DIALOG RAKYAT |
- Jerebu: S'gor sediakan 100,000 topeng muka percuma
- Salinan Al-Quran tetap utuh dalam kereta hangus terbakar
- Penuntut UIA mahu saman blog dakwanya murtad
- Sultan Kelantan mahu lebuh raya KB-KK dibina segera
- Pembenihan awan dilaporkan berjaya di Selangor
- UMNO/BN ada kumpulan perang baru kendalian ‘panglima’ muda bijak IT – Kit Siang
- Tujuh Kawasan Catat IPU Tidak Sihat Setakat 1 Petang
- Empat Suspek Bunuh Polis Ditahan
- Utusan bohong dakwa saya tidak setuju nama Jambatan Kedua ditukar – Guan Eng
- MP Klang gesa kerajaan guna WSIA selesai masalah air Selangor
- PR mesti tunjuk komitmen, perpaduan untuk menang besar di Kajang – Kit Siang
- Mahathir anggap BR1M ‘sogokan’ kerajaan Najib
- MCA ketandusan isu, guna taktik kotor
- Isu ‘Allah’ masuk peringkat genting di masa penganut Kristian bersiap sedia musim suci
- 'Saya tidak kisah dilabel MP longkang'
- Jerebu: Lembah Klang diisytihar 'tidak sihat'
- Erra: Saya tiada masa untuk berfoya-foya
- Kos perubatan klinik swasta naik senyap-senyap
- 'Isu air bukan boleh selesai dengan pacak paip'
- Isu MoU: Anwar akan respons selepas MB temui SPAN
- Azmin, Khalid bincang lepas PRK
Jerebu: S'gor sediakan 100,000 topeng muka percuma Posted: 04 Mar 2014 03:32 AM PST SHAH ALAM: Berikutan keadaan jerebu yang semakin membimbangkan, Kerajaan Selangor mengambil langkah segera menyediakan 100,000 topeng muka untuk diedar kepada orang ramai. Exco Kesihatan, Dr Daroyah Alwi, berkata ia diberi kepada semua Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) di Dewan Undangan Negeri (DUN) yang mencatat kadar Indeks Pencemaran Udara (IPU) tinggi. Beliau berkata, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) mahupun pegawai PKM boleh mendapatkan bekalan berkenaan dalam masa terdekat. "Orang awam boleh mendapatkan topeng muka itu secara percuma di PKM di DUN masing-masing. "Kuantitinya akan ditambah dari masa ke masa bergantung kepada keadaan semasa jerebu," katanya pada kenyataan media, hari ini. Sehingga jam 12 tengah hari tadi, Banting mencatat bacaan IPU tertinggi iaitu 130, Petaling Jaya (123), Pelabuhan Klang dan Shah Alam (121), Kuala Selangor (105) dan Batu Muda, Kuala Lumpur (115). Mengikut Jabatan Alam Sekitar (JAS), bacaan IPU antara 0-50 menunjukkan kualiti udara sihat; 51-100 (sederhana); 101-200 (tidak sihat); 201-300 (amat tidak sihat) manakala lebih 301 (berbahaya kepada kesihatan). Pada kenyataan media sama, Daroyah juga menasihati orang ramai supaya peka terhadap bacaan IPU bagi mengelakkan mereka terdedah kepada risiko kesihatan. Katanya, jerebu memberi kesan buruk kepada semua orang terutama golongan berisiko tinggi seperti kanak-kanak, warga emas dan mereka yang menghidap penyakit asma, paru-paru atau jantung. "Rakyat disaran meningkatkan pengambilan air dan mengurangkan aktiviti luar serta sentiasa menggunakan topeng muka di luar rumah. "Pesakit yang mengambil ubat-ubatan dinasihatkan supaya mengambil ubat secara teratur. Jika sukar bernafas, segera bertemu doktor," katanya. Selain itu, katanya perokok diminta mengurangkan tabiat mereka selain mengelakkan merokok di kawasan tertutup seperti di rumah. Beliau berkata, pengguna jalan raya pula dinasihati menjaga jarak antara kenderaan dan elakkan memandu jika jarak penglihatan kian teruk. Hampir semua kawasan di Selangor dan Lembah Klang mencatat bacaan IPU tidak sihat ekoran jerebu akibat pembakaran hutan di Sumatera hingga menjejaskan kualiti udara di Semenanjung Malaysia. |
Salinan Al-Quran tetap utuh dalam kereta hangus terbakar Posted: 04 Mar 2014 03:30 AM PST KUALA LUMPUR: Subhanallah, salinan Al-Quran tetap dalam keadaan utuh dalam kereta yang hangus terbakar di wilayah Jazan selatan Arab Saudi. "Pemandu itu berkata kepada saya, kereta itu adalah milik ayahnya yang selalu menyimpan salinan Al-Quran di dalamnya," kata seorang saksi, harian Emirates melaporkan pada 2 Mac lalu. Pengakuan dari pemiliknya menurut harian Saudi, dia sedang memandu keretanya di wilayah selatan Jazan Saudi dan secara tiba-tiba kereta terbakar, sehingga memaksa dia menyelamatkan diri dengan melompat keluar dari keretanya. Beberapa saksi memeriksa pemandu tersebut dan keadaan keretanya, mereka menjumpai salinan Al-Quran satu-satunya barang yang tetap utuh dalam kereta yang hangus terbakar. "Ketika saya melihat ke dalam kereta yang hangus tersebut, saya terkejut melihat semuanya hancur dan hangus kecuali salinan Al-Quran yang masih utuh," katanya dipetik blog Detik Islam. "Saya memutuskan untuk mendokumentasikan keajaiban ini dengan telefon bimbit saya." Al-Quran adalah wahyu dari Allah, Pencipta alam semesta dan dunia beserta isinya. |
Penuntut UIA mahu saman blog dakwanya murtad Posted: 04 Mar 2014 03:26 AM PST MALAYSIAKINISeorang penuntut ijazah kedoktoran (PhD) Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) bercadang menyaman blog yang menyiarkan kenyataan bergambar menunjukkan beliau murtad dan dibaptis di gereja. Zaiton Ismail, 55, berkata tindakan itu terpaksa diambil demi menjaga reputasi dan nama baik keluarga yang terjejas teruk akibat dakwaan itu yang turut mengancam keselamatan keluarganya, lapor Berita Harian hari ini. Ibu kepada 11 anak itu terkejut apabila dimaklumkan mengenai gambar beliau dan rakannya yang mengikuti program seminar di Institut Pemikiran dan Tamadun Islam (ISTAC) pada Febuari 2012 disiarkan dengan tajuk 'Melayu dimurtadkan dalam gereja' "Sebenarnya kami mengikuti program anjuran Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) dengan kerjasama Kuliyyah Undang-Undang UIAM. "Ia berkaitan dasar keluarga negara dan kami sebagai pelajar PhD dalam bidang kaunseling menghadiri program berkenaan. "Namun, tidak sangka gambar itu dimanipulasi pihak tertentu yang diperhatikan seperti kami duduk dalam gereja. "Tindakan itu mencetuskan gangguan psikologi, kebimbangan dan ancaman apabila terdapat maklum balas tindakan bunuh boleh diambil," katanya. Laporan itu menyebut, Zaiton yang juga ahli NGO Ikram Malaysia berkata pihaknya sudah membuat laporan polis dan menyerahkan kepada peguam untuk mengambil tindakan lanjut. "Saya berharap tindakan undang-undang yang tegas dapat diambil terhadap pemilik blog tidak bertanggungjawab itu demi keadilan dan pengajaran kepada orang ramai. "Fitnah yang dilakukan amat serius kerana membabitkan isu akidah," katanya. |
Sultan Kelantan mahu lebuh raya KB-KK dibina segera Posted: 04 Mar 2014 03:24 AM PST KOTA BHARU: "Beta tidak mahu isu ini terus dijadikan bahan percaturan yang menanggung beban kesusahan adalah rakyat," titah Sultan Muhammad V. Oleh itu baginda berharap projek pembinaan lebuh raya Kota Bharu-Kuala Krai dapat disiapkan demi kepentingan rakyat. Titah baginda masing-masing pihak hendaklah memperlihatkan keikhlasan serta rasa tanggungjawab bersama untuk menyelesaikan projek tersebut. Bertitah merasmikan Istiadat Pembukaan Penggal Kedua Dun Kelantan ke-13 hari ini baginda turut berharap projek jalan persisiran pantai dan projek-projek infrastruktur lain hendaklah dilaksanakan segera. "Beta difahamkan Kelantan diberi peruntukan sebanyak RM1.7 bilion bagi pelaksanaan pelbagai projek di bawah rolling plan ketiga RMK-10. "Diharap juga kerajaan Persekutuan mempercepatkan projek tebatan banjir di Sungai Golok untuk mengatasi masalah banjir yang sering berlaku," titah baginda. Baginda bertitah kepentingan rakyat hendaklah diutamakan dengan meminggirkan kepentingan lain. Lebuh raya Kota Bharu-Kuala Krai dirancang kerajaan pusat sejak Rancangan Malaysia Kelima, bagaimanapun tidak menjadi kenyataan sehingga sekarang. Berikutan itu kerajaan negeri merancang membina sendiri lebuh raya berkenaan sejauh 68 km melalui dana wakaf. Kerajaan negeri mengeluarkan tender bagi membina pakej Machang-Kuala Krai bermula 15 Febuari lalu. Tahun lepas kerajaan pusat turut mengeluarkan tender bagi membina pakej Kota Bharu-Kadok sejauh 7 km membabitkan kos hampir RM170 juta. |
Pembenihan awan dilaporkan berjaya di Selangor Posted: 04 Mar 2014 03:18 AM PST Jabatan Meteorologi menjalankan operasi pembenihan awan bagi menghasilkan hujan berikutan cuaca panas dan berjerebu di Selangor. Pengarah Pusat Ramalan Cuaca Jabatan Meteorologi, Muhammad Helmi Abdullah berkata, operasi pada Isnin adalah untuk menghasilkan hujan di kawasan tadahan air dan empangan. Menurut beliau, pembenihan awam turut dirancang di beberapa tempat di Melaka, Negeri Sembilan dan Johor tetapi tidak dapat dilakukan kerana kekurangan awan untuk dibenihkan. "Kami menyasarkan awan hujan dekat empangan dan kawasan tadahan air. "Walaupun awan tidak berada betul-betul di atas kawasan tersebut, kami menjangkakan angin akan membawa awan ke kawasan tersebut," katanya kepada The Star. Muhammad Helmi berkata, operasi pada sebelah petang berjaya kerana ia menghasilkan hujan dibeberapa kawasan tetapi sehingga lewat Selasa belum dapat dipastikan sama ada hujan tersebut cukup untuk meningkatkan paras air di empangan. Jelasnya, operasi yang diketuai Jabatan Sains Atmosfera dan Bahagian Pembenihan Awan itu, menggunakan pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) membawa 1,000 liter air dan 150kg garam untuk digunakan dalam misi tersebut. Katanya, jabatan itu mengenalpasti keadaan yang sesuai untuk pembenihan awan berdasarkan ramalan cuaca pada Ahad dan memaklumkan TUDM supaya bersiap sedia. Satu lagi misi pembenihan awan akan dilakukan pada Selasa sekiranya keadaan cuaca mengizinkan. Menjelaskan mengenai proses itu, beliau berkata, pembenihan awan merupakan salah satu mendorong berlakunya hujan dan bukannya mencipta hujan tiruan. "Larutan garam disembur di permukaan awan yang telah dikenalpasti. Wap air dari bawah akan naik ke atas untuk membentuk awan. "Menerusi pembenihan awan, kita sebenarnya mempercepatkan proses penurunan hujan dan juga meningkatkan jumlah hujan. Ia mengambil masa antara 15 minit hingga setengah jam untuk penghasilan hujan selepas larutan garam tersebut disemburkan," katanya. Muhammad Helmi berkata, operasi beberapa minggu lalu tidak berjaya kerana cuaca yang tidak menentu. Katanya, keadaan angin yang sangat kuat, menyebabkan peluang untuk pembenihan awan bagi menghasilkan hujan agak tipis. |
UMNO/BN ada kumpulan perang baru kendalian ‘panglima’ muda bijak IT – Kit Siang Posted: 04 Mar 2014 03:09 AM PST KUALA LUMPUR: Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang berkata, UMNO/Barisan Nasional (BN) kini mempunyai rancangan perang baru yang akan dikendalikan sekumpulan "panglima" muda yang bijak IT dan akan membekalkan maklumat serta menyediakan taktik menyerang dan bertahan dalam perang siber. Katanya, untuk rancangan baru ini, tidak banyak ruang dibuka kepada askar upahan UMNO terdahulu, khususnya kalangan yang telah mengumpul kekayaan dengan menyebarkan dongeng Tentera Kacang Merah (TKM) DAP. "Atas sebab ini pengarang Utusan yang sentiasa menganggap diri mereka sebagai penaung askar siber upahan UMNO melancarkan semula dongeng TKM DAP sebagai usaha terakhir mereka untuk kekal relevan dalam rancangan perang siber UMNO/BN yang baru. "Utusan menghidupkan semula dongeng ini kerana laba dan wang. Ia jelas merupakan usaha terdesak askar upahan UMNO supaya mereka tidak diketepikan daripada mendapat dana perang siber UMNO jumlahnya mencecah ratusan juta ringgit. "Askar siber upahan UMNO, termasuk kalangan yang menerima bayaran lumayan untuk menjadi boneka dongeng TKM Utusan, kini sedang berhempas-pulas memastikan supaya mereka tidak diketepikan daripada menerima dana siber UMNO memandangkan mereka dianggap 'ketinggalan zaman' untuk menggerakkan perang siber UMNO yang kini digerak sekumpulan 'genius' IT," katanya dalam kenyataan media, hari ini. Kit Siang yang juga Ahli Parlimen Gelang Patah, berkata, langkah Utusan membangkitkan semula dongeng TKM adalah percubaan terdesak askar siber upahan UMNO untuk memastikan mereka tidak diketepikan dari menerima dana perang siber UMNO yang berjumlah ratusan juta ringgit Kelmarin, ulasan kolum Awang Selamat berjudul "Pihak berkuasa kita!" yang disiarkan Minguan Malaysia, semalam, bukan saja menonjolkan kemunafikan malah cuba mengalih perhatian kita daripada perbuatan pengarang Utusan yang tidak henti-henti mengapi-apikan semangat perkauman dan keagamaan menerusi penyebaran fitnah dan pembohongan yang tujuan melaga-lagakan kaum dan agama di Malaysia. "Ketika membaca kolum itu terlintas di fikiran saya bahawa kolum itu seperti "musang berbulu ayam" membangkitkan semula tuduhan bahawa DAP membiayai TKM yang kononnya dianggotai 3,000 cybertrooper dan mendapat peruntukan sebanyak RM100 juta hingga RM1 bilion sejak enam tahun lalu. "Kolum itu juga mengecam pihak berkuasa kerana mengamalkan sikap pilih bulu dengan "memberikan lesen besar untuk membuat provokasi keterlaluan" kepada DAP dan TKM untuk "menghina Islam, Melayu, pasukan keselamatan, kakitangan awam dan negara," tambahnya. Beliau bangkitkan ialah mengapa pengarang Utusan tiba-tiba membangkitkan semula dongeng TKM sedangkan ia terhenti sejak enam bulan lalu Pada Mei dan Jun tahun lalu, pengarang Utusan Malaysia menyebarkan dongeng itu untuk menyerang dan mencemarkan nama pemimpin BN. Mereka berbohong besar apabila mendakwa TKM mempunyai dua pusat operasi iaitu satu di Hotel Concorde, Kuala Lumpur, dan satu lagi di Komtar, Pulau Pinang. Menurut Utusan, modus operandi yang digunakan TKM ialah menyerang mana-mana ahli politik, ahli perniagaan atau penghibur yang dilihat pro-BN menerusi facebook, tweeter dan YouTube untuk meningkatkan kebencian pengundi Cina terhadap mereka. "Seperti yang disebut pada 27 Jun 2013, saya tidak pernah mendengar mengenai TKM sehinggalah perkara itu dibangkitkan Utusan Malaysia dalam beberapa rencana. "Saya telah menyebut Utusan sebagai "surat bohong", bukannya "surat khabar" kerana akhbar itu menyebarkan pembohongan mengenai TKM yang kononnya dibiayai DAP dan saya telah memimpin sejumlah Ahli Parlimen DAP, termasuk Ahli Parlimen Bandar Kuching, Chong Chieng Jen, Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua dan Ahli Parlimen Bukit Bintang, Foung Kui Loon, disertai media untuk melawat Hotel Concorde pada jam 10 malam, 4 Julai tahun lalu. "Bagaimanapun, kami dapati Hotel Concorde yang kononnya menjadi pusat TKM itu hanya dipenuhi pemimpin dan penggerak UMNO dan tiada TKM di situ. "Malah kami juga membuat penemuan yang mengejutkan – bahawa ais kacang berharga mahal di hotel itu tidak mempunyai kacang merah sama sekali," tambahnya. Sejak itu, dongeng TKM tajaan DAP yang disebarkan Utusan menjadi bahan jenaka seluruh negara dan selama itu juga ia tidak lagi disebut, termasuk oleh Utusan Malaysia sendiri, sehingga ia diungkit semula beberapa hari lalu, termasuk menerusi kolum "musang berbulu ayam" Awang Selamat. Beliau juga telah sebut pada Jun tahun lalu bahawa "kegilaan" terhadap dongeng TKM DAP itu berkait dengan agenda sulit yang membabitkan pemimpin tertinggi UMNO untuk menghalalkan peruntukan sebanyak RM350 juta sepanjang lima tahun bagi memerangi TKM DAP yang tidak wujud dan hanya rekaan semata-mata. |
Tujuh Kawasan Catat IPU Tidak Sihat Setakat 1 Petang Posted: 04 Mar 2014 03:05 AM PST MSTAR ONLINE KUALA LUMPUR: Banting, Kuala Selangor, Pelabuhan Kelang, Petaling Jaya dan Shah Alam di Selangor masih mencatat bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat setakat 1 petang Selasa. Menurut laman web Jabatan Alam Sekitar, bacaan IPU bagi kawasan tersebut melebihi 100 dengan Banting mencatat 129, Kuala Selangor (102), Pelabuhan Klang (117), Petaling Jaya (121) dan Shah Alam (117). Selain itu, kawasan Batu Muda di Kuala Lumpur juga turut mencatat 115 dan Nilai (110) di Negeri Sembilan. Sementara itu, 25 kawasan lain merekodkan bacaan sederhana antaranya Seremban, Negeri Sembilan dan Muar, Johor masing-masing mencatat bacaan IPU 89 serta Tanah Merah, Kelantan (58). Antara 18 kawasan yang merekod bacaan baik ialah Wilayah Persekutuan Labuan (31); Limbang, Sarawak (34); Keningau, Sabah (40) dan Langkawi, Kedah (45). Bacaan IPU antara 0 dan 50 dikategori sebagai baik, 51 hingga 100(sederhana), 101 ke 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas (bahaya). Orang ramai boleh merujuk portal apims.doe.gov.my kendalian Jabatan Alam Sekitar untuk mengetahui bacaan IPU di kawasan mereka. - BERNAMA |
Empat Suspek Bunuh Polis Ditahan Posted: 04 Mar 2014 03:00 AM PST PETALING JAYA: Empat suspek warga asing termasuk tiga wanita dan seorang lelaki ditahan polis berhubung serangan ke atas dua anggota polis di Klang. Sebilah parang dan pisau rambo turut ditemui di tempat kejadian, kata Ketua Polis Selangor Datuk Mohd Shukri Dahlan pada Selasa. Beliau berkata kes itu disiasat dibawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Seorang anggota polis ditikam sehingga mati dan dua warga asing ditembak mati selepas berlaku pergelutan dengan lima warga asing di Taman Sentosa, Klang, awal pagi Selasa. Dalam kejadian kira-kira pukul 4.30 pagi Selasa, Koperal Raja Aizam Raja Mohd, 53, dan Koperal Mohd Aidil Mustafa, 29, dipercayai diserang suspek berkenaan ketika mereka sedang membuat rondaan di Lorong Yusuf Shahbuddin 44D, Taman Sentosa. Kedua-dua anggota polis itu terserempak dengan lima lelaki disyaki warga Indonesia sebelum berlaku pergelutan ketika sedang membuat pemeriksaan. Difahamkan dalam pergelutan yang berlaku, pistol milik Raja Aizam telah dirampas suspek yang cuba menembak Mohd Aidil tetapi senjata itu gagal berfungsi sebelum ia dirampas Mohd Aidil dan kemudian menembak dua suspek. Raja Aizam meninggal dunia ketika dirawat di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) manakala Mohd Aidil masih menerima rawatan di hospital sama. |
Utusan bohong dakwa saya tidak setuju nama Jambatan Kedua ditukar – Guan Eng Posted: 04 Mar 2014 02:58 AM PST KUALA LUMPUR: Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng menempelak akhbar UMNO, Utusan Malaysia yang menuduhnya tidak bersetuju nama Jambatan Kedua Pulau Pinang ditukar kepada Jabatan Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah. Malah, katanya lagi, akhbar itu langsung tidak menghantar wartawan untuk majlis gotong-royong ketika beliau ditanya mengenai perkara itu, semalam. "Ia adalah hak kerajaan Persekutuan untuk menamakannya. Tidak benar sama sekali yang saya tidak gembira jambatan itu mengambil sempena nama Yang di-Pertuan Agong," katanya menurut The Malaysian Insider. Utusan Malaysia hari ini menyiarkan laporan bertajuk 'Terima hati terbuka nama jambatan kedua' yang mendakwa Guan Eng kononnya tidak gembira dengan nama itu kerana ia diputuskan tanpa perbincangan bersama kerajaan negeri. Setiausaha Agung DAP itu berkata lagi, beliau hanya ingin membetulkan kesilapan laporan mengenai perkara itu, bukannya menyekat kebebasan media. "Saya hanya membetulkan kesilapan laporan. Apabila kami cuba betulkan, kami dituduh menyekat kebebasan media. "Adakah anda ingin saya tambah saman ke atas Utusan. Kini pun sudah banyak (saman terhadap akhbar itu)," katanya lagi. Pada 1 Mac lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak merasmikan jambatan yang menghubungkan Batu Maung di bahagian pulau dengan Batu Kawan di Seberang Perai yang menelan belanja RM4.5 bilion. Majlis itu turut dihadiri sendiri Guan Eng dan Menteri Kerja Raya, Datuk Fadillah Yusof. – Roketkini.com |
MP Klang gesa kerajaan guna WSIA selesai masalah air Selangor Posted: 04 Mar 2014 02:55 AM PST KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen DAP Klang, Charles Santiago menggesa Kerajaan Persekutuan menggunakan Akta Industri Perkhidmatan Air (WSIA) untuk menyelesaikan masalah penstrukturan semula air di Selangor. Beliau berkata, gesaan itu dilakukan berikutan tindakan Kerajaan Persekutuan yang berdiam diri untuk melaksanakan WSIA dalam memperoleh empat syarikat konsesi. "Strategi yang paling sesuai dan saksama bagi Kerajaan Persekutuan adalah menjalankan Seksyen 114 WSIA untuk memperoleh syarikat konsesi dan menyerahkan kepada Special Purpose Vehicle (SPV) Selangor. Permintaan ini dibuat sebelum rundingan bermula. "Jadi, demi keadilan dan timbal balik, Kerajaan Persekutuan harus memujuk pemegang konsesi supaya menerima tawaran Selangor. "Dan apa yang lebih penting, sebagai rakan kongsi dalam perjanjian itu, ia mesti secara terbuka dan segera mengisytiharkan bahawa mereka melaksanakan Seksyen 114 WSIA dan tidak sekadar janji dibibir serta memberi sokongan kepada kemudahan semata. Ini perlu untuk membuktikan kejujuran mereka," katanya dalam kenyataan, hari ini. Penyelaras Badan Membantah Penswastaan Air (CAWP) itu juga menegaskan terdapat kekurangan pariti dalam proses yang digariskan MOU antara Selangor dan Kerajaan. Menurutnya, Selangor dipaksa untuk menyerahkan Langat 2 serta merta, manakala Kerajaan Persekutuan hanya memudahkan proses penstrukturan semula air. "Nampaknya MOU digariskan dua usul utama iaitu komitmen Selangor terhadap Langat 2 tidak boleh ditarik balik dan Kerajaan Persekutuan hanya melakukannya untuk memudahkan pelaksanaan pengambilalihan empat syarikat konsesi. "Tetapi mereka dilihat mendiamkan diri dalam melaksanakan Seksyen 114 WSIA dalam memperoleh syarikat konsesi itu, pendek kata, tahap aku janji jelas tidak sama," ujarnya. -Roketkini.com |
PR mesti tunjuk komitmen, perpaduan untuk menang besar di Kajang – Kit Siang Posted: 04 Mar 2014 02:52 AM PST PULAU PINANG,: Semua parti komponen Pakatan Rakyat (PR) iaitu PKR, PAS dan DAP perlu menunjukkan komitmen dan perpaduan untuk membolehkan parti mencapai kemenangan bersejarah pada Pilihan Raya Kecil (PRK) kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang, 23 Mac ini. Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang, berkata kemenangan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon PRK Kajang adalah penting untuk PR menawan Putrajaya pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) yang mungkin diadakan pada 2018, 2016 atau 2017 nanti. "Ia penting bagi Pakatan Rakyat menunjukkan perpaduan yang tidak pernah berlaku sebelum ini jika mahu mencapai kemenangan bersejarah di Kajang nanti. "Tambahan pula terdapat satu plot serius dibuat UMNO/BN untuk mensabotaj pencalonan Anwar pada PRK Kajang, 11 Mac ini," katanya ketika berucap di Majlis Makan Malam Penghargaan DAP untuk ahli veteran DAP Pulau Pinang lebih 30 tahun di Restoran Star View, Pulau Pinang, Ahad lalu. Kit Siang yang juga Ahli Parlimen Gelang Patah berkata, parti komponen PR mesti mensasarkan kemenangan dengan majoriti besar melebihi pencapaian calon PKR pada PRU-13 lalu, Lee Chin Cheh dengan majoriti 6,824 undi. "DAP komited mendapatkan setiap undi untuk Anwar di Kajang dan penduduk Kajang mesti bersuara bagi pihak 30 juta rakyat Malaysia, tanpa mengira bangsa, agama atau wilayah dan berdiri teguh di belakang Anwar dan Pakatan Rakyat untuk perubahan di Malaysia bagi memastikan keamanan, keharmonian, keadilan, kebebasan, tadbir urus yang baik dan kemakmuran negara dan rakyat Malaysia dicapai," tambahnya. Pagi kelmarin, Kit Siang bersama pemimpin PR, termasuk Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar dan Pengarah Pilihan Raya PAS, Dr Hatta Ramli hadir ketika melancarkan pusat operasi DAP bagi PRK Kajang, 23 Mac ini. "Tiga hari lalu, saya memberi peringatan supaya PR mengelak daripada perpecahan dalaman kerana yang boleh menghalang Anwar menang besar di Kajang ialah pilihan raya tidak bebas. "Bagaimanapun saya gembira kerana peringatan saya itu sudah diberi perhatian baik oleh semua pihak dalam PR. "Walaupun perselisihan faham adalah perkara biasa dalam parti, masalah dalaman perlu diketepikan untuk mencatat kemenangan besar di Kajang demi rakyat dan negara," ujarnya. -Roketkini.com |
Mahathir anggap BR1M ‘sogokan’ kerajaan Najib Posted: 03 Mar 2014 09:28 PM PST KEADILAN DAILYKUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) oleh pentadbiran Datuk Seri Najib Razak sebagai sogokan kepada rakyat di negara ini. "Sebenarnya, ramai juga yang memberitahu saya bahawa BR1M adalah sogokan, terutama apabila diberi sebelum pilihan raya. "Ini samalah seperti memberi plakad untuk dipamerkan apabila anda lalu. Ia tidak mencerminkan perasaan atau sentimen sebenar. "Perasaan itu lebih baik dinyatakan melalui undi mereka. Undian mereka menunjukkan kematangan masing-masing," katanya dalam tulisan di blognya, Chedet.cc semalam. Katanya, kegagalan kerajaan untuk memahami sentimen rakyat, memberi akibat buruk kepada ahli politik. "Menipu diri sendiri adalah lebih buruk," tulisnya yang menjadi perdana menteri paling lama di Malaysia. Menurut Mahathir, kerajaan berdepan defisit dan hutang yang besar sekiranya pemberian BR1M yang berjumlah RM8.4 bilion diteruskan. "Pemberian RM500 seorang kepada 7 juta rakyat melibatkan kos RM3.5 bilion. Apabila jumlah ini ditambah kepada RM1,200 (setiap orang) kos akan menjadi RM8.4 bilion. "Itu adalah satu jumlah yang banyak, namun masih ramai orang miskin di negara ini. Adakah kita (kerajaan) memerlukan BR1M (untuk mendapat sokongan) walaupun tanpanya, kita masih mendapat sokongan yang baik daripada masyarakat," katanya. "Jika rakyat tidak memberi sokongan, bermakna mereka tidak berpuas hati dengan sesuatu walaupun mendapat BR1M. Jadi, cari sebab mengapa rakyat tidak berpuas hati dan anda (kerajaan) akan tahu apa yang perlu dilakukan," katanya. Sementara itu, Najib satu ucapan di perhimpunan Jabatan Perdana Menteri hari ini bagaimanapun mempertahankan langkah berkenaan, yang disifatkannya sebagai subsidi khusus kepada golongan sasaran dan untuk membantu memacu ekonomi dalam negara. Laporan laman The Malaysian Insider yang memetik ucapan Najib itu menyebut, dengan mengurangkan jumlah keseluruhan subsidi melalui bantuan kepada golongan sasaran adalah lebih baik. "Melalui BR1M dan BR1M 3.0, lebih 7 juta isi rumah (menerima BR1M) berjumlah RM4.6 bilion. Pada hari pertama, ramai yang pergi (membeli-belah) ke Sogo, ramai yang pergi ke pasar minggu," katanya seperti dipetik dalam laporan tersebut. |
MCA ketandusan isu, guna taktik kotor Posted: 03 Mar 2014 09:26 PM PST KEADILAN DAILYKAJANG : MCA ketandusan isu dan meniru parti rakannya Umno apabila menggunakan taktik kotor untuk menyerang KEADILAN dan Pakatan Rakyat. Adun Bukit Lanjan, Elizabeth Wong berkata, tindakan terdesak itu dilakukan MCA yang tergugat dengan jangkaan kemenangan majoriti berpihak kepada calon pilihan raya kecil (PRK) N25 Kajang yang juga Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim "MCA cuba melaga-lagakan dengan isu yang dimainkan dengan menyatakan terdapat dua kelompok dalam KEADILAN," katanya pada sidang media di Bilik Gerakan Utama KEADILAN PRK DUN Kajang, hari ini. Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tion Lai dan calon Chew Mei Fun sebelum ini menuduh kononnya terdapat perpecahan antara Menteri Besar Selangor, Tan Seri Khalid Ibrahim dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Reaksi MCA itu kata Elizabeth berikutan kempen sekitar Kajang yang mendapat sambutan positif pengundi, lebih-lebih lagi dengan kehadiran Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang. "Itu taktik yang dimainkan MCA dan Umno. Mereka tergugat apabila Datuk Seri Anwar dijangka menang di DUN Kajang," kata Elizabeth. |
Isu ‘Allah’ masuk peringkat genting di masa penganut Kristian bersiap sedia musim suci Posted: 03 Mar 2014 09:20 PM PST Mungkin segalanya akan berakhir untuk gereja Katolik yang terlibat dengan kes mahkamah mencabar larangan kerajaan terhadap penggunaan kalimah "Allah" di dalam ruangan bahasa Melayu penerbitan mingguannya, Herald (gambar). Mahkamah Persekutuan akan mendengar sama ada permohonan gereja mendapatkan kebenaran untuk merayu akan diberikan, lima bulan selepas Mahkamah Rayuan memutuskan bahawa Menteri Dalam Negeri mempunyai budi bicara untuk melarang penggunaan kalimah "Allah" di dalam Herald. Sekiranya permohonan itu ditolak, keputusan Mahkamah Rayuan pada Oktober 14 tahun lalu dianggap betul daripada segi fakta dan undang-undang, dan pihak gereja dilarang membuat rayuan lagi. Di masa penganut Kristian bersiap sedia menyambut ketibaan musim Lent pada Rabu ini, hak mengamalkan agama mereka akan berdepan ujian minggu ini dengan tiga kes berkenaan kalimah Allah didengarkan di mahkamah. Tetapi semuanya dijangka tertumpu pada isu Herald. Uskup Agung Emeritus, Tan Sri Murphy Pakiam (gambar) menyeru penganut Katolik untuk bersiap sedia memasuki musim suci Lent, yang bermula dengan perayaan Rabu Ash esok, dengan penuh tafakur. "Marilah kita berdoa terutamanya pada Rabu Ash supaya Mahkamah Persekutuan akan memberikan gereja Katolik kebenaran untuk merayu," katanya. Beliau berkata, Lent merupakan satu musim yang suci bagi gereja Katolik di mana penganutnya akan mengenang peristiwa penyeksaan dan pengorbanan Jesus. Penganut Katolik digalakkan sembahyang, puasa dan bersedekah sepanjang 40 hari musim Lent. Pakiam menyeru masyarakat Katolik untuk berdoa, melakukan penebusan dosa dan berpuasa pada Rabu ini demi memenangi kes yang dibawa Herald. Benjamin Dawson, salah seorang anggota pasukan peguam gereja, berkata Seksyen 96 Akta Mahkamah Kehakiman 1964 perlu dipenuhi supaya Mahkamah Persekutuan boleh mendengar rayuan. Menurut seksyen tersebut, pemohon (gereja) mesti mengemukakan soalan penting yang akan dihujahkan secara lanjut dalam menunjukkan keputusan Mahkamah Persekutuan akan memberi kebaikan kepada awam. Bahagian kedua seksyen tersebut menyatakan persoalan perundangan boleh dikemukakan sekiranya apa-apa keputusan memberi kesan kepada hak Perlembagaan seseorang dan kesahihan mana-mana undang-undang bertulis. "Kami merangka beberapa soalan bagi memenuhi kedua-dua bahagian Seksyen 96," kata Dawson yang bertungkus lumus bersama rakan peguam lain menjalankan kajian mendalam tentang kes itu. Peguam yang pernah muncul dalam kes melibatkan bekas penganut Islam, Lina Joy, 10 tahun lalu, berkata melihat kepada kehebatan debat di lapangan awam sejak tahun lalu, Mahkamah Persekutuan sewajarnya memberikan kebenaran kepada pihak gereja untuk membuat rayuan. Dawson berkata soalan yang akan dikemukakan pada dasarnya menyentuh kebebasan asasi seperti kebebasan bersuara, beragama dan pendidikan agama bukan Islam, yang terikat dengan kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan. "Soalan kami juga akan menyentuh sama ada seseorang menteri atau mana-mana undang-undang bertulis boleh mengawal selia hal ehwal agama bukan Islam," katanya. Dawson berkata, hakim Mahkamah Persekutuan mungkin tidak akan menerima kesemua soalan yang disediakan, tetapi pasukan peguamnya berharap beberapa soalan utama akan dibenarkan. Pada 12 November, pihak gereja mengemukakan 26 soalan tentang Perlembagaan, undang-undang tadbir dan kuasa mahkamah untuk membenarkan Menteri Dalam Negeri mengharamkan sesuatu perkataan keagamaan. Dua lagi soalan difailkan minggu lepas. Putrajaya, Menteri Dalam Negeri, Persatuan Cina Muslim Malaysia (Macma) dan enam majlis agama negeri membantah permohonan gereja untuk kebenaran merayu. Setakat ini, Macma dan tiga majlis agama negeri dalam afidavit mereka berkata menteri sudah berulangkali mengingatkan gereja di antara 1986 dan 2009 bahawa penggunaan "Allah" sebagai ganti "Tuhan" di dalam ruangan bahasa Melayu akhbar Herald akan melahirkan kebencian di kalangan rakyat Malaysia. Mereka berkata keputusan Mahkamah Rayuan adalah berdasarkan fakta, sedangkan pihak gereja gagal memberikan bukti yang boleh dipercayai mengenai penggunaan perkataan itu. Majlis agama dari Melaka, Kedah dan Johor juga berkata Mahkamah Persekutuan tidak perlu membuang masanya untuk mendengar kebenaran merayu dan menjawab soalan yang dikemukakan gereja. Dawson berkata Pejabat Peguam Negara yang mewakili Putrajaya dan menteri masih belum mengemukakan alasan bantahan mereka terhadap permohonan merayu. Bagaimanapun, peguam Edmund Bon menganggap bantahan Putrajaya sebagai tidak masuk akal kerana soalan yang diutarakan gereja mempunyai kepentingan awam yang perlu diputuskan oleh mahkamah tertinggi negara ini. "Putrajaya seharusnya akur dengan permohonan kebenaran merayu dan memberi peluang kepada Mahkamah Persekutuan mendengar hujah berkenaan hak asasi rakyat," katanya, malah menyarankan Pejabat Peguam Negara juga mengemukakan soalan sekiranya dipersetujui gereja. Bon berkata mahkamah boleh menyediakan soalan untuk menutup apa-apa kesamaran berkenaan isu "Allah" "Mahkamah Persekutuan perlu membenarkan sebanyak mungkin soalan, dan kemudian meneruskan mendengar rayuan, memandangkan ia akan dijadikan keputusan 'landmark' untuk dijadikan rujukan masa depan," kata beliau. Permohonan gereja itu dijangka akan didengari tujuh hakim, kerana seorang penolong pendaftar kanan mahkamah meminta dua lagi set salinan dokumen daripada pihak gereja. Peguam S Selvarajah berkata beliau hanya boleh meneka adanya bilangan hakim yang lebih besar untuk permohonan itu, kerana sebelum ini beliau hanya memfailkan enam set dokumen apabila berurusan dengan Mahkamah Persekutuan, iaitu lima untuk panel hakim dan satu sebagai rekod pendaftar. Selvarajah berkata pegawai mahkamah meminta supaya lapan set dokumen berkenaan gereja dibekalkan. Pada 14 Oktober tahun lepas, panel tiga hakim Mahkamah Rayuan, diketuai Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Seri Mohamed Apandi Ali sebulat suara membenarkan rayuan kerajaan untuk melarang penerbitan mingguan Katolik, Herald, daripada menggunakan kalimah "Allah". Ini sejajar dengan arahan Kementerian Dalam Negeri pada 1986 yang melarang penerbitan bukan Islam daripada menggunakan empat perkataan, iaitu "Allah", "Kaabah", "Solat" dan "Baitullah". Dalam penghakimannya, Apandi berkata larangan itu bertujuan melindungi kesucian Islam dan mencegah sebarang kekeliruan di kalangan umat Islam. Beliau juga memutuskan bahawa sekiranya penganut Kristian dibenarkan menggunakan perkataan tersebut, akan mengancam keselamatan negara dan ketenteraman awam. Menurut mahkamah lagi, larangan itu adalah munasabah kerana "Allah" bukan sebahagian kepercayaan dan amalan Kristian. Keputusan itu mengundang bantahan kumpulan Kristian dan bukan Islam lain di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak. Pada 2009, pihak gereja memfailkan semakan kehakiman di Mahkamah Tinggi bagi mencabar arahan Menteri Dalam Negeri mengenai larangan penggunaan perkataan itu dalam penerbitannya. Hakim Datuk Lau Bee Lan mengenepikan arahan menteri, dan memutuskan bahawa ia melanggar hak perlembagaan penerbit. Sementara itu, kes yang difailkan oleh Sidang Injil Borneo (SIB) mencabar Menteri Dalam Negeri dan kerajaan mengenai hak menggunakan perkataan "Allah" dalam penerbitan Kristian, akan didengarkan di mahkamah Jalan Duta hari ini. Permohonan membenarkan semakan kehakiman difailkan pada Disember 2007, di mana SIB dan presidennya Datuk Jerry Dusing mencabar tindakan merampas buku agama yang dibawanya dari Indonesia. Walaupun peguam di pihak kerajaan akan berhujah bahawa buku itu sudah pun dipulangkan, permohonan SIB akan menjadi akademik. SIB berpendapat persoalan perundangan adalah amat penting. Ini kerana antara keputusan yang diminta SIB adalah bahawa ahli gereja tersebut berhak daripada segi perlembagaan untuk menggunakan perkataan "Allah" dalam semua penerbitan dan bahan agama. SIB juga mahu satu keputusan mengatakan ahlinya, yang kebanyakannya bertutur Melayu, berhak memiliki, menyimpan, mengguna dan mengimport apa-apa bahan tanpa mengira samada perkataan "Allah" digunakan di dalamnya. Khamis lalu, kes melibatkan seorang kerani Sarawak, yang sedang mencabar tindakan Kementerian Dalam Negeri merampas lapan cakera padat berkenaan agama Kristian yang mengandungi perkataan Allah di muka depannya, memasuki peringkat akhir pengurusan kes. Jill Ireland Lawrence Bill berjaya mendapatkan kebenaran semakan kehakiman pada 4 Mei, 2009, tetapi tarikh untuk semakan kehakiman belum ditetapkan |
'Saya tidak kisah dilabel MP longkang' Posted: 03 Mar 2014 09:12 PM PST MUKADIMAH SELAKU Naib Presiden MCA dan calon Dun Kajang, beliau sudah menunjukkan tekad untuk merubah keadaan di Kajang menjadi lebih baik. Di bawah kepimpinan Presiden Datuk Seri Liow Tiong Lai, pelbagai penstrukturan baru dibuat. Dengan menubuhkan lapan komuniti seperti pendidikan, ekonomi dan pembangunan, MCA terus mencari resolusi terbaik bagi mengenal pasti keperluan rakyat. Wartawan Sinar Harian Harian, Robiatuladawiyah Abd Rashad dan Muhammad Adzhar Tajudin bersama jurufoto Afiq Razali mendapatkan kisah di sebalik diri DATIN PADUKA CHEW MEI FUN dan mengetahui apakah strategi kempen yang akan digunakan menjelang PRK Dun Kajang ini. Datin akan ditentang Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan kemungkinan lebih ramai akan tampil bertanding bebas seperti Datuk Zaid Ibrahim, bagaimana Datin melihat PRK kali ini? PRK kali ini tidak patut diadakan hanya kerana ingin menyelesaikan konflik dalaman PKR. Mereka menggunakan demokrasi untuk kepentingan sendiri, ini satu budaya yang sangat tidak sihat. Sehubungan itu, kita perlu sampaikan mesej ini pada pengundi bahawa tidak kira BN atau PR, demokrasi tidak boleh dipermainkan. Undi rakyat perlu dihargai bukan untuk dipermainkan. Tidak kira anda Adun, Ahli Parlimen atau menteri besar sekalipun berkhidmat perlu ikhlas. Adakah Datin melihat Datuk Zaid Ibrahim akan memberi cabaran buat BN? Sesiapapun yang tampil akan memberi cabaran, bagaimana pada akhirnya rakyat lebih melihat pertempuran ini antara BN dan PR. Setelah dua minggu Datin diumumkan sebagai calon dan bilik gerakan MCA juga telah diaktifkan, bagaimana dengan keyakinan Datin terhadap PRK kali ini? Sambutan yang ditunjukkan penduduk di sini memperlihatkan perkembangan baik dan menggalakkan. Saya yakin jika kita teruskan perjuangan, berserta semangat tinggi dan perancangan yang sempurna, mungkin kemenangan berpihak kepada BN. Untuk BN menang di Kajang bukan satu perkara yang mustahil, kerana kita berdepan dengan peluang yang semakin baik. Apakah faktor yang membolehkan Datin yakin bahawa kemenangan ini tidak mustahil? Saya percaya rakyat pasti marah apabila ada pihak cuba memainkan proses demokrasi negara. Rakyat sudah beri peluang pilih Adun mereka, selepas lapan bulan, belum sempat rakyat merasai khidmat wakil rakyat, kerusi itu telah dikosongkan pula untuk memenuhi kehendak orang lain. Jadi perlukah rakyat memberi peluang lagi kepada mereka? Jika PKR masih diberi peluang, landskap politik negeri ini tidak akan berubah. Mungkin lebih baik Anwar tumpu isu Parlimen atau fokus untuk mencapai cita-cita menjadi perdana menteri. Bagaimana kerjasama daripada parti komponen? Sangat baik. Umno, MIC, Gerakan dan komponen lain masing-masing bergerak dengan ceramah dan aktiviti mereka bagi membantu MCA. Saya sangat terharu, PRK kali ini amat berlainan semuanya telah dirancang rapi. Semua pihak memainkan peranan. Saya hanya perlu fokus pada pengundi sahaja dan tidak perlu bimbangkan hal hal lain. Datin pernah duduk dalam kabinet dan rakyat sudah kenal, Datin juga sudah biasa dalam pentadbiran kerajaan, adakah dengan keberadaan Datin di Kajang akan memberi nilai tambah kepada penduduk di sini? Boleh saya katakan ya, kerana bukan sahaja saya mampu memberi khidmat terbaik tetapi saya juga mempunyai hubungan baik dengan semua menteri kabinet. Ditambah pula kini saya sebagai Naib Presiden MCA lebih mudah untuk mendapatkan sokongan dan merealisasikan sesuatu perkara yang dirasakan perlu untuk rakyat. Adakah Datin akan mudah ditemui setelah dipilih sebagai Adun Kajang dan bilik gerakan MCA akan meriah seperti dalam tempoh kempen PRK ini? Jika menang saya akan membuka pusat khidmat saya dan melantik setiausaha serta beberapa pegawai bagi membantu menguruskan pusat khidmat ini. Saya akan pastikan sekurang-kurangnya dua sekali saya akan berada di Kajang dan seminggu sekali akan turun bersama rakyat dalam program atau mendengar masalah mereka. Rakyat boleh hubungi saya. Saya akan buktikan saya wakil rakyat yang senang didekati. Pendekatan ini saya guna sejak berada di PJ Utara lagi. Saya adalah wakil rakyat yang rakyat boleh harapkan. Sehingga pada satu tahap saya pernah dilabel sebagai 'MP longkang' kerana seringkali menyelesaikan masalah longkang penduduk. Pada dasarnya saya bukan hanya suarakan masalah ini, banyak isu lain juga saya bawakan ke peringkat atasan seperti isu keselamatan dan kebajikan. Sebagai individu yang aktif dalam parti saya pernah ditegur bekas menteri Kerja Raya, Datuk Seri S Sammy Vellu dalam Parlimen bahawa saya seperti ahli Parlimen pembangkang kerana lantang menyuarakan masalah rakyat. Tetapi saya tidak kisah dipanggil 'MP Longkang' atau sebagainya kerana dengan label ini pembangkang makin takut pada saya kerana mereka tahu saya mampu selesaikan masalah penduduk. Saya tetap akan teruskan khidmat saya secara ikhlas walau apa label saya kerana saya percaya pengundi akan faham bagaimana saya boleh mainkan peranan. Apakah harapan Datin? Semua orang yang bertanding pasti mahu menang. Kalau tidak buat apa mahu bertanding. Jadi bagi merealisasikan perkara itu saya perlu berusaha bersunguh-sungguh. Dalam media sosial dan portal pro pembangkang, ada yang memanggil Datin sebagai calon yang comel, komen Datin? Saya terima baik usaha mereka menggambarkan saya dengan beberapa watak kartun yang comel itu. Namun ada juga pihak yang cuba memanipulasikan gambar itu sehingga ada yang cuba menggunakan sebagai baham untuk menyerang saya. Bagaimana sokongan daripada ahli keluarga setelah dipilih sebagai calon PKR Dun Kajang? Selama saya berada dalam politik, ahli keluarga sangat memberi sokongan tidak kira dalam situasi baik ataupun sukar. Bagaimana dengan gerak kerja BN dalam kempen PRK Dun Kajang? BN sememangnya berusaha untuk mencapai kejayaan. Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai misalnya, beliau sering bertanya tentang perkembangan semasa yang berlaku di Kajang. Begitu juga dengan Timbalan Presiden, Datuk Datuk Dr Wee Ka Siong di mana saya perhatikan hampir setiap hari beliau datang ke bilik gerakan induk (Taman Berjaya) semata-mata melancarkan pergerakan jentera parti di sini. Selain itu, kami juga mendapat bantuan daripada MCA negeri iaitu dari Pulau Pinang, Johor, Negeri Sembilan dan Kuala Lumpur. Ada juga pemimpin Umno kerap datang ke Kajang bagi melihat persiapan MCA dan juga menghadiri ceramah yang dianjurkan pihak kami. Secara keseluruhan, pimpinan dan akar umbi BN sentiasa bekerjasama dan membantu dalam berkempen. Datin lebih memberi fokus kepada berkempen dari rumah ke rumah atau fokus utama atau ceramah kelompok? MCA belum lagi menggunakan pendekatan dari rumah ke rumah untuk berkempen memandangkan perkara tersebut memerlukan masa. Namun, itu bukan bermakna pendekatan terbabit tidak akan digunakan sebaliknya kami sedang merancang dengan lebih terperinci supaya kesan atau sambutan yang diterima adalah baik. Setakat ini, kami telah pun mengadakan majlis dan ceramah bersama pengundi di Kajang dalam kadar yang kerap bagi mengetahui permasalahan dan kepentingan yang dimahukan oleh mereka. Cara tersebut bagi saya adalah antara pendekatan terbaik dan utama yang digunapakai oleh kami dalam mendekati mereka dengan lebih rapat (personal touch). Apakah penanda aras kepada keupayaan MCA yang baru dan adakah Datin rasa tanggungjawab selaku calon yang digalas ini berat? Dengan lahirnya pimpinan baru MCA ini kami dapati terdapat perubahan besar khususnya dari segi corak, sambutan dan sokongan orang ramai. Berbekal pemimpin berpengalaman dan penuh berkaliber khasnya Presiden dan Timbalan Presiden, saya berasa MCA mampu bergerak sebagai satu parti yang mewakili kepentingan semua rakyat tanpa mengira kaum dan warna kulit. Pandangan dan cadangan akar umbi juga akan kami perhalusi selaras dengan transformasi yang dimahukan oleh presiden parti. Tanggungjawab yang dipikul sememangnya berat kerana tumpuan seluruh negara kini terarah kepada situasi yang bakal berlaku di Kajang selain calon yang ditentang juga bukan calang-calang individu. Namun bagi saya itu bukan satu alasan yang menyebabkan saya akan mengalah dengan mudah. Prinsip hidup saya adalah berjuang dengan sehabis baik dan mesti yakin dengan kebolehan yang kita ada. Oleh yang demikian, kami amat berharap para pengundi di Kajang berikan peluang kepada MCA untuk menabur bakti sekaligus kepada mereka dengan sehabis baik seperti mana slogan 'Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan'. Berdasarkan kajian yang dilakukan BN di Kajang, apa sebenarnya yang pengundi di sana mahukan? Para pengundi di sini mahu seorang Adun yang benar-benar boleh didekati dan dapat memberi perkhidmatan yang sebaiknya. Saya dapati rakyat di sini memang banyak masalah setempat berlaku. Contohnya, jalan raya yang sempit, keselamatan dan juga di sini masih ramai warga istimewa yang mahukan bantuan. Setelah hampir sebulan melakukan kajian di Kajang, kami dapati para pengundi mahukan seorang Adun atau wakil rakyat yang bersih, berwibawa dan paling penting mudah untuk didekati oleh semua golongan. Selain itu, masalah setempat seperti isu pendidikan, kemudahan awam, keselamatan dan pendatang asing juga merupakan antara rungutan yang paling banyak diadukan pada pihak kami. Oleh yang demikian, untuk PRK pada kali ini kami akan menggunakan isu rakyat sebagai antara bahan utama dalam kempen nanti. Pada ketika ini hampir sebahagian rakyat di Selangor menderita disebabkan ketiadaan bekalan air, adakah BN melihat isu tersebut sebagai faktor penting dalam kempen nanti? Bukan sahaja melibatkan isu air, isu air telah membuktikan kalau kita semua selalu mempolitikkan isu-isu yang terlibat dengan kebajikan orang ramai, itu adalah satu kelakuan yang tidak betul sebagai satu parti atau seseorang ahli politik. Oleh itu, sebaiknya kita tumpukan apakah cara untuk kita selesaikan isu atau masalah yang sedang dihadapi rakyat. Isu air merupakan antara masalah terkini yang melanda rakyat di Selangor. Perkara tersebut kita harus akui namun saya tidak suka untuk menangguk di air yang keruh dan mempolitikkan isu tersebut ke arah negatif. Tindakan tersebut juga merupakan etika yang salah untuk digunakan oleh mana-mana ahli politik. Sebaiknya, kita perlu beri penumpuan untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi rakyat. Ada atau tidak jentera dihantar bagi membantu rakyat yang ketiadaan air di beberapa bahagian di Selangor? Setakat ini tiada digerakkan mana-mana jentera untuk membantu dalam menangani krisis yang meruncing ini. Namun, sekiranya diarahkan berbuat demikian, kami akan membantu pihak yang terlibat dalam meringankan beban yang ditanggung mereka. Adakah BN akan gunakan isu dalaman parti lawan sebagai salah satu kempen dalam mencapai kemenangan? Saya tidak berminat dengan isu dalaman PKR terutamanya membabitkan Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim dan Timbalan Presidennya, Mohamed Azmin Ali untuk digunapakai sebagai bahan kempen. Saya hanya fokus untuk menyelesaikan masalah rakyat di Kajang selain cuba untuk memahami, mendengar selain mendekati mereka secara lebih dekat. Perkara itu lebih penting untuk rakyat berbanding krisis dalaman PKR. Tidakkah Datin berasakan perkara itu mampu memberikan kelebihan pada BN? Jika dilihat secara menyeluruh, berkemungkinan perkara tersebut memberikan sedikit sebanyak kelebihan kepada kami dalam menyaingi mereka. Namun, saya tegaskan, fokus kami adalah untuk menyelesaikan masalah yang melingkari pengundi di Kajang. Selaku calon wanita, mungkin Datin ada rasa satu 'human touch' yang boleh menarik undi pengundi di Kajang? Kami menghadapi satu situasi yang mana wakil wanita adalah kurang bukan sahaja di Parlimen malah Dun. Untuk kita menambahkan lagi wakil wanita ini, saya rasa ini adalah satu isu yang diterima baik dan juga semua wanita akan beri sokongan. Apakah pendekatan yang akan Datin gunakan melalui kelebihan yang ada? Saya telah pun jelaskan semuanya kepada pengundi ketika berjumpa dengan mereka baru-baru ini. Walaupun saya bukan Ahli Parlimen atau Adun Kajang tetapi saya telah mewujudkan satu program sejak 2008 yang mana saya memberi bantuan atau jagaan harian kepada anak-anak daripada keluarga ibu tunggal atau bapa tunggal. Dan program ini telah pun dijalankan di Sekolah Jenis Kebangsaan Sungai Chua di mana anak-anak yang belajar di sekolah berkenaan dan ibu bapa yang tak mampu untuk hantar anak mereka ke pusat jagaan. Di situ kami juga sediakan makanan pagi, tengah hari dan petang secara percuma selain kami juga telah sediakan dua pembantu (sesi pagi dan petang) supaya dapat beri perlindungan kepada mereka. Berikan tuisyen percuma kepada mereka, uniform sekolah yang percuma turut diberikan dan bawa mereka bercuti sekurang-kurangnya sekali dalam setahun. Maka dengan itu, kita telah pun beri kekuatan atau dapat kita bantu ibu dan bapa tunggal supaya mereka dapat bekerja dengan senang hati dan tidak bimbang ke atas keselamatan dan pendidikan anak mereka. |
Jerebu: Lembah Klang diisytihar 'tidak sihat' Posted: 03 Mar 2014 09:06 PM PST MALAYSIAKINIHampir keseluruhan kawasan di Lembah Klang diisytihar sebagai kawasan tidak sihat ekoran jerebu akibat pembakaran hutan di Sumatera yang menyelubungi kawasan di Semenanjung Malaysia. Jabatan Alam Sekitar dalam kenyataan jam 6 pagi ini menyatakan indeks pencemaran udara (IPU) mencecah paras tidak sihat di Pelabuhan Klang (137), Banting (130), Shah Alam (125), Petaling Jaya (123), Kuala Selangor (110) – kesemuanya di Selangor – dan Batu Muda (112) di Kuala Lumpur serta Nilai (108) di Negeri Sembilan. Menurut jabatan tersebut, bacaan API antara 0-50 menunjukkan kualiti udara sihat; 51-100 (sederhana); 101-200 (tidak sihat); 201-300 (amat tidak sihat); lebih 301 (berbahaya kepada kesihatan). |
Erra: Saya tiada masa untuk berfoya-foya Posted: 03 Mar 2014 09:00 PM PST MALAYSIAKINIAktres terkenal tanahair, Erra Fazira menafikan mengenali secara rapat Menteri Wilayah Persekutuan dan ahli parlimen Putrajaya Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor. Terkejut dengan perkara itu, Erra menyifatkan desas desus yang mengatakan hubungannya dengan Tengku Adnan itu hanya gosip semata-mata, lapor Berita Harian hari ini. "Tolong jangan kaitkan saya dengan mana-mana lelaki hanya kerana dengar gosip. Saya tiada masa untuk berfoya-foya," katanya seperti dilapor akhbar itu. Laporan itu juga menyebut, bekas ratu cantik Malaysia menjelaskan beliau tiada masa untuk menjalin hubungan istimewa apatah lagi untuk diri sendiri juga tidak mencukupi. "Selalunya, Januari atau Febuari adalah masa untuk saya bawa kakitangan bercuti. Namun, disebabkan terlalu sibuk, saya tidak sempat berbuat demikian. "Jadi, bila masa untuk saya jalin hubungan, sedangkan untuk diri sendiri pun saya tidak cukup masa?," kata Erra yang baru bercerai talak satu dengan Engku Emran Engku Zainal Abidin pada 18 Febuari lalu. Laporan itu juga meneyebut sejak bercari, ini kali pertama Erra dikaitkan dengan lelaki lain. Berita Harian semalam melaporkan Tengku Adnan turut menafikan mempunyai hubungan dengan bintang filem Sembilu itu, bahkan menegaskan dirinya cukup bahagia dengan perkahwinan sekarang. |
Kos perubatan klinik swasta naik senyap-senyap Posted: 03 Mar 2014 08:57 PM PST MALAYSIAKINIKenaikan harga makanan dan petrol mendapat banyak perhatian namun ramai yang tidak menyedari mengenai pindaan ke atas satu undang-undang berhubung kawalan harga perkhidmatan rawatan kesihatan swasta. Pindaan ke atas Jadual 13 Akta Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta 1998 diterbitkan dalam warta persekutuan pada 16 Disember 2013, yang memberi kenaikan kadar bayaran melibatkan kesemua kategori untuk rundingan dan prosedur perubatan. Sebagai contoh, had kadar bayaran untuk rundingan pertama dengan pengamal perubatan umum sebelum ini ditetapkan antara RM10 hingga RM35 – namun mencecah paras antara RM30 hingga RM125 dengan kenaikan baru ini. Bagi doktor pakar, kadar bayaran bagi rundingan pertama, antara RM30 hingga RM125, kini dinaikkan kepada had antara RM80 hingga RM235. Kenaikan itu juga melibatkan prosedur perubatan antara 14 peratus hingga 18 peratus. Sebagai contoh, kadar fi pakar bedah bagi kecederaan lumbar dinaikkan dari RM650 kepada RM745, rawatan pundi kencing dari RM1,875 kepada RM2,145 dan pemindahan buah pinggang dari RM4,150 kepada RM4,750. Sekiranya prosedur tersebut memerlukan khidmat pakar bius, kos untuk perkhidmatan itu juga dinaikkan. Kenaikan kos itu juga meliputi perkhidmatan pergigian. Sebagai contoh, kos bagi prosedur mencabut gigi yang tidak melibatkan pembedahan sebelum ini ditetapkan antara RM40 hingga RM250, tetapi kini ditetapkan antara RM45 hingga RM285. Para MP yang merupakan pengamal perubatan ketika dihubungi menyatakan bahawa mereka sendiri tidak tahu menahu mengenai kenaikan kos tersebut kerana dilaksanakan secara senyap-senyap. "Sebagai MP, saya tidak mengetahui perkara ini dan ia setentunya tidak dibangkitkan semasa persidangan Parlimen yang lalu," kata MP Wangsa Maju Dr Tan Kee Kwong. Seksyen 106(2) akta tersebut memberi kuasa kepada menteri kesihatan untuk meminda harga dalam Jadual 13 melalui arahan dalam warta, selepas rundingan dengan ketua setiausaha kemeterian. Ini bermakna, prosedur tersebut tidak melalui Parlimen dan MP tidak perlu dirunding atau dimaklumkan. |
'Isu air bukan boleh selesai dengan pacak paip' Posted: 03 Mar 2014 08:52 PM PST PETALING JAYA - PKR menafikan dakwaan bahawa kerajaan negeri Selangor di bawah Pakatan Rakyat bersikap lepas tangan terhadap krisis air yang melanda negeri itu. Menurut Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli masalah air yang dihadapi rakyat negeri itu tidak dapat diselesaikan jika penstrukturan semula industri bekalan air Selangor tidak dilakukan. Namun tujuan itu tidak dicapai ekoran keengganan pemegang konsesi air menerima tawaran Selangor. "Kalau ikut data yang ditunjukkan dan beberapa kaedah yang dicadangkan oleh kerajaan negeri Selangor sendiri, (Selangor) tidak perlukan Loji Rawatan Air Langat 2 (Langat 2) untuk menampung permintaan air di Selangor. "Sebab itu masalah air perlu ada penstrukturan semula. Untuk struktur semula, kita perlu dapatkan keempat-empat syarikat konsesi. Kerajaan negeri tak boleh buat banyak selagi syarikat konsesi itu tidak tandatangan," katanya pada sidang media di ibu pejabat PKR, hari ini. Dalam pada itu menjawab pertanyaan media, beliau menegaskan bahawa Selangor telah cuba melakukan sesuatu untuk menangani krisis air di negeri itu. "Kalau anda kata kami tak buat sesuatu, itu tak benar. Kami sedang cuba melakukan sesuatu tapi tak...bukan macam pergi pacak batang paip di mana-mana. "Pendirian Selangor seperti yang kami tahu ialah sumber air yang ada kalau boleh dioptimumkan kapasiti sedia ada dan dikurangkan air bukan hasil, maka itu mencukupi untuk menampung permintaan dan juga keperluan negeri Selangor," katanya. Penggunaan air di Selangor terpaksa dicatu mengikut jadual yang telah dikeluarkan minggu lalu. |
Isu MoU: Anwar akan respons selepas MB temui SPAN Posted: 03 Mar 2014 08:43 PM PST Anwar menjawab soalan pemberita pada Majlis Mesra Bersama Media di Pusat Media PKR di sini, hari ini. KAJANG - Penasihat Ekonomi Selangor, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan beliau tidak akan mencampuri pertikaian kandungan Memorandum Persefahaman (MoU) sambil menyerahkannya perkara tersebut kepada Menteri Besar. Katanya beliau hanya memberi maklum balas perkara tersebut selepas Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengadakan perjumpaan dengan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN), esok. "Saya bukan orang yang sesuai untuk menjawab isu ini. Lebih baik kita tunggu penjelasan Abdul Khalid supaya masalah ini dapat diselesaikan. "Tetapi secara dasarnya, saya tidak ada masalah dengan MoU ini. Ini kerana ia melibatkan kepentingan rakyat Selangor," katanya kepada pemberita ketika menghadiri Majlis Mesra Bersama Media di Pusat Media PKR, di sini, hari ini. Beliau berkata demikian mengulas lanjut kenyataan Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli hari ini yang menyifatkan perjanjian yang dimeterai itu sebagai berat sebelah. Mengulas lanjut, Anwar menegaskan tindakan Rafizi mengkritik dan memberi pandangan berbeza berkenaan MoU itu tidak menjadi kesalahan dan tidak perlu dikenakan sebarang tindakan disiplin parti. "Rafizi berhak memberikan kenyataan yang ditimbulkan dalam bentuk persoalan. Malah, beliau sudah memaklumkan perkara ini kepada saya terlebih dahulu sebelum membuat kenyataan dan saya tiada sebarang masalah. "Bagi saya, hal berkaitan MoU ini sudah selesai. Namun, jika ada beberapa sebab untuk melihat semula MoU tersebut, kita terbuka untuk menasihati kerajaan persekutuan," katanya. Dalam pada itu, Anwar yang juga calon PKR di Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Kajang berkata, isu MoU juga tidak akan memberi kesan negatif kepada kempen beliau. Rabu lalu, Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Selangor menandatangani MoU untuk penstrukturan semula industri air di negeri itu yang telah berlanjutan sejak 2008. Melalui MoU itu, kerajaan negeri Selangor akan membenarkan projek pembinaan Loji Rawatan Air Langat 2 diteruskan. |
Azmin, Khalid bincang lepas PRK Posted: 03 Mar 2014 08:41 PM PST KAJANG - Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali mengambil kata putus untuk tidak membincangkan mengenai perebutan kerusi Timbalan Presiden PKR sehingga PRK Dun Kajang selesai. "Kami tidak mahu membincangkan dengan lebih lanjut tentang perkara ini, tunggu PRK selesai. "Buat masa sekarang, kami sedang fokus pada PRK, perkara ini akan dibangkitkan semula selepas pilihan raya berakhir nanti," kata Abdul Khalid selepas perasmian Bilik Gerakan Utama PKR bagi PRK Dun Kajang, di sini, semalam. Dalam pada itu, Presiden PKR, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail berkata, pihak kepimpinan telah membincangkan perkara ini secara terbuka dan ianya satu salah satu proses demokrasi yang tidak menyalahi undang-undang parti. "Parti beri ruang kepada mereka yang mahu bertanding. "Keputusan mereka (Azmin dan Abdul Khalid) tidak mendapat apa-apa tentangan dari saya," katanya. Jelasnya, kedua-dua mereka berhak untuk bertanding dan ia merupakan pilihan masing-masing untuk berkhidmat pada parti. Pada awal Mac lalu, Abdul Khalid yang juga Adun Port Klang itu mengumumkan kesediaannya untuk bertanding merebut jawatan Timbalan Presiden PKR yang disandang oleh Azmin. Pengumuman tersebut sekaligus didakwa sesetengah pihak bakal menggugat kredibiliti Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon kerusi di PRK Kajang. |
You are subscribed to email updates from DIALOG RAKYAT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan