DIALOG RAKYAT |
- EKSKLUSIF : Kapten Nik Huzlan Pertikai Bukti Daily Telegraph & Analisa Terperinci Mengenai Satelit China Jumpa “Objek MH370″
- MB : Rakyat Kajang yakin pentadbiran PR, undi popular meningkat
- PKR menang tanpa membawa erti besar?
- Wan Azizah: “Kerja tunaikan Manifesto Kajang sudah bermula”
- Selepas MH370 Hilang, MAS Ditimpa 2 Malapetaka Lagi...
- Kita bomohkan air ke Singapura supaya mereka serah diri dan bersunat, kata Ridhuan Tee
- Generator Tidak Berfungsi, Penerbangan MAS Ke Seoul Dilencong Ke Hong Kong
- Putrajaya mohon bajet tambahan hampir RM2.4 bilion
- Tribunal Rakyat dedah penipuan dan salah laku PRU13 esok
- SPRM kukuhkan siasatan kes ‘Datuk’ seleweng dana RM1.1 juta
- MH370: Operasi carian Malaysia diperhebat lagi dengan maklumat tentang serpihan
- Selepas 2 Minggu SAR MH370, Kerajaan Malaysia Ditemplak Menipu & Pembunuh Terbesar?
- MH370: Satelit Perancis Dakwa Temui Imej Serpihan Pesawat
- Azizah angkat sumpah Adun, 7 April depan
- Pesawat India sertai misi SAR di lautan Hindi
- Siswa gesa konsert Life In Colour batal terus
- Pesawat MAS ke Katmandu dilanggar unggas
- Kak Wan: 'Langkah Kajang' kini terbukti
Posted: 24 Mar 2014 01:41 AM PDT Dan tentunya berita langsung dari negara China melalui Duta China ke Malaysia tentang penemuan oleh satelit China tentang objek yang dikatakan kemungkinan kuat yang ada kaitan dengan objek daripada cebisan pesawat MH370 kira-kira 120 km ke barat daya 2 objek yang ditemui oleh satelit Amerika yang diberikan kepada AMSA di Australia, sekali lagi Datuk Kapten Nik Huzlan terus berkongsi & "mendedahkan cukup maklumat penting" yang boleh dikongsikan bersama kita semua berdasarkan analisanya secara eksklusif. Yang menariknya… Yang menariknya penemuan satelit China itu tidak lari jauh daripada jarak maksima dengan bekalan bahanapi yang ada pada MH370 dan juga ping yang diberikan sistem di atas kapal terbang dengan satelit INMARSAT Hemisfera Utara dan Hemisfera Selatan juga terletak berdekatan dengan penemuan terbaru sateliti China kali ini Jadi apa pandangan dan penilaain Datuk Kapten Nik Huzlan mengenai penemuan terbaru ini? Ini Antara Pandangan & Analisa Kapten Huzlan :Penemuan satelit China menguatkan lagi teorinya yang mengatakan pesawat MH370 telah terhempas di laut Hindi iaitu laluan paling sunyi di dunia. Secara spesifiknya besar kemungkinan terhempas di kawasan yang Kapten Nik Huzlan tandakan seperti di bawah ini :
Kapten Nik Huzlan turut menyentuh dan mengulas transkrip (KLIK SINI UNTUK MELIHATNYA) yang dikeluarkan oleh Daily Telegraph yang mengatakan inilah dia transkripnya perbualan antara kokpit dengan pusat kawalan :
Pencarian Pesawat MH370 Lebih Mencabar Kerana….Kapten Nik Huzlan mengingat dan memberikan pesanan kepada semua, cabaran pasukan SAR lebih mencabar kali ini di sekitar Lautan Hindi terutamanya lingkungan kawasan yang dipercayai terhempasnya MH370. Antaranya ialah :
Cuma Kapten Nik Huzlan merasakan semuanya ini akan memberikan "pening baru" kepada pasukan SAR melihatkan situasi sekarang ini sudah melebihi 2 minggu lamanya. Harapan orang ramai cukup tinggi. Jadi petunjuk kali ini lebih cerah dan meyakinkan tetapi akan timbul satu demi satu cabaran yang lebih besar pada masa akan datang termasuk di manakah kedudukan sebenar pesawat MH370 melihatkan perjalanan arus 2 minggu lebih sebelum ini? Dan juga cabaran mencari keseluruhan pesawat MH370 di dasar laut. | ||
MB : Rakyat Kajang yakin pentadbiran PR, undi popular meningkat Posted: 24 Mar 2014 01:04 AM PDT Oleh : AFEEQA AFEERA SHAH ALAM : Kemenangan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang membuktikan rakyat Selangor yakin dengan prinsip pentadbiran telus, bertanggungjawab dan integriti yang diamalkan Pakatan Rakyat (PR) di negeri itu. Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, berkata PR juga berjaya meningkatkan undi popular di Kajang kepada 60 peratus pada PRK kali ini berbanding 58 peratus pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13), 5 Mei lalu. Katanya, walaupun penurunan peratus keluar mengundi berkurang kepada 72.1 peratus berbanding 88.4 peratus pada PRU-13, namun ia dianggap perkara biasa dalam sebarang PRK. Bagaimanapun, Abdul Khalid berkata, ia tidak bermakna kemenangan itu tiadak mempunyai impak signifikan kepada rakyat dan Selangor. "Kemenangan ini lebih manis apabila PR berjaya meningkatkan sokongan di kalangan pengundi Melayu, bahkan bukan sahaja mengurangkan majoriti kekalahan di beberapa daerah mengundi seperti Sungai Kantan dan Batu 10 Cheras tetapi turut berjaya menawan dua kubu kuat Umno iaitu Sungai Sekamat dan Taman Delima. "Lebih bermakna apabila tinjauan awal mendapati saluran mengundi anak muda hampir disapu bersih PR pada PRK kali ini," katanya dalam satu kenyataan, di sini, hari ini. Abdul Khalid berkata, walaupun keputusan Kajang tidak mengubah struktur dan mekanisme pentadbiran, namun mandat yang diberikan penduduk kawasan berkenaan akan menjadi pemangkin kepada PR untuk terus bekerja lebih gigih demi kebajikan rakyat. Katanya, kemenangan itu seakan memberi restu kepada kerajaan Selangor untuk terus komited dengan agenda reformasi dalam pentadbiran serta segala aspek sosioekonomi dan politik yang didokong PR. "Selaku Pengarah Pilihanraya N25 Kajang, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada setiap petugas pilihan raya daripada semua parti komponen PR yang bertungkus-lumus bagi memastikan proses demokrasi ini berjalan lancar dan seterusnya kemenangan yang sememangnya wajar berpihak kepada kita," katanya.-NFN- | ||
PKR menang tanpa membawa erti besar? Posted: 24 Mar 2014 01:01 AM PDT Pilihan raya kecil Kajang yang mulanya digerakkan menerusi projek Kajang Move sudah berakhir kira-kira empat jam lalu. Seperti dijangkakan awal-awal, kemenangan berpihak kepada PKR menerusi calonnya Dr Wan Azizah Wan Ismail. Azizah mengutip sebanyak 16,741 undi manakala lawannya calon BN, Chew Mei Fun mendapat 11,363 undi. Majoriti ialah 5,379. Majoriti berkurangan sebanyak 1,445 berbanding yang diraih calon PKR Lee Chin Cheh dalam pilihan raya umum lalu, sebanyak 6,824 undi. Kekurangan majoriti sudah dijangka sekiranya peratus mengundi berkurangan. Ternyata peratus keluar mengundi relatif berkurangan sebanyak 16.3%. Peratus keluar mengundi pilihan raya kecil 72.1% manakala pilihan raya umum 88.4%.
Pilihan raya Kajang berlaku kerana kerusinya dikosong oleh penyandang Lee Chin Cheh, kerana hendak memberi laluan kepada Anwar untuk jadi MB Selangor. Apabila Umno menggunakan mahkamah untuk mengatasi strategi Anwar dan PKR, maka ia tidak lagi bererti. Dari sudut lain kejayaan usaha menghalang Anwar itu dilihat manifestasi kejahatan UBN ke atas PKR khasnya Anwar Ibrahim. Oleh kerana kerusi sudah kosong dan tarikh pilihan raya kecil sudah ditetapkan, hendak tidak hendak PKR harus menyertai pilihan raya itu, sebagai mempertahankan haknya. Kegagalan Kajang Move menjadikan pilihan raya itu sebagai membazir dan tidak membawa apa-apa natijah besar. Tetapi itulah politik dan demokrasi kita. Dalam usaha mempertahankan kerusi itu PKR menyandarkan kepada Dr Wan Azizah. Azizah adalah calon terbaik walaupun dia bukan wakil terbaik untuk mengambil alih tempat Abdul Khalid Ibrahim? Wan Azizah adalah wakil peribadi dan moral politik Anwar. Bagi saya Azizah tidak pantas untuk mengganti Khalid walaupun dia berjaya mengekalkan kerusi Kajang. Bagaimana kini terserah apakah projek Kajang Move hendak diteruskan atau pun tidak. Sekiranya maksud pilihan raya kecil itu diadakan untuk melaksanakan projek itu, iya ia bisa saja. Apa yang hendak saya suluh ialah mengenai pilihan raya yang baru selesai itu. Dua perkara yang akan diperturunkan, pertama peratus keluar mengundi rendah, iaitu 72% atau kira-kira 28,314 yang keluar mengundi berbanding dengan pilihan raya umum lalau sebanyak 88.4% atau 34,290 pengundi, ini bermakna 10,366 pengundi tidak keluar. Gara-gara peratus keluar mengundi ini rendah maka Azizah gagal mencapai sasaran untuk mencetak majoriti 7,000 seperti mana diramalkan kebanyakan penganalisa. Bagaimana pun sesuatu yang menggembirakan PKR peratus undi diraih PKR berdasarkan jumlah keluar mengundi meningkat sebanyak 61% berbanding 58% iani sebanyak 3%. Ada beberapa faktor kenapa peratus mengundi rendah. Antara apabila projek Kajang Move itu sudah tidak menjadi, menyebabkan keghairahan pengundi untuk menyertai pilihan raya itu agak kurang bersemangat. Walaupun Azizah menjadi penggantinya tetapi kehebatan atau potensi Azizah untuk menjadi MB Selangor tidak sehebat suaminya. Justeru juga pengundi mungkin berfikiran mereka tidak perlu untuk ikut berpilihan raya kerana sudah mengira Wan Azizah pasti akan menang. Perlu disedari terdapat 40% pengundi atas pagar di DUN Kajang. Bagi mereka pilihan raya itu tidak penting lagi kerana matlamat dan tujuannya tidak jelas. Boleh jadi juga mereka protes kerana pilihan raya itu membazir seperti mana kata propagandis UBN. Bagi orang Melayu yang tegar dengan Umno mungkin tidak selera untuk berpilihan raya apabila BN meletakkan calon dari MCA. Ada permintaan dan desakan agar Umno diberi peluang meletak calonnya. Bagi memberi mesej kepada MCA bahawa kerusi itu sesekali harus diberikan kepada mereka, maka itu mereka bertindak tidak keluar mengundi untuk mengajar MCA. Saya tidak mengira penyokong Pakatan Rakyat terutamanya PKR dan DAP berbuat hal yang sama, tidak keluar mengundi. Mereka tetap melihat pilihan raya itu sesuatu yang penting untuk diterjemahkan kepada rakyat. Mengenai PAS, tidak berani untuk diulas kerana awal-awal lagi ada sesetengah pemimpin PAS yang menerima pilihan raya itu dengan rasa dingin. Boleh jadi juga kesan 'pemulauan' secara senyap oleh sesetengah golongan dalam PAS menyebabkan semangat orang Melayu menjadi penyokong PAS malas untuk keluar mengundi? Dalam pada itu peratus keluar mengundi di kalangan orang Cina juga memberi kesan. Pengundi Cina juga tidak ghairah. Salah satu faktornya ialah mungkin mereka mengira pilihan raya itu tidak banyak membawa perubahan kepada mereka. Jadi untuk keluar mengundi membuang masa saja. Kesimpulan untuk ulasan segera ini, kemenangan Dr Wan Azizah Wan Ismail menjelaskan sokongan rakyat kepada Pakatan Rakyat masih belum berubah, malahan ada peningkatan dari kalangan pengundi Melayu. Sementara orang Cina pula tidak melihat perubahan pucuk pimpinan dalam MCA boleh membawa sesuatu pembaharuan buat mereka. Hasrat Wan Azizah untuk berihat dalam politik tampaknya bersambung semula dengan kemenangan itu. | ||
Wan Azizah: “Kerja tunaikan Manifesto Kajang sudah bermula” Posted: 24 Mar 2014 12:59 AM PDT Oleh : NAZLI IBRAHIM KAJANG: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kajang yang baru, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sudah mengadakan perjumpaan dengan beberapa pihak bagi menyelesaikan masalah utama penduduk kawasan berkenaan seperti terkandung dalam Manifesto Kajang. Dr Wan Azizah berkata, perjumpaan itu diadakan sejak beberapa hari lalu membabitkan beberapa pihak termasuk yang bertanggungjawab dalam isu tertentu. "Memang saya ada buat perjumpaan dan merangka pelan seperti dalam manifesto Pakatan Rakyat (PR) untuk Kajang. "Kita berbincang bagaimana untuk memberbaiki semua yang kita rancang untuk Kajang," katanya pada sidang media selepas diumumkan menang dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Kajang. Keputusan itu diumumkan Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Datuk Hassan Nawawi di Pusat Pengiraan Undi di Kompleks Sukan Majlis Perbandaran Kajang (MPKj), di sini, malam tadi. Manifesto Kajang yang dilancarkan sehari selepas penamaan calon meletakkan empat teras utama yang bakal dilaksanakan jika PR menang dalam PRK Kajang. Empat teras itu adalah membanteras jenayah dan meningkatkan keselamatan, menangani masalah kesesakan lalu lintas, pembangunan dan penyelenggaraan perbandaran serta pembangunan anak muda dan usahawan kecil. Terdahulu, Exco Pelancongan, Hal Ehwal Pengguna dan Alam Sekitar, Elizabeth Wong berkata, Dr Wan Azizah walaupun belum bergelar ADUN ketika itu tetapi sudah berjaya menyelesaikan isu pungutan sampah di beberapa lokasi sekitar Kajang.-NFN- | ||
Selepas MH370 Hilang, MAS Ditimpa 2 Malapetaka Lagi... Posted: 24 Mar 2014 12:56 AM PDT KELAB GREENBOCPesawat MH066 dilencongkan ke HK Satu penerbangan Malaysia Airlines ( MAS) pesawat Airbus A330-300 yang dijadualkan ke Incheon, Korea Selatan, terpaksa dilencongkan dan mendarat di Hong Kong hari ini kerana "generator pesawat tidak beroperasi ". Dalam satu kenyataan, MAS mengesahkan perkara itu, dan menjelaskan bahawa ia melibatkan generator yang membekalkan kuasa elektrik kepada pesawat. "Bagaimanapun, kuasa elektrik terus dibekalkan oleh unit kuasa elektrik tambahan, " kenyataan itu dipetik. Penerbangan MH066 berlepas dari Kuala Lumpur pada jam 11.37 malam, semalam dan dijadual tiba di Incheon pada 06:50 pagi ini. Menurut kenyataan tersebut, MAS memindahkan seramai 271 penumpang dalam penerbangan berkenaan ke penerbangan yang diusahakan syarikat lain. "Penerbangan pulang, MH067 dari Incheon ke Kuala Lumpur, dibatalkan, dan penumpang telah dipindahkan (ke) syarikat penerbangan lain serta penerbangan MAS berikutnya ke Kuala Lumpur." Semalam dilaporkan kapal terbang MAS telah melanggar itik kira-kira 10.45 malam, Jumaat lepas ketika mendarat di lapangan terbang Kathmandu di Nepal. Bagaimanapun, pesawat itu hanya mengalami kerosakan kecil. MAS juga masih belum menemui pesawat penerbangan MH370 yang hilang tidak lama selepas berlepas dari Kuala Lumpur, dalam perjalanan ke Beijing pada 8 Mac lalu. Operasi mencari dan menyelamat besar-besaran yang dijalankan masih belum berjaya mengesan pesawat tersebut. -mk Pesawat MAS MH114 dirempuh sekumpulan itik NEW DELHI - INDIA. Sebuah pesawat MAS yang membawa 180 penumpang dan anak kapal terselamat daripada mengalami bencana apabila sekumpulan itik merempuh cermin hadapannya ketika mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Tribhuvan (TIA) pada Jumaat malam. Portal berita Nepal kantipuronline.com. pada Sabtu memetik pihak berkuasa lapangan terbang sebagai berkata kejadian pada pukul 10.45 malam itu menyebabkan hujung Landasan 02 dipenuhi serpihan kaca. Tiada laporan mengenai kecederaan yang dialami mereka yang menaiki pesawat MH-144 dari Kuala Lumpur ke Kathmandu itu. Petugas kokpit pesawat itu bagaimanpun dikatakan tidak segera memaklumkan kejadian tersebut kepada Pengawal Trafik Udara (ATC). Kapten pesawat berkenaan bagaimanapun mengesahkan ia "disyaki melanggar unggas", selepas anak kapal Jet Airways melaporkan kejadian itu kepada pihak berkuasa lapangan terbang, kata laporan itu. Juruterbang MAS terbabit dipercayai mungkin dikenakan tindakan kerana tidak segera melaporkan kejadian tersebut. "Kejadian itu terdedah selepas seorang juruterbang Jet Airways, yang mendaratkan pesawatnya beberapa minit selepas pesawat MAS, memaklumkan kepada kami beliau ternampak serpihan kaca berselerak di landasan," kata seorang pegawai ATC yang enggan dikenali. Para pegawai TIA yang membuat pemeriksaan menjumpai sekurang-kurangnya 10 bangkai itik serta kepingan kaca di landasan. Serpihan kaca itu kemudian dibuang dan lapangan terbang tersebut kembali beroperasi 30 minit kemudian. Para pegawai menjumpai dua lagi bangkai itik ketika melakukan pemeriksaan rutin pada pagi Sabtu. "Ini kali pertama kami melihat begitu banyak itik di kawasan lapangan terbang ini," kata seorang pegawai yang mengesyaki unggas itu mungkin itik penghijrah. MAS membatalkan penerbangannya ke Kuala Lumpur yang dijadualkan pada pukul 11 malam Jumaat. Semua penumpang yang menempah penerbangan itu ditempatkan di hotel Soaltee, Annapurna dan Hyatt Regency. Pesawat berkenaan berlepas pulang ke Kuala Lumpur pada pukul 3:30 petang Sabtu setelah dibaiki. Sementara itu, pegawai ATC berkata pengurus besar TIA telah dimaklumkan tentang kejadian tersebut dan beliau mengesyorkan tindakan dikenakan terhadap juruterbang MAS terbabit kerana tidak membuat laporan segera tentang kejadian itu. "Juruterbang berkenaan sepatutnya memaklumkan kejadian itu dengan segera kepada pihak berkuasa lapangan terbang bagi mengelak kejadian tidak diingini," kata pegawai itu. Lebih 75 kejadian pesawat berlanggar dengan unggas ketika berlepas atau mendarat berlaku di TIA sejak 1990. Tiga daripadanya mengakibatkan kerosakan besar terhadap pesawat. Walaupun sebuah pesawat Airbus A300 Thai Airways dan sebuah pesawat Dc-10 Biman Bangladesh terselamat daripada nahas pada 1996 dan 2010, 19 orang maut apabila pesawat Dornier Sita Air terhempas pada September 2012. Sementara itu, di KUALA LUMPUR, MAS hari ini mengesahkan penerbangan MH114nya dari Kuala Lumpur ke Kathmandu pada 21 Mac lepas telah dilanggar oleh sekumpulan unggas semasa menghampiri Lapangan Terbang Antarabangsa Tribhuvan. Pengurus Perhubungan Media MAS Khairunnisak Dzun Nurin dalam satu kenyataan di sini berkata sebaik sahaja mendarat pesawat itu telah diperiksa oleh jurutera bertugas. Beliau berkata penutup lensa lampu mendarat pesawat itu yang pecah dan bukannya cermin hadapan seperti dilaporkan. "Pesawat itu tidak dibenarkan terbang pada malam itu dan penutup lensa yang pecah itu telah diganti," katanya. - Bernama | ||
Kita bomohkan air ke Singapura supaya mereka serah diri dan bersunat, kata Ridhuan Tee Posted: 24 Mar 2014 12:49 AM PDT Pensyarah kontroversi Dr Ridhuan Tee Abdullah (gambar) hari ini sekali lagi menyelar kegiatan ritual dalam usaha mencari pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 yang dilaporkan hilang sejak 8 Mac lalu, namun kali ini kritikannya ditujukan kepada Singapura. Pendakwah bebas itu berkata jika perbuatan bomoh dan ritual begitu mujarab, maka usaha yang perlu dilakukan adalah dengan membomohkan air yang disalur kepada Singapura. "Jika bomoh kita terlalu mujarab, kita bomohkan air yang disalurkan kepada Singapura. Apabila diminum, mereka pun akan tunduk kepada kita dan menyerah diri untuk bersunat. "Serta membeli air kita dengan kadar harga semasa, bukan membeli dengan harga 0.03 sen per 1,000 gelen?" katanya menerusi kolumnya hari ini di akhbar Sinar Harian. Minggu lalu, Ridhuan dalam ruangan sama menyifatkan perlakuan raja bomoh dalam usahanya mencari pesawat hilang, MH370 hanya akan lebih menyesatkan umat Islam jika ada yang terpedaya dengan upacara ritualnya itu. Katanya, jika upacara sedemikian berlaku ketika zamannya hendak memeluk Islam suatu masa dahulu pasti hajatnya itu tidak kesampaian. "Kebimbangan saya, jika ditakdirkan bomoh itulah yang menjumpai MH370 itu nanti, semakin ramailah umat Islam yang akan percaya kepada bomoh daripada menumpahkan ketaatan kepada Allah. "Jika ditakdirkan saya melihat perbuatan umat Islam dalam mencari MH370 sebegini, sudah tentu saya tidak jadi memeluk Islam," katanya. Ridhuan berkata jika apa yang dilakukan bomoh itu mujarab maka pasti ramai yang akan menyerahkan nasib kepada golongan tersebut dan menjadi kaya raya. "Jika ditakdirkan berlaku lagi insiden seperti MH370 pada masa depan, jangan memanggil bomoh untuk mencari. Jika Islam itu boleh diubati dengan menggunakan bomoh, sudah tentu umat Islam tidak perlu bersusah payah atau ada yang merempat hari ini," katanya. Beliau berkata Nabi Muhammad adalah raja segala bomoh dan mempunyai mukjizat namun tidak menggunakan sewenang-wenangnya untuk mendesak golongan kafir untuk memeluk Islam. "Mengapa Rasulullah tidak menggunakan mukjizat yang ada untuk membomohkan semua bukan Islam supaya tunduk dan menurut kata-kata Baginda? "Atau dengan bahasa mudah membomohkan mereka supaya segera memeluk agama Islam dan tidak perlu bersusah diuji dan dicuba?" katanya. Selain mengulas mengenai isu kehilangan MH370, Ridhuan turut menyeru pemimpin negara agar kembali ke jalan Allah selagi diberikan ruang dan kesempatan. "Kepada pembuat keputusan dan pembesar negara, gunakan kuasa mencari keredhaan Allah selagi ada kuasa. "Hak ini dijamin Perlembagaan. Kita bimbang, apabila tidak ada kuasa nanti, baru hendak menyesal. Jangan leka ketika berkuasa, hanya bertaubat setelah pencen. Buruk rasanya," katanya. – | ||
Generator Tidak Berfungsi, Penerbangan MAS Ke Seoul Dilencong Ke Hong Kong Posted: 24 Mar 2014 12:41 AM PDT MSTAR ONLINE Dalam satu kenyataan di sini pada Isnin, Pengurus Perhubungan Awam Media MAS Kharunnisak Dzun Nurin berkata pesawat Airbus A330-300 itu selamat mendarat di Hong Kong. "Bekalan tenaga biasa terus dibekalkan menggunakan unit Kuasa Bantu dan kapal terbang itu kemudian dilencongkan ke Hong Kong untuk pembaikan dan mendarat dengan selamat," katanya. MH066 berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada 11.37 malam dan dijadual tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon pada 6.50 pagi waktu tempatan (5.50 pagi waktu Malaysia). Beliau berkata kesemua 271 penumpang dari MH066 dipindahkan ke penerbangan lain. "Penerbangan balik MH067 dari Incheon ke Kuala Lumpur dibatalkan dan penumpang dipindahkan ke pesawat lain di samping penerbangan berikutnya oleh Malaysia Airlines ke Kuala Lumpur," katanya. | ||
Putrajaya mohon bajet tambahan hampir RM2.4 bilion Posted: 24 Mar 2014 12:29 AM PDT Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan (gambar) ketika membentangkan rang undang-undang itu di Dewan Rakyat selepas sesi soal jawab. Kumpulan Wang Terkanun menjadi peruntukan tambahan paling tinggi diminta iaitu lebih daripada RM 2,099.876.700 dan kedua tertinggi adalah Jabatan Perkhidmatan Awam iaitu sebanyak RM 55,600.00. Pembentangan bajet tambahan sebanyak RM2.4 bilion berlaku ketika kerajaan pada Februari lalu mengumumkan langkah penjimatan apabila berlakunya kenaikan hutang kerajaan. Jabatan Perdana Menteri memohon sebanyak RM 53.4 juta dana tambahan diikuti Kementerian Kerja Raya sebanyak RM 50 juta dan Kementerian Komunikasi dan Multimedia sebanyak RM46.9 juta. Pembekalan dana tambahan turut membabitkan Kementerian Luar Negeri, Kementerian Dalam Negeri serta Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar, Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan serta Kementerian Sains dan Teknologi. Sebelum ini pada Oktober tahun lepas kerajaan meluluskan bajet tambahan sebanyak RM15.014 bilion. Dan pada pembentangan Bajet 2011, Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan, Datuk Seri Najib Razak tahun lalu sudah memohon RM162,805,323,000 dana tambahan. | ||
Tribunal Rakyat dedah penipuan dan salah laku PRU13 esok Posted: 24 Mar 2014 12:27 AM PDT Tribunal Rakyat anjuran Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) akan mendedahkan penemuan penipuan dan salah laku dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 esok. Pembentangan penemuan itu merupakan sambungan kepada sesi pendengaran dan keterangan saksi oleh Tribunal Rakyat yang berakhir pada September tahun lalu. "Lima panel antarabangsa sama dan pakar tempatan akan kembali membentangkan penemuan mereka," kata Tribunal Rakyat dalam satu kenyataan hari ini. Tribunal Rakyat diterajui bekas Wakil Khas Setiausaha Agung PBB di Kemboja, Yash Pal Gai selaku pengerusi; bekas Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Indonesia, Ramlan Surbakti dan Kraisak Choonhavan, bekas Presiden Asean Inter-Parliamentary Myanmar Caucus (AIPMC). Tiga ahli tempatan ialah Peguam Bela dan Peguam Cara Mahkamah Tinggi Malaya, Datuk Azzat Kamaludin; bekas profesor Fakulti Ekonomi dan Pentabdiran Universiti Malaya, Dr Mavis Puthucheary dan Rev Dr Hermen Shastri, Setiausaha Agung Lembaga Gereja Malaysia (CCM). Sesi pembentangan tersebut akan bermula 9.30 pagi hingga 1 tengahari di Hotel Empire, Subang Jaya. Orang ramai dijemput untuk mendengar pendedahan penemuan tribunal tersebut. Dalam sesi September tahun lalu, Tribunal Rakyat membuat kesimpulan berdasarkan bukti dan testimoni yang diberikan pelbagai pihak sepanjang tribunal anjuran Bersih 2.0 itu berlangsung, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) gagal melaksanakan Pilihan Raya 2013 dengan bersih dan adil. | ||
SPRM kukuhkan siasatan kes ‘Datuk’ seleweng dana RM1.1 juta Posted: 24 Mar 2014 12:24 AM PDT THE MALAYSIAN INSIDER Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang mengukuhkan lagi siasatan kes membabitkan seorang bekas setiausaha politik bergelar "Datuk" berhubung penyelewengan dana lebih RM1.1 juta. Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Abu Kassim Mohamed (pic) berkata suruhanjaya itu telah menyempurnakan siasatan kes itu, namun Jabatan Peguam Negara (AG) memberi arahan agar kekuatan kes itu dipertingkatkan bagi membolehkan ia dapat dituduh di mahkamah. "Kita telah diminta AG untuk lihat kepada perkara yang lebih dalam dan lebih jauh kes ini kerana pihak AG 'concerned' mengenai perkara tersebut. kerana sekiranya sesuatu kes itu dibawa ke mahkamah dan akhirnya dibuang atau kalah, yang terpalit atau menjadi sasaran adalah mereka (AG) kerana seolah-olah tidak menjalankan tugas dengan betul," katanya pada taklimat bertajuk "Berwibawakah SPRM" anjuran Bernama hari ini. Bekas setiausaha politik yang ditahan bersama seorang pengarah yayasan, masing-masing berumur 30-an dan awal 50-an, didakwa terbabit pecah amanah wang melebihi RM1.1 juta dan penipuan melibatkan dana RM1 juta. Penyelewengan itu melibatkan tiga buah yayasan, yang tidak didaftarkan sebagai badan kebajikan atau pertubuhan, sebaliknya bergerak sebagai sebuah syarikat dengan tanggungan berhad. Kedua-dua individu terbabit memegang jawatan sebagai pengarah dan pemegang amanah yayasan-yayasan terbabit dan difahamkan wang telah dikeluarkan bertentangan dengan objektif penubuhan yayasan. Kassim berkata terdapat dua kemungkinan kes itu, iaitu sama ada ia akan dituduh di mahkamah ataupun dibawa ke Jawatankuasa Penilaian Operasi yang akan memantau atau mempersoal mengapa kes itu tidak dituduh sedangkan keterangan yang cukup sudah diperoleh. "Di sini terdapat 'check and balance', dan saya yakin, arahan AG adalah untuk kebaikan SPRM semasa kes ini dibawa ke mahkamah. Saya berharap kes ini dapat diputuskan secepat mungkin," katanya. – Bernama, | ||
MH370: Operasi carian Malaysia diperhebat lagi dengan maklumat tentang serpihan Posted: 24 Mar 2014 12:18 AM PDT Kawasan selatan Lautan Hindi dikerumuni pesawat daripada beberapa negara pagi ini untuk pesawat MH370 Malaysia yang hilang apabila pencarian diberi suntikan tenaga baru dengan lebih bukti objek terapung yang disyaki berkaitan pesawat tersebut, lapor AFP. Tetapi cabaran mendapatkan objek terapung tersebut bertambah rumit apabila ribut tropika melepasi kawasan pencarian tersebut, mengugut untuk meyukarkan lagi keadaan yang kini menggagalkan pencarian. Menurut AFP, China hari ini berkata salah satu pesawatnya yang sedang mencari di kawasan tersebut ternampak objek seperti serpihan pesawat, menambah kepada jumpaan pesawat Australia iaitu palet kayu dan tali pinggang dan serpihan lain. Perancis dan China memberikan maklumat satelit minggu lepas yang menunjukkan objek terapung di pinggiran barat Australia - penemuan yang melambungkan harapan mendapat hasil setelah lebih dari dua minggu dalam pencarian. Armada pesawat am dan tentera yang semakin berkembang kini berkumpul di kawasan tersebut, disokong oleh kapal Australia dan Britain yang ditugaskan mengumpul apa-apa objek yang dijumpai di lautan, kata agensi berita AFP. Penerbangan Malaysia Airlines MH370 hilang tanpa amaran pada 8 Mac selepas keluar dari laluan asal di Laut China Selatan dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing dengan 227 penumpang dan 12 krew. Memegang pada segala maklumat Dalam laporan AFP, Timbalan Perdana Menteri Australia Warren Truss mengingatkan orang ramai tentang bilangan harapan palsu sejak pencarian ini yang beberapa kali menemui jalan mati. Katanya kepada radio negara itu, "Saya rasa kami semua hanya memegang pada apa-apa maklumat kecil yang muncul untuk mencari tempat untuk memfokuskan usaha kita." Tentera US juga menambah kepada rasa mendekati hasil dengan mengerahkan pengesan kotak hitam ke kawasan tersebut, zon yag lebih kurang 2,500 kilometer selatan barat Perth. Penemuan kotak hitam tersebut amat penting untuk mengetahui apakah nasib sebenar Boeing 777 itu. Malaysia mengatakan pesawat tersebut sengaja dilencongkan oleh seseorang yang berada dalam pesawat tersebut, tetapi ketiadaan bukti kukuh mewujudkan teori liar yang menambah kepada penderitaan ahli keluarga penumpang yang masih menunggu berita tentang ahli keluarga mereka. "Gerakan kami ini usaha untuk menyediakan peralatan dan staf terlatih lebih dekat dengan kawasan pencarian supaya jika terdapat serpihan yang dijumpai, kita akan dapat memberi tindak balas dengan secepat mungkin memandangkan bateri kotak hitam tersebut hampir kehabisan," kata armada US Ketujuh tersebut dalam laporan AFP. Alat pengesan tersebut berupaya mengesan kotak hitam sedalam 20,000 kaki, katanya dalam satu kenyataan. Para oseanografi berkata kedalaman lautan di mana serpihan sedang dicari ialah antara 3,000 ke 4,000 meter. Signal 30-hari daripada kotak hitam tersebut akan mati dalam masa kurang dua minggu. Fokus pencarian ini pada mulanya berpusat kepada perairan si Asia Tenggara, tetapi semakin dalam ke Lautan Hindi minggu lepas apabila satelit menjumpai imej objek terapung yang besar di sana. Jabatan Keselamatan Maritim Australia (Amsa) berkata terdapat 10 pesawat yang terlibat dalam usaha mencari yang turut dibantu oleh dua pesawat tentera China yang bertolak awal pagi ini, menyertai pihak Australia, US, dan Jepun. China sudahpun mengerahkan tujuh kapal yang menambah kepada jumlah kapal yang ada, termasuk dari Britain dan Australia. Ribut tropika semakin dekat Komander Udara New Zealand, Mike Yardley berkata awan rendah dan kabut berterusan membuatkan serpihan sukar dicari dalam usaha semalam. "Kawasan pencarian itu amat besar, tetapi kita sentiasa mendapat maklumat baru, dan maklumat tersebut kerap menunjuk kepada kawasan yang kita cari, jadi krew nampaknya yakin kita berada di tempat yang betul." Tetapi ribut tropika Gillian yang kini beberapa ratus kilometer ke utara sedang menukar arah ke zon pencarian itu. Truss mengatakan ribut itu akan semakin lemah semakin ia ke selatan, "tetapi masih mungkin membawa cuaca buruk." Data daripada satelit dan radar tentera menunjukkan bahawa selepas komunikasi akhirnya dengan trafik udara, pesawat tersebut patah balik ke semenanjung Malaysia dan terus terbang - mungkin untuk empat jam - ke arah yang tidak diketahui. Tiga senario sudahpun muncul untuk menjelaskan apa yang berlaku kepada pesawat tersebut, rampasan, sabotaj juruterbang, ataupun krisis semasa penerbangan yang menyebabkan penumpang dan krew tidak sedarkan diri lalu pesawat itu terbang dengan sendirinya sehingga kehabisan minyak dan terhempas. Dua pertiga penumpangnya warga China. Penderitaaan dan kemarahan mereka sudah beberapa kali meletus, termasuk semasa perjumpaan hujung minggu di mana polis terpaksa menahan beberapa saudara mara yang menuduh pihak berkuasa Malaysia menyembunyikan maklumat. "Banyak kali saya rasa seperti hendak naik gila. Perasaan saya merata-rata bersepah. Saya meminta (pihak) Malaysia memberi jawapan tetapi mereka katakan tidak boleh," kata satu saudara semalam. | ||
Selepas 2 Minggu SAR MH370, Kerajaan Malaysia Ditemplak Menipu & Pembunuh Terbesar? Posted: 23 Mar 2014 05:38 PM PDT Berita Semasa ingin mulakan ulasan berita bagi kali ini dengan ungkapan kata-kata seperti, "Kalau kita tidak tahu, tidak bermakna kita dilihat ketinggalan". "Kalau tiada khabar berita, tidak bermakna kita tiada harapan". Dan akhir sekali…."Kalau kita tidak mampu berbuat apa-apa, tidak bermakna doa kita tidak diperlukan". Baik…. Terus terang Berita Semasa mengatakan di sini, suka atau tidak Malaysia ada kelemahan dalam menguruskan tragedi MH370 seperti yang Berita Semasa ulaskan (DI SINI). Tetapi itu pada mulanya, dan sekarang Berita Semasa perhatikan kerajaan Malaysia sedikit demi sedikit berjaya menguruskannya dengan baik. Alhamdulillah. Pujian kepada kerajaan Malaysia. Berita Semasa percaya pihak berkuasa sedang cuba yang terbaik untuk mendapatkan petunjuk dan berusaha meredakan kegelisahan keluarga mangsa tragedi MH370. Laporan Berita : Waris Penumpang China Tuduh Kerajaan Malaysia Pembunuh & Penipu?Berdasarkan laporan berita terbaru ini bagi Berita Semasa, ini kata-kata orang marah, yang juga berada dalam kesedihan. Samada dijumpai atau tidak Malaysia Airlines (MAS) tetap akan melalui proses undang-undang. Apa yang penting sekarang ini, perlu tenangkan mereka dengan bijak. Laporan berita Malaysiakini
Laporan Berita CNN Tetapi, laporan baru-baru ini dunia terutamanya media antarabangsa dilihat "mengambil kesempatan secukupnya" dengan memberikan tumpuan & liputan eksklusif mengenai gambaran yang cukup buruk kepada Malaysia dek kerana insiden kekecohan di bilik taklimat MH370 baru-baru ini. Sedangkan ingatlah….
Walaubagaimanapun, kadang-kadang ramai jadi keliru dengan berita-berita yang keluar. Kerana tidak dapat menerima kenyataan jiwa mereka jadi tidak menentu. Lihat ini.. Sedih. Luahan hati seorang ibu yang menanti anak kesayangannya dengan penuh harapan …. Video Kisah Benar Luahan Hati Ahli Keluarga China Penumpang MH370Video Bahagian 1Video Bahagian IICuma Berita Semasa berharap kita sebagai rakyat Malaysia jangan menambahkan lagi kekusutan & masalah yang sedia ada, dengan hentikan terus tindakan melemparkan kutukan, cacian, makian kepada pihak berkuasa terutamanya melibatkan isu Mh370 ini. Ini kerana ia bukan masanya. Masanya sekarang adalah masa untuk kita semua bersatu. Jika tidak, media asing (seperti CNN, ABC, CBS atau BBC) akan merasakan laporan berita yang dicampakkan kepada masyarakat dunia umumnya dan rakyat Malaysia amnya walaupun tidak semestinya ada asasnya akan terus disokong dan dijadikan rujukan oleh sesetengah pihak di Malaysia. Hentikan sejenak pertelingkalan tradisi antara Pakatan Rakyat VS Barisan Nasional. Ini bukan lagi masa untuk menuding jari. Perbalahan politik bukan bermakna rakyat Malaysia tidak bersatu. Tetapi, Malaysia memerlukan sokongan dari seluruh Malaysia tanpa mengira warna kulit, bangsa, agama dan juga paling penting perbezaan idelogi politik dan ia benar-benar menguji KESEPAKATAN MALAYSIA! Hikmah Disebalik Tragedi MH370 Bagi Negara Malaysia?Ramai orang kata, bagaimana sukan boleh menyatukan rakyat Malaysia tetapi Berita Semasa yakin dan percaya musibah juga boleh menyatukan masyarakat kita semua di sini. Berita Semasa fikir musibah & tragedi MH370 ada persamaanya dengan kisah & sejarah Nabi Yunus. Yang mana jikalau fikirkan logiknya, masakan manusia boleh keluar semula daripada perut ikan. Tetapi disebabkan sikap "menyedari & mengakui kesilapannya serta mahu berubah" dan Nabi Yunus sendiri mengakuinya terdiri daripada "orang yang zalim" dan "mengakui kesalahan yang telah dilakukannya", akhirnya Nabi Yunus berjaya keluar semula daripada perut ikan Nun. Begitu juga kisah Nabi Yaakub yang cintakan anaknya tetapi diuji dengan musibah menanti anaknya yang tidak pulang-pulang. Datang adik-beradik Nabi Yusuf kepada bapanya dengan hanya berbekal baju Yusuf. "Ayah, Yusuf sudah meninggal dunia dimakan serigala". Lantas, Nabi Yaakub berdoa,
Jadi apa yang Berita Semasa ingin simpulkan di sini yang boleh kita ambil ikhtibar ada 2 :
Berita nampak sekarang banyak hikmah disebalik tragedi MH370 ini :
P/S : Ummu Salamah seorang isteri yang sangat sayang suaminya, Abu Salamah. Tetapi apabila Abu Salamah nak meninggal dunia, Abu Salamah sempat berpesan : "Wahai isteriku, tidak lama lagi aku nak pergi meninggal dunia. Kau akan bertemu seseorang lelaki yang jauh lebih baik daripada diriku". Ummu Salamah mengalami kesedihan yang melampau tetapi……… Tetapi akhirnya Ummu Salamah mengamalkan satu doa ini yang diajar oleh Rasulluhah SAW: Akhirnya tanpa pengharapan, siapa yang datang meminang Ummu Salamah? Tidak lain dan tidak bukan……… P/S : Imam Ibnul Qayyim pernah mengatakan : "Sekiranya Tuhan menjadikan sesuatu musibah untuk kita, Sesunggguhnya Tuhan membuka 2 pintu hikmah". | ||
MH370: Satelit Perancis Dakwa Temui Imej Serpihan Pesawat Posted: 23 Mar 2014 05:17 PM PDT MSTAR ONLINE KUALA LUMPUR: Malaysia menerima imej satelit baharu daripada pihak berkuasa Perancis menunjukkan objek-objek berpotensi yang mungkin berkaitan dengan pesawat Malaysia Airlines (MAS) yang hilang di sekitar koridor selatan pagi Ahad, kata pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein. Hishammuddin, yang juga Menteri Pertahanan berkata imej-imej itu dihantar dengan segera kepada pusat koordinasi menyelamat Australia yang mengetuai usaha mencari di kawasan berkenaan. Sebelum ini, Australia dan China telah mengeluarkan imej-imej satelit yang menunjukkan objek-objek berpotensi, yang mungkin berkaitan dengan MH370 di sekitar koridor selatan, katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada Ahad. Bagaimanapun, Hishammuddin berkata kementerian telah dimaklumkan pegawai-pegawai Australia bahawa mereka tidak melihat apa-apa yang baru mengenai MH370 pada pukul 2.30 petang (waktu Malaysia). Dalam penghantaran aset, dua pesawat Ilyushin IL-76 China akan berlepas dari Perth untuk operasi mencari dan menyelamat (SAR) pada pukul 5 dan 6 pagi esok. Dua pesawat P3 Orion Jepun hari ini berlepas ke Perth dari lapangan terbang Subang, dan pusat koordinasi menyelamat Australia akan menghantar lapan pesawat (empat tentera dan empat awam) ke koridor selatan untuk melakukan pencarian secara visual. "Kapal Pertahanan Australia 'Ocean Shield', yang memiliki kenderaan bawah laut kawalan jauh, sedang dalam pelayaran ke koridor selatan. Sebuah pesawat P8 Poseidon Tentera Laut India dan sebuah pesawat C130 Tentera Udara India berlepas dari lapangan terbang Subang untuk menyertai operasi mencari dan menyelamat di bahagian utara koridor selatan, yang diketuai oleh Indonesia," tambahnya. Beliau berkata beberapa penerbangan lain dari lapangan terbang Subang ke koridor selatan dibatalkan kerana cuaca buruk disebabkan puting beliung Gillian. Sementara itu, Hishammuddin berkata pasukan peringkat tertinggi dari Malaysia memulakan taklimat di Beijing pagi ini untuk keluarga penumpang MH370, yang berlangsung selama enam jam. "Ini adalah kali ketiga perjumpaan sedemikian diadakan. Pasukan itu membentangkan maklumat kepada anggota-anggota keluarga dan menjawab soalan-soalan. Kerajaan menekankan komitmennya dan hubungan berterusan dengan anggota-anggota keluarga penumpang MH370," katanya. Mengenai Sistem Pengendalian Komunikasi dan Laporan Pesawat (ACARS), Hishammuddin berkata penghantaran terakhir dihantar pada pukul 1.07 pagi, tidak menunjukkan apa-apa yang luar biasa tetapi menunjukkan satu laluan normal sehingga ke Beijing. | ||
Azizah angkat sumpah Adun, 7 April depan Posted: 23 Mar 2014 05:02 PM PDT KAJANG - Calon PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang memenangi PRK N25 Kajang akan mengangkat sumpah sebagai Adun Kajang baharu pada 7 April depan. Speaker Dun Selangor, Hannah Yeoh berkata dengan pelantikan Wan Azizah itu, jumlah Adun dalam kalangan wanita juga turut meningkat kepada 15 orang. "Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang diumumkan menang hari ini akan mengangkat sumpah sebagai Adun Kajang baharu pada 7 April depan. "Hal ini sekaligus akan menambah jumlah Adun Wanita di Selangor menjadi 15 orang," katanya pada sidang media selepas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan keputusan PRK N25 Kajang di Stadium MPKJ, di sini, hari ini. Beliau berkata demikian mengulas lanjut keputusan pilihan raya itu yang dimenangi oleh isteri ketua pembangkang pada proses pengundian yang tamat pada jam 5 petang tadi. Wan Azizah mengalahkan lawannya, Datin Paduka Chew Mei Fun apabila meraihkan majoriti 5,379 undi. | ||
Pesawat India sertai misi SAR di lautan Hindi Posted: 23 Mar 2014 05:01 PM PDT KUALA LUMPUR - Dua pesawat peninjau maritim jarak jauh India berlepas dari pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di Subang semalam bagi menyertai misi pencarian MH370 di Lautan Hindi. Pesawat P8-I milik Tentera Laut India dan C-130J Tentera Udara India itu mampu terbang untuk tempoh yang lama selain dilengkapi peralatan elektro optronik dan peralatan penjejak infra merah yang canggih. Menurut kenyataan Suruhanjaya Tinggi India di sini semalam, pesawat P8-I turut dilengkapi radar serta peralatan khas bagi operasi mencari dan menyelamat. Selepas mendengar taklimat terperinci di Pusat Penyelarasan Penyelamat Aeronautik (ARCC) pada Sabtu, kedua-dua pesawat bertolak ke kawasan pencarian. Kenyataan itu menyebut kedua-dua pesawat tiba di sini pada 21 Mac berikutan komitmen Perdana Menteri India Manmohan Singh bagi membantu Malaysia dalam pencarian MH370. India menyertai misi pencarian itu sejak 11 Mac lepas di Laut Andaman dan Teluk Benggala dengan menggerakkan lima kapal serta enam pesawat Tentera Laut negara itu selain Pengawal Pantai India dari Markas Andaman dan Nicobarp. MH370, yang dalam penerbangan ke Beijing, China hilang daripada radar pada kira-kira 1.30 pagi 8 Mac di ruang udara antara Malaysia dan Vietnam, kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) di Sepang. Pesawat Boeing 777-200ER itu membawa 239 penumpang dan anak kapal. Operasi mencari dan menyelamat masuk hari ke-17, hari ini. - Bernama | ||
Siswa gesa konsert Life In Colour batal terus Posted: 23 Mar 2014 04:59 PM PDT MALAYSIAKINI Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) menyambut baik pembatalan Konsert Life In Colour yang dijadualkan pada 19 April di Litar Antarabangsa Sepang, Selangor. Setiausaha Agungnya, Khairul Anuar Abdul Manap berkata, pembatalan konsert oleh pihak penganjur itu merupakan satu usaha yang baik untuk menghormati sensitiviti rakyat yang sedang berduka ekoran kehilangan pesawat Malaysia Airline (MAS) MH370. Katanya, pembatalan itu juga mungkin bagi mengelakkan dari berulangnya tragedi di Stadium Bukit Jalil pada 15 Mac lepas apabila enam remaja maut selepas dipercayai mengambil dadah dan alkohol berlebihan semasa berlangsungnya Konsert Future Music Festival Asia (FMFA) 2014. "Diharapkan pembatalan konsert seumpama ini yang telah dimasukkan ke dalam kalendar pelancongan negara akan dibatalkan terus dan tidak langsung diadakan pada tahun-tahun yang akan datang," kata Khairul kepada Bernama. Katanya, golongan mahasiswa berpendapat konsert seumpama ini tidak langsung mempromosi budaya dan adat ketimuran malah telah mencemarkan nama Malaysia apabila budaya kebaratan yang tidak sihat dibawa masuk. "Seharusnya kita lebih kreatif dalam mempromosi kebudayaan dan pelancongan negara ke arena antarabangsa," katanya.- Bernama | ||
Pesawat MAS ke Katmandu dilanggar unggas Posted: 23 Mar 2014 04:57 PM PDT MALAYSIAKINI Malaysia Airlines (MAS) hari ini mengesahkan penerbangan MH114nya dari Kuala Lumpur ke Kathmandu pada 21 Mac lepas telah dilanggar oleh sekumpulan unggas semasa menghampiri Lapangan Terbang Antarabangsa Tribhuvan. Pengurus Perhubungan Media MAS Khairunnisak Dzun Nurin dalam satu kenyataan berkata sebaik sahaja mendarat pesawat itu telah diperiksa oleh jurutera bertugas. Beliau berkata penutup lensa lampu mendarat pesawat itu yang pecah dan bukannya cermin hadapan seperti dilaporkan. "Pesawat itu tidak dibenarkan terbang pada malam itu dan penutup lensa yang pecah itu telah diganti," katanya. Pesawat itu dilaporkan membawa 180 penumpang dan anak kapal terselamat. Sementara itu, satu lagi laporan Bernama yang memetik Portal berita Nepal kantipuronline.com yang melaporkan Sabtu lalu dengan memetik pihak berkuasa lapangan terbang tersebut sebagai berkata kejadian pada pukul 10.45 malam itu menyebabkan hujung Landasan 02 dipenuhi serpihan kaca. Laporan portal berita itu menyebut pesawat itu berlanggar dengan sekumpulan itik. Tiada laporan mengenai kecederaan yang dialami mereka yang menaiki pesawat MH-144 dari Kuala Lumpur ke Kathmandu itu. Petugas kokpit pesawat itu bagaimanpun dikatakan tidak segera memaklumkan kejadian tersebut kepada Pengawal Trafik Udara (ATC). Kapten pesawat berkenaan bagaimanapun mengesahkan ia "disyaki melanggar unggas", selepas anak kapal Jet Airways melaporkan kejadian itu kepada pihak berkuasa lapangan terbang, kata laporan itu. Juruterbang MAS terbabit dipercayai mungkin dikenakan tindakan kerana tidak segera melaporkan kejadian tersebut. "Kejadian itu terdedah selepas seorang juruterbang Jet Airways, yang mendaratkan pesawatnya beberapa minit selepas pesawat MAS, memaklumkan kepada kami beliau ternampak serpihan kaca berselerak di landasan," kata seorang pegawai ATC yang enggan dikenali. Para pegawai TIA yang membuat pemeriksaan menjumpai sekurang-kurangnya 10 bangkai itik serta kepingan kaca di landasan. Serpihan kaca itu kemudian dibuang dan lapangan terbang tersebut kembali beroperasi 30 minit kemudian. Laporan itu menyebut mereka menjumpai dua lagi bangkai itik ketika melakukan pemeriksaan rutin pada pagi Sabtu. "Ini kali pertama kami melihat begitu banyak itik di kawasan lapangan terbang ini," kata seorang pegawai yang mengesyaki unggas itu mungkin itik penghijrah. MAS membatalkan penerbangannya ke Kuala Lumpur yang dijadualkan pada pukul 11 malam Jumaat. Semua penumpang yang menempah penerbangan itu ditempatkan di hotel Soaltee, Annapurna dan Hyatt Regency. Pesawat berkenaan berlepas pulang ke Kuala Lumpur pada pukul 3:30 petang Sabtu setelah dibaiki. Sementara itu, pegawai ATC berkata pengurus besar TIA telah dimaklumkan tentang kejadian tersebut dan beliau mengesyorkan tindakan dikenakan terhadap juruterbang MAS terbabit kerana tidak membuat laporan segera tentang kejadian itu. "Juruterbang berkenaan sepatutnya memaklumkan kejadian itu dengan segera kepada pihak berkuasa lapangan terbang bagi mengelak kejadian tidak diingini," kata pegawai itu. Lebih 75 kejadian pesawat berlanggar dengan unggas ketika berlepas atau mendarat berlaku di TIA sejak 1990. Tiga daripadanya mengakibatkan kerosakan besar terhadap pesawat. Walaupun sebuah pesawat Airbus A300 Thai Airways dan sebuah pesawat Dc-10 Biman Bangladesh terselamat daripada nahas pada 1996 dan 2010, 19 orang maut apabila pesawat Dornier Sita Air terhempas pada September 2012.- Bernama | ||
Kak Wan: 'Langkah Kajang' kini terbukti Posted: 23 Mar 2014 04:44 PM PDT MALAYSIAKINI Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menyifatkan kejayaannya mengekalkan kerusi DUN Kajang sebagai bukti keberkesanan strategi 'Langkah Kajang'. Menurutnya, kemenangannya hari ini "lebih manis" kerana majoriti kemenangan disumbangkan oleh pengundi dari muda daripada saluran 5, 6 dan 7. "Sudah tentu ia (Langkah Kajang) berkesan kerana kita lihat pengundi muda telah memberikan kita keyakinan yang menjadikan 'Langkah Kajang' berjaya. "Saya bersyukur kerana kemenangan ini begitu manis sekali," kata Wan Azizah pada sidang media di pusat pengiraan undi, malam ini. 'Langkah Kajang' itu merujuk kepada strategi PKR untuk membolehkan pilihan raya tersebut diadakan dan seterusnya bagi menawan Putrajaya. Wan Azizah juga berkata, jenteranya mendapati sokongan meningkat di kalangan pengundi muda Melayu, yang menurutnya menunjukkan trend positif. Faktor itu juga menyumbang kepada kemenangan PKR di peti undi Sungai Sekamat dan Taman Delima yang sebelum ini dikuasai merupakan kubu kuat Umno, katanya. Mengulas perkara sama, ketua pembangkang Datuk Sri Anwar pula berkata kemenangan itu menyaksikan golongan Melayu yang menyokong BN pada pilihan raya umum lalu telah kembali kepada Pakatan Rakyat. "Kelazatan kemenangan ini juga mempertahankan sokongan kaum lain dan mendapat majoriti Melayu di kawasan ini. "Majoriti Melayu sekarang memilih bersama Pakatan Rakyat," kata Anwar yang pada asalnya dinamakan PKR untuk bertanding di Kajang. Wan Azizah yang mewakili PKR menang pilihan raya kecil Kajang dengan majoriti 5,379 undi. PKR mendapat 16,741 undi manakala BN pula mendapat 11,362 undi. Seramai 28,314 atau 72 peratus keluar mengundi pada pilihan raya hari ini. |
You are subscribed to email updates from DIALOG RAKYAT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan