeri menjangka mengumumkan nama syarikat yang berjaya memenangi kontrak pembinaan lebuh raya Machang-Kuala Krai pada 23 Jun hadapan. Pengerusi Jawatankuasa Kerjaraya, Infrastruktur, Utiliti dan Teknologi Maklumat, Datuk Hanifa Ahmad berkata, sehingga 10 Febuari lalu sebanyak lapan syarikat telah membeli dokumen tender. Tarikh tutup tender projet tersebut pada 24 Mac ini. Ketika sesi taklimat pra-tender dan lawatan ke tapak, sebanyak 29 syarikat menyertainya. "Kerajaan negeri telah melantik konsultan pada 27 November lepas bagi membuat rekabentuk lebuh raya Machang-Kuala Krai dan penyediaan dokumen tender," katanya menjawab soalan penyokong kerajaan dan pembangkang pada persidangan Dun hari ini. Semalam ketika bertitah merasmikan pembukaan persidangan Dun tersebut Sultan Muhammad V mahu projek pembinaan lebuh raya Kota Bharu-Kuala Krai dapat disiapkan segera demi kepentingan rakyat. Lebuh raya Kota Bharu-Kuala Krai dirancang kerajaan pusat sejak RMK-5, bagaimanapun tidak menjadi kenyataan sehingga sekarang. Berikutan itu kerajaan negeri merancang membina sendiri lebuh raya berkenaan sejauh 73 km menggunakan dana wakaf. Sejak dilancar pada 2012 hampir RM3 juta disumbang orang ramai. Tahun lepas kerajaan pusat turut mengeluarkan tender bagi membina pakej Kota Bharu-Kadok sejauh 7 km membabitkan kos hampir RM170 juta. Hanifa juga berkata, sebanyak 380 lot tanah yang dimiliki 786 pemilik dengan keluasan 480 ekar terlibat dengan jajaran lebuh raya tersebut. "Pengambilan tanah terbabit akan dibuat di bawah Seksyen 8 Akta Pengambilan Tanah yang dijangka diwarta tidak lama lagi," katanya. Hanifa juga berkata, Kelantan berhasrat mengadakan kerjasama dengan kerajaan pusat bagi menjayakan projek terbabit. "Kerajaan negeri mendapat jaminan jajaran jalan tersebut akan bertemu di satu titik di Machang memandangkan konsultan dilantik Kelantan dan pusat adalah syarikat sama," ujarnya. Beliau juga memberitahu persidangan Dun, kerajaan negeri mensyaratkan syarikat yang terbabit dengan pembinaan lebuh raya tersebut perlu menyiapkan pembinaan dalam tempoh tiga hingga tiga setengah tahun. Kata beliau pembayaran dibuat kepada syarikat secara tertangguh di mana bayaran pertama sebanyak RM50 juta dijangka pada Januari 2018 apabila projek terbabit diserah kepada kerajaan. Manakala bayaran seterusnya sebanyak RM50 juta akan dibuat secara tertangguh dalam tempoh enam tahun. "Sumber pembalakan dan perlombongan akan digunakan bagi membayar kos projek lebuh raya Machang-Kuala Krai," ujarnya. Sementara itu dalam perkembangan berkaitan sebuah NGO dipercayai ada hubungan dengan Umno Kelantan turut menyerah memorandum kepada kerajaan negeri ketika persidangan tersebut berhenti rehat. Memorandum itu diserah Pengerusi Gerakan Tukar Kerajaan Pas Kelantan Demi Rakyat (Tukar), Kamaruddin Kassim kepada Setiausaha Politik Menteri Besar, Wan Nik Wan Yusoff. Memorandum yang dinamakan "Dokumen Kuning Catatan Rakyat: Lebuhraya Rakyat" menyentuh mengenai projek Lebuh Raya Rakyat. | |||
“Undang2 hanya untuk rakyat, bukan untuk Taib Mahmud” Posted: 05 Mar 2014 05:05 AM PST KEADILAN DAILYKUCHING: Bekas Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud melanggar undang-undang negeri Sarawak apabila terlibat dalam perniagaan, kata Timbalan Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Sarawak, Zolhaida Suboh. Beliau berkata demikian ketika mengulas pendedahan akhbar The Edge yang meramalkan Taib Mahmud akan terus menggunakan pengaruhnya dalam pentadbiran negeri meskipun telah bersara sebagai Ketua Menteri. "Dia berani langgar peraturan yang menghalang Ketua Menteri dari memegang apa-apa jawatan berkepentingan dan terlibat dalam apa-apa perusahaan komersial," kata Zolhaida kepada Keadilandaily. Tambah Zolhaidah, walaupun dengan pendedahan tersebut, Taib Mahmud tetap terselamat dari tindakan undang-undang. "Itu sebabnya kita katakan dia tak layak dipilih menjadi Yang Dipertuan Negeri. "Undang-undang rasuah hanya untuk rakyat. Tidak kepada pemimpin seperti Taib," tegas Zolhaida menambah, tidak ada tindakan diambil terhadap Taib walaupun lebih 200 laporan salahguna kuasa dibuat. Katanya, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak sama sekali berani mendakwa bekas Ketua Menteri itu. " SPRM tidak akan berani, bila berhadapan dengan Abdul taib. SPRM jadi boneka," ujarnya. | |||
Mat Zain buat laporan polis terhadap Shafee kerana menipu Posted: 05 Mar 2014 05:03 AM PST KEADILAN DAILYKUALA LUMPURC: Bekas Ketua Pegawai Siasatan Jenayah IPK Kuala Lumpur, Datuk Mat Zain Ibrahim membuat laporan polis terhadap peguam Umno, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah kerana menipu. Laporan tersebut menyatakan bahawa Shafee melakukan kesalahan apabila menyembunyikan bahan bukti dari perbicaraan yang kemudiannya menyebabkan satu kenyataan bersumpah (SD) Mat Zain tidak dapat diterima. Menurut Mat Zain, Shafee telah membuat penegasan bahawa terdapat percanggahan nombor kad pengenalan Mat Zain dalam writ saman dengan SD Mat Zain. "Shafee seterusnya mendakwa saya telah memanipulasi SD saya untuk menyembunyikan atau mengelirukan mahkamah berkaitan iddentiti saya. "Shafee selanjutnya menghujahkan bahawa akibat daripada percanggahan nombor kad pengenalan yang disengajakan menjadikan SD saya sebagai satu dokumen yang tidak bernilai. "Malahan menjadikannya sebagai dikumen keterangan dengar-cakap (hearsay-evidenge) sahaja," kata Mat Zain dalam laporan yang dibaca Keadilandaily. Menurut Mat Zain, penghujahan itu dibuat Shafee di hadapan Mahkamah Rayuan pada 18 Disember 2013 yang menyentuh perkara mustahak untuk memperdayakan Mahkamah Rayuan supaya membuat keputusan memihak kepada Shafee. Kenyataan lain dalam kandungan laporan itu turut menyatakan, Shafee disyaki melakukan kesalahan menggunakan keterangan yang tidak benar dan/atau palsu dan mengelirukan dalam penghujahan bertulis bertarikh 18 Disember 2013. Laporan polis dibuat pagi ini di Balai Polis Batu 14, Hulu Langat, Kajang | |||
Kenyataan hakim terhadap Anwar tak wajar – N Surendran Posted: 05 Mar 2014 04:54 AM PST KEADILAN DAILYKUALA LUMPUR: Naib Presiden KEADILAN, N Surendran menyelar kenyataan dikeluarkan mahkamah berhubung rayuan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menghalang Shafee Abdullah untuk menjadi pendakwaraya dalam perbicaraan Fitnah 2 Anwar Ibrahim. Kenyataan dikeluarkan Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Balia Yusuf Wahi yang menyatakan tindakan Anwar sengaja melambatkan proses perbicaraan, sebagai tidak adil dan tidak wajar. "Saya merujuk kepada Keputusan Mahkamah Rayuan 3 Mac lalu yang menolak permohonan Anwar Ibrahim untuk membatalkan peguam Umno, Shafee Abdullah daripada menjadi pendakwaraya dalam rayuan kerajaan berhubung kes Fitnah 2. "Hakim Datuk Balia Yusuf Wahi mendakwa bahawa permohonan Anwar telah dibuat untuk melambatkan rayuan kerajaan dan merupakan penyalahgunaan proses. "Kenyataan ini adalah tidak wajar dan tidak perlu," kata Surendran Surendaran yang juga seorang peguam menegaskan, hakim sepatutnya menjalankan tugas selari dengan prinsip undang-undang tanpa pengaruh politik pemerintah. Tambahnya, umum mengetahui bahawa Shafee yang bakal menegetuai pendakawaan bagi kes Fitnah Anwar adalah peguam peribadi Perdana Menteri Najib Razak. "Tugas hakim adalah untuk mendengar semua permohonan dan hujah bagi pihak tertuduh, dan kemudian membuat keputusan. "Apatah lagi dalam kes seperti ini di mana Anwar adalah mangsa tuduhan bermotifkan politik yang dibawa dengan galakan dan hasutan kerajaan memerintah . "Prinsip perundangan jenayah bahawa, orang yang dituduh harus dibenarkan peluang untuk mempertahankan dirinya, hak untuk perbicaraan yang adil adalah prinsip asas sistem keadilan jenayah kita. "Kita menyeru kerajaan BN dan PM Najib Razak, yang mana peguam peribadinya adalah pendakwa bagi kes Fitnah Anwar, untuk menggugurkan tuduhan rekaan terhadap pemimpin pembangkang, " katanya. | |||
Empat Adun DAP Keluar Dewan Dibidas Posted: 05 Mar 2014 04:51 AM PST MSTAR ONLINE MELAKA: Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Idris menyatakan rasa kecewa dengan tindakan empat wakil rakyat DAP keluar dewan dan menyifatkan tindakan itu sebagai pengkhianatan kepada rakyat. "Mereka (pembangkang DAP) mengemukakan pelbagai tuduhan kepada saya dan kerajaan negeri, tetapi bila saya berdiri di sini untuk menggulung dan menjawab segala tuduhan itu mereka semua keluar tidak mahu dengar. "Mereka kata rakyat nak tahu itu ini tetapi bila nak dijawab mereka keluar dewan," katanya semasa menggulung perbahasan pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka ke-13 pada Rabu. Idris menyarankan pembangkang melantik segera ketua pembangkang DUN Melaka kerana pembangkang negeri itu dilihat bercelaru tanpa ketua setelah Goh Leong San (DAP-Duyong) meletakkan jawatan pada Oktober tahun lepas. Ketua Menteri berkata DUN Melaka memerlukan sebuah pasukan pembangkang berkesan untuk berfungsi dengan baik. Terdahulu empat wakil rakyat DAP berkenaan bertindak keluar dewan bagi membantah keputusan Speaker DUN Datuk Othman Muhamad tidak membenarkan seorang daripada mereka Chin Choong Seong (DAP-Kesidang) membahaskan usul ucapan terima kasih kepada Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Khalid Yaakob. Tiga lagi ialah Goh Leong San (DAP-Duyong), Lim Jak Wong (DAP-Bachang) dan Tey Kok Kiew (DAP-Bandar Hilir). Bagaimanapun tindakan itu tidak disertai seorang lagi wakil rakyat pembangkang Dr Md Khalid Kassim (PAS-Bukit Baru) dan untuk rekod ini kali kedua beliau berbuat demikian setelah kali pertama pada persidangan DUN September tahun lepas. Othman sebelum itu memberikan peluang kepada enam wakil pembangkang dan empat wakil Barisan Nasional untuk membahaskan usul itu, namun tidak membenarkan Chin membahaskan ucapan itu atas faktor masa dan Chin akan berucap pada sesi penangguhan pada Khamis. Terdahulu, Khoo Poay Tiong (DAP-Ayer Keroh) diarah keluar dewan oleh Othman kerana tetap meneruskan perbahasan walaupun masa diberikan kepadanya telah tamat dengan Khoo melemparkan pelbagai tuduhan terhadap Idris serta meminta Othman meletak jawatan sebagai speaker. Persidangan bersambung Khamis. BERNAMA | |||
Anak Timbalan Menteri Dipercayai Terjatuh Dari Jambatan Kedua P.Pinang Posted: 05 Mar 2014 04:49 AM PST MSTAR ONLINE GEORGE TOWN: Baharu sahaja dibuka untuk orang ramai iaitu pada Ahad lalu, Jambatan Kedua Pulau Pinang mencatatkan tragedi apabila seorang lelaki dipercayai terjatuh daripada jambatan itu pada Rabu. Lelaki berkenaan dipercayai anak seorang timbalan menteri. Beliau bagaimanapun terselamat dan dikejarkan ke Hospital Pulau Pinang untuk rawatan. Dalam kejadian pada 6 Jun 2013 tiga orang disahkan cedera akibat runtuhan tanjakan konkrit dan besi penyambung susur keluar jambatan berkenaan di kawasan Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu. Jambatan berkenaan dirasmikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada Sabtu lalu dan dibuka untuk orang ramai sehari kemudian tanpa dikenakan tol selama sebulan. Kerajaan juga bersetuju menamakan jambatan itu sebagai Jambatan Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah. | |||
Faisal Rohban Ahmad Disahkan Pemilik Blog Yang Fitnah Husam, Diperintah Bayar Kos RM50,000 Posted: 05 Mar 2014 04:28 AM PST KELAB GREENBOC Mahkamah Rayuan hari ini membenarkan rayuan yang dibuat oleh Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kota Bharu yang sebelum ini menolak tuntutan Husam terhadap seorang blogger, Faisal Rohban Ahmad yang mengendalikan blog "Ruang Bicara Faisal" (RBF). Panel hakim yang diketuai oleh Datuk Azahar Mohamed dan turut dianggotai Datuk Ariff Md Yusof dan Datuk Dr Hamid Sultan Abu Backer memutuskan bahawa bukti yang dikemukakan oleh Husam sepanjang perbicaraan mencukupi untuk mahkamah membuat keputusan di atas imbangan kebarangkalian bahawa defendan merupakan pemilik blog "Ruang Bicara Faisal" tersebut. Mahkamah seterusnya membatalkan semua perintah yang dikeluarkan oleh Mahkamah Tinggi sebelum ini termasuk perintah mengenai kos. Selain itu, mahkamah memerintahkan kos sebanyak RM50,000 dibayar kepada Husam sebagai perayu. Bagaimanapun, Mahkamah Rayuan mengarahkan jumlah gantirugi ditaksirkan di Mahkamah Tinggi Kota Bharu. Husam diwakili peguam Gurbachan Singh, Rueben Netto, Hisham Fauzi dan Ahmad Mustaqim manakala responden diwakili oleh Adzly Ab Manas dan Sallehuddin Bajuri. Mahkamah Tinggi sebelum ini menolak saman Husam terhadap Faisal kerana tidak dapat mengesahkan sama ada defendan adalah penulis dalam blog RBF itu. Husam menyaman Mohd Faisal Rohban Ahmad, 37, berikutan penyiaran artikel bertajuk 'Husam & Tamrin Balun Balak Kelantan RM15 juta', di ruangbicarafaisal.blogspot.com pada Sabtu, 3 Oktober, 2009. Antara kenyataan fitnah itu termasuk menyatakan plaintif sengaja berkonspirasi dan berkomplot dengan satu pihak ketiga untuk memberi 4,000 hektar tanah kawasan balak kepada seseorang bernama Tamrin Ghaffar. Balak itu cuba dijual kepada seorang tauke dengan harga RM25 juta. Pembahagiannya pula adalah plaintif sebanyak RM10 juta, pihak ketiga pula RM10 juta dan PAS Pusat RM5 juta. Plaintif mendakwa, keseluruhan artikel tersebut juga sengaja memfitnahnya dengan mengatakan kawasan balak berkenaan tidak dapat dijual dengan harga RM25 juta dan hanya dijual pada harga RM15 juta dan wang tersebut dibahagikan; plaintif mendapat RM5 juta, pihak ketiga RM6 juta dan PaS Pusat RM3 juta. – TMI ULASAN GB Orang yang memfitnah tidak akan terlepas dari hukuman Tuhan. Itulah adalah hukum kebenaran dan keadilan. Bukankah GB sudah ulas sebelum ini... petikan: Namun, kebal macamana pun papagomo yang dilindungi oleh polis, dengan hukum kebenaran dan hukum Tuhan, kita akan menyaksikan papagomo pasti hancur binasa! | |||
[VIDEO] "Ustaz" UMNO Fitnah Mat Sabu Bekal Pemuas Nafsu Semasa Muktamar Posted: 05 Mar 2014 04:25 AM PST KELAB GREENBOC Biarpun Pilihanraya di Kajang hanyalah satu pilihanraya kecil bukannya satu Pilihanraya Umum dan yang bertanding di situ adalah calon dari PKR, DS Anwar Ibrahim namun serangan dari pihak Barisan Nasional tidak mengenal batas.. Mereka menyerang seolah-olah Anwar Ibrahim sedang bertanding untuk merampas kerusi Perdana Menteri.. Apa atau siapa sahaja yang difikirkan oleh mereka punya pertalian persahabatan dengan DS Anwar Ibrahim habis dihentam mereka.. Tak kiralah samada mereka itu dari PKR sendiri mahupun mana-mana parti yang berada dalam Pakatan Rakyat baik PAS mahupun DAP. Dalam satu ceramah yang telah diadakan pada 2 Mac 2014 lalu di Taman Melati, Kajang seorang penceramah dari BN, Ustaz Datuk Shamsul Najmi Shamsuddin telah mendakwa Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu adalah pembekal pemuas nafsu dalam muktamar PAS.. Berikut adalah catatan dari sebuah Blog otai yang membekalkan info dari Barisan Nasional dan juga Pakatan Rakyat yang dikenali dengan nama Minaq Jinggo .. Nota ringkas : 1. Normah wanita yang ditangkap khalwat dengan Mat Sabu pada 31/1/1995 di Hotel Perdana, Kota Baru mengaku telah bertaubat nasuha. Ketika ditangkap beliau langsung tidak rasa bersalah kerana yakin beliau berjuang kerana Allah. 2. Normah mendakwa Mat Sabu dan Mahfuz Omar telah menyakinkan beliau bahawa .."perempuan solehah, mana-mana perempuan baik yang melepaskan keletihan mana-mana pemimpin Islam yang berjuang Fisabilillah maka dia mendapat pahala Fisabilillah dari Allah SWT" 3. Malah suami yang mengzinkan perbuatan isteri tersebut juga mendapat pahala Fisabilillah. 4. Fahaman bahaya ini telah menular di dalam PAS sebagaimana Normah mendakwa Mat Sabu telah menggunakan wanita-wanita pelayan nafsu untuk melayan nafsu serakah perwakilan yang menghadiri Muktamar PAS pada tahun 2011 sebagai habuan untuk mendapatkan undi menjadi Timbalan Presiden PAS, menewaskan Ust Nasharudin Mat Isa. Dan ini adalah video ucapan penceramah itu... -ASD ULASAN GB Firmanullah s.w.t: FITNAH seakan sudah menjadi budaya dan darah daging UMNO, daripada presidennya, para menterinya, akhbarnya, bloggernya, para ulamak tua dan mudanya. Tak serik-serik lagi dengan apa yang telah ditimpakan ke atas para peemfitnah seperti papagomo. Janji Allah swt itu tetap benar. Orang yang memfitnah orang mukmin (yang lelaki) dan mukminah (yang perempuan), kemudian mereka tidak bertaubat, bagi mereka azab jahanam dan neraka yang membakar. Al-Buruj : 10 | |||
Gossip Ku Nan Dengan Erra Fazira. Posted: 05 Mar 2014 01:11 AM PST Dengan tidak semena-mena tiba-tiba muncul gossip mengenai hubungan yang dikatakan sudah terjalin antara Menteri Wilayah Persekutuan, Tengku Adnan Tengku Mansor dengan aktress yang belum habis edahnya, Erra Fazira. Sampai ke tahap mana hubungan mereka atau ia betul-betul hanya khabar angin tidaklah diketahui, tetapi kedua-duanya pantas menafikan adanya hubungan itu. Tengku Adnan yang lebih mesra dengan Ku Nan apabila ditanya mengenai gossip yang berlegar itu segera menafikannya. Menurut Ku Nan, beliau adalah lelaki yang sudah berkahwin dan bahagia dengan perkahwinannya. Erra pula kemudiannya turut menafikan beliau mempunyai hubungan atau mengenali Ku Nan, malah terkejut dan mengatakan beliau tidak pernah mengenali pun Setiausaha Agung UMNO dan Ahli Parlimen Putrajaya itu. Erra juga berkata, beliau terlalu sibuk dan tidak mempunyai masa untuk menjalin hubungan dengan mana-mana lelaki ketika ini. Apabila timbul gossip sedemikian, mereka yang terbabit memang pantas menafikan tetapi kerap juga berita yang bermula dengan penafian akhirnya betul-betul menjadi kenyataan. Terutama dalam politik, berita yang dinafikan itu selalunya ada kebenarannya, bak kata pepatah, pokok takkan bergoyang kalau tidak ditiup angin. Tetapi zaman sekarang, pokok juga bergoyang kerana sengaja digoyang atau mungkin kerana ada kera yang sedang menggoyangnya. Terakhir berita yang dinafikan tetapi akhirnya benar-benar berlaku ialah mengenai pilihanraya kecil Kajang dan ura-ura Anwar mahu menjadi Menteri Besar Selangor. Ketika mula beritanya timbul, semua menafikannya, termasuk Anwar sendiri tetapi lihatlah apa yang berlaku sekarang. Begitu juga ketika Anwar mahu dipecat daripada kerajaan pada 1998 dulu, berkali-kali Mahathir menafikannya. Bahkan sehari sebelum pemecatan Anwar dan ketika ia sudah menjadi perbualan hangat, Mahathir tetap menafikannya. Dalam dunia artis lagi parah, mereka paling suka menafikan sesuatu berita dengan mengatakannya ianya sekadar gossip atau khabar angin meskipun mereka sendiri tahu kebenarannya. Yang sudah ada anak pun boleh menafikan mereka berkahwin, apatah lagi menafikan bercinta dan mempunyai hubungan mesra. Daripada sepuluh artis yang membuat penafian, lapan daripadanya selalu menjadi kenyataan. Oleh itu, walaupun kedua-dua Ku Nan dan Erra Fazira telah menafikannya, jangan percaya 100 peratus dulu penafian mereka. Tunggu dua atau tiga bulan lagi, atau paling lama setahun daripada sekarang barulah boleh diputuskan untuk mempercayai atau tidak penafian mereka ini. Kadangkala penafian hanyalah untuk menutup mulut orangramai daripada terus berbicara. Dunia artis selalunya begitulah. Dunia politik pula turut terikut-ikut dengan tabiat penafian ini. Kadang-kadang juga mungkin betul mereka belum kenal sekarang ini tetapi setelah adanya gossip ini, masing-masing mula menyimpan perasaan dalam hati. Lalu kemudian mencari saluran untuk berkenal-kenalan dan menjalin persahabatan. Apabila menjadi kenyataan, lalu dikatakan sudah takdir Tuhan. Baik Ku Nan mahu pun Erra Fazira, tiada salahnya jika hubungan itu benar-benar wujud. Ini kerana Ku Nan adalah lelaki yang berkemampuan dari segi zahir, manakala Erra pula sudah keseorangan dan tidak lagi menjadi milik sesiapa sekarang ini. Lagi pula hubungan mesra atau perkahwinan antara orang politik dengan artis bukanlah perkasa asing atau tidak pernah berlaku sebelum ini. Ia sudah berlaku sejak dulu dan sentiasa berlaku sehinggalah sekarang. Cuma, kalau sudah ada penafian yang cukup pantas ini, janganlah pula akhirnya menjadi kenyataan pula! | |||
Rahsia Red Bean Army terbongkar Posted: 05 Mar 2014 01:07 AM PST SEBELUM rakyat Malaysia membuang undi untuk Pilihan Raya Umum ke-13, akhbar perdana di bawah kawalan Barisan Nasional (BN) dilihat melampiaskan saki-baki propaganda mereka. Maka dongeng mengenai "Tentera Kacang Merah"(TKM) dihurai dengan panjang lebar. New Straits Times misalnya menerbitkan artikel mengatakan bahawa TKM mempunyai kekuatan anggota yang melampau besarnya. Kononnya antara 2,000 hingga 3,000 orang dan setiap seorang pula dibayar gaji antara RM3,000 dan RM8,000. Angka yang amat tidak masuk akal baik daripada segi bilangan anggota mahupun jumlah gaji mereka. Malah, angka itu turut bercanggah dengan laporan awal lidah parti United Malay National Organization (UMNO), Utusan Malaysia bahawa bilangannya cuma ratusan orang. Ciri-ciri TKM yang disebut dalam artikel itu juga samar-samar. Sehinggakan mana-mana warga awam yang melayari internet dan pada masa sama menentang BN, boleh dituduh sebagai TKM. Munculnya dongeng TKM beberapa hari sebelum PRU-13 pada awalnya disangkakan hanya satu lagi taktik menakut-nakutkan rakyat dan memburuk-burukkan Pakatan Rakyat khususnya DAP. Bagaimanapun pasca PRU-13, rakyat masih dapat lihat TKM terus rancak dijadikan modal momokan. Semakin hari semakin berkembang jalan ceritanya. Mungkin ia seperti apa yang Joseph Goebbels sebutkan tentang teknik propaganda Winston Churchill, "…the principle that when one lies, one should lie big, and stick to it. They keep up their lies, even at the risk of looking ridiculous." Dongeng yang berterusan dan berkembang ini menimbulkan banyak persoalan di kalangan warga siber. Oleh itu pelbagai teori muncul untuk merungkai apakah sebenarnya matlamat besar diteruskan wayang dengan TKM sebagai watak utamanya. Antara teorinya: 1. Disebabkan BN gagal menguasai gelanggang siber berbanding lawannya, maka gelanggang itu mesti dikuasai dengan kuasa. Diwujudkan TKM si pengganas dunia siber, bertujuan mengolah persetujuan umum agar menerima penggubalan undang-undang atau tindakan penguasa yang keras ke atas dunia siber. 2. Bertindak sebagai label meletakkan semua yang menentang BN di dalam satu bakul dan mudah untuk mengaitkannya secara terus dengan pihak oposisi. Penentang BN di alam siber akan dilihat sebagai satu gerakan tersusun yang berbahaya dan bukannya suara jujur individu warga Malaysia. 3. Menjadi 'naga' untuk disembelih 'satria berbaju besi'. Ini kerana jika ditelusuri perkembangan TKM di media pro-BN. Sudah pasti akan mula kelihatan individu yang mula menggunakan TKM sebagai batu loncatan politik samada dengan berlagak wira, mangsa atau kedua-duanya sekali. Merebut harta perang? Masa berlalu dan dongeng TKM menjadi basi. Barangkali kerana gelaran propaganda "tentera kacang merah" itu sendiri kelihatan seperti satu cubaan buat lawak yang tidak menjadi. Akan tetapi baru-baru ini lidah rasmi parti UMNO, Utusan Malaysia melalui kolum Awang Selamat sekali lagi membangkitkan mengenainya. Di samping galak mengapi-apikan dan menghasut sentimen kaum pembaca dengan menyatakan TKM "menghina Islam, Melayu, pasukan keselamatan, kakitangan awam dan negara." Memang sudah tugas lidah parti UMNO itu mengapi-apikan sentimen kaum orang Melayu sejak sekian lama. Dan demi untuk mengaburi hakikat bahawa Pak Menteri dan pihak berkuasa sering tutup sebelah mata terhadap hasutan jahat mereka, mereka serang pula momok rekaan mereka. Momok yang sehingga hari ini tidak berjaya dibuktikan kewujudannya. Namun, ahli politik old-timer Lim Kit Siang membuat satu lagi pembongkaran mengapa dongeng TKM yang sudah basi kembali diperhangat. Beliau menjelaskan kemunculan semula dongeng TKM adalah kerana tamakkan wang. Ia merupakan usaha tentera siber upahan UMNO supaya tidak diketepikan daripada memperoleh dana perang siber yang besar jumlahnya. Dikhabarkan terdapat 'panglima baru' yang merupakan 'genius IT' telah dibawa masuk untuk menggerakkan pelan baru. Pelan yang tidak banyak memberikan ruang untuk tentera upahan yang lama. Terutamanya yang dulunya menuai untung daripada dongeng TKM. Maka tentera lama yang sudah berkarat dan menuai keuntungan daripada dongeng TKM terpaksa memainkan semula wayang lama dengan harapan kekal releven. Maka di situlah peranan Utusan yang selama ini menganggap dirinya 'abang besar' kepada tentera propaganda siber itu untuk menghidupkan kembali dongeng lama. Demi kelangsungan hidup propagandis yang sudah lapuk. Persoalannya, dalam percaturan untuk memenuhi tembolok mereka, kerugiannya ditanggung siapa? Siapa lagi kalau bukan kita, warga Malaysia.-Roketkini.com | |||
Suhakam: Tiba masanya polis fahami PAA Posted: 05 Mar 2014 12:58 AM PST MALAYSIAKINIPasukan polis perlu "mengubah minda mereka" sewaktu menguatkuasakan Akta Perhimpunan Aman (PAA) 2012 dan menghormati peruntukan perlembagaan yang memberi hak untuk berhimpun. Bercakap dalam forum reformasi polis di ibu negara semalam, Timbalan Pesuruhjaya Suhakam Prof Datuk Khaw Lake Tee (kanan) berkata polis dilihat memberi gambaran bahawa protes rakyat sebagai satu cubaan mencabar autoriti mereka. Khaw berkata banyak cara berfikir pasukan polis perlu ditukar dalam mengendalikan sesuatu perhimpunan aman yang bertukar menjadi rusuhan di mana mereka sepatutnya memudah cara bagi memastikan keselamatan rakyat. "Tetapi jika peserta enggan menuruti arahan kamu, di sana ada peruntukan untuk kamu ambil tindakan - hak polis untuk menguat kuasa undang-undang tidak boleh dinafikan. "Tetapi kamu jangan terus mengambil tindakan kerana mereka ada di sana. "Inilah bagaimana polis benar-benar berfikir - sesuatu perhimpunan adalah mencabar kuasa mereka, dan kamu (peserta) mengganggu perniagaan dan bisnes dan menghambat pelancong," katanya. | |||
Posted: 05 Mar 2014 12:56 AM PST Oleh Subky Latif Jangan kata pemberian BRIM serentak dengan masa Pilihan Raya Kecil Kajang suatu kebetulan. Mungkin tarikh itu sudah ditetapkan oleh kementerian kewangan sebelum perletakan jawatan ADUN Kajang, tetapi melambatkan PRK Kajang boleh diertikan sebagai disengajakan supaya ia dapat dijadikan bahan murahan kempen. Jika tarikh pengeluarannya sudah dijadual lama, dan PRK diadakan segera seperti yang dilakukan di Besut dan Sungai Limau, nescaya tidak sempat BRIM itu digunakan di Kajang. Jika tiada motif kempen, kerajaan boleh menunda sesuatu rancangan yang sudah ditetapkan kepada satu tarikh lain, supaya terhindar sangkaan ia justeru PRK Kajang. Baik kebetulan atau disengaja, BN cuba mendapatkan manfaat dari pemberian BRIM yang pertama selepas PRU 13. Maka bagi penganalisis politik berilmu dari menara gading lebih berminat mengira pemberian di musim kempen itu satu kebetulan dengan andaian betapa pemberiannya tidak memberi kesan banyak kepada pengundi Kajang. Mereka andaikan pengundi Kajang tidak ramai yang berhak menerimanya dibandingkan dengan kawasan lain terutama di desa-desa. Kajang boleh kira kawasan bandar seperti Kuala Lumpur dan Ipoh juga. Dan Kajang pula menjadi kediaman para pensyarah kampus di Lembah Kelang dan pegawai kerajaan yang bekerja di Wilayah Persekutuan, Seremban, Shah Alam dan Bangi. Maka BRIM dikatakan tidak mempengaruhi mereka. Apapun sikit-sikit ada terutama pengundi tegar Umno dari kelangan Melayu. Bagi mereka asal duit datang dari kerajaan, tidak kira layak atau tidak layak, rebut saja. Jenis ini kain batik dan kain pelikat pun boleh ditukar dengan undi. Jika tidak, tentulah tidak timbul isu membeli undi atau politik wang. Pengaruh politik wang memang besar dalam kalangan Umno hingga mendorong parti itu mengubah sistem pemilihannya supaya tiada calon sanggup mengadakan wang banyak bagi membeli undi. Maka BRIM boleh dikira bentuk baru pembelian undi. Ia tidak datang dari parti dan calon. Ia ditaja oleh kerajaan. Ia halal pada akta piliihan raya. Sedikit sebanyak pengundi Melayu akan terbelenggu terutama bagi yang tiada harga diri. Akan tetapi adakah pengundi Cina boleh digula dengan BRIM? Pengundi Cina di Kajang tidak seramai pengundi Melayu. Walau pun Cina juga ada yang miskin tetapi ia kurang dari orang Melayu. Adakah Cina yang layak BRIM itu terasa terhutang budi dengan pemberian BRIM lalu memberi undinya? Atau mereka jadi seperti Melayu Kelantan, beri duit ambil, beri gula pun ambil tetapi undi tetap dia yang punya. Rasanya pengundi Cina ada sifat pengundi Kelantan tidak memberi undi kepada orang yang memberi duit. Menjual undi itu adalah perbuatan hina dan bukan budaya orang yang maruah. Mungkin orang Cina tidak berpegang kepada akidah agamanya dalam politik, tetapi mereka kebanyakannya ada maruah politik. Maka mereka tidak pandang sangat BRIM yang nilainya tidak sebesar mana dibandingkan dengan pendapatan masing-masing. BRIM pula tidak dapat menampung keperluan hidup gara-gara kenaikan minyak, gula, tarif elektrik dan lain-lain. Tidak padan BRIM dengan perbelanjaan hidup yang terpaksa ditanggung. Dan bukan semua pengundi pula dapat BRIM. Bukan pula semua yang dapat BRIM mengundi. Isu besar bagi pengundi ialah adanya calon besar dalam PRK itu iaitu Anwar Ibrahim. Yang lain kurang laku dibandingkan calonnya. | |||
Keputusan permohonan gereja ditangguh Posted: 05 Mar 2014 12:46 AM PST SINAR HARIAN Kira-kira 100 orang umat Islam menunaikan solat hajat di hadapan Istana Kehakiman sementara menunggu keputusan Mahkamah Persekutuan mengenai penggunaan kalimah Allah di sini. - Foto Bernama PUTRAJAYA - Mahkamah Persekutuan di sini hari ini menangguhkan keputusan berhubung permohonan Gereja Katolik bagi kebenaran merayu terhadap keputusan Mahkamah Rayuan yang melarang penerbitan mingguannya, 'The Herald' daripada menggunakan kalimah Allah. Ketua Hakim Negara Tun Arifin Zakaria, yang mempengerusikan panel tujuh hakim, berkata mahkamah menangguhkan keputusannya sehingga satu tarikh yang akan ditetapkan kemudian. Terdahulu, panel itu mendengar penghujahan daripada peguam yang mewakili gereja itu, enam majlis agama Islam negeri dan Persatuan Cina Muslim Malaysia (Macma) di samping penghujahan daripada peguam kanan persekutuan mewakili Menteri Dalam Negeri. Enam negeri itu ialah Terengganu, Kedah, Johor, Melaka, Wilayah Persekutan dan Selangor. Turut bersidang dalam panel itu bersama Arifin ialah Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Md Raus Sharif, Hakim Besar Malaya Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinuddin, Hakim Besar Sabah dan Sarawak Tan Sri Richard Malanjum dan tiga Hakim Mahkamah Persekutuan iaitu Tan Sri Suriyadi Halim Omar, Datuk Zainun Ali serta Datuk Jeffrey Tan Kok Wha. Gereja itu memohon kebenaran daripada Mahkamah Persekutuan untuk meneruskan rayuannya terhadap keputusan Mahkamah Rayuan pada 15 Oktober tahun lepas yang melarang penggunaan kalimah Allah dalam penerbitannya. - Bernama | |||
Posted: 05 Mar 2014 12:44 AM PST Semua tujuh MCA cawangan menunjukkan surat protes terhadap penyenaraian calon bagi jawatan Pengerusi JKKKB dan Ahli Majlis Daerah. BERA - Tujuh cawangan MCA protes tindakan pucuk pimpinan MCA Bahagian yang menolak senarai pencalonan bagi jawatan Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Baru (JKKKB) dan Ahli Majlis Daerah. Mereka dari Cawangan Kemayan, Taman Mewah Kemayan, Triang, Taman Desa Triang, Taman Raya Triang, Mengkarak Stesen dan Mengkarak Baru mendakwa semua senarai calon yang diberi itu tidak dipertimbangkan, malah ditolak mentah menyebabkan mereka berang apabila suara rakyat tidak dipedulikan. Ketua Cawangan Kemayan, Peh Kim Kee berkata, setiap cawangan diminta mencalonkan satu nama yang sesuai dengan jawatan Pengerusi JKKKB atau Ahli Majlis Daerah tetapi kebanyakan senarai nama tidak diterima. Menurutnya, bagi cawangan Kemayan, menjadi tradisi sejak penubuhannya sekitar 1960-an lagi, seorang ahli mereka akan dilantik memegang satu jawatan, dan tradisi ini kekal sebelum PRU lalu. "Tetapi, selepas pelantikan pucuk pimpinan MCA Bahagian yang baharu, perkara itu dihapuskan, malah nama yang dicalonkan MCA Bahagian itu kedua-duanya dari cawangan yang sama. "Kami diminta bertolak-ansur untuk meningkatkan perpaduan dalam kalangan kaum Cina, tetapi tindakan ini sebenarnya boleh memecah-belahkan kesejahteraan rakyat," katanya. Sementara itu, Ketua Cawangan Mengkarak Stesen, Seow Ee Ean berkata, pencalonan berdasarkan kroni turut berlaku menyebabkan mereka tidak berpuas hati dengan keadaan itu. Katanya, mereka sudah memberikan nama yang benar-benar boleh memikul tanggungjawab tetapi ditolak pihak pengurusan MCA Bahagian. "Saya tidak pasti punca senarai nama langsung tidak diterima, tetapi apabila melakukan semakan kepada semua calon terbabit, ada sesuatu yang tidak kena. "Bukan mahu menuduh tetapi jika calon itu adalah dalam kalangan yang boleh bekerja, mungkin yang tidak kisah. Tetapi, apabila ada yang tidak boleh bertutur Bahasa Melayu, itu masalah besar bagi kami," katanya. Ee Ean berkata, jika pemimpin tidak mampu memikul tanggungjawab sebagai pemimpin, sudah pasti kehidupan mereka bertambah pincang. Ketua Cawangan Taman Mewah Kemayan, Woo Pui King berkata, surat mengenai perkara ini sudah dihantar kepada Ketua MCA Negeri Pahang dan Malaysia untuk tindakan lanjut. Menurutnya, walaupun calon sedia ada sedang dalam proses temuduga perjawatan, namun perkara ini perlu diketengahkan supaya MCA Bahagian buka mata bahawa tugas pencalonan adalah tugas setiap MCA Cawangan. "Sepatutnya, senarai yang dicalonkan sahaja dibawa ke peringkat negeri. MCA Bahagian tidak sepatutnya masuk campur dalam soal penyenaraian calon," katanya. Pui King berkata, kebangkitan tujuh cawangan MCA ini bukan untuk meruntuhkan MCA di Parlimen Bera ini tetapi membuka mata rakyat mengenai hak mereka untuk memilih pemimpin mereka sendiri. | |||
Peserta himpunan seperti bergaduh sesama sendiri Posted: 05 Mar 2014 12:41 AM PST MALAYSIAKINIKeadaan di luar Istana Kehakiman di Putrajaya hari ini bertukar kecoh apabila kira-kira 500 orang yang terdiri daripada pelbagai NGO pro-Melayu cuba merempuh barisan anggota polis yang berkawal di pintu utama untuk masuk ke lobi bangunan mahkamah. Sekitar jam 11.15 pagi, kumpulan tersebut yang menyokong kalimah 'Allah' digunakan secara eksklusif untuk umat Islam, mula melaungkan "La ila Ha Illalah" (Tiada Tuhan Melainkan Allah) dan bertakbir secara keras. Kumpulan itu pada awalnya mula berkumpul di kawasan dataran terbuka di hadapan Istana Kehakiman seawal jam 8 pagi lagi. Sebelum kekecohan mula tercetus sekitar jam 11.15 pagi, kumpulan itu dilihat menaiki tangga di hadapan kompleks Istana Kehakiman dan cuba mengasak anggota polis yang berkawal di hadapan pintu masuk. Kumpulan itu bagaimanapun cuba ditenangkan oleh Ketua Wira Perkasa, Irwan Fahmi Ideris dan Penolong Setiausaha PERKASA, Norlizaizul Ismail, yang berdiri di antara kumpulan penyokong tersebut dan anggota polis. Keadaan semakin bertambah kecoh apabila pengerusi majlis, yang meminta hadirin bertenang dan berundur ke belakang, ditarik-tarik oleh hadirin yang kelihatan semakin berang. Sebahagian wartawan yang membuat liputan tergamam seketika kerana kumpulan tersebut kelihatannya seperti bergaduh sesama sendiri. Punca kekecohan kemudiannya dikenal pasti apabila sebilangan hadirin yang berdiri berhampiran polis mendakwa wakil COMANGO dibenar masuk ke lobi mahkamah. Pengerusi majlis yang memakai jubah berwarna hitam, penutup kepala bercorak batik dan berkaca mata hitam kemudiannya berjaya melepaskan diri daripada ditarik-tarik orang ramai. Beliau kemudian dilihat menghampiri seorang pegawai polis bertugas dan meminta pasukan tersebut menahan individu tertentu dalam perhimpunan tersebut bagi menenangkan keadaan. Pegawai polis itu bagaimanapun menolak permintaan tersebut dan memberitahunya keadaan masih terkawal. Keadaan kemudian beransur reda pada kira-kira jam 12 tengahari apabila hadirin mula berundur ke arah tangga di hadapan kompleks mahkamah. | |||
Ekonomis kata BR1M tak bantu kurang kemiskinan Posted: 05 Mar 2014 12:34 AM PST MALAYSIAKINIBantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) "tidak akan membawa kita ke mana-mana" dalam mengurangkan kemiskinan, tetapi dijangka semakin melebar ekoran pengurangan subsidi bahan api, kata seorang pakar ekonomi. Prof Madya Fatimah Kari dari Pusat Kajian Kemiskinan dan Pembangunan UM, (tengah dalam gambar) berkata pemberian wang tunai tidak menyediakan program satu perlindungan sosial yang holistik atau menyediakan insentif untuk keluar daripada kemiskinan. "BR1M tidak akan membawa kita ke mana-mana dalam jangka masa panjang dalam menyelesaikan kemiskinan di negara ini," kata Fatimah sambil menggesa kerajaan supaya "berani" dalam mencari jalan keluar dari BR1M . Pemotongan subsidi bagus... Bercakap dalam satu sidang akhbar mengenai kajian pusat itu terhadap impak pemotongan subsidi ke atas ketidak-samarataan, Fatimah berkata pengurangan subsidi adalah baik kerana mereka menghapuskan herotan kepada pasaran dan membolehkan wang itu disasarkan kepada mereka yang memerlukannya. Bagaimanapun, katanya, inisiatif yang didorong oleh pasaran juga perlu dilihat, untuk mengurangkan kemiskinan, dan bukannya "bantuan" seperti BR1M. Walaupun ianya baik dengan BR1M disasarkan mengikut tahap pendapatan, tetapi bantuan itu perlu terikat kepada pewujudan pekerjaan dan akses kepada pekerjaan. Sebagai contoh, Dekan Kluster Kajian Kesaksamaan Masyarakat, Prof Jamilah Mohamad berkata, bantuan pendapatan boleh diikat dengan penjanaan pendapatan tambahan, seperti di peringkat mikro-kredit Grameen. Mikro kredit Grameen diperkenalkan pada tahun 1976 oleh pengasas Bank Grameen Bangladesh, Muhammad Yunus, yang mempelopori konsep menyediakan pinjaman kecil tanpa cagaran kepada golongan miskin, berdasarkan prinsip bahawa pinjaman lebih baik daripada memberi sumbangan untuk menangani kemiskinan. Dalam hubungan itu, Prof Fatimah berkata kita mempunyai Yayasan Ikhtiar dan ia mungkin boleh diubahsuai dan diperkenalkan. | |||
S'gor dedah MOU air dalam tempoh seminggu Posted: 05 Mar 2014 12:29 AM PST MALAYSIAKINIMenteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim berkata kerajaan negeri akan mendedahkan kandungan Memorandum Persefahaman (MOU) penstrukturan semula air yang ditandatangani minggu lepas dalam tempoh seminggu. Khalid berkata langkah itu diambil hasil persetujuan selepas pertemuannya dengan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Maximus Ongkilidi Putrajaya semalam, supaya rakyat dapat menilainya. "Saya rasa tidak lama lagi ia akan dapat dibuka. Jawapan daripada menteri, perkara ini adalah maklumat umum dan tidak ada pengaruh (untuk menjejaskan) keselamatan negeri atau negara, dan ia boleh dilakukan. "Menteri rasa ia boleh dilakukan sebab tidak akan memberi kesan kepada keselamatan negeri dan negara," kata Khalid selepas mempengerusikan mesyuarat exco kerajaan negeri. Menurutnya lagi, beliau juga akan membentang Perjanjian Awal yang telah dipersetujui untuk ditandatangani antara kerajaan negeri dan kerajaan pusat sewaktu pertemuan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak semalam. Khalid berkata perjanjian itu mengandungi maklumat lebih menyeluruh dan terperinci mengenai penstrukturan semula industri air Selangor dan akan dibentangkan selepas membentang MOU tersebut. "Memandangkan Selangor sudah meluluskan Akta Kebebasan Maklumat, jadi, ia ada proses (untuk membentangnya)," katanya. | |||
Khalid jamin tarif air tak naik Posted: 05 Mar 2014 12:28 AM PST MALAYSIAKINIMenteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim menafikan kenyataan Pengarah Strategi Rafizi Ramli bahawa penstrukturan semula aset air Selangor melalui perjanjian persefahaman antara kerajaan negeri dan kerajaan pusat menyebabkan pengguna menanggung kos lebih tinggi. "Tidak," kata Khalid ringkas tanpa menjelaskan lebih terperinci mengenainya. Khalid berkata, Perjanjian Awal menyatakan tiada kenaikan tarif air dalam tempoh tiga tahun akan datang. "Akan ada perincian mengenai perkara itu," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat exco kerajaan negeri. Ditanya sama ada beliau dapat memastikan Perbadanan Aset Air Berhad (PAAB) tidak menaikkan harga air selepas menyerahkan aset air kepada kerajaan negeri, Khalid menjawab: "Bila dalam perjanjian baru ini, PAAB juga ialah pihak yang terlibat. "Ia sudah dipersetujui dalam perjanjian (itu). Ini bukan berlaku di Selangor sahaja, ia berlaku di Johor dan Melaka," katanya. |
You are subscribed to email updates from DIALOG RAKYAT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan